Vous êtes sur la page 1sur 16

1.

0 Pengenalan

Menurut Shephard (2003), video ditakrifikan sebagai media yang mempersembahkan audio dan
grafik secara serentak. Video pembelajaran pun merupakan salah satu media yang boleh
membantu guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan Shaples (2000),
penggunaan video dapat meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar dalam mempelajari
sesuatu. Oleh itu, video membawa banyak kelebihan kepada guru semasa mengajar. Menurut
Norah, Izzati & Radhiah (2013), pada masa lalu, media video memerlukan kos pengeluaran
yang tinggi, tetapi pendidik pada hari ini mampu menghasilkan sendiri video berdasarkan
ideologi dan kreativiti mereka. Ini merupakan salah satu sebab saya menghasilkan sebuah
video tentang nilai menyayangi sekolah supaya dapat memberi gambaran tentang nilai
menyayangi sekolah kepada murid-murid Tahun 3. Tambahan pula, saya telah menggunakan
“video pad”, “instagram” dan “Meitu” untuk menghasilkan video saya tersebut.

2.0 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesesuaian penilaian keberkesanan media, iaitu
klip video saya yang bertajuk “Menyayangi Sekolah” dalam mata pelajaran Pendidikan Moral
kepada murid Tahun Tiga.

3.0 Reka bentuk pengajaran dan pembelajaran (Model ADDIE)

Klip video yang dihsailkan oleh saya bertajuk “Menyayangi Sekolah” dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral bagi murid tahun tiga. Menurut Noriati, Poon Ying, Sharifah, Kamaruddin
(2009), reka bentuk pengajaran ialah satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip
umum pengajaran dan pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian
pembelajaran. Model ADDIE merupakan reka bentuk pengajaran dan pembelajaran dengan
penghasilan klip video saya. Hal ini demikian kerana Model ADDIE merupakan model
berorientasikan produk dan produk saya adalah video yang dihasilkan oleh saya. Menurut Amin
Molek (2016), model ADDIE merupakan model reka bentuk yang berfungsi sebagai garis
panduan ke arah pembinaan perisian dan bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
keperluan. Tujuan saya menggunakan model ADDIE sebagai reka bentuk pengajaran kerana
dengan menghasilkan video sendiri, penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih
efektif dan efisien. Menurut Izuan (2015), model pengajaran mengandungi lima peringkat, iaitu
analisis (Analysis), reka bentuk (Design), pembangunan (development), pelaksanaan
(Implementation), dan penilaian (Evaluation).

Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, pada peringkat analisis (analysis),


terdapat tiga soalan telah digunakan oleh saya sebagai panduan menganalisis, iaitu, sasaran
saya siapa, apa hasil pembelajaran saya, dan apa pilihan strategi penyampaian saya.
Kumpulan sasaran saya ialah pelajar tahun tiga. Hasil pembelajaran saya adalah membantu
pelajar cara menunjukkan sikap sayang terhadap sekolah. Strategi penyampaian saya adalah
berpusatkan murid dan bahan. Dengan mempaparkan klip video yang saya menghasilkan,
murid akan menonton video dan mereka digalakkan melibatkan diri secara aktif untuk berfikir
tentang apa yang telah dipelajari. Dengan strategi berpusatkan bahan, murid boleh memahami
pembelajaran dengan lebih bermakna secara sendiri. Kaedah yang berkaitan ialah audio-visual
dengan penggunaan projektor untuk mempaparkan video.

Manakala, pada peringkat reka bentuk (design), saya telah memberikan tumpuan
kepada objektif pembangunan bahan, masalah yang dihadapi oleh pelajar di sekolah, dan cara
mengatasi masalah. Objektif pembangunan bahan untuk menghasilkan klip video ini adalah
untuk memberi contoh perbuatan yang tidak menyayangi sekolah, seperti vandalisme,
membuang sampah di atas lantai dan lewat ke sekolah, untuk menyediakan bahan pengajaran
yang dapat membantu pelajar mengenali cara menunjukkan sikap sayang terhadap sekolah
dan untuk memberi gambaran tentang kesan tidak menyayangi sekolah, seperti sekeliling
sekolah yang kotor dan berbau, persekitaran sekolah yang kotor, kelas yang kotor dan tidak
selesa, tandas tidak dapat diguna dan dihukumoleh guru. Masalah yang dihadapi oleh pelajar di
sekolah ialah pelajar tidak melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menyayangi sekolah,
pelajar tidak mengetahui kesan jika tidak menyayangi sekolah dan pelajar berasa bosan
dengan bahan pengajaran buku teks. Cara mengatasi masalah tersebut adalah menyediakan
video yang berkaitan dengan perbuatan yang tidak menyayangi sekolahdan kesan tidak
menyayang sekolah, serta menggunakan ikon, warna dan kata kunci yang ringkas dalam video
yang saya dihasilkan.

Pada peringkat pembangunan (development), saya telah menyatukan kandungan


pengajaran. Kandungan pengajaran ini adalah berkaitan dengan situasi di sekolah. Pada babak
1, saya akan merakamkan persekitaran sekolah dari luar ke dalam. Dengan ini, pelajar akan
lebih mudah klip video ini adalah berkaitan dengan sekolah. Selepas itu, pada babak 2 adalah
perasaan sekolah dari gembira ke sedih. Pada babak 3, adalah contoh perbuatan yang tidak
menyayangi sekolah, iaitu vandalisme, membuang sampah di atas lantai dan lewat ke sekolah.
Selain gambar yang berkaitan dengan contoh perbuatan tersebut, saya juga akan menambah
video seseorang yang sedang melakukan perbuatan-perbuatan tersebut supaya perasaan
pelajar semasa menonton video ini lebih mendalam. Pada babak 4, video akan mempaparkan
perasaan sekolah lagi seterusnya kesan tidak menyayangi sekolah akan pada babak 5. Pada
gambar yang disediakan dalam video yang saya hasilkan terdapat juga ayat yang ringkas
supaya pelajar mudah memahami makna gambar tersebut yang dipemarkan. Pada babak 6,
adalah persoalan sekolah kepada peajar dan pada akhirnya adalah persekitaran di dalam ke
luar sekolah yang saya rakamkan akan dijadikan scena terakhir pada video yang saya hasilkan
ini.

Peringkat keempat di Model ADDIE adalah pelaksanaan (implementation). Saya telah


menggunakan “Video Pad” untuk menyunting video rakaman saya. Saya juga menggunakan
“Instagram” dan “Meitu” untuk menghasilkan gambar-gambar yang mengandungi ayat yang
ringkas. Selepas itu, saya pun dimuat naik klip video saya ke atas YouTube untuk mengelakkan
kehilangan video. Saya pun ada merekod video saya ke dalam CD-ROM sebagai back-up saya.
Semasa saya hendak mempaaparkan video saya tersebut, saya juga akan menggunakan
komputer riba, LCD Projektor dan pembesar suara. Sebelum mempaparkan, saya akan
memastikan kemudahan tersebut adalah dalam keadaam yang baik dan dapat diguna.

Pada peringkat kelima, iaitu penilaian (evaluation), penilaian formatif telah dilakukan. Hal
ini demikian kerana pada babak 6 dalam video saya adalah persoalan sekolah kepada pelajar.
Soalan yang terdapat di dalam video tersebut adalah “Kenapa murid-murid tidak tahu
menghargai dan menyayangi saya?”, “Jika murid-murid sama situasi dengan saya, apa
perasaan kalian?”, dan “Boleh kah sayang saya?”. Ketiga-tiga soalan ini hendaklah pelajar
untuk berfikir dan menjawab selepas menonton video tersebut. Pada babak 7, iaitu persekitaran
sekolah di dalam ke luar telah dimainkan selama 01 min 06 saat kerana saya hendaklah pelajar
berfikir tentang persoalan yang ditunjukkan tersebut. Saya juga ada melakukan penilaian
sumatif dengan membina instrument penilaian untuk menilai sama ada video saya sesuai
kepada pelajar tahun tiga atau tidak untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.
4.0 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data ialah borang soal selidik
yang disediakan dengan menggunakan Google Forms. Instrumen borang soal selidik yang
dibina menggunakan prinsip KISS (Keep it short and simple), iaitu mengemukakan soalan yang
ringkas dan mudah difahami (R. Kuberan et. al., 2013). Borang soal selidik ini mengandungi 3
bahagian, iaitu Bahagian 1 berkaitan dengan pedagogi dan strategi, Bahagian 2 adalah
berkaitan dengan teori dan amalan dan Bahagian 3 mengandungi soalan yang berkaitan
denagn komestik. Soalan Bahagian 1 dan Bahagian 3 dalam borang soal selidik merupakan
soalan tertutup, iaitu responden memilih daripada jawapan yang diberi (Azemir, 2012),
manakala soalan Bahagian 2 dalam borang soal selidik menggunakan skala likert 5 poin, iaitu
responden memilih jawapan berdasarkan 5 skor, sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju
dan sangat tidak setuju.

5.0 Informan Kajian

Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah, iaitu setiap individu
mempunyai peluang yang sama untuk diambil atau digunakan bagi mewakili populasi. Hal ini
bermakna setiap pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar mempunyai peluang
yang sama untuk dipilih sabagai seorang responden. Terdapat 30 responden telah mengisi soal
selidik berdasarkan Google Forms yang disediakan oleh saya. Cara saya menyebar Google
Forms ini dengan melalui media “WhatsApp”, “Messenger”, dan “Wechat”. Penilaian secara
talian melalui borang soal selidik di alamat https;//goo.gl/W5RG2b.

6.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah
dilakukan daripada borang soal selidik yang diisi oleh responden. Data yang telah dimasukkan
telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan.

6.1 Analisis Dapatan

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus
Raja Melewar. Jadual di bawah adalah jadual analisis soal selidik.
Bahagian 1: Semakan reka bentuk instruksi – Peratus (%)
pedagogi / strategi
Ya Tidak

1. Video pembelajaran ini sesuai digunakan dalam 100 % 0%


kaedah pengajaran dan pembelajaran secara
bersemuka.

2. Kemahiran menggunakan video pembelajaran 96.7% 3.3%


dan nota rujukan dapat mevariasikan kaedah
pengajaran.

3. Video pembelajaran ini memenuhi kehendak 100% 0%


sukatan pelajaran.

4. Video pembelajaran ini menggalakkan 96.7% 3.3%


pembelajaran secara konstruktif.

Bahagian 2: Semakan reka bentuk instruksi – teori Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat
dan amalan setuju pasti setuju tidak
setuju

5. Pembangunan maklumat menjadi lebih mudah 73.7% 20% 6.7% 0% 0%


kerana video mengandungi gambar dan teks yang
mudah.

6. Reka bentuk antara muka mengurangkan beban 56.7% 30% 13.3% 0% 0%


memori pengguna yang berkaitan dengan
pemprosesan maklumat.

7. Durasi video adalah bersesuaian (Tidak terlalu 66.7% 26.7% 6.7% 0% 0%


panjang).

8. Urutan penyampaian videoadalah sistematik. 63.3% 26.7% 10% 0% 0%


Bahagian 3: Semakan reka bentuk instruksi – Ya Tidak
kosmetik

9. Paparan antara muka menggunakan warna 100% 0%


yang sesuai.

10. Audio latar belakang yang sesuai dengan 100% 0%


video pembelajaran.

11. Teks yang mudah dibaca dan mempunyai saiz 100% 0%


yang sesuai.

12. Gaya persembahan video pembelajaran ini 93.3% 6.7%


dapat menarik minat pelajar.

13. Video dapat diakses dan beroperasi dengan 96.7% 3.3%


sempurna.

Jadual 1: Jadual Analisis Soal Selidik

6.2 Ulasan Dapatan

Soalan dalam Bahagian 1 iaitu berkaitan dengan semakan reka bentuk instruksi dari segi
pedagogi dan strategi merupakan soalan tertutup, iaitu jawapan terdiri daripada ya dan tidak.
Terdapat 4 soalan dalam Bahagian 1. Dalam keempat soalan ini, terdapat dua soalan
mempunyai nilai peratusan yang tinggi kepada jawapan “ya”, iaitu 100% manakala terdapat dua
soalan mempunyai nilai peratusan 96.7% kepada jawapan ‘tidak’. Ini menunjukkan bahawa
semua responden bersetuju dengan video pembelajaran saya sesuai digunakan dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, dan video pembelajaran saya memenuhi
kehendak sukatan pelajaran. Terdapat satu responden tidak bersetuju bahawa kemahiran
menggunakan video pembelajaran dan nota rujukan dapat mevariasikan kaedah pengajaran
dan video pembelajaran saya menggalakkan pembelajaran secara konstruktif.

Soalan dalam Bahagian 2 iaitu berkaitan dengan semakan reka bentuk instruksi dari
segi teori dan amalan merupakan skala likert 5 poin, iaitu responden hendaklah memilih
jawapan mengikut skor 1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3 (tidak pasti), 4 (setuju), dan 5
(sangat setuju). Terdapat 4 soalan dalam Bahagian 2. Sebanyak 22 orang responden (73.3%)
sangat setuju bahawa pembangunan maklumat menjadi lebih mudah kerana video
mengandungi gambar dan teks yang mudah, 20% responden setuju dan 6.7 % tidak pasti. Bagi
reka bentuk antara muka mengurangkan beban memori pengguna yang berkaitan dengan
pemprosesan maklumat, 56.7% sangat setuju dengan pernyataan ini, 30% setuju dan 13.3 tidak
pasti. Sebanyak 66.7% sangat setuju dengan durasi video adalah bersesuaian, 26.7% setuju
dan 6.7% tidak pasti dengan pernyataan ini. Bagi pernyataan urutan penyampaian video adalah
sistematik, 63.3% sangat setuju dengan pernyataan, 26.7% setuju dan 10% tidak pasti.

Soalan dalam Bahagian 3, iaitu berkaitan dengan semakan reka bentuk instruksi dari
segi kosmetik merupakan soalan tertutup.Terdapat 5 soalan dalam Bahagian 3. Terdapat 30
orang responden (100%) telah memilih “ya” dengan pernyataan paparan antara muka
menggunakan warna yang sesuai dan audio latar belakang yang sesuai dengan video
pembelajaran. Terdapat 29 orang responden (96.7%) telah memilih “ya” dalam pernyataan teks
yang mudah dibaca dan mempunyai saiz yang sesuai dan video dapat diakses dan beroperasi
dengan sempurna. Sebanyak 93.3% responden memilih jawapan “ya” dengan pernyataan gaya
persembahan video pembelajaran ini dapat menarik minat pelajar.

6.3 Kekuatan Klip Video

Dalam borang soal seliddik saya, saya juga ada meminta semua responden untuk menulis
komen mereka tentang klip video saya. Terdapat 23 orang memberi komen yang baik tentang
klip video saya. Itu bermaksud kebanyakkan orang suka klip video saya dan sesuai dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Komen mereka adalah bagus, baik, dapat menyemaikan
nilai menyayangi sekolah dalam diri murid, menarik, video mempunyai pengajaran yang bagus
untuk pelajar, video ini amat berfokus kepada tajuk menyayangi sekolah dan berinformatif,
bermakna, kreatif, mudah difahami dan sesuai. Hal ini demikian, kecuali merakamkan video,
saya pun ada menambahkan gambar yang sesuai dalam klip video saya. Saya pun hanya
menggunakan ayat yang mudah dan sesuai untuk menjelaskan gambar yang dipaparkan
tersebut. Selain itu, saya pun memilih sebuah audio latar belakang dalam video pembelajaran.
Semasa menonton klip video ini, audio latar belakang dapat membantu mereka merasa
perasaan sekolah yang sedih tersebut.
6.4 Kelemahan Klip Video

Terdapat beberapa orang responden telah memberi komen tentang kelemahan dalam klip video
saya. Kebanyakkan mereka komen tentang durasi pengambilan video di persekitaran sekolah
terlalu panjang. Dalam klip video saya, saya juga ada merakamkan tentang pelajar datang lewat
ke sekolah, responden pun memberi komen tidak ada suara guru. Ada yang juga memberi
komen tentang lakonan pelakon kurang menarik. Saya juga mendapat komen tentang video
akan memeningkan murid. Hal ini demikian saya telah merakamkan persekitaran sekolah dan
saya telah menambahkan kelajuan video rakamkan tersebut dari 100% kepada 300%. Dengan
ini, video rakaman saya tentang persekitaran sekolah bergerak dengan cepat dan tidak imbang.

6.5 Cara Penambahbaikan

Bagi cara penambahbaikan tentang kelemahan, saya mempunyai beberapa cadangan kepada
diri sendiri tentang klip video yang dihasilkan diri sendiri. Bagi kelemahan tentang durasi
pengambilan video di persekitaran sekolah terlalu panjang, saya hendaklah mengurangkan
durasi pada pengambilan video di persekitaran. Saya tidak perlu merakamkan tentang
persekitaran sekolah yang sempurna, saya boleh menyunting beberapa bahagian yang sama
dan menyambung dengan persekitaran yang lebih jauh. Dengan ini durasi pengambilan video
tentang persekitaran sekolah boleh diselesaikan. Bagi kelemahan kedua tentang tidak ada
suara guru dalam lakonan pelajar datang lewat ke sekolah, saya boleh menambahkan suara
guru supaya lebih memudahkan pelajar memahami pelajar yang lewat tersebut dimarah oleh
guru. Bagi kelemahan ketiga tentang lakonan pelakon kurang menarik, cara penambahbaikan
tentang kelemahan ini adalah pelakon hendaklah mempunyai air muka yang terang dan jelas
dan berkaitan dengan apa yang dia sedang melakon. Bagi kelemahan yang terakhir tentang
video akan memeningkan murid, saya boleh menggunakan media lain semasa merakam. Saya
menggunakan telefon bimbit untuk merakam video. Saya boleh menggunakan “monopod”
berserta telefon bimbit semasa merakam supaya video saya dapat bergerak dengan imbang
semasa dipercepatkan oleh saya. Saya pun boleh memperlahankan langkah saya semasa
berjalan supaya video dapat dirakamkan dengan baik.
7.0 Kesimpulan

Kajian ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu media pengajaran tentang nilai menyayangi
sekolah bagi mata pelajaran Pendidikan Moral, Tahun Tiga. Saya telah menghasilkan sebuah
video pengajaran dengan menggunakan gabungan beberapa perisian aplikasi grafik dan
multimedia berdasarkan analisis keperluan yang diperolehi.

Menurut Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), model ADDIE sering menjadi asas
kepada model-model reka bentuk instruksi yang lain. Hal ini demikian kerana saya
menggunakan model ADDIE sebagai panduan saya semasa menghasilkan video pengajaran
dan pembelajaran. Model ADDIE juga mempunyai lima peringkat yang bersistematik. Ini
membolehkan saya dapat menghasilkan klip video dengan berkesan.

Tambahan pula, melalui komen yang diberi oleh responden, saya dapat membuat
penambahbaikan tentang kelemahan klip video saya. Dengan mengatasi kelemahan yang
berada pada video, klip video saya dapat membantu dan menyemai nilai menyayangi sekolah
dalam diri pelajar.

Pada pandangan saya, semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, jika guru
menggunakan komputer dan LCD projektor untuk mempaparkan video, akan lebih menarik
perhatian pelajar semasa belajar. Menurut Baharuddin Aris, Sumarni & Manimegalai (2002),
kegunaan komputer di dalam kelas membolehkan pembelajaran menjadi lebih menarik.
Menurut Norah, Nurul Izzati & Rahdhiah (2013), penggunaan media di dalam proses pendidikan
akan menambah proses pemahaman pelajar lebih mendalam dan menjadikan aktiviti
pembelajaran yang lebih pelbagai. Oleh sebab itu, saya mestilah menghasilkan video yang
terbaik yang boleh digunakkan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Rujukan

Amin Molek (2016). Teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran. Dimuat turun pada 15
September 2017, dari http://www.edup3053.aminteach.com/2016/06/21/model-addie/.

Azemir (2012). Beza soalan terbuka dan soalan tertutup. Dimuat turun pada 15 September
2017, dari https://www.scribd.com/document/112410315/Beza-Soalan-Terbuka-Dan-
Soalan-Tertutup.

Baharuddin Aris, Sumarni & Manimegalai (2002). Reka bentuk perisian multimedia. Skudai:
Penerbit UTM.

Izuan (2015). Model ADDIE dalam proses reka bentuk modul pengajaran. Dimuat turun pada 15
September 2017, dari
https://www.researchgate.net/publication/280734367_MODEL_ADDIE_DALAM_PROSE
S_REKA_BENTUK_MODUL_PENGAJARAN_BAHASA_ARAB_TUJUAN_KHAS_DI_U
NIVERSITI_SAINS_ISLAM_MALAYSIA_SEBAGAI_CONTOH.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam pendidikan. Bentong: PTS
Publication & Distributors.

Norah M. N., Nurul Izzati H. & Radhiah A. R. (2013). The framework for learning using video
based on cognitive load theory among visual learners. Published in Proceedings of the
5th Conference on Engineering Education, pp. 15-20.

Noriati A. R., Poon Ying, Sharifah, Kamaruddin (2009). Teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

R. Kuberan et. al., 2013. Teks Efektif STPM Pengajian Am Penggal 2. Petaling Jaya: Penerbit
Ilmu Bakti Sdn. Bhd.

Shaples, M. (2000). The design of personal mobile technologies for lifelong learning. Computers
& Education. 34(3), pp.177-193.

Shephard, K. (2003). Questioning, promoting and evaluating the use of streaming video to
support student learning. British Journal of Educational Technology. 34(3), pp. 295-308.
Lampiran
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


_____________________________________________________________

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

DENGAN KEPUJIAN

AMBILAN JUN 2016

TUGASAN 3- PENULISAN AKADEMIK (INDIVIDU)

NAMA PELAJAR : AGNES LOH MEE YUN

ANGKA GILIRAN : 2016151340097

NO. KAD PENGENALAN : 961019-13-5814

KUMPULAN/UNIT : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER : PISMP SEMESTER 3

KOD KURSUS : EDUP 3053

NAMA KURSUS : TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

NAMA PENSYARAH : ENCIK YEFRIZAL BIN NADZIR

TARIKH HANTAR : 18 SEPTEMBER 2017


BIODATA DIRI

NAMA : AGNES LOH MEE YUN

ANGKA GILIRAN : 2016151340097

NO. KAD PENGENALAN : 961019-13-5814

KUMPULAN/UNIT : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KURSUS/ SEMESTER : PISMP- SEMESTER 3

AMBILAN : JUN 2016

ALAMAT E-MEL : agnesloh1019@outlook.com

ALAMAT RUMAH : 2H, LANE 3, JALAN BELATOK, 96000 SIBU,

SARAWAK

NO. TELEFON : 0166785717


Halaman Judul

TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR


HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ______________________

Nama : AGNES LOH MEE YUN

Tarikh : 18. 09. 2017


SENARAI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

MAKLUM BALAS

BIODATA DIRI

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN

SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.0 REKA BENTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


(MODEL ADDIE)

4.0 INSTRUMEN KAJIAN

5.0 INFORMAN KAJIAN

6.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


6.1 Analisis Dapatan
6.2 Ulasan Dapatan
6.3 Kekuatan Klip Video
6.4 Kelemahan Klip Video
6.5 Cara Penambahbaikan

7.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

LAMPIRAN

Vous aimerez peut-être aussi