Vous êtes sur la page 1sur 2

ADAKAH PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM SAINS DAN

MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS MEMBERI MANFAAT?:ISU PENGGUNAAN


BAHASA KEDUA SEBAGAI BAHASA PENGANTAR

Oleh:Narveena A/P Vadivalu

Mahasiswa

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

PENGENALAN
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) ialah
nama rasmi bagi dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris
menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains
dan Matematik.Menurut Lee Kam Hing(2004) Pada 4 Mei 2002 Tun Dr.Mahathir Mohamad
telah mengemukakan cadangan tentang bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan.Bahasa
Melayu merupakan bahasa rasmi negara.Namun,bahasa Inggeris juga memainkan peranan
yang penting dalam pembangunan negara dari segi ekonomi dan negara.
Pemilihan Sains dan Matematik sebagai mata pelajaran sasaran untuk meningkatkan
mutu penguasaan bahasa Inggeris di negara ini merupakan strategi serampang dua mata
yang memperlihatkan kepentingan dalam era globalisasi ini.Dasar ini telah dilaksanakan
secara berperingkat bermula pada berperingkat-peringkat bermula pada awal tahun 2003
yang melibatkan pelajar Tahun 1(sekolah rendah,Tingkatan 1 dan Tingkatan Enam
bawah(sekolah menengah).
KA
Memberi pelajar peluang meningkatkan penguasaaan bahasa Inggeris
Dalam surat pekeliling Kementerian Pendidikan turut dinyatakan antara matlamat
melaksanakan dasar PPSMI ialah untuk melahirkan generasi baru yang dapat menguasai
bahasa Inggeris dengan baik agar mereka dapat meningkatkan daya persaingan di
peringkat antarabangsa.Menurut von Maltitz(1975) dan Cohen(1978),kanak-kanak
mempelajari sesuatu jenis bahasa kedua,mereka akan lebih banyak mempelajarinya
sekiranya ia juga digunakan sebagai bahasa pengantar untuk mengajar kursus lain dalam
kurikulum.Kegagalan menguasai bahasa Inggeris bukan sahaja akan menyebabkan sesuatu
rakyat tersebut negara gagal saingnya.Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja berkait
rapat dengan survival anak bangsa,malah ia turut melibatkan survival negara pada masa
akan datang.Menurut Halim Salleh(2000).bahasa Inggeris merupakan “the language of the
successful,modern,urban,and educated class”.
Membantu pelajar menerokai pengetahuan baru dalam bidang sains dan teknologi
Kelemahan dalam bahasa Inggeris juga menjejaskan kemampuan pelajar negara ini
untuk menerokai pengetahuan baru dalam bidang sains dan teknologi

Vous aimerez peut-être aussi