Vous êtes sur la page 1sur 243

MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS

ASAS
KELESTARIAN
Tingkatan 4

PENULIS
AZHAR BIN SULAIMAN
MOHAMAD BIN ABU DAUD

EDITOR
MUHAMMAD ZULFADHLI BIN ABD RAHMAN

PEREKA BENTUK
MUHAMAD FAIZAL BIN MOKHTAR

ILUSTRATOR
MASKI YU BIN LATIF YU

2016
PENGHARGAAN
No Siri Buku : 0112

KPM2016 ISBN 978-967-0520-79-7


Kami merakamkan penghargaan dan ucapan
Cetakan Pertama 2016 terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 dan memberikan sumbangan dan bantuan
dalam pelbagai bentuk sehingga buku ini berjaya
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam diterbitkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan
buku ini, tidak dibenarkan diterbitkan semula, ucapan terima kasih diberikan kepada:
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan
• Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka
lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang
Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian
bentuk atau cara, baik dengan elektronik,
Pendidikan Malaysia.
mekanik, penggambaran semula mahupun
dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perundingan tertakhluk kepada perkiraan royalti • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia
atau honorarium. Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks
Malaysia oleh: dan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W), Kementerian Pendidikan Malaysia.
18 & 20, Jalan Damai 2, • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Aras Mega
Taman Desa Damai, Sg. Merab, (M) Sdn. Bhd.
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
• Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Tel: 03-8925 8975
Malaysia, Skudai, Johor.
Faks: 03-8925 8985
Laman Web: www.arasmega.com • Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad,
E-mel: amsb@arasmega.com Banting, Selangor.
• Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Reka Letak dan Atur Huruf:
Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Semua pihak yang sudi berkongsi maklumat,
Muka Taip Teks: Minion Pro pendapat, kerjasama, cadangan dan sokongan
Saiz Muka Taip Teks: 11 poin sama ada secara langsung atau tidak langsung
bagi menyempurnakan penerbitan buku ini.
Dicetak oleh:
Mudah Urus Enterprise Sdn. Bhd.
No 143, Jalan KIP 8,
Taman Perindustrian KIP,
Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur.
KANDUNGAN
Bab 1 Perkembangan Teknologi dan Kelestarian 2
Pendahuluan 4
1.1 Evolusi Pembangunan ke Arah Kelestarian 5
1.2 Teknologi ke Arah Kelestarian 8
1.3 Agenda Tempatan 21 (LA 21) 14
1.4 Teknologi Hijau 19
1.5 Isu-isu Pembangunan Lestari 25
Rumusan 28
Aktiviti 29
Latihan 30

Bab 2 Reka Bentuk 32


Pendahuluan 34
2.1 Reka Bentuk, Teknologi dan Kehidupan 35
2.2 Faktor Reka Bentuk 37
2.3 Proses Reka Bentuk 46
2.4 Kelestarian Reka Bentuk 66
Rumusan 70
Aktiviti 71
Latihan 72

Bab 3 Sumber Tenaga 74


Pendahuluan 76
3.1 Sumber Tenaga 77
3.2 Penjana, Penghantaran dan Pengagihan Tenaga Elektrik 99
Rumusan 135
Aktiviti 136
Latihan 138
Bab 4 Pengangkutan 140
Pendahuluan 142
4.1 Sistem Penggerak Utama Kenderaan 143
4.2 Kenderaan Cekap Tenaga 171
4.3 Kawalan Hidraulik 177
4.4 Kawalan Pneumatik 196
4.5 Kawalan Elektrik Mudah 210
Rumusan 226
Aktiviti 227
Latihan 228
Glosari 230
Indeks 233
Rujukan 235

iii
PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Asas Kelestarian Tingkatan 4 adalah salah
satu Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) dalam bidang teknologi untuk Tingkatan 4 dan 5.
Buku teks Asas Kelestarian Tingkatan 4 ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran yang bermatlamat memberi kesedaran kepada murid untuk melengkapkan diri
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta berfikiran kreatif, kritis, inovatif dan inventif serta
berpotensi membudayakan diri dengan amalan lestari seiring dengan transformasi perkembangan
Teknologi Hijau ke arah memenuhi kehendak pembangunan industri negara.
Buku teks Asas Kelestarian Tingkatan 4 ini mengandungi empat bab yang merangkumi empat
daripada tujuh modul; iaitu Perkembangan Teknologi dan Kelestarian, Reka Bentuk, Sumber Tenaga
dan Pengangkutan yang melayakkan pelajar untuk mendapat sijil pengiktirafan asas selain sijil
SPM. Modul-modul ini merangkumi tiga domain aspek pembelajaran iaitu kognitif, psikomotor
dan afektif.
Di samping itu, kurikulum ini juga mementingkan pemupukan nilai murni, kemahiran berfikir
dan kerja-buat-sendiri (DIY) selain peka terhadap masalah sekeliling serta sikap yang positif semasa
menjalankan aktiviti bagi melahirkan murid yang celik teknologi, kreatif dan mempunyai ciri-ciri
keusahawanan.
Bagi membantu mencapai matlamat, ikon-ikon berikut digunakan:

PENGENALAN IKON Info

Kemahiran berfikir aras tinggi Memberikan maklumat


Latihan bagi merangsang pemikiran dan informasi tambahan
berstruktur dan berfokus berkaitan dengan bab yang
Menguji pemahaman murid dalam kalangan murid.
pada akhir setiap bab. dibincangkan.
QUICK RESPONSE CODE

Imbas di sini!
Layari laman sesawang Sesuatu yang menarik
AR CODE

Amali www.arasmega.com/qr-apps untuk diterokai.


untuk memuat turun aplikasi Layari laman sesawang
pengimbas Quick Response www.arasmega.com/qr-apps
Menerangkan sesuatu kerja
H

(QR) CODE. untuk memuat turun aplikasi


TO

Imbas di sinipengimbas Quick Response


amali dengan bantuan
N

Augmented Reality
O

(QR) CODE.
C

gambar foto langkah demi


Imbasan QR Code membantu Untuk mengimbas kod ini,
langkah.
pengguna untuk terus melayari pengguna perlu memuat turun
bahan berkaitan dengan cepat. aplikasi Augmented Reality
terlebih dahulu.
Bijak Kewangan Nilai Murni
Layari laman sesawang
Menerapkan elemen celik Memaparkan nilai-nilai
www.arasmega.com/ar-apps
Layari laman sesawang
www.arasmega.com/ar-apps
kewangan dalam kalangan murni yang
untuk memuat turun aplikasi
wajah dicontohi
untuk memuat turun aplikasi
pengimbas Augmented Reality
pengimbas Augmented Reality
murid. oleh murid.
(AR). (AR).

iv
BAB 2
BAB
3

1
1
BAB
BAB4
KELESTARIAN
ASAS
BAB
PERKEMBANGAN
TEKNOLOGI DAN
1 KELESTARIAN
Standard Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran murid berupaya:

Menerangkan evolusi pembangunan ke arah kelestarian.


Menghubung kait kesan evolusi pembangunan ke arah kelestarian terhadap kehidupan
manusia dan pembangunan negara.
Membanding beza definisi teknologi dengan kelestarian.
Membuat justifikasi perkembangan teknologi melalui tiga elemen kelestarian iaitu Ekonomi,
Sosial dan Alam Sekitar.
Menilai hubung kait elemen kelestarian terhadap tiga konsep kelestarian iaitu Closing the
loop, More from less, Efficient design.
Mengesan kronologi perlaksanaan persefahaman Agenda Tempatan 21 (LA 21).
Membahas keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), masyarakat dan sektor swasta
dalam melaksanakan Agenda Tempatan 21 (LA 21).
Mengesan kronologi pelaksanaan dan perkembangan Teknologi Hijau di Malaysia.
Menilai kesesuaian objektif pelaksanaan Teknologi Hijau terhadap elemen kelestarian.
Membuat justifikasi perkembangan Teknologi Hijau di Malaysia dalam pelbagai bidang.
Membahaskan isu-isu semasa mengenai pembangunan lestari dari aspek peranan dan
tanggungjawab yang dilakukan oleh negara maju, kerajaan, industri dan institusi pendidikan.
B
Te and
Hi kn ar
ja ol
u og
i

Ba
nd
ar

Pe
ka
n

Ka
m
pu
ng

EVOLUSI
PEMBANGUNAN
Pendahuluan
BAB 1

Teknologi ialah pengetahuan tentang usaha manusia dalam


mencipta sesuatu dengan menggunakan pelbagai alat, sumber,
teknik dan sistem untuk mengurus kehidupan di samping
meluaskan potensi manusia. Sementara, kelestarian merupakan
satu usaha menghindari pelupusan sumber serta memastikan
kadar kerosakan terhadap alam sekitar adalah pada kadar
minimum. Dua istilah ini saling berkaitan bagi memastikan
kelangsungan hidup yang sejahtera.
Sebagai rakyat Malaysia, memahami erti pembangunan ke
arah kelestarian adalah amat penting. Hal ini muncul daripada
kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan
sumber alam semula jadi.

Pemuliharaan Pemeliharaan

Pemuliharaan membawa Pemeliharaan pula


maksud membaik pulih meliputi aspek penjagaan
sumber-sumber alam sekitar dan perlindungan untuk
seperti air, hutan, udara dan mengekalkan sumber-sumber
mineral yang telah digunakan semula jadi daripada diteroka
tanpa membiarkan segala dengan rakus oleh manusia.
sumber itu pupus.

Foto 1.1 Aktiviti pemeliharaan dan


Rajah 1.1 Definisi pemuliharaan dan pemeliharaan pemuliharaan alam sekitar

Nilai Murni
Pelan Pembangunan
Menyayangi dan menghargai
alam sekitar dengan menyedari
tanggungjawab untuk
memelihara dan memulihara
• Ekonomi alam bagi mengekalkan
• Sosial keseimbangan ekosistem.

• Alam Sekitar

Pembangunan Lestari
Video penerangan tentang
Rajah 1.2 Proses pembangunan lestari pemuliharaan sumber.

4
1.1 Evolusi Pembangunan ke Arah Kelestarian

BAB 1
1.1.1 Evolusi kelestarian pembangunan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat. Pembangunan ini
perlu bagi memastikan Malaysia mampu berdiri setanding dengan negara-negara maju di peta
dunia. Dalam kalangan negara-negara maju, teknologi dan inovasi berkembang dengan begitu
pesat. Rajah 1.3 dan Jadual 1.1 di bawah menunjukkan garis masa evolusi pembangunan dan evolusi
pembangunan ke arah kelestarian di negara-negara maju. Rajah 1.4 pula menunjukkan evolusi
pembangunan ke arah kelestarian di Malaysia.

Revolusi Industri (1750-1850)


Pengeluaran produk, mesin
mudah dan kenderaan

Revolusi Ilmu (700-1300)


Perkembangan ilmu dan teori Abad ke-21
Peristiwa

dalam bidang mekanikal, Era teknolgi


perubatan, binari dan lain-lain. maklumat dan digital.
Pembangunan lestari

Abad ke-20
Era modenisasi

Tahun
Rajah 1.3 Evolusi era pembangunan

Jadual 1.1 Evolusi pembangunan lestari di negara-negara maju

Negara Dahulu Kini

Penggunaan petrol dan diesel sebagai Penggunaan kereta elektrik mula


Jepun
sumber bahan api utama kenderaan. menggantikan kenderaan petrol dan diesel.

Pada kadar optimum, berjaya


Penggunaan sumber tenaga yang tidak
Denmark menghasilkan 140% tenaga daripada
boleh diperbaharui.
sumber yang boleh diperbaharui.
Pada kadar optimum, mampu
Penggunaan sumber tenaga yang tidak
Jerman menghasilkan 100% tenaga daripada
boleh diperbaharui.
sumber yang boleh diperbaharui.
Pembalakan yang terancang untuk Negara pertama yang komited untuk pelan
Norway
tujuan pembangunan. pembalakan sifar.

5
Dasar Pembangunan Nasional - Mengambil kira faktor alam sekitar dan
sosial dalam pembangunan ekonomi. Menggalakkan kemajuan ekonomi,
BAB 1

1991
sosial dan budaya melalui pembangunan yang lestari.

Pelan Tindakan Pembangunan Lestari Global - Dikeluarkan pada


deklarasi Earth Summit di Rio de Janerio, Brazil. Menekankan peranan
1992
dan penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam melaksanakan
pembangunan lestari.

Dasar Pemuliharaan Nasional - Mengambil kira pertimbangan terhadap


1993 alam sekitar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pembangunan
ekonomi negara.

Rancangan Malaysia ke-7 - Pelan pemeliharaan dan pemuliharaan alam


1996-2000 sekitar dan pengurusan mampan sumber asli sebagai salah satu agenda
dalam Rancangan Malaysia ke-7.

Indeks Kualiti Kehidupan Malaysia - Merangkumi aspek-aspek seperti


kualiti udara, pembalakan, bekalan air bersih, pendapatan, kehidupan bekerja,
1999
pengangkutan dan telekomunikasi, kesihatan, pendidikan, perumahan, alam
sekitar, keluarga, keselamatan dan adat.

Dasar Wawasan Nasional - Menggalakkan kesaksamaan sosial, pertumbuhan


2001-2010 eknomi yang mampan dan penjagaan alam sekitar.

Compendium of Environment Statistics - Memfokuskan kepada penyelesaian


2001
isu-isu berkaitan udara, air, tanah dan alam sekitar.

Rancangan Malaysia ke-9 - Menggalakkan penjagaan alam sekitar bagi


2006-2010 memastikan wujudnya keseimbangan antara keperluan pembangunan dan
alam sekitar.

Green Building Index (GBI) - Satu bentuk ujian untuk industri pembinaan
Malaysia. Objektif GBI adalah untuk menjimatkan tenaga, sumber,
2009
penggunaan bahan kitar semula dan menyesuaikan bangunan di Malaysia
dengan cuaca, tradisi, budaya dan alam sekitar.

Rebat Cukai - Insentif dalam bentuk rebat cukai untuk pembelian kenderaan
2014
hibrid bagi menggalakkan penggunaan Teknologi Hijau.

Feed in Taarif - Program di bawah kelolaan Sustainable Energy Development


2016 Authority (SEDA). Program ini membolehkan individu atau syarikat menjual
tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui kepada syarikat tenaga
seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Rajah 1.4 Evolusi pembangunan ke arah kelestarian di Malaysia

6
Kesan evolusi pembangunan ke arah kelestarian terhadap
1.1.2
kehidupan manusia dan pembangunan negara.

BAB 1
Dalam membincangkan isu kelestarian, terdapat tiga elemen penting yang terlibat iaitu, ekonomi,
sosial dan alam sekitar. Ketiga-tiga elemen kelestarian ini perlu digunakan untuk mengukur kejayaan
sesuatu pembangunan yang lestari. Untuk itu, kesan pembangunan terhadap kehidupan manusia
dan pembangunan sesebuah negara perlu dilihat daripada perspektif ketiga-tiga elemen ini.
Jadual 1.2 Kesan evolusi pembangunan terhadap manusia dan pembangunan negara

Elemen Kehidupan Pembangunan


Kelestarian manusia negara

• Penggunaan alat dan mesin-mesin • Penghasilan teknologi yang lestari


yang dapat membantu pekerja untuk dapat memaksimumkan penggunaan
bekerja dengan lebih efisien. sumber negara secara optimum bagi
Ekonomi • Menjimatkan masa. meningkatkan pendapatan negara.
• Budaya kerja yang lebih produktif. • Pembangunan ekonomi yang lebih
terancang dan mampan.
• Menjimatkan kos.

• Kesedaran tentang isu kesihatan • Pengenalan peraturan seperti sistem


telah mendedahkan masyarakat tadahan air hujan untuk projek
tentang pentingnya keperluan perumahan bagi mengawal banjir.
sumber makanan dan air yang sihat • Pentadbiran negara menetapkan
Sosial menggunakan proses atau kaedah peraturan untuk menanam pokok-pokok
yang lestari. dan taman-taman rekreasi untuk
• Pembangunan luar bandar untuk kesejahteraan masyarakat.
memudahkan akses kemudahan
perkhidmatan awam.

• Menerapkan unsur kelestarian dalam • Pengurusan industri yang


aktiviti seharian seperti pembuangan mengutamakan penggunaan Teknologi
sampah mengikut kategori, dan Hijau dalam pengurusan dan
mengurangkan penggunaan beg penghasilan produk yang mesra alam.
Alam sekitar plastik dan sebagainya. • Penjagaan alam sekitar menjadi faktor
• Kehidupan yang lebih berkualiti utama dalam pembangunan ekonomi.
dan sihat hasil daripada kadar
pencemaran yang rendah.

Nilai Murni

Setiap individu bertanggungjawab atas pencemaran dan degradasi “Demi kemajuan, alam sekitar perlu
alam sekitar yang disebabkan oleh mereka. Membuang bahan dikorbankan”. Setujukah anda?
tercemar di sesuatu tempat adalah seumpama kita meracuni Bincangkan.
orang yang mendiami tempat tersebut

7
1.2 Teknologi ke Arah Kelestarian
BAB 1

1.2.1 Definisi teknologi dan kelestarian

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 teknologi ialah aktiviti atau kajian yang menggunakan
pengetahuan sains untuk tujuan amalan dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan
lain-lain. Kelestarian pula bermaksud keadaan (hutan, persekitaran dan lain-lain) yang tidak
berubah atau terpelihara seperti asal.

Kelestarian Teknologi
Aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan perindustrian dan lain-lain
bagi memenuhi keperluan generasi sekarang tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk
memenuhi keperluan mereka.

Panel solar sebagai sumber


tambahan tenaga elektrik.
Lubang udara untuk
pengaliran haba keluar.

Aliran udara
panas keluar

Aliran udara
sejuk masuk

Kedudukan rumah memaksimumkan Cat warna cerah untuk Takungan air hujan
kemasukan cahaya matahari untuk memantulkan haba. untuk membasuh laman
mengurangkan penggunaan lampu. dan menyiram pokok.
Rajah 1.5 Rumah lestari

Info

Dalam pembinaan bangunan, kita mempunyai beberapa agensi Perbincangan:


yang mengeluarkan sijil pengiktirafan bagi bangunan mesra alam. Cadangkan idea berkaitan
Sebagai contoh, kita mempunyai ‘Green Building Index’ (GBI) teknologi dengan kelestarian
sebagai sistem pengukur dan pengiktirafan bangunan mesra alam yang diaplikasikan di Malaysia.
di Malaysia. Di peringkat antarabangsa, ‘Leadership in Energy and
Environmental Design’ (LEED) merupakan sistem pengiktirafan
yang paling banyak digunakan.

8
1.2.2 Perkembangan teknologi melalui tiga elemen kelestarian

BAB 1
Pembangunan adalah satu keperluan bagi memastikan kelangsungan hidup. Namun, ia perlu
mengambil kira elemen-elemen kelestarian iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar bagi memastikan
keperluan generasi akan datang terjamin.

Ekonomi Sosial

• Meningkatkan sumber pendapatan. • Meningkatkan aspek kesihatan.


• Menstabilkan ekonomi. • Menyediakan sistem pendidikan
• Mementingkan aspek kelas pertama.
perkembangan kemahiran, ilmu dan Kesaksamaan
• Sumber pemakanan yang cukup
penjagaan alam sekitar. dan bersih.
• Mempunyai kesedaran terhadap • Memperbanyakkan kawasan
konsep mesra alam, jejak rekreasi di bandar.
karbon dan kitar semula dalam
• Menyediakan peluang sama rata
Lestari
pembangunan.
kepada semua lapisan masyarakat.
• Meningkatkan peluang pekerjaan.
• Meningkatkan kualiti hidup.
• Menghasilkan tenaga lestari.

Kebolehlaksanaan Kebolehidupan

Alam sekitar
• Menangani pencemaran alam sekitar dengan
perkembangan teknologi yang mesra alam.
• Menguruskan sisa dengan lebih sistematik dan
mesra alam.
• Mengawal aktiviti pembalakan.
• Menanam semula setiap pokok yang ditebang.
• Menangani isu pemanasan global. 

Rajah 1.6 Perkembangan teknologi melalui tiga elemen kelestarian

Info

Menurut Kamus Dewan Edisi-4, justifikasi bermaksud Bagaimanakah anda menunjukkan semangat
suatu alasan (yang kuat) yang menjadi sesuatu wajar cintakan persekitaran yang bersih, cantik
dilakukan (diusahakan dan sebagainya) atau diberikan. dan nyaman? Bincangkan.

9
Hubung kait elemen kelestarian terhadap
1.2.3
tiga konsep kelestarian
BAB 1

Dalam membincangkan isu pembangunan yang lestari, terdapat tiga konsep utama kelestarian
perlu dititikberatkan iaitu konsep Closing the loop, More from less dan Efficient design. Tiga konsep
ini memainkan peranan yang penting dalam sesuatu pembangunan yang lestari.

1. Closing the loop

Biasanya, aktiviti kehidupan seharian kita serta operasi sesebuah industri akan menghasilkan sisa
buangan. Konsep Closing the loop dapat membantu mengatasi masalah ini. Closing the loop bermaksud
satu kitaran lengkap untuk proses sesuatu pembuatan. Sistem Closing the loop juga memastikan hasil
atau sisa digunakan semula supaya tiada sisa terbuang dan pencemaran dapat dikurangkan. Berikut
merupakan beberapa contoh penggunaan konsep Closing the loop dalam kehidupan harian:

• Tin minuman lama dikitar semula untuk dijadikan tin minuman baharu.
• Sisa najis haiwan digunakan sebagai baja untuk tanaman.
• Hasil daripada pokok kelapa dapat digunakan untuk pelbagai perkara seperti daun kelapa untuk
ketupat, lidi untuk penyapu, buah kelapa untuk santan dan airnya untuk diminum dan batang
kelapa boleh digunakan sebagai titi.

Ramalkan keadaan persekitaran


rumah anda, sekiranya anda
dan keluarga membuang bekas
makanan merata-rata.
SISTEM
KITAR SEMULA
Closing the loop Bijak Kewangan

Selain dapat membantu alam


sekitar, amalan mengitar
semula dapat menjana
pendapatan tambahan. Anda
boleh mengumpul barangan
terpakai seperti tin, botol kaca
dan surat khabar lama dan
Rajah 1.7 Kitaran Closing the loop menjual di pusat kitar semula.

10
Closing the loop

BAB 1
Ekonomi Sosial Alam sekitar

1. Menjana sumber pendapatan. 1. Komuniti yang lebih sihat 1. Sisa buangan berada pada
hasil daripada alam sekitar kadar rendah.
2. Menggunakan produk
yang bersih.
dengan sepenuhnya dapat 2. Alam sekitar yang bersih
mengurangkan kos seharian. 2. Kesan daripada ekonomi kesan daripada kadar
dan alam sekitar yang lebih pencemaran yang rendah.
3. Meningkatkan ekonomi
baik boleh mewujudkan
dengan impak rendah pada 3. Menghasilkan sumber air
masyarakat yang harmoni.
alam sekitar. yang lebih bersih.

Rajah 1.8 menunjukkan aplikasi konsep Closing the loop dalam perusahaan ternakan ayam.

Ayam sihat hasil daripada


makanan organik berkualiti.

Tanaman diproses
Najis ayam
menjadi makanan ayam.
yang sihat boleh
menghasilkan baja
yang berkualiti.

Najis ayam
dikumpulkan.

Najis ayam diproses


menjadi baja kompos.
Baja kompos digunakan
untuk tanaman.

Rajah 1.8 Contoh Closing the loop dalam aktiviti ladang ternakan

11
2. More from less

More from less merupakan satu konsep iaitu penggunaan secara maksimum akan dapat diperoleh
BAB 1

daripada sumber yang sedikit. Konsep More from less menekankan kepada kecekapan penggunaan
sumber supaya sumber yang digunakan itu dapat dikekalkan untuk kegunaan generasi akan datang.
Berikut adalah beberapa contoh penggunaan konsep More from less:

1. Penggunaan pengangkutan awam berbanding kereta persendirian dapat menjimatkan


ruang penggunaan jalan raya serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.
2. Reka bentuk pembungkusan yang efektif dapat menjimatkan ruang simpanan. Lebih
banyak bungkusan dapat disimpan di dalam ruang yang sama.
3. Penggunaan lampu jimat tenaga dapat menghasilkan lebih cahaya dengan tenaga yang
lebih rendah.

More from less

Ekonomi Sosial Alam sekitar

1. Memberi nilai tambah dalam 1. Produk yang dihasilkan 1. Dapat mengurangkan


produk yang dihasilkan. mampu berfungsi mengikut sisa buangan.
cara hidup pengguna. 2. Menjadikan persekitaran
2. Dapat menjana pendapatan
tambahan melalui 2. Meningkatkan kesedaran dan lebih bersih dan cantik.
kepelbagaian produk hasil mengurangkan kerosakan 3. Mengurangkan kadar
daripada penggunaan terhadap alam sekitar. pencemaran alam.
sumber yang sepenuhnya.

Rajah 1.9 menunjukkan perbezaan di antara penggunaan kenderaan dan bas untuk sekumpulan
orang. Penggunaan bas dapat membawa lebih ramai penumpang (more) dengan penggunaan ruang
jalan raya yang lebih sedikit (less).

Rajah 1.9 Contoh aplikasi More from less

12
3. Efficient design

BAB 1
Efficient design merupakan satu konsep yang memfokuskan kepada penghasilan sesuatu reka bentuk
yang baik dengan mengambil kira beberapa faktor penting seperti manusia, fungsi, kekuatan, estetika
dan bahan.

1. Reka bentuk kerusi yang mengambil kira faktor postur badan manusia.
2. Reka bentuk tayar yang lebih stabil ketika kenderaan melalui jalan basah.
3. Reka bentuk kereta yang mengambil kira zon remuk bagi mengurangkan risiko kecederaan
terhadap penumpang ketika berlaku kemalangan.

Efficient design

Ekonomi Sosial Alam sekitar

1. Memberikan lebih banyak 1. Membantu membina 1. Menggunakan bahan


pilihan produk. kehidupan yang lebih baik yang mesra alam terhadap
dan berkualiti. alam sekitar.
2. Meningkatkan daya saing
antara industri. 2. Aktiviti sosial yang 2. Menggunakan teknologi
lebih terancang. mesra alam yang
3. Kos penggunaan, dapat mengurangkan
penyelenggaraan dan pencemaran alam.
pembaikan yang rendah.

Rajah 1.10 Rumah lestari Foto 1.2 Stesen mengecas kereta elektrik menggunakan
tenaga solar di Universiti Teknologi Malaysia

Info

Rumah yang direka bentuk bagi mengoptimumkan penggunaan Bincangkan bagaimana


cahaya matahari dan arah angin dapat mengurangkan kos anda boleh mempraktikkan
elektrik sebanyak 40% - 60%. Kos ini dapat dikurangkan 100% konsep Closing the loop
dengan pemasangan sistem tenaga solar. dalam bilik darjah anda.

13
1.3 Agenda Tempatan 21 (LA 21)
BAB 1

Kronologi pelaksanaan persefahaman Agenda


1.3.1
Tempatan 21 (LA 21)

Agenda Tempatan 21 merupakan satu pelan tindakan pembangunan lestari global yang dikeluarkan
pada deklarasi Earth Summit di Rio de Janerio, Brazil pada tahun 1992. Ia menekankan peranan dan
penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan pembangunan lestari.

1 JUN 1992

Pelancaran Agenda Tempatan 21

• Bertujuan menyediakan dunia bagi menghadapi segala cabaran abad kini dan akan datang.
• Mencapai persetujuan global mengenai usaha pembangunan dan alam sekitar yang lestari.
• Menjadi tanggungjawab pihak pemerintah untuk menyediakan suatu dasar, strategi dan proses
yang sistematik.
• Mewujudkan kerjasama antarabangsa bagi menyokong dan melengkapi usaha kelestarian.
• Mengukuhkan peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam memantau
perkembangan Agenda Tempatan 21:
-- Menyelaras sumber kewangan.
-- Menampung kos tambahan bagi menangani masalah alam sekitar global.
-- Membuat penilaian terhadap perkembangan program dan aktiviti pembangunan dan alam
sekitar lestari.

2 DISEMBER 1992

Penubuhan The Comission on


Sustainable Development (CSD)

• Sebagai badan pemerhati dan melaporkan pelaksanaan Agenda Tempatan 21.


• Memastikan tindakan susulan yang berkesan hasil daripada Persidangan PBB mengenai
pembangunan dan alam sekitar lestari.
• Melibatkan diri secara aktif bagi memantau dan menilai aktiviti pembangunan dan
persekitaran lestari di semua negara.
• Menyediakan kumpulan kerja bagi membincangkan matlamat tersebut.
• Menyediakan kertas kerja lengkap bagi program dan aktiviti yang berterusan.
• Mewujudkan komuniti pakar antarabangsa dalam menyediakan dana bagi pembangunan
lestari keseluruhannya.

14
3 JUN 1997

Asia Pasific Economic Cooperation (APEC) mengiktiraf kepentingan

BAB 1
Agenda Tempatan 21

• Negara APEC bersedia melaksanakan pembangunan lestari untuk kesejahteraan manusia sejagat.
• Persetujuan khusus yang dicapai:
-- Mengadakan program kerjasama yang berkekalan terhadap alam sekitar seperti kebersihan
dan mewujudkan bandar lestari.
-- Menyediakan bandar-bandar yang mesra alam sekitar dan menghargai program-program
yang disediakan oleh sesebuah negara.
-- Sektor kerajaan, swasta dan komuniti setempat berganding bahu mengubah prinsip
pembangunan yang lebih lestari.

4 MAC 2000

Pelaksanaan Agenda Tempatan 21 di Malaysia

Sebagai penyelaras, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama
Unit Perancang Ekonomi dan United Nations Development Berhad (UNDB) telah bertindak:
• Menubuhkan sekretariat Agenda Tempatan 21 bagi menyelaras, memantau dan menyediakan
laporan pelaksanaan program kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
• Meningkatkan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mendidik orang awam untuk
turut serta dalam pembangunan dan persekitaran lestari.
• Perbadanan Putrajaya memulakan program bandar lestari dan bersepakat menjadikan
Putrajaya ceria, mesra alam, selamat, beridentiti dan mempunyai penduduk yang berilmu
dengan mengamalkan nilai-nilai murni demi kesejahteraan masa kini dan akan datang.

5 SEPTEMBER 2002

Pelaksanaan penuh Agenda Tempatan 21 dan program tambahan


serta komitmen prinsip Rio dikuatkuasakan semula

• Malaysia melancarkan Dasar Alam Sekitar Negara (DASN)


-- Bermatlamat untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta meningkatkan
kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan pembangunan dan alam sekitar lestari.
-- Tujuan khusus adalah untuk mewujudkan alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan
produktif bagi generasi masa kini dan akan datang.

Rajah 1.11 Kronologi pelaksanaan Agenda Tempatan 21

15
Keberkesanan pihak berkuasa tempatan (PBT), masyarakat dan
1.3.2
sektor swasta dalam melaksanakan Agenda Tempatan 21 (LA 21)
BAB 1

Berdasarkan prinsip dalam Agenda Tempatan Pihak Berkuasa


Tempatan, masyarakat dan sektor swasta perlu melaksanakannya
dengan berkesan. Rajah 1.12 menunjukkan keberkesanan
pelaksanaan Agenda Tempatan 21 (LA 21) . Perbadanan Putrajaya

Prinsip Penerangan Situasi semasa

Maklumat tentang
program Tempatan Sambutan masyarakat
Agenda 21 dan masih pada tahap
pembangunan minimum. Usaha
Penyertaan dan ketelusan
mampan mesti mempromosi program
sentiasa terbuka perlu di jalankan
dan telus kepada secara menyeluruh.
masyarakat tempatan.

Kerjasama antara
Mewujudkan
PBT, masyarakat
usahasama dan
dan swasta perlu
Usaha sama tanggungjawab
ditingkatkan untuk
bersama antara semua
faedah bersama
pihak berkepentingan.
secara konsisten.

Semua rakan Terdapat keputusan


usahasama dan tindakan yang
Kebertanggungjawaban bertanggungjawab diambil kurang dipatuhi
kepada keputusan dan menyebabkan program
tindakan yang diambil. kurang berkesan.

Menangani punca Masyarakat tempatan


masalah-masalah kurang memberi
sosial, ekonomi dan kerjasama terhadap
Pendekatan menyeluruh alam sekitar dengan program dari pihak
cara yang sepadu dan PBT yang boleh
merangkumi seluruh mewujudkan suasana
masyarakat tempatan. kehidupan tidak selesa.

16
BAB 1
Prinsip Penerangan Situasi semasa

Memastikan bahawa
corak hidup dan Isu pembangunan
Peka kepada pembangunan kita mampan di peringkat
keupayaan adalah mesra alam tempatan perlu dikaji
dan selaras dengan dan ditangani bersama.
keupayaan alam sekitar.

Memastikan bahawa
semua lapisan
masyarakat tempatan, Peluang untuk
tanpa membezakan masyarakat dan
kaum, jantina, umur, sektor swasta turut
Kesaksamaan
keupayaan, taraf serta dalam proses
sosioekonomi atau pembangunan masih
latar belakang, diwakili pada tahap sederhana.
dalam program Agenda
Tempatan 21.

Memastikan bahawa Sokongan ahli


kepentingan pada masyarakat dan sektor
masa kini dan masa swasta terhadap
Mementingkan masa
hadapan diambil kira program-program yang
hadapan
dalam semua peringkat akan membawa manfaat
program Agenda kepada semua masih
Tempatan 21. boleh ditingkatkan.

Membuahkan hasil
Hasil yang nyata
yang nyata supaya
cuma dapat dihasilkan
program Agenda
Hasil yang nyata di bandar raya dan
Tempatan 21 dapat
bandar besar sahaja.
dipertingkatkan dan
Contohnya, Putrajaya.
dipastikan berterusan.

Rajah 1.12 Keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), masyarakat dan sektor
swasta dalam melaksanakan Agenda Tempatan

17
Untuk keberkesanan yang berkekalan, kerjasama semua pihak amat penting dalam menjayakan
Agenda Tempatan 21 ini. Rajah 1.13 menunjukkan peranan dan tanggungjawab yang penting antara
pihak yang terlibat dalam perlaksanaan Agenda Tempatan 21.
BAB 1

Sebagai individu: Sebagai wakil kerajaan:


Menyokong usaha pihak kerajaan Meningkatkan persefahaman antara
dalam program alam sekitar. masyarakat dengan pihak kerajaan.
Memulakan usaha sendiri seperti Meningkatkan sokongan masyarakat
kitar semula. kepada program-program yang akan
Menjimatkan penggunaan elektrik membawa manfaat kepada semua.
dan air. Mempertingkatkan imej sebagai
wakil kerajaan yang mempraktikkan
tadbir urus yang baik dengan adanya
penyertaan awam, ketelusan, kepekaan,
kesepakatan, keberkesanan dan
kecekapan, kebertanggungjawaban
Agenda dan wawasan strategik.

Tempatan
21

Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO), Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau


syarikat (pihak swasta):
Meningkatkan imej sesebuah pertubuhan sebagai badan masyarakat atau korporat yang
bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan
pihak-pihak berkepentingan.
Menjalankan program-program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama dari
pihak-pihak berkepentingan yang lain.
Peluang untuk merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar bersama-sama
dengan pihak berkuasa tempatan.
Peluang untuk memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang
ada kesan kepada alam sekeliling dan kualiti hidup masyarakat tempatan.
Peluang untuk berkhidmat untuk masyarakat.

Rajah 1.13 Hubungan kerjasama pihak individu, swasta dan kerajaan

Info

CBO - Community Based Organisation Apakah usaha-usaha yang perlu


NGO - Non-Governmental Organisation dijalankan supaya Malaysia menjadi
negara maju dan makmur.

18
1.4 Teknologi Hijau

BAB 1
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mendefinisikan "Teknologi Hijau" sebagai
pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam
semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Produk
atau sistem yang mengaplikasikan Teknologi Hijau perlu memenuhi beberapa kriteria berikut:

Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran.

Mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau yang rendah atau sifar.

Selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk
semua hidupan.

Menjimatkan tenaga dan sumber asli

Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Rajah 1.14 Dasar Teknologi Hijau Negara.

Mencari Meningkatkan
ketidakbergantungan pembangunan
tenaga dan ekonomi negara
mempromosikan melalui penggunaan
kecekapan tenaga teknologi

Tenaga
4 Ekonomi

Dasar Teknologi
Hijau Negara

Memulihara Meningkatkan
dan meminimumkan kualiti hidup untuk
kesan kepada semua
alam sekitar

Alam sekitar Sosial

Rajah 1.14 Dasar Teknologi Hijau Negara

Bijak Kewangan

Sisa bangunan lama yang dirobohkan dapat digunakan sebagai bahan penguat tanah bagi
menggantikan batu kelikir dalam proses pembinaan bangunan atau jalan raya. Selain penjimatan
kos, penggunaan semula sisa lama bangunan ini dapat mengurangkan aktiviti penarahan bukit
untuk mendapatkan batu kelikir.

19
Pelaksanaan dan perkembangan Teknologi
1.4.1
Hijau di Malaysia
BAB 1

Perkembangan teknologi adalah penting untuk pembangunan sesebuah negara. Pembangunan tidak
terancang akan memberikan impak yang negatif terhadap alam sekitar. Pertimbangan terhadap
alam sekitar adalah perlu bagi menjamin kestabilan ekosistem dan kelangsungan sumber-sumber
alam . Rajah 1.15 menunjukkan garis masa pekembangan perlaksanaan Teknologi Hijau di Malaysia.

1990-an 1992
Pembinaan kincir angin pertama Malaysia Menekankan peranan dan penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan
di Pulau Layang-layang, Sabah. (PBT) dalam melaksanakan pembangunan lestari.

2009 2009 2007


Penubuhan KeTTHA. Penubuhan sistem Green Penubuhan Malaysia
Building Index (GBI). Green Building Confederation
(MGCB).

2009
Pelancaran Dasar
Teknologi Hijau Negara.

2013 2013
Kemasukan kereta elektrik pertama Pembinaan ladang solar
ke Malaysia dari negara maju. di Sepang.

Rajah 1.15 Perkembangan Teknologi Hijau di Malaysia

20
BAB 1
2000 2000
Isu pelepasan Penubuhan CETREE USM 9 Centre for
gas rumah hijau dapat dikurangkan Education and Training in Renewable Energy.
melalui penjimatan tenaga.

2004
Penubuhan Kementerian
Sains Teknologi dan Inovasi

2005 2005
Pembinaan bangunan Green Pembinaan sistem jana kuasa
Tech - Bangunan Tenaga Sifar. hibrid di Pulau Perhentian
(angin, solar, diesel).

2014 2014 2016


Rebat cukai untuk pembelian Kereta EEV Malaysia pertama Pelancaran Program Feed in
kenderaan hibrid. Produa Axia. Taarif (Di bawah kelolaan SEDA)

21
Kesesuaian objektif pelaksanaan Teknologi Hijau
1.4.2
terhadap elemen kelestarian
BAB 1

Penerapan Teknologi Hijau dalam kehidupan dilihat sebagai satu jalan penyelesaian untuk
menangani isu berkaitan tenaga dan alam sekitar secara serentak. Teknologi hijau membantu kita
untuk terus maju ke hadapan tanpa memberikan impak negatif yang besar kepada alam sekitar.
Jadual 1.3 menunjukkan kesesuaian pelaksanaan Teknologi Hijau terhadap elemen kelestarian.

Jadual 1.3 Objektif pelaksanaan Teknologi Hijau

Elemen kelestarian Objektif Penerangan

Ekonomi • Mengurangkan kadar • Pengurangan kadar


peningkatan penggunaan penggunaan tenaga dapat
tenaga serta meningkatkan mengurangkan kos operasi.
pembangunan ekonomi.
• Merancakkan lagi
• Membantu pertumbuhan pembangunan ekonomi
dalam industri Teknologi negara dengan menyertai
Hijau dan meningkatkan industri baharu seperti
sumbangannya kepada industri Teknologi Hijau.
ekonomi negara.

Sosial • Meningkatkan keupayaan • Taraf kehidupan dapat


bagi inovasi dalam ditingkatkan dari segi
pembangunan Teknologi kesihatan dan kewangan
Hijau dan meningkatkan daya dengan pembangunan
saing dalam Teknologi Hijau ekonomi yang lestari.
di persada antarabangsa.
• Menambah peluang pekerjaan
• Meningkatkan pendidikan dengan pertumbuhan industri
dan kesedaran awam Teknologi Hijau.
terhadap Teknologi Hijau dan
• Memudahkan kehidupan
menggalakkan penggunaan
seharian dengan teknologi
meluas Teknologi Hijau.
baharu yang lebih lestari.

Alam sekitar • Memastikan pembangunan • Menjamin pengekalan


mampan dan memulihara sumber-sumber alam untuk
alam sekitar untuk generasi kegunaan masa hadapan.
akan datang.

Inovasi penting dalam kaedah pembuatan


bahan makanan. Bincangkan.

22
Perkembangan Teknologi Hijau di Malaysia dalam
1.4.3
pelbagai bidang

BAB 1
Sejajar dengan usaha kerajaan untuk menjaga alam sekitar, sektor-sektor utama perlu memainkan
peranan penting bagi menjayakan usaha ini. Sektor seperti tenaga, pengangkutan, pembinaan,
rawatan sisa dan air merupakan nadi penggerak sesebuah negara. Rajah 1.16 di bawah menunjukkan
perkembangan Teknologi Hijau dalam sektor-sektor berkaitan.

Sumber Tenaga

Masa Hadapan

Sekarang
• Jana kuasa elektrik ombak
Dahulu • Sel hidrogen
• Jana kuasa elektrik solar
• Kincir angin
• Jana kuasa elektrik diesel • Jana kuasa hidro
• Arang batu

Rajah 1.16 (a) Perkembangan Teknologi Hijau dalam sektor sumber tenaga

Pengangkutan
dan Kuasa

Masa Hadapan

Sekarang
Dahulu • Kereta api levitasi magnet
• Kereta
• Kapal terbang
• Kandar
• MRT (Mass Rapid Transit)
• Beca
• Kuda

Rajah 1.16 (b) Perkembangan Teknologi Hijau dalam sektor pengangkutan dan kuasa

23
Pembinaan
BAB 1

Masa Hadapan
Sekarang
• Pengunaan bahan-bahan
Dahulu kitar semula seperti plastik
• Batu bata, simen dan dan kertas.
• Bahan seperti kayu, buluh tetulang keluli.
dan daun nipah.

Rajah 1.16 (c) Perkembangan Teknologi Hijau dalam sektor pembinaan

Rawatan Air

Sekarang Masa Hadapan

Dahulu • Penapis osmosis • Penyulingan air laut dan


songsang, penapis karbon, teknologi biofilem.
• Rawatan air semula jadi penapis seramik
dari air bukit, mata air.

Rajah 1.16 (d) Perkembangan Teknologi Hijau dalam sektor rawatan air

Rawatan Sisa Pepejal

Masa Hadapan

Sekarang • Tapak pelupusan


Dahulu sampah, biojisim
• Kitar semula
• Sisa pepejal dibakar

Rajah 1.16 (e) Perkembangan Teknologi Hijau dalam sektor rawatan sisa pepejal

24
1.5 Isu-isu Pembangunan Lestari

BAB 1
Isu-isu semasa mengenai pembangunan lestari dari aspek
1.4.3
1.5.1
peranan dan tanggungjawab oleh negara maju, kerajaan,
industri dan institusi pendidikan

Negara Maju

Isu-isu semasa Peranan Tanggungjawab

• Penggunaan sumber • Perlu berusaha


• Pembangunan pesat
alam dapat dikurangkan mengurangkan impak
memberi kesan negatif
dengan penggunaan negatif terhadap
kepada alam sekitar
teknologi terkini seperti alam sekitar. Contoh
kereta elektrik. impak negatif:
penipisan lapisan ozon,
peningkatan suhu global,
kemusnahan sumber
dan lain-lain.
• Usaha mengurangkan
peningkatan suhu
global yang meningkat
2oC sebagai satu
agenda penting dalam
pembangunan lestari.

Foto 1.3 Pemandangan bandar

Kerajaan

Isu-isu semasa Peranan Tanggungjawab

• Pertambahan penduduk • Menentukan peraturan • Undang-undang


yang memerlukan dan undang-undang perumahan untuk
kepada penempatan dan yang berkaitan dengan kesejahteraan masyarakat.
sistem pengangkutan. pembangunan perumahan. • Sistem penguraian trafik.
• Sistem pengangkutan
yang lebih sistematik.

25
Industri
BAB 1

Isu-isu semasa Peranan Tanggungjawab

• Penghasilan produk • Membuat pemasangan • Pengusaha kilang


secara besar-besaran peralatan untuk mengukur perlu memastikan
bagi memenuhi kandungan asap dan bahan buangan yang
permintaan pasaran. habuk yang dilepaskan. dibuang ke sungai tidak
• Produk yang dihasilkan • Mengekhaskan mengandungi bahan
tidak mengambil kira kedudukan kawasan toksik dan beracun.
faktor alam sekitar. perindustrian jauh dari • Pengusaha kilang perlu
• Penghasilan produk kawasan perumahan mematuhi undang-undang
yang tidak berkualiti dari dan dilengkapi sistem yang mewajibkan
aspek fungsi, ketahanan pembuangan sisa pengusaha kilang
dan keselamatan. yang sistematik mengambil langkah
• Pihak industri dan untuk mencegah
pengusaha kilang boleh pencemaran. Contohnya:
mengikuti program membina kolam
pendidikan alam sekitar. pemendapan untuk
sisa-sisa cecair dan
pemasangan penapis di
corong asap (Akta Mutu
Alam Sekeliling, 1974).
• Menggunakan semula
sisa-sisa lebihan dari
Foto 1.4 Asap kilang perlu ditapis
untuk mengurangkan tahap
kilang memproses
pencemaran udara hasil pertanian untuk
dijadikan baja organik.

Nilai Murni

Usaha pemuliharaan dan


pemeliharaan alam sekitar perlu
bermula dari diri sendiri.

Foto 1.5 Pemandangan alam yang bersih hasil daripada amalan sistem
pembuangan sisa yang sistematik

26
Institusi Pendidikan

BAB 1
Isu-isu semasa Peranan Tanggungjawab

• Tahap kesedaran • Pendidikan pembangunan • Memberi kesedaran


tentang isu dan lestari merupakan isu tentang isu kecekapan
masalah alam sekitar yang ditekankan dalam tenaga yang menerapkan
sangat rendah. Pelan Induk Pembangunan amalan penjimatan
• Kurang pemahaman Pendidikan (PIPP). sumber-sumber
tentang kepentingan • Fokus PIPP 2006-2010 alam yang terhad,
penjagaan alam adalah untuk memupuk pembangunan lestari
sekitar seperti kesan rasa kecintaan terhadap dan pemeliharaan
pembakaran terbuka, seni, warisan dan budaya alam sekitar.
pembalakan hutan bangsa (PIPP 2007). • Membudayakan
dan penggunaan • Mendidik pelajar agar pemikiran ke arah
sumber tenaga yang dapat menghayati, penghasilan dan
tidak terancang. menghargai, menyayangi penggunaan teknologi
seni warisan dan budaya yang lestari dalam
untuk membentuk identiti kehidupan seharian.
unik bangsa Malaysia. • Memberi kefahaman
• Kementerian Pendidikan tentang kesan dan akibat
Malaysia dan Kementerian daripada aktiviti yang
Sumber Asli dan Alam mencemarkan alam sekitar.
Sekitar telah melancarkan • Mendidik cara-cara
Program Sekolah Lestari. penjagaan alam sekitar
• Guru perlu berkemahiran dalam aktiviti harian.
dalam menyampaikan
pendidikan alam sekitar
secara berkesan.

Rajah 1.17 Kempen kitar semula

Foto 1.6 Gotong-royong sekolah

Info

Di Malaysia 90% daripada jumlah tenaga yang digunakan ialah tenaga elektrik. 45% daripada permintaan
tenaga elektrik di negara ini adalah daripada sektor domestik dan komersial yang kebanyakannya
digunakan untuk lampu, pendingin udara dan pemanas air di dalam bangunan seperti rumah kediaman.
Sumber: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

27
Rumusan
BAB 1

Teknologi dan Kelestarian

Evolusi Teknologi ke Agenda Isu-isu


Teknologi Hijau pembangunan
pembangunan arah kelestarian Tempatan LA 21
ke arah lestari
kelestarian
Kronologi Kriteria Teknologi
Perkembangan Hijau Peranan dan
teknologi Pelaksanaan tanggungjawab
Persefahaman
Kesan Agenda Kronologi
pembangunan • Ekonomi Tempatan 21 Pelaksanaan dan • Negara maju
lestari (LA 21) Perkembangan
• Sosial Teknologi Hijau • Kerajaan
• Alam sekitar • Institusi
Keberkesanan
Perkembangan pendidikan
PBT, Masyarakat
dan Sektor Teknologi Hijau • Industri
Konsep Swasta dalam dalam pelbagai
kelestarian melaksanakan bidang
Agenda
• Closing the loop Tempatan 21 • Sumber tenaga
(LA 21)
• More from Less • Pengangkutan
• Efficient design dan kuasa
• Pembinaan
• Rawatan air
• Rawatan sisa
pepejal

Kesesuaian
objektif Teknologi
Hijau

• Ekonomi
• Sosial
• Alam sekitar

28
Aktiviti

BAB 1
1 Bincangkan secara berkumpulan peranan Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

2 Bahaskan secara berkumpulan tentang peranan manusia terhadap alam


sekitar yang lestari.

3 Huraikan pembangunan negara Malaysia yang lestari berdasarkan


pemuliharaan sumber, pembangunan fizikal, kualiti alam sekitar, ketidaksamaan
sosial, ekonomi, agama dan budaya.

4 Cadangkan idea teknologi lestari baharu yang boleh diaplikasikan


dalam kehidupan.

5 Bincangkan bukti-bukti yang menunjukkan wujudnya industri yang


mengamalkan kelestarian di Malaysia menggunakan persembahan multimedia.

6 Bentuk dua kumpulan, satu kumpulan mencadang dan satu kumpulan


membangkang bagi tajuk “Keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan
melaksanakan Agenda Tempatan 21”.

7 Berikan kepentingan perlaksanaan Teknologi Hijau di Malaysia menggunakan


persembahan multimedia secara berkumpulan.

8 Secara berkumpulan atau individu, cadangkan idea baharu atau penambahbaikan


pelbagai isu yang berkaitan dalam pembangunan lestari.

29
Latihan
BAB 1

Pernyataan berikut berkaitan dengan perkembangan teknologi dan kelestarian.


1
Tandakan ( ✓ ) pada pernyataan yang betul dan ( x ) pada pernyataan yang salah
dalam petak yang disediakan.

Penubuhan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar adalah untuk


pembangunan dan persekitaran yang baik dan teratur.

Pembangunan lestari menjadikan rakyat Malaysia berjimat cermat


berbelanja untuk keperluan harian.

Pemuliharaan alam sekitar bertujuan untuk mengurangkan pencemaran alam.

Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974) pencemaran laut pencemaran tasik.

Berdasarkan pernyataan di bawah, tuliskan A, B, C, D dan E dalam petak yang


2
disediakan mengikut bidang yang bersesuaian dengan kelestarian.

A A
Perindustrian C SumberAtenaga
E A
Sisa pepejal
B A
Pengangkutan D A
Pembinaan

Aktiviti mengumpulkan tin-tin minuman untuk kitar semula.

Tidak mengalirkan air sisa pembuatan ke sungai berhampiran.

Menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja.

Menyediakan bahan tenaga solar yang murah kepada penduduk.

Memulihkan perumahan terbengkalai.

30
Bincangkan kepentingan Agenda Tempatan 21 dalam konteks pembangunan
3
lestari di bandar dan di luar bandar?

BAB 1
Huraikan peranan dan tanggungjawab institusi pendidikan dalam pembangunan
4
lestari di Malaysia?

5 Apakah yang anda faham tentang Teknologi Hijau?

Cadangkan aktiviti pembangunan yang mengambil kira tiga elemen kelestarian


6
seperti gambar rajah di bawah.

Ekonomi Sosial

Alam Sekitar

31
BAB

2 REKA BENTUK

Standard Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid berupaya:
Menjelaskan definisi dan tujuan reka bentuk.
Menilai kesesuaian penghasilan sebuah produk berdasarkan faktor reka bentuk
iaitu manusia, fungsi, kekuatan, estetika dan bahan.
Mengesan ciri-ciri lestari dalam reka bentuk produk.
Membanding beza produk yang dihasilkan melalui reka bentuk konvensional dan
reka bentuk lestari.
Membuat justifikasi pemilihan produk terhadap konsep kelestarian.
Idea
Mencadangkan carta alir proses reka bentuk berdasarkan fungsi setiap proses
mengikut urutan. awalan
Membezakan model reka bentuk berdasarkan kriteria.
Menilai kriteria pengujian bagi setiap model reka bentuk.
Mencadangkan
Situasi bahan yang sesuai dalam proses penghasilan model reka bentuk.
Membina
danmodel reka bentuk yang lestari berdasarkan carta alir proses reka bentuk.
masalah

Pengumpulan Idea
maklumat awalan

Idea
Situasi penyelesaian
dan dan perincian
Menguji
masalah reka bentuk

Idea Pengumpulan
Memahami maklumat
awalan
tema dan
menghasilkan
Situasi
model
dan reka bentuk.
masalah

Pengumpulan
maklumat

Pendoku

Membina
Pengembangan model
idea
Memahami
keperluan carta
alir proses reka
Memahami
bentuk.
definisi dan
tujuan reka
Memahami
bentuk.
produk
yang memenuhi
justifikasi faktor
reka bentuk.

Idea
penyelesaian
dan perincian
Menguji
reka bentuk

Idea
penyelesaian
dan perincian
Menguji
reka bentuk

Pendokumentasian

Pendokumentasian Memahami
keperluan produk
melalui proses reka
bentuk.
Membina
Pengembangan model
idea Membina
Pengembangan model
idea
Pendahuluan

Kehidupan manusia dipenuhi dengan siri aktiviti yang kompleks. Bagi memastikan kelancaran
aktiviti-aktiviti ini, manusia mencipta alat, produk atau proses sebagai bantuan dalam menjalani
kehidupan harian mereka. Reka bentuk yang baik dapat memastikan alat, produk atau proses yang
dicipta berfungsi dan dapat menyelesaikan masalah tertentu.
Sesuatu reka bentuk perlu melalui satu proses perancangan yang terperinci supaya tujuan reka
bentuk dapat dicapai. Reka bentuk yang baik akan menghasilkan satu teknologi yang baharu yang
BAB 2

dapat membantu kehidupan seharian manusia. Ini menjadikan reka bentuk dan teknologi saling
berkait rapat. Rajah 2.1 menunjukkan evolusi reka bentuk dan teknologi komputer.

Evolusi reka bentuk komputer

Komputer generasi I Komputer generasi II Komputer generasi III

Komputer generasi IV Komputer generasi V Komputer riba Tablet

Rajah 2.1 Evolusi reka bentuk komputer

Nilai Murni

Aspek penyimpanan komponen dan


Dalam melakukan sesuatu kerja, kita hendaklah
keselamatan sangat ditekankan dalam
berusaha mencapai matlamat, di samping dapat
proses pembuatan. Berikan ulasan.
memberi pandangan tanpa dipengaruhi oleh emosi.

34
2.1 Reka Bentuk, Teknologi dan Kehidupan

2.1.1 Pengenalan reka bentuk

Definisi

BAB 2
Reka bentuk ialah aktiviti penyelesaian masalah yang bersistem untuk
memenuhi keperluan manusia. Aktiviti ini memerlukan daya kreativiti dan
inovasi untuk menghasilkan sesuatu produk baharu atau menambah nilai
produk sedia ada.

Proses
Masalah reka Produk
bentuk

Brif 1
Gunakan kucing untuk
menangkap tikus.

Brif 2
Bina perangkap tikus menggunakan
bahan sedia ada.

Rajah 2.2 Penjanaan brif dalam situasi dan masalah

35
2.1.2 Tujuan reka bentuk

Terdapat beberapa tujuan reka bentuk. Antaranya ialah:

Menyelesaikan Keselamatan pengguna dan


masalah kesejahteraan alam

• Reka bentuk dapat membantu pereka • Reka bentuk yang selamat dan mudah
BAB 2

bentuk menyelesaikan masalah dan untuk dikendalikan serta memberikan


mencari kaedah menyelesaikannya. kesan negatif yang minimum kepada
alam sekitar.
• Reka bentuk yang mengelakkan
permukaan panas, tajam dan sebagainya.

Meningkatkan Memberikan saingan dan


kualiti produk menguasai pasaran

• Reka bentuk dapat memastikan aspek • Reka bentuk dapat memenuhi


kualiti terjamin. permintaan pasaran dan dapat
• Pemilihan bahan penting dalam menguasai pasaran sesuatu produk.
memastikan kualiti dan ketahanan • Mengkaji permintaan pasaran dari
sesuatu produk. segi fungsi, warna dan bentuk.

2016
2000

Info
1990-an
Kepuasan pelanggan terhadap produk:
1. Prestasi fungsi
2. Daya tahan
3. Kesesuaian terhadap spesifikasi
1980-an 4. Ciri-ciri menepati cita rasa
5 Kebolehpercayaan
Foto 2.1 Contoh evolusi reka bentuk kereta Proton Saga 6. Kilatan serta kemasan

36
2.2 Faktor Reka Bentuk

Reka bentuk sesuatu produk perlu mengambil kira faktor-faktor berikut iaitu:

Manusia Fungsi Estetika Kekuatan Bahan

Manusia

BAB 2
Faktor manusia dalam reka bentuk merupakan satu kajian interaksi antara manusia, produk dan
persekitaran. Faktor ini merupakan satu bidang yang dipanggil ergonomik. Antara perkara yang
diambil kira dalam faktor manusia ialah:
1. Saiz dan bentuk (mengikut kesesuaian pengguna).
2. Pergerakan manusia (penggunaan ketika berjalan, berlari, duduk dan sebagainya).
3. Umur (pengguna kanak-kanak, dewasa atau warga emas).
4. Pengguna kurang upaya (memudahkan penggunaan).
5. Keselamatan dan kesihatan (mengurangkan risiko dan bahaya kepada manusia).
Contohnya, ketinggian kerusi boleh laras dan bentuk kerusi yang mengikut postur badan.
Untuk membolehkan pereka bentuk mengambil kira faktor manusia, ukuran purata bahagian
badan manusia perlu digunakan pada reka bentuk. Ukuran purata ini akan menunjukkan data
seperti purata ketinggian, berat badan, panjang kaki dan tangan manusia mengikut faktor seperti
umur dan jantina. Rajah 2.3 menunjukkan reka bentuk meja dan kerusi yang ergonomik.

B Kedudukan monitor pada jarak dan C Bahagian penyandar


sudut yang sesuai dengan pengguna. menyokong tulang belakang
mengikut postur yang betul.
B

E
D Tempat duduk kerusi
A Ketinggian meja yang pada ketinggian
betul memastikan D yang selesa. Ia boleh
keselesaan capaian papan A dilaras mengikut
kekunci dan menulis. ketinggian pengguna.

F
E Bucu meja direka bentuk tidak
F Saiz meja yang sesuai tajam untuk tujuan keselamatan.
untuk membantu capaian.
Rajah 2.3 Reka bentuk meja dan kerusi yang mengambil kira faktor manusia

37
Fungsi
Dalam proses mereka bentuk, seseorang pereka bentuk perlu mengenal pasti tujuan dan fungsi
produk yang ingin direka bentuk. Bagi memastikan produk yang dihasilkan berfungsi dan dapat
menyelesaikan masalah pengguna, tiga aspek fungsi perlu dianalisis:
• Tujuan
• Penggunaan
• Ukuran
Contohnya, kasut sukan direka bentuk mengikut kesesuaian aktiviti sukan menggunakan bahan
BAB 2

yang tahan lasak dan tidak mudah terkoyak. Reka bentuk kasut keselamatan pula mengambil kira
faktor keselamatan dalam aktiviti seharian pengguna. Biasanya dilengkapi dengan besi di bahagian
hadapan bagi melindungi jari kaki dan di bahagian bawah kasut. Rajah 2.4 menunjukkan fungsi
bahan kasut keselamatan dan Rajah 2.5 menunjukkan fungsi kasut sukan.

Reka bentuk sokongan


pergelangan kaki.

Pelapik span dan kulit lembut


untuk melindungi tendon
Achilles dan buku lali.

Pelindung besi tahan


hentakan 200 joule.
Getah ringan, Vulcanised Nitrile
Rubber (VNR) dengan corak
Lapisan tengah anti gelincir.
daripada besi

Rajah 2.4 Fungsi kasut keselamatan

Saiz mengikut ukuran kaki pengguna

Fabrik yang
mempunyai pengaliran
udara yang baik.

Kusyen gel untuk Bentuk tapak yang


menyerap hentakan mengikut pergerakan
ketika berlari. kaki ketika berlari.

Rajah 2.5 Fungsi kasut sukan

38
Kekuatan
Faktor kekuatan merupakan satu aspek penting dalam proses reka bentuk. Secara umumnya,
kekuatan bahan mestilah lebih besar daripada beban yang dikenakan ke atas sesuatu objek. Berikut
adalah beberapa kategori beban (rujuk Rajah 2.6):

1. Beban statik Beban angin


Beban yang dikenakan oleh objek yang pegun. Beban dinamik
Beban statik
2. Beban dinamik
Beban yang dikenakan oleh objek yang bergerak.

BAB 2
3. Beban angin
Beban tiupan angin ke atas struktur menegak.
Rajah 2.6 Kedudukan daya, mampatan dan tegangan

Selain itu, kekuatan sesuatu produk akan diukur dari sudut kemampuannya untuk menahan daya
mampatan dan tegangan yang dikenakan ke atasnya. Jika daya mampatan dan tegangan melebihi
kekuatan sesuatu produk itu, produk itu boleh patah, rosak dan sebagainya. Rajah 2.7 dan Rajah 2.8
menunjukkan kedudukan daya mampatan dan tegangan serta faktor kekuatan dalam reka bentuk
meja komputer.
Daya

Mampatan Objek Mampatan

Tegangan

Rajah 2.7 Kategori beban

Daya

A Regangan

Rasuk
Rasuk julur yang disokong
dengan sokongan hujung
terikat dan kasau.
Kasau
Digunakan untuk memberi
Mampatan B sokongan tambahan
kepada rasuk.

Mampatan C D Regangan

Rajah 2.8 Faktor kekuatan dalam reka bentuk meja komputer

39
Estetika

Estetika merupakan satu perkara yang melibatkan rupa bentuk sesuatu produk. Sesuatu produk
biasanya direka bentuk untuk kelihatan cantik dan canggih supaya dapat menarik perhatian
pengguna. Reka bentuk yang menarik dapat dihasilkan dengan mengaplikasi elemen reka bentuk.
Antara elemen reka bentuk ialah garisan, rupa, bentuk, warna dan tekstur.

1. Garisan
Terbentuk apabila dua atau lebih titik
BAB 2

bersambung. Penggunaan garisan penting untuk


menghasilkan rupa dan bentuk sesuatu reka Mengufuk Menegak
bentuk. Garisan boleh dihasilkan dalam bentuk
lurus, menegak, mengufuk dan melengkung.

Condong Melengkung
2. Rupa
Satu kawasan rata yang dilingkari oleh garisan tertutup. Mempunyai panjang dan lebar tetapi
tidak mempunyai jisim. Rupa boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu rupa geometri dan
rupa organik.

Rupa geometri Rupa organik

3. Bentuk
Satu kawasan menonjol yang mempunyai
keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu
permukaan. Bentuk utama terdiri daripada bentuk
piramid, sfera, kubus, silinder dan kon.

Piramid Sfera Kubus Silinder Kon

40
4. Warna
Merupakan satu elemen penting dalam proses reka bentuk. Penggunaan warna yang sesuai
dan menarik dapat memberikan identiti kepada rekaan yang dihasilkan. Terdapat tiga kategori
warna iaitu warna primer, sekunder dan tertier.
(a) Warna primer ialah warna asas yang tidak boleh
dihasilkan dengan campuran warna lain.

au
Hij

BAB 2
Ku
nin
g (b) Warna sekunder dihasilkan melalui campuran
Bir
Jingga
dua warna primer.
u

Me
rah

Un
gu (c) Warna tertier ialah campuran satu warna
primer dan satu warna sekunder yang duduk
bersebelahan dalam roda warna.

Rajah 2.9 Roda warna

Jadual 2.1 Campuran warna

Campuran warna Warna


Biru + Kuning Hijau
Kuning + Merah Jingga
Merah + Biru Ungu
Kuning + Hijau Kuning hijau
Kuning + Jingga Kuning jingga
Merah + Jingga Merah jingga
Merah + Ungu Merah ungu
Biru + Ungu Biru ungu
Biru + Hijau Biru hijau

5. Tekstur
Tekstur ialah rupa dan bentuk sesuatu
permukaan. Penggunaan tekstur yang
sesuai dapat memenuhi fungsi dan
keperluan rekaan. Selain itu, tekstur
juga dapat memberikan nilai tarikan.
Contoh tekstur adalah licin, kesat, Tekstur kayu Tekstur batu-bata Tekstur kain
kasar, lembut dan tajam.

41
Bahan

Ketika membuat pemilihan bahan yang hendak digunakan, pereka bentuk perlu mengambil kira
beberapa faktor seperti fungsi, kuantiti produk dan kos. Bahan secara umumnya boleh dibahagikan
kepada dua kategori utama iaitu bahan logam dan bahan bukan logam. Penggunaan bahan yang
betul adalah penting supaya produk yang direka bentuk dapat berfungsi dengan baik. Rajah 2.10
menunjukkan kategori bahan.

Bahan kejuruteraan
BAB 2

Bahan logam Bahan bukan logam

Ferus Bukan ferus Seramik Komposit Polimer

Rajah 2.10 Kategori bahan kejuruteraan

Bahan logam
Logam ferus
Mengandungi besi sebagai kandungan utama. Merupakan bahan penting dan diguna pakai
secara meluas dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan. Mempunyai sumber yang banyak dan
kepelbagaian penggunaan dari segi sifat mekanikal dan fizikal. Antara kelemahan utama logam
ferus adalah mudah berkarat. Contoh logam ferus ialah keluli dan besi tuang.

(a) Keluli
Keluli ialah campuran utama antara besi dan karbon. Keluli biasanya diklasifikasikan mengikut
kadar kandungan karbon. Terdapat dua jenis keluli utama iaitu keluli aloi dan keluli berkarbon.
(i) Keluli aloi
• Keluli tahan karat
Ciri-ciri : Keras, teguh, tahan karat.
Kegunaan : Sinki, sudu, pisau, kuali, turbin gas, tangki air dan lain-lain.
(ii) Keluli berkarbon
• Keluli berkarbon rendah (kurang dari 0.15% karbon)
Ciri-ciri : Lembut, mulur, teguh, mudah dimesin dan mudah ditempa.
Kegunaan : Badan kereta, kepingan keluli untuk kegunaan, paip, bangunan,
jambatan dan tin makanan.
• Keluli lembut (0.15% - 0.30% karbon)
Ciri-ciri : Kekuatan regangan yang tinggi, kuat dan teguh serta boleh ditempa.
Kegunaan : Digunakan dalam bangunan, paip, jambatan, kepingan keluli, bolt, nat
dan lain-lain.

42
• Keluli berkarbon tinggi (0.7% - 1.4% karbon)
Ciri-ciri : Keluli berkarbon yang keras.
Kegunaan : Digunakan untuk membuat spring, roda kereta api dan seumpamanya.

(b) Besi tuang


(i) Besi tuang kelabu
Ciri-ciri : Kekuatan mampatan yang tinggi, kekuatan regangan yang agak rendah,
mudah berkarat dalam keadaan lembap dan basah.

BAB 2
Kegunaan : Paip besar, rangka mesin, kotak gear, komponen enjin, blok enjin.
(ii) Besi tuang putih
Ciri-ciri : Sangat keras tetapi rapuh, kekuatan mampatan yang lebih tinggi daripada besi
tuang kelabu, tahan karat dan lebih tahan geseran.
Kegunaan : Digunakan dalam pembuatan komponen seperti bearing dan gear.
(iii) Besi tuang tempawan
Ciri-ciri : Mulur dan mudah dimesin, sangat keras dan tidak rapuh, kekuatan regangan
yang tinggi.
Kegunaan : Aci engkol, roda, takal, radiator, rivet, gasket dan lain-lain.

Sifat mekanikal logam


• Kerapuhan
Kecenderungan sesuatu logam untuk patah, mudah pecah atau retak apabila dikenakan
hentakan atau ketukan.
• Ketempaan
Kebolehan logam dibentuk melalui kaedah tempaan dan ketukan.
• Kemuluran
Kebolehan sesuatu logam untuk menegang tanpa putus atau pecah apabila ditarik.
• Keanjalan
Keupayaan sesuatu logam untuk kembali ke bentuk asal selepas mengalami perubahan
bentuk akibat tekanan atau daya yang dikenakan.
• Kekuatan
Keupayaan sesuatu logam menahan beban atau daya tanpa perubahan bentuk.
• Kekerasan
Keupayaan sesuatu logam menahan perubahan kekal akibat oleh daya luar.
• Keteguhan
Keupayaan logam untuk mengekalkan kekuatan asal walaupun berlaku perubahan bentuk
yang kekal. Sifat ini berlawanan dengan kerapuhan.

43
Logam bukan ferus
Logam bukan ferus ialah logam yang tidak mengandungi unsur besi. Antara contoh logam bukan
ferus adalah aluminium, kuprum, loyang dan timah. Rajah 2.11 menunjukkan ciri-ciri dan
kegunaan logam bukan ferus.

Logam bukan ferus

Aluminium Loyang Kuprum Timah


BAB 2

Sifat Sifat Sifat Sifat


Mulur, lembut, ringan, Keras, mudah dimesin, Mulur dan lembut, Mulur, lembut, mudah
mudah dimesin, konduktor haba dan mudah dimesin, dimesin, konduktor
konduktor haba dan elektrik, ringan, tidak konduktor haba dan haba dan elektrik,
elektrik, mudah dituang berkarat, boleh lentur dan elektrik, ringan, mudah ringan, tidak terhakis
dan ditempa. mudah dipateri. dituang dan ditempa, dan mudah ditempa.
tidak berkarat dan
Kegunaan Kegunaan mudah dipateri. Kegunaan
Pembinaan badan kapal Radiator, alat muzik, Bahan pateri, piuter.
terbang, kuali, rangka duit syiling. Kegunaan
tingkap. Kabel elektrik, periuk,
sudu, komponen
elektronik

Rajah 2.11 Ciri-ciri dan kegunaan logam bukan ferus

Bahan bukan logam


Bahan bukan logam ialah bahan yang tidak mengandungi unsur logam. Contoh bahan bukan logam
adalah seperti seramik, polimer, komposit dan konkrit.
(a) Seramik
Seramik merupakan satu bahan yang mengandungi atom logam yang diikat kepada atom bukan
logam. Rajah 2.12 menunjukkan ciri-ciri dan kegunaan seramik.

Seramik

Ciri-ciri Kegunaan

• Penebat elektrik
• Keras dan mempunyai kekuatan • Cip komputer
mampatan yang tinggi. • Komponen elektronik dan
superkonduktor
• Penebat haba dan elektrik.
• Fiber optik
• Contoh: Aluminium oksida,
• Alatan pemotong
berlian dan silika.
• Perkakasan tandas seperi sinki
dan mangkuk tandas

Rajah 2.12 Ciri-ciri dan kegunaan seramik

44
(b) Polimer
Polimer ialah molekul bersaiz besar hasil daripada gabungan molekul kecil yang dinamakan
monomer. Terdapat dua jenis polimer utama iaitu plastik haba dan polimer termoset. Rajah 2.13
menunjukkan ciri-ciri dan kegunaan polimer.

Plastik haba

Polivinil klorida Akrilat Polistirena

Ciri-ciri

BAB 2
Ciri-ciri
Ciri-ciri mudah cair apabila
Keras dan teguh pada suhu
Keras, lutsinar, mudah dipanaskan dan mudah
bilik. Ringan, penebat asid
dimesin. Penebat elektrik. menjadi pejal apabila
dan alkali yang baik.
disejukkan.

Kegunaan
Kegunaan Kegunaan
Baju hujan, khemah,
Kanta, tingkap kapal terbang, Bekas makanan dan
konduit elektrik, paip air
perspek, cermin mata. bekas minuman.
dalam bangunan.

Plastik termoset

Poliester Melamin formaldehid Urea formaldehid

Ciri-ciri Ciri-ciri
Ciri-ciri
Kuat, kalis air dan penebat Keras, kuat, rapuh dan
Keras dan kuat
elektrik dan haba yang baik penebat haba yang baik.

Kegunaan Kegunaan
Kegunaan
Beg, tekstil, pakaian panas, Soket elektrik, perekat atau
Pinggan mangkuk
layar kapal. gam kayu.

Rajah 2.13 Ciri-ciri dan kegunaan polimer

(c) Komposit
Dihasilkan apabila dua atau lebih bahan digunakan bersama untuk mendapatkan sifat bahan yang
tertentu. Contoh bahan komposit ialah konkrit yang diperkukuhkan, superkonduktor, gentian kaca,
gentian optik dan gentian kayu.

(d) Konkrit
Merupakan satu bahan penting yang digunakan secara meluas dalam industri pembinaan di seluruh
dunia. Ia ialah hasil campuran beberapa bahan seperti simen, pasir, batu kelikir dan air. Kekuatan
konkrit diukur mengikut perbezaan kadar nisbah campuran bahan-bahan ini.

45
2.3 Proses Reka Bentuk

Penghasilan reka bentuk perlu melalui satu proses yang teliti. Proses ini akan menjadi garis panduan
dalam penghasilan reka bentuk bagi memastikan proses yang lancar.
Sebagai contoh seorang jurugambar menghadapi masalah untuk mengambil gambar yang
terang dalam bangunan. Bagi mengatasi masalah tersebut satu alat pemancar cahaya mudah alih
diperlukan sebagai aksesori tambahan kamera. Sebagai permulaan, satu carta alir proses reka
bentuk perlu dihasilkan. Rajah 2.14 menunjukkan contoh carta alir untuk proses reka bentuk.
BAB 2

PEMANTUL CAHAYA
BOLEH DILIPAT
Mula

Situasi dan masalah MENTOL DENYAR

Brif reka bentuk

Pengumpulan maklumat

Idea awalan

Pemilihan
idea Tidak
TAPAK
Ya
Pengembangan idea

Idea penyelesaian dan perincian


Ilustrasi 2.1 Reka bentuk mentol denyar kamera

Membina model
Simbol carta alir
Menguji reka bentuk
Mula proses dan akhir proses
Pendokumentasian Proses am
(tindakan/langkah dalam proses kerja)
Tamat Proses membuat keputusan

Masukan dan keluaran


Rajah 2.13 Carta alir proses reka bentuk
Penyambung proses

46
2.3.1 Situasi dan masalah

Sebelum memulakan proses reka bentuk, kita perlu mengetahui apa yang hendak direka bentuk.
Soalan ini dapat dijawab dengan mengenal pasti situasi dan masalah yang hendak diselesaikan.
Masalah boleh dikenal pasti dalam kehidupan seharian. Rajah 2.15 menunjukkan situasi seharian
di beberapa tempat.

BAB 2
Situasi 1:
Kanak-kanak sedang bermain di ruang tamu.
Masalah:
Mainan bersepah dan tidak ada ruang untuk
menyimpan permainan.

Situasi 2:
30 orang murid sedang belajar di bilik darjah.
Masalah:
Beg sekolah dan buku bersepah.

Situasi 3:
Bayi memanjat tangga rumah.
Masalah:
Bayi boleh terjatuh dari tangga dan
mendatangkan kecederaan.

Rajah 2.15 Situasi dan masalah

47
2.3.2 Brif reka bentuk

Tujuan brif reka bentuk


Brif reka bentuk ditulis untuk memberikan pelbagai cadangan penyelesaian masalah dan keperluan
bagi sesuatu situasi yang telah dikenal pasti. Brif reka bentuk mengandungi beberapa elemen
penting iaitu:
1. Idea penjelasan secara ringkas tentang cara masalah diselesaikan.
2. Cadangan kaedah penyelesaian yang akan digunakan bagi situasi dan masalah tersebut.
BAB 2

Selepas mengumpul maklumat, satu brif reka bentuk dapat ditulis. Brif reka bentuk merupakan
satu penerangan ringkas tentang penyelesaian kepada masalah dalam situasi tersebut. Jadual 2.2
menunjukkan brif reka bentuk.

Jadual 2.2 Brif reka bentuk

Situasi dan masalah Brif reka bentuk

Situasi 1:
Kanak-kanak sedang bermain
di ruang tamu. 1. Mereka bentuk sebuah kotak untuk menyimpan permainan.
Masalah: 2. Mereka bentuk ruang permainan kanak-kanak.
Mainan bersepah dan tidak ada
ruang penyimpanan.

Situasi 2:
40 orang murid sedang belajar
1. Mereka bentuk rak simpanan di belakang kelas.
di bilik darjah.
2. Mereka bentuk rak simpanan beg bawah meja.
Masalah:
Beg sekolah dan buku bersepah.

Situasi 3:
1. Mereka bentuk sebuah pintu penghadang di tangga.
Bayi sedang memanjat tangga.
2. Mereka bentuk laluan untuk bayi merangkak menaiki tangga.
Masalah:
3. Mereka bentuk sistem penggera yang dapat memaklumkan ibu
Bayi boleh terjatuh dari tangga
bapa, bayi sedang menghampiri tangga.
dan mendatangkan kecederaan.

Pemilihan brif yang terbaik dibuat setelah kajian dan penyelidikan lanjut dilakukan.

48
2.3.3 Pengumpulan maklumat

Setelah pemilihan brif dilakukan, maklumat lanjut perlu dikumpulkan untuk proses mereka
bentuk produk tersebut. Hal ini dapat dilakukan melalui pelbagai cara seperti:

Pemerhatian:
Memerhatikan pergerakan dan kehidupan

BAB 2
seharian pengguna. Dapatkan maklumat
tentang, keperluan mereka dan lain-lain.

Pembacaan:
Membuat pembacaan tentang produk
yang ingin dibina daripada buku-buku,
majalah dan Internet.

Soalan kaji selidik:


Membuat kaji selidik tentang beberapa
perkara seperti keperluan, spesifikasi
dan lain-lain.

Sumbang saran:
Setiap ahli kumpulan akan menyumbang idea
dan pandangan melalui proses di bawah:
1. Pembentukan kumpulan
2. Mengenal pasti masalah
3. Mendapatkan dan mengumpul maklumat
4. Membuat perbincangan
5. Merumuskan hasil perbincangan

Rajah 2.16 Pengumpulan maklumat

49
2.3.4 Idea awalan

Apabila maklumat yang diperlukan sudah lengkap, pereka bentuk boleh memulakan proses reka
bentuk. Proses ini meliputi beberapa proses lakaran supaya idea reka bentuk yang dihasilkan dapat
disampaikan dengan baik.
Di peringkat ini, reka bentuk kebiasaanya dihasilkan menggunakan kaedah lakaran. Beberapa
idea reka bentuk akan dihasilkan bersama dengan nota keterangan. Salah satu idea ini seterusnya
akan dipilih untuk dikembangkan dalam bentuk lakaran yang lebih terperinci. Pemilihan idea
BAB 2

adalah berdasarkan fungsi dan kebolehan idea itu menyelesaikan masalah.

Idea 1
ROD BESI DIGUNAKAN
UNTUK MEMEGANG
PENYANGKUT
PENYANGKUT DIPERBUAT
DARIPADA BESI

RUANG MASUK
PERMAINAN

45cm

FABRIK TAHAN LASAK


MENGGUNAKAN WARNA
YANG DAPAT MENARIK
TAPAK DIPERBUAT PERHATIAN KANAK-KANAK
DARIPADA FABRIK TEBAL
DAN DIJAHIT PADA BAHAGIAN
BADAN
30cm

NOTA
- FABRIK UNTUK BAHAGIAN BADAN
- TAPAK DILAPIK DENGAN KADBOD
- JAHITAN TANGAN

Rajah 2.17 Idea awalan 1

50
Idea 2 DIBINA DARIPADA
KAYU ATAU PLASTIK.

PENUTUP UNTUK
RUANG YANG LUAS DAPAT
MENGHALANG
MENGISI LEBIH BANYAK
DARIPADA HABUK.
BARANG PERMAINAN.

BAB 2
ENGSEL BAGI MEMUDAHKAN
PENUTUP DIBUKA DAN DITUTUP.

BOLEH DIKUNCI BAGI


TUJUAN KESELAMATAN.

45cm 90cm

Rajah 2.18 Idea awalan 2

Idea 3

RUANG MASUK AKSES MUDAH


YANG LUAS BARANG MAINAN.

PEMEGANG UNTUK
RODA MEMUDAHKAN KENDALIAN
DAN PENGALIHAN.

KAYU PALET.

Rajah 2.19 Idea awalan 3

51
2.3.5 Pengembangan idea

Berdasarkan daripada beberapa lakaran idea awalan, lakaran yang paling sesuai akan dipilih.
Lakaran idea ini akan dikembangkan dalam bentuk lakaran yang lebih terperinci.

Idea 3 (a) I
BAB 2

RODA UNTUK
MUDAH BERGERAK
MENGGUNAKAN RODA TERPAKAI
DARIPADA TROLI YANG ROSAK.

2
RUANG DUDUK

TALI UNTUK MENARIK


KOTAK MAINAN.

Rajah 2.20 Pengembangan Idea 1

52
Idea 3 (b) I ENGSEL PENUTUP KOTAK MAINAN
BERFUNGSI SEBAGAI
MEJA APABILA DIBUKA.

KAKI MEJA BOLEH LIPAT


DI BINA DARI KAYU PALET.

BAB 2
RUANG MENYIMPAN

PENUTUP KOTAK MAINAN 2


DITAMBAH DISEBELAH
KANAN (BOLEH DILIPAT)

KAKI MEJA YANG DILIPAT

ENGSEL

ENGSEL

TEMPAT DUDUK
3

RUANG MAINAN KECIL

Rajah 2.21 Pengembangan Idea 2

53
Idea 3 (c)
RUANG MENYIMPAN.
I
TILAM MENGGUNAKAN TILAM
TERPAKAI DILAPIK DIBAHAGIAN
DALAM RUANG PENYIMPANAN.

RUANG MENYIMPAN.
BAB 2

TILAM MASIH DI RUANG PENYIMPAN.

DAPAT BERFUNGSI
SEBAGAI MEJA
2

PEMEGANG UNTUK
BOLEH BERFUNGSI MENGANGKAT KOTAK MAINAN.
SEBAGAI TEMPAT DUDUK
APABILA DIBUKA DAN
DILAPIK DENGAN TILAM
RODA MEMUDAHKAN
PERGERAKAN KOTAK.

TILAM 3

Rajah 2.22 Pengembangan Idea 3

54
2.3.6 Idea penyelesaian dan perincian

Satu idea reka bentuk terbaik daripada pengembangan idea dipilih dengan mengambil kira beberapa
faktor seperti fungsi, ergonomik, tarikan pengguna dan faktor-faktor lain yang sesuai. Beberapa persoalan
boleh ditimbulkan bagi membantu pereka bentuk memilih idea yang terbaik antaranya seperti:

1. Adakah idea ini menyelesaikan masalah yang dihadapi?


2. Adakah idea ini mudah untuk dilaksanakan?

BAB 2
3. Adakah ia selamat untuk digunakan oleh pengguna?
4. Adakah kos penghasilannya tinggi atau rendah?
5. Berapa lama tempoh untuk menyiapkan idea ini?
6. Adakah pengguna memerlukan produk ini?

Selepas memilih idea yang hendak dibina, beberapa lukisan kerja perlu dihasilkan bagi membantu
proses penghasilan produk yang direka bentuk. Jenis lukisan kerja yang selalu digunakan ialah:

Unjuran Ortografik

Unjuran ortografik ialah lukisan yang mengandungi pandangan hadapan, pandangan sisi dan pelan
seperti Rajah 2.23 :

Pelan
45o

Pandangan hadapan Pandangan Sisi

Rajah 2.23 Unjuran Ortografik

55
Lukisan Isometri

Lukisan isometri adalah satu kaedah lukisan untuk menunjukkan objek dalam tiga dimensi.
o
Lukisan isometri menggunakan tiga paksi utama iaitu paksi menegak dan dua paksi bersudut 30
dari garisan mendatar seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.23:

Paksi menegak
BAB 2

Paksi isometri

o o
30 30

Rajah 2.24 Lukisan Isometri

Lukisan Oblik

Lukisan oblik merupakan satu kaedah lukisan untuk menunjukkan objek dalam tiga dimensi.
Lukisan oblik menggunakan satu permukaan ortografik dan dua permukaan lain menyerong ke
belakang mengikut sudut pengunjuran serong. Rajah 2.25 menunjukkan contoh lukisan oblik.

Paksi menegak

Paksi surut

* xo boleh jadi
o
x sebarang nilai sudut.
Paksi mengufuk
Rajah 2.25 Lukisan Oblik

56
Lukisan Perspektif

Lukisan perspektif digunakan untuk menunjukkan gambaran objek dalam bentuk tiga dimensi.
Lukisan perspektif dapat dilukis dengan cara perspektif satu titik, perspektif dua titik dan perspektif
tiga titik.

Lukisan Perspektif Satu Titik


Lukisan perspektif satu titik merupakan satu lukisan tiga dimensi yang mempunyai satu titik lenyap
bagi membentuk garisan perspektif. Paksi tegak dan paksi melintang objek adalah selari dengan

BAB 2
satah gambar. Garisan akan diunjurkan ke satu titik lenyap di atas garisan ufuk. Kebiasaanya lukisan
perspektif satu titik digunakan untuk membuat ilustrasi dalaman sesebuah ruang seperti reka
bentuk hiasan dalaman.

Pandangan atas

Satah gambar

Garisan ufuk
Titik lenyap 1

Titik stesen

Pandangan hadapan Garisan bumi

Rajah 2.26 Lukisan perspektif satu titik

Bincangkan contoh penggunaan yang sesuai


bagi setiap jenis lukisan perspektif.

57
Lukisan perspektif dua titik
Lukisan perspektif dua titik merupakan satu lukisan tiga dimensi yang mempunyai dua titik lenyap
bagi membentuk garisan perspektif. Paksi tegak objek adalah selari dengan satah gambar manakala
paksi lain condong ke arah satah gambar. Garisan dari kedua-dua sisi objek akan diunjurkan ke dua
titik lenyap yang berbeza kedudukan di atas garisan ufuk. Lukisan perspektif dua titik sesuai digunakan
untuk menggambarkan ruang hiasan dalaman, reka bentuk bangunan, produk dan lain-lain.

Pandangan atas
BAB 2

Satah gambar

Garisan ufuk

Titik lenyap 2
Titik lenyap 1

Titik stesen

Garisan bumi

Pandangan hadapan

Rajah 2.26 Lukisan perspektif dua titik

Titik lenyap 1 Titik lenyap 2

Lukisan perspektif tiga titik


Lukisan perspektif tiga titik merupakan satu lukisan tiga dimensi
yang mempunyai tiga titik lenyap bagi membentuk garisan
perspektif yang kompleks. Kesemua paksi objek adalah tidak
selari dengan satah gambar. Garisan dari ketiga-tiga sisi objek
akan diunjurkan ke tiga titik lenyap yang berbeza kedudukan.
Antara fungsi lukisan perspektif tiga titik adalah untuk
menunjukkan gambaran sesebuah bandar dari sudut pandang
atas atau pandangan sesuatu objek dari arah atas dan bawah.

Titik lenyap 3

Rajah 2.28 Lukisan perspektif tiga titik

58
2.3.7 Membina model reka bentuk

Model merupakan salah satu kaedah bagi menunjukkan rupa bentuk sebenar sesuatu reka bentuk.
Model dapat membantu pereka bentuk membuat analisis terhadap reka bentuknya dengan lebih
baik. Model terdiri daripada pelbagai bentuk, saiz, dan gaya. Ia penting untuk menekankan bahawa
model bukanlah satu produk siap yang boleh digunakan, tetapi sebagai rujukan untuk membantu
kita lebih memahami produk dalam dunia sebenar. Tujuan membina model adalah termasuk:
1. Menunjukkan bentuk sebenar produk.
2. Menguji dan mengenal pasti masalah dalam reka bentuk yang dihasilkan.

BAB 2
3. Mengenal pasti dan membina proses pengeluaran dan pembuatan yang sesuai.
4. Mengenal pasti dan memilih bahan dan kemasan yang sesuai.
5. Menguji dan menilai tahap keselamatan dalam penggunaan produk.
6. Menentukan dengan lebih jelas nisbah ukuran, kestabilan, ketahanan dan kekuatan.

Model berskala
Model berskala digunakan dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, seni bina, ketenteraan
dan pembinaan. Saiz model boleh dikecilkan atau dibesarkan mengikut perkadaran yang tepat.

Ciri-ciri model berskala Kelemahan model berskala

• Mengurangkan kos penghasilan model • Analisis terperinci tidak dapat dilakukan.


berbanding model saiz sebenar. • Tidak dapat melakukan ujian penggunaan
• Menjimatkan masa kerana tidak perlu secara menyeluruh.
membina model bersaiz sebenar.
• Analisis awal dapat dibuat tanpa
membina model saiz sebenar.

Foto 2.2 Model berskala kapal terbang

Model berskala kebiasaannya digunakan bagi reka bentuk yang bersaiz besar atau sangat kecil
seperti bangunan, jambatan, kereta, roket, atom, komponen elektronik dan sebagainya. Ujian
makmal adalah bentuk ujian yang biasa digunakan untuk model reka bentuk ini.

59
Model berkomputer
Reka bentuk berbantu komputer (CAD) ialah penggunaan teknologi komputer bagi membantu
proses mereka bentuk. Reka bentuk berbantu komputer menggunakan teknik grafik komputer yang
canggih dan dibantu dengan penggunaan pakej perisian komputer untuk membantu membangunkan
dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja-kerja reka bentuk. Ujian yang
paling sesuai untuk model ini ialah ujian berkomputer.
BAB 2

Foto 2.3 Contoh reka bentuk CAD

Ciri-ciri CAD Kelemahan penggunaan perisian CAD

• Tahap penghasilan reka bentuk atau • Harga perisian sistem CAD yang mahal.
lukisan yang lebih tinggi. • Pengujian tidak dapat dilakukan pada
• Kualiti lebih tinggi dalam sesuatu situasi sebenar.
reka bentuk. • Simulasi situasi ditetapkan oleh
• Keseragaman pengeluaran. pereka bentuk.
• Menjimatkan ruang penyimpanan
dokumen fizikal.
• Pengiraan dan analisis reka bentuk
yang cepat.

Info

Di Malaysia, perisian CAD telah lama bertapak khususnya Perisian teknologi maklumat boleh
dalam industri pembuatan kenderaan, pengeluaran diintegrasikan dalam pembelajaran
komponen dan pelaksanaan proses-proses pembuatan. secara kontekstual yang melibatkan
Dalam kalangan pakar berpendapat bahawa perisian CAD hands-on dan minds-on. Bagaimana
mampu membawa bidang kejuruteraan ke dimensi baharu. melakukannya?
Kewujudan perisian CAD ini tentunya akan memanfaatkan
manusia sejagat.

60
Prototaip
Prototaip ialah produk contoh yang mempunyai
ciri-ciri yang dirancang dan berfungsi sepenuhnya.
Model ini dibina daripada bahan sebenar yang
telah ditentukan dan menyerupai produk sebenar
dari setiap aspek. Seterusnya dibina dan dipasang
secara manual dan diuji dalam situasi sebenar
melalui ujian parameter dan makmal.

BAB 2
Foto 2.4 Contoh prototaip

Ciri-ciri prototaip Kelemahan prototaip

• Pereka bentuk akan terlibat secara • Rumit untuk dihasilkan.


aktif dalam proses reka bentuk. • Data yang tidak lengkap menyebabkan
• Pengguna akan lebih faham prototaip yang dihasilkan gagal dalam
daripada produk yang sedia ada. ujian percubaan.
• Kesilapan dapat dikesan lebih awal.
Maklum balas pengguna lebih cepat
didapati yang membawa kepada
penyelesaian yang lebih baik
• Masalah fungsi boleh dikenal pasti
dengan mudah.

Bahan untuk membina model


Untuk penghasilan model reka bentuk, terdapat banyak bahan yang boleh digunakan. Penggunaan
setiap bahan ini bergantung kepada reka bentuk dan jenis model reka bentuk yang ingin dibina.
Jadual 2.3 menunjukkan kategori dan contoh bahan untuk membina model reka bentuk.

Jadual 2.3 Jenis bahan untuk membina model

Kategori Contoh bahan

Bahan kepingan Papan, kadbod, kepingan logam, aluminium dan plastik

Bahan padu Bongkah kayu, polistirena

Bahan jalur Tali, dawai, benang

Bahan lembut Tanah liat, kapur, simen motar

Bahan sambung Paku, skru, pita perekat, gam

Bahan bermodul Litar elektronik, sistem hidraulik dan pneumatik

61
Bagi projek penghasilan kotak mainan ini, model prototaip dipilih sebagai model reka bentuk yang
sesuai kerana:
• Ujian penggunaan boleh dilakukan dengan lebih tepat.
• Kelemahan dapat dikesan dengan lebih mudah.
• Idea penambahbaikan dapat dijana dengan lebih tepat hasil daripada ujian yang menyeluruh.
BAB 2

Foto 2.5 Prototaip produk

Jadual 2.4 menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan prototaip di atas.

Jadual 2.4 Bahan bagi setiap komponen dalam produk

Komponen Kategori bahan Bahan

Kepingan papan yang diguna semula


Kotak Bahan kepingan
dari papan palet.

Pemegang Bahan padu Besi daripada barangan terpakai.

Alas tempat duduk Bahan lembut Span yang dibalut dengan fabrik.

Penyambungan Bahan sambung Paku dan skru.

Roda Bahan padu Rod besi daripada barang terpakai.

Tali penarik Bahan jalur Tali guni terpakai.

62
2.3.8 Menguji reka bentuk

Setelah siap model reka bentuk, beberapa siri ujian perlu dijalankan bagi menilai fungsi reka bentuk
yang dihasilkan. Pada peringkat ini kita akan dapat mengenal pasti sama ada reka bentuk yang
dihasilkan dapat menyelesaikan masalah dan berfungsi dengan baik atau tidak. Dengan ujian
yang dijalankan kelebihan, kelemahan dan kekurangan produk dapat dikenal pasti. Rajah 2.29
menunjukkan aspek dan kriteria penting dalam pengujian sesuatu reka bentuk.

BAB 2
Kriteria pengujian reka bentuk

Andaian saintifik

Hipotesis terhadap
Keselamatan Sambungan
produk melibatkan
isu-isu pengendalian.
Sambungan dalam reka
Memastikan produk
bentuk adalah kukuh dan
yang dihasilkan selamat
tidak mudah tercabut
digunakan oleh pengguna. Bentuk keseluruhan atau patah.

Bentuk yang menarik


Kefahaman perhatian pengguna. Kesesuaian bahan

Reka bentuk yang Bahan yang digunakan


memudahkan Sistem mekanikal
sesuai dengan fungsi
pengendalian produk produk tersebut.
yang dihasilkan. Sistem mekanikal yang
kukuh dan berfungsi
dengan baik.
Fungsi Ergonomik

Reka bentuk yang Mesra alam


berfungsi dengan
Selesa untuk digunakan
baik dan mampu
Reka bentuk yang oleh pengguna.
menyelesaikan
masalah pengguna. dihasilkan adalah
mesra alam seperti
penggunaan bahan yang
boleh diperbaharui,
boleh dikitar semula dan
boleh dibiodegrasi.

Rajah 2.29 Kriteria dalam pengujian produk

63
Jenis pengujian
Terdapat tiga jenis pengujian reka bentuk iaitu:

Ujian parameter Ujian makmal Ujian berkomputer

Jadual 2.5 Jenis pengujian dan fungsinya

Jenis Pengujian Penerangan


BAB 2

Pengujian prototaip yang dibuat dalam suasana dan di tempat


Ujian parameter
yang sebenar bagi menentukan kefungsian serta penggunaannya.

Dibuat dalam keadaan terkawal. Contohnya unsur-unsur seperti


Ujian makmal daya, cahaya, suhu, angin dan kelajuan dapat dikawal melalui
penggunaan peralatan dalam makmal.

Menggunakan komputer untuk menjalankan simulasi dan analisis


Ujian berkomputer berpandukan kriteria yang diperlukan. Komputer akan diprogram
mengikut situasi yang dikehendaki.

Kriteria pengujian
Untuk menguji projek penghasilan kotak mainan ini, ujian parameter akan digunakan. Prototaip
yang telah dibina akan diuji mengikut kriteria berikut:
Jadual 2.6 Kriteria pengujian yang dilakukan pada produk

Bil Kriteria Penerangan


1 Manusia Lapik kusyen di bahagian kerusi bagi keselesaan kanak-kanak.
2 Fungsi
Dwifungsi
1. Sebagai kotak simpanan permainan.
2. Sebagai kereta sorong kanak-kanak.
Tayar yang lembut mengurangkan gegaran.

3 Kekuatan Binaan yang kukuh dengan teknik penyambungan yang baik dan penggunaan
bahan yang kuat.
4 Estetika Reka bentuk yang menarik.
5 Bahan Menggunakan bahan kitar semula.

64
2.3.9 Pendokumentasian

Pendokumentasian reka bentuk adalah sangat penting. Dengan pendokumentasian dan


persembahan yang baik, sesuatu idea reka bentuk itu lebih mudah diterima orang lain. Antara
tujuan pendokumentasian ialah untuk menyampaikan maklumat dan idea tentang reka bentuk
kepada pihak yang berkenaan. Pendokumentasian boleh dilakukan melalui lukisan persembahan
atau folio reka bentuk.
Lukisan persembahan boleh digambarkan dalam bentuk tiga dimensi. Lukisan ini boleh
dilukis menggunakan lukisan ismoteri, oblik dan perspektif.

BAB 2
Selain itu folio juga boleh digunakan untuk pendokumentasian. Folio merangkumi penerangan
dan persembahan setiap aspek dalam proses reka bentuk. Secara umumnya folio reka bentuk perlu
mempunyai perkara berikut:
1. Penerangan situasi dan masalah
2. Brif reka bentuk
3. Penerangan tentang maklumat yang telah dikumpul
4. Cadangan idea awalan
5. Pemilihan idea
6. Pengembangan idea
7. Penerangan idea penyelesaian dan perincian
8. Penyediaan lukisan kerja, lukisan persembahan, perspektif dan lain-lain
9. Pembinaan model
10. Pengujian dan laporan ujian

Ilustrasi 2.2 Contoh lukisan persembahan

Nilai Murni Info

Keindahan adalah ciri yang memberi kita rasa Lukisan persembahan boleh
senang bila melihatnya. Keindahan yang abadi ialah dilukis menggunakan teknik
hati yang tenang sentiasa mengingati penciptanya. pencahayaan dan bayang

65
2.4 Kelestarian Reka Bentuk

Dalam memenuhi perkembangan ekonomi yang semakin mendesak, pembangunan yang


tidak terancang boleh memberi impak negatif terhadap alam semula jadi. Reka bentuk lestari
dapat membantu mengimbangkan kesan ini. Ini kerana sesuatu reka bentuk yang lestari perlu
mengambil kira kesan terhadap ekonomi, sosial dan alam sekitar serta mengaplikasikan konsep-
konsep kelestarian seperti Closing the loop, More from less dan Efficient design. Dalam proses reka
bentuk yang lestari, penggunaan sumber-sumber yang boleh diperbaharui adalah penting selain
menghubungkait manusia dengan persekitaran semula jadi.
BAB 2

Proses reka bentuk lestari bukan satu proses yang berbeza dengan proses reka bentuk konvensional
tetapi merupakan penambahbaikan terhadap proses sedia ada dengan mengambil kira perkara yang
dibincangkan di atas. Rajah 2.29 menunjukkan ciri-ciri penting dalam reka bentu lestari.

Ciri-ciri reka bentuk lestari

• Menggunakan proses pembuatan yang menggunakan tenaga yang rendah


Cekap tenaga
• Penghasilan produk yang boleh dikendalikan dengan tenaga yang rendah

Bahan • Penggunaan bahan biodegradasi


• Pemilihan bahan yang tidak bertoksik dan boleh dikitar semula
berimpak
• Penggunaan bahan guna semula dalam proses pembuatan
rendah • Penggunaan bahan yang boleh diperbaharui dengan mudah

• Penghasilan produk yang tahan lama


Jangka hayat
• Produk direka bentuk untuk kegunaan ramai
yang panjang
• Kos penggunaan, pembaikan dan penyelenggaraan yang rendah

Proses • Proses pembuatan yang menghasilkan kadar sisa yang rendah


pembuatan yang • Menggunakan pekerja tempatan
optimum • Proses pembuatan yang cekap dan menjimatkan masa

• Penggunaan sistem pengangkutan yang cekap


Kecekapan
• Kaedah pembungkusan yang menjimatkan ruang
pengedaran
• Bahan pembungkusan yang boleh dikitar semula atau diguna semula

Rajah 2.30 Ciri-ciri reka bentuk lestari

66
Perbezaan reka bentuk lestari dan konvensional
Terdapat banyak perbezaan di antara produk yang dihasilkan melalui reka bentuk lestari dan reka
bentuk konvensional. Jadual 2.7 menunjukkan perbezaan di antara kedua-dua reka bentuk.
Jadual 2.7 Perbezaan antara reka bentuk lestari dan konvensional

Faktor Reka bentuk lestari Reka bentuk konvensional

Ekonomi • Kos penyelenggaraan rendah. • Keuntungan daripada hasil jualan


• Kos pembaikan yang rendah. produk menjadi tujuan utama.

BAB 2
• Meningkatkan daya tarikan kepada • Kos penggunaan yang lebih tinggi.
pengguna. • Kos sumber bahan mentah yang
• Kos pengeluaran yang rendah lebih tinggi.
melalui bahan kitar semula dan
guna semula.

Sosial • Meningkatkan kualiti kehidupan, • Menjejaskan kesihatan dalam


kesihatan dan kesejahteraan manusia. jangka masa panjang.
• Meningkatkan interaksi sosial. • Reka bentuk yang kurang
• Melegakan tekanan pada badan. mesra pengguna.
• Meningkatkan mutu kerja.

Alam sekitar • Membantu memelihara dan • Penggunaan bahan toksik adalah


memulihara alam sekitar. satu kebiasaan.
• Mengurangkan penggunaan sumber • Tidak mengambil kira kesan
semula jadi yang tidak boleh terhadap alam sekitar.
diperbaharui. • Penghasilan dan pemprosesan
• Mengekalkan ekosistem. sisa yang tidak dikawal.
• Meningkatkan kualiti udara dan air.
• Mengurangkan penghasilan sisa.

67
Proses reka bentuk lestari
Pada musim panas di sebuah kampung, suhu dalam rumah boleh mencecah 40oC. Seorang murid
mengambil inisiatif untuk mereka bentuk satu alat yang boleh menurunkan suhu dalam rumah.
Murid itu memulakan proses reka bentuk dengan membina carta alir. Rajah 3.30 menunjukkan carta
alir yang dibina oleh murid tersebut.

Mula

A
Situasi dan masalah
BAB 2

Situasi: Musim panas


Masalah: Bahagian dalam rumah Idea penyelesaian dan perincian
menjadi sangat panas
Idea reka bentuk diperincikan
supaya memenuhi elemen dan
Brif reka bentuk konsep kelestarian
Mereka bentuk satu
sistem aliran angin sejuk Membina model
ke dalam rumah tanpa
Sebuah prototaip dibina
menggunakan elektrik
menggunakan bahan terpakai
seperti botol plastik dan papan lapis
Pengumpulan maklumat (rujuk Ilustrasi 2.2)

Mengumpul maklumat melalui


kajian di Internet, majalah
Menguji reka bentuk
reka cipta dan buku-buku
kejuruteraan. Reka bentuk diuji dengan memasang
prototaip di tingkap sebuah rumah.
Suhu dalam rumah direkod sebelum
Idea awalan dan selepas ujian bermula.
Melakar tiga idea
reka bentuk
Pendokumentasian

Tamat

Pemilihan
idea
Tidak Simbol carta alir

Ya Mula proses dan akhir proses

Pengembangan idea Proses am


(tindakan/langkah dalam proses kerja)

Proses membuat keputusan


A Masukan dan keluaran

Rajah 2.31 Carta alir reka bentuk lestari Penyambung proses

68
Idea reka bentuk

Kadar aliran perlahan Kadar aliran meningkat

Udara panas
Udara sejuk
Udara panas

Aliran udara
dimampat
Botol plastik

BAB 2
Luar rumah Dalam rumah
Konsep
Hembus nafas dengan mulut terbuka ke tapak tangan.
Kemudian hembus semula dengan memuncungkan bibir.
Penyaman udara semulajadi berfungsi dengan cara yang
sama tetapi menggunakan botol plastik.

Rajah 2.32 Contoh reka bentuk penyaman udara semula jadi

Justifikasi pemilihan produk terhadap konsep kelestarian


Sebarang penghasilan produk seharusnya menepati ciri-ciri kelestarian. Produk yang lestari perlu
berkualiti, mempunyai ketahanan tinggi dan selamat digunakan. Dalam kehidupan hari ini yang sering
diancam dengan masalah penggunaan peralatan, pemakanan dan kesihatan, produk lestari wajar
menjadi pilihan. Jadual 2.8 menunjukkan justifikasi pemilihan produk terhadap konsep kelestarian.
Jadual 2.8 Justifikasi pemilihan produk terhadap konsep kelestarian

Konsep kelestarian Justifikasi pemilihan

Closing the loop • Menggunakan bahan guna semula.


• Kos penggunaan sifar hasil pengaliran udara panas
dan sejuk yang baik.

More from less • Lebih banyak produk dapat dihasilkan dengan kos
yang rendah.
• Ahli keluarga akan lebih selesa untuk berada di dalam
rumah. Lebih banyak masa diluangkan di rumah.
• Lebih banyak udara sejuk dapat dihasilkan melalui
udara panas.

Efficient design • Reka bentuk yang mudah dan tidak mencemarkan


alam sekitar.
• Reka bentuk mesra pengguna.

69
Rumusan

Reka Bentuk

Reka bentuk
Reka bentuk Carta alir proses Model reka
teknologi dan
lestari reka bentuk bentuk
kehidupan
BAB 2

Model berskala
Ciri-ciri lestari
Definisi dan tujuan Carta alir proses
dalam reka
reka bentuk reka bentuk Model berkomputer
bentuk produk
berdasarkan fungsi
setiap proses Prototaip
Beza produk mengikut urutan
Kesesuaian
penghasilan sebuah yang dihasilkan
produk berdasarkan melalui reka bentuk
konvensional dan Situasi dan Kriteria pengujian
faktor reka bentuk masalah bagi setiap model
reka bentuk lestari
reka bentuk

Manusia Brif reka bentuk


Justifikasi pemilihan
produk terhadap Bahan yang sesuai
Fungsi konsep kelestarian Sumbang saran dalam proses
dan pengumpulan penghasilan model
maklumat reka bentuk
Kekuatan
Lakaran awal
Estetika Membina model
reka bentuk yang
Lakaran idea awal lestari berdasarkan
Bahan carta alir proses
Mengembangkan reka bentuk
idea

Membangunkan
model

Menguji reka
bentuk

Pendokumentasian

70
Aktiviti

1. Anda telah mempelajari bab dua ini dengan sempurna. Lengkapkan Grid Refleksi
berikut dan masukkan ke dalam portfolio anda.

Apakah pengalaman saya semasa


mempelajari bab dua ini?

BAB 2
Bagaimanakah perasaan saya
terhadap bab dua ini? Mengapa?

Apakah yang telah saya pelajari


daripada bab dua ini?

Apakah komen saya mengenai


keseluruhan pelajaran bab dua ini?

2. Berdasarkan apa yang telah dipelajari, bina satu carta alir mengikut proses reka bentuk
untuk satu projek yang anda pilih.
3. Dalam kumpulan bincangkan bagaimana elemen dan konsep kelestarian dapat diterapkan
dalam reka bentuk kenderaan masa hadapan menggunakan rajah di bawah.

Ekonomi Sosial

Lestari

Alam sekitar

71
Latihan

1 Nyatakan:
(a) Tujuan reka bentuk
__________________________________________________________
BAB 2

(b) Kepentingan reka bentuk


__________________________________________________________

2 Senaraikan elemen sesebuah reka bentuk dan berikan contoh.

3 Senaraikan tiga faktor yang perlu diambil kira ketika mereka bentuk sesuatu produk?

4 Bincangkan perbezaan dan persamaan reka bentuk konvensional dan reka


bentuk lestari menggunakan carta di bawah.

5 Huraikan pendapat anda mengenai kelestarian reka bentuk produk untuk kegunaan
kita pada masa depan.

Bincangkan apakah yang akan terjadi sekiranya lukisan kerja tidak dibina dengan
6
betul dan tepat?

72
7 (a) Bina brif reka bentuk berdasarkan situasi dan masalah yang anda kenal pasti di
dalam kehidupan seharian pada ruang yang disediakan.

Situasi dan masalah Brif reka bentuk

Situasi:

Masalah:

BAB 2
(b) Lakarkan idea awalan reka bentuk berdasarkan brif di 7(a).

(c) Berdasarkan lakaran idea awalan buat perbandingan bagi setiap ciri di bawah.

Bil Faktor Idea 1 Idea 2

1 Manusia

2 Fungsi

3 Kekuatan

4 Estetika

5 Bahan

6 Closing the loop

7 More from less

8 Effcient design

73
BAB
SUMBER TENAGA
3
Standard Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran murid berupaya:

Menerangkan definisi tenaga dalam kehidupan.


Menyesuaikan kepentingan sumber tenaga dalam kehidupan.
Membezakan penghasilan tenaga elektrik yang menggunakan sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui menggunakan kaedah kemagnetan.
Mencerakinkan gambar rajah blok penghasilan tenaga elektrik daripada sumber tenaga lestari.
Menghuraikan kaedah penghasilan sumber tenaga elektrik daripada sumber tenaga lestari.
Membahaskan idea penghasilan tenaga elektrik daripada sumber tenaga lestari melalui tindak
balas kimia iaitu solar PV (Photo Voltaic).
Mencadangkan idea kaedah penghasilan tenaga elektrik lestari berdasarkan bentuk muka bumi
dan keadaan iklim di negara kita.
Menerangkan fungsi penjana.
Memaparkan prinsip asas kendalian penjana AT dan AU.
Mencerakinkan proses penghantaran dan pengagihan elektrik kepada pengguna domestik
dan industri.
Menentukan keutamaan penggunaan sistem 3 fasa dan 1 fasa bagi pengguna domestik dan
industri berdasarkan peraturan IEE.
Mengkategorikan komponen utama pendawaian mudah unit kawalan pengguna 1 fasa.
Memasang litar pendawaian mudah untuk satu unit kawalan pengguna 1 fasa berdasarkan
aspek litar dan kefungsian.
Mencadangkan idea untuk penggunaan aksesori elektrik yang lestari bagi pengguna domestik.
Memahami proses Memahami jenis
penghasilan, penghantaran dan dan sumber penghasilan
pengagihan tenaga elektrik tenaga elektrik
Pendahuluan

Keperluan terhadap tenaga dalam kehidupan manusia adalah sejajar dengan perkembangan
teknologi penciptaan pelbagai variasi peralatan dan perkakasan elektrik dan elektronik yang
berorientasikan inovasi dan futuristik. Fenomena ini bermatlamat membantu kehidupan
manusia supaya lebih selesa, praktikal dan efisien. Analoginya peralatan dan perkakasan
seperti telefon bimbit, komputer, tablet, televisyen, penyaman udara, peti sejuk, mesin basuh,
ketuhar gelombang mikro dan sebagainya memerlukan tenaga untuk berfungsi, di samping
meningkatkan kecekapan proses kerja dan masa.

Kebelakangan ini, peningkatan keperluan tenaga dalam kehidupan manusia mula memberi
kesan negatif terutama terhadap kekurangan sumber tenaga sedia ada. Peningkatan kos
penghasilan tenaga disebabkan kekurangan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui
BAB 3

seperti unsur mineral arang batu dan petroleum telah memberikan impak negatif terhadap
krisis ekonomi negara dan kehidupan manusia. Fenomena ini akan bertambah rumit jika
tidak ada kajian impak terhadap pencegahan awal dan kaedah penyelesaian masalah.

Oleh yang demikian, penelitian semula terhadap keperluan sumber tenaga baharu yang
boleh diperbaharui (renewable energy) penting sebagai sumber tenaga lestari bagi mengatasi
masalah keseimbangan perkembangan teknologi terhadap keperluan tenaga pada masa akan
datang. Malaysia khususnya mempunyai kemampuan dan kekuatan dari segi sumber tenaga
dan modal insan untuk  membangunkan sumber tenaga alternatif bagi menggantikan sumber
yang sedia ada. Pelbagai sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga angin, solar,
hidro dan juga biojisim boleh dimanfaatkan sebagai tenaga alternatif pada masa akan datang.

Kepelbagaian faktor terhadap pemilihan sumber tenaga yang boleh diperbaharui perlu dikaji
terutama dalam aspek kaedah penghasilan tenaga secara lestari, kesesuaian bentuk muka
bumi dan iklim semasa serta kesan pencemaran supaya kelestarian kehidupan manusia
terjamin pada masa akan datang.

Senaraikan tentang keperluan tenaga di dalam


kelas atau persekitaran anda dan bincangkan kesan
terhadap penggunaan berterusan tenaga tersebut.

76
3.1 Sumber Tenaga

3.1.1 Definisi tenaga dalam kehidupan

Tenaga boleh ditakrifkan sebagai keupayaan membuat kerja atau lebih mudah dikatakan sebagai
Definisiuntuk melakukan sesuatu kerja atau proses. Keperluan kepada tenaga
sesuatu yang diperlukan
penting untuk memastikan semua benda hidup boleh menjalankan proses kehidupan seperti
bergerak, bernafas dan tumbesaran. Di samping itu, tenaga diperlukan untuk menggerakkan,
memindahkan, memanaskan dan mencairkan benda bukan hidup yang kita temui dalam konsep
perubahan bentuk tenaga.

Benda hidup Benda bukan hidup


Membolehkan hidupan Tenaga Menyebabkan berlakunya aktiviti

BAB 3
menjalankan proses kehidupan diperlukan seperti pergerakan tempat, lantunan,
seperti bernafas, bergerak, untuk pemanasan dan pencairan sesuatu
tumbesaran dan berinteraksi. bahan (aktiviti peralatan dan mesin).

Rajah 3.1 Keperluan tenaga untuk benda hidup dan bukan hidup

Info

Unit ukuran tenaga dalam SI (International System Units) ialah Joule (J)
atau Newton-meter (Nm).

Teks tentang tenaga

77
Bentuk-bentuk tenaga
Tenaga terdapat dalam pelbagai bentuk. Kesemuanya mempunyai kepentingan dan definisi yang
tersendiri. Pemahaman bentuk tenaga dapat membantu kita mengenal pasti dengan lebih tepat
keperluan terhadap tenaga.

Bentuk-bentuk tenaga

Tenaga
Keupayaan
Tenaga Haba Tenaga Elektrik
BAB 3

Tenaga Bunyi Tenaga Tenaga Nuklear

Tenaga Kinetik Tenaga Mekanikal

Tenaga Kimia
Tenaga Cahaya

Rajah 3.2 Bentuk-bentuk tenaga

Info

Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi hanya boleh bertukar daripada satu bentuk
ke bentuk yang lain. Contoh:

Fotosintesis Dinamo Pembakaran lilin Loceng


Tenaga cahaya Tenaga mekanik Tenaga kimia Tenaga mekanik

Tenaga kimia Tenaga elektrik Tenaga haba Tenaga bunyi

78
3.1.2 Kepentingan sumber tenaga dalam kehidupan

Kepentingan sumber tenaga dalam kehidupan adalah untuk memastikan kelestarian


1 keseimbangan terhadap hidupan di muka bumi terus berlaku secara semula jadi.

Tenaga diperlukan untuk segenap aspek kehidupan manusia termasuklah peralatan


2 yang digunakan dalam rutin kerja harian manusia, perindustrian, pengangkutan,
pertanian, pencahayaan, aplikasi sistem yang canggih dan sebagainya.

Sebagai contoh, tenaga elektrik membolehkan peralatan seperti telefon bimbit, tablet
dan sebagainya berfungsi. Tenaga elektrik juga membolehkan kita memainkan muzik,

BAB 3
3 menayangkan gambar di televisyen, memasak makanan, menyejukkan suhu rumah dan
menggerakkan kenderaan.

Sektor industri dan pertanian juga turut memerlukan tenaga elektrik bagi menjalankan
4 aktiviti pengeluaran produk. Kebiasaanya, mesin yang digunakan memerlukan tenaga
elektrik yang tinggi.

Info

Info
3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5
6 6
7 7
2 2 8
2 2 8 1 ktoe = 11630 MWj
1 MWj = 1000 KWj
1993
1993 2013
2013
1 1
1 1

Total: Total: Total: Total:


60,642 ktoe
60,642 ktoe 98,315 ktoe
98,315 ktoe

Bincangkan mengenai
Perbezaan peningkatan keperluan terhadap penghasilan tenaga kepentingan dan kesan
pada tahun 1993 iaitu sebanyak 60,642 ktoe setahun berbanding penggunaan tenaga dalam
tahun 2013 iaitu sebanyak 98,315 ktoe setahun. kehidupan seharian kita.
Sumber: Suruhanjaya Tenaga Energy Handbook 2015.

79
Sumber tenaga
Terdapat dua jenis sumber tenaga iaitu sumber tenaga tidak boleh diperbaharui dan sumber
tenaga boleh diperbaharui. Jadual 3.1 menunjukkan perbezaan antara sumber tenaga yang boleh
diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui.
Jadual 3.1 Perbezaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui

Sumber Tenaga
Sumber tenaga tidak boleh Sumber tenaga boleh
Aspek diperbaharui diperbaharui

1. Maklumat Tenaga yang dihasilkan melalui Tenaga yang dihasilkan melalui


sumber yang terhad. sumber-sumber yang boleh
diperbaharui sentiasa.
2. Contoh sumber tenaga Petroleum (minyak), gas asli, tenaga Cahaya matahari, hidro (air),  angin,
nuklear dan arang batu. ombak, geotermal dan biojisim.

3. Kesan berdasarkan: • Kebergantungan terhadap • Penggunaan sumber tenaga ini


sumber tenaga yang tidak boleh terbukti lebih cekap kerana boleh
BAB 3

(a) Ekonomi
diperbaharui akan memberikan menjana tenaga dalam pelbagai
kesan yang negatif terhadap keadaan dengan kos murah,
ekonomi negara. selamat dan mesra pengguna.
• Permintaan bahan api yang • Ini dapat dibuktikan melalui
tinggi terutamanya daripada pengalaman dan amalan
penggunaan kenderaan bermotor di negara maju yang telah
mengakibatkan kos perbelanjaan membangunkan industri ini
negara meningkat. sejak sekian lama.

(b) Sosial • Impak terhadap peningkatan • Meningkatkan kualiti hidup


masalah sosial berkait rapat untuk kehidupan manusia dan
dengan penurunan tahap biodiversiti umumnya.
ekonomi negara. • Aktiviti sosial dapat dijalankan
• Apabila sumber tenaga ini dengan lebih sihat dan
berkurangan dan hampir terancang disebabkan kesan
kehabisan menyebabkan alam sekitar yang bersih dan
kekurangan peluang pekerjaan tidak tercemar.
disebabkan industri ini tidak
dapat berkembang atau beroperasi.

(c) Alam Sekitar • Kenaikan suhu dunia ini berkait • Penggunaan sumber tenaga ini
rapat dengan aktiviti manusia yang dapat membantu memulihara
mengganggu keseimbangan sistem dan meminimumkan kesan
bumi khususnya sistem atmosfera. buruk kepada alam sekitar.
• Antaranya adalah dengan • Dapat meningkatkan dan
penggunaan bahan api petrol pada melindungi ekosistem dan
kenderaan akan menyebabkan kepelbagaian hidup.
pencemaran alam sekitar.
• Meningkatkan kualiti udara
dan air.

80
Keperluan sumber tenaga yang boleh diperbaharui
Kenapa perlunya kepada sumber tenaga yang boleh diperbaharui dalam penjanaan tenaga elektrik?
Apa manfaatnya penggunaan sumber tenaga yang boleh di perbaharui dalam penjanaan tenaga
elektrik? Apakah masih ada implikasi negatif dengan menjadikan penggunaan sumber tenaga yang
boleh diperbaharui sebagai sumber utama penjanaan elektrik?

Mengurangkan Menjimatkan
pencemaran kos

Kenapa
perlunya kepada
tenaga yang boleh
diperbaharui

BAB 3
Sumber Mengelakkan
sedia ada pembaziran

Rajah 3.3 Keperluan terhadap tenaga yang boleh diperbaharui

Info

Sebagai langkah awal untuk memastikan kelestarian kehidupan,


kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan positif bagi mengatasi
masalah global yang berpunca daripada kelemahan penggunaan
sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Menurut artikel Laman web KeTTHA
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam portal tentang TBB
Tenaga Boleh Baharu (TBB), kerajaan telah merangka pelbagai
program selaras dengan matlamat Rangka Rancangan Jangka
Panjang Ketiga (RRJP3) – (2001-2010) dan RMK8 (2001-2005)
untuk menggalakkan dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga
yang boleh diperbaharui. Malah sejak tahun 2001 kerajaan Malaysia
telah melaksanakan Program Pembangunan Jana kuasa Kecil Tenaga
yang Boleh Diperbaharui (Small Renewable Energy Programme - SREP).

Benarkah penjanaan tenaga boleh diperbaharui dapat mengelakkan


pencemaran dan gangguan ekosistem kehidupan secara menyeluruh?
Sediakan satu penilaian dengan menyenaraikan dan membincangkan
secara terperinci keberkesanan penggunaan sumber tenaga boleh
diperbaharui seperti stesen jana kuasa elektrik hidro yang melibatkan
pembinaan empangan bagi membuat penilaian yang lebih terperinci.

81
Penghasilan tenaga elektrik yang menggunakan sumber
3.1.3 tenaga yang tidak boleh diperbaharui menggunakan
kaedah kemagnetan
Sebelum adanya keperluan terhadap sumber tenaga yang boleh diperbaharui, kebanyakan penjanaan
tenaga elektrik bergantung kepada sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Berikut ialah jenis
dan penerangan berkenaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

Sumber gas asli adalah salah satu contoh bahan api


fosil yang memerlukan masa yang sangat panjang
untuk menghasilkannya. Gas asli ini mempunyai
Gas Asli
takat didih yang rendah. Lebih kurang 90% gas
asli ini ialah metana, manakala 10% lagi terdiri
daripada etana, butana dan juga propana.

• Merupakan sejenis pepejal hitam semula jadi


yang digunakan sebagai bahan bakar. Arang
BAB 3

batu ialah satu bahan yang mengandungi


Arang batu karbon yang tinggi berserta hidrogen, oksigen,
nitrogen dan sulfur.
• Penggunaan bahan ini agak meluas sebagai
sumber penjanaan tenaga elektrik.

Merupakan sejenis sebatian hidrokarbon


cecair yang berwarna gelap dan pekat yang
biasanya didapati di bahagian atas kerak bumi.
Petroleum
Petroleum terdiri daripada campuran pelbagai
hidrokarbon seperti petrol, diesel, kerosin,
minyak pelincir dan bitumen.

Bahan ini ialah unsur logam radioaktif yang


berwarna kelabu keperakan. Kendalian terhadap
Nuklear bahan memerlukan ciri keselamatan yang tinggi
memandangkan kesan radioaktif yang sangat
berbahaya kepada manusia.

Rajah 3.4 Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui

Info

Kaedah lain yang hampir sama tetapi dianggap selamat adalah dengan
belahan atom kecil seperti hidrogen atau deuterium (hidrogen berat).
Penghasilan gas hidrogen ini boleh diperoleh daripada air laut.

82
Stesen jana kuasa turbin stim
Stesen jana kuasa elektrik yang menggunakan turbin stim dibahagi kepada dua jenis:
• Stesen jana kuasa termal
• Stesen jana kuasa nuklear
Stesen jana kuasa tersebut menggunakan kaedah kemagnetan iaitu menggunakan turbin untuk
memutarkan penjana bagi menghasilkan tenaga elektrik melalui aruhan kemagnetan. Stesen
jana kuasa ini menggunakan gas asli, petroleum, arang batu dan nuklear sebagai bahan api untuk
memanaskan air bagi menghasilkan stim bertekanan tinggi.

Stesen jana kuasa termal


Stesen jana kuasa termal menggunakan gas asli, petroleum dan arang batu sebagai sumber bahan api
untuk memanaskan air. Rajah 3.5 menunjukkan sistem stesen jana kuasa termal.
Dandang

Stim bertekanan tinggi

Tangki
simpanan air

BAB 3
Tenaga elektrik
Tenaga haba
- dihasilkan
melalui Turbin stim
pembakaran Gas asli
Penjana
bahan api.
Petroleum Tenaga mekanikal Stim bertekanan rendah
Arang batu
Pemeluwapan Menara
penyejuk

Arah aliran air Pam


Imbas di sini
Rajah 3.5 Sistem stesen jana kuasa termal Augmented Reality

Stesen jana kuasa nuklear


Selain daripada gas asli, pertoleum dan arang batu tenaga nuklear juga digunakan sebagai sumber
bahan untuk menjana elektrik. Buat masa kini, negara kita belum lagi mengaplikasikan loji ini.
Stesen jana kuasa ini sangat kompleks dalam pengoperasiannya. Penjanaan tenaga elektrik berlaku
apabila bahan radio aktif bertindak balas di dalam reaktor nuklear. Rajah 3.6 menunjukkan gambar
rajah blok stesen jana kuasa nuklear.
Tenaga
Tenaga
mekanik
elektrik
Bahan-bahan Pembelahan Pemanasan
Stim
nukleus atom dandang

Penjana
a.u/a.t

Rajah 3.6 Gambar rajah blok stesen jana kuasa nuklear

83
BAB 3

Rajah 3.7 Stesen jana kuasa nuklear

Proses pembelahan atom


Bahan radioaktif juga digunakan sebagai bahan pemanasan air di dalam dandang stesen jana kuasa
nuklear. Ia adalah unsur logam radioaktif dan merupakan salah satu daripada unsur atom.
Pembelahan atom menghasilkan tenaga haba yang sangat tinggi. Di stesen jana kuasa nuklear,
haba yang terhasil daripada proses pembelahan atom ini digunakan untuk memanaskan air di dalam
dandang. Air akan bertukar menjadi stim dan seterusnya memutarkan aci turbin yang digandingkan
dengan penjana bagi menghasilkan tenaga elektrik. Contoh bahan utama untuk mendapatkan
tenaga nuklear ialah uranium 235, uranium 238, barium dan kripton.

Penyederhana grafit Radikal bebas

Neutron
perlahan Radikal bebas

Neutron
perlahan
Neutron U-235 Ke U-238 yang
laju U-235 ditukar ke plutonium

Rajah 3.8 Rantaian letupan nuklear dan kawalannya Video tenaga nuklear

84
Kendalian ringkas sistem jana kuasa turbin stim

• Air disimpan di dalam tangki simpanan.


• Air tersebut disalurkan ke dalam dandang.
• Air di dalam dandang akan dipanaskan menggunakan gas asli, petroleum, arang batu
atau nuklear.
• Stim bertekanan tinggi akan terhasil.
• Stim bertekanan disalurkan ke turbin stim.
• Turbin stim digandingkan dengan penjana.
• Turbin stim akan berputar dan menghasilkan tenaga mekanik lalu memutarkan penjana.
• Tenaga mekanik ditukarkan kepada tenaga elektrik di dalam penjana.
• Stim bertekanan rendah di dalam turbin disalur ke pemeluwap.
• Stim tersebut akan disejukkan dan ditukar menjadi air.
• Air tersebut dipam dan disalurkan kembali ke dalam dandang.

BAB 3
Catatan penting

Proses ini perlu berterusan untuk menghasilkan tenaga elektrik yang stabil.

Info

Kebanyakan stesen penjanaan tenaga elektrik menggunakan kaedah


kemagnetan iaitu menggunakan sistem turbin untuk memutarkan penjana
yang menghasilkan tenaga melalui aruhan kemagnetan. Video cara turbin gas berfungsi

Info

Ciri-ciri sistem jana kuasa elektrik yang menggunakan turbin stim:


1. Menggunakan stim panas lampau yang mempunyai tekanan dan halaju yang tinggi untuk menggerakkan
turbin stim.
2. Stim dihasilkan oleh haba yang dijanakan dalam sebuah dandang yang kebanyakannya menggunakan bahan
api seperti arang batu, petroleum, gas asli dan nuklear.
3. Kesemua stesen jana kuasa elektrik yang menggunakan sistem turbin stim ini juga dikenal sebagai stesen
jana kuasa terma.
4. Satu ciri biasa proses terma ialah keperluan terhadap mengkondensikan stim yang telah digunakan kepada
bentuk cecair semula untuk disalur semula ke dandang dan pembuangan haba yang berlebihan pada sistem
yang berkaitan.
5. Keperluan terhadap sumber air sejuk seperti air sungai atau kolam tadahan air yang besar menjadi
keutamaan dalam pembinaan stesen jana kuasa terma ini.

85
3.1.4 Penghasilan tenaga elektrik daripada sumber tenaga lestari

Teknologi penghasilan tenaga daripada sumber tenaga lestari telah banyak diterokai oleh kebanyakan
negara berdasarkan kemampuan, kepakaran dan kewangan yang dimiliki. Terdapat beberapa sumber
tenaga lestari yang boleh diaplikasi seperti air, suria, angin, ombak dan biojisim.

1 Hidro

• Air dianggap sebagai salah satu daripada sumber tenaga yang boleh diperbaharui kerana tenaga
ini bergantung kepada aliran air daripada simpanan atau empangan air.
• Stesen jana kuasa hidroelektrik ini lebih praktikal jika kedudukan empangan air ini terletak di
kawasan yang lebih tinggi dan luas kerana stesen ini memerlukan tekanan air yang tinggi untuk
memutarkan turbin bagi penghasilan tenaga elektrik.
BAB 3

10

2
1

Paras air tinggi 11

Paras air rendah 4 8 7

3 5

12
6
9

1 Empangan 6 Turbin 11 Alur limpah


2 Takungan air 7 Rumah penjana 12 Syaf pusuan
3 Salur masuk 8 Pengubah
4 Pintu kawalan 9 Larian ekor
5 Empis air 10 Talian kuasa

Rajah 3.9 Stesen jana kuasa hidroelektrik

86
Gambar rajah blok

Air di dalam empangan


1 Tenaga Keupayaan mewujudkan tenaga
keupayaan yang besar.

Aliran air bertekanan tinggi


2 Tenaga Kinetik
di dalam empis air.

Aliran air bertekanan tinggi


3 Tenaga Mekanik
memutarkan turbin.

Penjana menghasilkan
4 Tenaga Elektrik
tenaga elektrik.

BAB 3
Kaedah Penghasilan Tenaga Elektrik Hidro
• Air disimpan di dalam empangan air mewujudkan tenaga keupayaaan.
• Aliran air bertekanan tinggi di dalam empis air akan menghasilkan tenaga kinetik.
• Apabila air bertekanan tinggi disalurkan ke aci turbin penjana, perubahan tenaga
berlaku dan menghasilkan tenaga mekanikal apabila turbin penjana berputar.
• Aci turbin dan aci penjana digandingkan bagi menukarkan tenaga mekanikal ke tenaga
elektrik melalui kaedah penghasilan tenaga elektrik melalui aruhan kemagnetan.
• Sistem penghasilan tenaga elektrik melalui kaedah ini dikenali sebagai hidroelektrik.

Faktor yang perlu diambil kira dalam pembinaan stesen jana kuasa hidroelektrik
• Kadar aliran yang cukup kuat untuk memutarkan turbin.
• Jarak yang sesuai antara permukaan air dan jarak tegak turbin.
• Ketika turbin dihentikan, kederasan dan tekanan air di empis air dikawal oleh syaf pusuan.
• Untuk mengelakkan banjir, paras air dalam takungan perlu dikawal oleh alur limpah.
• Saluran air keluar dari turbin dan disalur semula ke tasik atau sungai.

Info

• Terdapat dua jenis sistem turbin untuk sistem ini iaitu turbin
‘impluse’ digunakan untuk tekanan air tinggi dan turbin
‘reaction’ digunakan untuk tekanan air rendah.
• Kapasiti tenaga elektrik yang dihasilkan hampir sama
Video stesen jana
dengan stesen jana kuasa yang menggunakan turbin stim.
kuasa hidroelektrik

87
2 Angin

• Tenaga angin adalah antara salah satu tenaga yang boleh diperbaharui yang digunakan sebagai
penjana tenaga elektrik.
• Stesen jana kuasa angin juga dikenali sebagai ladang angin (wind farm) kerana dibina di kawasan
yang luas dan dalam kuantiti yang banyak.
• Stesen jana kuasa angin biasanya terletak di kawasan tanah tinggi yang terdedah pada pengaliran
angin yang malar. Kebiasaannya, kelajuan pengaliran angin yang diperlukan di antara 80 hingga
100 m/s dan kelajuan putaran turbin antara 15 hingga 20 rpm.
• Setiap jenis dan spesifikasi stesen jana kuasa ini bergantung kepada jumlah keperluan tenaga
elektrik yang diperlukan dan keadaan bentuk muka bumi yang sesuai.
BAB 3

Arah angin

Pengubah
Kincir angin

Grid kuasa

Arah angin

Pemacu kotak gear

Bateri

Sistem kawalan
Aci utama

Brek

Bilah

Penjana

Video cara turbin


Rajah 3.10 Stesen jana kuasa elektrik angin angin berfungsi

88
Gambar rajah blok

Kuasa aliran angin


1 Tenaga Angin
memutarkan bilah.

Putaran aci utama


2 Tenaga Mekanik
memutarkan turbin.

Penjana menghasilkan
3 Tenaga Elektrik
tenaga elektrik.

Kaedah Penghasilan Tenaga Elektrik Angin

BAB 3
• Aliran tenaga angin akan memutarkan bilah-bilah aerodinamik yang bersambung
kepada kotak gear dan aci utama turbin.
• Terdapat sistem brek yang berfungsi mengawal kelajuan putaran turbin atau dikenali
sebagai pengawal (controller).
• Sistem ini kemudiannya bersambung dengan penjana yang berfungsi sebagai peranti
yang menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik.
• Tenaga elektrik ini disimpan terlebih dahulu dalam bateri simpanan bertujuan untuk
menyimpan dan menstabilkan voltan keluaran tenaga elektrik.
• Penyongsang (inverter) digunakan untuk menukar bentuk gelombang arus terus (direct
current) kepada gelombang arus ulang-alik (alternating current) bagi kegunaan tenaga
elektrik domestik atau industri.

Info

• Terdapat dua jenis turbin angin iaitu turbin paksi menegak Brek
Aci utama
(vertical axis wind turbine - VAWT ) dan turbin paksi mendatar
Penjana
(horizontal axis wind turbine - HAWT ) tetapi konsep penghasilan Hab
Kotak gear
tenaga masih sama iaitu putaran turbin akan menyebabkan
pertukaran tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik dengan
menggunakan kaedah kesan aruhan kemagnetan.
• Terdapat sedikit perbezaan pada sistem jana kuasa angin dan
jana kuasa lain iaitu kotak gear yang boleh mengubah kelajuan
putaran aci turbin daripada 20 rpm ke 1500 rpm pada Aci kelajuan tinggi
Bilah Perumah
penjana. Hal ini menjadikan kecekapan pengeluaran tenaga
elektrik meningkat.
• Selain itu, sistem brek juga digunakan sebagai mekanisma Menara

yang mengawal kelajuan putaran aci turbin. Unit bagi kuasa Sistem jana kuasa angin paksi mendatar
angin diukur dengan unit kuasa angin (WPU) atau pengubah
tenaga angin (WEC).

89
3 Suria

• Tenaga suria lebih sinonim kepada sistem solar photo voltaic (PV).
• Sistem ini menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga untuk menjana tenaga elektrik.
• Sebagaimana stesen jana kuasa angin, stesen jana kuasa solar PV juga memerlukan kawasan yang
luas untuk menempatkan panel solar PV.
• Antara kelebihan sistem solar PV ini ialah tiada sebarang pencemaran alam sekitar seperti
pencemaran bunyi, radioaktif dan sisa buangan pepejal.
• Malah kos kendalian dan keperluan servis juga rendah serta mempunyai jangka hayat penggunaan
yang panjang iaitu boleh mencapai sehingga 30 tahun.

Sambungan AT
Sambungan AU
BAB 3

Beban arus ulang-alik

Panel solar PV

Papan suis
Pengawal beban

Penyongsang AT/AU

Beban arus ulang-alik


Sistem penyimpan

Video sistem solar PV

Rajah 3.11 Sistem solar photo voltaic (PV)

90
Gambar rajah blok

Pancaran sinaran matahari


1 Tenaga Cahaya ke permukaan panel solar PV
(photo voltaic) yang terdedah.

2 Tenaga Elektrik Panel solar PV menghasilkan cas


elektrik melalui tindak balas kimia.

Kaedah Penghasilan Tenaga Elektrik Solar PV

• Tidak memerlukan sebarang turbin untuk menjana elektrik. Sistem ini menggunakan
kaedah tindak balas kimia daripada bahan separuh pengalir.

BAB 3
• Apabila cahaya dipancarkan pada permukaan panel solar PV, tenaga cahaya akan
ditukarkan kepada tenaga elektrik dalam bentuk aliran arus terus.
• Aliran arus dikawal oleh pengawal cas (charge controller) yang berfungsi mengawal cas
yang masuk ke bateri simpanan tenaga.
• Bateri simpanan tenaga (battery bank) berfungsi sebagai penyimpan dan pembekal
tenaga elektrik arus terus.
• Penyongsang (inverter) menukar gelombang arus terus (direct current) kepada gelombang
arus ulang-alik (alternating current) bagi kegunaan tenaga elektrik domestik.

Foto 3.1 Ladang solar PV yang mempunyai sistem penjejak suria yang boleh bergerak secara automatik
di Sepang, Selangor

Info

• Jumlah penghasilan sumber arus elektrik bergantung kepada jumlah cahaya yang diterima.
• Sistem solar PV juga mempunyai beberapa komponen utama dalam melengkapkan sistem penjanaan elektrik
seperti bateri simpanan tenaga (battery bank), pengawal cas (charge controller) dan penyongsang (inverter).

91
4 Ombak

• Ombak adalah salah satu proses alam semula jadi. Sumber tenaga ombak di seluruh dunia
dianggarkan lebih daripada 2 Tera Watt (TW).
• Lokasi yang berpotensi untuk mendapatkan tenaga ombak adalah di pesisir pantai sepanjang
pantai timur Semenanjung Malaysia kerana tiupan angin yang kuat daripada Laut China Selatan.
• Dianggarkan hanya 10 peratus hingga 15 peratus sahaja tenaga ombak yang dapat digunakan
secara maksimum melalui teknologi semasa.
• Stesen jana kuasa tenaga ombak juga berpotensi memberikan kesan negatif kepada alam sekitar
seperti pencemaran bunyi. Walau bagaimanapun, ia masih dalam kajian disebabkan oleh
kepelbagaian reka bentuk peranti penangkap tenaga ombak.
• Teknologi tenaga ombak ini masih di peringkat awal kerana, hanya beberapa negara yang
menggunakan teknologi ini. Antaranya di Brazil iaitu di Pelabuhan Pecem, San Goncalo do
Amarante, Ceara.
BAB 3

Poin penyerap Penyerap linear


Sambungan
Boya Ayunan
Ram Hidraulik
Rambatan
gelombang

Pam dan
penjana
Plat balast Laut
dan sauh Pemberat
kekal
Dasar laut

Rajah 3.12 Penghasilan tenaga dengan ombak

Terdapat pelbagai jenis peranti pengesan gelombang ombak


yang lazimnya dikategorikan mengikut kaedah penghasilan
tenaga elektrik daripada tenaga ombak. Boya atau penyerap
ialah peranti yang digunakan untuk menangkap tenaga
ombak. Terdapat tiga jenis boya atau penyerap iaitu jenis
attenuator, terminator dan overtopping. Attenuator ialah
boya atau penyerap yang selari dengan arah perambatan
gelombang. Penyerap gelombang ombak jenis terminator
pula berserenjang dengan arah perambatan ombak manakala
jenis ketiga iaitu overtopping mengikut kolum air berayun. Boya
Reka bentuk dan sistem stesen jana kuasa ombak pula terdiri
daripada pelbagai sistem seperti ram hidraulik, pam hos
elastomer, pam ke pantai, turbin elektrik hidro, turbin udara
dan penjana elektrik linear.
Rajah 3.13 Stesen jana kuasa elektrik ombak

92
Gambar rajah blok

Gerakan ombak air


1 Tenaga Kinetik
menggerakkan boya.

Gerakan rak mekanikal


2 Tenaga Mekanik
mengepam udara.

Menghasilkan udara
3 Tenaga Pneumatik
bertekanan tinggi.

Aliran udara bertekanan


4 Tenaga Mekanik
tinggi memutarkan turbin.

BAB 3
Penjana menghasilkan
5 Tenaga Elektrik
tenaga elektrik.

Kaedah Penghasilan Tenaga Elektrik Melalui Tenaga Ombak

• Boya atau pelampung yang berfungsi sebagai penyerap ialah peranti yang digunakan
untuk mengesan pergerakan ombak dan menangkap tenaga ombak. Pelbagai jenis peranti
pengesan biasanya dikategorikan mengikut kaedah yang digunakan untuk menghasilkan
tenaga elektrik daripada tenaga ombak.
• Gerakan boya yang disebabkan oleh tenaga kinetik yang terhasil daripada gerakan ombak
air akan menyebabkan penghasilan tenaga mekanikal pada rak mekanikal.
• Gerakan pada rak mekanikal disambungkan pada penjana tenaga pneumatik yang
menghasilkan tekanan udara tinggi.
• Tekanan udara tinggi disalurkan melalui turbin dan memutarkan turbin yang disambung
pada penjana.
• Penjana menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik.

Info Info

Universiti Malaysia Kebanyakan sistem jana kuasa ombak


Terengganu (UMT) telah hampir sama, yang membezakannya ialah
berjaya menghasilkan sebuah bentuk boya atau penyerap yang digunakan
prototaip jana kuasa elektrik sebagai penangkap tenaga ombak. Masih
tenaga ombak hasil daripada banyak kajian sedang dijalankan mengenai Video jana kuasa tenaga
kajian yang dijalankan selama sistem ini dan kebanyakannya masih di ombak di Denmark
beberapa tahun. peringkat cadangan.

93
5 Biojisim

• Biojisim ialah satu kaedah memproses bahan buangan sisa pepejal pertanian dan industri melalui
proses pembakaran.
• Selain daripada abu sampah yang telah dibakar ia dikitar semula untuk dijadikan pelbagai produk
pengguna serta teknologi biojisim ini juga dapat menjana tenaga elektrik.
• Biojisim boleh dikategorikan sebagai tenaga yang boleh diperbaharui kerana bahan buangan
daripada aktiviti pertanian seperti pokok dan tanaman ladang sentiasa dihasilkan.
• Sebagai contoh, sebelum proses penanaman semula ladang kelapa sawit atau getah dijalankan,
pokok yang sedia ada perlu ditebang dan kawasan ladang perlu dibersihkan dahulu. Bahan
buangan seperti inilah yang digunakan untuk teknologi biojisim.
• Beberapa contoh bahan bakar biojisim yang lain adalah seperti kayu, tanaman, baja dan bahan
buangan pepejal sampah.

Air
dari tangki
BAB 3

Dandang

Grid nasional
Penjana

Pengubah

Pam

Ilustrasi 3.14 Sistem jana kuasa elektrik biojisim

Dandang

Tangki
simpanan air
Tenaga elektrik
Tenaga haba

Turbin stim Penjana


Tenaga mekanikal

Pemeluwapan Menara
penyejuk

Arah aliran air


Pam
Rajah 3.15 Sistem jana kuasa elektrik biojisim

94
Gambar rajah blok

Pembakaran dandang bagi


1 Tenaga Haba
memanaskan air.

Air bertukar kepada stim


2 Tenaga Kinetik
bertekanan dan halaju tinggi.

3 Tenaga Mekanik Aliran stim bertekanan tinggi


akan memutarkan turbin.

4 Tenaga Elektrik Penjana menghasilkan


tenaga elektrik.

BAB 3
Kaedah Penghasilan Tenaga Elektrik Melalui Biojisim

• Penghasilan tenaga elektrik melalui teknologi biojisim ini adalah sama dengan sistem jana
kuasa elektrik terma yang menggunakan turbin stim.
• Bahan buangan sisa pepejal pertanian dan perindustrian melalui proses pembakaran pada
dandang untuk menghasilkan stim tekanan tinggi. Hal ini menyebabkan perubahan bentuk
tenaga haba kepada tenaga kinetik.
• Turbin stim berputar apabila stim bertekanan tinggi dikenakan ke atas turbin.
• Sistem turbin yang disambung ke penjana akan menukarkan tenaga mekanikal ke tenaga
elektrik melalui kaedah penghasilan tenaga elektrik melalui aruhan kemagnetan.

Sisa pertanian Info

• Biojisim juga dikenali sebagai WtE


Sisa (waste to energy ).
perhutanan Kumbahan
• Perbezaan utama penghasilan tenaga
elektrik untuk teknologi biojisim ini ialah
bahan bakar yang digunakan untuk
sumber menghasilkan stim. Bahan bakar yang
biojisim digunakan ialah sisa buangan pepejal
pertanian dan industri.

Sisa Sisa bahan


industri pepejal

Sisa haiwan
Video stesen jana
kuasa biojisim
Rajah 3.16 Bahan buangan pepejal dan industri

95
Penghasilan tenaga elektrik daripada sumber tenaga lestari
3.1.5
melalui tindak balas kimia iaitu solar PV (Photo Voltaic)

• Pemahaman mengenai penghasilan tenaga


elektrik daripada sumber tenaga lestari Panel solar PV
melalui tindak balas kimia iaitu solar PV
(Photo Voltaic) perlu bermula daripada asas
bahan binaan utama panel solar PV.
• Bahan utama dalam binaan asas PV
ialah hablur silikon. Silikon adalah salah
satu bahan separa pengalir utama yang
Penyongsang
digunakan oleh kilang pengeluar pada
papan panel PV.
• Walau bagaimanapun, sebenarnya bahan
separuh pengalir seperti silikon ini tidak
mempunyai keistimewaan jika ia dalam 6A 6A 20A 20A
BAB 3

63A ON 40A ON ON ON ON ON
SUIS

keadaan separuh pengalir tulen atau lebih


100mA
UTAMA RCCB MCB MCB MCB MCB

dikenali sebagai separuh pengalir intrinsik. N E

• Bagi menjadikan bahan separuh pengalir Kotak fius Soket elektrik


ini mempunyai keistimewaan seperti
menjadikannya sebagai lapisan sel solar Rajah 3.17 Sistem solar PV
PV, bahan ini perlu melalui proses yang
dinamakan serapan (doping) iaitu dengan mencampurkan bendasing atau bahan asing yang lain
untuk menjadikan separuh pengalir ini sebagai separuh pengalir ektrinsik.
• Separuh pengalir ekstrinsik ini boleh menghasilkan dua jenis bahan iaitu jenis P dan jenis N.

Kendalian solar PV
• Bermula dengan pancaran cahaya matahari yang dipancarkan ke atas panel solar PV.
• Cahaya matahari mengandungi foton atau zarah cahaya yang akan mengalami beberapa
keadaan seperti pantulan semula, terus menembusi panel solar PV atau diserap oleh lapisan
sel solar PV.
• Bagi foton yang diserap oleh bahan separuh pengalir jenis N dan jenis P, elektron bebas akan
dipaksa keluar ke permukaan meninggalkan ikatan kovalen secara semula jadi. Elektron
yang terbebas keluar ini akan mengalir melalui pengalir.
• Lapisan bahan akan membentuk lubang dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan
cas antara sel-sel solar PV.
• Keadaan ini menghasilkan beza upaya voltan (potential votage) sama seperti membentuk
terminal positif dan terminal negatif sebuah sel bateri yang akan berfungsi jika disambung
kepada beban (load).
• Unit pengukuran adalah dalam voltan elektron (volt electron) atau eV. Pergerakan elektron
di litar beban pula dipanggil arus elektrik.

96
3.1.6
Idea kaedah penghasilan tenaga elektrik lestari berdasarkan
bentuk muka bumi dan keadaan iklim di Malaysia

• Malaysia ialah sebuah negara yang sangat unik, menarik dan kaya dengan kepelbagaian
hidupan flora dan fauna.
• Faktor kepelbagaian bentuk muka bumi dan iklim khatulistiwa menjadikan Malaysia sangat
sesuai dalam penghasilan tenaga elektrik lestari.
• Pengkajian terhadap faktor berikut sangat penting dalam pemilihan kaedah penghasilan
tenaga elektrik lestari yang sesuai.
• Di samping itu, penghasilan tenaga elektrik lestari dapat mengurangkan risiko terhadap
pencemaran alam sekitar dan kebergantungan terhadap sumber tenaga fosil yang memberikan
impak negatif pada kehidupan manusia pada masa akan datang.

BAB 3
Angin

Solar

Hidro
Biojisim

Ombak

Imbas di sini
Augmented Reality

Rajah 3.18 Penghasilan tenaga elektrik lestari yang tidak mencemarkan alam sekitar

Cadangan penjanaan tenaga elektrik lestari


• Pemahaman terhadap bentuk muka bumi dan iklim di negara kita sangat penting dalam pemilihan
sumber tenaga elektrik lestari.
• Maklumat mengenai kedua-dua faktor ini dapat membantu kita mendapatkan idea untuk
mencadangkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan sumber tenaga elektrik lestari.
• Terdapat beberapa cadangan idea kaedah untuk menghasilkan tenaga elektrik lestari.

97
Jadual 3.2 Cadangan stesen jana kuasa elektrik yang menggunakan sumber lestari.

Faktor yang mempengaruhi Stesen Jana kuasa


Bil. Tenaga yang Boleh Contoh Lokasi
Bentuk Diperbaharui
Iklim
Muka Bumi

Empangan Kenyir,
Empangan Pergau,
Empangan Temenggor,
Panas lembap dan Stesen Empangan Bersia,
taburan hujan jana kuasa Empangan Kenering,
yang banyak hidroelektrik Empangan Sungai Piah
Hulu, Empangan Sungai
Piah Hilir, Empangan
Bakun dan lain-lain.
1. Tanah tinggi Tiupan angin monsun
timur laut, angin monsun
barat daya dan angin
Sumatera. Semuanya
BAB 3

Bergantung
Stesen mengikut tempoh
kepada kelajuan
jana kuasa angin tertentu. Stesen Jana
angin malar
kuasa angin terbesar
di dunia terletak di
Gansu, China yang dapat
menjanakan 20,000 MW.

Negara yang telah


menggunakan teknologi
Tidak bergantung Stesen jana kuasa
2. Saliran ini ialah Ireland, China
kepada iklim pasang surut
dan Scotland. Masih belum
diguna pakai di Malaysia.

-Ladang Solar PV di
Kawasan yang Sepang, Selangor.
menerima Stesen -Kawasan Chuping, di
kurang hujan dan jana kuasa solar Perlis berpotensi untuk
suhu tinggi ditempatkan stesen jana
kuasa solar.
3. Tanah pamah
Hasil bahan buangan sisa
pepejal, pertanian dan
Tidak bergantung Stesen jana kuasa industri. Contohnya jana
kepada iklim biojisim kuasa biojisim di Tawau,
Sepang, Jempol, Sandakan
dan lain-lain.

Semenanjung Malaysia
Pinggir laut Tidak bergantung Stesen dikelilingi oleh
4.
dan Kepulauan kepada iklim jana kuasa ombak pesisiran pantai. Belum
diwujudkan di Malaysia.

98
Penjana, Penghantaran dan Pengagihan
3.2 Tenaga Elektrik

3.2.1 Fungsi penjana

• Penjana adalah satu peranti yang digunakan untuk menjanakan tenaga elektrik.
• Berfungsi sebagai peranti yang menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik.
• Konsep asas kepada penjanaan elektrik adalah dengan pemotongan pengalir ke atas
medan magnet atau lebih dikenali sebagai aruhan elektromagnet.
• Aruhan elektromagnet didefinisikan sebagai penghasilan daya elektromagnet
(electromagnetic force, e.m.f) atau dikenali juga dengan daya gerak elektrik (d.g.e) di
dalam pengalir.
• Apabila wujudnya pergerakan relatif pengalir yang merentasi atau memotong medan
magnet, maka arus teraruh akan terhasil di dalam pengalir tersebut.

BAB 3
• Lazimnya, terdapat dua jenis penjana iaitu penjana arus terus (AT) dan penjana arus
ulang-alik(AU).

Medan
Galvanometer Pengalir magnet
Daya
Magnet

Medan
Magnet

Arus

Rajah 3.20 Hukum tangan kanan Fleming


Arah arus
Arah gerakan daya

Rajah 3.19 Pemotongan medan magnet

Video tentang hukum Faraday.

99
3.2.2 Prinsip asas kendalian penjana AT dan AU

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, terdapat dua jenis penjana iaitu penjana arus terus (AT) dan
penjana arus ulang-alik (AU). Kedua-dua penjana ini mempunyai prinsip asas kendalian yang berbeza.
Rajah 3.21 menunjukkan perbezaan pada prinsip kendalian penjana AT dan penjana AU.

Angker

Magnet medan
BAB 3

Berus karbon
Penukar tertib

Penjana arus terus (AT)

Angker
Magnet medan

Berus karbon

Gelang
gelincir

Penjana arus ulang-alik (AU)

Rajah 3.21 Perbezaan pada prinsip kendalian penjana AT dan penjana AU

100
Penjana arus terus

Penjana arus terus ialah peranti yang menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik arus
terus (AT). Terdapat beberapa bahagian utama dalam binaan sesebuah penjana AT.

Binaan penjana AT

Penukar tertib Berus karbon


tembereng-tembereng penyambung litar angker ke
kuprum yang diletakkan punca keluaran bekalan AT.
di atas aci angker.

BAB 3
Angker
kepingan logam ferus berlapis
yang bertebat berbentuk silinder Kutub utama
yang mempunyai lubang alur untuk teras besi berlapis yang
menempatkan belitan angker. dililit menjadi elektromagnet.
(menggantikan fungsi bar magnet).

Rajah 3.22 Binaan penjana AT

Jadual 3.3 Fungsi bahagian utama dalam penjana AT

Bil Bahagian Fungsi

1. Kutub utama Menghasilkan medan magnet.

Memotong medan magnet untuk menghasilkan daya gerak


2. Angker
elektrik (d.g.e).

Punca tamatan bagi belitan pengalir angker. Menukarkan voltan


Penukar tertib jenis gelang
3. arus ulang-alik (AU) yang terjana kepada voltan keluaran arus
belah dua
terus (AT).

4. Berus karbon Penyambung litar angker ke punca keluaran bekalan AT.

101
Prinsip kendalian penjana AT

Prinsip kerja penjana arus terus

o B
Kedudukan 1 (0 )
• berada pada kedudukan putaran Arus A
o C
menegak (bersudut putaran 90 ) S U
• tiada pemotongan D

medan magnet 1
• nilai arus teraruh sifar 0o Sudut putaran

o
Kedudukan 2 (90 )
• bersudut putaran sehingga B C
o Arus
180 S U
BAB 3

• berlaku pemotongan medan A D


2
magnet maksimum
• nilai arus teraruh maksimum 1
• arus mengalir dalam gelung 0o 90o Sudut putaran
dan memesongkan jarum
galvanometer

o
Kedudukan 3 (180 ) C
• bersudut putaran Arus D
o
sehingga 270 S B U
• tiada sudut pemotongan 2 A
medan magnet 3
1
• nilai arus teraruh sifar 0o 90o 180o Sudut putaran

o
Kedudukan 4 (270 )
• bersudut putaran
o
sehingga 360 Arus C B
• pemotongan medan
S U
magnet maksimum 2 4 D
A
• nilai arus teraruh maksimum 3
1
• arus mengalir dalam 0 o
90 o
180o 270o Sudut putaran
gelung dan memesongkan
jarum galvanometer dalam
arah yang sama seperti
kedudukan 2

102
B
o
Kedudukan 5 (360 ) A
Arus
• berada pada kedudukan putaran S
C
U
o
menegak (bersudut putaran 90 ) 2 4 D
• tiada pemotongan 3
medan magnet 1 5
o o
0 90 180o 270o Sudut putaran
• nilai arus teraruh sifar

Rajah 3.23 Prinsip kendalian penjana arus terus

Graf arus teraruh di dalam penjana arus terus

1 2 3 4 5

BAB 3
Arah
putaran angker

Arus
2 4

1 5
0o 90o 180o 270o 360o
3
Sudut putaran

Rajah 3.24 Graf arus teraruh di dalam penjana arus terus

Video penerangan tentang


penjana arus terus.

103
Penjana arus ulang alik

Pada asasnya penjana AU juga adalah peranti yang menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga
elektrik AU. Binaan penjana AU juga terdiri daripada beberapa bahagian utama yang hampir sama
dengan penjana AT. Bahagian yang berbeza adalah pada penukar tertib (komutator) yang digantikan
dengan jenis gelang gelincir pada penjana AU.

Binaan penjana AU
Berus karbon
Gelang gelincir penyambung litar angker ke
punca keluaran bekalan AT.
tembereng-tembereng
kuprum yang diletakkan
di atas aci angker.
BAB 3

Angker
kepingan logam ferus yang Kutub utama
bertebat berbentuk silinder yang teras besi berlapis yang
mempunyai lubang alur untuk dililit menjadi elektromagnet.
menempatkan belitan angker. (menggantikan fungsi bar magnet).

Rajah 3.25 Binaan penjana AU

Jadual 3.4 Fungsi bahagian utama dalam penjana AU

Bil Bahagian Fungsi

1. Kutub utama Menghasilkan medan magnet.

Memotong medan magnet untuk menghasilkan daya gerak


2. Angker
elektrik (d.g.e).

Punca tamatan bagi belitan pengalir angker menghasilkan


3. Gelang gelincir
voltan arus ulang-alik (AU).

4. Berus karbon Penyambung litar angker ke punca keluaran bekalan AU.

104
Prinsip kendalian penjana AU

Prinsip kerja penjana arus ulang-alik (a.c generator)

B
Kedudukan 1 (0o)
• Pada kedudukan menegak, Arus A C
gegelung bergerak selari dengan S U
medan magnet dan tidak D

memotong fluks magnet.


1
0o Sudut putaran
• D.g.e dan arus aruhan adalah sifar.

Kedudukan 2 (90o)
B
• Apabila gegelung berputar Arus C

dari kedudukan menegak S A


D
U

BAB 3
2
ke kedudukan mengufuk,
d.g.e dan arus aruhan dalam
1
gegelung bertambah dari 0o 90o Sudut putaran
sifar ke nilai maksimum.

C
Kedudukan 3 (180o)
Arus
• Apabila gegelung berputar ke
D
kedudukan menegak semula, S
B
U
2
nilai d.g.e dan arus aruhan A
berubah dari nilai maksimum 3
1
ke sifar. 0o 90o 180o Sudut putaran

• Pada kedudukan ini, arus yang


melalui gegelung adalah sifar.

Kedudukan 4 (270o)
• Apabila gegelung melalui
kedudukan mengufuk, arus C B
Arus
aruhan di dalam gegelung
S D U
mengalir ke arah yang A

bertentangan. 2
3
• Kedudukan bahagian angker 1
bertukar dan dengan itu arus 0o 90o 180o 270o Sudut putaran
di dalam litar luar akan sentiasa 4
mengalir ke arah yang sama.

105
B
Kedudukan 5 (360o)
Arus
• Pada kedudukan menegak, A C
S U
gegelung bergerak selari dengan 2
D
medan magnet dan tidak 3
1 5
memotong fluks magnet. 0o
90 o
180o 270o Sudut putaran
• D.g.e dan arus aruhan adalah sifar. 4

Rajah 3.26 Prinsip kendalian penjana arus ulang alik

Graf arus teraruh di dalam penjana arus ulang-alik

1 2 3 4 5
BAB 3

Arah
putaran angker

Arus
2

1 3 5
0o 90o 180o 270o 360o

Sudut putaran

Rajah 3.27 Graf arus teraruh di dalam penjana arus ulang alik

106
Perbezaan antara penjana AU dan AT

Jadual 3.5 Perbezaan antara penjana AT dan AU

Penjana AU Penjana AT

Menghasilkan bekalan arus ulang-alik (AU). Menghasilkan bekalan arus terus (AT).

Menggunakan penukar tertib (komutator) satu


Menggunakan gelang gelincir.
gelang belah dua.

Arus ulang-alik (AU) bertukar arah secara sendiri Penukar tertib (komutator) menukar arah
dalam angker. pengaliran arus dalam angker.

Lebih cekap kerana tiada geseran antara gelang Kurang cekap kerana terdapat geseran antara
gelincir dan berus karbon. penukar tertib (komutator) dan berus karbon.

Menghasilkan voltan yang boleh diubah nilainya


Menghasilkan voltan yang tidak boleh diubah
kepada nilai voltan yang lebih tinggi bagi tujuan

BAB 3
nilainya (tetap).
penghantaran.

Struktur: Angker pegun dan medan berputar atau


Struktur: Angker berputar dan medan pegun.
angker berputar dan medan pegun.

Kelebihan penjana AU berbanding penjana AT

Jadual 3.6 Kelebihan penjana AU berbanding penjana AT

Penjana AU Penjana AT

Voltan keluaran tidak dapat diubah dan tidak


Voltan keluaran boleh dijana, diubah dan diagihkan
sesuai diagihkan kerana penggunaan penukar
dengan lebih cekap.
tertib (komutator satu gelang belah dua).

Penghasilan tenaga kurang cekap kerana


Penghasilan tenaga lebih cekap kerana tiada geseran
terdapat geseran antara penukar tertib
antara gelang gelincir dan berus karbon.
(komutator) dan berus karbon.

Penggunaan penjana AU lebih meluas terutama Penggunaan penjana AT terhad dan digunakan
dalam penjanaan sumber tenaga yang lebih besar. untuk sumber tenaga yang kecil.

Video penerangan tentang


penjana arus ulang alik

107
Proses penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik
3.2.3
kepada pengguna domestik dan industri
Sistem pembekalan tenaga elektrik perlu melalui tiga peringkat penting iaitu penjanaan tenaga
elektrik di stesen jana kuasa, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik. Gambar rajah
menunjukkan konsep sistem pembekalan tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh
stesen jana kuasa elektrik dinamakan sebagai sistem penjanaan. Tenaga elektrik akan dibekalkan
secara pukal ke kawasan yang memerlukan tenaga elektrik. Penghantaran bekalan tenaga elektrik
ini biasanya melalui jarak yang jauh kerana pada kebiasaannya kedudukan stesen jana kuasa
elektrik juga terletak jauh. Sistem ini dinamakan sebagai sistem penghantaran dan juga dikenali
sebagai Grid Nasional. Manakala pengagihan tenaga elektrik yang bermula dari pencawang
masuk utama hingga ke punca pengguna dikenali sebagai sistem pengagihan.

B
A
BAB 3

Sistem penjanaan
(11kV/22kV/33kV)

Sistem pengagihan
(11kV/33kV)

108
Konsep sistem pembekalan tenaga elektrik

A Stesen jana kuasa

B Stesen transformer injak naik


Sistem penghantaran
(132kV/275kV/500kV) C Rangkaian Grid Nasional

D Stesen transformer injak turun

E Pencawang bahagian
C

BAB 3
D

109
1. Terdapat tiga jenis stesen janakuasa elektrik utama di negara kita
iaitu stesen jana kuasa hidro, stesen jana kuasa terma dan stesen
jana kuasa gas.
2. Stesen jana kuasa hidroelektrik berupaya menghasilkan voltan
antara 10.5 kV hingga 11.0 kV. Walau bagaimanapun, nilai tersebut
ditetapkan pada 11 kV untuk memudahkan pelarasan nilai voltan.
Penjanaan 3. Sebahagian stesen jana kuasa elektrik lain mampu mengeluarkan
tenaga elektrik sehingga 22 kV dan 33 kV.
4. Terdapat dua jenis sumber tenaga yang boleh menghasilkan tenaga
elektrik iaitu sumber tenaga lestari seperti tenaga hidro, angin,
suria, ombak, pasang surut, biojisim dan sumber tenaga tidak boleh
diperbaharui seperti arang batu, petroleum, gas asli, dan nuklear.

1. Bermula daripada voltan 11 kV yang dihasilkan oleh stesen jana


kuasa elektrik yang disalurkan ke transformer injak naik iaitu di
pencawang masuk utama.
2. Pengubah ini mampu menaikkan voltan sehingga ke 132 kV, 275 kV
BAB 3

dan 500 kV bagi tujuan penghantaran tenaga elektrik dalam jarak


yang jauh.
3. Tujuan utama menaikkan voltan penghantaran adalah untuk
merendahkan arus bagi tujuan mengurangkan kehilangan kuasa
Penghantaran elektrik (power losses) melalui pelepasan haba.
4. Selain itu, penggunaan saiz kabel untuk penghantaran juga dapat
dikurangkan.
5. Di Malaysia, segala talian penghantaran daripada setiap stesen jana
kuasa elektrik utama saling dirangkaikan dan rangkaian ini dikenali
sebagai Grid Nasional.
6. Talian penghantaran dipasang pada ketinggian tertentu
menggunakan menara pilon bertujuan untuk keselamatan pengguna.

1. Proses pengagihan tenaga elektrik bermula dari pencawang masuk


utama hingga ke punca pengguna.
2. Lazimnya, pengagihan voltan bekalan ke punca pengguna dilakukan
dengan menggunakan kabel bawah tanah dan talian atas.
3. Voltan penghantaran yang tinggi akan diturunkan ke nilai 33 kV
dan 11 kV oleh transformer injak turun yang terletak di pencawang
masuk utama bagi tujuan pengagihan kepada pengguna.
Pengagihan 4. Bagi pengguna industri berat, voltan 33 kV dan 11 kV dibekalkan
kerana penggunaan tenaga elektrik yang besar.
5. Bagi pengguna sederhana dan kecil, voltan akan diturunkan lagi
sehingga 230/400V (+10%, -6%) oleh transformer injak turun yang ada
di pencawang pengagihan.

Rajah 3.28 Proses penjanaan dan pengagihan elektrik kepada pengguna

110
Membekalkan tenaga elektrik yang besar.

Sebagai sistem Ciri-ciri Menghidupkan mesin atau jentera


penghantaran dan pengagihan Sistem yang menggunakan 3 fasa atau
kepada pengguna. 3 fasa beban tinggi.

Sistem pengagihan voltan 3 fasa dikendalikan dalam


dua bentuk sambungan iaitu:

3 fasa 3 dawai 3 fasa 4 dawai

BAB 3
(Delta-Delta) (Delta-Bintang)

• Sambungan sistem 3 fasa 3 dawai ini • Biasanya digunakan untuk membekalkan


biasanya digunakan untuk industri berat. bekalan tenaga elektrik kepada pelbagai
• Sambungan bentuk Delta-Delta ini jenis pengguna sederhana dan kecil seperti
membekalkan bekalan elektrik daripada perumahan, bangunan pejabat, sekolah,
pengubah pencawang terus kepada industri sederhana dan kecil serta lain-lain.
pengguna industri berat yang menggunakan • Membekalkan bekalan elektrik daripada
jumlah voltan yang tinggi. pengubah pencawang terus kepada
• Biasanya digunakan untuk pengagihan pengguna sederhana dan kecil yang
tenaga elektrik di kawasan industri. menggunakan jumlah voltan yang rendah.
• Sistem bekalan 3 fasa 3 dawai ini tidak • Terdapat dua jenis voltan yang juga disebut
mempunyai dawai neutral. sebagai voltan 3 fasa iaitu 400V dan voltan 1
fasa iaitu 230V.

Setiap fasa pada sambungan Sistem 1 fasa adalah satu sistem


Ciri-ciri
bintang akan disambung dengan bekalan tenaga elektrik yang
Sistem
neutral untuk mendapatkan sistem mempunyai satu talian fasa dan juga
1 fasa. 1 fasa satu talian neutral.

Sistem 1 fasa hanya boleh diperoleh daripada sambungan bintang sahaja kerana
sambungan bintang mempunyai neutral.

Rajah 3.29 Sistem fasa dalam sistem pengagihan tenaga elektrik

111
Jadual 3.7 Perbezaan antara sistem 3 fasa dan sistem 1 fasa

Sistem 3 fasa Sistem 1 fasa

1. Mempunyai tiga talian fasa dan satu 1. Hanya mempunyai satu talian fasa dan juga
talian neutral. satu talian neutral.

2. Untuk pembekalan tenaga elektrik yang 2. Untuk pembekalan tenaga elektrik


lebih besar. yang rendah.

3. Pendawaian lebih kompleks kerana 3. Pendawaian lebih ringkas kerana terdiri


terdiri daripada tiga talian fasa dan satu daripada satu talian fasa dan satu
talian neutral. talian neutral.

4. Pengubah tiga fasa adalah lebih ringan, 4. Pengubah 1 fasa lebih besar, lebih berat dan
BAB 3

kecekapan lebih baik dan lebih murah. lebih mahal.

5. Untuk penggunaan motor elektrik, secara 5. Untuk penggunaan motor elektrik, secara
amnya motor tiga fasa mempunyai daya amnya motor 1 fasa mempunyai daya
kilas permulaan yang lebih stabil dan tetap. kilas permulaan yang lebih rendah dan
kurang stabil.

6. Kos pendawaian lebih mahal tetapi lebih 6. Lebih ekonomi dan sesuai untuk
ekonomi dalam penyelenggaraan pada penggunaan tenaga yang rendah
pengubah jika membekalkan sejumlah tetapi tidak sesuai untuk penggunaan
kuasa ketara yang lebih besar. kuasa ketara yang lebih besar kerana
ketidakseimbangan fasa pada
pengubah masukan.

Info

Kaedah menstabilkan arus penggunaan:


• Memasang peralatan yang boleh mempertingkatkan Angkadar Kuasa
seperti "Capacitor Bank".
• Elakkan peralatan elektrik berasaskan motor beroperasi tanpa beban
atau kurang daripada beban yang disarankan oleh pengeluar kilang.
• Menggunakan peralatan elektrik berasaskan motor yang mempunyai
nilai Angkadar Kuasa yang tinggi.
• Menggunakan peralatan elektrik berasaskan motor yang disahkan Peraturan pendawaian
oleh SIRIM dan mempunyai label cekap tenaga (energy efficient ). bangunan kediaman.

112
3.2.4 Penggunaan sistem 3 fasa dan 1 fasa bagi pengguna
domestik dan industri berdasarkan peraturan IEE

Sistem Fasa dalam Sistem Pengagihan Tenaga Elektrik

• Terdapat dua jenis fasa dalam sistem pengagihan tenaga elektrik iaitu sistem 3 fasa dan sistem 1 fasa.
• Bekalan tenaga elektrik adalah dalam bentuk arus ulang-alik (AU).
• Bagi pengguna industri berat, voltan 33kV dan 11kV dibekalkan secara terus daripada pencawang
masuk utama.
• Bagi pengguna sederhana voltan bekalan (400V) dikenali sebagai voltan bekalan 3 fasa 4 kabel
kerana mempunyai tiga punca hidup dan satu punca neutral.
• Manakala, bagi pengguna kecil voltan bekalan yang digunakan adalah (230V) dan dikenali
sebagai voltan bekalan 1 fasa 2 kabel kerana mempunyai 1 punca hidup dan 1 punca neutral.
• Bagi voltan bekalan 3 fasa ia terdiri daripada tiga kabel hidup iaitu fasa merah (R), fasa kuning

BAB 3
(Y) dan fasa biru (B).

Tiang penghantaran

Info
Talian bekalan
3 fasa (400 V)
Berkuat kuasa pada 1 Januari 2008, voltan
bekalan nominal adalah seperti berikut:

Talian bekalan
1 fasa (230 V)

Rajah 3.30 Sistem pengagihan 1 fasa dan 3 fasa

Sumber: Approval Of Electrical Equipment


(Electricity Regulations 1994) Information Booklet
2014 Edition By Suruhanjaya Tenaga.

113
Pemilihan penggunaan sistem fasa
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam menentukan keutamaan penggunaan
sistem 1 fasa dan 3 fasa. Antaranya adalah seperti berikut:

(a) Rujukan peraturan


Semua proses pendawaian daripada perancangan sehingga pemasangan pendawaian perlu
mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Kerja-kerja pendawaian oleh juruelektrik di
bangunan hendaklah mematuhi kehendak peraturan-peraturan berikut:
1. Akta Bekalan Elektrik 1990, Akta 447 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.
2. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Pindaan-Pindaanya.
3. Malaysia Standard MS IEC 60364 "Electrical Installation of Buildings".
4. MS 1979:2007 Electrical Installations of Building – Code of Practice.
5. MS 1936:2006 Electrical Installations of Building – Guide To MS IEC 60364.
6. TNB Electricity Supply Application Handbook.
7. "Garis panduan pendawaian elektrik di bangunan kediaman" Suruhanjaya Tenaga.
BAB 3

(b) Kehendak peraturan


Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 telah mensyaratkan semua pendawaian,
pendawaian tambahan atau pendawaian semula yang hendak dijalankan oleh Kontraktor Elektrik
atau Unit Pendawaian Elektrik perlu mendapat kelulusan bertulis daripada pemegang lesen atau
pihak berkuasa bekalan.

(c) Kepentingan piawaian


Kesemua piawaian yang telah ditetapkan dalam peraturan mestilah dipatuhi dan diamalkan oleh
setiap juruelektrik dan pendawai bagi memastikan keselamatan pengguna, harta benda dan haiwan
ternakan daripada kejutan elektrik, melecur, kebakaran dan kemalangan. Piawaian ini juga adalah
untuk menjamin kerja-kerja pendawaian yang dilakukan adalah mengikut spesifikasi dan piawaian
yang telah ditetapkan bagi menjamin kepentingan berikut:

Keselamatan Perlindungan
pemasangan pendawaian keselamatan pengguna

Keselamatan
Kepentingan Keselamatan kerja-kerja
bangunan mematuhi penyenggaraan pendawaian
piawaian

Keselamatan kerja-kerja mengesan


Keselamatan kerja-kerja pendawaian
kerosakan untuk baik pulih
tambahan dan ubah suai

Rajah 3.31 Kepentingan mematuhi piawaian

114
(d) Mereka bentuk pendawaian dalam penentuan fasa
Sebelum menentukan keutamaan penggunaan sistem 3 fasa dan 1 fasa bagi pengguna domestik
dan industri, keperluan terhadap reka bentuk pendawaian perlu dilakukan terlebih dahulu. Perkara
pertama dalam proses mereka bentuk pendawaian bagi menentukan keutamaan penggunaan
sistem 3 fasa dan 1 fasa adalah dengan mengadakan lawatan tapak untuk mengenal pasti keadaan
persekitaran, jenis bangunan dan langkah perlindungan.
Di samping itu, lawatan tapak juga dapat mengenal pasti keperluan sebenar beban pengguna,
mengira permintaan beban maksimum dan mengenal pasti pelan, lukisan serta spesifikasi
bangunan. Selain itu, perbincangan dengan pengguna berkaitan juga penting bagi mendapatkan
maklumat berkenaan dengan keperluan pemasangan dan keperluan penggunaan beban maksimum
pengguna pada masa akan datang. Maklumat berkaitan keperluan maksimum beban pengguna ini
dapat menentukan pemilihan fasa pendawaian yang sesuai bagi pengguna domestik dan industri.
Dalam peraturan (MS IEC 60364-1:2003 Fasal 311) telah menjelaskan mengenai keperluan
pengiraan permintaan maksimum beban dalam ampere (A) bagi setiap litar akhir suatu pendawaian.
Hal ini bertujuan supaya reka bentuk pemasangan pendawaian yang ekonomik, berdaya harap dan
dalam had voltan susut yang dibenarkan dapat dilakukan.
Faktor kepelbagaian (Diversity factor) boleh diambil kira untuk mengira permintaan beban

BAB 3
maksimum. Kesemua pengiraan keperluan arus maksimum setiap litar perlu disediakan dengan
lengkap. Butiran ini dapat menunjukkan keperluan arus bagi setiap fasa dalam ampere dan juga
membantu dalam menentukan penggunaan saiz kabel. Peraturan 11(2), Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994 adalah untuk menghitung permintaan arus dan perlu merujuk pada Jadual Ketiga
(Jadual A dan B).

(e) Permintaan beban maksimum


Pengiraan beban ini lebih dikenali sebagai jumlah beban tersambung (total connected load).
Standard MS IEC 60364 tidak menunjukkan secara langsung kaedah pengiraan mencari jumlah
beban tersambung. Walau bagaimanapun, kaedah pengiraan beban adalah berdasarkan Jadual
A dan B yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. Contoh pengiraan jumlah
beban tersambung boleh menerangkan perbezaan keperluan beban pengguna bagi menentukan
pemilihan fasa yang sesuai. Contoh 1 merujuk kepada pengiraan permintaan beban maksimum
bagi kesesuaian penggunaan sistem 1 fasa dan Contoh 2 merujuk kepada pengiraan permintaan
beban maksimum bagi kesesuaian penggunaan sistem 3 fasa. Jadual 3.8 menunjukkan Jadual B
(Kelonggaran bagi Kepelbagaian) dalam pengiraan jumlah beban.

Info

Tahukah anda mengapakah faktor kepelbagaian diperlukan?


Dalam sesuatu pemasangan pengguna, tidak semestinya semua kelengkapan elektrik digunakan serentak pada
satu masa. Contohnya, jarang sekali pengguna memerlukan atau menggunakan lampu, televisyen, pemanas
air, dapur elektrik, seterika dan lain-lain dalam satu masa yang sama. Oleh itu, arus maksimum yang mengalir
di dalam pengalir litar adalah kurang daripada jumlah arus yang dijangkakan apabila kesemua alat kelengkapan
elektrik digunakan serentak. Jadi, adalah tidak ekonomik sekiranya kita menggunakan kabel, suis, pengasing dan
sebagainya, dengan hanya berpandukan pada permintaan maksimum arus beban dalam pemasangan. Bagi
tujuan ini, faktor kepelbagaian dibenarkan tetapi hendaklah berlandaskan kepada jadual B Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994.

115
Jadual 3.8 Jadual B (Kelonggaran bagi kepelbagaian)

Penggunaan kepelbagaian bagi litar


Pemasangan rumah persendirian termasuk blok
akhir yang disuapkan dari pengalir atau
penginapan persendirian
peralatan suis

1. Lampu 66% daripada jumlah permintaan arus.

100% daripada jumlah permintaan arus sehingga


2. Kuasa 10A + 50% daripada mana- mana permintaan
arus yang melebihi 10A.

10 Ampere + 30% f.l perkakas memasak yang


3. Perkakas memasak disambungkan melebihi 10 Ampere + 5A jika air
keluar digabungkan dalam unit.

100% f.l perkakas terbesar + 100% f.l perkakas


4. Pemanasan air (jenis serta-merta)
kedua terbesar + 25% f.l perkakas yang tinggal.
BAB 3

5. Pemanas air (dikawal termostat) Kepelbagaian tidak dibenarkan.

6. Susunan standard litar akhir menggunakan 100% daripada permintaan terbesar + 40%
alir keluar soket daripada permintaan arus bagi tiap-tiap litar lain.

7. Alir keluar soket selain daripada yang 100% daripada permintaan arus daripada poin
di atas dan kelengkapan pegun selain penggunaan terbesar + 40% daripada permintaan
daripada disenaraikan di atas. arus bagi tiap-tiap poin penggunaan yang lain.

f.l = beban penuh (full load)

Petunjuk:
• 1.8 adalah pengganda berdasarkan andaian bahawa litar ini perlu diperbetulkan pada jumlah faktor kuasa
(f.k) yang tidak kurang daripada 0.85 dan mengambil kira kehilangan kawalan serta arus harmonik.
Pengganda ini hanya digunakan untuk kiraan beban lampu nyahcas.
• Cos θ = 0.85 adalah untuk pembetulan faktor kuasa akibat beban induktor. Contoh beban induktor ialah
kipas angin, pam air dan peralatan yang menggunakan gegelung motor.
• 746W adalah bersamaan dengan 1 HP iaitu satu kuasa kuda bagi kiraan kuasa penyaman udara.

Contoh 1(1 fasa):


Sebuah rumah kediaman jenis setingkat digunakan sebagai sampel untuk membuat contoh
pengiraan jumlah beban tersambung (Total Connected Load) yang sesuai untuk sistem bekalan
1 fasa. Jadual 3.9 menunjukkan anggaran pengiraan jumlah beban tersambung bagi bangunan
kediaman jenis setingkat tersebut.

116
Jadual 3.9 Anggaran pengiraan jumlah beban tersambung bagi bangunan kediaman sistem 1 fasa
Pengiraan arus
Pengiraan arus Arus Arus
Komponen dengan faktor Rumus
maksimum maksimum anggaran
kepelbagaian

Lampu filamen 8 Unit x 60 W

I= P 66% x 2.09A
V P
2.09A 1.38A I=
= 8 Unit x 60 W = 1.38A V
230V
= 2.09 A
10 Unit x 36W x 1.8
Lampu nyahcas
(kalimantang/ I = Px1.8 66% x 2.82A
pendaflour) V
2.82A 1.86A I = Px1.8
10 Unit x 36W x 1.8 = 1.86A V
=
230V
= 2.82 A

Kipas siling 4 Unit x 85W


P

BAB 3
I=
V cosθ 66% x 1.74A P
1.74A 1.15A I=
V cosθ
= 4 Unit x 85W = 1.15A
230V x 0.85
= 1.74 A

4 Unit x 20A = 80A Soket pertama = 100% = 20A


Soket alir keluar Baki 3 soket
13A (litar dikawal MCB 20A) = 40% x 60A = 24A 80A 44A
Jumlah 20+24=44A

Pemanas air 1 Unit x 1500 W

I= P 100% beban penuh


V = 6.52A 6.52A 6.52A I= P
V
= 1 Unit x 1500 W
230V
= 6.52A

JUMLAH 93.17A 54.91A

Catatan penting

• Walaupun jumlah arus maksimum ialah 93.17A, tetapi ia tidak diambil kira sebagai jumlah arus
sebenar beban.
• Jumlah arus anggaran bagi pendawaian ini adalah 54.91A. Kiraan arus anggaran ini adalah kurang
daripada had satu fasa iaitu 60A. Hal ini menunjukkan kesesuaian penggunaan sistem 1 fasa.

Contoh 2 (3 fasa):
Untuk contoh 2, pengiraan sebuah rumah kediaman jenis 2 tingkat digunakan sebagai sampel untuk
membuat contoh pengiraan jumlah beban tersambung (Total Connected Load) yang sesuai untuk
sistem bekalan 3 fasa. Jadual 3.10 menunjukkan anggaran pengiraan jumlah beban tersambung bagi
bangunan kediaman jenis dua tingkat.

117
Jadual 3.10 Anggaran pengiraan jumlah beban tersambung bagi bangunan kediaman sistem 3 fasa

Pengiraan arus
Pengiraan arus Arus Arus
Komponen dengan faktor Rumus
maksimum maksimum anggaran
kepelbagaian

Lampu filamen 10 Unit x 60 W

I= P 66% x 2.61A
V 2.61A 1.72A I= P
V
= 10 Unit x 60 W = 1.72A
230V
= 2.61 A
20 Unit x 18W x 1.8
Lampu
pendaflour I = Px1.8 66% x 2.82A
(kalimantang) V
2.81A 1.86A I = Px1.8
20 Unit x 18W x 1.8 = 1.86A V
=
230V
= 2.82 A

Kipas siling 6 Unit x 85W


P
BAB 3

I= 66% x 2.61A
V cosθ P
2.61A 1.72A I=
V cosθ
= 6 Unit x 85W = 1.72A
230V x 0.85
= 2.61A

12 Unit x 20A = 240A Soket pertama = 100% = 20A


Soket alir keluar Baki 11 soket
13A (litar dikawal MCB 20A) = 40% x 220A = 88A 240A 108A
Jumlah 20+88=108A

Pemanas air 2 Unit x 3000 W


Pemanas air 1 =
100% beban penuh = 13.05A
I= P
V Pemanas air 2 =
26.09A 26.09A I= P
= 2 Unit x 3000 W 100% beban penuh =13.05A V
230V Jumlah = 26.09A

= 26.09A

Pemasak 1 Unit x 7000 W


10A pertama = 10A
elektrik
I= P 30% daripada baki = 30% x
V 20.43A 30.43A 16.13A I= P
= 1 Unit x 7000 W = 6.13A V
230V Jumlah = 16.13A
= 30.43A

Pendingin hawa 4 Unit x 1Hp x 746W


P
I=
V cosθ P
Tiada faktor kepelbagaian 15.26A 15.26A I=
= 4 Unit x 746W V cosθ
230V x 0.85
= 15.26A

JUMLAH 319.82A 170.78A

118
Catatan penting

• Jumlah arus anggaran bagi pendawaian adalah 170.78A. Kiraan arus anggaran ini adalah
melebihi daripada had 1 fasa iaitu 60A. Hal ini menunjukkan kesesuaian penggunaan sistem
3 fasa.
• Jumlah arus anggaran ini perlu dibahagikan kepada tiga fasa dan setiap satu fasa menampung
beban arus sebanyak 56.92A bagi setiap satu fasa.
• Jumlah arus maksimum ialah 319.82A. Jumlah arus maksimum ini tidak diambil kira dalam
penentuan fasa.

(f) Kesan terhadap pemilihan fasa yang tidak tepat


Anggaran penggunaan arus maksimum bagi sistem bekalan 1 fasa atau fasa tunggal domestik mestilah
tidak melebihi 60A. Akan tetapi, arus maksimum yang mampu ditampung untuk pendawaian 1 fasa
biasanya adalah 80A. Rajah 3.32 menunjukkan kesan pemilihan fasa yang tidak tepat.

BAB 3
Membahayakan pengguna,
merosakkan peralatan dan
pendawaian elektrik

Meningkatkan beban pada


pengubah dan menjadikannya Kesan Risiko kerosakan kabel
tidak stabil pemilihan penghantaran elektrik
fasa yang
tidak tepat

Berlaku ketidakstabilan voltan Gangguan bekalan elektrik


ketika penggunaan maksimum kerap berlaku

Merosakkan peralatan
elektrik pengguna

Rajah 3.32 Kesan pemilihan fasa yang tidak tepat

119
3.2.5
Komponen utama pendawaian mudah unit kawalan
pengguna 1 fasa

• Unit kawalan pengguna 1 fasa juga dikenali sebagai alat kawalan litar pengguna. Ia terdiri
daripada beberapa alat kawalan yang bertujuan untuk memastikan keselamatan pengguna
daripada renjatan elektrik ketika tenaga elektrik dibekalkan kepada pengguna.
• Selain itu, litar pengguna juga berfungsi sebagai alat pencegah daripada berlakunya kebakaran
yang disebabkan oleh kerosakan elektrik.
• Unit kawalan pengguna 1 fasa ini perlu dipasang mengikut urutan yang telah ditetapkan. Rajah
3.33 ialah gambar rajah skema unit kawalan pengguna 1 fasa dan rajah 3.34 gambar rajah litar
pendawaian unit kawalan litar pengguna 1 fasa.

6A
ke beban
BAB 3

6A
C
A D E ke beban
B
M 6A
F

ke beban

6A
ke beban

A Unit penyambung, litar masukan (kotak simpang) D Suis utama, MCCB

B Unit pemotong (fius perkhidmatan) dan


E Pemutus litar arus baki (RCCB)
penghubung neutral

C Meter kWj F Papan agihan, MCB

Rajah 3.33 Skema unit kawalan pengguna 1 fasa

120
A Kotak simpang
C Meter kilowatt jam (kWJ)

2 7 3 1 5
1000 100 10 1 0.1

KILOWATT-HOUR METER
B Fius perkhidmatan

SINGLE PHASE TYPE DD17


220V 10(20)A 50Hz
600Revs/kWh SER No. 2006-1119015

kWh

BAB 3
E Pemutus litar arus baki (RCCB)

D Suis utama F Pemutus litar miniatur (MCB)

6A 6A 16A 16A

63A ON 40A ON ON ON ON ON
SUIS 100mA
UTAMA RCCB MCB MCB MCB MCB

N E

Rajah 3.34 Litar pendawaian unit kawalan litar 1 fasa

121
Semua sistem bekalan elektrik di rumah dilengkapi dengan alat kawalan dan perlindungan seperti
yang terdapat pada Rajah 3.34. Fungsi komponen yang terdapat dalam unit kawalan pengguna
adalah seperti dalam Jadual 3.11 berikut:

Jadual 3.11 Komponen-komponen dalam unit kawalan pengguna dan fungsinya

Nama komponen Penerangan

A Kotak simpang

Berfungsi sebagai litar masukan AU. Juga dikenali sebagai unit


penyambung.

B Fius perkhidmatan
BAB 3

Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan untuk beban dan


unit pemotongan elektrik oleh pihak berkuasa.

C Meter kilowatt jam (kWJ)

Berfungsi menyukat dan merekod jumlah tenaga elektrik yang


telah digunakan.

D Suis utama

Berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik


serta mengawal arus berlebihan.

122
E Pemutus litar arus baki
(RCCB) Berfungsi memutuskan bekalan secara automatik apabila berlaku
kebocoran arus atau litar pintas. Terdapat komponen lain yang
sama fungsi iaitu Pemutus Litar Bocor Bumi (ELCB). Alat ini
melindungi pengguna daripada renjatan elektrik dan melindungi
peralatan elektrik daripada voltan tinggi atau lampau akibat
daripada sambaran kilat. Kapasiti RCCB yang biasa digunakan
adalah 40A dan 63A yang mempunyai kepekaan 100mA atau
300mA.

F Pemutus litar miniatur


Berfungsi memutuskan bekalan secara automatik apabila
(MCB) berlakunya arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti MCB
disebabkan berlaku litar pintas antara kabel/wayar hidup dan
kabel neutral ataupun penggunaan peralatan elektrik yang
terlalu banyak. Juga berfungsi untuk memberikan perlindungan

BAB 3
kepada perkakas elektrik dan pengguna. MCB disambung kepada
pendawaian soket alir keluar dan suis. Nilai kapasiti MCB yang
selalu digunakan adalah seperti berikut:
• 6A (untuk pendawaian lampu/kipas).
• 16A/20A (untuk pendawaian soket alir keluar - litar jejari).
• 32A  (untuk pendawaian poin penyaman udara, unit pemasak
dan lain-lain serta soket alir keluar-litar gelang).

Info

Peraturan Pendawaian Litar Lampu


(a) Peraturan IEE telah menetapkan bahawa bagi satu litar yang dikawal oleh satu alat pelindung
mestilah tidak melebihi 1000 Watt. Pada amnya, satu lampu berkadar 100 Watt setiap satu dengan
litar lampu tidak melebihi 10 poin.
(b) Kabel yang digunakan ialah kabel jenis kuprum ditebat oleh bahan PVK (Polivinal Klorida).
(c) Saiz minimum kabel yang digunakan mestilah tidak kurang 1.5 mm2.
(d) Kadaran peranti pelindung yang digunakan mestilah tidak melebihi 6A bagi MCB dan 5A bagi fius
(sama ada fius atau MCB).
(e) Walau bagaimanapun, untuk pemasangan litar lampu adalah digalakkan menggunakan lebih
daripada satu litar akhir kerana sekiranya salah satu litar mengalami kerosakan litar yang lain masih boleh
digunakan.
(f) Bagi pemasangan lampu dalam industri biasanya kuasa sesebuah lampu mungkin berbeza, contohnya
300 Watt, 500 Watt atau 1000 Watt, dengan itu litar ini boleh dikawal oleh fius berkadar 15A dan
saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang dari 1.5 mm2.

123
Pendawaian litar mudah untuk satu unit kawalan pengguna
3.2.6
1 fasa berdasarkan aspek litar dan kefungsian
Pemasangan pendawaian unit kawalan litar pengguna 1 fasa
Terdapat beberapa cara untuk memasang komponen yang terdapat di dalam kotak agihan. Pada
kebiasaannya suis utama disusun bersebelahan dengan pemutus litar arus baki (RCCB) atau pemutus
litar bocor bumi (ELCB) dan kemudiannya disusun pemutus litar miniatur (MCB) bagi setiap
pendawaian. Nilai kapasiti MCB mesti mengikut keperluan pendawaian. Rajah 3.35 menunjukkan
pendawaian papan atau kotak agihan.

6A 6A 20A 20A

63A ON 40A ON ON ON ON ON
SUIS 100mA
UTAMA RCCB MCB MCB MCB MCB
BAB 3

N E

Rajah 3.35 Contoh pendawaian papan atau kotak agihan

Video pemasangan kotak


fius agihan

124
Amali

Projek Amali Elektrik

Objektif

Pada akhir sesi amali ini, murid akan dapat:


1. Mengetahui peralatan dan aksesori elektrik yang diperlukan semasa kerja-kerja pendawaian
untuk litar pengguna dan litar kecil akhir.
2. Menggunakan peralatan dan aksesori elektrik dengan betul.
3. Mempraktikkan diri dengan pengalaman sebenar dalam kerja-kerja pendawaian.
4. Menguji sambungan pendawaian yang telah dibuat
5. Menguji mentol yang telah dipasang setelah voltan bekalan dibekalkan ke dalam kotak agihan
dengan kebenaran guru.

BAB 3
6. Menguji soket alir keluar 3 pin apabila voltan bekalan dibekalkan ke dalam kotak agihan dengan
kebenaran guru.

Arahan

1. Sediakan aksesori pendawaian


2. Murid dikehendaki membuat:
(a) Lakaran litar skematik.
(b) Gambar rajah skema pendawaian.
(c) Gambar rajah pendawaian.
3. Murid membentuk beberapa kumpulan kecil.
4. Murid membuat pemasangan pendawaian elektrik dalam kumpulan masing-masing.
5. Semua ukuran adalah dalam sentimeter.

Projek Amali Elektrik 1 – Pendawaian 1 Suis 1 Lampu 6A

Membuat pendawaian dan pemasangan elektrik satu fasa bagi 1 poin lampu CFL (Compact
Fluorescent Lamp) 230V, 18W yang dikawal oleh 1 suis 1 hala.

125
Lakaran litar skematik 1 suis 1 lampu

E S
Rajah 3.36 Lakaran litar skematik 1 suis 1 lampu

Gambar rajah skema pendawaian 1 suis 1 lampu


BAB 3

L1

60
• Kotak agihan - bekalan kuasa.
30
• L1 adalah poin ros siling dan
30 pemegang lampu pendan.

60 • S1 adalah suis 1 hala yang


Papan agihan mengawal kendalian L1.
• Semua pengukuran diukur
S1
dalam sentimeter (cm).

Rajah 3.37 Gambar rajah skema pendawaian 1 suis 1 lampu

Gambar rajah pendawaian 1 suis 1 lampu


E

N
L

E N

6A C 1W

Rajah 3.38 Gambar rajah pendawaian 1 mata lampu dikawal oleh suis 1 hala

126
Senarai bahan dan aksesori

Bil Keterangan Kuantiti

1 Meter Jangka kWj Fasa Tunggal 240V – jika perlu 1 unit

2 Fius Perkhidmatan (Cut Off Fuse) - 63A atau 60A – jika perlu 1 unit

3 Neutral link 1 unit

4 Kotak Agihan (Distibution Board) 1 unit

5 Fius Suis (Switch Fuse) - 63A atau 60A 1 unit

6 ELCB / RCCB (Residual Current Circuit Breaker) - 60A atau 63A 1 unit

BAB 3
7 MCB (Miniature Circuit Breaker) -6A 1 unit

8 Suis Sehala (1 gang 1 way) 1 unit

9 Ros Siling (Ross Ceiling with Batten/pandent) 1 unit

Lampu Filamen atau Tungsten Bulb atau Lampu CFL (Compact Fluorescent
10 1 unit
Lamp)

11 Meter pelbagai 1 unit

12 Paku Pendawaian (Wiring Nails) secukupnya

13 Pembuluh PVC dan Aksesori (PVC Conduit and Accessories) secukupnya

14 Kabel 1.5 mm2 PVC (merah, hitam dan hijau) secukupnya

15 Klip Timah (Lead Plumbum) secukupnya

16 Sesalur Mini PVC (PVC Mini Casing) secukupnya

127
Projek Amali Elektrik 1 – Pendawaian soket alir keluar 3 pin 13A

Membuat pendawaian dan pemasangan elektrik satu fasa bagi 1 poin lampu CFL (Compact
Fluorescent Lamp) 230V, 18W yang dikawal oleh 1 suis 1 hala.

Lakaran litar skematik soket alir keluar 3 pin 13 A

E
N
L

Rajah 3.39 Lakaran litar skematik soket alir keluar 3 pin 13A
BAB 3

Gambar rajah skema pendawaian soket alir keluar 3 pin 13 A

60

• Peti agihan - bekalan kuasa.


30 • SAK - poin soket alir keluar 13A
yang disambung secara jejari.
60
Papan agihan • Semua pengukuran diukur dalam
sentimeter (cm).
SAK

Rajah 3.40 Gambar rajah skema pendawaian soket alir keluar 3 pin 13A

Gambar rajah pendawaian soket alir keluar 3 pin 13 A

E E N

16A

N L

Rajah 3.41 Gambar rajah pendawaian soket alir keluar 3 pin 13A

128
Senarai bahan dan aksesori

Bil Keterangan Kuantiti

1 Meter Jangka kWj Fasa Tunggal 240V – jika perlu 1 unit

2 Fius Perkhidmatan (Cut Off Fuse) - 63A atau 60A – jika perlu 1 unit

3 Neutral link 1 unit

4 Kotak Agihan (Distribution Board) 1 unit

5 Suis utama (main switch) - 63A atau 60A 1 unit

6 ELCB / RCCB (Residual Current Circuit Breaker) - 60A atau 63A 1 unit

BAB 3
7 MCB (Miniature Circuit Breaker) -16A atau 20A 1 unit

8 Soket Alir Keluar 3 pin 13A 1 unit

9 Meter pelbagai 1 unit

10 Pembuluh PVC dan Aksesori (PVC Conduit and Accessories) secukupnya

11 Kabel 2.5 mm2 PVC (merah, hitam dan hijau) secukupnya

12 Sesalur Mini PVC (PVC Mini Casing) secukupnya

Info

Litar Jejari
• Peraturan IEE telah menetapkan bahawa satu litar jejari untuk Soket
Alir Keluar tidak melebihi dua poin.
• Litar ini mestilah dikawal oleh alat perlindungan sama ada fius
berkadar 15A atau MCB berkadar 16A atau 20A. Video pemasangan
• Kabel yang digunakan ialah kabel jenis kuprum mempunyai PVK (Polivinil Soket Alir Keluar
Klorida) dan saiz kabel mestilah tidak kurang daripada 2.5 mm2.

129
3.2.7
Penggunaan aksesori elektrik yang lestari bagi
pengguna domestik

• Penggunaan aksesori elektrik ialah satu keperluan bagi kita untuk menjalankan
kehidupan harian.
• Aksesori elektrik penting dalam membantu menjalankan kerja harian kita
dengan lebih cekap dan selesa.
• Hal ini termasuklah semua kelengkapan tambahan dalam pendawaian yang
berkaitan dengan pendawaian elektrik seperti lampu, kipas, pemanas air, fius,
motor elektrik, pemasak elektrik, loceng elektrik, suis, soket alir kuasa 3 pin, ros
siling, penyambung dan lain-lain soket.
• Manakala, lestari boleh ditafsirkan dengan penggunaan tenaga yang cekap dan
menjimatkan dalam tempoh jangka hayat yang lebih panjang.
BAB 3

Ciri-ciri aksesori elektrik yang lestari

Terdapat dua ciri penting dalam membuat pilihan penggunaan aksesori elektrik yang lestari bagi
pengguna domestik.

1. Label pengesahan SIRIM Berhad (Standard and Industrial Research Institute of Malaysia)
atau Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia
Semua aksesori elektrik yang digunakan hendaklah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga dan
dilabelkan dengan label yang dikeluarkan oleh SIRIM. Hal ini kerana SIRIM bertanggungjawab
melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pelbagai disiplin terutamanya
teknologi di Malaysia. Pengesahan ini penting untuk menjamin keselamatan penggunaan dan
mengikut standard yang ditetapkan di samping memastikan kelestarian produk.

Info

SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dan Suruhanjaya Multimedia dan


Komunikasi Malaysia ( SKMM) telah bekerjasama mengeluarkan satu
label khas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih
dengan pengaplikasian teknologi nano. Label ini telah dikuatkuasakan
pada16 Ogos 2010. Untuk mengetahui keaslian sesuatu peralatan Standard bagi perkakasan
elektronik dan komunikasi, pengguna boleh melihat kepada label SIRIM elektrik yang perlu perakuan
dan SKMM dan sms nombor siri pada label tersebut ke 32300. kelulusan SIRIM

130
2. Label Tenaga
Penggunaan label tenaga bertujuan memberikan informasi kepada pengguna mengenai kadar
prestasi penggunaan tenaga elektrik bagi sesuatu peralatan elektrik. Di Malaysia, label tenaga ini
telah digunakan untuk peralatan elektrik seperti peti sejuk sejak tahun 2005 lagi. Skim perlabelan
ini dilaksanakan di bawah seliaan Suruhanjaya Tenaga (ST) dengan kerjasama SIRIM. Label tenaga
ini dapat membantu pengguna membuat pilihan ketika membeli peralatan elektrik dengan memilih
penggunaan tenaga elektrik yang lebih cekap. Rajah 3.42 menunjukkan contoh label tenaga.

Kadar cekap tenaga

Lebih Banyak Bintang


Lebih Jimat Tenaga
More Stars
More Energy Saving

PENGGUNAAN TENAGA

BAB 3
ENERGY CONSUMPTION

Penyaman Udara Manufacturer YORK


Air Conditioner No. Model:YWM3F15AAS-W/ Maklumat model
YSL3F15AAS

3 Kadar cekap tenaga peralatan


(bersamaan dengan jumlah bintang)

Penggunaan Tenaga Purata Setahun


Average Energy Consumption Per Year

kwj
3270 kwh Penggunaan tenaga
Produk ini menggunakan 11% kurang tenaga (dalam kW/tahun)
daripada produk bertaraf 2-Bintang terendah
This product consumes 11% less energy than the loweat 2-Star rated product
Diuji mengikut / Tested according to MS ISO 51512004

Peratus penjimatan tenaga


www.st.gov.my
berbanding dengan model 3 bintang
(dalam peratus)

Rajah 3.42 Contoh label tenaga penyaman udara

Aksesori elektrik yang lestari

1. Lampu
Terdapat pelbagai lampu yang boleh digunakan untuk bangunan. Sebagai contoh, terdapat lampu
jenis pijar (filamen), TL (fluorescent), Halogen dan LED. Pemilihan lampu yang sesuai mungkin
dapat melestarikan dan memaksimumkan penggunaan. Jadual 3.12 menunjukkan perbandingan
penjimatan kos penggunaan lampu jimat tenaga jenis 18W CFL (compact fluorescent lamp) dengan
lampu mentol filament 60W.

131
Jadual 3.12 Perbandingan penjimatan kos penggunaan lampu jimat tenaga

Keluaran Kos
Hayat Harga Jumlah Penjimatan
Bil Jenis lampu cahaya tenaga
jam RM kos RM RM
lumen RM

Lampu jenis 18W


CFL (compact
1. 6000 65 15.00 31.80 46.80 68.84
fluorescent lamp)–
Jimat tenaga

2. Mentol filamen 60W 1000 18 12.00 103.64 115.64 -

(Sumber: Buku panduan penggunaan tenaga dengan cekap di rumah. Terbitan Suruhanjaya Tenaga).

(a) Penggunaan lampu


Kita perlu mengetahui tujuan, keperluan dan kesesuaian lampu sebelum pemasangan dilakukan.
Untuk menerangi ruang seperti ruang tamu lampu yang mempunyai kecerahan yang luas
seperti lampu jenis pijar (filamen), CFL (compact fluorescent lamp) dan LED diperlukan. Untuk
mendapatkan penggunaan pada tahap maksimum dan kos tenaga yang lebih rendah, lampu jenis
BAB 3

TL (fluorescent) dan LED adalah pilihan yang tepat. Untuk menerangi kawasan terhad seperti lampu
meja atau bingkai lukisan, pemilihan lampu jenis Halogen sebagai lampu sorot adalah lebih tepat.
(b) Kesesuaian pemasangan
Kesesuaian pemasangan juga adalah penting untuk menentukan kelestarian aksesori elektrik seperti
lampu. Contohnya, pemasangan lampu di luar kediaman, penggunaan lampu kalis cuaca dan kalis
air sangat diperlukan. Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) pula,
voltan bagi semua pemasangan lampu dalam air (seperti kolam renang, air pancut dan lain-lain)
mestilah menggunakan jenis lampu kalis air dengan kadaran voltan tidak boleh melebihi 12 Volt.
(c) Warna cahaya
Warna cahaya juga amat penting dalam pemilihan lampu. Dalam aspek kesan pencahayaan, lampu
yang bercahaya putih adalah lebih terang dan jelas dilihat berbanding lampu yang bercahaya
kuning. Walau bagaimanapun, ada ketika lampu bercahaya kuning lebih memberikan kesan yang
efektif terutama lampu di bilik tidur dan ruang pameran lukisan yang boleh memberikan kesan
romantis dan tenang.

Mentol filamen Mentol CFL Mentol LED

Foto 3.2 Contoh jenis-jenis mentol lampu

132
2. Peti sejuk
Bagi penggunaan peti sejuk terdapat beberapa panduan penjimatan tenaga yang boleh diamalkan
di rumah kediaman. Antara panduan penjimatan tenaga adalah seperti berikut:
• Kedudukan peti sejuk tidak harus diletakkan di kawasan yang terlalu panas, contohnya tempat
yang terdedah pada sinaran matahari atau berhampiran dengan dapur memasak. Ruang untuk
peti sejuk mestilah mencukupi di sekeliling peti sejuk untuk pengaliran udara.
• Suhu peti sejuk mestilah diselaras mengikut muatan peti sejuk. Kebiasaanya, suhu yang sesuai
ialah 18°C dan suhu yang sesuai untuk bahagian beku pula ialah 5°C. Walau bagaimanapun,
laraskan termostat mengikut keperluan.
• Perekat pintu yang berfungsi dengan baik dapat mengurangkan
kehilangan suhu sejuk dan mengurangkan penggunaan tenaga
elektrik. Cara paling mudah menguji perekat pintu adalah
dengan meletakkan sekeping kertas di antara perekat dan pintu
peti sejuk.
• Pilih peti sejuk yang bebas daripada fros kerana penghasilan
fros boleh meningkatkan penggunaan tenaga elektrik. Jangan

BAB 3
biarkan ketebalan fros melebihi 6mm.
• Susun atur makanan supaya terdapat pengaliran udara di dalam
peti sejuk. Keadaan ini dapat mengurangkan beban pada peti
sejuk dan membolehkan proses penyejukan lebih efisien.
• Memastikan gegelung kondenser dalam keadaan bersih bagi
mengekalkan kecekapan peti sejuk.
• Pilih saiz peti sejuk yang menepati keperluan keluarga.
Elakkan daripada membeli peti sejuk yang terlalu besar kerana
penggunaan tenaga elektrik juga besar.

Info

Penggunaan peti sejuk jenis inverter (penyongsang)


dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Info Foto 3.3 Peti sejuk

Peti sejuk moden pertama yang digunakan secara


meluas dikeluarkan pada tahun 1927 oleh
syarikat General Electric yang dikenali sebagai
Monitor Top Referigerator.
Laporan dan perancangan
kecekapan tenaga di Malaysia.

133
3. Penyaman udara
Penyaman udara adalah salah satu keperluan yang perlu diberi perhatian. Penggunaan tenaga bagi
penyaman udara juga agak tinggi kerana cuaca di negara kita agak panas. Musim panas di negara
kita boleh mencapai suhu sehingga 40°C. Oleh yang demikian, terdapat beberapa cadangan idea
untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik:
• Kos elektrik yang rendah bagi penyaman udara baharu yang cekap (EER) mampu
menampung kos penggantian penyaman udara lama yang kurang cekap walaupun masih
dalam keadaan elok.
• Suhu operasi bagi penyaman udara yang cekap tenaga biasanya antara 24°C - 26°C.
Elakkan pemasangan penyaman udara di kawasan pancaran matahari dan terbuka.
• Menyelenggara penyaman udara sekurang-kurangnya 2-3 kali setahun untuk mengelakkan
penyaman udara tersumbat dan boleh meningkatkan penggunaan tenaga elektrik.
• Pilih penyaman udara yang mempunyai kadar kecekapan tenaga atau "Energy Efficiency
Ratio" (EER) yang tinggi.  Penyaman udara dengan jenis EER yang tinggi adalah lebih
cekap dan kurang menggunakan tenaga elektrik.
BAB 3

Foto 3.4 Penyaman udara

Panduan pemilihan aksesori elektrik yang lestari

Terdapat banyak lagi peralatan elektrik yang digunakan setiap hari. Pelbagai cara dan kaedah boleh
digunakan sebagai idea untuk penggunaan yang lestari terutama yang dapat menjimatkan tenaga
elektrik. Kesimpulannya, antara perkara yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:
(a) Sebelum membeli sebarang peralatan elektrik, buatlah perbandingan dari segi penggunaan
tenaga elektrik, kapasiti dan fungsi antara beberapa model dan jenama.  Pilihlah model dan
jenama yang paling kurang menggunakan tenaga elektrik tetapi memberikan kesan kemudahan
atau perkhidmatan yang sama.
(b) Pastikan peralatan elektrik yang digunakan berfungsi dengan baik, dan buatlah semakan bil
elektrik pada setiap bulan. Biasanya, jumlah penggunaan elektrik kita setiap bulan adalah
hampir sama. Sekiranya terdapat pertambahan jumlah penggunaan elektrik yang mendadak,
periksalah peralatan elektrik. Kemungkinan peningkatan jumlah penggunaan elektrik adalah
disebabkan oleh peralatan elektrik yang tidak berfungsi dengan baik.

134
Rumusan

Sumber tenaga

Boleh diperbaharui Tidak boleh diperbaharui

Sukar untuk diganti setelah digunakan


Sumber asli yang sedia ada dan tidak
kerana mengambil masa yang lama
berkurangan setelah digunakan
untuk dihasilkan semula
Contoh:
Contoh:
Angin, geoterma, air, suria, dan ombak
Petroleum, gas asli, arang batu, nuklear

BAB 3
Penjana
Berfungsi untuk menjana elektrik

Penjana arus ulang-alik (AU) Penjana arus terus (AT)


• Gelang gelincir • Penukar tertib

Pembekalan tenaga elektrik

Peringkat penjanaan
Peringkat penghantaran Peringkat pengagihan
tenaga elektrik

Sistem Sistem
3 fasa 1 fasa

Pemilihan fasa
bergantung kepada
permintaan
beban maksimum

Ciri-ciri utama aksesori


elektrik lestari

Mempunyai label Mempunyai


pengesahan SIRIM label tenaga

135
Aktiviti

Aktiviti cadangan projek.


Tajuk: Pemasangan lampu solar ringkas.
Projek mudah ini menggunakan panel solar PV yang bertindak melalui tindak balas kimia apabila
cahaya dipantul kepadanya. Pada waktu malam LDR akan bertindak sebagai suis dan mengalirkan
arus pada LED membolehkannya menyala.

Arahan:
1. Sediakan aksesori pendawaian
2. Murid dikehendaki membuat:
(a) Lakaran litar skematik.
(b) Gambar rajah skema pendawaian.
BAB 3

(c) Gambar rajah pendawaian.


3. Pelajar membentuk beberapa kumpulan kecil.
4. Pelajar membuat pemasangan pendawaian elektrik dalam kumpulan masing-masing.
5. Semua ukuran adalah dalam sentimeter.

Cadangan litar
D

R1
Q
4.5 V
Panel solar

R2
V

LDR

Rajah 3.18 Lakaran lukisan skematik pendawaian pemasangan lampu taman solar.

136
Senarai bahan dan aksesori

Bil Keterangan Kuantiti

1 Panel solar 4.5 V 1 unit

2 Diod IN 914 1 unit

3 Transistor PNP (2N3906), Q 1 unit

4 Perintang tetap 5 k Ohm, R1 1 unit

5 Perintang tetap 50 Ohm, R2 1 unit

6 Diod pemancar cahaya (kuning) 1 unit

BAB 3
7 Bateri cas semula AA NiMH (1300 mAh) 1 unit

8 Perumah bateri (sesiri) 1 unit

9 Papan jalur 1 unit

10 Papan reka 1 unit

11 Meter pelbagai untuk pengujian 1 unit

12 Perintang pengesan cahaya (LDR) 1 unit

13 Kotak perumah kawalan 1 unit

14 Wayar secukupnya

15 Peralatan untuk kerja pematerian secukupnya

137
Latihan

1. Lengkapkan Jadual A di bawah berkaitan dengan kesan penggunaan sumber tenaga yang boleh
diperbaharui terhadap alam sekitar, ekonomi dan sosial.
Jadual A

Bidang Kesan

i) ______________________________________________
______________________________________________
Alam sekitar
ii) ______________________________________________
______________________________________________
BAB 3

i) ______________________________________________
______________________________________________
Ekonomi
ii) ______________________________________________
______________________________________________

i) ______________________________________________
______________________________________________
Sosial
ii) ______________________________________________
______________________________________________

2. Rajah A di bawah menunjukkan carta alir bagi suatu sistem penghasilan tenaga elektrik melalui
kaedah penjanaan.

A B
Air Turbin Penjana

Rajah A
(a) Namakan sistem penjanaan tersebut.
_________________________________________

(b) Nyatakan perubahan tenaga yang terhasil pada bahagian:

A ___________________________________
B ___________________________________

138
3. Rajah B menunjukkan penjana A.U.

A
B

Rajah B

(a) Namakan bahagian:

BAB 3
A: _______________________
B: _______________________

(b) Nyatakan tiga kaedah untuk menambahkan voltan keluaran pada penjana itu.

(i) ________________________________
(ii) ________________________________

(iii) ________________________________

4. Nyatakan tiga kelebihan penjana AU berbanding penjana AT

Penjana AU Penjana AT

(i) _________________________ (i) _________________________

(ii) _________________________ (ii) _________________________

(iii) _________________________ (iii) _________________________

139
BAB

4 PENGANGKUTAN

Standard Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid berupaya:
Menerangkan perkembangan sistem pengangkutan.
Menggambarkan tiga peringkat perkembangan sistem pengangkutan.
Mengelaskan kenderaan berdasarkan tiga jenis pengangkutan .
Membezakan kendalian asas enjin pembakaran dalam.
Merumuskan fungsi sistem sokongan enjin.
Membahaskan perkembangan kenderaan cekap tenaga di Malaysia.
Mengkategorikan kenderaan cekap tenaga (EEV).
Merumuskan kesan penggunaan kenderaaan cekap tenaga terhadap ekonomi, sosial
dan alam sekitar berdasarkan aspek kelestarian.
Menerangkan konsep daya, tekanan, kerja dan kuasa dalam litar kawalan hidraulik.
Mengelaskan bahagian dan komponen utama litar kawalan hidraulik.
Melakar litar kawalan hidraulik.
Menghuraikan kendalian litar kawalan hidraulik.
Mereka bentuk litar kawalan hidraulik berdasarkan situasi tertentu.
Menerangkan konsep sistem pneumatik.
Mengelaskan bahagian dan komponen utama litar kawalan pneumatik.
Melakar litar kawalan pneumatik.
Menghuraikan kendalian litar kawalan pneumatik.
Mereka bentuk litar kawalan pneumatik berdasarkan situasi tertentu.
Menerangkan konsep asas dan komponen litar kawalan elektrik.
Mencerakinkan litar kawalan elektrik.
Membezakan empat jenis litar kawalan elektrik.
Menghuraikan kendalian empat jenis litar kawalan elektrik.
Mereka bentuk litar kawalan elektrik berdasarkan situasi yang diberi.
Memahami sistem penggerak
utama kenderaan

Memahami fungsi sistem


kawalan pneumatik

Memahami sistem kenderaan


cekap tenaga (EEV)

Memahami fungsi
sistem kawalan elektrik

Memahami fungsi sistem


kawalan hidraulik
Pendahuluan

Tajuk-tajuk perbincangan dalam bab ini merupakan pengetahuan asas terhadap beberapa teknologi
seperti sistem penggerak utama kenderaan, kenderaan cekap tenaga, kawalan hidraulik, kawalan
pneumatik dan kawalan elektrik. Kesemua tajuk perbincangan dalam bab ini merupakan aplikasi
konsep kelestarian dalam pengetahuan kejuruteraan untuk membantu pembangunan yang memenuhi
keperluan masa kini, tanpa menjejaskan keperluan dan kemampuan generasi pada masa hadapan.
Bab ini akan membincangkan secara terperinci mengenai perkembangan sistem pengangkutan
di negara kita. Murid akan didedahkan mengenai konsep, jenis, fungsi, kendalian dan sistem enjin
pembakaran dalam. Selain itu, murid juga didedahkan dengan kemahiran membuat cadangan
tindakan penyelenggaraan yang boleh digunakan dalam membuat inferens terhadap enjin yang
mengalami kerosakan.
Murid juga dapat mempelajari beberapa kategori kenderaan cekap tenaga (EEV) di samping
dapat merumuskan kesan penggunaan kenderaan cekap tenaga terhadap ekonomi, sosial dan alam
sekitar. Murid juga digalakkan melakukan aktiviti mereka bentuk pelbagai media persembahan
secara kreatif dan inovatif mengenai kenderaan masa hadapan bagi tujuan mempromosikan
penggunaan kenderaan cekap tenaga.
Murid juga akan didedahkan dengan sistem kawalan asas yang berkaitan dengan kawalan
hidraulik dan kawalan pneumatik. Secara umumnya, kedua-dua sistem ini mempunyai persamaan
dari segi simbol, fungsi dan kendalian. Cuma terdapat sedikit perbezaan pada komponen yang
digunakan. Perbezaan ketara adalah pada penggerak tenaga iaitu sistem hidraulik menggunakan
bendalir hidraulik manakala sistem pneumatik menggunakan udara bertekanan tinggi. Murid juga
BAB 4

didedahkan dengan konsep lakaran, huraian dan mereka bentuk litar kawalan.
Kawalan Elektrik merupakan subtopik yang akhir dalam bab pengangkutan dan kuasa ini.
Dalam subtopik ini, murid akan didedahkan dengan konsep asas dan komponen kawalan elektrik.
Murid juga akan mempelajari empat jenis litar kawalan elektrik yang berbeza dan konsep lakaran
berserta huraian kendalian, serta mereka bentuk litar kawalan.

Bijak Kewangan

Amalan berkongsi kereta ke Bincangkan kesan-kesan sistem


tempat kerja dapat menjimatkan pengangkutan dan perhubungan
kos dan mengurangkan yang lemah.
kesesakan jalan raya.

142
4.1 Sistem Penggerak Utama Kenderaan

4.1.1 Perkembangan sistem pengangkutan

Pembangunan yang pesat berlaku dalam sistem pengangkutan dan perhubungan di Malaysia
selaras dengan keperluan dan pertambahan penduduk. Perkembangan ini meliputi pengangkutan
darat, air dan udara. Perancangan dan pelaksanaan yang berterusan dan cekap mengikut keperluan
semasa adalah penting bagi menjamin kelestarian supaya dapat mengurangkan risiko seperti
kesesakan lalu lintas dan kekurangan perkhidmatan pengangkutan. Antara kesan utama daripada
kelemahan sistem pengangkutan dan perhubungan ialah membantutkan perkembangan ekonomi
setempat secara tidak langsung. Oleh yang demikian, pelbagai sistem pengangkutan telah dicipta
bagi memenuhi keperluan penduduk. Sistem pengangkutan menggunakan beberapa jenis tenaga
penggerak seperti tenaga manusia, enjin dan elektrik.

4.1.2 Peringkat perkembangan sistem pengangkutan

Evolusi pengangkutan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

BAB 4
Peringkat Peringkat Peringkat
permulaan mesin mudah enjin dan motor

Rajah 4.1 Peringkat evolusi pengangkutan

Kesemua peringkat pengangkutan ini pada asasnya dikategorikan berdasarkan tenaga penggerak
yang tersendiri. Rajah 4.1 menunjukkan setiap peringkat perkembangan pengangkutan.

143
Peringkat permulaan

Tenaga penggerak
• Manusia
• Haiwan
• Sumber alam seperti air,
angin dan sebagainya.

Contoh
• Aktiviti pergerakan seperti berjalan, berlari dan sebagainya.
• Aktiviti pengangkutan yang melibatkan haiwan seperti kuda, keldai dan unta.
• Penggunaan sumber alam untuk pengangkutan seperti kapal layar, sampan dan rakit.

Peringkat mesin mudah

Tenaga penggerak
• Manusia atau haiwan
digunakan bersama
mesin mudah.
BAB 4

Contoh
• Pengangkutan yang menggunakan kendalian manusia atau haiwan yang digunakan bersama
mesin mudah seperti beca, pedati, basikal dan sebagainya.

Enjin dan Motor

Tenaga penggerak
• Enjin wap
• Enjin petrol
• Enjin diesel
• Enjin gas
• Motor elektrik

Contoh
• Pengangkutan yang menggunakan enjin dan motor elektrik seperti motosikal, kereta, kapal
terbang, kapal laut, kereta api dan sebagainya.

144
4.1.3 Pengkelasan sistem pengangkutan

Sistem pengangkutan melibatkan pelbagai jenis kenderaan. Sistem pengangkutan ini boleh
dikelaskan kepada tiga jenis pengangkutan iaitu pengangkutan darat, air dan udara.

Pengangkutan darat
Sistem pengangkutan darat boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pengangkutan darat
bermotor dan pengangkutan darat tidak bermotor. Rajah 4.2 menunjukkan perbezaan di antara
dua kategori tersebut:

Sistem pengangkutan darat

Bermotor Tidak Bermotor

Jalan raya Tenaga Insani


Kereta, lori, bas, van, treler Beca, pedati, basikal,lanca,
dan motosikal. troli dan gerabak kereta api.

Landasan
Perkhidmatan rel bersepadu

BAB 4
yang terdiri daripada komuter
dan transit aliran ringan seperti
LRT(Light Rail Transit), Monorel,
ETS (Electrical Trail System), Monorel
MRT (Mass Rapid Transit) dan
ERL (Express Rail Line).

Lain-lain
Eskalator atau tangga bergerak,
lif, laluan penjalan kaki bergerak
(travelator).
Travelator Beca
Rajah 4.2 Perbezaan antara pengangkutan bermotor dan tidak bermotor

Info

Konveyor - Sistem mekanik yang berfungsi memindahkan barang dari


satu tempat ke tempat yang lain.
Automatic Guided Vehicle (AGV) - Sebuah kenderaan robotik yang mengikuti
petunjuk atau garis yang diberikan untuk bergerak ke arah tertentu.
Konveyor

145
Pengangkutan air
Pengangkutan air juga dikenali sebagai pengangkutan maritim. Terdapat pelbagai jenis contoh
pengangkutan air seperti kapal, feri, bot dan lain-lain yang menggunakan laut, sungai, tasik dan
terusan sebagai laluan utama. Antara tujuan pengangkutan air di Malaysia ialah:

Tujuan pengangkutan air di Malaysia

Aktiviti Rekreasi Logistik Sukan

Jet ski, luncur air, kayak dan Kapal kargo, feri, baj dan Kapal layar, bot laju, kayak,
skuter air. tongkang. perahu naga dan kanu.

Rajah 4.3 Tujuan pengangkutan air di Malaysia


BAB 4

Jet ski Kapal kargo Kapal layar

Kayak Bot ekspress Ski air

Foto 4.1 Contoh pengangkutan air

Info

Rekreasi air boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti rekreasi dengan menggunakan peralatan tertentu atau
tidak menggunakan peralatan yang dilakukan pada mana-mana sumber yang berasaskan air. Antara contoh
sumber-sumber rekreasi air adalah seperti laut, sungai, tasik, kolam renang dan taman tema.

146
Pengangkutan udara
Pengangkutan udara digunakan untuk menghubungkan bandar-bandar utama dalam negara,
kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak dan menghubungkan Malaysia ke seluruh dunia.
Contoh pengangkutan udara ialah helikopter, kapal terbang, belon panas, kapal angkasa dan
roket. Helikopter digunakan di kawasan terhad yang tidak mempunyai lapangan terbang. Manakala
belon panas digunakan untuk tujuan rekreasi atau sukan. Bagi kapal angkasa dan roket pula
digunakan untuk penerokaan di ruang angkasa lepas.

Kapal terbang Helikopter Belon udara panas

BAB 4
Kapal angkasa Roket

Foto 4.2 Contoh pengangkutan udara

4.1.4 Perbezaan kendalian asas enjin pembakaran dalam

Enjin pembakaran dalam bermaksud pembakaran bahan api yang berlaku dalam silinder enjin itu
sendiri. Hasil daripada pembakaran inilah enjin mendapat kuasa. Enjin boleh didefinisikan sebagai
perkaitan antara bahagian yang dipasang mengikut sesuatu peraturan yang ditetapkan untuk
menukar tenaga haba dengan kaedah pembakaran kepada tenaga mekanikal untuk melakukan
pergerakan atau kerja. Enjin merupakan bahagian terpenting dalam sesuatu jentera kerana menjadi
sumber kuasa penggerak untuk melakukan pelbagai tugasan yang berkaitan.

Info Info

Pembakaran yang berlaku di dalam silinder enjin Istilah “Tork” digunakan untuk
dinamakan enjin pembakaran dalam dan pembakaran mengukur daya objek yang
yang berlaku di luar enjin dikenali sebagai enjin stim menghasilkan gerakan putaran. Ia
dan dinamakan enjin pembakaran luar. juga bermaksud daya kilas.

147
Enjin pembakaran dalam dibahagikan kepada dua jenis mengikut bahan api yang digunakan.

Enjin pembakaran dalam

Enjin petrol Enjin diesel

Rajah 4.3 Jenis enjin pembakaran dalam

Enjin petrol

Kebanyakan enjin petrol digunakan dalam kenderaan bermotor


seperti motosikal, kereta, motobot, kapal terbang ringan dan
jentera kecil seperti mesin rumput, gergaji rantai dan penjana
elektrik. Dua jenis enjin petrol yang lazim digunakan ialah:

1. Enjin dua lejang

2. Enjin empat lejang


Kedua-dua jenis enjin ini berbeza dari segi struktur enjin
dan cara penghasilan kuasa. Jadual 4.1 menunjukkan perbezaan
antara kedua-dua enjin. Foto 4.3 Contoh enjin petrol
BAB 4

Kenderaan enjin dua lejang Kenderaan enjin empat lejang

Foto 4.4 Contoh kenderaan yang menggunakan enjin dua lejang dan empat lejang

Maksud enjin
pembakaran dalam

148
Jadual 4.1 Perbezaan antara enjin dua lejang dan enjin empat lejang

Jenis enjin
Butiran
Enjin dua lejang Enjin empat lejang

• Dua lejang satu kitaran


• Menggunakan minyak pelincir
• Empat lejang satu kitaran
yang berasingan
• Kuasanya boleh ditambah dengan
• Mempunyai satu silinder
Ciri-ciri menambah bilangan silinder
atau lebih
• Mempunyai injap
• Mempunyai liang
• Mempunyai injap daun

Setiap lejang berlaku secara


Dua lejang akan berlaku secara berasingan
serentak iaitu:
• Masukan
• Lejang masukan dan lejang
Lejang • Mampatan
mempatan
• Kuasa
• Lejang kuasa dan lejang ekzos
• Ekzos

Kitaran lengkap
• Sekali • Dua kali
pusingan aci engkol

BAB 4
• Daya kilas tinggi • Kuasa keluarannya tinggi
• Kos penyelenggaraannya • Sesuai untuk kenderaan
Kebaikan lebih rendah berkuasa besar
• Reka bentuk enjin lebih ringkas • Pembakaran yang lebih sempurna

• Kuasa keluarannya rendah • Kos penyelenggaraan tinggi


• Pembakaran bahan api • Reka bentuk adalah rumit
tidak sempurna • Keluaran daya kilas agak rendah
Keburukan
• Enjin cepat mengalami berbanding enjin dua lejang bagi
panas lampau kuasa kuda yang sama

• Motosikal • Kereta
Kegunaan • Mesin rumput • Van
• Mesin gergaji • Lori

149
(a) Enjin dua lejang
Enjin dua lejang dihidupkan apabila berlakunya pembakaran campuran udara dan bahan api.
Pembakaran ini menghasilkan tenaga yang menggerakkan omboh dalam silinder. Gerakan omboh
dari atas ke bawah atau sebaliknya dinamakan lejang. Enjin dua lejang melengkapkan keempat-
empat proses (masukan, mampatan, kuasa dan ekzos) dalam setiap dua lejang ataupun setiap satu
putaran enjin sahaja. Rajah 4.4 menunjukkan kitaran lejang dan komponen utama enjin dua lejang.

Palam pencucuh

TTA

Injap daun

Liang ekzos
Omboh
TTB Liang masukan

Liang pindah

Bongkah silinder
BAB 4

Aci engkol Kotak engkol

Rajah 4.4 Struktur binaan lengkap enjin dua lejang

Info Info

2T - Minyak enjin dua lejang Bagi enjin dua lejang, minyak pelincir 2T
TTA - Titik Tetap Atas digunakan untuk tujuan pelinciran.
TTB - Titik Tetap Bawah

150
Kendalian asas enjin dua lejang

LEJANG MASUKAN DAN MAMPATAN

TTA

Liang pindah tertutup Injap daun


Liang ekzos tertutup

TTB Liang masukan terbuka

Kotak engkol

Rajah 4.5 Lejang masukan dan mampatan

BAB 4
1 2 3

Omboh bergerak dari TTB


Aci engkol terputar Campuran udara dan
ke TTA, pada ketika ini
apabila pemijak aci bahan api disedut ke
liang masukan terbuka
engkol ditendang atau dalam kotak aci engkol
manakala liang ekzos dan
tali sawat ditarik. melalui liang masukan.
liang pindah tertutup.

6 5 4
Campuran udara
dan bahan api
Aci engkol berputar separuh
Tekanan tinggi terhasil dimampatkan semasa
pusingan iaitu 180°.
omboh menghampiri
kepada TTA.

151
LEJANG KUASA DAN EKZOS

TTA
Injap daun

Hasil pembakaran
Liang ekzos terbuka

TTB
Liang masuk tertutup

Liang pindah

Rajah 4.6 Lejang kuasa dan ekzos


BAB 4

3
1 2 Kuasa tolakan terhasil dan
omboh ditolak ke TTB.
Apabila omboh Percikan bunga api Pada masa yang sama,
menghampiri TTA, menyebabkan campuran liang ekzos terbuka, liang
palam pencucuh udara yang termampat masuk tertutup dan liang
mengeluarkan bunga api. dan bahan api terbakar. pindah terbuka.

4
6 5
Hasil pembakaran keluar
Omboh bergerak melalui liang ekzos. Pada
Aci engkol berputar satu
dari TTB ke TTA dan masa yang sama campuran
pusingan iaitu 360°.
kitaran berulang. udara dan bahan api
masuk ke dalam silinder
melalui liang pindah.

152
(b) Enjin empat lejang
Enjin empat lejang dihidupkan apabila berlakunya pembakaran campuran udara dan bahan api.
Pembakaran ini menghasilkan tenaga yang menggerakkan omboh dalam silinder. Gerakan omboh
dari atas ke bawah atau sebaliknya dinamakan lejang. Kitaran empat lejang bermaksud ada empat
lejang omboh bagi setiap dua kitaran lengkap aci engkol. Rajah 4.7 menunjukkan kitaran lejang dan
komponen utama enjin empat lejang.

Palam pencucuh

Injap masukan Injap ekzos


TTA

Omboh TTB

Aci engkol

BAB 4

Lejang masukan Lejang mampatan Lejang kuasa Lejang ekzos

Rajah 4.7 Kitaran empat lejang enjin petrol

Video kendalian
enjin 4 lejang

153
Lejang masukan

Injap masukan Injap ekzos


terbuka tertutup

TTA • Aci engkol diputarkan.


• Omboh bergerak dari titik tetap atas
(TTA) ke titik tetap bawah (TTB) dan
omboh menghasilkan vakum di bahagian atas
bergerak
ke bawah TTB omboh di dalam silinder.
• Tekanan atmosfera menolak campuran
Aci engkol udara dan bahan api ke dalam silinder
melalui injap masukan yang terbuka.
• Injap ekzos tertutup.

Rajah 4.8 (a) Lejang masukan enjin petrol


BAB 4

Lejang mampatan

Injap masukan Injap ekzos


tertutup tertutup

TTA

omboh
bergerak • Injap masukan dan ekzos tertutup.
ke atas TTB
• Omboh bergerak dari titik tetap bawah (TTB)
ke titik tetap atas (TTA).
• Campuran udara dan bahan api dimampatkan.

Rajah 4.8 (b) Lejang mampatan enjin petrol

154
Lejang kuasa

Injap masukan Injap ekzos


tertutup tertutup

TTA • Injap masukan dan ekzos tertutup.


• Palam pencucuh menghasilkan percikan
omboh
bergerak bunga api.
ke bawah • Campuran udara dan bahan api terbakar.
TTB
• Letupan menghasilkan kuasa yang tinggi
(daya tujah).
• Omboh ditolak dari titik tetap atas (TTA)
ke titik tetap bawah (TTB).

Rajah 4.8 (c ) Lejang kuasa enjin petrol

BAB 4
Lejang ekzos

Injap masukan Injap ekzos


tertutup tertutup

liang ekzos
TTA
• Akibat daripada momentum, omboh
bergerak dari titik tetap bawah (TTB)
omboh ke titik tetap atas (TTA) menolak hasil
bergerak TTB pembakaran dan dilepaskan melalui
ke atas liang ekzos.
• Injap masukan tertutup injap dan
ekzos terbuka.
• Omboh bergerak dari TTA ke TTB dan
kitaran berulang.

Rajah 4.8 (d) Lejang ekzos enjin petrol

155
Enjin diesel

Ciri utama enjin diesel ialah pembakaran bahan api yang berlaku tanpa memerlukan sistem
penyalaan berasingan. Udara disedut masuk ke dalam silinder yang kemudiannya dimampatkan dan
menjadi panas. Bahan api disuntik ke kebuk pembakaran menyebabkan letupan bagi menghasilkan
kuasa tujahan.
Lazimnya nisbah mampatan silinder pada enjin diesel adalah antara 15:1 hingga 22:1 dan
boleh meningkatkan suhu udara sehingga melebihi 500 °C. Enjin diesel biasanya digunakan secara
meluas untuk kenderaan dan jentera yang berkapasiti besar seperti lori, bas dan jentera berat. Walau
bagaimanapun, terdapat juga penggunaan enjin diesel pada kereta persendirian.
BAB 4

Foto 4.5 Contoh kenderaan yang menggunakan enjin diesel

Info

Enjin diesel telah dicipta oleh Doktor Rudolf Diesel pada tahun
1890 melalui nisbah mampatan silinder yang tinggi.

Info

EURO 5 – Merujuk kepada spesifikasi petrol dan diesel yang melibatkan


penambahbaikan dari segi pengurangan kandungan sulfur berbanding
produk sedia ada. Penggunaan produk berspesifikasi EURO 5 dapat
membantu mengurangkan penghasilan dan pelepasan asap yang
berbahaya daripada kenderaan iaitu mono-nitrogen oksida (NOx) yang
merupakan bahan utama penghasilan hujan asid dan jerebu. Penggunaan Video maklumat tambahan
spesifikasi bahan api pada masa akan datang seperti EURO 5 akan dapat tentang minyak diesel.
membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar. Spesifikasi bahan
api pada masa kini adalah EURO 2M dan EURO 4M.

156
Penyuntik (injector)

Injap ekzos
Injap masuk

Liang masukan Liang ekzos

Dari pam penyuntik

Omboh

Aci engkol

Takungan minyak pelincir

BAB 4
Rajah 4.9 Struktur binaan lengkap enjin diesel

Lejang masukan Lejang mampatan Lejang kuasa Lejang ekzos

Rajah 4.10 Kitaran enjin diesel

157
Lejang masukan

Injap Injap ekzos


masukan

Liang Penyuntik Kendalian:


masukan TTA • Aci engkol diputar.
• Omboh bergerak dari TTA ke TTB.
• Injap masukan dan injap ekzos tertutup.
• Udara disedut masuk ke ruang silinder.
Omboh

TTB

Rod penghubung

Aci engkol

Rajah 4.11 (a) Lejang masukan enjin diesel


BAB 4

Lejang mampatan

Injap Injap ekzos


masukan

Kendalian:
Penyuntik
TTA
Udara • Omboh bergerak dari TTA ke TTB.
dimampat • Injap masukan dan injap ekzos tertutup.
• Udara di dalam ruang silinder
Omboh
dimampatkan dan suhu udara
meningkat tinggi.
TTB

Rod penghubung

Aci engkol

Rajah 4.11 (b) Lejang mampatan enjin diesel

158
Lejang kuasa

Injap Injap ekzos


masukan

Kendalian:
Penyuntik
TTA • Penyuntik memancit bahan api
menyebabkan letupan berlaku dalam
kebuk pembakaran.
Omboh • Injap masukan dan injap ekzos tertutup.
• Daya tujahan menolak omboh dari TTA
ke TTB.
TTB • Aci engkol diputar.
Rod penghubung

Aci engkol

Rajah 4.11 (c) Lejang masukan enjin diesel

BAB 4
Lejang ekzos

Injap Injap ekzos


masukan

Kendalian:
Penyuntik • Omboh bergerak dari TTB ke TTA
TTA disebabkan oleh momentum.
• Injap masukan tertutup dan injap
ekzos terbuka.
• Hasil pembakaran ditolak keluar
Omboh melalui injap ekzos.
TTB
• Kitaran lejang berulang.

Aci engkol

Rajah 4.11 (d) Lejang masukan enjin diesel

159
Jadual 4.2 menunjukkan perbezaan antara enjin petrol empat lejang dan enjin diesel empat lejang.

Jadual 4.2 Perbezaan antara enjin petrol empat lejang dan enjin diesel empat lejang

Enjin petrol Enjin diesel

• Menggunakan palam pencucuh • Tidak menggunakan palam pencucuh


• Campuran bahan api dan udara masuk • Udara sahaja yang masuk ke dalam silinder
dalam silinder semasa lejang masukan semasa lejang masukan
• Kuasa keluaran tinggi • Kuasa keluaran yang lebih tinggi
• Bunyi enjin lebih senyap • Bunyi enjin bising atau kuat
• Sesuai untuk kenderaan ringan seperti • Sesuai untuk kenderaan berat seperti lori
kereta dan motosikal dan bas
• Binaan enjin ringkas • Binaan kompleks
• Bahan binaan enjin dapat menahan
tekanan tinggi

4.1.5 Fungsi sistem sokongan enjin

Enjin tidak akan sempurna jika tiada sistem sokongan enjin yang lain seperti sistem bahan api,
sistem nyalaan, sistem penyejukan dan sistem pelinciran. Sekiranya salah satu daripada sistem ini
BAB 4

tidak dapat berfungsi dengan baik atau mengalami kerosakan, enjin mungkin akan mengalami
masalah untuk berfungsi dan tidak lancar.
Sistem bahan api
• Sistem bahan api berfungsi untuk membekalkan campuran udara dan bahan api yang berterusan
kepada enjin pada nisbah yang bersesuaian di permulaan lejang masukan.
• Antara faktor yang dipengaruhi oleh nisbah kesesuaian bekalan campuran udara dan bahan api
kepada enjin adalah seperti kelajuan enjin, beban, suhu dan reka bentuk enjin.
• Komponen-komponen yang digunakan untuk menyalurkan bahan api ke enjin terdiri daripada
tangki bahan api, pam bahan api, penapis bahan api, saluran bahan api, injap tekanan bahan
api, dan penyuntik bahan api.
Jadual 4.3 menunjukkan fungsi setiap bahagian dalam sistem bahan api. Manakala, Rajah 4.12
dan 4.13 menunjukkan bahagian utama sistem bahan api karburetor dan sistem penyuntik bahan api.

Info

Sistem Kawalan Elektronik


Terdiri daripada beberapa pengesan (sensor), seperti MAP (Manifold Absolute Pressure), TP (Throttle Position),
IAT (Intake Air Temperature), EOT (Engine Oil Temperature) dan lain-lain. Unit Kawalan Elektronik (ECU), yang telah
diprogramkan untuk mengawal semua pengesan (sensor) yang terdapat didalam sistem kawalan elektronik bagi
penggunaan bahan api yang lebih baik tanpa menjejaskan mana-mana fungsi enjin yang lain.

160
Jadual 4.3 Fungsi setiap bahagian di dalam sistem bahan api

Bahagian utama Fungsi

Penyuntik Bahan Api • Menyuntik bahan api ke saluran masuk.


• Jumlah suntikan bahan api disesuaikan dengan masa pembukaan
muncung penyuntik.
• Masa dan jumlah suntikan bahan api ditentukan oleh ECM
(Electronic/Engine Control Module) atau unit kawalan elektronik.

Penapis Udara • Penapis udara merupakan komponen yang berfungsi untuk menapis
segala kekotoran yang datang dari saluran udara daripada masuk ke
dalam ruang pembakaran.
• Jika kotoran memasuki enjin ini akan menyebabkan enjin kotor
dan mudah terdedah kepada kerosakan dan jangka hayat enjin akan
berkurangan.

Penapis Bahan Api • Menapis kotoran dalam bahan api agar tidak tersedut oleh pam
bahan api

Tangki Bahan Api • Tangki bahan api dibuat bertujuan untuk menakung bahan api.

Saluran Bahan Api • Memindahkan bahan api dari tangki karburetor atau penyuntik.

BAB 4
Pam Tekanan Bahan Api • Mengepam dan mengalirkan bahan api dari tangki bahan api ke
penyuntik.

Injap Tekanan Bahan Api • Mengatur tekanan bahan api di dalam sistem aliran bahan api untuk
memastikan kadar tekanan yang tetap atau malar.

Injap Kawalan Udara • Sistem ini berfungsi untuk menyalurkan sejumlah udara yang
(Throttle body) diperlukan untuk pembakaran.

Pengatur Tekanan • Menentukan tekanan pada pengaliran suntikan bahan api

Info

Karburetor berfungsi mengewapkan atau menukarkan sifat petrol dari cecair kepada bentuk pendebuan
bahan api untuk mencampurkan bahan api dan udara mengikut nisbah tertentu bagi tujuan pembakaran
yang sempurna di dalam silinder enjin. Karburetor dipasangkan pada injap masukan atau lejang masukan.

ECU = Electronic Control Unit


ECM = Electronic/Engine Control Module

161
Tangki bahan api Injak pemecut

Karburetor

Penapis bahan api

Paip bahan api

Paip wap bahan api

Injap masuk

Perangkai pendikit Pam bahan api

Rajah 4.12 Bahagian utama sistem bahan api karburetor


BAB 4

Injap tekanan bahan api


Pam bahan api

Penapis udara

Penapis bahan api


Penyuntik bahan api

Rajah 4.13 Bahagian utama sistem penyuntik bahan api

162
Sistem penyalaan
Sistem penyalaan di dalam sesebuah enjin memainkan peranan yang sangat penting. Sistem ini
berfungsi untuk:
• Menghasilkan percikan bunga api untuk membakar campuran udara dan bahan api yang
telah termampat di dalam ruangz.
• Mengimbangkan masa pembakaran supaya tepat mengikut keadaan perjalanan enjin.

Jadual 4.4 menunjukkan fungsi setiap bahagian dalam sistem penyalaan dan Rajah 4.14 menunjukkan
bahagian utama sistem penyalaan.

Jadual 4.4 Fungsi setiap bahagian dalam sistem penyalaan

Bahagian utama Fungsi

Palam Pencucuh Berfungsi mengeluarkan percikan bunga api.

Mengecas semula bateri serta memberikan bekalan tenaga untuk sistem


Alternator
elektrikal kenderaan apabila enjin dihidupkan.

Berfungsi meninggikan voltan yang dihasilkan oleh bateri dan dialirkan ke


Gegelung Penyalaan
palam pencucuh.

Mencegah titik penyentuh daripada terbakar, mempercepatkan proses

BAB 4
Pengagih merendahkan dan meninggikan kuasa medan magnet serta menyimpan
arus elektrik buat sementara waktu.

Kabel Voltan Tinggi Mengalirkan arus voltan tinggi ke palam pencucuh.

Membekalkan arus pada sistem elektrik kenderaan, menyimpan


Bateri dan menerima arus yang dibekalkan daripada sistem pengecas serta
menstabilkan voltan bagi keseluruhan sistem elektrik kenderaan.

Suis Penyalaan Menyambung dan memutus arus pada sistem elektrik kenderaan.

Video tentang
sistem penyalaan

163
Bateri

Kabel palam pencucuh

Pengagih

Suis penyalaan
BAB 4

Palam pencucuh

Gegelung penyalaan

Rajah 4.14 Bahagian utama sistem penyalaan

164
Sistem penyejukan
Sistem penyejukan enjin merupakan sistem sokongan yang mengawal suhu kendalian enjin supaya
sesuai pada sebarang kendalian dan pacuan. Berikut adalah tujuan sistem penyejukan enjin iaitu:
• Mengawal suhu pada enjin untuk kendalian terbaik.
• Memindahkan haba yang tidak diperlukan ke luar enjin.
• Mengekalkan suhu enjin.
• Memastikan suhu bahagian yang bergerak pada enjin tidak meningkat kepada suhu
yang boleh menjejaskan keberkesanan minyak pelincir.

Jadual 4.5 Fungsi setiap bahagian dalam sistem penyejukan

Bahagian utama Fungsi

• Tempat pertukaran haba cecair pendingin yang panas melalui bahagian


Radiator
enjin akan disejukkan semula.

Pam air • Berfungsi mengalirkan cecair pendingin ke seluruh sistem penyejukan.

• Berfungsi mengawal kuantiti pengaliran cecair pendingin berdasarkan


Termostat
operasi dan suhu enjin.

• Ruang terbuka di antara bahagian luar dinding silinder dan bahagian


Jaket Air dalam blok serta kepala silinder.

BAB 4
• Ruang kosong ini dipenuhi oleh cecair pendingin.

• Menyalurkan udara sejuk melalui radiator untuk mempercepatkan proses


Kipas enjin
penyejukan cecair pendingin di dalam radiator.

• Merupakan tangki yang digunakan untuk menyimpan bahan cecair


Tangki takungan
pendingin yang dialir keluar daripada radiator.

Sirip pendingin • Memberikan permukaan yang lebih luas untuk pelepasan haba.

Hos atas • Menyambung aliran cecair penyejuk dari termostat masuk ke radiator.

Hos bawah • Menyambung laluan cecair penyejuk dari radiator ke pam air.

Video tentang
sistem penyejukan

165
Bahagian utama sistem penyejukan
BAB 4

Rajah 4.15 Bahagian utama sistem penyejukan

166
Termostat

Hos atas Radiator

Kipas enjin

Tangki takungan

Tangki atas

BAB 4
Radiator

Tangki bawah

Hos bawah Radiator

Pam air

Jaket air

167
Sistem pelinciran
Sistem pelinciran merupakan salah satu sistem sokongan enjin untuk memastikan enjin berfungsi
dengan baik. Fungsi utama sistem ini adalah untuk:
1. Membekalkan minyak pelincir ke semua bahagian enjin yang bergerak bagi mengurangkan
kehausan dan geseran.
2. Berfungsi memindahkan haba yang berlebihan dan menyerap gegaran.
Rajah 4.16 di bawah menunjukkan bahagian utama sistem pelinciran.

Penapis minyak pelincir Palam ukur celup


BAB 4

Pam minyak pelincir

Takung minyak pelincir


Pengaut

Palam buang minyak

Rajah 4.16 Bahagian utama sistem pelinciran

168
Jadual 4.6 menunjukkan fungsi setiap bahagian dalam sistem pelinciran sebuah enjin.
Jadual 4.6 Fungsi setiap bahagian dalam sistem pelinciran

Bahagian utama Fungsi

Takung minyak pelincir • Tempat menakung minyak pelincir.

• Mengaut serta menyimbah minyak pelincir ke bahagian enjin yang


Pengaut
bergerak di dalam bongkah silinder enjin.

Palam ukur celup • Mengukur aras minyak pelincir di dalam takung minyak pelincir.

Palam buang minyak • Lubang saluran keluar untuk membuang minyak pelincir yang kotor.

Palam pengisi minyak • Lubang saluran masuk untuk mengisi minyak pelincir yang bersih.

• Berfungsi mengepam dan menyedut minyak dari takung minyak untuk


Pam minyak pelincir
dihantar ke seluruh bahagian enjin yang bergerak.

• Berfungsi untuk menapis minyak pelincir daripada segala kotoran


yang datang dari bawah enjin seperti debu, cebisan-cebisan logam dan
Penapis minyak pelincir endapan-endapan karbon.
• Semua kotoran ini jika tidak ditapis akan merosakkan minyak pelincir
dan seterusnya mempercepatkan berlakunya kehausan pada enjin.

BAB 4
Info

Minyak separa sintetik/


Minyak galian/Mineral Minyak sintetik penuh
Semi sintetik

• Dicampurkan dengan bahan • Dihasilkan melalui gabungan • Dihasilkan melalui beberapa


tambahan bagi memenuhi antara minyak sintetik penuh proses kimia yang rumit bagi
spesifikasi prestasi yang dan minyak galian atau mineral memastikan penyusunan
diperlukan mengikut keperluan mengikut peratusan tertentu. atom-atom yang baik.
API, ACEA dan JASO. • Biasanya peratusan minyak • Minyak sintetik penuh
sintetik penuh yang dicampur mempunyai sifat antioksida
adalah antara 15 - 20%. yang baik, indeks kelikatan
yang tinggi dan ketahanan
pada suhu tinggi.

169
Cadangan penyelenggaraan sistem sokongan enjin

Jadual 4.7 Fungsi setiap bahagian dalam sistem pelinciran

Sebab-sebab kerosakkan Inferens kerosakan Cadangan tindakan penyelenggaraan


Sukar untuk Memeriksa, membersihkan kepala
Palam pencucuh rosak, basah
hidupkan enjin palam pencucuh atau menggantikan
atau berkarbon
palam pencucuh
Kerosakkan pada bahagian Menggantikan atau menyelenggara
pam minyak pam minyak
Penapis minyak yang tersumbat Menggantikan penapis minyak
atau kotor yang tersumbat
Ikatan kabel pada terminal Memeriksa bateri dan ikatan kabel
bateri longgar bateri pada terminal bateri
Memeriksa sistem penyalaan atau
Penghidup rosak
suis penalaan
Enjin berbunyi bising Gegelang omboh telah haus Menyelenggara enjin
atau kuat atau longgar secara keseluruhan

Menyelenggara bahagian injap


Injap tidak dilaras dengan betul
Memeriksa unit kawalan elektronik ECU

Aci engkol terlalu ketat untuk Memeriksa kandungan minyak pelincir


terus berpusing dalam sistem pelinciran
BAB 4

Kuasa enjin kurang, • Memeriksa dan menyelenggara


peningkatan penggunaan Nisbah campuran udara dan penyuntik bahan api
bahan api dan bahan api tidak seimbang • Memeriksa unit kawalan
mengeluarkan asap ekzos elektronik ECU
bewarna hitam
• Memeriksa dan menukar minyak
pelincir jika perlu
Nisbah penggunaan bahan api
• Memeriksa, membersihkan kepala
lebih banyak
palam pencucuh atau menggantikan
palam pencucuh

Kuasa enjin berkurangan, Kebocoran minyak enjin ke


minyak pelincir • Memeriksa dan menyelenggara
dalam kebuk pembakaran
berkurangan dan enjin secara keseluruhan
yang menyebabkan minyak
mengeluarkan asap ekzos • Menggantikan minyak pelincir
enjin terbakar sekali bersama
bewarna kelabu kebiruan campuran petrol dan udara

Kepala silinder yang bocor atau • Memeriksa dan menyelenggara


mungkin disebabkan kebocoran enjin secara keseluruhan
pada gegelang omboh. • Menggantikan gegelang omboh

170
4.2 Kenderaan Cekap Tenaga

4.2.1 Perkembangan kenderaan cekap tenaga di Malaysia

Kemampuan industri automotif tempatan dalam pengeluaran kenderaan telah terbukti. Setelah tiga
dekad Malaysia menceburi bidang industri automotif, banyak perubahan telah dilalui. Pelbagai
usaha dilakukan untuk memperkukuhkan industri ini ke arah peningkatan daya saing, pengetahuan
dan keupayaan dari sudut sains, teknologi, kejuruteraan serta kemahiran dalam menghasilkan
produk automotif yang hampir setara di peringkat global. Namun begitu, teknologi automotif
terus meningkat dengan pesat dalam kalangan pengeluar kenderaan global yang dibangunkan
bagi memenuhi tuntutan alam sekitar dalam aspek pencemaran dan penjimatan penggunakan
bahan petroleum. Dasar Automotif Negara 2014 (DAN 2014) diwujudkan oleh kerajaan dalam
usaha melibatkan Malaysia ke tahap negara berteknologi tinggi dan sebagai salah satu negara yang
membangun dalam industri automotif terutama di bidang kenderaan cekap tenaga (EEV).

Maksud kenderaan cekap tenaga


Kenderaan cekap tenaga juga dikenali sebagai Energy Efficient
Vehicle (EEV). Terdapat beberapa takrifan mengenai kenderaan
cekap tenaga atau EEV ini. Institut Automotif Malaysia (MAI)
menjelaskan bahawa kenderaan cekap tenaga (EEV) boleh
ditakrifkan sebagai kenderaan yang memenuhi satu set spesifikasi

BAB 4
dari segi tahap pelepasan karbon dan penggunaan bahan api. Ini
termasuklah sebagai kenderaan cekap penggunaan bahan api iaitu
dikenali sebagai kenderaan hibrid, kenderaan elektrik (EV) dan
kenderaan bahan bakar alternatif (alternative fuelled vehicles).

Foto 4.6 Kereta elektrik

Info

Pada tahun 2016, Perodua sekali lagi mencatat


sejarah dengan mengeluarkan kenderaan cekap
tenaga (EEV) sedan pertama Malaysia.

171
4.2.2 Kategori kenderaan cekap tenaga (EEV)

Terdapat tiga jenis kategori kenderaan yang dirangkumkan dalam kenderaan cekap tenaga (EEV).
Antaranya ialah kenderaan hibrid, kenderaan elektrik dan kenderaan yang menggunakan bahan
bakar alternatif pada sistem enjin pembakaran dalam.

Kenderaan elektrik
Kenderaan elektrik ialah kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik untuk menggerakkannya.
Tenaga elektrik mampu menggerakkan kenderaan sebagaimana kenderaan biasa yang menggunakan
sumber bahan api minyak petrol ataupun diesel.

Kelebihan kenderaan elektrik


1. Kenderaan elektrik tidak memerlukan bahan bakar seperti minyak petrol atau diesel.
2. Kenderaan elektrik tidak perlu membuat penyelenggaraan seperti menukar minyak
enjin dan sebagainya.
3. Kenderaan elektrik senyap dan tidak mengeluarkan sebarang asap yang
mencemarkan udara.
4. Gegaran enjin pada tahap minimum.
BAB 4

Kekurangan kenderaan elektrik


1. Jarak perjalanan bagi sesebuah kenderaan elektrik adalah terhad.
2. Kenderaan elektrik mengambil masa yang agak lama untuk mengecas bateri sehingga
penuh (lebih kurang lapan jam) atau sekurang-kurangnya tiga jam untuk pengecasan
segera tetapi hanya terhad kepada 70% bekalan bateri.

Foto 4.7 Kereta elektrik di Putrajaya

172
Kenderaan hibrid
Kenderaan hibrid ialah sejenis kenderaan yang menggunakan kombinasi kuasa elektrik dan bahan
api sebagai sumber tenaga. Motor elektrik dalam kenderaan hibrid berfungsi secara koperatif dan
sangat efektif dalam penjimatan penggunaan bahan api. Kenderaan hibrid menggunakan lebih
daripada satu sumber tenaga untuk digerakkan. Kenderaan ini mempunyai enjin petrol atau diesel
konvensional, motor elektrik dan bateri. Terdapat tiga jenis sistem hibrid iaitu sistem siri, selari dan
siri selari. Kereta hibrid dianggap sebagai kereta masa depan kerana berkesan dalam penjimatan
bahan api, dan pada masa yang sama menghasilkan asap toksik pada tahap yang sangat rendah. Brek
kereta hibrid juga dikonfigurasikan untuk menangkap tenaga yang dibebaskan untuk mengecas bateri.

Kelebihan kenderaan hibrid


1. Dari segi jangka masa panjang, kos penggunaan kenderaan hibrid adalah lebih
murah daripada kenderaan konvensional.
2. Kenderaan hibrid dapat membantu dalam mengurangkan kos penggunaan bahan api.
3. Asap toksik yang dibebaskan oleh kenderaan hibrid berada pada kadar rendah.
4. Kenderaan hibrid dibina dengan bahan-bahan ringan dan binaan luar yang
aerodinamik dalam usaha untuk memaksimumkan kecekapan kenderaan hibrid.

Kekurangan kenderaan hibrid

BAB 4
1. Harga kenderaan hibrid yang mahal berbanding kereta konvensional.
2. Lebih berat disebabkan berat bateri dan enjin yang dipasang di dalam kenderaan.

Bateri
Pengecas Kuasa elektronik
Info

Walaupun kereta Motor elektrik


elektrik dan hibrid
lebih mahal, kerajaan
Malaysia telah memberi
rebat cukai untuk
Bahan ringan
kenderaan elektrik dan
Enjin
hibrid menjadikan harga
kenderaan ini hampir
sama atau lebih rendah Radiator
berbanding kenderaan
petrol dan diesel. Rajah 4.17 Sistem kenderaan hibrid

173
Kenderaan solar
Kenderaan solar ialah satu teknologi yang masih dalam peringkat kajian. Terdapat banyak implikasi
penggunaan kenderaan solar. Secara teorinya, penggunaan kenderaan solar adalah jauh lebih baik
daripada kenderaan elektrik. Ini kerana walaupun kenderaan elektrik tidak menggunakan bahan
api fosil sebagai sumber tenaga, tenaga elektrik yang digunakan untuk mengecas kenderaan elektrik
masih lagi dihasilkan menggunakan bahan api fosil. Manakala, kenderaan solar pula mendapat
sumber tenaganya daripada tenaga solar yang dihasilkan dan diperbaharui.
Penggunaan kenderaan solar akan menjadi terhad kepada sesuatu kawasan yang mempunyai
tenaga matahari yang cukup untuk menjana kuasa.

Kelebihan kenderaan solar


1. Sumber tenaga untuk kenderaan solar ialah cahaya matahari.
2. Tiada kos bahan api diperlukan untuk beroperasi.
3. Tidak mengeluarkan asap yang mencemarkan udara.
4. Bunyi lebih senyap berbanding kereta biasa.

Kekurangan kenderaan solar


1. Kos penghasilan kenderaan solar serta komponennya boleh menjadi terlalu tinggi
akibat daripada pengeluaran yang terhad.
2. Jarak perjalanan adalah terhad bergantung kepada cahaya matahari.
BAB 4

3. Tidak mempunyai kelajuan atau kuasa seperti kenderaan petrol dan diesel.

Kajian yang dijalankan terhadap kenderaan solar telah lama tetapi tahap pencapaiannya masih
di peringkat awal. Pertandingan kenderaan solar banyak diadakan di seluruh dunia. Pelbagai reka
bentuk dan konsep kenderaan solar dihasilkan tetapi masih belum ada pengeluar yang menghasilkan
kenderaan solar untuk dipasarkan.

Foto 4.8 Contoh kereta solar

174
Kenderaan gas asli
Kenderaan gas asli juga dikenali sebagai Natural Gas Vehicle (NGV). Kenderaan ini menggunakan
gas asli termampat (compressed natural gas atau CNG) atau gas asli cair (liquefied natural gas atau
LNG) sebagai sumber bahan api. Kenderaan jenis ini sangat popular di beberapa buah negara seperti
Argentina, Brazil, Iran, Pakistan, Itali, Jerman dan Malaysia. Ini kerana sebarang kenderaan yang
menggunakan minyak petrol sebagai bahan api boleh diubah suai untuk menggunakan bahan api
jenis CNG atau LNG. Di Malaysia, kebanyakan teksi menggunakan gas asli cecair untuk membantu
menjimatkan kos operasi. Kini, kebanyakan teksi di Malaysia telah diubah suai menjadi kenderaan
gas asli.

Kelebihan kenderaan gas asli


1. Sistem gas asli boleh digunakan pada sebarang kenderaan konvensional yang
menggunakan minyak petrol sebagai bahan api.
2. Penggunaan gas asli adalah sangat menjimatkan berbanding petrol dan diesel.
3. Pengeluaran asap pada tahap yang rendah.

Kekurangan kenderaan gas asli


1. Daya kilas enjin menjadi kurang berbanding penggunaan petrol.
2. Stesen NGV masih kurang di Malaysia.

BAB 4
Penyuntik gas
Tangki gas Pengatur tekanan

Tangki petrol

Tangki gas

Penyalur gas

ECM (Modul kawalan enjin)

Rajah 4.18 Sistem kenderaan gas asli

175
Kesan penggunaan kenderaan cekap tenaga terhadap ekonomi
4.2.3
sosial dan alam sekitar berdasarkan aspek kelestarian
Usaha mengurangkan pelepasan asap terutama di kawasan bandar telah banyak dijalankan
oleh pihak berkuasa. Pertambahan populasi bandar dan pertambahan kenderaan seolah-olah
menggagalkan usaha ini. Situasi ini menggalakkan pengeluar kenderaan mengeluarkan kenderaan
yang kurang atau tidak mengeluarkan asap. Pengeluaran kenderaan cekap tenaga seperti kenderaan
elektrik dan kenderaan hibrid dilihat dapat memberikan kesan terhadap ekonomi, sosial dan alam
sekitar. Jadual 4.8 menunjukkan kesan penggunaan kenderaan cekap tenaga.
Jadual 4.8 Kesan penggunaan kenderaan cekap tenaga terhadap ekonomi, sosial dan alam sekitar

• Kesan positif terhadap penggunaan kenderaan cekap tenaga ini


dilihat mampu meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui
penggunaan teknologi.
• Ketidakbergantungan terhadap sumber tenaga yang tidak boleh
Ekonomi diperbaharui seperti petroleum sebagai bahan api untuk kenderaan
bermotor dapat mengurangkan perbelanjaan negara dari segi subsidi
bahan api.
• Permintaan kenderaan cekap tenaga yang tinggi dapat membuka peluang
pasaran baharu dalam sektor automotif negara.

• Dari sudut sosial, kesan positif penggunaan kenderaan cekap tenaga ini
akan meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan manusia.
• Aktiviti sosial dapat dijalankan dengan lebih sihat dan terancang
Sosial
disebabkan alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar.
• Impak terhadap penurunan masalah sosial berkait rapat dengan
peningkatan ekonomi negara.

• Penggunaan kenderaan cekap tenaga memberikan kesan yang positif


terhadap alam sekitar seperti kualiti udara, terma dan bunyi.
• Kesan penggunaan teknologi ini juga dilihat sebagai usaha dalam
Alam Sekitar mengurangkan kesan pencemaran udara yang disebabkan pengeluaran
gas daripada ekzos kenderaan.
• Memulihara dan meminimumkan kesan terhadap alam sekitar serta
menjamin kelestarian biodiversiti umumnya.

Info

Biodiversiti bermaksud kepelbagian


benda hidup dalam persekitaran

176
4.3 Kawalan Hidraulik

4.3.1 Konsep sistem kawalan hidraulik

Kawalan hidraulik merupakan satu litar paip tertutup (enclosed piping circuit) yang menggunakan
bendalir bertekanan (termampat) untuk membolehkan berlakunya kawalan terhadap daya dan
gerakan serta pemindahan bentuk tenaga untuk melakukan sesuatu kerja. Sistem hidraulik banyak
digunakan dalam industri dan kerja-kerja berat. Sebagai contohnya:
• Sistem kawalan mesin seperti kren dan jentera berat
• Stereng kuasa dan sistem brek pada kenderaan
• Mekanisme kawalan sayap kapal terbang
• Mekanisme pemanduan kapal-kapal besar

Jadual 4.9 Kebaikan dan kekurangan sistem hidraulik

Sistem kawalan hidraulik

Kebaikan Kekurangan

• Penghasilan daya kilas yang besar walaupun • Sistem hidraulik mempunyai reka bentuk dan
penggerak hidraulik bersaiz kecil. kendalian yang kompleks.

BAB 4
• Penggerak menghasilkan tindak balas yang • Sistem hidraulik memerlukan kos
cepat dan lancar. penyelenggaraan yang tinggi.
• Penggerak hidraulik boleh dikendalikan • Kebocoran bendalir hidraulik menyebabkan
dalam keadaan berterusan, terputus-putus, risiko kebakaran dan letupan.
membalik dan pegun tanpa rosak. • Pencemaran bendalir hidraulik menyebabkan
• Peratus kehilangan tekanan akibat beban yang sistem tidak berfungsi dengan baik.
dikenakan adalah sangat kecil kerana sistem • Sangat kompleks dari segi penyelenggaraan.
ini menggunakan bendalir khusus.

Info

Empat prinsip asas dalam sistem hidraulik:


• Bendalir tidak mempunyai bentuk.
• Tidak boleh dimampatkan.
• Memindahkan tekanan ke semua arah.
• Mampu melakukan kerja-kerja berat.

177
Jek hidraulik
Lori pengangkut
BAB 4

Jengkaut
Foto 4.10 Contoh aplikasi yang menggunakan sistem hidraulik

Konsep daya, tekanan, kerja dan kuasa dalam sistem kawalan hidraulik
Pengetahuan mengenai konsep daya, tekanan, kerja dan kuasa amat penting bagi menentukan
kecekapan kendalian sistem hidraulik. Di samping itu, kadaran dan pengiraan dalam menentukan
parameter perlu dilakukan untuk memastikan kebolehupayaan sistem berfungsi dengan baik.

178
Daya (F)
Daya merupakan satu tindakan yang menyebabkan berlakunya perubahan halatuju atau pecutan
pada sesuatu objek. Secara ringkasnya, daya digunakan untuk menggerakkan sebarang objek.
Dalam menentukan keupayaan hidraulik, daya dan tekanan adalah saling berhubung kait.
F = pGA
F (newton) = p (Pascal) G A(meter persegi)
[N] = [Pa] G [m2]
= N/m2 G m2
= N
di mana,
F = Daya yang bertindak ke atas, dalam unit Newton (N)
p = Tekanan dalam unit newton/meter persegi (N/m2)
A = Luas kerataan permukaan omboh, dalam unit meter persegi (m2)

Daya yang
Tekanan (p) bertindak (F)
Tekanan (p) ditakrifkan sebagai daya berserenjang atau
normal per unit luas (A) yang bertindak ke atas suatu
permukaan. Tekanan diukur dalam unit pascal (Pa) atau
Newton per meter persegi (N/m2) iaitu dalam unit SI;
Luas keratan

BAB 4
F (N)
Tekanan (p) = permukaan omboh A
A (m2)
di mana;
F  = Daya yang bertindak ke atas, dalam unit Newton (N)
A = Luas kerataan permukaan omboh, dalam unit meter Rajah 4.19 Sistem hidraulik mudah
persegi (m2)

Info

Menurut Hukum Newton (N) daya (F) ditentukan oleh


jisim (m) dan pecutan (a) dan diungkapkan dengan:
1N = 1kg x 1 ms-2
= 1kg ms2
F = m x a dan diukur dalam unit Newton (N)
Video hukum paskal dan
= m (kilogram) x a (meter/saat2)
sistem brek hidraulik.
= kg ms-2
Jisim seberat 1kg diatas bumi mempunyai pecutan
sebanyak 1 ms-2 menghasilkan daya sebanyak 1 Newton.

179
Prinsip kendalian utama hidraulik adalah berdasarkan hukum pascal. Hukum ini menyatakan
apabila suatu daya dikenakan ke atas bendalir di dalam bekas tertutup, tekanan yang dihasilkan
adalah sama ke semua arah.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurangan tekanan

Tekanan
paling rendah

Tekanan Tekanan
paling tinggi paling
rendah

A B C
Air

Petunjuk: PA > PB > PC Tekanan


paling tinggi
Rajah 4.20 Tekanan dan faktor pengurangannya

1. Paip yang terlalu kecil


2. Paip yang terlalu panjang
3. Terlalu banyak penyambungan
4. Terlalu banyak pembengkokan
BAB 4

5. Kelikatan bendalir yang terlalu tinggi


F1 F2

Pemindahan tekanan dalam cecair


Omboh X Omboh Y
A1 A2
Menurut Hukum Pascal tekanan didalam
satu bekas yang tertutup adalah sama.

P1 = P2 P2
P1
F1 F2
=
A1 F2

F 1A 1 = F 2A 2

Rajah 4.21 Pemindahan tekanan dalam cecair

Info

Prinsip Pascal menyatakan tekanan yang


dikenakan ke atas bendalir dalam ruang
tertutup boleh dipindahkan secara seragam
ke seluruh bendalir itu.

180
Contoh 1
Sebuah klinik pergigian menggunakan jek hidraulik untuk menaikkan dan menurunkan kerusi
pesakit. Apabila seorang doktor gigi mengenakan daya F1 pada omboh kecil dengan luas keratan
rentas A1, kerusi itu dinaikkan ke satu jarak.

Daya F1

Omboh X
Omboh Y Luas keratan rentas A1
Luas keratan rentas A2

BAB 4
Daya F2

Rajah 4.22 Pemindahan tekanan dalam cecair pada kerusi boleh laras

Penyelesaian:
Proses ini boleh dilihat seperti berikut:
1. Apabila daya F1 bertindak pada omboh kecil dengan luas keratan rentas A1, tekanan 
dipindahkan dengan magnitud yang sama ke semua arah dalam bendalir bagi sistem itu. 
2. Tekanan yang dikenakan pada omboh yang besar dengan luas keratan rentas A2 akan
menghasilkan satu daya F2 untuk menaikkan kerusi itu. 
3. Magnitud daya F2 bergantung kepada luas keratan rentas A2. Daya F2 bertambah apabila
luas keratan rentas A2 bertambah. 
4. Ia bertindak sebagai pengganda daya. Maka, daya F2 lebih besar daripada daya F1.   

181
Kerja (W)
Kerja (W) ialah tenaga yang bertindak melalui daya menyebabkan sesuatu objek bergerak selari
dengan arah daya yang dikenakan pada jarak tertentu. Daya dan jarak menentukan ukuran bagi
sesuatu kerja yang dilakukan. Unit bagi kerja (W) ialah Joule atau Newton meter (Nm). Rumus
berikut ialah hubung kait antara daya, kerja dan jarak;

Kerja (W) = Daya (F) G Jarak (d)


W(Nm) = F(N) G d (m)
= Newton G meter
= Nm atau Joule

Kuasa (P)
Kuasa (P) ialah kadar melakukan kerja atau kadar pemindahan tenaga dalam tempoh tertentu. Unit
SI bagi kuasa ialah Newton meter per saat atau watt (W). 1 W ialah kerja 1 J yang dilakukan atau
tenaga 1 J yang dipindahkan dalam masa 1 s. Rumus berikut digunakan untuk mengira kuasa.

kerja yang dilakukan (W)


Kuasa (P) =
masa yang diambil (t)

Newton meter (Nm)


BAB 4

Kuasa (P) =
saat (s)
-1
Kuasa (P) = Nms atau watt

Info

Aplikasi rumus dan contoh pengiraan dalam litar kawalan hidraulik


Untuk mengira daya, tekanan atau luas permukaan, rumus berikut boleh digunakan;

Daya F
Daya =F = Newton (N)
Tekanan = p = pa
Luas permukaan = A = m2
Tekanan p Luas A

F=pxA p= F/A A = F/p

182
Contoh 2
Sebuah sistem hidraulik asas yang terdiri daripada omboh A dan omboh B mempunyai luas keratan
rentas 2m2 dan 50m2. Apabila suatu daya 20N dikenakan ke atas omboh A, omboh itu bergerak ke
bawah sebanyak 20cm.
Omboh FB

Omboh FA

Omboh A Omboh A
AA = 2m2 AB = 50m2

Rajah 4.23 Sistem hidraulik asas

Hitungkan:
(a) Tekanan yang dipindahkan dalam bendalir hidraulik

BAB 4
(b) Daya yang terhasil ke atas omboh B
(c) Kerja yang dilakukan oleh omboh A

Penyelesaian:
FA
(a) Tekanan yang dipindahkan, p=
AA
                   = 20 N / 2 m2                          
                   = 10 Nm-2                                                                        
(b) Daya pada omboh B, FB = p x AB 
  = 10 Nm-2 G 50 m2
                                   = 500 N 

(c) Oleh sebab isipadu cecair yang dipindahkan adalah tetap,


kerja yang dilakukan oleh omboh A ialah:
W = FA(N) G d (m)
= 20N G 0.2m
= 4 Nm atau 4 Joule

183
Contoh 3
Silinder utama A

Cakera brek
FA
Pedal AA = 0.10m2

Omboh A FB
AB = 0.05m2 FC
Silinder B Ac = 0.05m2
Omboh C
Omboh B

Rajah 4.24 Sistem brek hiraulik

Seorang pemandu kereta telah menekan brek untuk menghentikan kereta. Kereta berkenaan
mempunyai sistem brek hidraulik yang mempunyai luas permukaan omboh A sebanyak 10cm
manakala luas permukaan omboh B dan C ialah 5cm. Semasa menekan brek, tekanan sebanyak
20N/m2 dikenakan pada omboh silinder A bergerak sebanyak 3cm. Hitungkan:
(a) Jumlah daya yang dihasilkan pada omboh A.
(b) Daya yang terhasil pada omboh B dan C.
(c) Kerja yang dilakukan untuk menghentikan kenderaan itu jika omboh A bergerak
BAB 4

sebanyak 3cm.
(d) Kuasa yang terhasil jika kenderaan tersebut mengambil masa sebanyak 10 saat untuk berhenti.

Penyelesaian:
(a) Jumlah daya yang dihasilkan, (c) Kerja yang dilakukan,
FA = PA G AA WA = FA G d
= 20N/m2 G 0.1m2 = 2N G 0.03m2
= 2N = 0.06 Joule

(b) Daya yang terhasil, (d) Kuasa yang terhasil,


PA = PB = PC
PA = WA
FB = PB G AB
t

= 20N/m2 G 0.05m2
= 0.06 J
10s
= 1N = 0.01 Watt
FB = FC

184
4.3.2 Litar kawalan hidraulik

Bahagian utama kendalian litar kawalan hidraulik


Terdapat empat bahagian utama kendalian sistem hidraulik;
(a) Bahagian perkhidmatan pembekalan
(b) Bahagian pengawalan bendalir
(c) Bahagian penggerak atau penukar
(d) Bahagian pemindahan tenaga atau penghantar tenaga

Bahagian Bahagian Bahagian


penggerak atau pengawalan perkhidmatan
penukar bendalir pembekalan

Bahagian penghantar/pemindah tenaga

Rajah 4.25 Blok sistem hidraulik

BAB 4
Bahagian pengawalan bendalir
Bahagian
perkhidmatan
pembekalan

Bahagian
penghantar/
pemindah
tenaga

Bahagian
penggerak atau Beban
penukar

Rajah 4.26 Contoh sistem hidraulik

185
Komponen, fungsi dan simbol litar kawalan hidraulik
(a) Bahagian perkhidmatan bekalan
Bahagian ini berfungsi untuk membekal tenaga hidraulik melalui bendalir yang disimpan di
dalam tangki. Bahagian ini akan mengubah tenaga mekanikal kepada tenaga hidraulik. Pam ini
akan menaikkan tekanan bendalir hidraulik sehingga tahap yang diperlukan oleh sistem kawalan.
Lazimnya, tenaga mekanikal boleh dihasilkan melalui motor elektrik. Terdapat juga penghasilan
tenaga mekanikal melalui enjin dan tenaga manusia.

Jadual 4.10 Komponen yang terdapat di dalam bahagian perkhidmatan pembekalan

Komponen Fungsi Simbol Foto

Tangki Fungsi tangki hidraulik


adalah untuk menyimpan
bendalir hidraulik.

Motor Menukar tenaga elektrik ke


elektrik tenaga mekanikal supaya
BAB 4

pam berkendali.

Pam Fungsi pam adalah untuk


memindahkan cecair hidraulik
dari tangki ke seluruh sistem
hidraulik.

Tolok Fungsi tolok tekanan adalah


tekanan untuk menunjukkan kadar
tekanan dan lazimnya alat ini
dipasang selepas injap pelega
tekanan untuk memudahkan
penyelarasan tekanan.

186
Injap Berfungsi untuk mengawal
pelega kadar tekanan aliran bendalir
tekanan dalam sistem dan melindungi
komponen lain daripada
menerima lebihan tekanan.

Penyaring Penyaring dipasang di dalam


dan tangki bagi menyaring bendalir
penapis yang keluar dari tangki ke pam.
Penapis dipasang pada bahagian
keluaran injap.

(b) Bahagian pengawalan bendalir


Bahagian ini berfungsi mengatur dan mengawal tekanan, kadar aliran dan arah bendalir dengan
menggunakan injap tertentu. Jadual 4.11 menunjukkan pelbagai komponen injap.

Jadual 4.11 Komponen, fungsi dan simbol berkaitan kawalan bendalir

Komponen Fungsi Simbol Foto

Injap kawalan
aliran:
Menghad jumlah aliran
• Penghad

BAB 4
bendalir yang mengalir
tetap Penghad tetap
di dalam sesuatu paip. Penghad tetap

• Penghad Menghad jumlah bendalir


boleh laras di sesuatu tempat.
Penghad boleh laras
Penghad boleh laras

• Injap
Menghad aliran bendalir dari
penyekat
arah yang bertentangan. Injap penyekat
sehala sehala Injap penyekat sehala

Injap kawalan Mengawal arah aliran bendalir hidraulik dengan menggunakan kendalian insani, pegas,
arah: solonoid, sesondol, pacuan hidraulik.

Injap 2 liang Mempunyai dua arah kawalan


2 kedudukan keluar dalam dua kedudukan
(2/2)

Lazim tertutup

187
Injap 3 liang Mempunyai dua arah kawalan
2 kedudukan keluar. Injap 3/2 terdiri
(3/2) daripada dua jenis iaitu injap
3/2 lazim terbuka dan injap 3/2
lazim tertutup. Lazim tertutup

Lazim terbuka

Injap 4 liang Mempunyai empat arah


3 kedudukan kawalan keluar dalam tiga
(4/3) kedudukan. Kedudukan lazim
berada di tengah manakala
kedudukan kedua berada sama Lazim tertutup
ada sebelah kiri atau kanan.
Injap 4/3 mempunyai dua jenis
iaitu injap 4/3 lazim terbuka
dan injap 4/3 lazim tertutup. Lazim terbuka

Injap 4 liang Mempunyai empat arah


2 kedudukan kawalan keluar dalam
(4/2) dua kedudukan.
BAB 4

Tertutup

Info
Liang

Setiap kotak mewakili


Setiap garisan
satu kedudukan
mewakili satu liang

Info
Video kendalian injap 4
Injap kawalan aliran ialah gabungan injap penyekat liang 3 kedudukan (4/3)
sehala dan penghad boleh laras.

188
(c) Bahagian penggerak atau penukar
Bahagian ini berfungsi untuk menukarkan tenaga hidraulik kepada tenaga mekanikal. Beban
dipasang pada penggerak untuk melakukan kerja-kerja yang telah ditetapkan dalam sistem seperti
mengangkat atau menolak. Jadual 4.12 menunjukkan contoh penggerak lelurus.
Jadual 4.12 Contoh penggerak lelurus

Komponen Fungsi Simbol Foto

Penggerak
lelurus:
Silinder • Silinder tindakan tunggal
tindakan tanpa pegas mempunyai
tunggal satu rod, satu liang dan
memerlukan daya luar untuk
mengembalikan omboh ke Silinder tindakan tunggal
kedudukan asalnya setelah tanpa pegas atau pelocok
digunakan.
• Silinder tindakan tunggal
dengan pegas mempunyai satu Silinder tindakan tunggal
Silinder tindakan tunggal
rod, satu liang dan pegas bagi dengan pegas
mengembalikan omboh ke
kedudukan asalnya.

Silinder dwi
tindakan • Silinder yang menggerakkan
atau silinder beban pada dua arah yang

BAB 4
tindakan lelurus. Silinder mempunyai satu
kembar rod dan dua liang tanpa pegas. Silinder dwitindakan

Silinder dwitindakan

Silinder • Silinder tindakan kembar


tindakan dengan dua rod boleh
kembar dengan menggerakkan dua beban
2 rod pada empat arah lelurus.
Silinder ini mempunyai dua
rod dan dua liang. Antara
kelebihan silinder ini ialah ia
Silinder dua rod
boleh melakukan kerja pada
dua arah yang bertentangan. Silinder dua rod
Kedudukan lazim omboh di
tengah-tengah mempunyai
satu rod.
Silinder hujung • Silinder ini mempunyai dua
berkusyen rod dan dua liang tidak pegas. A B
Kelebihan silinder ini adalah
untuk mengembalikan omboh
pada kedudukan asal dengan Silinder hujung berkusyen
gerakan lembut.

189
(d) Bahagian pemindahan tenaga atau penghantar tenaga
Bahagian ini berperanan memindahkan tenaga hidraulik yang terdapat di bahagian perkhidmatan
bekalan dan tekanan untuk diagihkan ke dalam litar melalui sistem perpaipan. Paip ini diperbuat
daripada bahan logam khas mengikut kesesuaian kegunaan sistem hidraulik. Semakin kecil paip
bererti semakin kecil tenaga dihasilkan dan sesuai untuk tekanan sederhana dan rendah. Untuk
tekanan yang tinggi saiz paip yang lebih besar diperlukan. Jadual 4.13 menunjukkan simbol
komponen dan fungsi pada bahagian pemindahan tenaga. Manakala, jadual 4.14 menunjukkan
simbol komponen dan fungsi pada kedudukan injap dan jadual 4.15 menunjukkan simbol
komponen dan fungsi penggerak menukarkan tenaga hidraulik kepada tenaga mekanik.

Jadual 4.13 Simbol komponen dan fungsi pada bahagian pemindahan tenaga

Simbol Fungsi Simbol Fungsi

Pam Menyedut bendalir dari Motor elektrik Menukarkan tenaga


tangki dan menukarkan elektrik kepada tenaga
tenaga mekanikal kepada
tenaga hidraulik.
M mekanik.

Paip buangan Membuang bendalir


Paip utama/ Menyalurkan bendalir
untuk mengawal tekanan
penyambung keseluruhan sistem
--------------- atau membersihkan
hidraulik.
tangki daripada
bendasing.
BAB 4

Jadual 4.14 Simbol komponen bagi kendalian injap

Simbol Fungsi Simbol Fungsi


Sesondol/cam Tuil/tali Tuil digunakan bagi
Berupa roda yang memudahkan kerja
mudah berputar. kendalian injap.

Kaki Kaki digunakan jika


Pacuan hidraulik
Hidraulik akan dipicu tangan tidak boleh
membuka injap. digunakan.

Pegas Pegas akan


Elektrik solenoid Gelung akan menjadi mengembalikan injap ke
magnet dan seterusnya kedudukan asal.
mengawal injap. Punat tekan Kawalan paling mudah
Pacuan pneumatik dengan menekan punat
Pneumatik dipicu untuk tekan.
membuka injap. Tombol Tombol diputar semula
untuk membolehkan
injap berkendali.

190
Jadual 4.15 Simbol komponen dan fungsi penggerak untuk menukarkan tenaga hidraulik kepada tenaga mekanik

Simbol Fungsi Simbol Fungsi

Silinder tindakan Silinder dwitindakan


tunggal dengan pegas Kawalan hidraulik satu Kawalan hidraulik
arah atau lelurus dan A B
A pada dua arah A atau B
dikembalikan oleh gerakan lelurus sahaja.
pengalir gerakan lelurus.

Silinder hujung
Silinder tindakan Kawalan hidraulik pada
berkusyen Kawalan hidraulik pada
tunggal tanpa pegas satu arah A, gerakan
lelurus sahaja. Daya A B dua arah A atau B,
A gerakan kembali lembut.
luar diperlukan untuk
mengembalikan silinder
ke kedudukan asal.

Silinder rod kembar


Kawalan hidraulik pada
A B dua arah A atau B,
gerakan lelurus sahaja.

BAB 4
4.3.3 Litar kawalan hidraulik

Litar kawalan hidraulik mudah boleh ditunjukkan dengan dua cara iaitu:
• Gambar rajah perpaipan
• Gambar rajah litar skema
Gambar rajah perpaipan sukar dilukis kerana komponen dilukis dalam keadaan keratan. Oleh
itu, ia jarang digunakan untuk melukis litar hidraulik, terutamanya yang melibatkan komponen
yang banyak dan kompleks.
Gambar rajah litar skema adalah lebih ringkas dan mudah dilukis kerana semua komponen
yang terlibat diwakilkan dengan simbol dan penyambungan dilukis dengan satu garisan sahaja.
Rajah 4.27 menunjukkan contoh gambar rajah litar perpaipan dan litar skema sistem kawalan
hidraulik mudah.

191
H H

F G
F

B
C M
BAB 4

D A A

(A) (B)

Senarai komponen litar kawalan hidraulik:

A Tangki E Injap kawalan arah 4/3

B Injap pelega tekanan F Penghad boleh laras

C Pam bermotor G Injap penyekat sehala

D Penapis dan penyaring H Silinder dwitindakan

Rajah 4.27 Contoh litar perpaipan (A) dan litar skema sistem kawalan hidraulik (B)

192
Kedua-dua gambar rajah litar ini diperlukan untuk memudahkan kerja penyambungan litar. Melalui
bantuan kedua-dua gambar rajah litar ini, kita dapat mengenal pasti keadaan litar hidraulik semasa
membuat penyelenggaraan, pembaikan litar dan pengubahsuaian litar. Di samping itu, melalui
gambar rajah litar ini juga boleh menerangkan kendalian dan operasi sistem kawalan hidraulik.

Prinsip asas kawalan hidraulik


Litar asas kawalan hidraulik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
• Sistem pusat terbuka
• Sistem pusat tertutup

Jadual 4.16 Perbandingan antara sistem pusat terbuka dan sistem pusat tertutup

Sistem pusat terbuka Sistem pusat tertutup

Kebaikan: Kebaikan:
• Mengurangkan getaran dan hausan dalam • Menjimatkan penggunaan kuasa enjin
sistem disebabkan tekanan lebih rendah kerana pam hanya beroperasi apabila sistem
semasa operasi. memerlukan minyak.
• Ia mempunyai litar yang ringkas dan mudah • Menjimatkan masa kendalian (operating time)
untuk dibina. kerana tekanan tinggi sedia dalam sistem.
• Mengurangkan penyenggaraan.

BAB 4
Keburukan: Keburukan:
• Kuasa enjin atau motor elektrik akan sentiasa • Tekanan tinggi dalam sistem akan menyebabkan
beroperasi walaupun tidak berlaku pergerakan getaran dan hausan.
silinder atau motor hidraulik. • Sistem rumit dan susah dibina.
• Masa kendalian untuk mengangkat beban • Kerja penyenggaraan rumit kerana tekanan
adalah lambat. dalam sistem.

Info

Faktor pemilihan sifat bendalir hidraulik:


• pelinciran yang baik • ketumpatan yang rendah 
• kelikatan yang unggul  • tidak mudah berbuih 
• kestabilan kimia dan persekitaran  Video kendalian injap
• murah dan mudah didapati 
• tahan api ( tidak mudah terbakar )  kawalan arah 4/3
• cegah karat

193
Contoh litar skema dan kendalian sistem kawalan hidraulik
Litar kawalan hidraulik ini menggunakan injap kawalan arah 4/3 yang membolehkan silinder
dwitindakan berfungsi dalam tiga kedudukan.

A B A B A B

T P T P T
P

M M M

KEDUDUKAN NEUTRAL KEDUDUKAN 1 KEDUDUKAN 2


BAB 4

1. Apabila pam dihidupkan 1. Apabila pam dihidupkan 1. Apabila pam dihidupkan


bendalir akan disedut oleh bendalir akan disedut oleh bendalir akan disedut oleh
pam melalui penapis, terus ke pam melalui penapis, terus ke pam melalui penapis, terus ke
injap kawalan arah 4/3. injap kawalan arah 4/3. injap kawalan arah 4/3.
2. Dari injap 4/3 bendalir 2. Dari injap 4/3 bendalir 2. Dari injap 4/3 bendalir
bertekanan akan bertekanan akan mengalir bertekanan akan mengalir
berhenti mengalir. melalui injap kawalan aliran melalui injap kawalan aliran
3. Pada masa ini, omboh pada dan terus ke dalam silinder dan terus ke dalam silinder
kedudukan statik dan tiada bahagian kiri. bahagian kanan.
pergerakan berlaku. 3. Bendalir itu akan menolak 3. Bendalir itu akan menolak
4. Omboh di dalam silinder omboh ke kanan. omboh ke kiri.
boleh berada pada mana- 4. Bendalir pada ruang silinder 4. Bendalir pada ruang silinder
mana kedudukan di dalam sebelah kanan akan keluar sebelah kiri akan keluar
silinder pada tahap omboh disebabkan tekanan omboh. disebabkan tekanan omboh.
tersebut dihentikan. 5. Bendalir tersebut akan keluar 5. Bendalir tersebut akan keluar
melalui injap kawalan aliran melalui injap kawalan aliran
dan ke injap 4/3 dan terus ke dan ke injap 4/3 dan terus ke
tangki simpanan. tangki simpanan.

Rajah 4.28 Contoh litar skema dan kendalian kawalan hidraulik mudah

194
Contoh aplikasi sistem kawalan hidraulik

Penebuk
Plat logam nipis

Rajah 4.29 Aplikasi hidraulik mesin penebuk lubang

Rajah 4.29 menunjukkan satu mesin yang digunakan untuk menebuk lubang pada sekeping plat
logam. Operasi mesin ini dikawal oleh sistem kawalan hidraulik.
Operasi litar adalah seperti yang berikut:
• Apabila punat tekan ditekan, penebuk ditolak ke bawah dan menebuk plat logam dengan cepat.
Pergerakan rod silinder perlulah cepat dan stabil.
Soalan :
Lakarkan litar skematik kawalan hidraulik bagi kendalian mesin penebuk lubang itu.

BAB 4
Penyelesaian :

Info

Terdapat dua bentuk orientasi lukisan skema hidraulik


iaitu orientasi menegak dan orientasi mendatar.

M
M

195
4.4 Kawalan Pneumatik

4.4.1 Konsep sistem kawalan pneumatik

Pneumatik berasal daripada bahasa Yunani iaitu ‘pneuma’ yang bererti udara atau angin. Semua
sistem yang menggunakan tenaga yang disimpan dalam bentuk udara yang dimampatkan untuk
menghasilkan suatu kerja disebut dengan sistem Pneumatik. Aplikasi sistem pneumatik lazimnya
banyak digunakan untuk melakukan kerja-kerja ringan dan sederhana berat seperti pendingin
udara, motor udara, mesin gerudi, penukul hentak pneumatik dan pintu automatik. Sistem
pneumatik lebih selamat, ringkas, mudah dan murah berbanding sistem hidraulik.
Secara umum sistem pneumatik dan hidraulik adalah sama, fungsi komponen juga hampir
sama. Terdapat sedikit perbezaan pada komponen yang digunakan. Perbezaan yang ketara adalah
pada medium pemindahan tenaga iaitu sistem pneumatik menggunakan udara termampat,
manakala sistem hidraulik menggunakan bendalir bertekanan sebagai penggerak tenaga.
BAB 4

Penukul hentak pneumatik Tukul serpih pneumatik Mesin paku tembak

Foto 4.10 Contoh mesin yang menggunakan konsep kawalan pneumatik

Info

Pengukuran tekanan:
Bar digunakan bersama unit psi Atau sama dengan;
(pound force per square inch)
= 750 mmHg
1 Pa = 1N/m2, = 1,0197 kgf cm-2
1 Bar = 100 000 Pa = 0.9872 atmosphere (atm)
= 14.5 psi

196
Terdapat beberapa maklumat tentang kebaikan dan kekurangan sistem pneumatik seperti yang
dinyatakan dalam Jadual 4.17.

Jadual 4.17 Kelebihan dan kekurangan sistem pneumatik

Sistem kawalan pneumatik

Kelebihan Kekurangan

• Menggunakan udara mampat sebagai • Udara berupaya menyerap kelembapan yang


sumber bekalan untuk melakukan kerja dan akan mempengaruhi sistem kawalan pneumatik.
kebolehdapatannya yang tidak terhad.
• Memerlukan pemasangan peralatan
• Mudah disalurkan untuk jarak yang jauh dan pemampatan udara (air compressor).
mudah disimpan. • Tekanan udara terhad bergantung kepada
• Sistem pemasangannya mudah dan kapasiti pemampat.
menyediakan kebolehlenturan dalam sistem • Sistem kawalan pneumatik mudah terdedah
kawalan pneumatik. pada kebocoran yang akan menyebabkan
• Reka bentuk sistemnya ringkas. kecekapan berkurangan.
• Udara tidak dipengaruhi oleh suhu dan tidak • Potensi terhadap pencemaran bunyi
mudah terbakar. disebabkan udara ekzos yang berbunyi bising.

• Memberikan respon atau tindak balas


yang pantas bagi memulakan dan
memberhentikan kenderaan.
• Udara adalah bersih, kebocorannya tidak akan

BAB 4
mencemarkan persekitaran.
• Komponen sistem kawalan pneumatik mudah
dibina jika dibandingkan dengan sistem
kawalan lain.

Info

Sistem kawalan pneumatik mempunyai kawalan bekalan udara sedia


bertekanan tinggi, ini merupakan aspek utama dalam reka bentuk sistem
kawalan pneumatik. Oleh yang demikian, sistem kawalan pneumatik
mempunyai respon atau tindak balas yang tinggi berbanding sistem
kawalan hidraulik.

197
4.4.2 Bahagian sistem kawalan pneumatik

Sistem kawalan pneumatik boleh dikategori kepada empat bahagian utama iaitu:
• Bahagian perkhidmatan pembekalan
• Bahagian pengawalan pneumatik
• Bahagian penggerak dan penukar
• Bahagian pemindahan atau penghantar tenaga

Bahagian-bahagian ini akan memudahkan penerangan berkenaan komponen, simbol dan


fungsi sistem kawalan pneumatik. Rajah 4.30 menunjukkan gambar rajah blok sistem kawalan
pneumatik. Manakala, Rajah 4.31 menunjukkan gambar rajah perpaipan sistem pneumatik.

Bahagian Bahagian Bahagian


penggerak atau pengawalan perkhidmatan
penukar pneumatik pembekalan

Bahagian penghantar/pemindah tenaga

Rajah 4.30 Blok sistem pneumatik


BAB 4

Bahagian
perkhidmatan
pembekalan Tolok tekanan
Penyejuk
Penapis air
dan minyak
Motor
elektrik
Alat atur

Pengering

Bahagian
penghantaran
tenaga

Bahagian Bahagian pengawalan


penggerak pneumatik

Rajah 4.31 Mesin pemampat bagi pembekalan udara

198
(a) Bahagian perkhidmatan bekalan
Bahagian ini berfungsi menyediakan udara mampat daripada sumber udara di sekeliling. Udara
ini kemudiannya dimampatkan oleh mesin pemampat untuk menghasilkan udara termampat
bertekanan tinggi. Pemampat penting dalam menentukan tekanan udara mampat yang dikehendaki
dan bersesuaian untuk melakukan sesuatu kerja. Udara yang termampat ini disimpan di dalam
tangki penerima udara. Keseluruhan komponen sistem litar kawalan pneumatik ini mestilah
mampu menampung isipadu dan tekanan udara. Pemilihan komponen yang besesuaian dengan
jumlah tekanan udara adalah penting untuk mengelakkan kerosakan komponen dan memastikan
keselamatan pengguna peralatan pneumatik. Foto 4.11 menunjukkan mesin pemampat bagi
pembekalan udara. Jadual 4.18 menunjukkan komponen, fungsi dan simbol dalam bahagian
perkhidmatan bekalan.

Foto 4.11 Mesin pemampat bagi pembekalan udara

BAB 4
Jadual 4.18 Komponen, fungsi dan simbol di bahagian perkhidmatan bekalan

Komponen Fungsi Simbol Foto

Motor elektrik Berfungsi sebagai pemicu pam.


Motor elektrik akan berkendali
bagi menghasilkan tekanan udara

M
yang dikehendaki.
Terdapat pelbagai jenis penggerak
pam selain daripada motor elektrik.
Antaranya ialah enjin petrol dan diesel.

Pemampat Berfungsi sebagai penyedut udara, gas


udara atau wap untuk meningkatkan tekanan
lebih daripada tekanan asal.

199
Penapis minyak Berfungsi sebagai penapis udara daripada
dan air kehadiran air dan minyak sebelum
disimpan di dalam tangki.

Tangki Berfungsi sebagai tempat penyimpanan


(penerima udara yang telah dimampat dan
udara) dipasangkan berhampiran dengan
pemampat. Juga mengasingkan air yang
terjadi sewaktu pemeluwapan udara yang
termampat dan menyejukkan udara yang
termampat. Injap pembuangan udara,
injap pemberhenti aliran udara dan
perangkap airnya dipasang pada tangki.

Pengering Mengeringkan udara daripada sebarang


lembapan. Komponen ini penting bagi
mengelakkan berlakunya kerosakan
komponen lain akibat lembapan seperti
karat.

Tolok tekanan Fungsi tolok tekanan adalah untuk


menunjukkan kadar tekanan dan
lazimnya alat ini dipasang selepas injap
pelega tekanan bagi memudahkan
tekanan dieselaraskan.
BAB 4

Pelicin Pelicin diperlukan bagi menambah


kelancaran pengaliran udara dalam
sistem. Di samping berfungsi sebagai
pelicin, komponen ini memastikan
geseran di dalam sistem dapat
dikurangkan dan dapat mengurangkan
masalah kehausan pada komponen.
Biasanya pelicin dipasang selepas tolok
tekanan.
Penapis udara Berfungsi sebagai penapis udara
untuk mengelakkan kotoran dan
bendasing memasuki sistem yang boleh
menyebabkan kerosakan seperti sistem
tersumbat.

Injap Injap ini berfungsi untuk mengawal


kawalan kadar aliran tekanan udara dalam sistem
tekanan dan melindungi komponen lain daripada
menerima tekanan berlebihan.

200
(b) Bahagian pengawalan pneumatik
Bahagian ini berfungsi mengawal tekanan, kadar aliran dan arah udara termampat. Kawalan ini
dilakukan oleh injap tertentu. Jadual 4.19 menunjukkan komponen, fungsi dan simbol di dalam
sistem kawalan pneumatik.

Jadual 4.19 Komponen, fungsi, simbol dan gambar rajah kawalan pneumatik

Komponen Fungsi Simbol Foto


Injap kawalan
aliran:

Injap ini berfungsi untuk mengatur


• Penghad
tekanan agar penggerak pneumatik
tetap Penghad tetap
boleh bekerja secara berturut-turut.

Untuk mengurangkan tekanan yang


• Penghad
mengalir dalam saluran tertentu
boleh laras
daripada menjadi kecil. Penghad boleh laras

Boleh melaras jumlah udara


• Injap termampat mengalir ke suatu tempat.
penyekat Injap penyekat
sehala Ia juga boleh menyekat aliran udara
sehala
pada arah yang bertentangan.

BAB 4
Injap Injap ini mengawal arah aliran udara bertekanan dengan menggunakan kaedah insani,
kawalan arah tenaga solenoid, pelocok dan tenaga pneumatik. Injap ini terdapat dalam pelbagai jenis,
yang ditentukan mengikut bilangan liang aliran, bilangan kedudukan serta cara kendalian.

Injap 2 liang Mempunyai dua arah kawalan keluar


2 kedudukan dalam dua kedudukan
(2/2) Berfungsi sebagai penggerak motor
udara dan peralatan pneumatik.

Info

• Injap kawalan sehala adalah gabungan injap


penyekat sehala dan penghad boleh laras.
• Terdapat injap tutup atau buka sebagai
injap masukan utama pneumatik. Injap tutup atau buka

201
Injap 3 liang Mempunyai dua arah kawalan keluar.
2 kedudukan Injap 3/2 terdiri daripada 2 jenis iaitu
(3/2) injap 3/2 lazim terbuka dan injap 3/2
lazim tertutup.
Lazim tertutup

Lazim terbuka

Injap 4 liang Mempunyai dua arah kawalan keluar.


2 kedudukan Injap 4/2.
(4/2)

Injap 4 liang Mempunyai empat arah kawalan


3 kedudukan keluar dalam tiga kedudukan.
(4/3) Kedudukan lazim berada di tengah
manakala kedudukan kedua berada
Lazim terbuka
sebelah kiri atau kanan. Injap 4/3
mempunyai dua jenis iaitu injap 4/3
lazim terbuka dan injap 4/3 lazim Lazim tertutup
tertutup.
BAB 4

Info
Liang

Setiap kotak mewakili


Setiap garisan
satu kedudukan
mewakili satu liang

Info

Jadual menunjukkan peranan nombor dan huruf pada injap kawalan arah menurut
DIN ISO 5599 dan Sistem Huruf ISO 1219 dalam sistem kawalan pneumatik.

Liang / Sambungan ISO 5599 Sistem Huruf ISO 1219


Liang masuk 1 P
Liang keluaran 1,2 B, A
Pembuangan 3 (injap 3/2) R (3/2)
Pembuangan 5, 3 (injap 5/2) R, S (injap 5/2)
Kawalan 12,14 42

202
(c) Bahagian penggerak atau penukar
Bahagian ini berfungsi untuk menukarkan tenaga pneumatik kepada tenaga mekanikal. Beban
dipasang pada penggerak untuk melakukan kerja-kerja yang telah ditetapkan dalam sistem seperti
mengangkat, menolak atau memutar sepeti motor. Penggerak dibahagikan kepada dua jenis iaitu
penggerak lelurus (silinder) dan penggerak berputar (motor). Jadual 4.20 menunjukkan contoh
penggerak lelurus dan berputar.
Terdapat pelbagai jenis penggerak lurus yang boleh digunakan untuk operasi sesuatu sistem
kawalan hidraulik. Antaranya ialah silinder tindakan tunggal, silinder dwitindakan, silinder dua
rod dan lain-lain.

Jadual 4.20 Contoh penggerak lelurus

Komponen Fungsi Simbol Foto

• Silinder • Mempunyai satu rod, satu liang


tindakan dan memerlukan daya luar
tunggal untuk mengembalikan omboh
ke kedudukan asal. Silinder tindakan
tunggal tanpa pegas
• Silinder tindakan tunggal
dengan pegas mempunyai
satu rod, satu liang dan pegas Silinder tindakan tunggal
bagi mengembalikan omboh
ke kedudukan asalnya setelah Silinder tindakan
tunggal dengan pegas
digunakan.

BAB 4
• Silinder yang menggerakkan
• Silinder
beban pada dua arah yang
dwitindakan
lelurus. Silinder mempunyai
satu rod dan dua liang tanpa
Silinder dwi tindakan
pegas.

• Silinder dua • Silinder dua rod boleh


rod menggerakkan dua beban pada
empat arah lelurus. Silinder
ini mempunyai dua rod dan
dua liang tidak pegas. Antara
kelebihan silinder ini ialah ia
boleh melakukan kerja pada
Silinder dua rod Silinder dua rod
dua arah yang bertentangan.
Kedudukan lazim omboh di
tengah-tengah mempunyai
satu rod.

203
(d) Bahagian pemindahan tenaga
Bahagian ini berperanan memindahkan tenaga pneumatik yang terdapat di bahagian perkhidmatan
bekalan dan tekanan untuk diagihkan ke dalam litar melalui sistem perpaipan. Paip ini diperbuat
daripada bahan logam khas mengikut kesesuaian kegunaan sistem pneumatik. Semakin kecil
paip bererti semakin kecil tenaga yang dihasilkan dan ia sesuai untuk tekanan sederhana dan
rendah. Untuk tekanan yang tinggi, maka saiz paip yang lebih besar diperlukan. Jadual 4.21
menunjukkan simbol komponen dan fungsi pada bahagian pemindahan tenaga. Manakala Jadual
4.22 menunjukkan jenis mod kendalian injap kawalan arah.

Jadual 4.21 Simbol komponen dan fungsi pada pemindahan tenaga

Simbol Fungsi Simbol Fungsi


Pemampat Memampatkan udara Motor pneumatik Menukarkan tenaga
yang diambil dari elektrik kepada tenaga
atmosfera menjadikan M mekanikal.
udara bertekanan.

Paip utama/ Injap olak alik (dua hala) Injap yang boleh
Membawa bendalir
penyambung di dalam paip pada mengawal daripada dua
keseluruhan sistem. masukan.

Silinder tindakan Kawalan pneumatik satu Kawalan pneumatik


Silinder rod kembar
tunggal dengan pegas arah atau lelurus dan pada dua arah A atau B,
dikembalikan oleh pegas. A B
BAB 4

gerakan lelurus sahaja.


A

Silinder tindakan Kawalan pneumatik pada Silinder hujung Kawalan pneumatik


tunggal tanpa pegas satu arah A, gerakan
berkusyen pada dua arah A atau B,
lelurus sahaja. Daya
A luar diperlukan untuk A B gerakan kembali lembut.
mengembalikan silinder
ke kedudukan asal.

Info

Lazimnya setelah litar pneumatik berkendali, udara mampat tidak disimpan


semula tetapi dibebaskan ke atmosfera. Oleh yang demikian, bahagian
perkhidmatan pembekalan pneumatik perlu dibekalkan secara berterusan.

204
Jadual 4.22 Jenis mod kendalian injap kawalan arah

Simbol Fungsi Simbol Fungsi


Tuil/tali Tuil digunakan bagi Solenoid Gelung yang akan
menjadi magnet dan
memudahkan kendalian
seterusnya mengawal
injap. injap.
Kaki Kaki digunakan jika Sesondol/cam Berupa roda yang
tangan tidak boleh mudah berputar.
digunakan.

Kawalan paling mudah


Punat tekan
dengan menekan punat Pegas Pegas akan
tekan. mengembalikan injap ke
kedudukan asal.
Tombol Tombol diputar semula
untuk membolehkan
injap kendali.

Isyarat pandu Dipicu oleh pneumatik


bagi mengawal injap.

BAB 4
4.4.3 Litar kawalan pneumatik

Litar kawalan pneumatik mudah boleh ditunjukkan dengan dua cara iaitu:
(a) Gambar rajah perpaipan
(b) Gambar rajah litar skematik
Gambar rajah perpaipan sukar dilukis kerana komponen dilukis dalam keadaan keratan. Oleh itu,
gambar rajah ini jarang digunakan untuk melukis litar pneumatik, terutamanya yang melibatkan
komponen yang banyak dan kompleks.
Gambar rajah litar skema pula lebih ringkas dan mudah dilukis kerana semua komponen yang
terlibat diwakilkan dengan simbol dan penyambungan dilukis dengan satu garisan sahaja. Melalui
gambar rajah litar ini kendalian dan operasi litar kawalan pneumatik dapat difahami.

205
Prinsip pengendalian litar asas pneumatik
Rajah 4.32 menunjukkan litar kawalan pneumatik dalam keadaan sebelum dan selepas dikendalikan.

Rod Pegas Omboh Rod keluar

Silinder
tindakan
tunggal
Injap 3/2 A A
Injap 3/2 Pegas
Q
Q menyimpan tenaga

Sebelum Selepas
ditekan ditekan

P R P R
Punca
sambungan Pegas
ke bekalan menyimpan
tenaga
(a) Litar skematik (a) Litar skematik
BAB 4

Udara Udara
termampat termampat
dibebaskan disekat
Daripada pemampat
(b) Gambar rajah perpaipan (b) Gambar rajah perpaipan

Keadaan awal injap sebelum ditekan Keadaan awal injap selepas ditekan
Kedudukan 1 Kedudukan 2
1. Apabila sistem dihidupkan udara termampat 1. Apabila punat tekan injap ditekan, udara
akan masuk ke liang P pada injap kawalan termampat akan masuk dari P ke Q terus ke A
arah 3/2 dan terhenti dalam injap. pada silinder tindakan tunggal dengan pegas.
2. Aliran udara termampat akan bergerak
2. Omboh dalam silinder berada dalam
masuk ke ruang silinder dan menolak omboh.
keadaan belum berkendali.
3. Omboh akan bergerak ke kiri pada masa yang
sama pegas dimampatkan dan seterusnya
menolak rod keluar
Info
4. Apabila punat dilepaskan, aliran udara akan
terhenti dan ruang silinder akan kehilangan
Tekanan tekanan. Pegas yang berkeadaan mampat
Liang udara keluar menolak omboh ke kedudukan asal.
dari pemampat

Rajah 4.32 Litar skema ketika dalam keadaan sebelum dan selepas dikendalikan

206
Contoh aplikasi sistem kawalan pneumatik

pintu dibuka

pintu ditutup

Rajah 4.33 Penggunaan sistem pneumatik dalam operasi kawalan pergerakan pintu

Kendalian litar kawalan pneumatik untuk mengawal pintu


Sistem kawalan pneumatik boleh digunakan untuk mengendalikan pintu. Rajah 4.33 menunjukkan
penggunaan sistem kawalan pneumatik dalam operasi pergerakkan pintu. Operasi kawalan
pergerakkan pintu adalah seperti berikut:
i. Apabila butang suis ‘ON’ ditekan, pintu akan terbuka.
ii. Apabila butang suis ‘OFF’ ditekan, pintu akan tertutup.

BAB 4
Kendalian litar kawalan pneumatik
Rajah 4.34 (a) dan Rajah 4.34 (b) menunjukkan kendalian injap kawalan litar kawalan pneumatik.
Litar kawalan pneumatik ini terdiri daripada satu injap kawalan arah 4/2 dan dua injap kawalan arah
3/2 yang membolehkan silinder dwi tindakan berfungsi. Kelebihan menggunakan gabungan injap
kawalan ini adalah mengekalkan kedudukan injap sehingga terdapat perubahan pada kedudukan
isyarat masukan.

1
Injap kawalan Injap kawalan
3/2 (a) 3/2 (b)

Kawalan pintu Kawalan pintu


ditutup (off) dibuka (on)

Rajah 4.34 (a) Litar skematik kendalian pneumatik untuk mengawal pergerakan pintu

207
Kawalan pintu dibuka (ON)
1. Bekalan udara sedia ada dibekalkan kepada kedua-dua injap kawalan 3/2(a) dan 3/2(b). Apabila
punat ditekan, injap kawalan 3/2(b) dikendalikan.
2. Aliran bekalan udara dibekalkan kepada injap kawalan 3/2 (b) melalui arah aliran 1 dan
menyebabkan injap kawalan 4/2 berkendali.
3. Injap kawalan 4/2 berkendali dengan membenarkan pengaliran aliran bekalan udara melalui
arah aliran 2. Isyarat keluaran injap kawalan 4/2 akan menukarkan keadaan injap kawalan
kepada keadaan ‘ON’ iaitu menggerakkan omboh ke arah kiri bagi membuka pintu kenderaan.
Isyarat pada injap kawalan akan kekal sebegitu.
4. Apabila punat dilepaskan pada injap kawalan 3/2(b), aliran udara akan terhenti dan menyebabkan
ruang silinder hilang tekanan. Pegas yang berkeadaan mampat pada injap kawalan 3/2(b) akan
kembali ke kedudukan asal.

Injap kawalan Injap kawalan


3/2 (a) 3/2 (b)
BAB 4

Kawalan pintu Kawalan pintu


ditutup (off) dibuka (on)

Rajah 4.34 (b) Kendalian injap kawalan

Kawalan pintu ditutup (OFF)


1. Untuk menutup semula pintu, punat ditekan dan injap kawalan 3/2(a) berkendali dengan
bekalan aliran udara sedia ada.
2. Aliran bekalan udara dibekalkan kepada injap kawalan 3/2 (a) melalui arah aliran 3 dan
menyebabkan injap kawalan 4/2 berkendali.
3. Injap kawalan 4/2 berkendali dengan membenarkan pengaliran aliran bekalan udara melalui
arah aliran 4. Isyarat keluaran injap kawalan 4/2 akan menukarkan keadaan injap kawalan
kepada keadaan ‘OFF’ iaitu menggerakkan omboh ke arah kanan bagi menutup semula pintu.
Isyarat pada injap kawalan akan kekal sebegitu.
4. Apabila punat dilepaskan pada injap kawalan 3/2(a), aliran udara akan terhenti dan menyebabkan
ruang silinder hilang tekanan. Pegas yang berkeadaan mampat pada injap kawalan 3/2(a) akan
kembali ke kedudukan asal.

208
Perbezaan antara sistem kawalan pneumatik dan sistem kawalan hidraulik
Jadual 4.23 Perbezaan antara sistem kawalan pneumatik dan kawalan hidraulik

Sistem Pneumatik Sistem Hidraulik

Menggunakan medium bendalir hidraulik


Menggunakan medium udara termampat
bertekanan.

Kos penghasilan udara termampat


Kos bendalir hidraulik adalah mahal.
adalah murah.
Kendalian peralatan dan komponen Kendalian peralatan dan komponen hidraulik
lebih bersih. kurang bersih (berminyak)

Digunakan untuk kerja ringan Digunakan untuk kerja berat.

Udara termampat memberikan rintangan Bendalir hidraulik menghasilkan


aliran yang rendah. rintangan tinggi.

Membuat kerja lebih pantas tetapi


Membuat kerja perlahan tetapi lancar.
kadangkala tersekat-sekat.

Tidak sesuai untuk kerja yang berhenti Sesuai untuk kerja yang memerlukan sistem
separuh jalan. terhenti separuh jalan.

Merbahaya jika digunakan pada suhu yang


Boleh berfungsi pada suhu yang tinggi. tinggi kerana bendalir hidraulik sangat
mudah terbakar.

BAB 4

Foto 4.12 Contoh mesin hidraulik Foto 4.13 Contoh mesin pneumatik

209
4.5 Kawalan Elektrik

4.5.1 Konsep sistem kawalan elektrik

Konsep sistem kawalan


Kawalan elektrik merupakan set komponen yang melaras atau mengawal kerja alatan elektrik yang
lain berdasarkan aturan kerja yang telah ditentukan terlebih dahulu. Salah satu alatan elektrik yang
lazimnya memerlukan kawalan khusus ialah motor elektrik. Sebagai contoh apabila sebuah motor
arus ulang-alik dihidupkan daripada satu bekalan voltan penuh, motor tersebut akan menyebabkan
penggunaan arus yang tinggi antara dua hingga enam kali ganda secara mengejut. Ini boleh
menyebabkan kerosakan terhadap alat atau mesin kawalan motor selain mengganggu talian bekalan
elektrik. Situasi ini juga boleh menjejaskan fungsi motor-motor lain yang menggunakan talian
bekalan elektrik yang sama. Dalam bahagian ini, kawalan elektrik yang dimaksudkan ialah kawalan
elektromagnet yang menggunakan komponen elektromekanikal.

Komponen litar kawalan elektrik


Semua komponen di dalam litar kawalan elektrik terbahagi kepada dua iaitu:

Jadual 4.24 Komponen di dalam litar elektrik dan fungsinya

Komponen Fungsi

Komponen-komponen yang menyambungkan talian


BAB 4

Alat Kawalan Utama


kepada beban.

Komponen-komponen yang digunakan untuk mengawal


Alat Pandu
atau mengatur alat kawalan utama.

Berikut ialah komponen-komponen penting yang digunakan dalam kawalan elektrik:

• Pemutus litar miniatur (Miniature circuit breaker, MCB) • Pemasa (Timer delay relay, TDR)
• Geganti beban lampau (Overload relay) • Suis
• Geganti kawalan (Control relay) • Suis punat tekan
• Sesentuh (Contactor) • Lampu penunjuk (Indicator light)
• Sesentuh tambahan (Auxiliary contactor)

210
1. Pemutus litar miniatur
Pemutus litar miniatur (PLM) adalah sejenis alat pelindung yang sama fungsi dengan fius yang
digunakan dalam litar kawalan motor. Ia berfungsi untuk memutuskan bekalan secara automatik
apabila berlaku lebihan arus. PLM selalunya adalah untuk kegunaan satu fasa dan tiga fasa dan ia
mempunyai kadar arus yang berbeza-beza contohnya 6A, 16A, 20A, 32A dan sebagainya. PLM
menggunakan prinsip medan magnet, di mana terdapat gelung bersiri dengan litar utama yang
menarik bahagian pelantik untuk memutuskan litar apabila arus melebihi tahap tertentu yang
telah dihadkan untuk sesebuah PLM. Foto 4.14 menunjukkan gambar sebenar PLM dan Foto 4.15
menunjukkan binaan dalaman PLM.

Foto 4.14 Pemutus litar miniatur Foto 4.15 Binaan dalaman PLM

2. Geganti beban lampau


Komponen ini merupakan komponen keselamatan yang
berfungsi secara automatik untuk melindungi beban (motor)
daripada rosak apabila arus berlebihan mengalir melaluinya.

BAB 4
Biasanya, geganti beban lampau akan disambungkan secara siri
dengan motor dan arus beban akan mengalir melalui geganti
beban lampau dan terus ke motor. Di dalam komponen ini,
terdapat dua logam yang mempunyai pengembangan panas
yang berbeza. Apabila arus yang berlebihan melaluinya, ia akan
menyebabkan logam mengembang dan menolak bar, seterusnya
menolak angker. Dengan itu, sentuhan biasa tertutup akan
terbuka dan motor akan berhenti beroperasi. Foto 4.16 Geganti beban lampau

Sentuhan biasa Motor Motor


terminal Sentuhan biasa
tertutup terminal
tertutup

Elemen Elemen
Plat Plat
pemanas pemanas
dwilogam dwilogam

Sebelum Selepas

Rajah 4.35 Kendalian geganti beban lampau apabila berlaku arus berlebihan.

211
3. Geganti kawalan
Geganti kawalan ialah sesentuh atau suis yang dikendali
oleh elektromagnet. Ia hanya digunakan atau dipasang
pada litar kawalan sahaja. Foto menunjukkan contoh
geganti kawalan.
Foto 4.17 Geganti kawalan

4. Penyentuh
Penyentuh adalah merupakan bahagian pembawa arus yang terdekat kepada kelengkapan litar
kawalan motor apabila penyentuh tertutup. Ia merupakan sejenis suis yang dikendalikan secara
automatik dengan bantuan kuasa elektromagnet. Penyentuh ini berfungsi sebagai pengasing
atau perantaraan di antara litar kawalan dengan beban (motor) di mana ia membenarkan atau
menghentikan bekalan kuasa ke motor. Penyentuh membenarkan arus mengalir apabila bekalan
kuasa dibekalkan ke gegelung penyentuh dan menyebabkan elektromagnetik terhasil dan
menghentikan pengaliran arus apabila bekalan kuasa ke gegelung terputus. Penyentuh terbahagi
kepada dua iaitu:
a. Sesentuh Lazim terbuka (normally open, NO)
Sesentuh ini akan terbuka semasa penyentuh belum bertenaga. Pada kedudukan ini, arus
tidak akan mengalir di dalam litar.
b. Sesentuh Lazim tertutup (normally close, NC)
Sesentuh ini akan tertutup semasa penyentuh belum bertenaga. Arus akan mengalir dan
BAB 4

akan berhenti apabila penyentuh sudah bertenaga.

Sentuhan Penyentuh
sedia buka sedia tutup

Gegelung

(A) (B)

Foto 4.18 Penyentuh Rajah 4.36 Perbezaan bahagian struktur dalaman sesentuh ketika tiada
bekalan arus (A) dan ketika bekalan arus melaluinya (B).

212
5. Pemasa
Pemasa merupakan satu komponen elektronik di dalam litar
kawalan di mana ia membenarkan dan menghentikan pengaliran
arus elektrik pada satu masa tertentu. Masa tersebut boleh
ditentukan dengan melaraskan pelarasnya. Apabila gegelung
menerima tenaga elektrik, sesentuh tidak akan beroperasi
sehinggalah satu tempoh yang telah ditetapkan pada pelaras
pemasa. Selepas masa yang telah ditetapkan, sesentuh akan
beroperasi dan arus akan mengalir melalui litar kawalan. Apabila
bekalan kuasa pada gegelung terputus, maka sesentuh akan
terlepas dan arus tidak akan dapat melaluinya lagi. Pemasa ini
terdiri daripada pemasa saat, minit dan jam. Ia boleh dijadikan
sebagai pemasa sesentuh lazim terbuka (normally open, NO) atau Foto 4.19 Pemasa
sesentuh lazim tertutup (normally close, NC).

6. Suis
Suis ialah alat yang digunakan untuk memutuskan litar elektrik, menghentikan aliran aliran arus
elektrik atau boleh mengalihkan aliran arus dari satu pengalir ke pengalir yang lain. Dua perkara
perlu diambil kira sebelum menggunakan suis ialah kesesuaian suis dari segi voltan kendalian dan
arus maksimum suis.

BAB 4
Foto 4.20 Suis pemilih Foto 4.21 Suis punat tekan

7. Lampu penunjuk
Lampu penunjuk atau lebih dikenali sebagai indicator light
adalah bertujuan untuk memberi maklumat kepada pengguna
litar kawalan tentang kedudukan atau keadaan litar. Sama ada
litar kawalan dalam keadaan berkendali atau tidak berkendali.
Lampu penunjuk penting sebagai salah satu daripada langkah
keselamatan terhadap pengguna. Lebih-lebih lagi litar kawalan
Foto 4.22 Lampu penunjuk
yang menggunakan voltan tinggi. Foto 4.22 menunjukkan contoh
pelbagai bentuk lampu penunjuk.
Info

Lampu penunjuk juga dikenali


sebagai lampu pandu.

213
Jadual 4.25 Simbol komponen dan fungsi kawalan elektrik

Simbol Fungsi Simbol Fungsi


Pemutus litar miniatur Jenis
Simbol
(Miniature circuit suis Lazim Lazim
breaker, MCB) Ia berfungsi untuk Terbuka Tertutup
memutuskan bekalan
secara automatik apabila Suis ialah alat yang
Suis had
berlaku lebihan arus. digunakan untuk
memutuskan litar
Suis
apungan
elektrik, menghentikan
Merupakan komponen aliran arus elektrik atau
keselamatan yang Suis
boleh mengalihkan
Geganti beban lampau aliran arus dari satu
berfungsi secara tekanan
automatik untuk pengalir ke pengalir
melindungi beban Suis kaki lain.
Geganti beban lampau (motor) daripada rosak
apabila arus berlebihan Suis
aliran
mengalir melaluinya.

Penyentuh Penyentuh berfungsi Pemasa (TDR)


1. Utama sebagai pengasing atau
2. Tambahan perantaraan antara litar TDR
kawalan dengan beban Simbol pemasa
(motor) yang berfungsi Berfungsi untuk
P untuk membenarkan membenarkan
atau menghentikan dan menghentikan
Gegelung penyentuh bekalan kuasa ke motor. pemasa lazim terbuka pengaliran arus elektrik
pada satu masa tertentu.
BAB 4

Penyentuh tambahan
merupakan tambahan
kepada penyentuh utama pemasa lazim terbuka
Penyentuh lazim terbuka (NO)
yang tidak dibentuk
untuk membawa arus
motor tetapi hanya Lampu pandu
sebagai arus kawalan.
Penyentuh lazim tertutup (NC)
H
Memberikan maklumat
Geganti kawalan lampu pandu hijau
kepada pengguna
Geganti kawalan ialah litar kawalan tentang
penyentuh atau suis M kedudukan atau
GK yang dikendali oleh keadaan litar. Sama ada
elektromagnet untuk lampu pandu merah
litar kawalan dalam
Gegelung geganti kawalan mengawal litar kawalan. K keadaan beroperasi atau
tidak beroperasi.
lampu pandu kuning
Suis punat tekan
PM

Melengkapkan dan
Punat tekan mula memutuskan operasi
sesuatu litar kawalan.
PH

Punat tekan henti

214
4.5.2 Litar kawalan elektrik

Litar kawalan elektrik berfungsi untuk memulakan dan menghentikan litar kawalan elektrik, ia
juga berfungsi sebagai alat pelindung kepada alat atau mesin kawalan motor daripada berlakunya
lebihan arus dan litar pintas. Litar kawalan elektrik juga berfungsi untuk mengawal kelajuan motor
dan menukar arah putaran motor.

1. Litar pemula terus pada talian


Terdapat empat jenis litar
kawalan elektrik yang 2. Litar kawalan jujukan
akan dibincangkan dalam 3. Litar kawalan palam
bahagian ini iaitu: 4. Litar kawalan jogging

1. Litar pemula terus pada alian (TPT)


Pemula terus pada talian (TPT) berperanan untuk memulakan dan menghentikan gerakan
putaran motor. Litar ini dilengkapi dengan beberapa bahagian dan komponen kawalan litar
seperti:
(i) Punat tekan mula dan punat tekan henti
(ii) Geganti beban lampau
(iii) Penyentuh
(iv) Pemencil (suis dan pemutus litar miniatur atau MCB)

BAB 4
Rajah 4.37 menunjukkan gambar rajah pendawaian untuk litar TPT. Manakala, Rajah 4.38
menunjukkan litar skema untuk litar TPT.
Litar Pemula Terus Pada Talian (TPT)

L N

PLM
Simbol Keterangan
PM
P P L Talian Hidup (L)
P
N Talian Neutral (N)
PM Punat Tekan Mula
PH
P PH Punat Tekan Henti
PLM Pemutus Litar Miniatur (MCB)
GBL GBL
GBL P Penyentuh
GBL Geganti Beban Lampau
M Motor

M
Info

Rajah 4.37 Gambar rajah pendawaian litar TPT


Gambar rajah pendawaian ialah gambar
rajah yang menunjukkan semua komponen
dalam sistem dan menunjukkan hubungan
fizikal antara komponen tersebut.

215
Litar pemula terus pada talian (TPT)

L N L

PLM PLM N Simbol Keterangan


L Talian Hidup (L)
P N Talian Neutral (N)
P
PM Punat Tekan Mula
PM PH Punat Tekan Henti
PH GBL
PLM Pemutus Litar Miniatur (MCB)
GBL GBL P
P P Penyentuh
GBL Geganti Beban Lampau
M Motor

M
(a) Litar utama (b) Litar kawalan

Rajah 4.38 Gambar rajah skema untuk litar TPT

Jadual 4.26 Kendalian litar pemula terus pada talian

Bil Keterangan Proses


1. Apabila suis punat tekan mula (PM) ditekan, ia akan melengkapkan litar kawalan.
2. Gegelung penyentuh (P) akan menjadi elektromagnet.
3. Ini menyebabkan semua penyentuh lazim terbuka akan tertutup.
Menghidupkan
4. Litar utama menjadi lengkap dan motor berkendali. motor
BAB 4

5. Apabila punat tekan mula (PM) dilepaskan, litar kawalan masih lengkap (motor
masih berkendali). Keadaan ini berlaku disebabkan oleh wujud litar pegang yang
digunakan untuk menggantikan fungsi punat tekan mula (PM) bila suis tersebut
dilepaskan. Ini menjadikan litar kawalan kekal berfungsi.
6. Untuk menghentikan kendalian motor, punat tekan henti (PH) ditekan. Tindakan
ini menyebabkan litar kawalan menjadi tidak lengkap.
7. Gegelung penyentuh (P) hilang keelektromagnetannya. Sesentuh lazim terbuka
akan menjadi terbuka kembali.
8. Litar utama menjadi tidak lengkap dan menyebabkan motor berhenti berkendali.
Mematikan
9. Selain daripada punat tekan henti (PH) terdapat beberapa kaedah untuk motor
menghentikan motor. Antaranya adalah apabila berlakunya lebihan arus pada
litar utama dan litar kawalan, sama ada pemutus litar miniatur (PLM) berfungsi
memutuskan litar utama atau geganti beban lampau (GBL) berfungsi memutuskan
litar kawalan. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh (P) hilang
keelektromagnetannya dan semua penyentuh kembali kepada kedudukan asal.

Info

Gambar rajah skema terdiri daripada dua litar iaitu, litar utama dan litar kawalan. Litar utama – litar yang
menunjukkan penyambungan bekalan kepada motor. Litar kawalan pula ialah litar yang menunjukkan
penyambungan bekalan kepada komponen-komponen kawalan.

216
Komponen seperti pemasa (timer delay relay, TDR) boleh digunakan sebagai komponen
tambahan di dalam litar TPT. Ini membolehkan litar berfungsi secara separa automatik iaitu
dengan mengawal tempoh masa untuk motor berhenti. Tempoh masa untuk motor berhenti
secara automatik boleh ditetapkan pada komponen pemasa (timer delay relay, TDR). Rajah 4.39
menunjukkan litar TPT yang mempunyai pemasa manakala Jadual 4.27 menunjukkan kendalian
litar yang mempunyai komponen pemasa.
Litar pemula terus pada talian (TPT)
L N L

PLM PLM N Simbol Keterangan


L Talian Hidup (L)
GBL
P N Talian Neutral (N)
P
PM Punat Tekan Mula
PM PH Punat Tekan Henti
PH TR
PLM Pemutus Litar Miniatur (MCB)
GBL GBL P
P P Penyentuh
TDR GBL Geganti Beban Lampau
M Motor
TDR Pemasa
M
(a) Litar utama (b) Litar kawalan

Rajah 4.39 Litar TPT yang mempunyai pemasa (TDR)

Jadual 4.27 Kendalian litar yang mempunyai komponen pemasa

Bil Keterangan Proses

BAB 4
1. Apabila punat tekan mula (PM) ditekan, ia akan melengkapkan litar kawalan.
Gegelung penyentuh (P) akan menjadi elektromagnet untuk menarik kombinasi
antara teras besi dan pelocok. Ini menyebabkan semua penyentuh lazim terbuka
akan tertutup.
2. Litar utama menjadi lengkap dan motor berkendali. Menghidupkan
motor
3. Pemasa (TDR) terpicu.
4. Apabila punat tekan mula (PM) dilepaskan, motor terus berkendali disebabkan
oleh keadaan litar pegang yang digunakan untuk menggantikan fungsi punat
tekan mula (PM) apabila suis tersebut dilepaskan.
5. Apabila tempoh masa yang ditetapkan pada pemasa (TDR) tiba, penyentuh lazim
tertutup pemasa (TDR) terbuka dan memutuskan talian litar kawalan.
6. Ini menyebabkan gegelung penyentuh (P) hilang keelektromagnetannya. Mematikan
motor
7. Sambungan bekalan ke litar utama terputus.
8. Motor berhenti berkendali.

Info

Litar pegang ialah nama yang diberi kepada penyambungan satu penyentuh
tambahan secara selari dengan suis punat tekan mula dalam litar kawalan elektrik.
Litar ini memastikan litar terus hidup walaupun suis punat tekan mula dilepaskan.

217
2. Litar kawalan jujukan
Litar kawalan jujukan melibatkan kendalian menghidupkan beberapa motor secara berturutan
setelah motor yang telah dikenal pasti dihidupkan terlebih dahulu. Rajah 4.40 menunjukkan litar
pendawaian kawalan jujukan yang mengawal dua motor. Manakala, Rajah 4.41 menunjukkan litar
skema kawalan jujukan yang mengawal dua motor. Kendalian yang ditetapkan untuk litar ini ialah
motor M2 tidak boleh dihidupkan selagi motor M1 belum dihidupkan.

Litar kawalan jujukan

L N L N
Penyentuh P1 Penyentuh P2
PLM PLM

PM1 PM2
P1 P1 P2 P2

P2
P2
PH P1
P1 P1

GBL1 GBL1 GBL2


GBL2

Geganti beban
lampau, GBL1

M1 M2 Geganti Beban
Lampau, GBL2

Rajah 4.40 Gambar rajah pendawaian litar jujukan yang mengawal dua motor
BAB 4

Litar kawalan jujukan

L N L N L N

PLM1 PLM2
Simbol Keterangan
PLM1
L Talian Hidup (L)
P1 P2 PM1
GBL1 GBL2 N Talian Neutral (N)
PH
P1 PM Punat Tekan Mula
PH Punat Tekan Henti
P1 Litar 1 PLM Pemutus Litar Miniatur
GBL1 GBL2 (MCB)
PM2 P Penyentuh

P2
GBL Geganti Beban
Lampau
P1 Litar 2 M Motor
P2
M1 M2

(a) Litar utama (b) Litar kawalan

Rajah 4.41 Litar skema kawalan jujukan yang mengawal dua motor

218
Jadual 4.28 Kendalian litar kawalan jujukan

Bil Keterangan Proses


Apabila punat tekan mula (PM1) ditekan, ia akan melengkapkan
1.
litar kawalan.
Gegelung penyentuh (P1) akan menjadi elektromagnet. Semua penyentuh
2. Menghidupkan
lazim terbuka pada P1 akan tertutup.
motor M1
3. Litar 1 menjadi lengkap dan motor M1 berkendali.
Motor M1 terus berkendali walaupun punat tekan mula (PM1)
4.
dilepaskan kerana tindakan litar pegang.
Untuk menghidupkan motor M2, apabila punat tekan mula 2 (PM2)
5. ditekan, ia akan melengkapkan litar 2.
Gegelung penyentuh (P2) akan menjadi elektromagnet. Semua penyentuh Menghidupkan
6. lazim terbuka pada P2 akan tertutup. Motor M2 akan berkendali. motor M2
Seperti motor M1, motor M2 juga terus berkendali walaupun punat tekan
7. mula 2 (PM2) dilepaskan.

Untuk menghentikan kendalian motor M1 dan motor M2, punat tekan


8. henti (PH) ditekan. Tindakan ini menyebabkan gegelung penyentuh (P1) Mematikan
hilang keelektromagnetannya. Ini menyebabkan kedua-dua litar terbuka.
motor M1 dan M2

9. Motor M1 dan motor M2 berhenti berkendali.

3. Litar kawalan palam

BAB 4
Litar kawalan palam berfungsi untuk mengawal motor berhenti dengan cara menyongsangkan arah
putaran motor. Putaran motor dapat dihentikan dengan serta-merta dengan menukar arah putaran
motor. Jadual 4.29 menunjukkan contoh kaedah untuk menyongsang atau menukar arah putaran
motor arus terus.
Jadual 4.29 Contoh bagaimana untuk menyongsang atau menukar arah putaran motor arus terus

Sambungan asal Cara menyonsang arah

+ a b + + a b
a b
c
Motor siri c c

d d
- - d -
+ + +
a a c a
c c
Motor pirau
b d
b d b d
- - -
+ a b + a b + a b
e e c e
Motor majmuk c c
d
f d f f d
- - -

219
Rajah 4.42 menunjukkan gambar rajah pendawaian dan gambar rajah skema litar kawalan palam
yang berfungsi untuk menghentikan motor arus terus jenis pirau dengan serta-merta. Jadual 4.30
pula menerangkan kendalian litar kawalan palam.

Litar kawalan palam

PLM

GBL
Simbol Keterangan
PM1 PM Punat Tekan Mula
PH Punat Tekan Henti

P2 PLM Pemutus Litar Miniatur (MCB)


PH P1 P Penyentuh
GBL Geganti Beban Lampau
P1 P1
M Motor
P2
PM2

M Motor

PLM
BAB 4

GBL
PL
PM1
PH GBL
P1
P1
P1 P2 P2 P1 Litar 1

PM2

P2
P1 Litar 2

M Motor

(a) Litar utama (b) Litar kawalan

Rajah 4.42 Gambar rajah pendawaian dan gambar rajah skema litar kawalan palam

Info

Penyentuh tambahan lazim tertutup disambung dalam litar 2 pada rajah (atas) untuk memastikan litar 2
hanya boleh dikendali apabila litar 1 telah diputuskan. Penyambungan ini dinamakan litar saling kunci elektrik.

220
Jadual 4.30 Kendalian litar kawalan palam

Bil Keterangan Proses


1 Apabila punat tekan mula 1 (PM1) ditekan, ia akan melengkapkan litar
kawalan. Gegelung penyentuh 1 (P1) akan menjadi elektromagnet. Ini Menghidupkan motor
menyebabkan semua penyentuh lazim terbuka pada P1 akan tertutup. M jenis pirau
2 Litar 1 menjadi lengkap dan motor M1 berkendali.
3 Untuk menghentikan kendalian motor M1, punat tekan henti (PH)
ditekan. Tindakan ini menyebabkan bekalan kuasa kepada motor
terputus dan menyebabkan putaran motor berhenti secara perlahan
disebabkan inersia.
4 Bagi membolehkan putaran motor berhenti dengan serta-merta. Punat
tekan mula 2 (PM2) ditekan. Ini menyebabkan penyentuh P2 berfungsi
Mematikan motor M
dan melengkapkan litar 2.
jenis pirau
5 Apabila litar 2 lengkap, motor berputar pada arah yang bertentangan
dengan arah putaran asal. Tindakan ini menyebabkan inersia putaran
motor ditentang dan putaran motor berhenti.

6 Jika suis punat tekan mula 2 (PM2) ditekan secara berterusan motor juga
akan berputar dalam arah yang bertentangan.

4. Litar kawalan jogging


Litar kawalan jogging ialah litar yang mengawal gerakan motor hidup secara berulang-ulang

BAB 4
daripada keadaan berhenti dalam masa yang singkat. Kawalan ini membolehkan gerakan motor
dikawal secara sedikit demi sedikit bagi tujuan tertentu terutama untuk gerakan kecil dan tidak
tetap. Contoh aplikasi litar kawalan jogging adalah dalam penggunaan kren elektrik dan pelaras
cakera satelit. Rajah 4.43 menunjukkan litar pendawaian dan Rajah 4.44 menunjukkan litar skema
kawalan jogging. Jadual 4.31 pula menerangkan kendalian litar tersebut.
L N

PLM
Simbol Keterangan
PM
P L Talian Hidup (L)
GK
N Talian Neutral (N)
GK
PH PM Punat Tekan Mula
GK P
PH Punat Tekan Henti
PLM Pemutus Litar Miniatur (MCB)
P Penyentuh
JOG
GK GBL Geganti Beban Lampau
M Motor
JOG Punat tekan JOG
GBL
GK Geganti kawalan

M Motor

Rajah 4.43 Litar pendawaian kawalan jogging

221
L N

PLM L N

Simbol Keterangan

P PLM L Talian Hidup (L)


N Talian Neutral (N)
PM Litar 1
GBL PM Punat Tekan Mula
PH
GK PH Punat Tekan Henti
PL Pemutus Litar Miniatur (MCB)
GK P Penyentuh
GBL
GBL Geganti Beban Lampau
JOG M Motor
JOG Punat tekan JOG
P
GK Geganti kawalan
GK Litar 2
M Motor

(a) Litar utama (b) Litar kawalan

Rajah 4.44 Litar skema kawalan jogging

Jadual 4.31 Kendalian litar kawalan jogging

Bil Keterangan Proses


BAB 4

1 Apabila punat tekan mula (PM) ditekan, gegelung geganti kawalan


(GK) menjadi elektromagnet untuk melengkapkan litar 1. Semua
penyentuh lazim terbuka geganti kawalan (termasuk geganti kawalan
yang berada dalam litar 2) akan tertutup.

2 Ini menyebabkan gegelung penyentuh (P) menjadi elektromagnet Menghidupkan


untuk menghidupkan motor.
motor M
3 Walaupun punat tekan mula (PM) dilepaskan, motor M masih
tetap berkendali kerana kewujudan litar pegang yang mengekalkan
elektromagnet pada geganti kawalan. Ini memastikan penyentuh (GK)
yang berada pada litar 2 berkeadaan tertutup untuk membolehkan
motor kekal berkendali.
4 Sebelum memulakan kendalian jogging, punat tekan henti (PH)
perlu ditekan terlebih dahulu supaya geganti kawalan (GK) hilang
keelektromagnetan. Sesentuh lazim terbuka GK menjadi terbuka
kembali dan menghentikan motor.
Melakukan operasi
5 Kendalian jogging dilakukan dengan menekan punat tekan JOG sedikit jogging pada motor M
demi sedikit sehingga putaran motor untuk sesuatu kawalan yang
dikehendaki tercapai. Motor tidak berputar terus kerana litar pegang
pada litar 2 tidak berkendali setelah suis punat tekan henti (PH)
ditekan semasa tindakan menghentikan motor dilakukan.

222
Litar kawalan jogging juga boleh dibina dengan menggunakan suis pemilih seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 4.45. Jadual 4.32 menerangkan kendalian litar tersebut.
L N

PLM L N

Simbol Keterangan
P PLM
L Talian Hidup (L)
PM/JOG N Talian Neutral (N)
GBL
PH PM Punat Tekan Mula
P
PH Punat Tekan Henti
PL Pemutus Litar Miniatur (MCB)
GBL P Penyentuh
GBL Geganti Beban Lampau
P M Motor
A1
JOG Punat tekan JOG
A2

M Motor

(a) Litar utama (b) Litar kawalan

Rajah 4.45 Litar kawalan jogging menggunakan suis pemilih

BAB 4
Jadual 4.32 Kendalian litar kawalan jogging menggunakan suis pemilih

Bil Keterangan Proses

1 Suis pemilih ditetapkan pada kedudukan A1. Suis PM/JOG ditekan


untuk melengkapkan litar kawalan.
Menghidupkan
2 Gegelung sesentuh(P) menjadi elektromagnet, sesentuh lazim terbuka motor M
P akan tertutup. Motor akan terus berkendali walaupun suis JOG
dilepaskan kerana adanya litar pegang.

3
Sebelum operasi jogging dimulakan, motor perlu dihentikan terlebih
dahulu dengan menekan suis punat tekan henti (PH). Suis pemilih
diset semula pada kedudukan A2. Tindakan ini menjadikan litar
pegang tidak lengkap. Melakukan operasi
jogging pada motor M
4 Operasi jogging dilakukan dengan menekan semula suis PM/JOG
pada masa yang singkat dan dilepaskan. Motor akan hidup sedikit
berdasarkan kendalian suis JOG tersebut.

223
Contoh aplikasi litar kawalan elektrik
Contoh 1 :
Rajah 4.46 menunjukkan operasi mesin di sebuah kilang. Produk diletakkan dan disusun di dalam
kotak. Dua buah motor digunakan dalam operasi tersebut bagi menggerakkan produk. Kendalian
motor bagi operasi mesin tersebut adalah seperti berikut:
• Motor M2 tidak boleh dihidupkan sebelum M1.
• Jika M1 motor berhenti, M2 motor turut berhenti.
• Jika berlaku beban lampau pada mana-mana motor, kedua-dua motor akan berhenti.

Produk bergerak
diatas landasan 1 Produk diturunkan

Produk jatuh ke M1
dalam kotak
Kotak bergerak di
atas landasan 2
BAB 4

M2

Rajah 4.46 Operasi mesin

Soalan A
(i) Tentukan jenis litar kawalan elektrik yang sesuai dengan operasi mesin tersebut.
Beri alasan untuk jawapan anda.
Penyelesaian :
Litar kawalan elektrik yang sesuai ialah litar kawalan jujukan. Ini kerana kendalian operasi mesin
hampir menyamai dengan kendalian litar jujukan yang boleh menghidupkan beberapa motor secara
berturutan setelah motor yang telah dikenal pasti dihidupkan terlebih dahulu.

224
(ii) Lakar pendawaian litar dan terangkan kendalian litar yang telah anda pilih dan terima di A (i).
Penyelesaian:
• Apabila PM1 ditekan, gegelung
L N penyentuh P1 menjadi
elektromagnet.
• Litar menjadi lengkap dan
PLM
PM1
GBL1 GBL2
menghidupkan M1
PH1
P1 Motor 1 • Apabila menghidupkan M2,
P1 punat tekan PM2 ditekan
• M2 terus berkendali kerana
penyentuh tambahan P1 berada
PM2 dalam keadaan tertutup.
P1
P2 Motor 2 • Motor M1 dan M2 terus
P2 berkendali kerana tindakan
litar pegang.
• Motor M1 dan M2 akan
Rajah 4.47 Litar kendalian mesin
berhenti apabila PH1 ditekan.

Soalan B
Penyelesaian:
Lakukan pengubahsuaian pada litar di A (ii)
L N
dengan menambah ciri-ciri berikut:

BAB 4
(i) Lampu pandu (kuning) menyala untuk
menunjukkan ada bekalan elektrik dan akan PLM
PM1
GBL1 GBL2
padam bila M1 hidup. PH1
P1
(ii) Lampu pandu (hijau) akan menyala apabila P1
M1 dan M2 dihidupkan.
(iii) Lampu pandu (merah) akan menyala untuk
menunjukkan M1 dan M2 berhenti. PM2
PH2
P2
P2

P1 Kuning

P1 P2 Hijau

P1 P2 Merah

Rajah 4.48 Litar kendalian mesin

225
Rumusan

Sistem penggerak utama kenderaan

Enjin dua lejang Enjin empat lejang Enjin diesel

Kawalan hidraulik Kawalan pneumatik

Daya ( F = p × A )
Empat bahagian utama:
Tekanan ( p = F ) • Bahagian perkhidmatan pembekalan
A
• Bahagian pengawal pneumatik
Kerja ( W = F × D ) • Bhaagian penggerak dan penukar
• Bahagian pemindah tenaga
BAB 4

Kuasa ( P = W )
t

Kawalan elektrik

Jenis litar Kendalian


Litar pemula terus pada talian Menghidup dan mematikan kendalian motor.

Litar kawalan jujukan Menghidupkan beberapa motor setelah motor yang


dikenal pasti dihidupkan terlebih dahulu.

Litar kawalan palam Motor dihentikan dengan cara menyongsangkan


arah putaran.

Litar kawalan jogging Motor boleh dihidupkan secara berulang-ulang


daripada keadaan berhenti dalam masa singkat.

226
Aktiviti

Arahan:
Pelajar diminta untuk mereka bentuk pelbagai media persembahan secara kreatif dan inovatif
berkaitan kenderaan masa hadapan bagi mempromosi penggunaan kenderaan cekap tenaga
berdasarkan elemen kelestarian.
Langkah-langkah aktiviti:
1. Pelajar dibahagikan di dalam kumpulan kecil.
2. Pelajar diminta menyenaraikan kebaikan penggunaan kenderaan cekap tenaga beserta contoh.
3. Pelajar diminta membincangkan kaedah untuk promosi penggunaan kenderaan cekap tenaga
berdasarkan elemen kelestarian.
4. Melaksanakan tugasan menggunakan media elektronik dan mempersembahkan tugasan secara
kreatif dan inovatif. Contohnya menghasilkan laman sesawang, blog, pamflet atau brosur dan
sebagainya.

Kebaikan kenderaan cekap tenaga Contoh

BAB 4

227
Latihan

1. Rajah A menunjukkan salah satu daripada lejang dalam sebuah enjin petrol.

Palam pencucuh

Liang ekzos
Liang masukkan
Liang pindah

Kotak engkol

Rajah A
(a) Namakan lejang tersebut.
_____________________________________________________________

(b) Huraikan keadaan dalam silinder bagi lejang itu.


_____________________________________________________________

2. Rajah B menunjukkan sebuah forklift yang menggunakan sistem hidraulik untuk mengangkat
dan menurunkan produk (beban).
BAB 4

Silinder

Beban

Pelantar

Rajah B

Kendalian bagi forklift itu seperti berikut:


• Mengangkat beban dengan laju dan menurunkan dengan perlahan.
• Boleh berhenti pada mana-mana kedudukan.
• Dapat mengelakkan beban daripada jatuh ke bawah apabila beban berlebihan.
(a) Berdasarkan kendalian berikut, lakarkan litar kawalan hidraulik itu.
(b) Huraikan kendalian itu.
(c) Senaraikan tiga kelebihan sistem hidraulik bagi kegunaan forklift itu.

228
3. Rajah C menunjukkan sebuah mesin penutup botol. Mesin ini menggunakan sistem kawalan
pneumatik untuk berkendali.

Kendalian mesin penutup botol itu adalah seperti berikut:


• Kelajuan penekan penutup botol boleh dikawal.
• Penekan hanya berkendali (menekan) hanya apabila
punat ditekan.
• Penekan kembali kepada kedudukan asal apabila
punat tekan dilepaskan.
Penekan • Tekanan udara termampat di dalam sistem
penutup botol
Botol dapat dikawal.
(a) Berdasarkan kendalian berikut, lakarkan litar
kawalan pneumatik itu.
(b) Huraikan kendalian litar pneumatik itu.
(c) Senaraikan dua komponen di bahagian
perkhidmatan pembekalan.
Rajah C

4. Rajah D menunjukkan sebuah tangki air yang digunakan untuk bekalan air bersih bagi
sebuah sekolah. Tangki air itu beroperasi menggunakan sebuah motor untuk mengumpul air
dari kolam takungan.

BAB 4
Tangki air

Kolam takungan

Rumah kawalan

Rajah D
Kendalian bagi motor elektrik itu seperti berikut:
• Motor berkendali menyedut air apabila punat tekan mula ditekan.
• Motor berhenti berkendali apabila tangki penuh.
• Lampu penunjuk hijau menunjukkan motor berkendali.
• Lampu pandu merah menunjukkan motor tidak berkendali.
(a) Berdasarkan kendalian berikut, lakarkan litar kawalan elektrik itu.
(b) Huraikan kendalian litar itu.
(c) Senaraikan dua komponen yang berfungsi separa automatik.

229
Glosari
Agenda Tempatan 21(LA 21) - Satu pelan tindakan pembangunan lestari global.
Alternator - Mengecas semula bateri serta memberikan bekalan tenaga untuk sistem elektrik kenderaan
apabila enjin dihidupkan.
Arus terus (AT)- Arus yang mengalir satu hala sahaja.
Arus ulang-alik (AU) - Arus yang mengalir dalam dua hala yang bertentangan.
Atom nuklear- Tenaga yang terhasil daripada tindak balas atom atau nukleusnya.
Bahan api fosil - Bahan api daripada sumber semula jadi (seperti arang batu, petroleum, dan gas asli) yang
terhasil daripada penguraian sisa-sisa haiwan dan tumbuhan berjuta-juta tahun dahulu.
Bahan jenis-N - Bahan semikonduktor (separa pengalir) yang diserap dengan unsur yang mempunyai lima
elektron valensi/pentavalens.
Bahan jenis-P - Bahan semikonduktor (separa pengalir) yang diserap dengan unsur yang mempunyai tiga
elektron valensi/trivalens.
Brif - Suatu penjelasan bagi keinginan dan keperluan.
Closing the loop - Konsep penekanan proses yang menghasilkan sisa sifar.
Efficient design - Konsep yang memfokuskan kepada penghasilan sesuatu reka bentuk yang baik.
Ekosistem - Sistem lingkungan hidup semula jadi yang terbentuk sebagai hasil daripada tindakan yang
menyaling antara benda-benda hidup dengan persekitarannya.
Elektron - Zarah yang lebih kecil daripada atom dan mempunyai cas negatif. Bergerak bebas di bawah
pengaruh medan elektrik atau magnet dan tidak terikat pada atom atau molekul.
Empis air - Injap atau pintu air suis untuk mengatur aliran air.
Enjin diesel - Enjin pembakaran dalam yang menggunakan tenaga haba dari udara yang dimampatkan untuk
membakar bahan api dalam silinder.
Enjin petrol - Enjin pembakaran dalam yang menggunakan minyak petrol sebagai bahan api.
Enjin dua lejang - Kitaran enjin pembakaran dalam yang memerlukan dua lejang omboh untuk
melengkapkan satu kitaran penuh bagi satu putaran aci.
Enjin empat lejang - Kitaran enjin pembakaran dalam yang memerlukan empat lejang omboh untuk
melengkapkan satu kitaran penuh bagi satu putaran aci.
GLOSARI

Eskalator - Tangga bergerak untuk membawa orang naik atau turun antara tingkat bangunan.
Estetika - Membincangkan tentang seni dan kecantikan sesuatu produk.
Evolusi - Proses perubahan secara beransur-ansur di mana sesuatu boleh berubah menjadi bentuk lain.
Faktor kepelbagaian - Suatu kiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus bagi alat, saiz pengalir
kabel, pengasing dan alat perlindungan.
Flora - Keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu habitat.
Foton - Zarah yang tidak mempunyai jisim, yang merupakan kuantum cahaya.
Galvanometer - Alat untuk mengesan atau mengukur arus elektrik.
Gambar rajah litar skema - Gambar rajah susunan dan penyambungan komponen bagi sesebuah litar dengan
menggunakan simbol tertentu.
Gambar rajah pendawaian - Gambar rajah yang menunjukkan semua komponen dalam sistem dan
menunjukkan hubungan fizikal antara komponen tersebut.
Gambar rajah perpaipan - Gambar rajah susunan dan penyambungan komponen yang dilukis dalam bentuk
keratan rentas komponen bagi sesebuah litar.

230
Grid Nasional - Talian penghantaran tenaga elektrik di Malaysia yang menghubungkan semua stesen jana
kuasa elektrik utama.
Injap pelega tekanan - Adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengawal kadar aliran tekanan bendalir
dalam sistem dan melindungi komponen lain daripada menerima tekanan berlebihan.
Karburetor - Mengewapkan atau menukarkan sifat petrol dari cecair kepada bentuk pendebuan bahan api
untuk mencampurkan bahan api dan udara mengikut nisbah tertentu bagi tujuan pembakaran yang sempurna
didalam silinder enjin.
Kearuhan - Keupayaan sesuatu pengalir untuk menghasilkan voltan teraruh apabila arus berubah.
Kelestarian - Kebolehan atau keupayaan sesuatu untuk dikekalkan atau pengekalan sendiri.
Kejuruteraan - Bidang kerjaya yang mengamalkan ilmu sains dalam menyelesaikan sesuatu masalah secara
fizikal dan bersistem.
Kereta elektrik - Kereta yang bergerak dengan menggunakan tenaga elektrik.
Kereta hibrid - Kereta yang bergerak menggunakan kombinasi kuasa elektrik dan bahan api.
Kereta solar - Kereta yang bergerak menggunakan tenaga solar atau matahari.
Komutator - Perkakas untuk mengubah arah arus elektrik (terutama untuk menukar arus ulang-alik menjadi arus terus).
Lejang - Pergerakan piston atau omboh dari titik tetap atas ke titik tetap bawah atau sebaliknya.
Light Rail Transit (LRT) - Transit Aliran Ringan, iaitu sejenis rangkaian kereta api penumpang yang
menggunakan kuasa elektrik yangg beroperasi di bandar raya Kuala Lumpur dan juga di kawasan sekitarnya.
Litar kawalan Jogging - Merupakan litar yang mengawal gerakan motor hidup secara berulang-ulang
daripada keadaan berhenti dalam masa yang singkat.
Litar kawalan jujukan - Merupakan kendalian yang melibatkan tatacara menghidupkan beberapa motor
secara bergilir setelah motor yang telah dikenalpasti dihidupkan terlebih dahulu.
Litar kawalan palam - Berfungsi untuk mengawal motor berhenti dengan cara menyongsangkan arah.
putaran motor. Putaran motor dapat dihentikan dengan serta-merta dengan menukar arah putaran motor.
Lukisan isometri - Satu cara bagi menghasilkan pandangan objek dalam bentuk 3D (tiga dimensi).
Lukisan oblik - Lukisan ini bertujuan untuk mempamerkan objek dalam bentuk 3D (tiga dimensi).
Mass Rapid Transit (MRT) - Sistem transit atau pengangkutan awam yang beroperasi menggunakan rel,
berkeupayaan membawa lebih 40 000 orang/jam sehala dan mempunyai kekerapan perkhidmatan yang tinggi.
Medan magnet - Kawasan di sekeliling magnet yang ada daya magnetnya atau ada tarikan magnetnya.
Model berskala - Sebagai perbandingan antara jarak pada peta (gambar) dengan jarak yang sebenarnya.

GLOSARI
Model komputer - Program komputer, atau jaringan komputer, yang mensimulasikan sesebuah reka bentuk tertentu.
Model prototaip - Satu jenis, bentuk, atau contoh dari beberapa bentuk asli yang berfungsi sebagai contoh,
asas, lambang, atau standard untuk kategori yang sama.
More from less - Konsep kelestarian untuk mengecapi lebih dengan penggunaan yang sedikit.
Motor elektrik - Menukar tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal.
Palam ukur celup - Mengukur aras minyak pelincir dalam takung minyak pelincir.
Palam buang minyak - Lubang saluran keluar bagi membuang minyak pelincir yang kotor.
Palam Pencucuh - Berfungsi mengeluarkan percikan bunga api untuk menyalakan campuran udara dan
bahan api yang termampat di ruang pembakaran.
Palam pengisi minyak - Lubang saluran masuk bagi mengisi minyak pelincir yang bersih.
Pam minyak pelincir - Berfungsi mengepam dan menyedut minyak dari takung minyak untuk dihantar ke
seluruh bahagian enjin yang bergerak.
Papan agihan - Papan berbentuk kotak tempat beberapa fius MCB dalam sistem agihan voltan.
Penjana - Alat untuk menjanakan tenaga elektrik.

231
Pengaut - Mengaut serta menyimbah minyak pelincir ke bahagian enjin yang bergerak di dalam bongkah
silinder enjin.
Pemampat - Menyedut udara dan menjadikan udara termampat bertekanan tinggi.
Pemula Terus Pada Talian (TPT) - Berperanan sebagai pemula atau penghidup dan menghentikan gerakan
putaran motor.
Penapis minyak pelincir - Penapis berfungsi untuk menapis minyak pelincir yang membawa segala kotoran
yang datang dari bawah enjin.
Penapis Udara - Penapis udara merupakan komponen yang berfungsi untuk menapis segala kekotoran yang
datang dari saluran udara daripada masuk ke dalam karburetor seterusnya di dalam enjin.
Pembangunan - Proses perubahan yang mencakupi seluruh sistem sosial, seperti politik, ekonomi,
infrastruktur, pertahanan, pendidikan dan teknologi, kelembagaan, dan budaya.
Pembinaan - Suatu usaha, tindakan dan kegiatan yang dilakukan secara berdaya maju bagi memperolehi
hasil yang lebih baik.
Pengangkutan - Merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu
tempat yang lain.
Penyaring - Adalah sejenis alat yang digunakan untuk menyaring bendalir keluar dari tangki ke pam.
Perindustrian - Kegiatan ekonomi yang memproses atau mengolah barangan dengan menggunakan
infrastruktur dan peralatan seperti mesin dan sebagainya.
Pneumatik - Perkara yang berkaitan dengan udara yang dikendalikan oleh udara mampat.
Prototaip - Model pertama yang dibina bagi menghasilkan sesuatu.
Radiator - Tempat pertukaran haba dimana cecair pendingin yang panas melalui bahagian enjin akan
disejukkan semula.
Rambatan air - Gerakan gelombang tenaga yang berlaku pada gelombang air mengikut arah yang normal
dengan muka gelombang yang biasanya berbentuk sfera, sebahagian sfera atau satah.
Reaktor - Alat yang digunakan dalam penghasilan tenaga nuklear.
Reka bentuk - Sebagai seni terapan, seni bina, dan berbagai pencapaian kreatif lainnya
Rod- Batang daripada logam yang lurus.
Sirip pendingin - Memberikan permukaan yang lebih luas untuk pelepasan haba.
Sisa bahan pepejal - Bahan buangan yang terhasil daripada tumbuhan atau sektor perladangan yang biasanya
dalam bentuk pepejal.
GLOSARI

Sosial - Segala hal yang bersangkutan dengan hal-hal kemasyarakatan.


Stim - Wap yang terjadi apabila air dipanaskan ke takat didih.
Sumber asli - Bahan-bahan yang boleh didapati dalam alam semula jadi, dan sering kadang-merujuk kepada
sumber-sumber utama seperti sumber air, udara, tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan lain-lain.
Takung minyak pelincir - Tempat menakung minyak pelincir
Teknologi - Aktiviti yang melibatkan sains dan seni makanik bagi menghasilkan sesuatu produk.
Teknologi Hijau - Pembangunan mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Tenaga - Tenaga ialah kebolehan atau kuasa untuk membuat sesuatu kerja. Sebagai contoh, untuk
menjalankan proses kehidupan seperti bergerak, bernafas dan bertumbesaran.
Tolok tekanan - Adalah sejenis alat yang digunakan untuk menunjukkan kadar tekanan.
Travelator - Laluan pejalan kaki yang bergerak secara mendatar, biasanya terdapat di terminal lapangan
terbang dan sebagainya.
Unjuran ortografik - Satu kaedah yang digunakan dalam penghasilan produk bidang kejuruteraan bagi
menerangkan  bentuk dan dimensi bagi pelbagai rupa hasil dari bidang kejuruteraan.

232
G
Indeks Gambar rajah litar skema 190, 204
Gambar rajah pendawaian 125, 127, 214, 217
A
Gambar rajah perpaipan 190, 197, 205
Agenda Tempatan 21(LA 21) 13, 14, 15, 16, 17
Grid Nasional 107, 109
Alternator 162
Arus terus (AT) 90, 98, 99, 100, 101, 106, 218,
219 H
Arus ulang-alik (AU) 88, 89, 90, 98, 99, 100, Hidraulik
103, 106, 112, 209
I
B Idea Awalan 49
Boya 91, 92 Idea penyelesaian 54
Brif 47, 67 Injap pelega tekanan 186, 191, 199

C
K
Closing the loop 9, 68
Karburetor 159
Kereta elektrik 4, 19, 171
D
Kereta hibrid 172, 175
Dokumentasi 64
Kereta solar 173

E Komutator 103, 106

Efficient design 12, 68


Elektron 95 L
Elemen kelestarian 6, 8, 9, 21 Litar kawalan Jogging 220

Empis air 85 Litar kawalan jujukan 217

Enjin diesel 147, 152, 159 Litar kawalan palam 218

Enjin Petrol 147, 152, 159 Lukisan isometri 55

Enjin dua lejang 148, 149 Lukisan oblik 55

Enjin empat lejang 148, 152


Estetika 39 M
INDEKS

Evolusi 4, 5, 6, 33, 35 Medan magnet 98


Model berskala 58
F Model komputer 59
Faktor kepelbagaian 114, 115 Model prototaip 60
Foton 95 More from less 11, 68
Motor elektrik 185, 198
233
N T
Nuklear 79, 81, 83, 84 Takung minyak pelincir 167, 168
Teknologi Hijau 5, 18, 21
P Tolok tekanan 185, 199
Palam ukur celup 167, 168 Travelator 145
Palam buang minyak 167, 168
Palam Pencucuh 149, 151, 152, 159 U
Pam minyak pelincir 167, 168 Unjuran ortografik 54
Papan agihan 119
Penjana 98, 99, 100, 101, 102, 106
Pengaut 167, 168
Pemampat 197, 198, 203
Pemula Terus Pada Talian (TPT) 214
Pemasa (Timer Delay Relay, TDR) 209, 212, 213
Penapis minyak pelincir 168
Penapis Udara 160, 161, 199
Pemeliharaan 3, 5
Pemuliharaan 3, 5
Pengangkutan 22, 142, 144
Penyaring 186
Perindustrian 25
Pneumatik 195, 92

R
Radiator 164, 166, 172
Rambatan 91
Rawatan air 23
Reaktor 82, 83
Reka bentuk 33
INDEKS

S
Sirip pendingin 164
Sisa bahan pepejal 94

234
Rujukan

Abd Samad Hanif., Azmi Basir., Mohd Saaya Mohd Adris., & Maimunah Husien. (2011). Teknologi
Kejuruteraan Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdull Hamid Othman., Chia Song Choy., K. Viswanathan., & Zulkarnain Md. Amin. (1993). Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Hassani, Salim T. S. (2007). 1001 Inventions: Muslim Heritage in Our World (2nd Edition). Manchester:
Foundation for Science, Technology and Civilization.
Ausubel, J. H., Sladovich, H. E. (Ed). (1989). Technology and Environment. New York: National Academy
Press.
Approval of Electrical Equipment (Electricity Regulations 1994) Information Booklet. (2014). Putrajaya:
Suruhanjaya Tenaga.
Ching, Francis D. K. (1996). Architecture: Form, Space and Order (2nd Edition). New York: John Wiley &
Sons.
Cunningham, W. P., Cunningham, M. A. (2004). Principles of Environmental Science: Inquiry and Application
(2nd Edition). New York: McGraw-Hill.
Industrial Designer Society of America. (2003). Design Secrets: Products. Massachusetts: Rockport Publishers.
Ismail Daud., Dina Maizana., & Rosnazri Ali. (2005). Power System Fundamentals. Arau: Kolej Universiti
Kejuruteraan Utara Malaysia.
Jabatan Keselamatan Elektrik. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan Kediaman. (2008).
Putrajaya: Suruhanjaya Tenaga.
John, V. (1992). Introduction to Engineering Materials (3rd Edition). New York: Industrial Press.
Kaharrudin Ismail., Azmi Mohd Yassir., & Ramli Asun. (2005). Mechanical Engineering Studies Form 4. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Luque, A., & Hegedus. S. (2003). Handbook of Photovoltaic Science and Engineering. New York: John Wiley &
Sons.
Machowski, J., Bialek, J. W., & Bumby, J. R. (2008). Power System Dynamics: Stability and Control (2nd
Edition). NewYork: John Wiley & Sons
Maimunah Husien., Mohd Saaya Mohd Adris., Mohd Razin Ong Abdullah., & Abdul Samad Hanif. (2003).
Teknologi Kejuruteraan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maklumat Prestasi dan Statistik Industri Pembekalan Elektrik di Malaysia. (2013). Putrajaya: Suruhanjaya
Tenaga.
Malaysia Energy Statistic Handbook 2015. (2015). Putrajaya: Suruhanjaya Tenaga.
Md. Nasir Abd. Manan. (2010). Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman: Panduan Berpandukan MS IEC
60364. Kuala Lumpur: IBS Buku Sdn Bhd
RUJUKAN

Merkle, D., Schrader, B., & Thomes. M. (2003). Hydraulics Basic Level Textbook. Denkendorf: Festo Didatic
Gmbh & Co.
Mohd Isa bin Idris., Sabariah binti Haji Bohanudin., Norjah binti Janudin., Norani binti Hamzah., & Salwani
binti Mohd Daud. (2002). Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nasir Nayan. (2011). Isu-isu dan Pengurusan Alam Sekitar Fizikal. Tanjung Malim: Univeristi Pendidikan
Sultan Idris.

235
Nik Safiah Karim., Farid M. Onn., Hashim Haji Musa., & Abdul Hamid Mahmood. (2011). Tatabahasa
Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Perubahan Alam Sekitar Bumi: Compton’s by Britannica (Edisi Terjemahan Bahasa Malaysia). (2012). Kuala
Lumpur: Insititut Terjemahan & Buku Malaysia.
Pollack, H. W. (1988). Material Science and Metallurgy. New Jersey: Prentice Hall.
Renwick, P. (2002). Design and Technology 2. Singapore: Pearson Longman.
Saadat, H. (2004). Power System Analysis (3rd Edition). NewYork: McGraw-Hill
Stensel, P., Tung, A., & Soh, B. S. (2001). Design and Technology 1. Singapore: Pearson Longman.
Yahya Emat. (2008). Teknologi Pemasangan Elektrik. Kuala Lumpur: IBS Buku Sdn Bhd
Zaini Ujang. (2009). Minda Lestari: Pembangunan Negara dan Pemulihan Alam Sekitar. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
RUJUKAN

236
Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini
dengan baik dan bertanggungjawab atas kehilangannya
serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada
tarikh yang ditetapkan.

Skim Pinjaman Buku Teks

Sekolah

Tarikh
Tahun Tingkatan Nama Penerima
Terima

Nombor Perolehan:

Tarikh Penerimaan:

BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL

Vous aimerez peut-être aussi