Vous êtes sur la page 1sur 30

ISI KANDUNGAN

1. Pendahuluan ................................................................................................................ 1

2. Konsep Maqamat ........................................................................................................ 1

3. Definisi Maqamat ....................................................................................................... 2

3.1 Maqamat dari sudut bahasa: ................................................................................ 2

3.2 Maqamat dari sudut istilah: ................................................................................. 2

3.3 Tingkatan Maqamat Atau Kedudukan-Kedudukan:............................................ 3

4. Peringkat Maqamat. .................................................................................................... 5

4.1 Maqam Taubah .................................................................................................... 5

4.1.1 Prinsip Taubat .............................................................................................. 6

4.1.2 Ciri-ciri Taubat ............................................................................................. 7

4.1.3 Syarat Taubat ............................................................................................... 9

4.2 Maqam Zuhud ................................................................................................... 10

4.2.1 Tanda-Tanda Zuhud ................................................................................... 15

5. Maqam Sabar ............................................................................................................ 16

5.1.1 Peringkat Sabar. ......................................................................................... 20

6. Kesimpulan. .............................................................................................................. 25

7. RUJUKAN ................................................................................................................ 28
1

1. Pendahuluan

Matlamat kepada praktik tasawuf yang merupakan salah satu daripada cabang Islam

ialah kesempurnaan akhlak yang mulia sebagai manifestasi pengabdian diri kepada

Allah yang telus dan tulus (Rajab, 2007). Ini jelas dinyatakan dalam al-Quran Firman

Allah s.w.t :-

ٍ ُ‫َو ِإنَّ َك لَ َعلَ ٰى ُخل‬


٤ ‫ق َع ِظ ٖيم‬

“Dan sesungguhnya dikau (wahai Rasul) berdiri di atas akhlak yang agung”

Al-Quran, Al-Qalam : 4

2. Konsep Maqamat

Konsep maqamat ialah konsep sebuah perjalanan menuju keredhaan Allah dengan

berusaha mendapatkannya seperti yang jelas difahami dari Firman Allah s.w.t :-

٩٩ ‫ِين‬ َ ‫ب إِلَ ٰى َربِي‬


ِ ‫سيَهۡ د‬ ٌ ‫َوقَا َل إِنِي ذَا ِه‬

“Dan berkatalah (Nabi Ibrahim): sesungguhnya saya pergi menuju Tuhan saya

yang akan memberi petunjuk kepada saya”

Al-Quran, al-Saffat: 99
2

Dalam ilmu tasawuf, maqamat (kedudukan-kedudukan) berkait rapat dengan

halat (keadaan-keadaan). Praktik tasawuf seorang murid kebiasaannya dibimbing oleh

seorang guru mursyid yang mengatur perjalanan muridnya untuk meningkat dari satu

maqam (kedudukan) ke suatu maqam yang lebih tinggi dan berubah dari satu keadaan

(hal) ke suatu keadaan yang lebih baik (Farida, 2011).

3. Definisi Maqamat

3.1 Maqamat dari sudut bahasa:

Maqamat (‫ )مقامات‬ialah kata jamak dari perkataan maqam (‫ )مقام‬yang bererti

kedudukan, tingkat atau darjat yang tinggi dan mulia di sisi Allah s.w.t1.

3.2 Maqamat dari sudut istilah:

Maqamat dari sudut istilah (Zaini, 2016) ialah tingkatan kedudukan-kedudukan

seorang murid (‫ )مريد‬atau salik (‫ )سالك‬iaitu seorang yang berjalan menuju kepada

Allah s.w.t melalui latihan-latihan dan praktik kerohanian; dalam bentuk

mujahadah, ujian dan ketabahan; setelah menyempurnakan syarat-syarat yang

telah ditetapkan oleh seorang mursyid (‫ )مرشد‬atau guru; berlandaskan adab dan

syariat yang telah diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada RasulNya melalui al-

Quran dan al-Sunnah.

1
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=maqam
3

3.3 Tingkatan Maqamat Atau Kedudukan-Kedudukan:

i. Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali al-

Shafie di dalam kitabnya yang terkenal Ihya Ulumiddin

menyatakan bahawa ada lapan tingkatan maqamat yang bermula

dari maqam yang paling bawah iaitu taubat, sabar, faqir, zuhud,

tawakkal, mahabbah, makrifat dan maqam yang tertinggi sekali

iaitu redha (Ab, 2011).

ii. Imam Muhammad bin Muhammad bin al-Hasan al-Tusi atau

Imam Nasiruddin al-Tusi dalam kitabnya Akhlaq al-Nasiri

menggariskan lapan tingkatan maqamat iaitu dari yang rendah

iaitu taubat, diikuti oleh warak, zuhud, faqir, sabar, redha, tawakal

dan yang tertinggi sekali iaitu makrifat.

iii. Imam Abu Bakr bin Abi Ishaq Muhammad bin Ibrahim bin

Yakqub al-Bukhari al-Kalabadhi dalam kitabnya al-Taaruf Li

Mazhab Ahl at-Tasawwuf pula menyatakan ada sepuluh tingkatan

maqamat iaitu taubat, zuhud, sabar, faqir, sidq, tawaduk,

tawakkal, redha, mahabbah dan makrifat.


4

iv. Imam Abu Abdullah Muḥammad bin Ali bin Muḥammad bin

Arabi al-Hatimi al-Tai atau Ibn Arabi dalam kitabnya Futuhat al-

Makkiyyah memperincikan enam puluh jenis tingkatan maqamat

(Stewart, 2008).

v. Imam Abu Nasr Abdullah bin Ali bin Muhammad bin Yahya al-

Sarraj meletakkan tujuh tingkatan maqamat bermula dari taubah,

warak, zuhud, faqir, sabar, tawakkal dan yang paling tinggi iaitu

redha.

vi. Imam Tajuddin Abul Fadhl Ahmad bin Muhammad bin Abdul

Karim bin Atha Alllah al-Sakandari al-Shazili di dalam kitabnya

al-Hikam menggariskan sembilan tingkatan maqamat iaitu taubat,

zuhud, sabar, syukur, khauf, rajak, redha, tawakkal serta yang

tertinggi ialah mahabbah (Mahdi, 2012).


5

4. Peringkat Maqamat.

4.1 Maqam Taubah

Perkataan Taubat berasal dari perkataan Bahasa Arab “Taba Yatubu Taubatan” yang

bermaksud kembali dan penyesalan. Taubah juga membawa maksud kembali daripada

sesuatu yang dicela oleh Syara’ menuju ke jalan yang di redhaiNya. Al-Junayd Al-

Baghdadi seorang ahli sufi pernah ditanya berkenaan Taubah ini, kemudian Al-Junayd

Al-Baghdadi mengatakan bahawa Taubah adalah menghapuskan dosa seseorang2.

Pertanyaan yang sama juga telah diajukan kepada Sahl Al-Tustari seorang ahli sufi, dan

beliau menjawab Taubah bererti tidak melupakan dosa seseorang3. Taubah menurut Ibn

Al-Qayyim Al-Jawziyyah pula adalah kembalinya seseorang hamba kepada Allah SWT

dengan meninggalkan jalan orang-orang yang dimurkai Allah dan jalan-jalan orang yang

tersesat.

Firman Allah s.w.t :-

  


  
   
Maksudnya :

“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka
bukan (jalan) orang-orang yang telah Engkau murkai dan bukan pula (jalan)
mereka yang sesat.”

2
Ali Ibn Uthman al-Hujwiri (1993), The Kasyful Mahjub: the Oldest Persian Treatis and Sufi, (terj.)
Suwarjo Matori, Bandung: Pustaka Mizan.
3
Ibn Abi Ishaq Muhammad Ibn Ibrahim Ya`qub al-Bukhari al-Kalabadhi (1998), al-Ta’arruf li Madhhab
Ahl al-Tasawuf, (terj.) Rahmani Astuti, Bandung: Pustaka Mizan.
6

Al-Quran, Al-Fatihah: 7

Taubat menurut ahli sufi ialah memohon keampunan di atas segala dosa yang

telah dilakukan disertai dengan penyesalan yang bersungguh-sungguh dan berikrar tidak

akan mengulangi perbuatan yang boleh mendatangkan dosa tersebut. Manakala Taubat

menurut Dzun Nun Al-Misri terbahagi kepada tiga tingkatan iaitu orang yang bertaubat

dari dosa dan keburukan, orang yang bertaubat dari kelalaian mengingat Allah dan orang

yang bertaubat kerana kebaikan dan ketaatannya.

4.1.1 Prinsip Taubat

Prinsip Taubat ialah daya usaha seseorang untuk memahami diri terhadap kealpaan,

kelalaian dan kesilapan yang pernah dilakukan. Segala kesalahan yang pernah

dilakukan dijadikan sebagai pengalaman, pengawalan dan pembinaan yang

konstruktif bagi mencapai tahap Taubat yang sebenar disamping berubah kepada

yang lebih baik. Segala perilaku maksiat dan mendatangkan dosa telah berubah

kepada perbuatan yang mendatangkan pahala disertai dengan kecintaan terhadap

Allah SWT.

Firman Allah s.w.t :-

    ....


  
 
Maksudnya :

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang

beriman, supaya kamu berjaya.”


7

Al-Quran, An-Nur : 31

Firman Allah s.w.t lagi ,

    ….

  

Maksudnya :

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan

mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”

Al-Quran, Al-Baqarah: 222

Firman Allah s.w.t :-

    

   

     



Maksudnya :

“Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu

dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya;

kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Al-Quran, Al-Maidah: 39

4.1.2 Ciri-ciri Taubat


8

Orang Islam awam biasa melakukan taubat dengan menyebut atau melafazkan

istighfar (Astaghfirullah) apabila tersedar dari melakukan sesuatu kesalahan. Telah

menjadi kebiasaan masyarakat hari ini melontarkan lafaz istighfar selepas solat dan

menjadikan lafaz ini sebagai salah satu dari lafaz zikir selepas solat. Sedangkan bagi

orang “khawas” , taubat dilakukan dengan Riyadhah dan Mujahadah dalam rangka

membuka hijab yang membatasi dirinya dengan Allah. Taubat ini hanya dilakukan

oleh para Sufi hingga mampu menggapai Maqam yang lebih tinggi.

Menurut Ibnu Taimiyah taubat terbahagi kepada dua iaitu Taubat Wajib dan

Taubat Sunnah. Taubat Wajib adalah taubat kerana telah menyesali perbuatan

meninggalkan perkara-perkara wajib atau fardhu dan menyesali melakukan perkara-

perkara yang ditegah oleh Allah SWT yakni perkara-perkara haram. Darjat bagi

orang yang melaksanakan taubat ini disebut Al-Abrar Al-Muqtashidun (orang yang

berbakti dan pertengahan ). Manakala Taubah Sunnah pula ialah taubat kerana

menyesali akan perbuatan meninggalkan perkara-perkara sunnah dan menyesali

kerana melakukan perkara-perkara makruh. Darjat pelaku taubat ini disebut As-

Sabiqun Al-Awwalan.

Menurut Imam Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin , Taubat ini terdiri

daripada tiga unsur iaitu ilmu, hal dan amal. Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa

ketiga-tiga unsur ini berkait rapat apabila yang pertama mewajibkan yang kedua,

yang kedua mewajibkan yang ketiga.


9

4.1.3 Syarat Taubat

Terdapat beberapa syarat Taubat yang ditetapkan oleh para Sufi agar pelaku Taubah

tidak tergelincir semula ke dalam perkara-perkara yang mendatangkan kemudharatan

dan dosa kepadanya.

i. Wujud ketakutan kepada Allah SWT, melaksanakan segala perintah dan

meninggalkan laranganNya. Sesiapa yang bertaubat dengan maksud

mencari kemuliaan, maka taubatnya menjadi sia-sia sahaja.

ii. Melupakan dosa dengan harapan mendapat keberkatan dan rahmat dari

Allah SWT. Berusaha menyemai rasa kasih, cinta dan rindu untuk bersua

Allah SWT.

iii. Tidak mengulangi perbuatan dosa atau larangan Allah SWT setelah

bertaubat.

Terdapat banyak ayat di dalam Al-Quran yang menjelaskan berkaitan Maqam

Taubat ini antaranya Firman Allah s.w.t :-

  


  
10

  



  
   
   
  

Maksudnya :

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau

menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon

ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan

dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji

yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan

akibatnya).”

Al-Quran, Ali Imran: 135

4.2 Maqam Zuhud

Kata zuhud berasal dari bahasa Arab, zahada, yazhadu, zuhdan yang bererti

menjauhkan diri, tidak menjadi berkeinginan, dan tidak tertarik. Dalam al-Quran, kata

zuhud memang tidak digunakan, melainkan kata al-zahidin sebanyak sekali yang disebut

dalam surah Yusuf: 20. Walaupun istilah ini kurang digunakan dalam al-Quran, tetapi

banyak ayat al-Quran yang menunjukkan secara jelas maksud zuhud, yang dapat dilihat

dalam penjelasan dalam al-Quran mengenai kebaikan di akhirat daripada dunia.4

4
Miswar. 2017. Maqamat:Tahapan Yang Harus Ditempuh Dalam Proses Bertasawuf. Jurnal Ansirupai.
Vol. 1. No. 2. Hlmn: 14
11

Secara terminologi zuhud ialah mengarahkan keinginan kepada Allah SWT,

menyatukan kemahuan kepadaNya dan sibuk denganNya berbanding kesibukan-

kesibukan lainnya agar Allah memerhati dan memimpin seorang zahid (orang yang

berperilaku zuhud).

Al-Junayd al-Baghdadi mengatakan: “Zuhud adalah ketika tangan tidak memiliki

apa-apa pun dan pengosongan hati daripada cita-cita”. Di sini seorang sufi tidak

memiliki sesuatu yang berharga melainkan Tuhan yang dirasakannya dekat dengan

dirinya. Sebagaimana juga Yahya ibn Mu’adh menyatakan bahawa zuhud adalah

meninggalkan apa yang mudah ditinggalkan.

Seorang sufi meninggalkan harta benda dan kemewahan duniawi untuk menuju

Tuhan yang dicintai. Menurut Imam al-Ghazali bahawa hakikat zuhud adalah

“meninggalkan sesuatu yang dikasihi dan berpaling daripadanya kepada sesuatu yang

lain yang terlebih baik daripadanya kerana menginginkan sesuatu di dalam akhirat”.

Seiring dengan pernyataan al-Ghazali, Ibn Taymiyyah pula berkata bahawa

zuhud itu bererti meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat untuk kepentingan

akhirat. Daripada pelbagai pengertian yang dikemukan tergambar sebuah

kesinambungan pola pemikiran dalam bentuk sedikit berbeza. Namun demikian zuhud

seperti yang dipaparkan boleh menjadi kerangka acuan untuk menelaah zuhud sebagai

salah satu maqam dalam tasawuf.


12

Definisi yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali dan Syaikh al-Islam Ibn

Taymiyyah misalnya merupakan penetapan atas pendekatan diri seorang hamba bersama

Tuhan dan hamba melihat sesuatu yang mengandungi nilai signifikan terhadap ketaatan

dirinya untuk kepentingan akhirat. Pernyataan yang agak berbeza adalah ungkapan al-

Junayd al-Baghdadi dan Yahya ibn Mu’adh serta Ibn Qayyim al-Jawziyyah. Mereka ini

lebih memandang zuhud sebagai satu kepentingan dalam mewujudkan cinta kepada

Tuhan kerana Tuhan bagi seorang zahid adalah harapan untuk mendapatkan

keredhaanNya. Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka menjual Yusuf dengan harga

murah, beberapa dirham sahaja, sedang mereka itu orang yang zuhud (kurang suka)

kepadanya”.

Kandungan zuhud membangkitkan semangat spiritual yang tinggi. Pengabdian

serupa itu membawa zahid kepada ‘ubudiyyah’ yang sarat dengan muatan kecintaan dan

keredhaan daripada Allah. Maka kebiasaannya seorang zahid menahan jiwanya daripada

pelbagai bentuk kenikmatan dan kelazatan hidup duniawi, menahan daripada dorongan

nafsu yang berlebihan agar memperoleh kebahagiaan yang abadi. Seorang zahid juga

mengikis habis nilai yang akan menghalangnya untuk memperoleh rahmat dan kelazatan

hidup di bawah naungan Tuhan. Kecintaan kepada Tuhan mengalahkan segala alternatif

yang mendorong kepada hub al-shahwat (cinta untuk menuruti hawa nafsu). Perasaan

naluri memberi kesaksian ke atas kecintaan, kedamaian dan kebahagiaan hubungan

dengan Rabb ketika ia lebih mengutamakan kebenaran berbandingan dorongan hawa

nafsu.
13

Hasan al-Basri seorang tokoh sufi zaman awal Islam dalam suatu kesempatan

mengatakan: “Jauhilah dunia ini kerana dia sebenarnya sama dengan ular, licin pada rasa

tangan tetapi racunnya membunuh”.

Pelbagai polemik telah terjadi dalam membincangkan kepentingan zuhud. Ada

yang memandangnya sebagai hal yang bersifat ukhrawi sehingga segala aktivitinya

berhubung dengan akhirat sahaja. Bahkan ada juga yang melihat zuhud sebagai

kehidupan faqir dengan memakan makanan kasar (tidak mementingkan kesihatan) atau

memakai pakaian kusam dan kasar. Ulama’ salaf seperti Sufyan al-Thawri, Ahmad ibn

Hanbal, ‘Isa ibn Yunus dan lain-lainnya menegaskan bahawa zuhud di dunia bererti

membatasi angan-angan dan keinginan.

Zuhud sebenarnya bukanlah mengharamkan yang halal atau sebaliknya juga

bukan membenci kekayaan duniawi tetapi ia menjadi perisai agar tidak terpesong dan

menafikan hal-hal yang penting daripada Islam (menyimpang daripada ajaran Islam

yang sebenarnya). Namun demikian persoalan zuhud tetap menampung perbezaan dalam

satu kesatuan yang utuh dengan meletakkan posisi Rabb pada tempat yang tetap sebagai

objek daripada kecintaan dan harapan keredhaanNya. Untuk mengkaji makna zuhud

ianya dapat dibezakan kepada tiga peringkat yang meliputi:

i. Zuhud dalam shubhat setelah meninggalkan yang haram kerana tidak

menyukai celaan di mata Allah, tidak suka kepada kekurangan dan tidak suka

bergabung dengan orang-orang fasiq. Zuhud dalam shubhat bermakna

meninggalkan hal-hal yang meragukan, apakah sesuatu itu halal atau haram
14

dalam pandangan zahid. Contohnya, shubhat merupakan pembatas seperti

kematian dan kehidupan sesudahnya yang menjadi pembatas antara dunia

dan akhirat, kederhakaan yang menjadi pembatas antara iman dan kufur.

ii. Zuhud dalam perkara-perkara yang berlebihan iaitu sesuatu yang lebih

daripada kelaziman dengan melepaskan kerisauan hati dan dengan

mencontohi para nabi dan siddiqin. Contohnya teladan doa dalam aspek

makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan lain-lainnya. Jika sufi memenuhi

teladan ini untuk menambah kekuatan dalam melakukan hal yang dicintai

dan diredhai Allah dan menjauhi yang dimurkaiNya, maka itu dinamakan

sebagai mengisi waktu sekalipun dia mendapat kenikmatan kerana

menggunakan hal tersebut.

iii. Zuhud dalam zuhud yang dapat dilakukan dengan tiga cara iaitu menghina

perbuatan zuhud, menyeimbangkan keadaan ketika mendapat dan

meninggalkan sesuatu dan ingin memperoleh balasan. Orang yang memenuhi

hatinya dengan kecintaan kepada Allah tidak layak melihat keduniaan yang

ditinggalkan sebagai suatu pengorbanan.

Sebagaimana seorang sufi, oleh kerana kecintaannya kepada Allah, maka seorang

ahli sufi beribadah dan meninggalkan perkara-perkara lain seperti kepentingan dan

kemewahan dunia dengan tujuan untuk mencapai kecintaan Allah Ta’ala. Zuhud dalam

realiti spiritual Islam menjadi rumpun dan asas yang kukuh. Tanpa zuhud nilai spiritual
15

dalam tahap sufi terasa tidak bererti kerana zuhud sendiri merupakan hal yang utama

dalam maqamat tasawuf.5

4.2.1 Tanda-Tanda Zuhud

Ketahuilah bahawa mungkin ada orang yang berfikir bahawa orang yang zuhud

adalah orang yang meninggalkan harta, tetapi itu tidak benar kerana meninggalkan

kekayaan dan mendedahkan kehidupan sangat mudah bagi orang yang sukakan

kepada pujian sebagai orang zuhud. Berapa ramai sami memakan sedikit makanan

setiap hari dan selalu hidup di biara iaitu tempat ibadah bagi agama Buddha yang

tidak mempunyai pintu, tetapi tujuan mereka adalah untuk mendapatkan pujian. Ini

jelas tidak menunjukkan zuhud. Oleh itu, untuk mengetahui kezuhudan mereka

adalah satu perkara yang sukar, dan begitu juga keadaan zuhud dalam zuhud.

Ada tiga tanda kezuhudan yang perlu ada pada diri seseorang:

i. Tidak bergembira dengan apa yang ada dan tidak bersedih kerana

kehilangan. Sebagaimana firman Allah s.w.t

   


   
    
   
5
Khairunnas Rajab. 2007. “Al-Maqa Dan Al-Ahwal Dalam Tasawuf”, Jurnal Usuluddin, Bil 25:1-28.
Hlmn: 7-10
16

“(kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang

telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan

bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak

suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”

Al-Quran, al-Hadid: 23

ii. Zuhud dalam harta dan zuhud dalam kedudukan.

iii. Dia harus bersama dengan Allah dan hatinya lebih didominasi oleh

ketaatan yang lazat, kerana hati tidak boleh bebas dari cinta sama sekali

iaitu cinta kepada dunia atau kasih Allah. Kedua-dua cinta di hati seperti

air dan udara dalam gelas. Jika air dimasukkan ke dalam gelas, udara akan

keluar, maka kedua-duanya tidak dapat bertemu. Setiap orang yang biasa

dengan Allah pasti akan sibuk dengan Dia dan tidak akan sibuk dengan

selainNya. Oleh itu, dikatakan kepada sebahagian daripada mereka,

"Kepada apa zuhud yang membawa mereka?" Dijawab, "Untuk keintiman

dengan Allah." Sedang kebiasaan dengan dunia dan kebiasaan dengan

Allah tidak akan pernah bertemu.6

5. Maqam Sabar

6
Sa’id Hawa. 1998. Menyucikan Jiwa, Konsep Tazkiyyatun-nafs Terpadu, Intisari Ihya’ Ulumuddin al-
Ghazali. Robbani Press. Hlmn: 329
17

Sabar ialah salah satu akhlak yang mulia. Ia merupakan pegangan bagi setiap individu

Mukmin. Orang yang memilikki sifat sabar akan sentiasa tenang, tenteram.mampu

menahan diri dari bencana dan ujian serta mempunyai daya juang dan ketabahan yang

utuh dalam semua keadaan.7

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke2 : menyatakan maksud

sabar ialah , menahan diri dari penderitaan, tidak terburu-buru dan tenang. Tidak cepat

marah, tidak putus asa: kuat menghadapi sesuatu kesakitan dan lain-lain.8

Menurut (Syeikh Zakaria : 2009: 64 ) , sabar bererti menahan hati dan segala

anggota daripada menanggung segala keluh kesah serta bala yang datang daripada Allah

Taala dan juga menanggung kesusahan mengerjakan segala urusan Allah Taala dan

menanggung kesusahan meninggalkan segala laranganNya 9.

Firman Allah s.w.t :-

‫صابَ َۖ َك‬
َ َ ‫َوٱصۡ بِ ۡر َعلَ ٰى َما ٓ أ‬
Maksudnya :

“Dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu ( dengan

mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhkan segala laranganNya).”

Al-Quran, Luqman : 17

Dan FirmanNya lagi :-

7
Adil Akhyar : 2007: 1 “ Pesonanya Sabar “ Darul Nu’man Sdn Bhd ,Cetakan 2007
8
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
9
Dato Sheikh Zakaria Bin Haji Ahmad Wan Besar : 2009 “ Al-Jawahir Al Sufiyyah” 64 : 65 , Mahzum Book
Sevices.
18

………….. ‫س ِل‬ ُّ ‫ص َب َر أ ُ ْولُواْ ٱ ۡل َع ۡز ِم ِمنَ ٱ‬


ُ ‫لر‬ َ ‫فَٱصۡ ِب ۡر َك َما‬
Maksudnya :

“( Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu Wahai

Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul

Ulul Azmi ( yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan

Rasul-rasul ( yang terdahulu daripadamu )”

Al-Quran, al-Ahqaf: 35

Sabda Rasulullah s.a.w.

10
‫ما أعطى أحد عطا خيرا و أوسع من الصبر‬
Maksudnya :

“Tidak diberi ( dikurnia) oleh Allah Taala sebagai suatu pemberian

( kurniaan) kebajikan kepada seseorang yang lebih luas daripada sifat sabar. “

Sabar secara etimologi bererti tabah hati. Dalam mu’jam Maqayis al Lughah

disebutkan bahawa kata sabar ialah memilikki tiga iaitu menahan, sesuatu yang paling

tinggi dan sukar untuk didapati. ( DR.H.Afiee : 2016).

Sabar menurut termilogi pula adalah menahan jiwa dari segala apa yang tidak

disukai baik berupa kesenangan dan larangan untuk mendapatkan redha Allah. (

DR.H.Afiee : 2016)11

10
Dalam Sahih Muslim, Juzuk 2 halaman 216.
19

Dalam perspektif Tasawuf sabar bererti menjaga adab-adab pada musibah yang

menimpanya agar selalu tabah dalam menjalankan perintah Allah dan menjauhi segala

laranganNya. Tambahan lagi tabah ialah menghadapi segala peristiwa-peristiwa yang

pelbagai. Sabar merupakan kunci sukses orang beriman12.

Sabar merupakan maqam atau kedudukan spiritual yang harus dilalui oleh

seseorang yang menjalani sufi. Banyak pujian yang diberikan kepada orang-orang yang

sabar. Firman Allah s.w.t :-

١٠ ‫اب‬
ٖ ‫س‬ َّ ٰ ‫ۗ إِنَّ َما يُ َوفَّى ٱل‬
َ ‫صبِ ُرونَ أ َ ۡج َر ُهم بِغ َۡي ِر ِح‬

Maksudnya,

“Hanyalah orang-orang yang sabar yang akan disempurnakan pahalanya

tanpa terbatas.”

Al-Quran, Az Zumar: 10

“ Kedudukan spiritual sabar adalah kedudukan yang mulia” ( Fahruddin , 2016: 74)13

Sebagai kesimpulannya, maksud sabar merupakan sesuatu perkara yang

menggambarkan dalam Al Quran tentang ketinggian sifat sabar yang merupakan

11
Dr.H.Afie Anshori : (2016 : 104), Dimensi-dimensi Tasawuf : 2016, Jalan Raden Inta Lampung.
12
Dr.H.Afie Anshori : (2016 : 105), Dimensi-dimensi Tasawuf : 2016, Jalan Raden Inta Lampung
13
Jurnal Pendidikan Islam – Ta’lim vol, 14 no 1 -2016
20

sebahagian daripada Iman setiap individu Muslim. Sabar juga adalah bersyukur baik

ketika bahagia mahupun dalam keadaan susah.

5.1.1 Peringkat Sabar.

Menurut ( Afie Anshori: 2016:105) : Sabar itu terbahagi kepada 3 iaitu :

i. Orang yang berjuang untuk sabra

ii. Orang yang sabra

iii. Orang yang sangat sabar

Namun ianya berbeza dengan penulisan oleh , ( Sodiman M.g : 2014 : vol 7)

ianya juga terbahagi kepada 3 .

i. Orang yang sabar terhadap Allah ialah “ kadang ia sabar, kadang

ia tidak” Jenis kesabaran ini adalah mewajibkan diri untuk

menjauhi hal-hal yang terlarang dan sentiasa menjalankan apa-apa

yang diperintahkan.

ii. Sabar terhadap Allah adalah untuk Allah agar seseorang itu

merasa cemas dan tidak akan mengeluh jika apa yang diingini

tidak dapat.

iii. Orang yang sangat sabar ialah orang yang menunjukkan

kesabaran terhadap Allah, untuk Allah dan bersama Allah. Orang

dalam golongan ini jika ditimpa seluruh penderitaan tidak akan


21

lemah, tidak akan berubah hakikat. Ini bermakna orang yang

sangat sabar ini sangat kuat. Kesabarannya tidak menjejaskan

segala perkara secara formal atau ideal mahupun secara fizikal.14

Manakala menurut, Syaikh Abdul Qadir Al Jailani menyebutkan tiga jenis

kesabaran:

i. Bersabar kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya dan

menjauhi laranganNya.

ii. Bersabar bersama Allah iaitu bersabar terhadap ketetapan Allah dan

perbuatan-Nya terhadapmu dari pelbagai kesulitan dan musibah.

iii. Bersabar atas Allah, iaitu bersabar terhadap rezeki , jalan keluar,

kecukupan, pertolongan dan pahala yang dijanjikan Allah di akhirat

kelak.

Ketiga-tiga aspek diatas ialah merangkumi segala aspek kesabaran.

Aspek yang pertama adalah untuk belajar taat dan melaksanakan perkara-

perkara wajib kerana di dalamnya terdapat kesulitan dan keharusan untuk

menjaganya sepanjang umur manusia, seperti solat lima waktu, menunaikan

zakat, puasa dibulan Ramadhan , menunaikan haji dan perintah-perintah Allah

14
Jurnal : Al Maqam dan Al Ahwal dalam Tasawuf : Khairunnas Rajab : Bil 25 ( 2007 : 1: 24 )
22

yang lain dengan penuh kesabaran dan mujahadah. Kesabaran ini merangkumi

semua hal-hal yang diharamkan juga oleh Allah. Hal ini kerana biasanya

manusia cenderung untuk jatuh kedalam perbuatan haram, sebab sesuatu yang

haram biasanya merupakan nafsu yang dicintai. Tetapi seorang Muslim

dilarang melakukannya dan harus bersabar atasnya dengan mengharapkan

pahala yang dijanjikan Alllah untuknya dan takut kepada siksa yang diancam

sebagai balasan.

Aspek yang kedua berkaitan dengan kesabaran terhadap takdir Allah

yang tidak menyenangkan yang dihindari manusia dan berlaku padanya hukum

dan ketetapan Allah seperti kematian, fakir dan sakit. Akan tetapi seorang

mukmin yang sabar akan menerima ketetapan dan takdir itu dengan jiwa yang

tenang, sabar, dan yakin bahawa Allah akan memberikan pahala yang mulia

baginya jika dia bersabar atas cubaan itu dan Allah akan memperhitungkannya.

Aspek yang ketiga ialah seperti yang diungkapkan oleh Syaikh Abdul

Qadir Al Jailani dengan bersabar atas Allah, iaitu menunggu apa yang

dijanjikan oleh Allah seperti kecukupan, bantuan, kemenangan dan kekuatan

bagi orang mukmin di dunia serta pahala dan ganjaran yang besar diakhirat

kelak.

Manakala menurut Ibnu Qayyim membahagi kesabaran menjadi tiga bahagian:

i. Kesabaran untuk mentaati Allah

ii. Kesabaran dari melakukan maksiat kepada Allah

iii. Kesabaran terhadap takdir-Nya.


23

Ibnu Qayyim menghuraikan dengan menyatakan bahawa kesabaran dengan Allah

atau meminta pertolongan kepadaNya seperti yang difirmankan Allah , “ bersabarlah (

Hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah” (

An Nahl: 127)

Yang kedua bersabar kerana Allah iaitu bahawa yang membangkitkannya untuk

bersabar adalah kehendak Allah, ingin mendapatkan pahalaNya dan mendekatkan diri

kepadaNya.

Ketiga, Ibnu Qayyim juga mengatakan bersabar atas Allah iaitu mengikuti kehendak

Allah yang ada dalam agama dan hukum-hukum syariat dengan sabar dalam

menjalankannya, berjalan pada jalannya, menegakkan apa yang ditegakkan, mengarah

kepada arahnya dan singgah bersamanya dimana berada.

Peringkat sabar dari pandangan Ibnu Qayyim dan Syaikh Abdul Qadir Al Jailani :

Bil Ibnu Qayyim Syaikh Abdul Qadir Al Jailani

1. Shabir ( Orang yang sabar) Mutashabbir ( Orang yang belajar sabar)

2. Musthabir ( Orang yang belajar Shabir ( Orang yang sabar)

bersabar)

3. Mustashabir ( Orang yang tabah dalam Shabbar ( Penyabar)

kesabaran)

4. Shabur ( Orang yang sangat sabar)

5. Shabbar ( Orang yang banyak

bersabar)
24

Akhirnya kesabaran dalam pandangan Syaikh Abdul Qadir Al Jailani mempunyai

perbezaan iaitu beliau melihat bahawa kesabaran dibahagi kepada dua bahagian iaitu :

1. Kesabaran terhadap apa yang dilakukan oleh manusia itu sendiri dalam menjalankan

perintah Allah dan menjauhi larangan-laranganNya.

2. Kesabaran terhadap apa yang tidak dilakukannya yang ditetapkan dan ditakdirkan

kepadanya seperti musibah dan sakit dan ianya bersabar.

Oleh yang demikian secara umum bahawa sabar dalam melaksanakan

kewajipan,meninggalkan larangan dan redha kepada takdir. Itulah yang diungkapkan

oleh Syaikh Abdul Qadir Al Jailani.15

Sebagai kesimpulannya, sabar bagi para sufi ialah sabar menunggu pertolongan

Allah. Menurut kaum sufi sabar dalam menjalankan perintah Allah dan sabar juga dalam

memjauhi laranganNya dan sabar dalam menerima segala cabaran dari Allah Taala.

Sabar adalah kunci syurga. Menurut Abu Talib al Makky sabar adalah kunci

untuk masuk syurga dan menyelamatkan diri dari neraka. Telah dinyatakan dalam hadith

bahawa syurga dikelilingi oleh perkara yang tidak disukai dan neraka pula dikelilingi

oleh nafsu syahwat. Oleh itu orang mukmin perlu bersabar terhadap perkara yang tidak

disukai agar dia dapat memasuki syurga dan sabar terhadap syahwat agar dapat

menyelamatkan dari neraka. Syurga dalah dagangan yang mahal. Tidak ada jalan lain

bagi mereka yang mengharapkan suatu tempat yang nyaman dan abadi kecuali

1515
Syaikh Abdul Qadir Al Jailani Buku Putih ,( Ditulis Semula : Dr Said bin Musafir Al Qahtahni . (2003 ;
506-508) Darul Falah Sdn Bhd
25

membayar dengan bayarn yang mahal iaitu dengan amal soleh yang berterusan dan

dilakukan dengan sabar.16

6. Kesimpulan.

Penjelasan berkaitan konsep maqamat serta peringkat-peringkat maqamat telah

menjelaskan bahawa maqamat taubat, zuhud dan sabra boleh dicapai sekiranya dinding

yang tebal di antara manusia dengan Allah s.w.t dapat ditepis iaitu ‫ ( نفس األمرة بالسوء‬nafsu

yang menyuruh seseorang melakukan kejahatan (Dr Abdul Basir bin Hj Mohamad).

Ianya merupakan punca sebenar bagi segala kecelakaan dan kejahatan.

Manusia berperang dengan diri sendiri tanpa sedar dengan sikap yang paling

merbahaya iaitu takabbur, ‘ujub, riya’ dan kesemuanya membawa hati manusia kasihkan

dunia semata-mata dengan melupakan hal bekalan akhirat. Para salik akan terpancar

daripada mereka segala hal iaitu kasihkan kepada Allah s.w.t. maqam adalah usaha dan

ikhtiar seperti taubat, maka sesiapa yang tidak bertaubat daripada segala dosanya,

nescaya tidak akan berhasil baginya satu maqam yang dilakukan.

Maqam Taubat merupakan hal yang terhasil daripada mahabbah (kasih sayang)

kepada Allah s.w.t (Dr.Abdul Basir :2009). Menurut Syaikh Abdul Qadir Jailani taubat

adalah kembali kepada Allah s.w.t dengan mengurai ikatan dosa yang terus –menerus di

hati kemudian melaksanakan setiap hak Tuhan dan taubat adalah seperti air yang

menghilangkan najis dosa dan kotoran kemaksiatan.

16
Pesonanya Sabar : Adil Akhya ( 2007: 51) Darul Nu’man Kuala Lumpur.
26

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang

beriman supaya kamu beruntung.”

Al-Quran, At-Taubah : 31

Ayat di atas menjelaskan ianya perintah kepada manusia secara umum agar bertaubat

dan hakikat taubat secara bahasa adalah kembali.

Manakala Maqam Zuhud hal yang terhasil daripadanya ialah haybah iaitu

ketetapan hati dan juga segala anggota tubuh badan menghadap Allah s.w.t. Syaikh

Abdul Qadir Jailani menyatakan “berzuhud di dunia bererti meninggalkan yang halal

kerana takut akan diperhitungkan dan meninggalkan yang haram kerana takut

akibatnya.”

Maqam Sabar hal yang terhasil daripadanya ialah anas, bererti berjinak-jinak

dengan Allah s.w.t. Sabar adalah tidak mengeluh kerana sakitnya musibah yang

menimpanya kepada selain Allah s.w.t. (Syaikh Abdul Qadir Jailani).

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-

“ Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah

kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan

bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.”

Al-Quran, Ali-Imran : 200


27

Menurut Syaikh Abdul Qadir Jailani, tiga jenis kesabaran yang dinyatakan iaitu :-

i. Bersabar kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi

larangan-Nya.

ii. Bersabar kepada Allah, iaitu bersabar terhadap ketetapan Allah s.w.t dan

perbuatanNya terhadap hamba dan pelbagai kesulitan dan musibah.

iii. Bersabar terhadap rezeki, jalan keluar, merasakan cukup, pertolongan dan pahala

yang dijanjikan Allah di kampong Akhirat kelak.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-

“ Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan

dengan pertolongan Allah.”

Al-Quran, An-Nahl : 127

Begitulah halnya seorang hamba di hadapan Allah s.w.t yang sentiasa meletakkan diri

sentiasa merendah diri dan bertaubat kepada Allah s.w.t seperti Firman Allah s.w.t yang

bermaksud :-

“ Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai

suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu

ke tempat yang terpuji.”

Al-Quran, Al-Israa’ : 79
28

RUJUKAN

Al-Quran

Hadith empat puluh.

Ab, Z. (2011). sejarah perkembangan tasawuf. Substantia.

Farida, M. (2011). Perkembangan pemikiran tasawuf dan implementasinya di era

modern. Jurnal Substantia. https://doi.org/https://doi.org/10.1016/0267-

3649(92)90036-9

Mahdi. (2012). Urgensi akhlak tasawuf dalam kehidupan masyarakat modern. Jurnal

Edueksos.

Rajab, K. (2007). Maqam dan al-Ahwal Dalam Tasawuf. Jurnal Usuluddin.

Stewart, D. J. (2008). The Maqāmāt of Amad b. Abī Bakr b. Amad al-Rāzī al-anafī and

the Ideology of the Counter-Crusade in Twelfth-century Syria. Middle Eastern

Literatures. https://doi.org/10.1080/14752620802223814

Zaini, A. (2016). Pemikiran Tasawuf Imam Al-Ghazali. Akhlak Dan Tasawuf.

https://doi.org/10.21043/esoterik.v2i1.1902

Adil Akhyar, (2007). Pesonanya Sabar . Kuala Lumpur: Darul Nu’man ( Malaysia)

Sdn. Bhd

Dr Said bin Musfir Al Qahthani, ( 2003 ) , Buku Putih Syaikh Abdul Qadir Al Jailani;

Darul Falah Sdn. Bhd.


29

Dato’ Sheikh Zakaria Bin Haji Ahmad Wan Besar ( 2009) , Huraian Kitab Al Jawahir

dan Al Sufiyyah: Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM

Dr.H.Afie Anshori ( 2008 16) , Dimensi-dimensi Tasawuf , Jalan Raden Inta Lampung

Indonesia.

Jurnal Al Maqam dan Al Ahwal dalam Tasawuf: Khairunas Rajab : Bil 25 ( 2007/ 1:28 )

Ali Ibn Uthman al-Hujwiri (1993), The Kasyful Mahjub: the Oldest Persian Treatis and

Sufi, (terjemahan) Suwarjo Matori, Bandung: Pustaka Mizan.

http://ipnu-ippnu-joho.blogspot.com/2013/05/makalah-maqamat-dan-ahwal-dalam-

tasawuf.html

Vous aimerez peut-être aussi