Vous êtes sur la page 1sur 2

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN HANG TUAH 2

Arahan-arahan Untuk Latihan Kebakaran

Berikut adalah arahan-arahan yang mesti dipatuhi ketika berlaku kebakaran:-

1. Bunyi loceng yang berpanjangan menandakan amaran kebakaran. Murid murid


jangan panik dan bersiap sedia untuk menerima arahan.
2. Guru-guru hendaklah berhenti mengajar dan mengarahkan murid-murid supaya
keluar daripada kelas dengan tangan kosong, cepat dan senyap.
3. Guru-guru juga hendaklah memadamkan lampu dan kipas dengan segera sebelum
meninggalkan bilik darjah.
4. Murid-murid hendaklah menggunakan tangga seperti yang ditetapkan.
5. Murid-murid berbaris dua-dua dan berjalan dengan cepat bersama guru di dalam
kelas ke tapak perhimpunan.
6. Sekiranya buku kedatangan berada di dalam kelas, guru yang berada di dalam
kelas tersebut hendaklah membawa bersama-samanya. Buku kedatangan di
pejabat akan dibawa oleh kerani atau Pembantu Am.
7. Apabila murid-murid tiba di padang, mereka dikehendaki berkumpul mengikut
kelas masing-masing. Kelas yang sampai dahulu akan berbaris di tengah-tengah
tapak perhimpunan (berhadapan dengan tiang bendera Malaysia) . Manakala
kelas-kelas yang berikutnya akan berada di kiri atau kanan mereka.
8. Murid-murid beratur dua-dua mengikut pasangan yang telah ditetapkan oleh guru
darjah. Sekiranya didapati pasangannya hilang, laporkan segera kepada guru yang
mengambil kehadiran mereka.
9. Apabila murid-murid telah sampai ke tapak perhimpunan, guru darjah hendaklah
menyemak kedatangan murid. Jika didapati mana-mana murid yang hilang,
laporkan segera kepada Guru Besar dan Penolong Kanan.
10. Murid-murid yang berada di tandas atau di kantin atau di bilik sembahyang atau
di perpustakaan tidak perlu balik ke bilik darjah tetapi terus ke tempat
perhimpunan dan berbaris mengikut kelas masing-masing.
11. Semua guru dan kakitangan sekolah dikehendaki pergi ke padang atau tempat
perhimpunan. Guru –guru yang berikut hendaklah membuat pemeriksaan di
tingkat bangunan seperti berikut:-
Pembantu Am Pejabat... ………………tingkat bawah
Guru di bilik 1 Aman …………………tingkat satu
Guru di bilik Sains ……………….. tingkat dua
Guru di bilik 6 Aman ………………... tingkat tiga
Guru di bilik 2 Damai…………………bangunan tepi padang
12. Penolong Kanan dikehendaki memeriksa jadual kedatangan guru dan Pembantu
Am Pejabat memeriksa ‘main switch’ sekolah.
13. Guru-guru hendaklah mengawasi keadaan keseluruhannya.
14. Apabila mendengar loceng panjang pendek, murid-murid dan guru-guru
hendaklah balik ke kelas masing –masing dan belajar seperti biasa.

Arahan Guru Besar,

………………………
Puan Juriah Binti Abd Jalil,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah (2)
Ketua Penjaga Balai, Ruj. Tuan:
Balai Bomba dan Penyelamat, Ruj. Kami:SKJHT2 01-02-001
Jalan Hang Tuah, 21 APRIL 2003
55200 KUALA LUMPUR

Tuan,
Ceramah, Pameran dan Demontrasi Kebakaran

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Sehubungan ini, pihak sekolah ingin menjemput tuan untuk mengadakan


ceramah, pameran dan demontrasi kebakaran di sekolah ini.

3. Untuk makluman pihak tuan, objektif program ini ialah untuk


menyedarkan murid-murid tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah jika
berlakunya kebakaran di sekolah.

4. Maklumat mengenai program ini adalah seperti barikut:

Hari : Selasa
Tarikh : 29 April 2003
Tempat: Dewan dan Perkarangan SK. Jln. Hang Tuah 2, K.L

5. Kerjasama dari pihak tuan amat kami harapkan dan didahului dengan
ucapan terima kasih jua.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

……………………………….
(PN. TUI SOKE LIN)
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah 2,
55200 Kuala Lumpur.

Vous aimerez peut-être aussi