Vous êtes sur la page 1sur 1

A & K PARTNER

NO PEMBELAJARAN KETERANGAN
1. KONSTRUKTIVME Pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif hasil daripada usaha pelajar itu
sendiri. Guru sebagai fasilitator sahaja.

Contoh:
Pengetahuan sedia ada : Bentuk poligon (bentuk:segi empat)
Konstruktivme : Belajar pengiraan dalam sudut-sudut segi empat.
2. KOPERATIF Pelbagai kebolehan bekerjasama murid dalam kumpulan bertujuan mencapai satu matlamat yang sama untuk diri
sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah. Mereka saling
bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, kemahiran koperatif dan
pemprosesan kumpulan

Contoh:
Round Table
3. KONTEKSUAL Menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan dan adalah
aktiviti hands-on dan minds-on. Melibatkan lima proses iaitu menghubungkait, mengalami, mengaplikasi,
bekerjasama, dan memindahkan. Kelima-lima aktiviti ini diringkaskan sebagai “REACT”.

Contoh:
R-kemas di rumah. Jaga kebersihan
E-pelajar diajar demontrasi merawat luka. Pelajar guna di luar bilik darjah
A-pelajar ditunjukan cara berwuduk dengan betul. Pelajar aplikasi berwuduk di rumah.
C-amali di makmal.
T-belajar adab ibu bapa di sekolah. Di rumah, pelajar tidak meninggikan suara dengan ibu bapa.

4. BERASASKAN Guru memberikan masalah. Isi kandungan tidak diterangkan menyebabkan menjadi aktif. Mereka meneroka dan
MASALAH menemui maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Guru akan bertindak selaku fasilitator dan bukan
sumber penyelesaian masalah.

Contoh:
1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan
2. Setiap kumpulan mendapat set soalan yang berbeza. Soalan tersebut merupakan masalah yang berlaku
dalam kehidupan sebenar.
3. Murid akan berbincang di dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah yang diberi.
4. Murid membentangkan hasil perbincangan di dalam kumpulan.

5. AKTIVITI PDPC 1. Guru membahagikan kepada 4 kumpulan.


MENGGUNAKAN 2. Setiap kumpulan mendapat set soalan yang berbeza (berdasarkan masalah)
KOPERATIF 3. Setiap ahli di dalam akan menyatakan cara mereka menyelesaikan masalah yang diberikan.
4. Setiap jawapan dirumuskan dan dibentangkan untuk dinilai guru.
6. BERASASKAN Fokus kepada tugasan amali secara sistematik dan terancang.
PROJEK
Contoh:
Kerja Kursus Sejarah : Folio Tokoh Setempat