Vous êtes sur la page 1sur 10

KERTAS PROJEK 1

TAJUK: KOMPETENSI GURU BUKAN OPSYEN DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH

NAMA PELAJAR: FAZILA NORBAINI FAKHRUMARZUKI

NO. MATRIK: P 93861

PENSYARAH: DR. MOHD MAHZAN AWANG

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 BANGI,

SELANGOR DARUL EHSAN


PENGENALAN

Dewasa ini, kualiti pengajaran guru amat diutamakan kerana keperluan semasa dalam
sektor pendidikan semakin hari semakin berkembang selari dengan teknologi maklumat.
Menurut Nazri Atoh (2014) menegaskan bahawa guru yang berkualiti adalah guru di dalam
bidang ataupun opsyen mereka tersendiri. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya guru
yang mengajar mata pelajaran Sejarah adalah dalam kalangan mereka yang mendapat
latihan khusus dalam mata pelajaran tersebut.

Para guru merupakan seorang pendidik yang berperanan penting dalam


menghasilkan pelajar yang cemerlang serta berkualiti. Kualiti yang ada pada seseorang
pelajar terhasil melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu,
seseorang guru mestilah mempunyai elemen kompetensi yang baik dalam setiap aspek
seperti menguasai kandungan subjek yang diajar, berpengetahuan pedagogi, berupaya
memilih sumber pengajaran, mempunyai strategi pengajaran, berkebolehan dalam
menggunakan teknologi serta mahir berkomunikasi dengan baik dengan pelajar.

Dalam mata pelajaran Sejarah, pengajaran dan pembelajaran guru haruslah lebih
kreatif dan juga sesuai dengan keupayaan serta kebolehan pelajar. Guru juga perlu
melibatkan pelajar sentiasa aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan. hal ini kerana melalui proses pengajaran dan pembelajaran guru akan menuntut
kemahiran pengajaran yang lebih baik. Pendekatan corak konversional seperti “Chalk and
Talk” dapat dikurangkan dan ianya kurang relevan dengan keperluan pelajar pada pelajar
abad ke-21. Tambahan pula, pelajar pada hari ini lebih berminat untuk turut sama terlibat
dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. Justeru itu, ianya akan memberikan impak
yang lebih berkesan kea rah mencapai matlamat pendidikan negara. (Caine & Caine, 1994).
Di samping itu, kaedah pengajaran guru sering tidak selari dengan perkembangan
sistem pendidikan yang menjadi punca kepada sikap negatif pelajar terhadap mata pelajaran
Sejarah (Zaharah Aziz, 2000). Hal ini demikian, memberi gambaran yang guru Sejarah
kurang menguasai aspek kemahiran pengajaran. Perkara ini turut disebabkan oleh majority
guru-guru Sejarah masih lagi mengamalkan pendekatan konversional dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka. Kebergantungan para guru Sejarah dilihat terlalu
menggunakan buku teks sebagai bahan utama mengajar dan sepenuhnya menggunakan
sumber-sumber fakta yang terkandung dalam buku teks sahaja.

Oleh itu, seorang guru Sejarah hendaklah sentiasa berpengetahuan dan


berkemahiran tinggi dalam pengajarannya. Kompentasi kemahiran guru Sejarah dalam dari
aspek strategi, penilaian, dan berkemahiran menggunakan teknologi amat penting dalam
menarik minat para pelajar mempelajari mata pelajaran Sejarah. kompentasi kemahiran
guru guru diharap mampu memberikan kesan terhadap peningkatan pretasi pelajar selaras
dengan kepentingan mata pelajaran Sejarah yang menjadi subjek wajib lulus di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Anuar Ahmad, 2015).
PERNYATAAN MASALAH

Melalui pembacaan kajian-kajian lepas terdapat beberapa masalah yang wujud dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi guru-guru di luar bidang kepakaran yang
mengajar mata pelajaran Sejarah. Guru-guru di luar opsyen yang mengajar mata pelajaran
Sejarah ini dilihat meghadapi masalah penguasaan terutamanya berkaitab dengan tahap
kompentasi mereka. Komponen kompentasi ini merupakan disiplin ilmu yang diperlukan
dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Keperluan menguasai
komponen kompentasi yang mendalam berkaitan dengan isi pengajaran dan sikap
seseorang guru semasa di dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah perlu dikuasai
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan baik (Roslan Abu
Hasan, 2014).

Memandangkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah ada yang terdiri
daripada guru diluar bidang kepakaran, sudah semestinya proses pengajaran dan
pembelajaran yanh dijalankan tidak seperti guru yang dalam bidang kepakarannya. Selain
itu, perkara ini akan mengganggu keperluan silibus yang terpaksa dihabiskan dalam tempoh
yang telah ditetapakan. Bahkan, guru-guru terbabit juga tidak kompeten untuk mengajar
dan tidak berupaya menguasai isi kandungan sesuatu topic pembelajaran. Hal ini sejajar
dengan pendapat Carrarciao dan Englander (2004), tiga kompenan yang terdapat dalam
penilaian kompentasi adalah pengetahuan, kemahiran dan sikap amat penting dimiliki oleh
seseorang guru.

Lantaran itu, satu kajian berkaitan tahap kompentasi perlu dilakukan terhadap guru-
guru bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran Sejarah bagi mengenalpasti tahap
kompentasi mereka. Penguasaan tahap kompentasi ini dapat meyakinkan guru-guru semasa
menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran terutama mereka yang mengajar subjek
Sejarah. Oleh itu, perkara ini dapat membantu guru-guru diluar opsyen mereka dapat
mempersiapkan diri dari aspek pengetahuan dan kemahiran yang terhadap tugas yang
dipertanggujawabkan.
OBJEKTIF KAJIAN

Secara amnya kajian ini adalah untuk melihat tahap kompentasi guru bukan opsyen yang
mengajar mata pelajaran Sejarah. Oleh itu, secara khususnya objektif kajian bertujuan
untuk;

1) Mengenalpasti tahap pengetahuan kompentensi guru bukan opsyen yang mengajar


mata pelajaran Sejarah.
2) Mengenalpasti tahap kemahiran kompentensi guru bukan opsyen yang mengajar
mata pelajaran Sejarah.

PERSOALAN KAJIAN

Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan berikut;

1) Apakah tahap pengetahuan guru terhadap kandungan kurikulum sejarah di sekolah


rendah?
2) Apakah tahap kemahiran guru dalam mengajar mata pelajaran Sejarah?

SKOP KAJIAN

Kajian ini memberi fokus kepada tahap kompetensi ke atas guru-guru bukan opsyen yang
mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah. Mereka yang terlibat merupakan tenaga
pengajar yang mengajar pelajar tahun 4 di sekolah rendah. Kajian ini juga memfokuskan
secara khusus kompenan kompentensi yang dipraktikan iaitu aspek pengetahuan isi
kandungan kurikulum sejarah yang akan diajar oleh guru bukan opsyen serta aspek
kemahiran kompentensi guru mengaplikasikan ke atas pelajar Sejarah.
KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini penting kerana ia berperanan sebagai sumber rujukan kepada
pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan. Kepentingan kajian lebih tertumpu kepada
guru-guru bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran Sejarah memandangkan
pelaksanannya boleh mendatangkan kesan kepada pembelajaran pelajar. Hasil daripada
kajian ini diharap dapat memberi maklumat kepada pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) menyusun perancangan yang sesuai tentang kaedah untuk melantik dan
mengiktiraf guru terutama yang berkaitan dengan pengajaran guru-guru bukan opsyen
khasnya yang mengajar mata pelajaran Sejarah.

Selain itu, kajian ini penting bagi menyalurkan maklumat penting kepada pihak-
pihak yang terlibat dalam pendidikan supaya dapat membuat penambahbaikan dalam
merangka keperluan profesionalisme atau menyediakan bahan-bahan rujukan yang boleh
membantu guru-guru bukan opsyen agar mereka menjadi guru yang lebih kompeten dan
berkualiti. Tambahan pula, berdasarkan kepada keperluan membekalkan guru yang
berdaya maju dan bersikap terbuka untuk menempuh dunia pendidikan Institusi Pengajian
Tinggi Awam dan Swasta sangat memerlukan hasil daripada kajian ini. Segala dapatan
memberikan panduan kepada mereka untuk menggubal, mereka atau menambahbaik
kurikulum yang dikehendaki untuk menghasilkan bakal graduan yang memenuhi kehendak
kementerian dan sentisa ingin cemerlang dalam bidang tugasnya.
TEORI DAN MODEL KAJIAN

Kajian ini dibentuk berdasarkan model utama kajian iaitu Model Icebergh Compentency
Model. Model ini merujuk kompetensi iaitu pengetahuan dan kemahiran terletak di atas
paras air dan hujung aisberg. Ciri-ciri peribadi pula terletak di bawah paras air dan sukar
untuk diketahui. Walaubagaimanapun, pengetahuan dan kemahiran untuk menjalankan
sesuatu tugasan atau kerja dan ianya tidak memberikan perbezaan prestasi yang dihasilkan.
Dengan kata lain, pengetahuan dan kemahiran merupakan komponen kompetensi yang
senang dilihat dan dikenalpasti manakala ciri-ciri peribadi yang lain hanya menjadi
pendokong yang sukar untuk dilihat dan dikenalpasti. Namun begitu, ianya turut
memainkan peranan bagi menentukan seseorang pegawai cemerlang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh sesuatu jawatan.

Rajah 1.1: Model Kompetensi Iceberg

Rajah di atas merupakan model kajian bagi merangka teori kajian yang telah direka
untuk menyatakan secara langsung hubungan dengan keseluruhan kajian yang akan
dijalankan. Selain daripada penggunaan model kompetensi iceberg, bagi mengukuhkan lagi
kajian ini teori behaviorisme turut digunakan yang diasaskan oleh Ivan Petriovich Pavlov
sebagai teori sokongan. Mengikut pendekatan teori tingkah laku, setiap rangsangan
menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan
dan gerakbalas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan
mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman.
METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan deskriptif.
Kaedah tinjauan adalah sesuai untuk mengukur perspektif (pandangan) responden terhadap
sesuatu isu atau topik, pencapaian matlamat sesuatu program serta sikap dan tingkah laku
responden. Selain itu kaedah tinjauan juga merupakan satu kaedah yang dapat mengumpul
data asli dengan cepat dan melibatkan responden yang ramai. Kajian tinjauan ini
menggunakan kaedah kuantitatif melalui penggunaan soal selidik skala 5 Likert sebagai
instrumen kajian. Sampel kajian seramai 40 orang responden yang melibatkan guru bukan
opsyen Sejarah dari sekolah rendah. Dalam kajian ini menggunakan dua jenis
pembolehubah iaitu pemboleh ubah bebas yang mewakili kompenan kompetensi guru
manakala pemboleh ubah bersandar kajian mewakili komponen ialah guru bukan opsyen
yang mengajar mata pelajaran Sejarah. Kedua-dua pemboleh ubah ini menggambarkan
mempunyai hubungan secara langsung antara satu sama lain.
PERBINCANGAN ISU

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah bergantung kepada perancangan dan
kualiti guru sejarah itu sendiri. Guru sejarah yang bermutu akan menunjukkan kebolehan
dan berkeupayaannya dari segi pengetahuan, kualiti diri, sosial dan profesional.
Tanggungjawab guru sebagai penyampai ilmu dengan mengaplikasikan beberapa
pendekatan-pendekatan atau strategi yang boleh membantu murid menguasai kemahiran
dan pemahaman serta berjaya mencapai objektifnya. Namun begitu kelemahan dari segi
pengetahuan dan pengajaran guru masih menjadi persoalan utama dalam perlaksanaan
kurikulum sejarah terutamanya bagi guru bukan opsyen yang mengajar.

Beberapa kajian mendapati kemahiran guru dalam pengetahuan sejarah


berkurangan apabila sebahagian besar guru sejarah tidak menguasai pengetahuan isi
kandungan sejarah yang sepatutnya dimiliki kerana untuk menjadi seorang guru yang cekap
ialah mengetahui pengetahuan tersebut (Jemaah Nazir Persekutuan, 2009; Abdul Rahim
Rashid, 2001; Aini Hassan 1998; Shulman, 1982). Keadaan menjadi semakin serius apabila
di sekolah terdapat guru bukan opsyen sejarah atau tidak berpengalaman mengajar mata
pelajaran sejarah (Ahmad Rafaai, 2010).

Oleh yang demikian, guru-guru yang mengajar mata pelajaran terutamanya Sejarah
seharusnya menguasai pengetahuan pedagogi dan isi kandungan agar penyampaian yang
disampaikan kepada murid adalah tepat, jelas dan mencapai objektif pembelajaran pada
masa itu. Hakikatnya, kelemahan dan kepincangan yang sering berlaku dalam proses
pengajaran dan Ppembelajaran antaranya berpunca daripada tahap penguasaan yang lemah
dalam kalangan guru. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meninjau tahap
kompetensi guru bukan opsyen dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.

Vous aimerez peut-être aussi