Vous êtes sur la page 1sur 7

Isi Kandungan

Bil Isi Kandungan Muka Surat Catatan

1.0 Pengenalan 2

2.0 Langkah-Langkah Pengurusan Bilik Darjah 3

Mesra Budaya

3.0 Rumusan 6

4.0 Rujukan 7

1
1.0 Pengenalan

Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas,

peranan dan tanggungjawab. Sehubungan dengan itu, bilik darjah perlu diurus dengan

keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan

efektif (Mohd Hasani & Mohamad Johdi, 2009).

1.1 Pengurusan Bilik Darjah

Menurut Ang. James Jit Eng (2014), istilah pengurusan bilik darjah (Classroom

Management) sering dikaitkan dengan usaha-usaha mengendalikan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan cekap dan berkesan di sekolah. Ia juga sering kali digunakan bagi

merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak mengganggu proses

pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Menurut Brophy (1999) dalam …,

mendeifinisikan pengurusan bilik darjah sebagai proses membentuk dan mengekalkan

persekitaran pembelajaran yang dapat meningkatkan pencapaian murid.

1.2 Budaya

Budaya berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan itu digabungkan menjadi

budaya. Perkataan ‘Bu’ bererti asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna,

menyenangkan, bahkan dimuliakan. ‘Daya’ mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan atau

bikinan dan yang seumpamanya.

1.3 Mesra Budaya

Menurut Ralp Linton (1945) " Kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam

sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli masyarakat’. Mesra bermaksud suatu

hubungan erat yang terjalin antara individu dalam suatu masyarakat.

Jelas sekali, pendifinisian telah menunjukkan bahawa pengurusan bilik merupakan suatu

perkara yang penting dalam mewujudkan pendidikan yang lebih efektif agar bersesuaian

2
dengan kepelbagaian sosiobudaya dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai langkah-langkah

pengurusan bilik darjah mesra budaya di Malaysia.

2.0 Langkah-Langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya

Sebagai seorang pendidik, sudah menjadi sautu kelaziman buat kita untuk mengkaji dan

mengenali pelajar kita terlebih dahulu dari aspek latar belakang. Hal ini kerana, murid di

dalam kelas adalah daripada pelbagai latar belakang dan sosiobudaya yang secara tidak

langsung banyak memberi pengaruh kepada mereka dari sudut pemikiran dan tingkah laku.

Setiap murid mempunyai pelbagai perbezaan terutama dari dari segi individu seperti jantina,

keistimewaan dan cara pembelajaran yang tertentu.

2.1 Aspek Sosial

2.1.1 Pergaulan dan Sensitiviti

Bagi mewujudkan kelas yang mesra budaya, Guru perlulah tegas dalam menjaga

aspek pergaulan dan menangani isu yang sensitif didalam kelas yang mempunyai pelbagai

latar belakang. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan bagi

mengawal iklim kelas yang mesra budaya perlu mengikut garispanduan ataupun model yang

betul bagi menentukan tahap perkembangan murid-murid dan latar belakang mereka kerana

hal ini boleh mempengaruhi minat mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.1.2 Nilai

Selain itu, guru perlu menerapkan pelbagai nilai yang baik di dalam bilik darjah seperti

hormat menghormati, kasih sayang dan toleransi. Hal ini penting bagi mewujudkan suasana

yang positif dalam kalangan murid serta guru. Sebagai contoh, guru mengajar murid untuk

bersalaman di dalam kelas bagi menerapkan nilai hormat-menghormati dalam kalangan

murid. Maka, murid akan perlahan-lahan menerima apa yang diterapkan oleh guru dengan

baik seterusnya mereka akan belajar untuk menjadi manusia yang sarat dengan nilai murni.

3
Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang

ditunjukkan oleh guru, dapat melembutkan hati mereka, bercakap dengan bahasa yang

lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di

samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan

kesetiaan murid terhadap gurunya serta mewujudkan hubungan yang utuh antara guru dan

murid akan berlaku.

Di samping itu, guru juga perlu mengajar dan mendidik dengan adil dan saksama

tanpa mengira bangsa dan agama. Guru perlu menjauhi sikap rasis yang mana ahirnya akan

merosakkan sistem pendidikan di negara kita. Justeru, pelajar akan mendapat hak pendidikan

yang sama rata.

2.2 Aspek Fizikal

2.2.1 Pelan kelas

Selain itu, murid-murid perlu disusun dalam satu kumpulan dimana setiap kumpulan

mempunyai murid yang berbeza latar belakang, bangsa dan agama bagi mewujudkan

pembelajaran koopertif dalam pelbagai sosiobudaya. Kaedah yang digunakan ini dapat

menambah minat murid-murid dalam aktiviti pembelajaran dimana setiap murid dapat

berkomunikasi sesama mereka dan mereka juga dapat berbincang tentang hal -hal yang

melibatkan asal usul bangsa mereka. Oleh itu, perpaduan antara murid tanpa mengira latar

belakang, bangsa, agama dapat direalisasikan dengan jayanya.

2.2.2 Sudut kelas

Dalam mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budayakelas boleh dihias dengan

mempamerkan semua unsur-unsur budaya sesebuah bangsa melalui hasil kerja tangan murid

dari pelbagai bangsa. Suasana kelas boleh dicantikkan lagi dengan hasil kerja tangan mereka

seperti lukisan, anyaman dan arca didalam kelas. Guru juga mestilah memberi dorongan

kepada mereka dalam penghasilan karya seni bagi menggambarkan identiti sesuatu bangsa.

4
2.2.3 Sudut bacaan dan papan informasi

Sudut bacaan yang mempunyai pelbagai bahan bacaan tentang budaya dan warisan

seperti majalah atau artikel berbentuk kebudayaan dan pengetahuan perlu diwujudkan.

Sebagai contoh, artikel-artikel ringkas mengenai perayaan-perayaan di Malaysia. Hal ini

penting sebagai ilmu tambahan kepada murid juga sebagai asas untuk melatih minat

membaca dalam kalangan pelajar. Papan Informasi juga boleh dilengkapi dengan grafik yang

berbentuk ilmu tambahan seperti pakaian-pakaian tradisional pelbagai kaum. Oleh itu, pelajar

akan dapat mengenali sertai mengetahui tentang kepelbagaian budaya di Malaysia.

2.3 Aspek Kognitif dan Emosi

2.3.1 Pengajaran dan Pembelajaran

2.3.1.1 Kooperatif

Selain itu, bagi mewujudkan kelas yang mesra budaya pembelajaran secara kooperatif

dijalankan. Melalui kaedah ini, guru menjadi pemantau dan fasilitator kepada murid dalam

mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dimana semua murid tanpa mengira latar

belakang, bangsa dan budaya dapat bekerjasama sebagai satu kumpulan dan dapat

menjalani proses pembelajaran dengan baik. Maka, guru akan dapat melatih murid

bekerjasama tanpa mengira kaum sejak dari bangku sekolah lagi.

2.3.2 Suasana Kondusif

Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif

sebagai iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek

seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan

guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah.

Guru perlulah memberi layanan sama rata tanpa ada berat sebelah kepada murid-

murid tanpa mengira status dan latar belakang kehidupan seseorang murid itu .Guru

seharusnya bersikap adil dan saksama kepada murid-murid mereka. Sebagai contoh, apabila

seseorang guru itu berbangsa Melayu, guru tersebut tidak seharusnya melebihkan murid

5
bangsanya sendiri daripada murid-murid berbangsa lain. Ia akan memberi kesan secara

langsung kepada murid-murid bangsa lain dan memberikan perspektif yang negatif terhadap

guru tersebut. Sifat negative inilah akhirnya akan merosakkan suasana yang kondusif

sedangkan suasanan di dalam bilik darjah merupakan antara aspek terpenting dalam

pengurusan bilik darjah.

3.0 Rumusan

Terdapat pelbagai langkah yang boleh diterapkan bagi mewujudkan kelas yang mesra

budaya yang meliputi aspek sosial, fizikal dan kognitif serta emosi. Pendidikan berbilang

budaya ialah salah satu pendekatan pendidikan yang diusahakan untuk mencapai

kesaksamaan peluang pendidikan dengan mengambil kira keperluan murid yang berbeza dari

segi individu dan budaya. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu,

seorang guru harus peka dengan kepercayaan dan amalan sosio-budaya yang berbeza

dalam kalangan muridnya.

6
4.0 Rujukan

Ang. James Jit Eng. 2014. Pengurusan Bilik Darjah : Strategi-strategi Mewujudkan Komuniti

Pembelajaran. PTS Akademia : Selangor.

Choong Lean Keow. 2008. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Perguruan

Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Kumpulan Budiman : Kuala Lumpur.

Noraini Idris. 2005. Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd : Kuala Lumpur.

Vous aimerez peut-être aussi