Vous êtes sur la page 1sur 4

1.

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

a. Apakah itu modenisasi ekonomi?

Suatu proses perubahan atau transformasi dalam segala aspek kehidupan


masyarakat dan perubahan tersebut berlaku secara berencana atau tidak
berencana.

b. Sistem ekonomi sebelum dan selepas kemerdekaan.

Sebelum kemerdekaan, sistem ekonomi tanah melayu bertukar kepada ekonomi


komersial daripada pertanian sara diri. Konsep ‘Pecah dan Perintah’ diamalkan
semasa pemerintahan zaman British. Jurang antara kaum semakin meluas dan
ekonomi tradisional menjadi halangan.

Selepas kemerdekaan, K-ekonomi dijadikan teras pembangunan ekonomi di


Malaysia. Asas ekonomi telah dipelbagaikan dengan memperkenalkan komoditi
serta penumpuan kepada eksport barangan ke luar. Selain itu, telah dilaksanakan
integrasi ekonomi melalui dasar-dasar pembangunan bagi memastikan pengagihan
ekonomi seimbang dan stabil.

c. Rancangan pembangunan 5 tahun.

Rancangan pembangunan 5 tahun diperkenalkan, antaranya ialah:

1. Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)


2.Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
3.RMK-1 (1966-1970)
4.RMK-2 (1971-1975)
5.RMK-3 (1976-1980)
6.RMK-4 (1981-1985)
7.RMK-5 (1986-1990)
8.RMK-6 (1991-1995)
9.RMK-7 (1996-2000)
10.RMK-8 (2001-2005)
11.RMK-9 (2006-2010)
12.RMK-10 (2011-2015)
13.RMK-11 (2016-2020)

d. Dasar-dasar ekonomi.

i. Dasar Ekonomi Baru.


Telah digubal selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Tujuannya untuk
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira
kaum.

Antara strategi dasar ini adalah:


1.Menambah baik kehidupan rakyat di pedalaman dan luar bandar.
2.Menambah peluang pekerjaan.
3.Masyarakat perdagangan dan perindustrian dapat diwujudkan.

ii. Dasar Awam Pertanian.


Beberapa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sektor
pertanian dan membasmi kemiskinan luar bandar telah ditubuhkan.

iii. Dasar Awam Perindustrian.


Dilaksanakan bagi mempelbagaikan dan mestabilkan lagi ekonomi dalam
dan luar negara.Selain itu, memajukan lagi pertumbuhan perindustrian
melalui perkilangan, mengoptimumkan penggunaan penggunaan sumber
asli negara dan meningkatkan tahap penyelidikan dan pembangunan
teknologi tempatan.

iv. Dasar Industri Berat Negara.


Meminimalkan pergantungan Malaysia kepada negara luar dari segi
pembekalan alat jentera bagi memenuhi keperluan tempatan.Yang
seterusnya, memperbanyakkan dan mempelbagaikan barangan eksport
negara bagi mengatasi halangan atau perlindungan negara-negara maju
terhadap pengehadan barang negara serta mewujudkan pekerja
berkemahiran kejuruteraan dan bidang-bidang yang berkaitan.

v. Dasar Penswastaan.
Kerajaan memindahkan kuasa, kepentingan, perkhidmatan, pelaburan, dan
perusahaan kepada pihak swasta.

Alasan bagi dasar diperkenalkan:


1.Beban kewangan dan pentadbiran kerajaan dapat dikurangkan.
2.Meningkatkan persaingan kecekapan dan produktiviti.
3.Merangsang keusahawanan persendirian dan pelaburan.
4.Mengehadkan bilangan dan saiz sector awam.
5.Membantu mencapai matlamat DEB.

e. Isu-Isu Berkaitan Perkembangan Ekonomi Negara.

i. Pertumbuhan dan Agihan.


Pertumbuhan dan pembangunan yang tidak seimbang kerana agihan
kekayaan tidak seimbang di antara kelompok etnik dan kelas sosial.

ii. Hubungan Equiti.


Di Malaysia, nisbah pegangan equiti 30:40:30. Aset bumiputera
diperkukuhkan dengan pelaburan institusi seperti MARA, Pelaburan
Hartanah Berhad (PHB), PNB dan lain-lain agensi.

iii. Kemiskinan.
Kadar kemiskinan paling tinggi datangnya dari kalangan melayu yang
tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional sahaja dan teknologinya yang
tidak membangun searas dengan teknologi moden dunia.

iv. Kesamarataan dan Hak Sama Rata.


Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan perlindungan sama rata di sisi undang-undang, mengikut
perkara 8(1) PP. Antara isu yang dibangkitkan ialah ia digunakan oleh
sesetengah pihak untuk berhujah bahawa keadilan dan kesamarataan harus
diperjuangkan dan dicapai di Malaysia.
References.

https://www.slideshare.net/ericaleenyaeben/konteks-ekonomi-dan-hubungan-etnik

https://www.slideshare.net/FaTinGhaZmi/perkembangan-ekonomi-malaysia-sebelum-dan-selepas-
merdeka

https://www.scribd.com/doc/13589391/Pembangunan-Ekonomi-Dalam-Konteks-Hubungan-Etnik-
Di-Malaysia

Vous aimerez peut-être aussi