Vous êtes sur la page 1sur 6

KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Latar Belakang

Umar al-Khattab dilahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi. Pada zaman Jahiliah, beliau
adalah seorang sadagar dan duta kaum Quraisy. Beliau adalah seorang yang berani, tabah, tidak
mengenal binggung dan ragu. Beliau digelar al-Faruq oleh nabi setelah beliau membawa
sekumpulan umat Islam bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama kali
dalam Sejarah Islam. Beliau merupakan khalifah kedua dalam Sejarah Islam setelah dipilih
sendiri oleh Abu Bakar. Beliau adalah khalifah yang pertama yang digelar sebagai "Amirul
Mukminin".

Pembaharan dalam Pentadbiran

Pembentukan Majlis Syura

Umar telah menubuhkan Majlis Syura yang merupakan lembaga (Majlis Perunding Negara) yang
tertinggi. Ia terbahagi kepada 2 majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Anggota Majlis
Syura Tertinggi terdiri daripada Uthman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib, Waqqas Bin Muaz Bin
Jabal. Semua perkara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan
dibincangkan bersama-sama. Majlis Syura juga bertanggungjawab menentukan polisi negara
dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. Melalui amalan sistem syura, Umar telah
membuka peluang dan kebebasan yang seluasnya kepada semua orang untuk mengemukakan
fikiran dan pendapat mereka dari kebaikan dan keadilan Islam sehingga beliau menganggap
bahawa manusia yang tidak dapat atau tidak mahu memberi pendapat adalah manusia yang tidak
berguna.

Perbahagian Wilayah Islam

Umar telah membahagikan Kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi
menjaga kelicinan pemerintahan Islam. Ia terdiri daripada Hijaz, Syiria, Iran, Iraq, Mesir,
Palestine, Juzirah dan Madinah. Setiap wilayah dilantik beberapa orang pegawai. Mereka
dikehendaki datang ke Mekah pada setiap tahun untuk membuat laporan setelah menunaikan
haji. Orang ramai pula berpeluang untuk mengadukan hal tentang pegawai-pegawai yang
ditugaskan itu. Antara pegawai yang terkenal ialah Muawiyah Bin Abu Sufian, Amru Bin al-As,
Zaid Bin Smyah dan sebagainya. Di antara jawatan utama yang dilantik di setiap wilayah adalah
Wali (Gabenor) yang menjadi ketua pentadbir awam dan panglima tentera, pengarah
perbendaharaan, pemungut cukai, ketua polis, hakim (Qadi). Sebelum seseorang Gabenor
dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta-benda masing-masing demi mengelakkan
amalan rasuah. Mereka juga diisytiharkan bahawa tidak menunggang kuda Turki atau memakai
pakaian yang mahal.

Memperbaharui Undang-undang Pentadbiran Tanah

Apabila wilayah jajahan Islam menjadi semakin luas, beberapa pembaharuan dalam undang-
undang pentadbiran tanah telah diperkenalkan. Misalnya, di Iraq, Syria dan Mesir, segala tanah
awam (sawafi) adalah hak kerajaan tempatan dan segala hasil daripada tanah-tanah itu akan
digunakan untuk membiayai kemudahan awam negara. Tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduk
Iraq tidak boleh dirampas tetapi dikenakan cukai oleh Kerajaan Islam. Tanah-tanah milik
pemerintah Rom di Mesir dan Syiria dirampas dan dibahagikan kepada para petani.
Tentera/Umat Islam tidak dibenarkan mengambil tanah-tanah di negara jajahan melainkan
pembelian. Hal ini berbeza dengan amalan sebelumnya di mana tanah-tanah jajahan akan
dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.

Pembaharuan dalam Ekonomi

Kadar dan sistem pungutan cukai telah diubah. Cukai dikenakan mengikut perbezaan jenis
tanaman dan kualiti tanah. Sebagai contoh, kadar cukai untuk tanaman gandum adalah 2 kali
ganda daripada cukai untuk tanaman barli. Ladang-ladang subur dikenakan cukai yang lebih
tinggi. Peraturan-peraturan yang tidak adil telah dihapuskan. Umar sering meninjau daripada
golongan Dhimmi dan pegawai-pegawai pemungut cukai untuk menentukan sama ada
cukai/jizyah yang dikenakan menyusahkan mereka atau tidak. Sistem pemungutan cukai menjadi
cekap dan perbendaharaan negara bertambah. Umar turut memajukan sektor pertanian negara.
Rakyat digalakkan untuk membuka tanah-tanah baru. Hak milik tanah-tanah pertanian
diserahkan kepada sesiapa yang mahu mengusahakannya. Namun hak tersebut akan terlupus jika
ia gagal menunjukkan hasil dalam tempoh 3 tahun. Beberapa pengairan telah dilaksanakan di
Mesir dan Iraq untuk meningkatkan lagi hasil pertanian. Umar turut memberikan perhatian
supaya amalan penindasan ke atas petani tidak berlaku.

Pembaharuan Pentadbiran Ketenteraan

Umar adalah khalifah pertama yang memberikan gaji kepada tenteranya. Tentera Islam telah
dibahagikan kepada 2 kategori iaitu tentera tetap dan sukarela. Tentera tetap diberikan gaji,
pakaian seragam dan keluarga mereka turut mendapat bantuan. Pusat-pusat ketenteraan telah
ditubuhkan di bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah, Mawsil, Fustat, Hims dan
sebagainya. Tentera-tentera akan dikenakan peraturan dan disiplin tertentu yang sesuai dengan
ajaran Islam. Pusat-pusat tentera ini kemudiannya telah tumbuh sebagai pusat kebudayaan Islam.
Umar telah mengarahkan Abdullah Bin Qaisy untuk membina kubu-kubu pertahanan di
sempadan yang menghadap negara musuh demi keselamatan. Tentera-tentera diwajibkan
menjalani latihan ketenteraan seperti menunggang kuda, berjalan kaki tanpa kasut dan
sebagainya. Ia bertujuan untuk menanamkan semangat perjuangan pada setiap masa. Umar juga
menubuhkan jabatan penyiasatan jenayah tentera rahsia.

Pembaharuan Bidang Kehakiman

Umar telah mengetatkan syarat-syarat perlantikan seseorang untuk menjadi hakim supaya
golongan yang layak sahaja akan memikul tugas tersebut. Seseorang itu mestilah mempunyai
ilmu yang lengkap, dihormati oleh masyarakat. Gaji untuk hakim telah dinaikkan supaya
mengelakkan kecenderungan menerima rasuah. Para hakim tidak dibenarkan melibatkan diri
dalam perniagaan. Jabatan kehakiman telah dipisahkan sepenuhnya daripada jabatan-jabatan lain
dan mempunyai mahkamah keadilan dan kadi-kadi khas untuk menguruskan perbicaraan serta
peraturan-peraturan kehakiman yang tertentu.

Pembaharuan Dalam Bidang Sosial

Polisi Baru untuk Golongan Dhimmi


Golongan Dhimmi ialah orang-orang bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam dengan
dikenakan ckai jizyah. Umar telah memperkenalkan beberapa polisi baru ke atas golongan ini
supaya kedudukan sosioekonomi dan politik mereka tetap dijaga. Beliau telah menetapkan cukai
jizyah dan cukai tanah yang rendah kadarnya supaya tidak menyusahkan mereka.

Taraf dan hak awam ke atas golongan ini diberikan sama seperti yang dinikmati oleh masyarakat
Islam. Golongan Dhimmi yang masih menentang Kerajaan Islam akan dihalau keluar negara.
Namun, harta-benda mereka tidak akan dirampas manakala harta benda yang tidak boleh
dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh Kerajaan Islam.

Taraf Baru untuk Golongan Hamba

Beberapa pembaharuan yang dilakukan untuk menjaga kepentingan sosial, taraf dan kedudukan
golongan hamba dalam masyarakat. Hal ini bertujuan supaya mereka tidak dihina / ditindas.
Hanya orang-orang yang benar-benar terlibat menentang Islam dalam peperangan sahaja akan
dijadikan hamba. Hal ini bermakna penduduk awam dalam negara yang dijajah akan terus
dibenarkan hidup bebas.

Hamba perempuan yang menjadi ibu pula tidak boleh dijual beli sewenang-wenangnya seperti
harta-harta yang lain. Hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari anggota keluarganya
yang lain. Oleh itu, hamba yang berkeluarga mestilah dibeli / dijual bersama-sama dengan
anggota keluarganya.

Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam hal-hal tertentu. Pegawai-pegawai
yang tidak menghormati kebajikan hamba di bawah jagaannya akan dikenakan tindakan oleh
Umar. Beliau pernah melucutkan jawatan salah seorang pegawainya yang tidak menziarahi
pekerjanya yang sakit.

Menggalakkan Kegiatan Keilmuan dan Pelajaran

Pelbagai langkah telah dijalankan untuk mengembangkan pengajaran al-Quran. Guru-guru telah
disediakan bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan mereka dihantar ke
serata tempat yang memerlukannya serta diberikan gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah telah
ditubuhkan di masjid-masjid untuk mengajar pelajaran al-Quran di seluruh wilayah Islam.

Umat Islam telah diwajibkan untuk menghafal surah-surah tertentu dalam al-Quran yang
menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti Surah al-Baqarah, al-Nisa, al-Maidah
dan sebagainya. Golongan yang menghafal seluruh isi kandungan al-Quran akan diberi pelbagai
ganjaran sebagai usaha untuk menggalakkan mereka menghafal kandngan al-Quran.

Kemudahan-kemudahan Lain

Umar bertanggungjawab memulakan sistem kalendar Islam dengan menggunakan Tahun Hijrah
yang umat Islam gunakan hingga kini. Umar adalah khalifah yang pertama memperkenalkan
pasukan polis yang digelar "Andath".

Hukum buang daerah telah diperkenalkan oleh Umar. Baginda telah menjatuhkan hukuman
buang daerah ke sebuah pulau ke atas Abu Mihjan Thaqafi kerana bersalah minum arak.

Baginda turut membangunkan kota-kota baru seperti Basrah, Kufah, Fustat dan Mausil. Basrah
(Iraq) dibina pada tahun 14 H. Penduduk asalnya berjumlah 800 orang telah meningkat kepada
100,000 orang. Dalam zaman Kerajaan Umayyah, ia mempunyai penduduk seramai 120,000
orang. Kufah di Iraq mempunyai penduduk asal seramai 40,000 orang. Umar menunjukkan
minatnya kepada pembinaan kota ini dengan menyediakan sendiri sebahagian daripada pelan dan
peta kota itu. Jalan raya yang dibina seluas 60 kaki dan masjid negerinya boleh memuatkan
seramai 40,000 orang jemaah. Umar pernah menggelarkan kota Kufah sebagai "Rasulul-Islam"
atau pusat Islam. Fustat dibina oleh Amru Bin al-As atas arahan Umar. Ia dipanggil sebagai kota
Islam yang paling indah selepas kota Baghdad.

Umar telah membina banyak masjid dan memerintahkan gabenor Islam supaya membina
sekurang-kurangnya sebuah masjid di setiap bandar. Beliau juga mengarahkan pembinaan
pejabat-pejabat Baitul-Mal di seluruh wilayah Islam. Rumah-rumah rehat untuk pengembara
turut dibina.
Pembaharuan Dalam Ekonomi

Memajukan Sektor Pertanian

Umar telah membina tali air dan terusan supaya hasil pertanian bertambah. Di antaranya ialah
Terusan Amirul Mukminin (Mesir) yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laur Merah
sepanjanag 69 batu dari Bandar Fustat. Di Iraq, dibina Empangan Abu Musa yang
menyambungkan Sungai Dujlah (Tigris) dengan Bandar Basrah.

Satu kaji selidik telah dilangsungkan di Iraq untuk memudahkan penaksiran cukai dan
menentukan jenis tanaman untuk pertanian. Rakyat digalakkan membuka tanah-tanah pertanian
dan akan dikenakan syarat bahawa hak milik ke atas tanah tersebut akan ditarik balik sekiranya
gagal mendatangkan hasil dalam masa 3 tahun.

Baitul-Mal

Umar telah menubuhkan Baitul-Mal untuk menyimpan harta dan khazanah kerajaan. Sumber
utama kewangan negara dikutip daripada orang Islam melalui zakat dan usyur (zakat tanaman).
Daripada orang bukan Islam, cukai diperolehi melalui jizyah dan kharaj (cukai tanah). Baitul-
Mal juga memperolehi hasilnya daripada al-Fai iaitu harta benda rampasan daripada pihak
musuh tanpa peperangan dan ghanimah iaitu harta rampasan perang.

Rumusan

Umar adalah seorang pentadbir yang amat cekap dan bijak serta banyak melaksanakan
pembaharuan dalam pentadbiran negara Islam. Dalam zaman pemerintahannya, beliau berjaya
memperluaskan wilayah Islam dan membebaskan rakyat yang ditindas oleh penjajahan Parsi dan
Rom. Pemerintahan Umar dianggap sebagai "zaman keemasan Kerajaan Islam". Beliau telah
memperkenalkan sebanyak 41 buah pembaharuan berdasarkan al-Quran dan Hadis dan
digelarkan Awliat-i-umar. Beliau telah meninggal dunia dalam Zulhijah 23 H setelah dibunuh
oleh seorang hamba berbangsa Parsi bernama Fairuz.

Vous aimerez peut-être aussi