Vous êtes sur la page 1sur 16

SULIT

4571/1 4571/1
Sains Sukan
Kertas 1
Oktober
2007
1¼jam

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

SAINS SUKAN
TINGKATAN EMPAT
Kertas 1

Satu Jam Lima Belas Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C, dan D. Bagi
tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas
jawapan objektif yang disediakan.
4. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan,
padamkan sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan kemudian hitamkan pilihan
anda yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak

SULIT

1
Bagi soalan 1 hingga soalan 30, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu
yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan
objektif anda.

1.
• Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan untuk mengelakkan
kecederaan.
• Peningkatan prestasi atlit.
• Meningkatkan ekonomi negara.

Penyataan di atas merangkumi kepentingan sukan dari aspek

A. Sosial, emosi dan intelek.


B. Rekreasi, ekonomi dan kerjaya.
C. Kesihatan, rekreasi dan ekonomi.
D. Kesihatan, prestasi sukan, dan ekonomi.

2. Manakah antara berikut merupakan badan sukarela yang mempelopori perkembangan sains
sukan di Malaysia.

A. Majlis Sukan Negara


B. Majlis Olimpik Malaysia
C. Persatuan Paralimpik Malaysia
D. Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan Malaysia

3. Apakah yang dimaksudkan dengan Sukan Untuk Kecemerlangan mengikut Dasar Sukan
Negara 1988?

A. Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan.


B. Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan kepada atlit.
C. Sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat-syarat.
D. Untuk pengekalan dan peningkatan tahap kesihatan anggota masyarakat.

4. Bagi memastikan strategi dan pelaksanaan Dasar Sukan Negara tercapai, apakah aspek-
aspek yang diberi penekanan mengikut keutamaan?

A. Organisasi, latihan, koperasi, displin.


B. Perancangan, organisasi, personal, kewangan.
C. Kemudahan, produktiviti, etika, tanggungjawab.
D. Atlit, pengurus, jurulatih, penonton.

2
5. Dalam pertandingan Sofbol Peringkat Negeri Johor sebanyak 61 pasukan menyertai
pertandingan tersebut dengan menggunakan sistem kalah mati. Berapakah pasukan yang
menunggu (bye)?

A. 2
B. 3
C. 4
D. 5

6. Jadual di bawah menunjukan jadual keputusan pertandingan bola sepak liga satu pusingan.

PASUKAN P M S K J
JOHOR 4 0 1 3 1
PAHANG 4 1 1 2 5
KEDAH 4 3 1 0 21
SELANGOR 4 1 1 2 4
PERAK 4 2 2 0 12

Menang – 3 mata Seri – 1 mata kalah- 0 mata

Pasukan manakah yang menduduki tempat kedua dalam jadual keputusan pertandingan di
atas?

A. Johor.
B. Pahang.
C. Selangor.
D. Perak.

7. Apakah fungsi ligamen dalam sistem rangka manusia?

A. Memberi pergerakan yang pantas.


B. Memberi pergerakan bebas dan perlahan.
C. Memberi sokongan dan kekuatan pada sendi
D. Memberi kekuatan dan pergerakan yang tiada batasan

3
8.
.

Rajah 1

Berdasarkan rajah 1, apakah klasifikasi tulang yang terlibat dalam aksi di bulatan X?

A. Tulang Pendek.
B. Tulang panjang.
C. Tulang leper dan tulang panjang.
D. Tulang panjang dan pendek.

9.
Nama Keterangan
bahagian
V Epifisis proksimal
W Garian epifisiel
X Tulang berongga, tulang mampat dan salur nutrien
Y Garisan epifisal
Z Epifisis proksimal

Jadual di atas merujuk kepada nama bahagian dan keterangan tulang panjang. Namakan
bahagian X.

A. Epifisis.
B. Metafisis.
C. Diafisis.
D. Periosteum.

4
10. Gambar rajah di bawah menunjukkan beberapa aktiviti sukan

i. Marathon ii. 100 meter iii. Lebuh raya iv. Dart

Rajah 2

Berdasarkan rajah 2 di atas, aksi yang manakah menggunakan otot sentak cepat yang
banyak?

A. i
B. ii
C. iii
D. iv

11. Gambar rajah menunjukkan beberapa aktiviti latihan berkaitan otot.

i ii iii iv
Rajah 3

Berdasarkan rajah 3 di atas, yang manakah merupakan lakuan untuk pengucupan


isometrik?

A. i
B. ii
C. iii
D. iv

5
12. Sistem saraf pusat terdiri daripada

A. Otak dan saraf tunjang.


B. Saraf spinal dan saraf kranial.
C. Saraf spinal dan ganglia.
D. Saraf kranial dan saraf tunjang

13. Peranan sinaps di dalam sistem saraf ialah

A. Mengaturkan fungsi tisu dengan menyediakan laluan bagi pemindahan maklumat


saraf
B. Melindungi dan menebat fiber-fiber serta meningkatkan kadar transmisi
C. Mengintegrasikan rangsangan yang diterima dan menterjemah rangsangan
D. Membawa impuls-impuls saraf ke badan sel

14. Apabila impuls sampai ke fiber otot, asetilkolinesterase dirembeskan untuk..

A. Mekanisme perencatan saraf otot.


B. Bertindakbalas dengan asetilkolina.
C. Membenarkan transmisi impuls menyeberangi klef sinaptik.
D. Membenarkan transmisi rangsangan membentuk impuls.

15. Antara tempoh aktiviti berikut yang manakah merupakan ciri latihan anaerobik laktik
(sistem asid laktik)

A. 0 saat hingga 10 saat


B. 10 saat hingga 1 minit
C. 1 minit hingga 3 minit
D. Melebihi 3 minit

16. Apakah yang dimaksudkan dengan kecergasan fizikal?

A. Keupayaan membentuk sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan


B. Keupayaan menangani kehidupan harian dan perasaan kendiri secara efektif.
C. Keupayaan berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup
D. Keupayaan kerja harian serta mempunyai lebihan tenaga pada masa kecemasan.

17. Antara komponen kecergasan berikut, yang manakah mempengaruhi keupayaan seorang
pemain bola sepak menggelecek bola?

A. Kelajuan
B. Ketangkasan
C. Masa reaksi
D. Kuasa

6
18. • Lari lutut tinggi
• Lari tendang
pinggul
• Skip
• Lompat sebelah
Apakah kaeda latihan fizikal berdasarkan penyataan di atas.

A. Latihan jeda
B. Latihan bebanan
C. Latihan jeda jarak sederhana
D. Latihan pliometrik

19. Antara penyataan berikut, yang manakah menunjukkan aplikasi prinsip latihan
kebolehbalikkan.

A. Seorang atlit menjalani latihan berbeza-beza untuk mengelakkan kebosanan.


B. Seorang atlit menambahkan beban yang diangkutnya dalam latihan bebanan.
C. Seorang atlit menjalani latihan bebanan untuk meningkatkan kekuatan otot.
D. Prestasi atlit akan menurun jika latihan tidak berterusan

20. Atlit A dan atlit B adalah adik beradik kembar dan kedua-duanya merupakan atlit dalam
acara lari pecut. Walau bagaimanapun jurulatih mereka memberikan latihan yang berbeza.
Apakah faktor yang mempengaruhi tindakan jurulatih tersebut?

A. Untuk mengelakkan kebosanan.


B. Kesan latihan ke atas kedua-dua atlit berkenaan adalah berbeza.
C. Komponen fizikal dan system tenaga kedua-duanya adalah berbeza.
D. Kedua-dua atlit berkenaan mempunyai kadar peningkatan prestasi yang berbeza.

7
21. Gambar rajah di bawah menunjukkan situasi seorang atlit semasa menjalani latihan fizikal

Bosanlah………….
Asyik latihan yang
sama aje……..

Rajah 4

Sekiranya anda seorang jurulatih, apakah langkah yang perlu diambil untuk mengatasi
masalah atlit anda seperti dalam rahah 4 di atas?

A. Merancang satu latihan yang spesefik sesuai dengan acara yang disertai.
B. Meningkatkan intensiti program latihan secara prograsif agar objektif tercapai.
C. Menilai semula program latihan berdasarkan maklumat diri atlit.
D. Mempelbagaikan program dan variasi latihan serta kesan latihan ke atas kedua-dua
atlit berkenaan adalah berbeza.

22. Kenyataan mana yang benar menjelaskan prinsip tambah beban?

A. Untuk meningkatkan prestasi atlit latihan mestilah dilakukan secara berterusan dan
beban latihan mestilah ditingkatkan secara progresif.
B. Sekiranya latihan tidak dilakukan secara berterusan, maka prestasi atlit akan
menurun.
C. Latihan perlulah pelbagai untuk mengelakkan minat individu dalam sesuatu aktiviti
atau bagi mengelakan kebosanan.
D. Latihan fizikal yang dijalankan perlulah khusus kepada kehendak individu atau
kehendak

8
23. Nyatakan tokokan karbohidrat yang sesuai diambil oleh atlit berbasikal lebuhraya satu
minggu sebelum pertandingan?

A. B.

Mentega, susu
Ayam, ikan dan dan Keju
daging

Nasi dan Roti Mentega, susu Nasi dan Roti Ayam, ikan dan
dan Keju daging

C. D.
Susu,
Nasi dan Roti
keju Ikan,
dan ayam
mentega, dan
daging

Mentega, susu
dan Keju Ayam, ikan dan
daging Nasi dan Roti

24. Seorang atlet menggunakan daya sejumlah 15kg untuk melakukan kerja mengangkat
bebanan 60 KGM. Berapakah sesaran jarak yang diperlukan untuk melakukan kerja
tersebut ?

A. 4 meter.
B. 5 meter.
C. 6 meter.
D. 7 meter.

25. Apakah definisi kawalan motor?

A. Ilmu sains lakuan motor yang mengkaji postur.


B. Ilmu sains mengkaji postur.
C. Ilmu sains lakuan motor yang mengkaji postur dan pergerakan manusia serta
mekanisma yang mengawalnya.
D. Ilmu sains mengkaji pergerakan manusia serta mekanisma yang mengawalnya

9
26. Maklumat di bawah menerangkan satu situasi pembelajaran seorang atlet.

Atlet A sedang mempelajari kemahiran membuat pukulan kilas dalam


permainan tenis di bawah kendalian jurulatihnya. Namun setiap kali dia
mencuba melakukan pukulan tersebut, dia kerap terkeliru dengan membuat
pukulan pepat dalam permainan badminton yang merupakan permainan
kegemarannya.

Apakah jenis pemindahan pembelajaran yang dialami oleh atlet A ?

A. Pemindahan sifar.
B. Pemindahan positif.
C. Pemindahan negatif.
D. Pemindahan songsang.

27.
Dalam permainan tennis, kemahiran
memukul boleh diperolehi dengan kadar
yang cepat. Selepas tahap ini, penguasaan
memukul dengan laju dan terkawal berlaku
dengan kadar pelahan.

Berdasarkan penyataan di atas, apakah lengkok pembelajaran yang menggambarkan situasi


pembelajaran tersebut.

A. B Pembelajaran
Pembelajaran

Praktis Praktis

C Pembelajaran D Pembelajaran

Praktis Praktis

10
28. Gambar rajah menunjukkan perlakuan membaling bola sofbol dengan balingan atas kepala.

Rajah 5

Apakah jenis sistem tuas yang digunakan oleh atlet dalam Rajah 3 di atas?

A. Sistem tuas pertama.


B. Sistem tuas kedua.
C. Sistem tuas ketiga.
D. Sistem tuas pertama dan kedua.

29. Gambar rajah menunjukkan satu aksi dalam acara olahraga.

Rajah 4

Berdasarkan rajah 4 di atas, apakah jenis pergerakan bagi peluru yang dilontar?

A. Rektilinear
B. Kurvilinear
C. Putaran
D. Linear

11
30. Gambar rajah menunjukkan satu pergerakan dalam kemahiran memukul yang dilakukan
oleh seorang atlet.

Rajah 5

Apakah diskripsi pergerakan bagi anggota badan bertanda X seperti Rajah 5 di atas ?

A. Abduksi.
B. Aduksi.
C. Elevasi.
D. Fleksi.

Bagi Soalan 31 hingga Soalan 40 , tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih daripada satu
cadangan jawapan yang betul. Tentukan cadangan jawapan itu betul atau salah.Kemudian pilih
satu jawapan yang betul daripada pilihan A,B,C dan D yang berikutnya.

31. Manakah di antara berikut tergolong dalam Dasar Sukan Negara ?

i. Sukan massa
ii. Sukan untuk masyarakat
iii. Sukan untuk kecemerlangan
iv. Sukan untuk meningkatkan prestasi

A. i dan ii sahaja.
B. i dan iii ahaja.
C. ii dan iv sahaja.
D. iii dan iv sahaja.

12
32. Apakah tugas lembaga tatatertib dalam sesuatu kejohanan atau pertandingan?

i. Memberi amaran.
ii. Mengantung penyertaan bagi jangka masa tertentu.
iii. Mengatur jadual perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir.
iv. Menentukan pasukan mana yang perlu menukar jersinya sekiranya sama warna.

A. i dan ii sahaja.
B. i dan iv sahaja.
C. ii dan iii sahaja.
D. iii dan iv sahaja.

33. Antara situasi berikut, yang manakah menggambarkan motivasi ekstrinsik?

i. Seorang atlet bermain bersungguh-sungguh unruk memenangi hadiah wang tunai.


ii. Seorang atlet bermain bersungguh-sungguh unruk membuktikan kebolehannya.
iii. Seorang atlet bermain bersungguh-sungguh unruk memenuhi hasrat ibunya.
iv. Seorang atlet bermain bersungguh-sungguh unruk mendapatkan biasiswa.

A. i, ii dan iii sahaja.


B. i, ii dan iv sahaja.
C. i, iii dan iv sahaja.
D. ii. Iii dan iv sahaja..

34. Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang fungsi otot.

i. Menghasilkan pergerakan.
ii. Mengekalkan postur.
iii. Menstabilkan sendi.
iv. Menghasilkan sokongan.

A. i, ii dan iii sahaja.


B. i, ii dan iv sahaja
C. i, iii dan iv sahaja
D. ii, iii dan iv sahaja

13
35.

Rajah 4

Berdasarkan rajah 4 di atas, apakah ciri-ciri sistem tenaga yang digunakan.

i. ATP habis dalam masa 9 saat.


ii. Menggunakan glikogen sebagai sumber ATP.
iii. Tidak menggunakan oksigen dalam penghasilan ATP.
iv. Digunakan dalam aktiviti intensiti tinggi.

A. i, ii dan iii sahaja.


B. i, ii, dan iii sahaja.
C. i, ii dan iv sahaja
D. i, iii dan iv sahaja

36. Antara kaedah latihan berikut, yang manakah bertujuan untuk membina sistem aerobik?

i. Long Slow Distance


ii. Fartlek
iii. Jeda jarak jauh
iv. Pliometrik

A. i, ii dan iii sahaja.


B. i, ii dan iv sahaja.
C. i, iii dan iv sahaja.
D. ii, iii dan iv sahaja.

37. Antara berikut yang manakah prinsip-prinsip latihan fizikal dalam sesuatu program latihan.

i. Intensiti
ii. Kekerapan latihan
iii. Kebolehbalikan
iv. Beban lebih

A. i dan ii sahaja.
B. i dan iii sahaja.
C. ii dan iv sahaja.

14
D. iii dan iv sahaja.

38. Di antara berikut yang manakah merupakan proses perkembangan kawalan postur?

i. Duduk tanpa sokongan.


ii. Diri tanpa sokongan.
iii. Kawalan kepala.
iv. Merangkak.

A. i, ii dan iii sahaja.


B. i, ii dan iv sahaja.
C. i, iii dan iv sahaja.
D. ii, iii dan iv sahaja.

39. Manakah antara berikut merupakan nutrien yang dikateorikan sebagai tenaga?

i. Karbohidrat.
ii. Vitamin.
iii. Lemak
iv. Protien

A. i, ii dan iii sahaja


B. i. iii dan iv sahaja
C. i, ii dan iv sahaja
D. ii, iii dan iv sahaja

40. Di antara berikut, yang manakah menunjukkan ciri-ciri tuas tubuh manusia?

i. Penguncupan otot sebagai penghasilan daya.


ii. Rintangan atau kerja sebagai bebanan.
iii. Beban sebagai fulkrum.
iv. Tulang sebagai palang.

A. i, ii dan iii sahaja.


B. i, ii dan iv sahaja.
C. i, iii dan iv sahaja.
D. ii, iii dan iv sahaja.

KERTAS SOALAN TAMAT

15
Skema Jawapan Soalan Objektif

1. D
2. D
3. C
4. B
5. B
6. D
7. C
8. A
9. C
10. B
11. B
12. A
13. A
14. B
15. B
16. D
17. B
18. D
19. D
20. C
21. D
22. A
23. D
24. A
25. C
26. C
27. C
28. C
29. B
30. B
31. B
32. A
33. C
34. A
35. D
36. A
37. D
38. A
39. B
40. B

16