Vous êtes sur la page 1sur 2

AMALAN PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN DAN UJIAN

BIDANG SAINS DAN MATEMATIK


SMK SUKAU KINABATANGAN

RASIONAL
# Perkongsian amalan ini adalah bertujuan untuk membantu guru-guru dalam menyediakan set
soalan bagi peperiksaan, ujian, pentaksiran serta latihan dalam kelas atau kerja rumah berdasarkan
apa yang telah diajar dalam kelas. Di samping itu juga, kaedah ini boleh membantu guru untuk
mengikuti perkembangan pergerakan PdPc subjek masing-masing samada lewat atau awal daripada
RPT yang disediakan. Ini juga secara tidak langsung, membantu guru untuk membuat penekanan pada
topik dan subtopic yang bakal dikeluarkan dalam kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun nanti.

“we test our students based on what we have teach them”

PROSUDER KERJA
Carta alir Keterangan
Guru dan RPT Guru perlu merujuk kepada RPT masing-masing untuk mengenal
topik/subtopik

Guru perlu sediakan satu jadual semak (handwritten) mengenai


Penyediaan jadual semak topik/subtopik yang telah atau akan habis diajar bagi bulan
topik/subtopik Januari-April.
(rujuk contoh jadual)

Penentuan bilangan dan


Berdasarkan jadual semak tadi, guru perlu tentukan bilangan,
bentuk soalan
kedudukan dan bentuk soalan yang bakal dikeluarkan semasa
ujian/ peperiksaan ataupun sebagai latihan dalam kelas. Guru perl
Membentuk soalan yang
ingat bahawa semua soalan hendaklah mengikut format sebenar
berkualiti berdasarkan dan menepati kualiti penyoalan berdasarkan DSKP atau HSP.
topik atau subtopik

Setelah selesai menyediakan set soalan yang lengkap. Sila


Semakan kualiti panitia
berbincang dengan Ketua Panitia masing-masing untuk semakan
kualiti.
CATATAN.
 Guru boleh menambah soalan topik yang diajar daripada tingkatan yang lebih rendah. Ini
bertujuan untuk menguji daya ingatan dan kefahaman mereka semasa berada di tingkatan yang
lalu. Contohnya, guru yang berada di tingkatan 5 boleh ambil mana-mana soalan daripada
tingkatan 1-4, asalkan topik itu telah diajar dan bukan soalan aras tinggi. Ini kerana, soalan-
soalan yang keluar dalam Ujian Bertulis PT3 dan SPM akan melibatkan semua topik yang pernah
diajar semasa di tingkatan yang lebih rendah. Untuk guru tingkatan 1, 2 dan 4 pula, cikgu boleh
mengambil beberapa soalan daripada ujian setara 1 dengan syarat soalan tersebut adalah soalan
yang mencabar minda pelajar (KBAT).
 Bagi mengatasi masalah kekangan masa untuk menghabiskan silibus, pihak panitia
mendorongkan kepada guru-guru agar tidak membuat kelas perbincangan kertas soalan semasa
PdPc dalam kelas tetapi kenalpasti kelemahan pelajar dan punca kenapa pelajar tidak dapat
jawap soalan dalam ujian setara 1. Berbincang dalam panitia mengenai hal ini dan bentuk satu
imtervensi penyelesaian masalah tersebut. Intervensi ini hendaklah digunapakai semasa
mengajar untuk topik yang baru. Guru-guru dicadangkan menampal set jawapan bagi kertas
soalan dalam kelas dan bebaskan pelajar untuk membuat pembetulan sendiri.
 Guru dibawah bidang panitia sains dan matematik, perlu faham bahawa semua pelajar kita
bukanlah pelajar yang cemerlang (75% lemah, 15 sederhana, 10% pintar). Target guru untuk
pencapaian dalam setiap kali ujian dan peperiksaan adalah 85% pelajar adalah lulus. Ini kerana,
pelajar yang gagal bukanlah disebabkan oelh PdPc cikgu tetapi factor persekitaran murid seperti
masalah ketidakhadiran, masalah penguasaan 3M serta displin sahsiah pelajar terhadap kedua
subjek ini adalah rendah.

“Doa, usaha dan komitmen seorang guru yang ikhlas dan jujur, pasti dibalas dengan kecemerlangan
anak didiknya oleh yang maha Esa”

Disemak dan disediakan oleh


Ketua Panitia Sains Ketua Panitia Matematik

……………………………………. …………………………………………
(Pn Prella Grace Gaipin) (Cik Stella Jane Peter)

Ketua Bidang Sains dan Matematik Pen. Kanan Kurikulum

……………………………………….. ………………………………………..
(En Revel Bin Amin) (Pn Salmah Md Zain)

Vous aimerez peut-être aussi