Vous êtes sur la page 1sur 6

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

IPG KAMPUS BATU LINTANG

LAPORAN AMALI 7

LAKUAN MOTOR

(PJMS3123)

NAMA : ALEXSON LAYANG ANAK BAJING


KUMPULAN / AMBILAN : PISMP PJM AMBILAN JUN 2016
NO. ANGKA GILIRAN : 2016042310032
TAJUK AMALI : MEMORI
TARIKH AMALI : 13 MAC 2019

1. OBJEKFTIF AMALI :
Mengenal pasti jenis strategi memori yang digunakan oleh sampel dalam melaksanakan
aktiviti sorakan.

2. HIPOTESIS :
i. Semakin ringkas arahan disampaikan, semakin mudah proses penyimpanan
memori.
ii. Semakin banyak arahan disampaikan, semakin rumit proses penyimpanan memori.

3. KEPUTUSAN MAKMAL :

Kumpulan Ingat Kembali Penyimpanan Pengekodan Lupaan


Kumpulan 1 60% 20% 10% 10%
JADUAL 1

1
PROSES PENYIMPANAN MEMORI
70%
60%
60%

50%

40%

30%
20%
20%
10% 10%
10%

0%
PENGKODAN INGAT KEMBALI LUPAAN PENYIMPANAN
Series1 10% 60% 10% 20%

RAJAH 1

4. PERBINCANGAN :

Menurut Ab. Fatah Hasan (1994), memori sering diukur dengan ujian mengingat kembali
dan bukti pengeluaran semula memori merupakan apa yang kita harapkan daripada
seseorang individu dalam merujuk apabila memori pembelajaran telah berlaku. Berdasarkan
keputusan ujian yang dilaksanakan, proses pengkodan bagi kumpulan 1 hanyalah 10%.
Pengekodan ini diambil dari segi peniruan, pembahagian rangkap dan pembahagian
langkah dalam aktiviti sorakan yang dilaksanakan oleh kumpulan 1 tersebut. Mereka
mengingat lirik lagu sorakan melalui rentak irama sorakan dan mereka turut menghafal
langkah pergerakan berdasarkan lirik sorakan. Menurut Marohaini Yusoff (2001),
pengekodan ialah proses yang menentukan cara maklumat dienkod dan diletakkan dalam
perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Proses ini bermula
dengan hasil pendengaran dan pemerhatian apabila sesuatu maklumat itu disampaikan
oleh penguji melalui cara demonstrasi di hadapan peserta. Selain itu, proses ingat kembali
kumpulan 1 ialah 60%. Mereka dapat mengingat lirik sorakan dengan mudah berdasarkan
irama sorakan tersebut. Tetapi terdapat salah seorang ahli kumpulan tidak dapat membuat
pergerakan berdasarkan lirik. Hal ini demikian mungkin disebabkan peserta tersebut tidak
dapat menyelaraskan lirik sorakan dengan langkah pergerakan. Ingat kembali merupakan

2
proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya
dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan (Azizi Yahaya, Asmah Suboh,
Zurihanmi Zakaria dan Fawziah Yahya, 2005). Disamping itu, lupaan bagi kumpulan 1 ialah
10% manakala penyimpanan sebanyak 20%. Terdapat sedikit lupaan bagi pergerakan
kerana peserta tidak dapat menyelaraskan pergerakan dengan lirik lagu sorakan tersebut.

3
5. RUJUKAN :

Ab. Fatah Hasan (1994). Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai:
Penerbit UTM

Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakaria dan Fawziah Yahya (2005). “Aplikasi
Kognitif dalam Pendidikan”. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing. Kuala
Lumpur.

Marohaini Yusoff (2001). Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

4
6. LAMPIRAN :

6.1 PROSEDUR
i. Taklimat.
ii. Memberi demonstrasi sorakan kepada peserta.
iii. Peserta diberi masa 3 minit untuk mengingat kembali lirik dan pergerakan sorakan.
iv. Peserta melakukan sorakan seperti yang dibuat oleh penguji.

6.2 Lirik dan Langkah Sorakan


Tak kenal lelah, (genggam penumbuk)
Pantang menyerah, (Letak tangan atas dada)
Hadapilah lawanmu, (mencangkung)
Gagah berani, (Genggam dua penumbuk)
Tak akan berhenti, (angakt dua tangan)
Batu Lintang di hati. (melompat)
Ooo di sini menang, (tunjuk arah kanan)
Di sana menang, (tunjuk arah kiri)
Di mana-mana pun kami pasti menang. (tunduk)
Juara!!!! (melompat)

5
6

Vous aimerez peut-être aussi