Vous êtes sur la page 1sur 1

Abstrak

Pembangunan media adalah berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) atau satu
bentuk teknologi digital yang semakin berkembang dan digunakan secara meluas dewasa ini
di serata dunia. Pembangunan ini dilakukan untuk memudahkan pelajar Thailand berinteraksi
dengan rakyat Malaysia dan memberi pendedahan mengenai bahasa Melayu secara lebih
mendalam kepada mereka. Pembangunan aplikasi media interaktif ‘Nak Cakap Melayu’ ini
berasaskan model ADDIE. Pembangunan ini juga dibangunkan untuk mengisi kelompongan
yang ada di pasaran. Selain itu, pembangunan ini dijalankan bagi memudahkan para pendidik
untuk mengajar para pelajar. Berdasarkan model reka bentuk pembangunan aplikasi media
interaktif ini, terdapat beberapa jenis fasa seperti fasa penganalisisan, fasa reka bentuk, fasa
pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Seterusnya, terdapat juga faktor yang
diketengahkan dalam kajian ini. Antaranya, faktor kepakaran, faktor teknikal dan faktor masa.
Kesimpulannya, pembangunan ini dibangunkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar
Thailand dengan lebih baik.

Vous aimerez peut-être aussi