Vous êtes sur la page 1sur 15

Konsep budaya

1.1 Pengenalan

Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses
perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara
ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang bermaksud ” budi +daya “; yakni
budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai
aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya
boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk
sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budayamerupakan satu konsep yang penting
untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang
lain.

Edward B.Taylor mentakrifkan budaya sebagai keseluruhan yang kompleks yang


Mengandungi kepercayaan, kesenian, akhlak, undang-undang, adap,dan kebolehan serta
tabiat yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Walau apapun definisi
budaya, kita memahami budaya itu sebagai sesuatu yang menyeluruh tentang aspek perilaku
manusia dalam masyarakat. Dan setiap perilaku itu dapat dijelaskan. Salah satu sifat penting
budaya ialah budaya berubah dan menjadi mekanisma untuk masyarakat menyesuaikan
sesuatu dalam kehidupan mereka. Nilai kepercayaan dan bahasa merupakan beberapa aspek
yang menjadi teras budaya.

Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses
perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara
ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya "; yakni
budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai
aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan.

Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat
manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya
merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu
masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.

1
2.1 Pengertian dan Konsep Budaya
Budaya-merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tidak kira agama, bangsa dan
kaum.Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang
membawa pengertian berikut:
Budhi (Sanskrit); kecergasan fikiran dan akal Membawa maksud :
Budaya itu adalah kecergasan akal fikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran
mereka dalam menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian
kepada permasalahan tersebut.

Secara ringkasnya merupakan satu cara hidup dalam satu masyarakat. Diwaris dari satu
generasi ke satu generasi. Menurut Kamus Dewan (2005), Budaya ditakrifkan sebagai
kemajuan fikiran, akal budi, cara berfikir, kelakuan, dll.

Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu
dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat
resam, sikap dan nilai.

3.1 Budaya

“Suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial,
susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai”.
Budaya merangkumi sebarang pengetahuan, nilai, seni, mural, perundangan, adat, habit,
simbol-simbol, intelektual, norma-norma, sikap, idea-idea, kepercayaan, tingkah laku dan
objek –objek material yang meliputi cara hidup .. Budaya atau kebudayaan berasal dari
bahasa Sanskrit iaitu buddhayah yang merupakan bentuk jamak dari buddhi (budi atau akal)
diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Dalam bahasa
Inggeris, kebudayaan disebut culture yang berasal dari perkataan Latin, colere, iaitu
bermaksud mengolah atau mengerjakan.

2
4.1 Maksud Budaya
Ahli Sosiologi mentakrifkaan budaya daalam 2 sudut;
Budaya bukan material yang mencerminkan idea abstrak iaitu idea yang dibentuk oleh setiap
ahli dalam masyarakat.

Budaya material iaitu bahan - bahan artifak yang dicipta oleh masyarakat.

Bennet (1999) menjelaskan bahawa budaya itu boleh merangkumi pelbagai bentuk dan
abstrak serta berubah mengikut keperluan semasa. Ia juga bergantung pada lokasi dan
persekitaran yang berbeza-beza. Ada budaya boleh diterima oleh satu-satu negara dan ada
budaya yang tidak boleh diterima langsung. Ini bermakna budaya sentiasa berubah dan
bersifat dinamik. Hussien (1993) menyatakan bahawa jalinan budaya manusia tidak boleh
difahami melalui proses pewarisan biologi tetapi perlu dipelajari melalui proses pendidikan,
sama ada di sekolah, dlm keluarga, kumpulan rakan atau komuniti di persekitaran.

Menurut Andreas Eppink, kebudayaan mengandungi keseluruhan pengertian, nilai, norma,


ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur sosial, agama dan termasuk juga segala
pernyataan intelektual dan astistik yang menjadi ciri khas sesuatu masyarakat. Menurut
Edward B. Taylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks yang di dalamnya
terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan
kemampuan- kemampuan lain yang diperolehi seseorang sebagai anggota masyarakat.

Nik Safiah Haji Abdul Karim:


Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. Penggerak ini
dimiliki oleh semua individu dan melaluinya sesuatu perkara itu dapat dilaksanakan. Ini
bermaksud bahawa kemampuan seseorang menggunakan segala tenaga sama ada
berbentuk fizikal mahupun rohani, kearah menggerakkan jiwa bagi mencapai hasrat yang
diingini. Hasrat dan nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak bercanggah dengan
kehendak masyarakat dan diterima serta dipersetujui untuk diamalkan bersama. Nilai
tersebut akan membentuk norma dalam masyarakat.Kebudayaan berbeza daripada satu
masyarakat dengan masyarakat yang lain.Namun begitu, terdapat juga beberapa persamaan
yang wujud dalam masyarakat dari segi bahasa, objek kebendaan, amalan agama, sistem

3
kekeluargaan, nilai kesenian dan lain-lain. Persamaan ini dikenali sebagai Pola Kebudayaan
Sejagat.
Pola dalam budaya dikategorikan kepada beberapa aspek yang boleh dinyatakan seperti
berikut;
i Wajib-individu hanya mempunyai satu cara untuk melakukannya. Tiada pilihan lain dan
hanya perlu patuh kepada pola yang tersedia ada.

ii Prefered- yang lebih digemari. Kita mempunyai pilihan untuk melakukan budaya yang
ada tetapi satu daripadanya lebih digemari.

iii Tipikal- ada beberapa cara melakukannya tetapi tidak satupun digemari tetapi satu
daripadanya lebih kerap dilakukan.
iv Alternatif- ada beberapa cara melakukannya tanpa ada sesuatu yang digemari.

v Terhad – cara melakukan sesuatu itu dibenarkan tetapi untuk orang tertentu
sahaja.

4.2 Ciri-Ciri budaya


(a) Boleh dipelajari

(b) Boleh dikongsi

(c) Bersifat sejagat

(d) Boleh diwarisi

(e) Sentiasa berubah

(f) Mempunyai unsur simbolik

(g) Mempunyai pandangan semesta

Terdapat 2 peranan utama bagi pembentukan kebudayaan baru yang boleh diterima oleh
komuniti setempat. Tujuan utamanya adalah untuk membina imej negara ke arah
mewujudkan keperibadian serta identiti. Budaya juga merupakan sesuatu yang diwarisi dari
satu generasi ke generasi yang lain.

4
5.1 Konsep masyarakat pelbagai budaya dalam konteks
pendidikan Malaysia dan kepentingannya
Suasana pembelajaran di negara kita sekarang sudah jauh berubah. Kita berinteraksi dengan
pelbagai latar budaya masyarakat. Guru seharusnya merealisasikan hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk melahirkan murid yang bakal memberikan sumbangan kepada
pembangunan masyarakat tanpa menyalahi Budaya yang diterima bersama. Dalam
kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, budaya meliputi aspek lokasi, pekerjaan ibu bapa,
pendidikan, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam,
kepercayaan dan jantina.

Pembelajaran dalam bilik darjah pula mendedahkan murid kepada pola hubungan
kepelbagaian kaum. Pendedahan kepada pelbagai latar belakang masyarakat memerlukan
para pendidik mengetahui konsep budaya di Malaysia serta kepelbagaian kelompok tersebut
untuk pembentuk konsep 1Malaysia seperti yang disarankan oleh Pemimpin negara.

Pemupukan Kesedaran Kebangsaan dan Kenegaraan dalam kalangan murid berasaskan ciri-
ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Guru perlu menerapkan nilai murni dalam
masyarakat supaya mereka kelak dapat menyesuaikan diri dengan Budaya pelbagai
masyarakat. Contohnya dalam Matapelajaran kajian tempatan dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan memang telah diajar unsur-unsur kebudayaan. Kita perlu menyatukan
penduduk berbilang etnik yang mempunyai Budaya berlainan di bawah satu bentuk Identiti
Nasional yang khusus tetapi dapat diterima oleh hampir semua golongan etnik di negara ini

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat perlu dititik
beratkan kerana murid secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum,
agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya, murid tidak akan
mengenali jati diri masyarakat. Hal ini demikian kerana budaya merupakan sebahagian
daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang dan akan
diperturun pula kepada generasi akan datang.

5
6.0 Aliran yang mempelopori Konsep Masyarakat
pelbagai budaya.

6.1 Aliran pragmatisme

Falsafah pragmatism telah dibentuk leh ahli-ahli falsafah Amerika Syarikat.Diantara


pengasas-pengasas falsafah ini ialah Charles Sanders Peirce, William James dan John Dewey.
Peirce adalah seorang ahli fizik dan matematik, James ahli psikologi dan teologi dan Dewey
ahli sains social dan biologi. Selain dariada pragmatism, falsafah ini juga dikenali sebagai
eksperimentalisme, empirisisme, instrumentalisme dan fungsionalisme. Kunci perkataan
yang dipegang oleh ahli-ahli falsafah ini ialah pengalaman dan penyelesaian masalah. Ahli-
ahli falsafah ini juga menganggap bahawa spekulasi mengenai reality sebagai satu aktiviti
yang tidak berguna, mereka mempercayai bahawa pengalaman manusia menggambarkan
realiti. Mazhab falsafah ini juga telah kekatakan lahir bersama-sama dengan kebangkitan dan
kaedah saintifik, terutama sekali daripada hasil usaha Charles Darwin dengan teori
evolusina dan Albert Einstein dengan teori relativnya. Falsafah ini didapati memberi
tumpuan yang lebih kepada cabang –cabang falsafah epistomologi dan aksiologi, dan
tumpuan yangsedikit diberikan kepada cabang falsafah metafizik(Van Scottes, Kraft dan
Haas, 1979).

Ahli-ahli pragmatism menganggap bahawa idea manusia mengenai ala mini adalah neutral.
Menurut mereka , reality adalah interaksi di antara manusia dengan alam sekelilingnya. Ia
adalah jumlah keseluruhan apa yang manusia alami. Manusia dan alam sekeliling adalah
berkaitan antara di antara satu sama lain, kedua-dua bertanggungjawab kepada apa yang
nyata atau benar. Alam ini dikatakan hanya mempunyai makna apabila manusia memberi
makna kepadanya. Jika ala mini mempunyai sesuatu tujuan yang lebih mendalam dan
tersembunyi daripada manisia, maka tujuan tersebut tidak dianggap sebagai nyata kerana
manusia tidak dapat mengalaminya. Oleh itu , bagi prgmatisme, manusia adalah pengukur
kepada semua benda. Dalam hal ini terdapat perbezaan pendapat di antara pengasas-pengasas
falsafah ini. Menurut James, individu berpendidikan mempunyai hak untuk membentuk
realitinya sendiri, manakala menurut Pierce dan Dewey, fakta-fakta reality lebih baik
dibentuk oleh pakar-pakar dalam bidang masing- masing.

6
Ali-ahli pragmatism mempercayai bahawa perubahan adalah saripati reality. Oleh itu
manusia mestilah sentiasa bersedia untuk mengubah cara dia mlakukan sesuatu perkara. Cara
dan matlamat pendidikan mestilah fleksibel dan terbuka untuk dikaji semula. Keua-dua cara
dan matlamat tersebut mestilah diikuti secara rasional dan saintifik. Cara tidak terasing
kepada matlamatnya ialah untuk memajikan manusi, dan cara ialah nagaimana manusia
melaksanakannya untuk mencapai matlamat tersebut.

Menurut ahli-ahli pragmatism, oleh kerana realiti dicipta melalui interaksi individu dengan
alam sekelilingnya, maka pelajar mestilah belajar mengenai ala mini apabila ia mendatangkan
kesan kepada dirinya. Sekolah, dikatakan oleh ahli-ahli pragmatism, tidak dapat dipisahkan
daripada kehidupan sepertimana pelajar tidak dianggap terpisah daripada alam sekelilingnya.

Oleh itu, pendidikan adalah penghidupan dan bukan persediaan untuk penghidupan. Mata
pelajaran formal mestilah dkaitkan, apabila didapati sesuai, dengan masalah-masalah semasa
yang dihadapi oleh pelajar dan juga cuba diselesaikan oleh ahli masyarakat. Ahli-ahli
pragmatism juga mempercayai bahawa keadaan manusia pada asalnya adalah seperti plastic
dan boleh berubah. Oleh itu, mereka menganggap pelajar sebagai organisme aktif yang secara
berterusan berusaha untuk membentuk dan mentafsirkan pengalaman-pengalamannya.

Menurut nilai aksiologi), ahli-ahli pragmatism mempercayai bahawa nilai adalah relative dan
berubah apabila kebudayaan dan masyarakat berubah. Ini bermakna bahawa nilai bagi
sesuatu masyarakat itu berubah mengikut arus perubahan yang berlaku dalam masyarakat
tersebut. Di samping itu nilai yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat berbeza daripada nilai
yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat berbeza daripada nilai yang diamalkan oleh
masyarakat yang lain. Ini bermakna bahawa nilai bukanlah sesuatu yang tetap secara
universal. Ahli-ahli pragmatism juga menolak nilai mutlak untuk mengukur baik dan buruk.

Menurut Daley(1966), ahli-ahli pragmatism menganggap pengalaman manusia merupakan


asas untuk mengukur nilai. Oleh itu, nilai menurut ahli-ahli pragmatism adalah:

1. Berubah, di mana persetujuan pendapat masyarakat akan berubah mengikut


perubahan yang berlaku dalam masyarakat tersebut.

2. Berkemungkinan, iaitu oleh kerana terdapat had pengalaman manusia dalam

7
proses penyelesaian masalah, maka nilai tidak akan secara mutlak benar
dalam setiap keadaan.

3. Timbul daripada kehendak social dan individu , di mana idea bagi tindakan yang
baik timbul daripada kehendak etika dan estetika yang dianggap penting oleh
masyarakat dan individu.

4. Mempunyai konsekuens awam, di mana nilaian terakhir etika dan estetika ialah
apabila terdapat kesan sesuatu tindakan atau objek ke atas masyarakat. Setiap
aktiviti wujud hanya dalam konteks pengalaman manusia. Sesuatu tindakan
akan dikatakan baik apabila msatarakat menganggap tindakan tersebut baik dan
berguna

5. Tidak universal, di mana perlakuan etika tidak akan menjadi universal kerana
masyarakat berbeza diantara satu dengan yang lain.

Dalam estetika, citarasa umum adalah berbeza mengikut kebudayaan.Ini kerana pengalaman
masyarakat berbeza-beza dalam berbagai-bagai kebudayaan. Menurut ahli-ahli pragmatism,
kanak-kanak tidak semestinya mengikut prinsip-prinsip moral yang telah ditetapkan, tetapi
sebaliknya belajar membuat keputusan terhadap tindakan moralnya supaya dapat diterima
oleh orang lain. Ahli – ahli pragmatism juga menbuat gesaan supaya seseorang itu menguji
kebaikan nilai- nilai yang diamalkannya sepertimana dia menguji kebenaran idea-ideanya.
Dalam hal ini, dia mesti mengambil kera masalah-masalah kebajikan manusia secara
demokrasi berdasarkan bukti-bukti yang objektif. Ahli-ahli pragmatisme menolak konsep
individualisme yang boleh membawa kepada eksploitasi social, dan juga menolak sebarang
susnan social yang boleh menenggelmkan sifat keindividuan seseorang. Bagi mereka, lebih
baik jikalau fikiran seseorang itu digabungkan dengan persetujuan kumpulan.

Pada pandangan kami Aliran falsafah Pragmatisme mempelopori konsep masyarakat


pelbagai kaum ini.Hal ini kerana, Falsafah Pragmatisme lebih merupakan suatu usaha untuk

8
menyatukan ilmu pengatahuan dan falsafah agar falsafah menjadi ilmiah dan berguna bagi
kehidupan benar dan tingkah laku manusia Salah satu bukti yang dapat dikaitkan ialah
Pragmatisme telah membawa perubahan yang besar tehadap budaya Amerika dari lewat abad
ke 19 hingga kini. Pragmatisme adalah suatu falsafah tentang tindakan manusia. Maka setiap
bidang kehidupan manusia menjadi bidang penerapan dari falsafah pragmatisme. Selain itu,
konsep ini juga dikatakan telah banyak diterapkan dalam Aliran Pragmatisme kerana aliran
ini berpegang kepada kebenaran dan berdasarkan pengalaman manusia. Maka, pengalaman
manusia adalah berdasarkan budaya masyarakat masing-masing dan ilmu atau pengetahuan
juga berdasarkan konsep ini.

Pragmatisme adalah suatu falsafah tentang tindakan manusia. Maka setiap


bidang kehidupan manusia menjadi bidang penerapan dari falsafah pragmatisme. Selain itu,
konsep ini juga dikatakan telah banyak diterapkan dalam Aliran Pragmatisme kerana aliran
ini berpegang kepada kebenaran dan berdasarkan pengalaman manusia. Maka, pengalaman
manusia adalah berdasarkan budaya masyarakat masing-masing dan ilmu atau pengetahuan
juga berdasarkan konsep ini. Pragmatisme yang mementingkan pengajaran pengalaman yang
didapati daripada alam sekitar iaitu tempat dan masa yang dilalui juga bersesuaian dengan
untuk mewariskan pelbagai kebudayaan yang dibentukkan seperti di Malaysia yang
berbilang kaum dan bangsa.

9
7.0 Peranan Individu Dalam Menghormati Pelbagai
Adat Resam masyarakat

Peranan Pentadbir dan PIBG

Pentadbir :
Dikembangkan melalui kegiatan kokurikulum dan sudut-sudut kebudayaan.
Contoh aktiviti : minggu suaikenal kebudayaan, minggu kebudayaan satu-satu kaum,
menyelaraskan satu piawaian yang digunapakai oleh warga sekolah seperti pakaian
rasmi/kebudayaan, bahasa dan amalan budi pekerti.

PIBG :

Penglibatan ibu bapa dalam kegiatan kebudayaan seperti program seni kraf tangan, tarian,
pakaian dan seni lukis, serta hari kebudayaan.

Peranan Guru dan Murid.

Guru :
Persekitaran bilik darjah perlulah mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi
kondusif untuk murid pelbagai latar, bangsa dan budaya.ianya turut mengembangkan nilai
sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat. Antara nilai sivik yang diperlukan oleh
masyarakat pelbagai agama ialah hormat-menghormati kasih saying, terhadap alam sekitar,
kepatuhan kepada peraturan dan undang- undang dan semangat patriotic. Matlamat bagi guru
adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang menglakkan interaksi dan integrasi di
kalangan murid, di dalam dan di luar bilik darjah.

10
11
a) Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya
Pengurusan fizikal bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan , kerjasama
dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu
gerakerja. Proses yang dimaksudkan adalah merancang, mengelola, memimpin, mengarah
dan mengawal . bilik darjah merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.

Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali
ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian
kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat.

b) Perhubungan Antara Kelompok Etnik


Linto (1945)menyatakan kebudayaan adalah segala yang dipelajari dan di ulangi dalam
sesebuah masyarakat iaitu warisan social ahli-ahli masyarakat. Mesra bermaksud suatu
hubungan erat yang terjalin antara individu di dalam mayarakat. Mesra budaya ini
merupakan suatu budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti dan mereka
mengiktifar budaya itu sebagai suatu amalan yang murni. Menyepadukan isi pelajaran dengan
contoh adat resam berlainan kaum. Guru perlu jelas akan identiti dan etnik sendiri, komited
ke arah kesaksamaan pencapaian, dan menggalakkan ibu bapa terlibat sama. Kebijaksanaan
guru mengendalikan kelas sosial murid akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak
berkelompok. Murid dari pelbagai golongan dapat bergaul dan beruinteraksi sesama mereka
tanpa ada sekatan budaya .Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk
nilai sikap, tingkahlaku yang sesuai. Guru perlulah berusaha membantu murid dalam memilih
kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Bantu murid bentuk konsep kendiri
positif. Beri tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik. Datang awal ke bilik darjah dan
amalan menepati masa. Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Murid :

Menghormati dan menerima adat resam orang lain, perlu didedahkan dengan segala pantang
larang atau tegahan yang menjadi sensitiviti bagi segolongan murid lain khususnya tentang
keagamaan. Murid juga perlu mengamalkan nilai-nilai yang dipersetujui dan selaras dengan
peraturan sekolah.

12
Murid harus bersosial terutama ketika melakukan aktiviti dalam P&P. Kepercayaan mrid lain
tidak harus dipertikaikan. Aktiviti perlu menyemai semangat saling mempercayai ke dalam
jiwa murid.

Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. Unsure dielek mengikut
kaum harus dielakkan sebaliknya menggunakan laras bahasa yang yang tepat.
Kemahiran komunikasi memainkan peranan pembentukan budaya penyayang.

8.0 Rumusan
Hussien (1993) menjelaskan bahawa bagi mewujudkan satu kebudayaan yang diterima

dalam Malaysia, 3 aspek utama perlu dipastikan iaitu :

1. Kesediaan semua kaum dan etnik untuk menjalin dan menerima juga percaya serta
mempercayai antara kaum.

2. Menjalin dan memajukan interaksi dan perhubungan antara kaum dalam bidang yang
mempunyai kepentingan bersama dari segi individu dan masyarakat lain.

3. Menjalin, memajukan, berkongsi dan bekerjasama dalam segala proses pembangunan,


dari segi sosioekonomi dan sosiopolitik.

13
BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin, 1991. Kurikulum , Perspektif dan Perlaksanaan. Pustaka Antara, Kuala
Lumpur.

Dr. Tajul Ariffin Nordin & Dr. Nor Aini Dan, 1992. Pendidikan dan Wawasan 2020. Arena
Ilmu Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Dr. Hussien Hj. Ahmad, ______. Jurnal Pengurusan Pendidikan. Perihal Pendidikan dan
Falsafah di Malaysia.

Ibrahim Saad, 1982. Isu Pendidikan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.

Mok song Sang, 1991. Pendidikan di Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur.

Abdul Rahman Md.Aroff Zakaria Kasa, Falsafah Dan Konsep Pendidikan(edisi kedua).

Hanafiah, S., Osman, A. & Hashami, B. 1997,Isu Kesihatan


Masyarakat,UniversitiKebangsaan Malaysia, Malaysia.

Ong, H. 1994,Secret Of Ancient Chinese,Pelanduk Publications, Malaysia.

Marimba, Ahmad,D.,Pengantar Filasafat Pendidikan Islam, P.T. Alma’arif,Bandung, 1962.

14
FPPM - FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KPF 6014- FALSAFAH PENDIDIKAN (2012)

MASYARAKAT PELBAGAI BUDAYA

SAMUNDEESVARI A/P KOTHANDAN (M20111000220)

DEVI A/P P.KRISHNAN (M20112001133)

RAJESWARY A/P ARTIMOOLAM (M20111000218)

TAY YANG LIAN (M20112001135)

NURUL FARHANA BINTI MOHTAR (M20112001140)

NAMA PENSYARAH: PROFESOR DR.MOHMAD NOOR BIN BIN

MOHMAD TAIB

15

Vous aimerez peut-être aussi