Vous êtes sur la page 1sur 10

LAPORAN

SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH 1438H

SK DESA BAIDURI

2017
1.0 PENDAHULUAN

Sambutan Maal Hijrah merupakan satu program untuk melatih dan memupuk minat serta
semangat para pelajar mengenali sirah hidup Rasulullah SAW. Pendedahan awal ini juga
bertujuan memberi gambaran yang jelas kepada pelajar betapa sayangnya Rasulullah
SAW kepada kita. Pelajar didedahkan dengan akhlak Rasulullah SAW dan kita semua
sepatutnya menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang baik untuk
menjadikan kita manusia yang baik.

OBJEKTIF

2.1 Pelajar memahami maksud Hijrah yang sebenar.


2.2 Pelajar mengetahui perjalanan penghijrahan Rasulullah dan para sahabat.
2.3 Pelajar dapat menjadikan Rasulullah sebagai contoh ikutan yang baik.

3.0 LAPORAN AKTIVITI

Program Sambutan Maal Hijrah

Tarikh 6 Oktober 2017

Tempat SK Desa Baiduri

Peserta 500 orang murid

AJK Guru SK Desa Baiduri

Anjuran Panatia Pendidikan Islam


ATURCARA PROGRAM

MASA AKTIVITI TEMPAT

7.15 - 8.15 Pendaftaran dan Sarapan Kantin

8.30-10.30 Slot 1 : Ceramah bertajuk PKPI


“Kepentingan Rukun Solat”.

10.30-11.00 Rehat Kantin

11.00-12.00 Bacaan Awal dan Tahiyat Akhir kelas

12.00 – 1.00 Penilaian Bacaan dalam solat Kelas

1.00 – 2.00 Amali Solat dan solat Zohor Dewan


berjemaah

4.0 SASARAN
Semua murid tahun 4 yang beragama Islam.
5.0 ANALISA KEKUATAN

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, program ini mempunyai banyak kelebihan dan
kekuatan yang boleh diambil. Di antara kekuatannya ialah penyediaan modul yang
terancang sebelum program dilaksanakan. Modul-modul ini dapat diperoleh daripada
buku rujukan Kem Bestari Solat (KBS). Secara tidak langsung, modul yang sedia ada
dapat membantu guru-guru untuk mengukuhkan kefahaman dan amalan solat dalam
kehidupan murid.

Selain daripada itu, Fasilitator juga saling tolong-menolong anatara satu sama lain dalam
menjayakan setiap aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung.
Fasilitator juga mempunyai semangat untuk mengajar murid-murid agar dapat
menguasai modul yang diberi. Pelbagai strategi mengajar yang telah digunakan bagi
memastikan murid-murid dapat menguasai, sama ada secara individu, kumpulan atau
pun kelas.

Kemudahan prasarana yang lengkap dan bahan bantu mengajar yang pelbagai juga turut
membantu keberkesanan program ini. Antara bahan bantu mengajar yang disediakan
ialah nota ringkas, buku rujukan dan sebagainya. Dengan ini, murid dapat memahami
cara-cara solat dengan lebih mudah. Secara keseluruhannya, program ini berjalan
dengan lancar.

6.0 ANALISA KELEMAHAN

Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dilihat sepanjang melaksanakan program


Kem Bestari Solat ini. Antara kelemahannya ialah pencapaian kehadiran peserta ke
program kurang memuaskan kerana kebanyakkan murid yang lemah tidak hadir. Murid
yang hadir adalah dari kalangan murid sederhana dan pandai.
Seterusnya, kelemahan lain ialah kekurangan fasilatator kerana program bertembung
dengan program lain.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan
datang. Bagi masalah kehadiran murid yang kurang memuaskan, pihak sekolah yang
bertanggungjawab boleh memberi peneguhan positif seperti hadiah kepada murid-murid
yang hadir dan mengambil tindakan terhadap murid-murid yang ponteng dan tidak hadir
tanpa sebab. Guru-guru perlu memberi lebih galakkan kepada murid yang lemah untuk
hadir ke Kem Bestari Solat bagi mencapai objektif yang dirancang.

Selain itu, fasilitator yang tidak dapat melibatkan diri dalam program perlu memaklumkan
lebih awal untuk mengantikan fasilitator yang lain.

DISEDIAKAN OLEH,

……………………………….
(SITI AMINAH BT AHMAD)

8.0 LAMPIRAN

8.1 GAMBAR AKTIVITI

Vous aimerez peut-être aussi