Vous êtes sur la page 1sur 1

DOKUMENTASI PENDAFTARAN ASRAMA

Tarikh : 18 September 2017 (Ahad)

Masa :

Tempat : Dewan Makan Asrama

Pada hari tersebut, pendaftaran asrama kali pertama telah dijalankan. Pendaftaran ini
melibatkan semua pelajar yang datang dari sekolah-sekolah sebelum ini dimana mereka
bertukar dari sekolah sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bawong. Antara sekolah-
sekolah yang terlibat adalah SMK Toh Muda Abdul Aziz, SMK Muhibbah, SMK RLKT Lasah,
SMK Clifford, SMK Simpang Beluru, dan SMK Raja Perempuan Kalsom. Kesemua pelajar
yang mendaftar ialah 420 orang pelajar. Selain itu juga, terdapat juga pelajar yang tidak pernah
bersekolah mendaftar masuk ke sekolah dan tinggal di asrama.

Pada pagi itu, kesemua pelajar dan ibu bapa diberikan sedikit taklimat berkaitan sekolah.
Setelah selesai, pelajar diminta untuk ke asrama untuk pendaftaran dan penyerahan dorm serta
kunci almari. Setiap dorm hanya boleh diduduki seramai 16 orang sahaja. Sekolah mempunyai
sebanyak 28 dorm iaitu 14 dorm lelaki dan 14 dorm perempuan. Kesemua pelajar yang
mendaftar akan diberikan nama dorm untuk mereka meletakkan barang sebelum berpisah
bersama penjaga mereka.

Pada waktu petang, pelajar asrama dikumpul untuk menerangkan berkaitan peraturan
asrama dan hal-hal berkaitan asrama.