Vous êtes sur la page 1sur 14

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT

BANDAR BARU BANGI

SELANGOR

BUKU SKRAP SEJARAH

TUN ABDUL RAZAK

Disediakan Oleh;

Nama : Muhammad Arfan Bin Adly

Kelas : 4C8

Guru Sejarah : Puan Rosyati Binti Saien


Isi Kandungan

1. Sekapur Sirih
2. Biodata Pelajar
3. Latar Belakang Tokoh
a. Kehidupan Peribadi
b. Pendidikan
c. Kerjaya
4. Sumbangan Tokoh
a. Sumbangan dalam Pendidikan
b. Sumbangan dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara
c. Sumbangan dalam Perpaduan Masyarakat
5. Penutup
6. Rujukan
Sekapur sirih seulas pinang,
Dihidang untuk makan bersama,
Kata dititip pantun dikarang,
Sebagai pembuka manis bicara
.

Assalamualaikum w.b.r.Terlebih dahulu kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana


dengan cahaya rahmatnya mengurniakan kekuatan untuk menghasilkan tugasan ini.Setinggi-
tinggi jutaan penghargaan, semurni ucapan terima kasih dengan segunung keikhlasan
khas untuk Pn Rosyati Binti Saien kerana dengan limpah budinya mencurahkan ilmu. Semoga
baktimu akan terus diberkati Allah.

.Ribuan penghargaan khusus buat keluarga tersayang yang sentiasa memahami dan
memberi dorongan serta sokongan padu untuk terus mendalami ilmu ini.Diharapkan melalui
ilmu dan pengalaman yang dicurahkan dapat mengembangkan lagi pengetahuan dan
meningkatkan lagi kemahiran yang dimiliki untuk mendidik anak didik di sekolah kelak.

Sekapur sirih seulas pinang,


Menjadi adat dalam peminangan,
Budi yang baik terus dikenang,
Menjadi sebutan sepanjang zaman.

Wassalam
Biodata Diri
LATAR BELAKANG TUN RAZAK

Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976)
merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga
1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang bertujuan
untuk mengatasi masalah dalam ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan
antagonisme, perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas
kematiannya, beliau telah dikenang sebagai " Bapa Pembangunan".

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang,serta merupakan anak sulung kepada Dato'
Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau juga merupakan keturunan
bangsawan yang menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang.

Tun Hussein Onn juga berperanan untuk menjadi penggantinya sebagai Perdana Menteri
yang ketiga. Manakala anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang keenam setelah menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad
Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak,
Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

Pendidikan

Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan
dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di
Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan
Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa
untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya
terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.

Selepas peperangan, beliau pergi ke Nigeria pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-
undang. Sewaktu menuntut di England, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang
sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya.
Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United
Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden
kesatuan itu. Di samping itu, beliau juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah
untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut di Malaya.
Pada tahun 1950, beliau menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London

Kerjaya

Selepas kepulangannya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam
bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat
sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau
menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun.
Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, beliau
dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai
oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak
British dang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pertahanan
Menteri. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan
yang dikenali sebagai "Buku Merah".

Beliau mengisytiharkan Keadaan Darurat selepas kejadian berdarah 13 Mei 1967 dan beliau
memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22 September 1970, beliau mewarisi Tunku
Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Beliau menjadi terkenal terutamanya selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada
tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan
untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan
antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu menghapuskan
kemiskinan dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi antara kaum.

Beliau telah menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan Parti
Perikatan. Beliau juga menambah ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya
"Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.

Disebabkan sebahagian daripada penyakit leukemia, beliau meninggal pada tahun 1976
sewaktu mendapat rawatan perubatan di London. Beliau disemadikan di berdekatan Makam
Pahlawan yang berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya,
beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan
Sumbangan dalam pendidikan

Sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah
banyak memberikan sumbangan antaranya dalam bidang pendidikan. Pada tahun 1955,
kerajaan perikatan telah membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan
oleh Tun Abdul Razak selaku Menteri Pelajaran ketika itu.

Tindakan awal Tun Razak apabila memegang jawatan tersebut adalah merombakkan
sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati
sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak memberi
sebarang keuntungan kepada pembentukan masyarakat yang bersatu padu sebaliknya
mewujudkan perbezaan ras dalam masyarakat pelbagai kaum.

Hasil usaha Tun Razak, telah membawa kepada terhasilnya Penyata Razak pada tahun
1956, yang berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina sebuah bangsa yang
bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa
pengantar utama.

Penyata Razak telah mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan, iaitu
sistem persekolahan yang sama untuk semua dan penyeragaman kurikulum yang bercorak
kebangsaan. Beliau menganggap bahawa dasar tersebut mampu menyuburkan semangat
perpaduan negara. Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.
Sumbangan dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara

Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri,
juga turut memegang portfolio Menteri Pertahanan pada tahun 1957. Beliau telah
membawa perubahan kepada angkatan tentera dengan melengkapkannya dengan senjata
yang moden dan efisien. Sebagai bekas anggota askar wataniah, beliau mempunyai
pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah
melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12
tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA)
dan skim Rukun Tetangga untuk menjamin keselamatan rakyat. Pada 13 Mei 1969, negara
dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara
digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara.

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran


kerajaan. Beliau telah dilantik oleh Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj iaitu Perdana
Menteri ketika itu sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam
berjaya dipulihkan.
Sumbangan dalam perpaduan masyarakat

Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Beliau
gemar melawat ke kampung-kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat
alami. Di bawah kepemimpinan beliau, Tun Abdul Razak berjaya menghidupkan semangat
bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial di kalangan pentadbir Melayu.

Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Tun Abdul Razak telah melancarkan
'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang
mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia
yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif.

Sumbangan dalam arena politik antarabangsa

Di arena antarabangsa, Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein juga adalah orangnya yang
bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang
dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia
(PKI). Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan
Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan
Amerika Syarikat.

Demi keselamatan negara dan kestabilan serantau, Tun Abdul Razak telah mengubah
dasar luar yang bersifat probarat dan antikomunis kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik
dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Hasrat Tun Abdul Razak menjadi kenyataan
apabila semua negara ASEAN bersetuju untuk menjadikan rantau ini sebagai zon aman,
bebas dan berkecuali atau ZOPFAN melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971.

Tun Abdul Razak juga mengiktiraf kewujudan negara China bagi mendapatkan sokongan
kuasa besar tersebut terhadap ZOPFAN. Untuk itu, Tun Abdul Razak telah menghantar
Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai rombongan perdagangan ke China pada bulan Mei
1971. Kejayaan dalam bidang perdagangan telah memberi impak kepada hubungan
diplomatik antara kedua-dua negara apabila China menyokong cadangan mewujudkan
ZOPFAN.
Penutup
Saya berterima kasih kepada ibu saya ,kerana menolong saya
menyiapkan kerja sekolah bersama saya dan saya berterima kasih
kepada Guru saya iaitu puan Rosyati Binti Saien kerana mengajar saya
dari awal dan mendidik saya
Rujukan

1. https://ms.wikipedia.org/
2. http://tokohkemerdekaannegaramalaysia.blogspot.my/

Vous aimerez peut-être aussi