Vous êtes sur la page 1sur 2

Apakah peranan yang dimainkan oleh Thailand dan Indochina semasa Jepun menjalankan dasar

imperialistiknya.

Permulaan kepada wujudnya bentuk imperialism Jepun adalah pada tahun 1868 apabila Maharaja
Meiji memegang tampuk pemerintahan. Sistem ekonomi feudal di Jepun telah digantikan oleh
sistem pentadbiran dan ekonomigaya Barat. Pemodenan yang dilaksanakan oleh Meiji menjadikan
Jepun lebih dihormati di Barat. Zaman Meiji telah berjaya menjadikan Jepun sebagai negara
terkuat di AsiaPemodenan zaman Meiji turut menjadikan Jepun muncul sebagai negara yang
termaju ekonominya di rantau Asia Timur. Ekonominya bertukar menjadi ekonomi perdagangan.

Dalam penguasan Jepun di Thailand dan juga di Kawasan Indochina, kedua dua kelompok
negara ini telah memainkan peranan semasa datangnya Jepun menguasai negara mereka. Bagi
negara Thailand, berikutan daripada kekejaman pihak Jepun mengkibatkan kehidupan rakyat
semakin merosot, Pridi telah mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah pertubuhan anti-
Jepun. Hubungan dengan “Free Thai”di Amerika Syarikat telah dijalinkan oleh mereka.
Pertubuhan ini menerima bantuan kewangan serta latihan dari Amerika Syarikat menerusi
Perkhidmatan Sulit Seberang Laut. Sebagai pemangku Raja Ananda Mahidol, Pridi telah
mengambil kesempatan untuk menyusun pergerakan bawah tanah dan menjalin hubungan
dengan pihak Berikat. Bentuk sokongan yang diberikan oleh Pridi termasuklah mengawasi
pergerakan tentera Jepun dengan memberi maklumat rahsia pihak Jepun serta melindungi
tahanan perang tentera Berikat. Manakala kumpulan “Free Thai” yang diketuai Seni Pramoj
menganggap bahawa kerajaan negara Thai di bawah pimpinan Pribun sebagai kerajaan boneka.

Manakala di negara Indochina, bermulanya peranan yang dimainkan oleh pasukan


nasionalis Vietnam adalah kerana tentera Jepun memaksa golongan petani menanam jut, rami,
kacang dan tumbuhan minyak jarak. Sistem paksaan ini menjadikan masalah untuk menampung
keperluan makanan semakin runcing. Perancangan telah dibuat oleh golongan komunis dan
nasionalis bagi menentang kekejaman Jepun. Pakatan dengan parti lain telah dilakukan oleh
pejuang komunis sebagai langkah permulaan. Ho Chi Minh telah dibebaskan oleh Jeneral Chang
untuk memimpin Liga Parti Revolusi Vietnam. Kesempatan ini membolehkan Ho Chi Minh
menguatkan parti komunis dan Viet Minh daripada wang disalurkan oleh negara China. Bagi
meraih sokongan rakyat tempatan, pihak Jepun telah menjalankan propaganda dengan memberi
kemerdekaan kepada Annam dan Tongking. Namun beigtu, oleh kerana teripu dengan sikap
Jepun, Liga Vietnam telah memulakan perang gerila yang menyebabkan mereka telah Berjaya
membebaskan beberapa wilayah.

Kesimpulannya, penguasaan Jepun di Kawasan Asia Tenggara secara tidak langsung telah
memberi kesedaran kepada rakyat untuk menamatkan kuasa penjajahan Jepun. Walaupun pada
hakikatnya kedatangan Jpeun telah mempengaruhi penduduk tempatan bahawa mereka akan
bebeas dari cengkaman Barat namun perasaan benci mula muncul akibat daripada kekejaman
yang dilakukan oleh pihak Jepun terhadap mereka yang dianggap sebagai satu lagi penjajahan
baharu.

Vous aimerez peut-être aussi