Vous êtes sur la page 1sur 2

DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI JAYA 2019.

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar.
1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk tindakan dan
keputusan yang dibuat.
1.3 Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa, dan kasih
sayang.

DASAR 2 : KEMASUKAN PELAJAR

2.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum dan latar belakang tanpa sekatan.
Namun perlu melalui Jabatan Pendidikan / Pejabat Pendidikan Daerah
2.2 Setiap maklumat pelajar akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke dalam Analisi
Pangkalan Data Murid ( APDM )

2.3 Setiap pelajar akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.


2.4 Setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah buku “Peraturan Sekolah” pada setiap masa.

DASAR 3 : DISIPLIN PELAJAR

3.1 Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
3.2 Ibubapa atau penjaga pelajar yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin akan dipanggil
untuk hadir ke sekolah.
3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani
permasalahan disiplin pelajar.
3.4 Ibubapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau
menulis surat kepada pihak sekolah.
3.5 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira ponteng
sekolah.

DASAR 4 : KESELAMATAN PELAJAR

4.1 Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di
kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
4.2 Ibubapa atau penjaga, yang ingin membawa pelajar keluar perlu menulis nama ke dalam
Buku Kebenaran Keluar yang terletak pejabat.
4.3 Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.

DASAR 5 : KESIHATAN PELAJAR

5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program
yang dirancang seperti :
• Pemeriksaan Gigi dan Mata
• Pemeriksaan Kesihatan
• Program RMT
• Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan
• Ceramah dan Kempen
5.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa / penjaga.
5.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di sekolah.
5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga
terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik.
5.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah Kesihatan.

DASAR 6 : KEBAJIKAN PELAJAR

6.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui
jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
6.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua
bentuk bantuan kepada pelajar disekolah ini.
6.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi pelajar yang bermasalah demi menjaga
maruah pelajar tersebut.

Vous aimerez peut-être aussi