Vous êtes sur la page 1sur 12

1.

0 PENGENALAN

Negeri Sarawak asalnya ialah sebahagian daripada kawasan jajahan Sultan Brunei dan

bermulanya pada tahun 1841, negeri tersebut telah diserahkan kepada James Brooke iaitu

seorang anak bangsawan British.1 Seterusnya, Borneo Utara iaitu Sabah telah dikuasai oleh

sebuah syarikat yang diasaskan oleh Alfred Dent dan kemudiannya mendapat piagam daripada

Queen Victoria pada 1 Ogos 1881 yang dikenali sebagai Syarikat Berpiagam Borneo Utara

British (SBBU).2 Mengikut daripada fahaman penulis, definisi kemunduran dalam kemajuan

infrastruktur di Sarawak dan Sabah dapat dilihat menerusi perkembangan dalam infrastruktur

yang hanya merangkumi kawasan-kawasan tertentu sahaja jika dibandingkan dengan keluasan

kedua-dua negeri berkenaan. Infrastruktur didefinisikan sebagai kemudahan-kemudahan asas

yang disediakan di sesuatu negara atau kawasan termasuk perkhidmatan dan kemudahan yang

diperlukan untuk kemajuan ekonomi negara tersebut seperti jalan raya, jambatan, terowong,

bekalan air dan kesihatan, sekolah, grid elektrik dan telekomunikasi.3

Fokus perbincangan penulisan ini ialah mengenai tindakan yang telah dilakukan oleh

pihak kerajaan Brooke dan Syarikat Berpiagam yang telah membawa kepada kemunduran dalam

kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Borneo Utara. Tidak dapat disangkal lagi, masalah

kemunduran yang membelenggu kedua-dua negeri berkenaan ialah sememangnya disebabkan

oleh tindak tanduk pihak kerajaan Brooke dan Syarikat Berpiagam. Walaubagaimanapun,

terdapat juga faktor lain seperti faktor geografi Sarawak dan Sabah itu sendiri yang telah

menyebabkan berlakunya masalah kemunduran dalam kemajuan infrastruktur di kedua-dua

negeri tersebut pada zaman sebelum perang pasifik.

1
K. Bali, Sayang Sarawak (Kelantan, Malaysia: Pustaka Aman Press, 1966), hlm.10.
2
Cecilia Leong, Sabah: The First 100 years (Kuala Lumpur, Malaysia: Percetakan Nan Yang Muda, 1982), hlm. 2.
3
https://en.wikipedia.org/wiki/infrastructure, diakses pada 22 Oktober 2012, jam 2.00 pagi.

1
2.0 LATAR BELAKANG ZAMAN PEMERINTAHAN SARAWAK DAN SABAH PADA
ZAMAN SEBELUM PERANG PASIFIK (1941-1945)

Pada 1 Ogos 1842, James Brooke (Rujuk Lampiran 1) menjadi Raja Sarawak yang pertama

setelah Sarawak diserahkan dengan rasminya oleh Sultan Brunei kepadanya. 4 Rejim Brooke

telah memerintah Sarawak selama 100 tahun5 yang disusuli dengan pemerintahan oleh Sir

Charles Brooke (Rujuk Lampiran 2) bermula tahun 1868 dan diakhiri oleh pemerintahan Sir

Charles Vyner Brooke (Rujuk Lampiran 3) yang ditabalkan menjadi Raja Sarawak III pada 23

Julai 1917.6 Zaman pemerintahan Brooke ini berlangsung antara tahun 1841 hingga tahun 1941

iaitu selama seratus tahun7 sebelum diserahkan kepada kerajaan Inggeris oleh Charles Vyner

Brooke.8 Di Sabah pula, negeri tersebut telah dikuasai oleh sebuah syarikat yang diasaskan oleh

Alfred Dent dan kemudiannya mendapat piagam daripada Queen Victoria pada 1 Ogos 1881

yang dikenali sebagai Syarikat Berpiagam Borneo Utara.9 Sabah yang dahulunya terletak di

bawah dua kesultanan iaitu Brunei dan Sulu telah muncul sebagai 1 unit politik pada bulan

November 1881 apabila ia dengan rasminya diperintah oleh Kompeni Berpiagam Borneo Utara

yang dikatakan mengambil Sabah atas dasar keuntungan10 dengan Gabenor pertamanya iaitu

William Hood Treacher.11 (Rujuk Lampiran 4). Sabah telah diperintah oleh Syarikat Berpiagam

bermula pada tahun 1881 sehingga tahun 1946.12

4
Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur (Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications, 1978), hlm. 35.
5
http://ejournals.ukm.my/akademika/article/viewFile/669/2217, diakses pada 23 Oktober 2012, jam 3.00 pagi.
6
Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur (Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications, 1978), hlm. 49.
7
Sabihah Osman, “Pemerintahan Brooke dan Pelajaran Bumiputera di Sarawak”, JEBAT , 1971, Bil. 2, hlm. 66.
8
Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur (Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications, 1978), hlm. 52.
9
Cecilia Leong, Sabah: The First 100 Years (Kuala Lumpur, Malaysia: Percetakan Nan Yang Muda, 1982), hlm. 2.
10
Sabihah Osman, Pentadbiran Bumiputera Sabah, 1881-1941 (Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia,
1985), hlm. 15.
11
Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur (Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications, 1978), hlm. 59.
12
Ismail Yusoff, Politik dan Agama di Sabah (Bangi, Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004), hlm. 25.

2
3.0 TINDAK TANDUK KERAJAAN BROOKE DAN SYARIKAT BERPIAGAM YANG
MEMBAWA KEPADA KEMUNDURAN DALAM KEMAJUAN INFRASTRUKTUR
DI SARAWAK DAN SABAH
3.1 MEMFOKUSKAN KAWASAN YANG MEMPUNYAI SUMBER EKONOMI
SAHAJA

Di negeri Sarawak, pihak Brooke hanya memberi fokus dalam memajukan kawasan yang

mempunyai kepentingan ekonomi komersial dan bandar-bandar utama sahaja. Hal ini dapat

dibuktikan melalui pembinaan infrastruktur yang banyak dibangunkan di bandar Kuching yang

merupakan pusat perdagangan utama di Sarawak ketika itu. Menurut James C. Jackson (1976),

Kuching merupakan satu pelabuhan untuk kapal-kapal saudagar melakukan urusan perniagaan

dalam memuatkan sagu, bijih sebatiam yang penting dalam perlombongan ekspot serta hasil

hutan yang menjadi sumber utama pendapatan bagi Raja Brooke Pertama sehingga tahun 1850.13

Mazlan Abdullah (1978) turut mengatakan:

“penduduk di Sarawak tidaklah semua yang dapat


menikmati faedahnya dari hasil segala kemajuan
ini, hanya mereka yang tinggal di bandar-bandar
sahaja.”14

Oleh hal yang demikian, pihak Brooke secara jelas tidak membangunkan negeri Sarawak

secara menyeluruh di mana hanya memberi fokus dalam kawasan-kawasan yang tertentu sahaja.

Hal ini ditegaskan oleh James C. Jackson (1976) bahawa hanya beberapa jalan pendek sama ada

elok permukaannya atau jalan tanah merah sahaja terdapat di keliling bandar yang lebih besar

dan jalan yang betul-betul dibina serta berbatu-batu seperti di Kuching, Miri dan Bau yang

13
James C. Jackson, Sarawak: Satu Kajian Ilmu Alam tentang Sebuah Negeri yang Sedang Membangun (Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976), hlm. 205.
14
Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur (Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications, 1978), hlm. 48.

3
sememangnya kawasan-kawasan ini terkenal dengan kegiatan perlombongan emas dan pertanian

komersial.15

Berdasarkan kajian tesis yang dijalankan oleh Lee Teck Choo (2008) turut mendapati pada

penghujung tahun 1880, bandar Kuching telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dalam

aspek pembandaran dan perumahan seperti jalan raya, bangunan yang baik dan pasukan polis.16

Selain itu, Nidzam Sulaiman (2006) turut berpendapat Brooke tidak giat membangunkan

masyarakat negeri ini seperti rakyat dibiar agar tidak terlalu berpendidikan dan infrastruktur asas

juga tidak dibangun dengan pesat iaitu beberapa jalan sahaja yang dibina untuk kemudahan

pengangkutan.17 Di samping itu, bagi Roff (1974), pemerintahan Brooke boleh dianggap sebagai

pendokong pemuliharaan kerana tidak berusaha membawa masyarakat Sarawak memasuki

zaman moden. Sebagai contoh, Brooke hanya berusaha memastautinkan Iban yang suka hidup

berpindah-randah, namun pada masa yang sama tidak pula suka jika mereka terus berubah

maju.18

Perkara ini juga dapat dilihat semasa pemerintahan Charles Johnston Brooke di mana beliau

banyak menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur di kawasan Kuching dan kawasan-

kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi baginya sahaja seperti Hospital Umum yang

dibina di Kuching pada tahun 1859, Muzium Sarawak pada tahun 1891 dan Sekolah Melayu

serta Sekolah Kerajaan juga didirikan di Kuching pada tahun 1902.19 Gambaran ini dapat

15
James C. Jackson, Sarawak: Satu Kajian Ilmu Alam tentang Sebuah Negeri yang Sedang Membangun (Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976), hlm. 190.
16
Lee Teck Choo, Perkembangan Sosioekonomi dan Politik Dalam Kalangan Orang Cina Di Daerah Bau dan Bandar
Kuching Sejak 1840 Hingga 1947 (Pulau Pinang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia,2008), hlm. 6.
17
Nidzam Sulaiman, Pakatan Dalam Politik Sarawak (Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006), hlm.
169.
18
Roff and Clark Margaret, The Politics of Belonging: Political Change In Sabah and Sarawak (United Kingdom:
Oxford University Press, 1971), hlm. 32.
19
Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur (Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications, 1978), hlm. 48.

4
diperkukuhkan lagi dengan kenyataan daripada Ooi Keat Gin (1997) yang menyatakan kerajaan

Brooke hanya menyediakan kemudahan infrastruktur khususnya kemudahan jalan raya yang elok

permukaannya yang terhad di bandar-bandar utama sahaja seperti di Kuching, bandar

perlombongan iaitu Bau, sungai pelabuhan iaitu Sibu dan bandar petroleum iaitu Miri dan

sehingga tahun 1938 hanya 1094.4 km jalan raya yang dibina di seluruh Sarawak.20

Di Sabah pula tidak begitu berbeza corak pemerintahannya berbanding dengan Sarawak jika

difokuskan dari segi motif utamanya iaitu keuntungan.21 Daripada pandangan penulis, gambaran

ini jelas dilihat melalui pihak Syarikat Berpiagam yang lebih memberi fokus kepada kawasan-

kawasan seperti bandar-bandar utama yang mempunyai sumber ekonomi berbanding kawasan-

kawasan pendalaman. Hal ini dapat dibuktikan melalui Wheelan (1968) yang memberikan

gambaran tentang kemudahan infrastruktur yang banyak dibina di Jesselton, Sandakan, Telok

Darvel, Keningau, Tenom, Beaufort dan bandar-bandar lain.22 Seperti yang disedia maklum,

Jesselton merupakan kawasan yang kaya dengan tanaman getah sekali gus pelbagai kemudahan

infrastruktur telah dibina di kawasan berkenaan seperti dua balai kereta api dan jalan raya.23

Menerusi pembacaan dalam karya Wheelan (1968) dan Amarjit Kaur (1994) telah memberikan

bukti yang jelas kemudahan infrastruktur terutamanya sistem pengangkutan banyak dibangunkan

antara kawasan Jesselton dengan Beaufort serta Weston iaitu jalan kereta api sepanjang 32

kilometer24 yang dibina di antara kawasan berkenaan dan pembinaan landasan kereta api ini

20
Ooi Keat Gin, Off Free Trade and Native Interests: The Brookes and The Economic Development of Sarawak 1841-
1941, (New York, United States: Oxford University Press, 1997), hlm. 205-206.
21
Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur (Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications, 1978), hlm. 48.
22
Whelan F.G., Negeri Sabah (Kuala Lumpur, Malaysia: Macmillan, 1968), hlm. 83.
23
Whelan F.G., Negeri Sabah, hlm. 85.
24
Amarjit Kaur, “ ‘Hantu’ and Highway: Transport in Sabah 1881-1963: Modern Asian Studies”, 1994, Bil.28. hlm.
19.

5
hanya tertumpu di kawasan pantai barat kerana mempunyai penduduk yang padat dan aktiviti

ekonomi yang lancar.25

Selain itu, jika dilihat dalam penulisan Sulaiman Zakaria (1994) telah memberikan gambaran

bahawa sistem perhubungan di Sabah bertambah baik di bawah pentadbiran Kompeni Berpiagam

Borneo Utara tetapi sistem tersebut hanya difokuskan di kawasan-kawasan tertentu sahaja seperti

jalan kereta api sepanjang 32 kilometer telah dibina pada tahun 1896 di bandar Weston yang

dihubungkan dengan Beaufort, jalan kereta api pada tahun 1902 telah dibina dari Beaufort ke

Jesselton dan jalan kereta api sepanjang 48 kilometer yang telah dipanjangkan telah dibina dari

Beaufort ke Tenom.26 Menjelang tahun 1941, terdapat 165 kilometer jalan raya yang berturap di

bandar Jesselton, Sandakan, Kudat, Lahad Datu dan Tawau.27 Secara jelas, kemudahan-

kemudahan infrastruktur hanya dibangunkan di kawasan-kawasan yang hanya memberikan

keuntungan kepada mereka semata-mata baik pihak Brooke mahupun Syarikat Berpiagam dan

kawasan-kawasan pendalaman terus dibelenggu kemunduran.

3.2 PENEKANAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN BROOKE DAN SYARIKAT


BERPIAGAM DALAM ASPEK INFRASTRUKTUR BIDANG PENDIDIKAN

Bidang pendidikan ini sangat penting dalam meningkatkan taraf hidup penduduk untuk

meangkah ke hadapan daripada hidup dalam kemunduran dan bidang ini sememangnya perlu

diberikan perhatian secara terperinci. Nidzam Sulaiman (2006) menyifatkan pihak Brooke tidak

begitu mengambil berat akan bidang pendidikan ketika zaman pemerintahannya kerana rakyat

25
F.G Whelan., Negeri Sabah (Kuala Lumpur, Malaysia: Macmillan, 1968), hlm. 96.
26
Sulaiman Zakaria, Inggeris di Sabah dan Sarawak (Kuala Lumpur, Malaysia: Goodmark, 1994), hlm. 11.
27
Sulaiman Zakaria, Inggeris di Sabah dan Sarawak, hlm. 13.

6
telah dibiarkan agar tidak terlalu berpendidikan.28 Pendidikan formal di Sarawak hanya bermula

selepas tahun 1841 iaitu sewaktu Sarawak telah diserahkan kepada James Brooke oleh Pangeran

Muda Hashim untuk ditadbir.29 Dasar Brooke dalam pendidikan adalah sejajar dengan dasar dan

bentuk pendidikan yang wujud di England iaitu perkhidmatan pendidikan di sana dianjurkan oleh

pihak-pihak swasta dan persendirian secara tidak langsung pihak kerajaan tidak akan melibatkan

diri dalam bidang tersebut. Oleh hal yang demikian, Brooke menganggap mubaligh-mubaligh

kristian yang lebih bertanggungjawab dan lebih layak mengendalikan soal-soal pendidikan.30

Walaupun beberapa sekolah telah didirikan ketika zaman pemerintahan Brooke seperti sekolah

kerajaan pertama yang ditubuhkan pada tahun 1883 tetapi intipati daripada penubuhan sekolah-

sekolah tersebut tidaklah begitu memberangsangkan kerana penubuhan tersebut tetap

menjadikan penduduk amnya kaum bumiputera masih dalam kemunduran.

Melalui pembacaan penulis, jika dilihat secara luaran sememangnya berlaku kemajuan dalam

pembinaan infrastruktur melalui aspek pendidikan ini seperti penubuhan sekolah-sekolah di

Sarawak tetapi secara dalamannya impak penubuhan sekolah tersebut tidak begitu bermanfaat

khususnya kepada kaum bumiputera. Kaum bumiputera ketika itu dikatakan akan lebih gembira

dan berpuas hati dengan pendidikan asas dan pratikal yang sedia wujud sahaja dan pendidikan

yang lebih tinggi bercorak akademik tidak perlu diberi kerana perubahan sikap dan pengluasan

fikiran mereka akan menyebabkan mereka benci kepada ibu bapa dan sanak saudara mereka

28
Nidzam Sulaiman, Pakatan Dalam Politk Sarawak (Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006), hlm.
169.
29
Syed Idrus Syed Ahmad dan R. Santhiram, Perkembangan Pendidikan di Sarawak (Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990), hlm. 29.
30
James C. Jackson, Sarawak: Satu Kajian Ilmu Alam tentang Sebuah Negeri yang Sedang Membangun (Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976), hlm. 229.

7
sendiri akibat jurang yang dihasilkan oleh pendidikan sedemikian rupa.31 Hal ini dapat

dibuktikan melalui pendiriran Charles Brooke tentang soal-soal pelajaran dengan tulisan beliau:

“memberi pendidikan kepada bumiputera adalah


merupakan satu khidmat besar kepada rakyat.
Tetapi ini tidaklah perlu bagi sebarang kaum
bumiputera. Persekolahan akan membawa mereka
memundurkan kanak-kanak yang bertamadun dan
akhirnya bersikap benci kepada ibu bapa dan
saudara-mara mereka.”32

Di Sabah, wujudnya institusi sekolah yang bersistem bermula di bawah pentadbiran Syarikat

Berpiagam. Sememangnya, terdapat inisiatif daripada pihak kolonial ini dalam menyediakan

kemudahan pendidikan kepada masyarakat peribumi. Sebagai contoh, jabatan pelajaran telah

ditubuhkan pada tahun 1909 yang telah membina sekolah kerajaan yang pertama di Jesselton

bagi tujuan melatih anak-anak ketua bumiputera yang dianggap supaya anak-anak ini akan

mengikut jejak langkah bapa mereka tetapi sekolah ini telah ditutup kerana dianggap kurang

menguntungkan dan cara pengurusan sistem pendidikan ketika itu masih dalam kemunduran

seperti nazir sekolah yang tidak dilantik33 sekali gus ianya jelas menunjukkan pihak Syarikat

Berpiagam Borneo Utara British ini tidak begitu mengambil berat akan kemudahan infrastruktur

dalam aspek pendidikan.

3.3 DASAR PRO-PRIBUMI YANG DILAKSANAKAN PIHAK BROOKE DAN


SYARIKAT BERPIAGAM KE ATAS MASYARAKAT SETEMPAT

Ketiga-tiga Raja Putih Sarawak amat menitikberatkan konsep perlindungan atau dasar

paternalisme iaitu dasar untuk mengelakkan orang luar untuk tidak mencampuri adat resam kaum
31
Syed Idrus Syed Ahmad dan R. Santhiram, Perkembangan Pendidikan di Sarawak (Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990) hlm. 56.
32
Syed Idrus Syed Ahmad dan R. Santhiram, hlm. 56.
33
http://studentsrepo.um.edu.my/634/2/BAB1.pdf, diakses pada 24 Oktober 2015, jam 3.27 petang.

8
pribumi34. Pada masa yang sama, pihak Brooke ingin melakukan perubahan besar dalam sistem

ekonomi Sarawak dan cenderung untuk mengekalkan dan menjaga status quo kaum pribumi

daripada anasir-anasir luar yang dapat mengganggu adat resam atau corak kehidupan peribumi

yang telah sedia ada.35 Sebagai contoh, Charles Johnston Brooke tetap meneruskan dasar-dasar

yang telah dijalankan oleh James Brooke iaitu dasar melindungi penduduk bumiputera yang

terdiri daripada suku-suku Iban, Bidayuh, Dayak, Melanau dan sebagainya daripada dieksploitasi

oleh bangsa asing seperti tidak menggalakkan masyarakat Dayak tinggal dan menetap

berdekatan dengan bandar Kuching kerana dikhuatiri terpengaruh dengan kehidupan bandar yang

boleh merosakkan mereka.36 Dasar ini sememangnya memelihara tradisi bumiputera daripada

segala pengaruh bangsa asing tetapi kesan negatifnya masyarakat peribumi tidak dapat

menjalinkan hubungan dengan pihak luar sekali gus masyarakat tersebut terus tinggal dalam era

kemunduran tanpa sebarang kemajuan terutamanya penyediaan kemudahan infrastruktur di

kawasan mereka. Tambahan pula, dasar ini telah meruntuhkan struktur tradisional dan

memisahkan golongan bumiputera yang beragama islam dengan yang bukan beragama islam. 37

Selain daripada itu, Brooke juga lebih memberi banyak keistimewaan kepada golongan Cina

kerana golongan ini dipandang baik dan bijak oleh Brooke dalam menguruskan aktiviti

perlombongan. James Brooke sendiri menyifatkan golongan ini sebagai bangsa yang elok diberi

perhatian sebagai warganegara negeri ini pada masa akan datang. 38 Situasi ini secara tidak

langsung telah mengeruhkan lagi hubungan orang Cina dengan masyarakat peribumi

34
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah-Sarawak, diakses pada 29 Oktober 2015, jam 1.37 pagi.
35
Radia’N bin Jili, Kemelesetan Ekonomi Dunia: Kesan Sosioekonomi di Bahagian Kuching Sarawak, 1929-1941
(Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, 2011), hlm. 37.
36
Radia’N bin Jili, Kemelesetan Ekonomi Dunia: Kesan Sosioekonomi di Bahagian Kuching Sarawak, 1929-1941,
hlm. 49.
37
Syed Idrus Syed Ahmad dan R. Santhiram, Perkembangan Pendidikan di Sarawak (Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990), hlm. 16.
38
Lee Yong Leng, Penduduk dan Penempatan di Sarawak (Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1981), hlm. 133.

9
sehinggakan orang cina menganggap orang pribumi ini sebagai orang yang kasar dan tidak

bertamadun.39

Di Sabah juga dasar yang dijalankan hampir sama di Sarawak iaitu dasar perlindungan

kepada hak peribumi kecuali Gabenor Sabah terpaksa menurut dasar-dasar yang telah ditetapkan

oleh Lembaga Pengarah Kompeni di London berbanding Raja Brooke yang mempunyai kuasa

mutlak dalam menjalankan pemerintahannnya.40 Ismail Yusoff (2004) menyatakan bahawa

syarikat ini memberi perlindungan kepada hak-hak peribumi kerana dengan menjaga

kepentingan penduduk peribumi, proses mengeksploitasi negeri Sabah akan berjalan dengan

lancar.41 Dasar ini secara tidak langsung menyebabkan kemudahan infrastruktur kurang diberi

perhatian dan berlakunya kemunduran dalam kawasan-kawasan tertentu. Sebagai contoh,

petempatan orang-orang dusun tidak diberi perhatian khususnya dari segi infrastruktur.42 Hal ini

demikian kerana petempatan masyarakat Dusun terletak jauh di kawasan pendalaman dan tidak

membawa sebarang keuntungan kepada kompeni berkenaan selaras dengan motif utama

pentadbirannya iaitu bermotifkan keuntungan dan kepetingan pemegang-pemegang saham

Kompeni lebih terjaga.43

Oleh itu, secara jelas dapat dilihat bahawa terdapat beberapa faktor yang berpunca daripada

tindakan kerajaan Brooke dan Syarikat Berpiagam yang telah membawa kepada kemunduran

dalam kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Borneo Utara pada zaman sebelum Perang Pasifik.

39
Mohd Ridhuan Tee Abdullah, “Cabaran Intergrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga Dan
Pendidikan”, HADHARI, 2010, Bil.3, hlm. 79.
40
Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur (Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications, 1978), hlm. 58.
41
Ismail Yusoff, Politik Dan Agama di Sabah (Bangi, Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia: Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2004), hlm. 38.
42
Whelan F.G., Negeri Sabah (Kuala Lumpur, Malaysia: Macmillan, 1968), hlm. 58.
43
Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur (Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications, 1978), hlm. 86.

10
4.0 FAKTOR SELAIN DARIPADA TINDAK TANDUK KERAJAAN BROOKE DAN
SYARIKAT BERPIAGAM YANG MEMBAWA KEMUNDURAN DALAM
KEMAJUAN INFRASTRUKTUR DI SARAWAK DAN SABAH IAITU FAKTOR
GEOGRAFI

Mengikut daripada pendapat penulis, faktor geografi sememangnya menyukarkan

perkembangan kemudahan infrastruktur di Sarawak dan Sabah di mana keadaan bentuk

muka buminya yang bergunung-ganang, sungai-sungai yang deras, dan hutan yang tebal.

Sabihah Osman (1971) juga berpendapat bahawa negeri Sarawak ini sukar diteroka kerana

keadaan fizikalnya yang berhutan rimba dan berpaya tanpa perhubungan yang baik. 44 Amarjit

Kaur (1994) turut berpandangan bahawa bentuk muka bumi negeri Sabah memainkan

peranan yang penting dalam kemajuan infrastruktur di Sabah.45

Di Sarawak, faktor-faktor geografi yang secara tidak langsung menjadi punca

kemunduran dalam kemajuan infrastruktur adalah seperti rangkaian sungainya yang

bersimpang siur, tanah paya bakau di persisiran pantai dan kawasan paya gambut

terutamanya di kawasan pendalaman serta gunung-ganang dan banjaran seperti Gunung

Murud, Gunung Sarapi, Banjaran Tama Abu dan Banjaran Iran. 46 Batu-batu bonjol yang

berteraburan dan longgokan batu kerikil yang kurang baik menyebabkan kesukaran untuk

membina jalan raya di kawasan-kawasan tertentu di negeri Sarawak.47 Di Sabah pula,

terdapat banyak sungai-sungai yang berliku seperti Sungai Kinabatangan yang panjangnya

563 km, Sungai Sugut, Sungai Segama dan Sungai Kalabakan dan 80% kawasannya diliputi

44
Sabihah Osman, “Pemerintahan Brooke dan Pelajaran Bumiputera di Sarawak”, JEBAT, 1971, Bil. 2, hlm. 66.
45
Amarjit Kaur, “ ‘Hantu’ and Highway: Transport in Sabah 1881-1963: Modern Asian Studies”, 1994, Bil.28. hlm 2.
46
http://ir.unimas.my/6355/1/KUEH%20PERNG%20YAW(24%24pages).pdf, diakses pada 29 Oktober 2015,2.00
pagi.
47
James C. Jackson, Sarawak: Satu Kajian Ilmu Alam tentang Sebuah Negeri yang Sedang Membangun (Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976), hlm. 193.

11
oleh hutan rimba secara tidak langsung keadaan ini menyebabkan berlakunya kemunduran

dalam infrastruktur di negeri Sabah ataupun yang dikenali sebagai Borneo Utara.48

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kemunduran dalam kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Borneo Utara

pada zaman sebelum Perang Pasifik sememangnya berpunca daripada tindak tanduk pihak

kerajaan Brooke dan Syarikat Berpiagam. Walaubagaimanapun, masalah yang membelenggu

di Sarawak dan Sabah ini tidak boleh kita menunding jari kepada kerajaan Brooke dan

Syarikat Berpiagam semata-mata kerana adanya faktor lain yang menyebabkan wujudnya

masalah berkenaan seperti faktor geografi. Jika dilihat Sarawak dan Sabah hari ini, memang

tidak dapat dinafikan di kawasan pendalaman masih jauh ketinggalan dari segi aspek

kemudahan infrastruktur seperti etnik Kenyah yang masih tinggal di rumah panjang di

perkampungan Long Busang yang terletak jauh daripada pusat bandar Sarawak.49 Begitu juga

di Sabah iaitu di kawasan pendalaman seperti Keningau. Keningau merupakan sebuah bandar

yang terletak di kawasan pendalaman Sabah tetapi masih daif dari segi kemudahan

infrastruktur khususnya kemudahan infrastruktur dalam aspek pendidikan.50

Oleh itu, pihak-pihak yang terlibat haruslah mengambil serius dan bertindak dengan bijak

dalam menangani isu kemunduran kemudahan infrastruktur di kedua-dua negeri tersebut

khususnya kawasan pendalaman supaya kemudahan infrastruktur baik di kawasan

pendalaman mahupun di kawasan bandar bertambah maju dari masa ke masa.

48
Teon Lee Kim dan Norzima, Sabah Negeri Di Bawah Bayu (Kuala Lumpur, Malaysia: Goodmark,1994), hlm. 8.
49
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kj-sahut-cabaran-masuk-ke-pedalaman-terpencil-sarawak-74662,
diakses pada 29 Oktober 2015, 2.30 pagi.
50
www.astroawani.com/berita-malaysia/menteri-pendidikan-jangan-malas-tinjau-sekolah-pedalaman-dr-mohd-
puad-60481, diakses pada 29 Oktober 2015, 2.45 pagi.

12

Vous aimerez peut-être aussi