Vous êtes sur la page 1sur 3

Sos Lada Hitam

Bahan-Bahan:
3/4 sudu besar Planta

1 ulas bawang putih (Diracik halus)

1 tin sos spageti keju & Herba

3/4 tin air suam

1 1/2 sudu besar serbuk cheese (Boleh beli di kedai bakery)

1/2 sudip kicap Jalen lemak manis

3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar


Cara Membuat:
1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja.Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah
diracik halus.Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Rasanya yang tentu power. Pilih yang botol kuning macam Afy
tunjuk.Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap).Tambahkan air suam 3/4 tin.

3. Masukkan 1 1/2 sudu besar serbuk cheese. Kacau rata.


4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. * Jangan guna kicap masin.

5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar. Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula ( boleh
masuk sikit-sikit untuk langkah selamat).Kacau sebati.

6. Tutup api setelah semua rasa sebati.

Vous aimerez peut-être aussi