Vous êtes sur la page 1sur 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PELEK,

43950 SUNGAI PELEK, SELANGOR DARUL EHSAN.

KERTAS KERJA
PERMOHONAN
SUMBANGAN SEMPENA
HARI KANAK-KANAK 2019

DISEDIAKAN OLEH:

CIK NOR ILLYANA BINTI AHMAD NAZRI

PENYELARAS HARI KANAK-KANAK

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PELEK


1.0 TUJUAN
Jawatankuasa Sambutan Hari Kanak-Kanak Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek 2019
merancang untuk mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak 2019 bagi meraikan murid-murid
Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek. Pihak Jawatankuasa juga merancang untuk memberikan
setiap murid satu set ayam goreng sebagai salah satu cara untuk meraikan murid-murid pada
hari tersebut.

2.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Kanak-kanak diadakan bagi memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada
kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai
tanggungjawab untuk menentukan perlindungan, kebajikan, kesejahteraan agar hak-hak
mereka sentiasa dipelihara. Melalui program ini, sekolah akan dapat melahirkan insan yang
mempunyai nilai–nilai murni serta berkebolehan. Di samping itu, kanak–kanak dapat
menonjolkan bakat masing–masing melalui aktiviti–aktiviti yang disertai oleh mereka.

3.0 OBJEKTIF

 Menghargai dan meraikan kanak–kanak yang berasal dari pelbagai lapisan masyarakat.
 Memastikan perkembangan murid-murid secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa,
sosio emosi, sahsiah dan rohani.
 Menggalakkan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang
dilaksanakan.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Murid-murid Pra Sekolah, Tahun 1 sehingga Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek
seramai 350 murid.

5.0 TARIKH DAN TEMPAT SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK


Tarikh : 13 November 2019 (Rabu)
Masa : 7.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek
6.0 ANGGARAN KEPERLUAN
JENIS SUMBANGAN KUANTITI
1) Set Ayam Goreng 350 pax

7.0 PENUTUP
Kos untuk membeli set ayam goreng tersebut agak tinggi dan peruntukan Hari Kanak-Kanak
agak terhad. Justeru, dengan rendah hati pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek ingin
memohon sumbangan set ayam goreng daripada pihak tuan. Segala maklumbalas dan
sumbangan daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

______________________ ___________________________
(NOR ILLYANA BINTI AHMAD NAZRI) (HJH NORIPAH BINTI DARUSAN)
Penyelaras Hari Kanak-Kanak Penolong Kanan Kokurikulum
SK Sungai Pelek SK Sungai Pelek

Disahkan oleh,

_______________________
(MOHD AZUAN BIN AZIZAN)
Guru Besar
SK Sungai Pelek

Vous aimerez peut-être aussi