Vous êtes sur la page 1sur 2

TEKS UCAPAN DR JAMALSAFRI BIN SAIBON

Terima kasih kepada saudara/saudari Pengacara Majlis,

SALUTASI
Yang Berbahagia

Prof Madya Dr. Shaik Abdul Malik bin Mohamed Ismail,


Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Yang Berusaha

Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan merangkap juri Pertandingan


Inovasi Alat Bantu Mengajar 2.0

Yang Dihormati

Saudari Nur’ Aliia Binti Shaifullizan,


Pengarah Projek Program Inovasi Alat Bantu Mengajar 2.0

Barisan AJK, tuan-tuan dan puan-puan seterusnya para pelajar yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah


kurnia dan izinNya, Program Pertandingan Inovasi Alat Bantu Mengajar 2.0
dapat diadakan pada kali ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas
saya ucapkan kepada semua pelajar di atas komitmen dan usaha yang telah
disumbangkan bagi menjayakan pertandingan yang gilang-gemilang ini.
Program seperti ini juga dapat memberikan impak yang besar kepada
mahasiswa dalam membentuk mahasiswa serba boleh yang bukan sahaja
cemerlang dalam akademik, malah mampu menggalas tugas yang lebih mencabar
terutamanya dalam bidang pengurusan. Mahasiswa seharusnya sedar bahawa
program seperti ini merupakan salah satu medan bagi mengasah bakat kepimpinan
demi mempersiapkan diri untuk pasaran kerjaya setelah bergelar graduan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kejayaan mahasiswa dalam mengendalikan program seperti ini merupakan satu


bukti bahawa mahasiswa Universiti Sains Malaysia adalah generasi yang mampu
melaksanakan pelbagai tugas dalam satu masa. Di sinilah, pengurusan masa yang
bijak amat diperlukan bagi memastikan mahasiswa bukan sahaja berjaya menjadi
jentera kepimpinan tetapi juga memastikan mahasiswa tidak tercicir di dalam
bidang tugas utama mereka iaitu menimba ilmu pengetahuan.

Justeru, bagi memastikan negara terus diterajui oleh bakal pemimpin yang
cemerlang, gemilang dan terbilang, program seperti inilah yang menjadi
satu wadah dalam merealisasikan impian tersebut. Tahniah diucapkan kepada
semua AJK yang terlibat kerana berjaya menguruskan dan menyediakan
platform kepada warganya untuk mengasah bakat yang ada dalam diri setiap
mereka. Dengan adanya program-program yang menggalakkan pelajar
berprogram dan berorganisasi seperti ini, sudah pasti pelajar tersebut dapat
mempraktikkan sebahagian pengalaman tersebut suatu hari nanti, dan saya
percaya ia mampu dilakukan ketika bekerja nanti.

Akhir kata, syabas dan sekalung tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua
pelajar yang memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.
Diharap program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada sesi akan datang.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum w.b.t.

Vous aimerez peut-être aussi