Vous êtes sur la page 1sur 7

1.

0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk bebilang kaum dan
etnik.Penduduk yang berbilang bangsa ini menghasilkan kepelbagaian budaya yang unik yang
membentuk budaya Malaysia yang tersendiri.Kepelbagaian etnik dan kaum di Malaysia ini
menjadikan Malaysia sebagai sebuah keluarga yang besar dan hidup dalam keadaan yang aman.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2011), berdasarkan bancian kelima yang


dijalankan pada tahun 2010, jumlah penduduk di Malaysia adalah sebanyak 28.3 juta yang
merangkumi 91.8% adalah warganegara dan 8.2% bukan warganegara. Warganegara Malaysia
terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%), India (7.3%) dan Lain-lain
(0.7%).Di kalangan warganegara Malaysia, Melayu merupakan kumpulan etnik utama di
Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus.Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah
keseluruhan warganegara di Sarawak, manakala Kadazan/Dusun merekodkan sebanyak 24.5
peratus di Sabah.Kepelbagaian etnik di Malaysia inilah yang telah membentuk kepelbagaian
sosiobudaya di Malaysia.

Definisi Sosiobudaya

Menurut Kamus Pelajar edisi kedua, sosio- didefinisikan sebagai kata awalan yang merujuk
kepada perkaitan tentang faktor sosial atau kemasyarakatan.

Budaya atau kebudayaan pula berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu buddhayah yang
terhasil daripada perkataan buddhi yang menerangkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan
budi dan akal manusia.Dalam Bahasa Inggeris budaya disebut sebagai culture yang berasal
daripada perkataan Latin iaitu cultus. Menurut Kirk (2005), perkataan cultus ini menurut bangsa
Roman adalah merujuk kepada simbolik kepada aktiviti mereka dalam mengerjakan dan berbakti
kepada tanah. Pada mereka jika tanaman mereka berjaya ia akan membesar membentuk sebuah
tamadun pula dan tamadun ini adalah sekumpulan manusia yang hidup penuh dengan budaya
tersendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, budaya ditakrifkan sebagai tamadun atau
peradaban.Selain daripada itu, Kamus Dewan juga mendefinisikan budaya ini sebagai kemajuan
fikiran dan juga akal budi.
Menurut Koentrtrajaningrat (2002) dalam Noriati A. Rashid (2014) pula, budaya
merupakan keseluruhan pemikiran dan hasil karya menusia yang berasaskan proses
pembelajaran. Budaya dalam definisi di atas menerangkan tentang keseluruhan hidup manusia
termasuk pemikiran dan tingkah laku yang dihasilkan setelah berlakunya proses pembelajaran.
Menurut Koentrtrajaningrat (2002) lagi, budaya ini mengandungi tujuh unsur utama iaitu agama
dan upacara keagamaan, organisasi kemasyarakatan, sistem pegetahuan, bahasa, kesenian,
sestem ekonomi dan sistem teknologi dan peralatan. Ketujuh-tujuh unsur inilah yang telah
membentuk budaya secara keseluruhan.

Menurut Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks,


yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat,
dan kemampuan-kemampuan lain yang dalam seseorang sebagai anggota masyarakat. Selain itu
Andreas Eppink menyatakan bahawa kebudayaan mengandungi keseluruhan pengertian tentang
nilai sosial,norma sosial, ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur-struktur sosial, agama, dan
lain-lain, tambahan lagi segala pernyataan intelektual dan artistik yang menjadi salah satu ciri
khas sebuah masyarakat.

Secara konklusinya, budaya merupakan satu cara hidup yang sentiasa berkembang dan
merupakan satu perkara yang diwarisi dan dimiliki oleh kelompok tertentu dari generasi ke
generasi. Selain daripada unsur yang disebutkan oleh Koentrtrajaningrat, unsur budaya yang
lebih mudah boleh dilihat melalui sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas,
pakaian, bangunan, dan karya seni.Setiap unsur ini mempunyai identity tersendiri dan apabila
digabungkan menjadi satu budaya yang unik.Budaya ini boleh dikatakan sebagai suatu pola
hidup yang menyeluruh kerana budaya bersifat kompleks, abstrak dan juga luas. Sosiobudaya
pula boleh dirumuskan sebagai suatu cara hidup manusia yang sentiasa berkembang dan
bercampur gaul dengan pelbagai kaum yang membentuk kepelbagaian dalam sesebuah
masyarakat.
2.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

Kepelbagaian sosiobudaya ini memang wujud di Malaysia dan merupakan salah satu aspek
penting yang perlu diberi perhatian dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan Malaysia
sebagai sebuah negara majmuk. Kepelbagaian sosiobudaya ini tidak akan menjadi satu masalah
atau isu yang besar jika setiap individu dapat menyemai serta mengamalkan perasaan hormat
antara satu kaum dengan kaum yang lain. Menurut Teo Kok Seong, Timbalan Pengarah Institut
Alam dan Tamadun Melayu UKM (2011) bahawa dengan mengetahui budaya kaum lain
tentunya rakyat Malaysia akan lebih senang lagi menerima cara hidup kaum lain sebagai
keunikan seperti yang disarankan dalam Gagasan 1Malaysia.

Budaya hidup setiap individu akan membentuk pelbagai jenis budaya yang tersendiri.
Budaya-budaya inilah yang perlu difahami dan dipastikan supaya dapat disesuaikan dengan
orang lain. Budaya hidup yang dibawa oleh pelajar ke dalam bilik darjah misalnya akan
mempengaruhi iklim dan budaya bilik darjah itu sendiri. Pelajar sekolah terdiri daripada pelbagai
latar belakang kaum dan etnik, bahasa dan loghat, struktur dan kelas sosial, agama dan
kepercayaan, adat resam dan adab serta gender di samping persekitaran tempat tinggal yang
pelbagai.Selain daripada itu, tindak laku, tindakan dan pandangan serta pendapat setiap pelajar
juga berbeza kesan daripada latar budaya mereka yang tersendiri.Justeru wujudlah bermacam-
macam campuran tingkah laku, tindakan dan sebagainya ini dan dibawa sehingga ke dalam bilik
darjah.Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud dalam kalangan pelajar di sekolah ini memberi
pelbagai implikasi kepada bilik darjah yakni kepada murid itu sendiri, kepada guru dan juga
kepada sekolah.

2.1 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA MURID

Setiap murid adalah berbeza dan mempunyai identiti mereka yang tersendiri disebabkan oleh
latar belakang yang terbina adalah berlainan antara satu sama lain. Interaksi yang terbina dalam
persekitaran individu akan membentuk seseorang individu itu. Antara factor yang paling
mempengaruhi perkembangan individu adalah budaya yang mana mempengaruhi cara berfikir,
bertindak, cara mengeluarkan pandangan atau pendapat serta cara seseorang itu meluahkan
perasaan yang tersendiri.
Marcelle, DuPraw dan Axner telah menyatakan bahawa terdapat enam corak asas budaya
yang membuatkan setiap individu itu berbeza dan mempunyai keunikkan tersendiri. Enam corak
asas yang telah dinyatakan adalah perbezaan dari segi komunikasi, berbeza sikap terhadap
konflik disebabkan oleh didikan kekeluargaan, perbezaan pendekatan dalam menyelesaikan
tugasan, perbezaan dalam gaya menyelesaikan masalah, perbezaan sikap terhadap pendedahan
pandangan dan perbezaan dalam pendekatan dalam proses untuk mengetahui sesuatu ilmu atau
belajar.

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pelajar ini boleh dilihat melalui aspek yang
pertama iaitu aspek kemahiran dan penguasaan bahasa. Di dalam sesebuah bilik darjah pelajar
boleh dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan utama dalam penguasaan bahasa iaitu
kumpulan yang hanya bergantung kepada bahasa daerah, bahasa dialek atau bahasa ibunda
sahaja dan juga pelajar yang telah menguasai dua atau lebih bahasa dengan kosa kata yang sama
ada terbatas atau meluas. Bagi kumpulan yang hanya bergantung kepada bahasa daerah, bahasa
dialek atau bahasa ibunda ini, kemungkinan mudah untuk menghadapi masalah ketika proses
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, bagi murid-murid di kawasan pantai timur yang
mempunyai loghat bahasa yang pekat, mereka mungkin sukar untuk membaca bahan bacaan
bahasa Melayu yang standard.

Selain daripada itu, pelajar dalam kalangan ini juga akan sukar untuk memahami
penerangan daripada guru. Contohnya jika seorang guru yang berasal dari semenanjung Malaysia
ditugaskan di kawasan pedalaman Sarawak, tentu terdapat kekangan untuk guru memahami
bahasa murid dan murid untuk memahami bahasa guru. Kesannya mereka ini akan mudah untuk
ketinggalan dalam pelajaran mereka. Oleh itu, guru perlu mengambil peranan dengan menjadi
perantara antara murid dengan bahasa ilmu. Hal ini adalah dengan guru perlu juka menguasai
bahasa pelajar-pelajar ini dan cuba sebanyak mungkin mennerapkan dan memberi pendedahan
tentang bahasa ilmu yakni bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kepada mereka.

Bagi pelajar yang sememangnya telah menguasai dua atau lebih bahasa contohnya bahasa
Ibunda, bahasa Malaysia dan juga bahasa Inggeris akan lebih mudah untuk meguasai
pembelajaran. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar ini boleh mendapatkan sumber
pembelajaran yang pelbagai dan hanya perlu memilih bahasa yang mereka mahukan. Pelajar
yang mampu menguasai banyak bahasa ini akan lebih cepat dan tangkas dalam memahami
sesuatu konsep dan boleh menjadi pelajar pintar dan cerdas jika didik dan diasuh dengan cara
yang betul serta bersesuaian dengan kemampuannya. Hal ini disokong dengan pernyataan Datuk
Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang menyatakan semakin banyak kita
menguasai bahasa, semakin luas pandangan kita dan kebolehan ini mampu melahirkan pelajar
cemerlang.

Aspek kedua yang menyebabkan implikasi kepelbagaian sosiobudaya ini adalah aspek
kaum etnik.Di Malaysia terdapat pelbagai etnik dan kaum yang hidup bersama-sama.Namun
begitu terdapat juga etnik yang masih tidak mengikuti arus kemodenan dan tinggal bersama-
sama etnik mereka sendiri.Walau bagaimanapun, kemudahan seperti sekolah dan keperluan
utama yang penting tetap disediakan untuk mereka. Bagi pelajar yang tinggal dan belajar dalam
lingkungan satu etnik yang sama ini selalunya mengamalkan budaya, cara fikir dan pandangan
dunia yang sama. Kebiasaannya mereka akan terikat dengan budaya dan peradaban terdahulu
yang diwarisi secara turun temurun. Pemikiran mereka kurang meluas dan tidak dapat
pendedahan tentang kaum lain. Pendedahan yang mereka peroleh hanyalah daripada pembacaan
buku-buku di sekolah ataupun diproleh hanya daripada penerangan guru.

Jika seseorang pelajar itu berjaya dalam pelajaran dan keluar daripada kelompok
masyarakatnya, kemungkinan proses menyesuaikan diri dengan kaum atau etnik lain di luar akan
menjadi sesuatu yang sukar. Kekangan yang dihadapi ini boleh diatasi namun memerlukan
komitmen yang lebih daripada guru dan juga pihak sekolah. Murid-murid di kawasan pedalaman
yang berbakat contohnya, boleh dibawa keluar dan menyertai pelabagai pertandingan seperti
sukan, pidato, bahas, nyanyian dan lain-lain lagi yang mana mendedahkan mereka dengan
pelajar lain di luar kawasan mereka. Walaupun cabaran untuk membawa pelajar ini tidak
semudah yang disangka namun, sedikit sebanyak cara ini mampu membantu pelajar untuk
menghadapi masa depan mereka.

Bagi pelajar yang belajar di sekolah dan persekitaran yang mempunyai pelbagai
kaum etnik, mereka akan terdedah kepada kepelbagaian budaya, adat resam dan cara berfikir.
Pelajar dalam etnik ini akan dapt mempelajari perihal etnik lain secara semulajadi. Perasaan
saling menerima dan menghormati dapat dipupuk disebabkan oleh pergaulan mereka pada waktu
formal dan juga tidak formal. Pelajar-pelajar dalam kelompok ini tidak akan menjadikan kaum
etnik itu sebagai suatu perkara yang melebarkan jurang perbezaan kerana mereka lebih terbuka
untuk berkongsi pelbagai pemikiran dalam satu kebudayaan.

Aspek yang ketiga adalah implikasi sosiobudaya melalui kelas sosial.Pelajar terdiri
daripada pelbagai kelas sosial iaitu rendah, sederhana dan tinggi.Kelas sosial ini wujud hasil
daripada taraf pendidikan dan taraf ekonomi sesebuah keluarga. Pelajar yang tergolong dalam
kelas social rendah ini mungkin akan menghadapi masalah berkaitan dengan kewangan iaitu
untuk membiaya wang persekolahan. Selain daripada itu, pelajar-pelajar ini kurang mendapat
kemudahan belajar seperti kelas tambahan, kurang kelengkapan seperti buku-buku rujukan dan
sebagainya.Kesempitan kehidupan juga menyebabkan mereka kurang mendapatkan kasih sayang
dan perhatian kerana ibu bapa sibuk mencari rezeki.Hal ini menyebabkan pelajar kurang
bersemangat dan mudah untuk keciciran dalam persekolahan.Pelajar ynag berada dalam keluarga
yang mempunyai taraf sosioekonomi yang sederhana dan tinggi pula kurang menghadapi
masalah kerana mereka mendapat kelengkapan yang mencukupi, berpeluang menghadiri kelas-
kelas tambahan selepas waktu persekolahan dan juga mendapat dorongan yang khusus daripada
ibu bapa mereka yang kebanyakkan faham tentang pembelajaran mereka.Hal ini menyebabkan
terdapat jurang peluang untuk mendapatkan pendidikan bagi golongan kelas sosial yang rendah
dengan yang sederhana dan tinggi. Golongan sosioekonomi yang sederhan dan tinggi akan dapat
peluang yang lebih meluas lagi.

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya ini juga mempengaruhi pelajar melalui aspek


petempatan.Pelajar-pelajar di bandar dan pinggir bandar lebih terdedah kepada kepelbagaian
budaya dan membentuk beberapa golongan berdasarkan taraf sosioekonomi keluarga
mereka.Terdapat pelajar yang tergoolong dalam kategori miskin bandar, golongan sederhana
yang kebanyakkanny merupakan anak-anak pegawai kerajaan dan juga golongan yang
kaya.Pembangunan yang pesat di kawasan persekitaran mereka sedikit sebanyak mempengaruhi
kehidupan dan sikap pelajar.Menurut Barton dan Coley (2007) dalam James Ang Jit Eng (2014)
perkembangan-perkembangan di luar sekolah dengan masalah disiplin murid di sekolah
menunjukkan masalah disiplin itu adalah kompleks dan sering kali terletak di luar kawalan pihak
sekolah. Budaya belajar yang terbentuk dalam golongan pelajar bandar dan pinggir bandar ini
banyak dipengaruhi oleh ibu bapa mereka dengan merujuk kepada cara hidup, jenis pekerjaan,
tahap pendidikan dan sebagainya. Bagi pelajar dalam kalangan luar bandar dan pedalaman pula,
selalunya mengamalkan budaya dan pemikiran yang sama kerana mereka hidup dalam kelompok
yang sama dan tidak dapat berkongsi budaya dengan etnik lain. Kebanyakkan pelajar luar bandar
kurang mendatangkan masalah kepada sekolah dari segi tingkah laku.

Seterusnya, implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pelajar ini adalah dari aspek
gaya berfikir dan gaya belajar. Setiap individu mempunyai gaya belajar yang tersendiri kerana
keunikkan masing-masing. Terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran visual,
audio dan kinestetik. Pembelajaran gaya visual lebih mementingkan pembelajaran yang
membolehkan pelajar untuk melihat sesuatu contohnya dengan membaca. Pembelajaran gaya
audio pula lebih menumpukan kepada memperoleh maklumat atau ilmu melalui pendengaran
manakala gaya pembelajaran kinestetik pula perlu melibatkan pergerakan dalam mengingati dan
memahami sesuatu. Selain itu gaya pembelajaran ini juga boleh dipecahkan kepada gaya
pembelajaran pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pelajar perempuan kebiasaannya
memerlukan bantuan latar dalam berfikir berbanding pelajar lelaki yang lebih berdikari.Terdapat
juga pelajar yang boleh berfikir secara pantas da nada juga pelajar yang memerlukan masa yang
lebih panjang untuk faham dan mengambil tindakan. Kepelbagaian gaya belajar dan gaya
berfikir ini merupakan salah satu cabaran kepada guru yang perlu menguruskan 20-30 orang
individu di dalam kelas secara bersendirian. Guru perlu pandai membaca keadaan, menganalisis
murid dan sentiasa memberi perhatian yang lebih kepada yang memerlukan.

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya ini juga boleh dilihat melalui gender


pelajar.Pelajar lelaki dan perempuan kebiasaannya tidak mendapat layanan yang serupa kerana
perlakuan mereka juga adalah berbeza.Pelajar perempuan dilihat lebih rajin belajar berbanding
pelajar lelaki.Pelajar perempuan pula sentiasa dilihat sebagai individu yang kemas manakala
pelajar lelaki adalah sebaliknya.Pelajar perempuan kebiasaannya menunjukkan prestasi yang
baik di peringkat rendah, namun di peringkat menengah pelajar lelaki kebiasaannya lebih
menonjol.Pelajar lelaki lebih dianggap bermasalah berbanding pelajar perempuan. Budaya yang
diamalkan di kebanyakkan sekolah dalam mengelaskan lelaki dan perempuan sebenarnya
membentuk penerimaan budaya kelainan gender ini dan pelajar lelaki dan perempuan tidak
dianggap setaraf.

Vous aimerez peut-être aussi