Vous êtes sur la page 1sur 20

Sistem Pengurusan Sukan Sekolah

BAHAGIAN 1
PENDAHULUAN, MATLAMAT, STRATEGI DAN PERLAKSANAAN

PENDAHULUAN

Segala kandungan dalam Buku Panduan ini merupakan kerangka dasar tatacara
pengurusan Majlis Sukan Sekolah. Pengubahsuaian adalah masih dan perlu dilakukan dari
semasa ke semasa mengikut keperluan.

MATLAMAT SUKAN DI SEKOLAH

Sukan di sekolah bermatlamatkan

 Meluaskan tapak bakat.


 Melahirkan atlet berprestasi tinggi.
 Memupuk sikap positif dan disiplin diri.
 Merealisasikan konsep Sukan untuk Semua.
 Menggalakkan pendemokrasian dalam sukan.
 Menyemai keseronokan dan kebebasan dalam sukan.
 Membudayakan minat bersukan seluruh warga sekolah.
 Memastikan warga sekolah memperoleh pengetahuan asas sukan.
 Mewujudkan rentasan pengetahuan kesihatan, kecergasan dan keselamatan dalam
sukan secara tidak formal.

OBJEKTIF AKTIVITI SUKAN

Aktiviti sukan di sekolah disasarkan mencapai

 Keupayaan melahirkan sekurang-kurangnya seorang atlet berprestasi tinggi setahun


bagi mewakili daerah dan negeri.
 Warga sekolah yang berpengetahuan tentang aktiviti dan pengurusan sukan.
 Sukan sebagai wadah dan wahana pembangunan jasmani, emosi, rohani dan
intelek warga sekolah melalui aktiviti secara terancang dan sedar.

TEMA

Citius – (Speed in action), Altius – (High for goal), Fortius – (Strange in spirit)

VISI

Melahirkan atlet gemilang hasil penglibatan semua dengan menjadikan aktiviti bersukan
sebagai budaya seterusnya menghayati semangat kesukanan dalam rutin kehidupan.
MISI SUKAN SEKOLAH

Misi Sukan Sekolah dibentuk berdasarkan konsep “ Pembangunan dan Pencapaian


Menyeluruh”.

 Melaksanakan Program Pembangunan dan Permuafakatan Sukan dengan pihak


khusus seperti Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri, Persatuan-persatuan
Sukan, Perbadanan Putrajaya dan Individu-individu berkemahiran.

 Mewujudkan Sistem Payung beberapa sukan terpilih .

 Meningkatan keyakinan “Cuba dan Cebur” ke dalam diri setiap pelajar beberapa
sukan terpilih.

 Menjadikan pengetahuan Sains Sukan sebagai ilmu utama dan teras kepada
segala aktiviti sukan.

 Memperanankan secara berkesan amalam Penyelidikan dan Pembangunan


(R&D).
BAHAGIAN 2
MAJLIS SUKAN SEKOLAH

PENDAHULUAN

Majlis Sukan Sekolah merupakan sebuah majlis yang dianggotai beberapa ahli
majlis bertujuan mengendalikan seluruh perancangan dan pembangunan sukan khasnya di
peringkat sekolah.

AHLI MAJLIS
Dicadangkan senarai ahli majlis seperti berikut :

 Pengerusi : Then Fen Nee (GB)


 Naib Pengerusi : Ho Tat Siang(Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
 Setiausaha : Tho Yu Wan (Setiausaha Sukan)
 Ahli Majlis
o Perancangan & Pembangunan : Ho Tat Siang
o Peralatan & Kemudahan: Lau Sii Tuan
o Perhubungan & Seranta : Tay Yin Ying
o Program Sukan Untuk Semua: Thian Mui Chin
o Program Sukan Untuk Elit : Hii Ling Ming
o Guru Ketua Rumah Sukan : Chai Siew Fong, Jong Kiat Jan, Ma Sing Yiun
o Guru Penolong Ketua Rumah Sukan: Nguang SI, Hii LM, Leong YW
o Guru Pengurus Permainan: Hii Jin Jin

“Majlis Sukan hendaklah sentiasa berhubung rapat dengan Setiausaha Kokurikulum kerana
terdapat pertindanan tugas dan fungsi khasnya dalam pengendalian Pasukan Permainan.”
STRUKTUR ORGANISASI

MAJLIS SUKAN SEKOLAH

PENGERUSI
THEN FEN NEE (GB)

NAIB PENGERUSI
HO TAT SIANG (PKKK)

SETIAUSAN

SETIAUSAHA SUKAN SETIAUSAHA KOKURIKULUM


THO YU WAN LEONG YONG WAN

AHLI MAJLIS GURU KETUA PENASIHAT


RUMAH SUKAN KELAB/ PERMAINAN

HII JIN JIN CHAI SIEW FONG ESTHER LIEW


MA SING YIUN HUAN YAAN TIONG
JONG KIAT JAN NGUANG SING IENG
JONG KIAT JAN
TAY YIN YING
HII LING MING
THIAN MUI CHIN
MOHD SHAFIQ
LING NENG YII
LUCY NGUI

PERANAN AHLI MAJLIS SUKAN SEKOLAH

Guru Besar

 Menetapkan dasar dan garis panduan / peraturan serta menyediakan Rancangan


Kemajuan Sukan Sekolah.
 Mendapatkan maklumat daripada guru-guru berkaitan kebolehan, kecenderungan
dan pengalaman yang ada pada guru-guru.
 Mengadakan mesyuarat sukan sekolah dan menggariskan perancangan dan
agenda sistem sukan di sekolah.
 Mengenal pasti dan menyelia jenis sukan / permainan yang akan dijalankan.
 Menyediakan kemudahan bagi membolehkan sesuatu sukan / permainan dijalankan.
PK KOKURIKULUM

 Melantik dan menyusun tugas-tugas guru dalam bidang sukan.


 Menyusun takwim tahunan aktiviti sukan.
 Memberi taklimat tentang Dasar dan Rancangan Kemajuan Sukan Sekolah.
 Menyediakan jadual dan panduan tugas kepada semua guru.
 Memastikan pelaksanaan aktiviti.
 Mengawal, menyelia dan memantau pelaksanaan aktiviti.
 Menganalisis pencapaian keseluruhan aktiviti dan melaporkan kepada pihak
pengurusan lebih tinggi (Pengetua, PPD, JPN, KPM).
 Membuat perancangan untuk tindakan susulan.
 Menyimpan semua rekod dan data yang berkaitan.
 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

SETIAUSAHA SUKAN

 Merancang program sukan secara keseluruhan.


 Merancang pengurusan kewangan bagi peruntukan perbelanjaan sukan serta aktiviti
dan program pembangunan sukan.
 Membantu pengetua dalam urusan pembelian peralatan sukan (sebaik-baiknya
dibuat penyelarasan dengan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan).
 Menyelaraskan dan membantu mengelolakan sukan di peringkat sekolah, daerah
dan negeri.
 Menjadi penyelaras utama jika menjadi tuan rumah sesuatu kejohanan.
 Berhubung dengan guru-guru lain dalam kegiatan kokurikulum sukan untuk
penyelarasan kemudahan dan pembahagian waktu kegiatan sukan.
 Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk semua kegiatan
sukan.
 Menyediakan papan maklumat berkenaan dengan aktiviti sukan di sekolah.
 Menyelia semua kegiatan sukan sekolah dan memberi nasihat serta bantuan yang
diperlukan.
 Memastikan kemudahan dan peralatan sukan diselenggara dengan baik.
 Menyediakan satu sistem stok dan inventori peralatan dan kemudahan sukan.
 Mengadakan satu sistem “Quartermaster (Pengurusan dan Penjagaan)”
penggunaan peralatan sukan.
 Mewakili pengetua bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkenaan sukan
mengikut keperluan dan arahan pengetua.
 Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan serta
memastikan peraturan dipatuhi.
 Memastikan guru-guru berkaitan menyediakan laporan lengkap tentang aktiviti sukan
di sekolah dan luar sekolah seterusnya mengumpulkan dan merekodkannya dalam
satu sistem pelaporan.
 Merekodkan semua pencapaian pelajar dan pasukan sekolah dalam satu sistem
rekod.
 Sentiasa berbincang dengan pengetua / penolong kanan HEM / penolong kanan
Kokurikulum hal-hal berkenaan kepentingan dan kemajuan sukan sekolah.
 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

KETUA GURU RUMAH SUKAN

 Memastikan senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar).
 Membuat pengagihan tugas kepada guru rumah sukan.
 Membuat mesyuarat agung rumah sukan.
 Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar.
 Mengendalikan secara bersama dengan setiausaha sukan aktiviti sukan di sekolah.
 Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod
 Merekodkan dan melaporkan pencapaian pelajar kepada setiausaha sukan.
 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

GURU RUMAH SUKAN

 Mengurus dan menjalankan latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
 Mencatat kehadiran pelajar dalam latihan rumah sukan dan mengambil tindakan
terhadap pelajar yang tidak hadir.
 Mengenal pasti, memilih dan melatih pelajar yang berpotensi untuk mewakili
sekolah.
 Memaklumkan pelajar yang berpotensi kepada guru permainan atau setiausaha
sukan.
 Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
 Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
 Bersama-sama guru Ketua Rumah Sukan menjalankan hal-hal pengurusan rumah
sukan.
 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

GURU PENASIHAT PERMAINAN

 Guru penasihat permainan ialah guru permainan bagi pasukan sekolah.


 Bertanggungjawab dalam permainan bagi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
(jika berkaitan).
 Membentuk jawatankuasa pelajar bagi kelab dan pasukan sekolah.
 Merancang bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam
permainan.
 Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang lebih berkemahiran.
 Memastikan dan berusaha boleh dijadikan tempat rujukan pelajar bagi peraturan-
peraturan dan kemahiran asas permainan.
 Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut takwim dan jadual yang ditetapkan.
 Menganjurkan perlawanan antara kelas atau rumah sukan.
 Mengurus pengangkutan untuk pasukan ke pertandingan.
 Menjaga kebajikan peserta-peserta ke pertandingan.
 Menguruskan surat makluman dan kebenaran ibu bapa / penjaga untuk semua
aktiviti yang dijalankan.
 Melaporkan dan merekodkan keputusan setiap pertandingan (perlawanan) yang
disertai.
 Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan semasa bagi pengurusan
pasukan.
 Berbincang dengan setiausaha sukan berkenaan keperluan kemudahan dan
peralatan.
 Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,
selamat dan mencukupi sebelum, semasa dan selepas digunakan.
 Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.
 Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkat kualiti pasukan.
 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

RUMAH SUKAN

Rumah Sukan terdiri daripada 3 unit dengan menggunakan satu sistem penentuan
pembahagian rumah. Sistem tersebut menggunakan digit terakhir Nombor Pendaftaran
Pelajar.

Contoh
Nombor Daftar 0073 / 02

tahun daftar
no. daftar

Nombor rujukan rumah ialah digit 3.

Senarai pembahagian Rumah Sukan

RUMAH DIGIT AKHIR


Hijau 0 hingga 3
Biru 4 hingga 6
Kuning 7 hingga 9
BAHAGIAN 3

PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA

ALIRAN KERJA

Tugas-tugas berikut mestilah diberi perhatian oleh Setiausaha Sukan dengan kerjasama
Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan:

Penyediaan kertas cadangan yang terperinci yang mengandungi perkara-perkara berikut:


 Cadangan senarai Jawatankuasa Induk.
 Cadangan senarai Jawatankuasa Pelaksana.
 Cadangan senarai nama Pegawai Sukan.
 Tujuan / objektif / matlamat.
 Tarikh / masa / tempat.
 Anggaran perbelanjaan.
 Acara-acara yang dipertandingkan dan kelas umur.
 Atur cara rasmi.
 Senarai tugas setiap jawatankuasa.

Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Induk


 Membincangkan kertas pelaksanaan acara.
 Mengesahkan pelantikan semua jawatankuasa.
 Menyemak bidang tugas setiap jawatankuasa.
 Membuat anggaran peruntukan dan sumber kewangan.
 Pelaksanaan kejohanan keseluruhan dan Pelan Tindakan Risiko.
 Perasmi dan atur cara rasmi.

Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana


 Membincangkan pelaksanaan kejohanan dan Pelan Tindakan Risiko.
 Senarai semak kerja dan tindakan.
 Perbelanjaan setiap Jawatankuasa (jika berkaitan).
 Membentuk jawatankuasa kecil.

Memanggil mesyuarat Pengurus Pasukan (Ketua Rumah)


 Mengesahkan acara dan kelas umur yang dipertandingkan.
 Penerangan tugas Pengurus Pasukan.
 Menjelaskan peraturan dan syarat pertandingan.

Persediaan sebelum kejohanan


 Penyediaan balapan dan padang serta peralatan yang berkaitan.
 Susunan jadual latihan rumah sukan.
 Penyediaan borang-borang
 penyertaan keseluruhan
 penyertaan acara (untuk penyelia peserta)
 keputusan
 hakim penamat
 pencatat masa
 acara lompatan
 acara balingan

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

SETIAUSAHA SUKAN / PENGURUS KEJOHANAN


 Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan Ketua Guru Rumah.
 Menyediakan anggaran perbelanjaan kejohanan.
 Menyenaraikan acara-acara yang dipertandingkan.
 Mendapatkan senarai peserta.
 Mendapatkan senarai nama Jawatankuasa Kecil.
 Mendapatkan senarai nama Pegawai Sukan dan membuat pelantikan.
 Menyusun tugasan Pegawai Sukan.
 Memastikan semua Pengerusi Jawatankuasa telah mengambil tindakan tugasan
masing-masing.
 Menyediakan program pentadbiran.
 Membuat anggaran perbelanjaan.

KETUA GURU RUMAH / GURU RUMAH


 Menyenaraikan nama peserta yang mewakili rumah.
 Menyerahkan senarai nama peserta kepada Urus Setia.
 Menyediakan dan memeriksa peralatan latihan.
 Menyediakan pakaian peserta dan ahli rumah.
 Menyediakan khemah rumah.
 Menguruskan belanjawan dalaman rumah.
 Mengadakan taklimat / nasihat / panduan untuk peserta.
 Menyediakan minuman dan makanan peserta dan ahli rumah.
 Membuat persiapan langkah keselamatan dan kawalan disiplin.
 Menyelaraskan tindakan kerja dengan urus setia.
 Memastikan kebersihan kawasan khemah terjaga.

JAWATANKUASA PERTANDINGAN
 Menyediakan borang-borang pertandingan.
 Mengisi borang penyertaan bagi semua acara.
 Menyediakan nombor-nombor peserta.
 Menyediakan atur cara hari kejohanan.
 Menyediakan pelan-pelan / kedudukan gelanggang.
 Menyusun atur kedudukan khemah dan semua peralatan kejohanan yang terlibat.
 Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
 Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA TEKNIK
 Menyediakan gelanggang dan perkara berkaitan.
 Menyediakan dan mengedar pelan kedudukan pasukan dan pegawai.
 Menyediakan tempat duduk VIP, pegawai dan peserta.
 Memastikan ukuran dan penyediaan gelanggang bertepatan.
 Memberi taklimat kepada Pengurus Peserta.
 Menyediakan dan memeriksa peralatan sukan.
 Menyediakan pembantu teknik setiap gelanggang.
 Membuat anggaran perbelanjaan.

JAWATANKUASA KEPEGAWAIAN
 Mendapatkan senarai nama pegawai.
 Melantik pegawai kejohanan (termasuk pelepas).
 Menyusun Jadual Tugas Kepegawaian.
 Memberi taklimat kepada semua pegawai.
 Menyediakan senarai pegawai gantian dalam Pelan Tindakan Risiko.
 Memastikan pegawai bersedia dan mencukupi pada hari kejohanan.
 Memberi cenderamata kepada pegawai (jika ada).
 Memberi elaun bertugas kepada pegawai (jika ada).
 membuat anggaran perbelanjaan.

JAWATANKUASA STATISTIK
 Mendapatkan butiran lengkap pertandingan, keputusan dan rekod pencapaian
kejohanan tahun sebelumnya.
 Menyediakan Jadual Besar Pertandingan.
 Mengemas kini keputusan dari semasa ke semasa.
 Mengumpul, merekod, mencetak dan mengeluarkan keputusan rasmi acara.
 Menyediakan program (perisian) keputusan.
 Membukukan semua keputusan mengikut acara.
 Menyerahkan keputusan kepada urus setia.
 Menyenaraikan nama peserta yang layak mewakili sekolah.
 Membuat Pelan Tindakan Risiko.
 Membuat anggaran perbelanjaan.

JAWATANKUASA MINUMAN (DAN JAMUAN)


 Membuat anggaran jumlah minuman yang diperlukan.
 Menyediakan minuman dan tempat mengambil minuman untuk peserta.
 Menyediakan dan menghantar minuman untuk pegawai / urus setia / tetamu.
 Mendapatkan penaja-penaja minuman (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan
Tajaan).
 Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
 Menjaga kebersihan dan keselamatan minuman dan kawasan penyediaan.
 Membuat anggaran perbelanjaan.
*Jawatankuasa berasingan perlu diwujudkan jika terdapat jamuan khas.
JAWATANKUASA BUKU PROGRAM
 Mendapatkan semua maklumat yang berkaitan.
 Menyediakan, menerbitkan dan mengedarkan buku program.
 Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
 Membuat anggaran perbelanjaan.

JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA


 Mendapatkan, mengumpulkan, dan memeriksa hadiah / piala pusingan tahun
sebelumnya.
 Menempah hadiah / cenderamata untuk peserta / pasukan / pegawai / tetamu.
 Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
 Menyusun aturan pemberian hadiah.
 Menyenaraikan, mengenal pasti dan menjemput penyampai hadiah.
 Menyediakan pengurus pemenang.
 Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
 Membuat anggaran perbelanjaan.

JAWATANKUASA PERASMIAN
 Mengenal pasti dan menjemput perasmi pembukaan dan penutup dengan
kerjasama Jawatankuasa Jemputan, Sambutan dan Protokol.
 Mengenal pasti orang kenamaan / tetamu dalam majlis.
 Menyusun atur cara perasmian.
 Membuat raptai perasmian (dengan kerjasama Jawatankuasa Perbarisan).
 Menyediakan juruacara untuk majlis perasmian.
 Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
 Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.
 Membuat anggaran perbelanjaan.

JAWATANKUASA JEMPUTAN, SAMBUTAN DAN PROTOKOL


 Mengenal pasti tetamu yang akan dijemput dalam majlis dan kejohanan.
 Menulis dan menghantar surat / kad jemputan.
 Menyediakan dan melabel tempat duduk.
 Mengalu-alukan kehadiran jemputan.
 Memberi panduan arah dan tempat duduk kepada jemputan.
 Menyediakan roset dan buku program khas kepada jemputan utama.
 Memaklumkan tetamu untuk penyampaian hadiah kepada Jawatankuasa Hadiah.
 Membuat anggaran perbelanjaan.

JAWATANKUASA SERANTA, PUBLISITI DAN RAKAMAN


 Menjadi penghubung dan memberi maklumat tepat kepada jemputan dan pemberita.
 Berhubung dengan media tentang kejohanan.
 Mengambil bahan bermedia sepanjang kejohanan.
 Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA IKLAN DAN PENAJA
 Mengenal pasti dan mendapatkan sumber kewangan.
 Menulis surat mendapatkan penajaan dan iklan.
 Menjemput penaja dan pengiklan ke majlis perasmian.
 Menulis surat rakaman terima kasih kepada penaja dan pengiklan.
 Menyerahkan senarai penaja dan iklan kepada Jawatankuasa Buku Program.

JAWATANKUASA SIARAYA DAN JURUACARA


 Menyediakan peralatan pembesar suara yang sesuai dan mencukupi.
 Memastikan peralatan dalam keadaan yang baik.
 Memasang dan menyimpan peralatan.
 Menyediakan juruacara kejohanan.
 Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.

JAWATANKUASA KEBAJIKAN, KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS


 Menyediakan Pelan Tindakan Risiko bagi keselamatan dan kecemasan.
 Memberi perkhidmatan keselamatan dan kecemasan serta-merta.
 Menghubungi pihak polis dan pasukan bantuan pertolongan cemas.
 Menyediakan pembantu bagi hal-hal kawalan keselamatan dan kecemasan.

* Pelan Tindakan Risiko - satu perancangan tindakan jika berlaku hal-hal di luar kawalan
dan jangkaan seperti faktor cuaca, bekalan elektrik, kerosakan teknikal, kekurangan
pegawai dan pembantu, kehilangan atau kerosakan peralatan, dsb.

SENARAI UMUM PEGAWAI KEJOHANAN

Juri Rayuan Pencatat


Pengurus Kejohanan Penyelia Peserta
Penolong Pengurus Kejohanan Penolong Pelepas
Pengurus Teknik Juruacara
Penolong Pengurus Teknik Perangkaan dan Keputusan
Referi Balapan Hadiah
Referi Padang
Ketua Hakim Balapan
Ketua Hakim Padang
Ketua Penjaga Masa
Ketua Pengadil Lorong
Ketua Pencatat
Ketua Pengawas
Ketua Penyelia Peserta
Hakim Balapan
Hakim Padang
Pelepas
Penjaga Masa
Pengadil Lorong / Pencatat Pusingan
CONTOH UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

MAJLIS SUKAN SEKOLAH


SAM BESTARI SUBANG JAYA

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI TAHUN

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan ini akan mengikut Undang-Undang KOAM dan Peraturan Am MSSM dengan
sedikit pengubahsuaian (akan dinyatakan).

KUMPULAN UMUR
 Kumpulan umur mengikut kategori berikut :
Kelas A : Tahun 5 Lelaki (LA) & Perempuan (PA)
Kelas B : Tahun 4 Lelaki (LB) & Perempuan (PB)
Kelas C : Tahun 3 Lelaki (LC) & Perempuan (PC)
 Peserta-peserta hendaklah mengambil bahagian mengikut kategorinya. Contohnya,
seorang peserta Kelas B tidak boleh mengambil bahagian dalam kumpulan Kelas C
kecuali bagi acara-acara terbuka bebas.

PERATURAN PENYERTAAN
 Acara Individu : Setiap Rumah Sukan hanya mesti menamakan dua orang peserta
untuk acara perseorangan.
 Acara Berpasukan : Setiap Rumah Sukan dibenarkan menamakan satu pasukan
sahaja untuk setiap kumpulan umur.
 Seseorang peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam dua (2) acara
individu dan dua (2) acara lari berganti-ganti.
 Penyertaan peserta bagi acara terbuka adalah bebas iaitu tidak termasuk dalam
bilangan penyertaan individu atau berpasukan.

PERMULAAN BAGI ACARA BALAPAN


 Bagi acara-acara berikut, mulaan dekam (crouch start) mesti digunakan tetapi
penggunaan blok pemula (starting block) adalah pilihan peserta:
100 meter
200 meter
400 meter
4 x 100 meter
4 x 400 meter

ACARA PADANG (Berat, Jarak, Tinggi Permulaan)


Bi Acara L1 L2 L3 P1 P2 P3
l
1 L.Tinggi 1.30 m 1.20 m 1.15 m 1.00 m 0.95 m 0.90 m
2 M. Lembing 700 g 600 g 600 g 600 g 600 g 600 g
3 L. Peluru 5.45 kg 4.55 kg 4.00 kg 4.00 kg 4.00 kg 4.00 kg
4 L. Cakera 1.5 kg 1.0 kg 1.0 kg 1.0 kg 1.0 kg 1.0 kg

ACARA-ACARA BALAPAN DAN PADANG

 Setiap rumah mesti menghantar 2 peserta bagi semua acara balapan dan padang.
 Setiap rumah mesti mengenal pasti peserta terbaik antara 2 peserta bagi acara
balapan 100 m, 200 m dan 400 m.
 Peserta terbaik tersebut secara automatik akan melayakkan diri ke pertandingan
akhir.
 Peserta kedua terbaik setiap rumah akan bertanding dalam acara saringan dan 3
peserta terbaik dalam saringan akan layak ke peringkat akhir.
 Pengundian lorong akan dilakukan secara rawak oleh jawatan kuasa teknik (tanpa
mengambil kira latar belakang pencapaian peserta).
 Acara-acara yang dipertandingkan seperti berikut :

Bil Acara Kumpulan Umur Jumlah


1 100 meter semua 6
2 200 meter semua 6
3 400 meter semua 6
4 800 meter semua 6
5 4 x 100 meter semua 6
6 4 x 400 meter semua 6
7 Lompat Tinggi semua 6
8 Lontar Peluru semua 6
9 Lempar Cakera semua 6
10 Rejam Lembing semua 6
JUMLAH 60

ACARA-ACARA TERBUKA
 Acara terbuka terbahagi kepada dua kategori :
- Mengikut kumpulan umur (tarik tali)
- Bebas (acara-acara lain)
 Acara-acara yang dipertandingkan seperti berikut :
Bil Acara Penyertaan Jumlah
1 Tarik Tali kumpulan umur 6
2 Perbarisan rumah 1
3 1500 meter Lelaki & Perempuan 2
4 Keceriaan Khemah rumah 1
JUMLAH 10

2
MATA KEMENANGAN

Kedudukan Emas Perak Gangsa Keempat


Acara Individu 5 3 2 1
Acara Berpasukan 10 6 4 2
Acara Terbuka 20 15 12 9
Acara Khas 15 12 9 ** -
** Tempat ke-3, ke-4, ke-5

Bagi acara Merentas Desa, kedudukan mata seperti berikut :

Johan Naib Johan Ketiga Keempat Kelima


200 195 190 185 180

PERATURAN-PERATURAN ACARA TERBUKA

Tarik Tali
 Mengikut kategori umur.
 Setiap pasukan terdiri daripada tidak lebih 12 orang peserta.
 Pertandingan dijalankan secara kalah mati.
 Undian akan dijalankan bagi menentukan pasangan lawan dengan 1 perlawanan
pusingan awal, 2 perlawanan separuh akhir dan 1 perlawanan akhir.
 2 pasukan terbaik akan menentukan Johan (Emas) dan Naib Johan (Perak).
 Bagi 3 pasukan yang kalah, kesemuanya menduduki tempat ketiga.
 Pasukan rumah yang gagal menyertai tidak akan mendapat sebarang mata.

Perbarisan Rumah
 Setiap rumah mesti terdiri daripada 53 orang peserta dengan pecahan 1 pembawa
pelekat rumah, 1 pembawa bendera rumah, 1 ketua rumah dan 5 x 10 ahli rumah.
 Kedudukan giliran perbarisan mengikut susunan huruf (Bestari, Perdana, Putra,
Siber, Wira).
 Persembahan gimik di hadapan pentas utama dibenarkan dalam tempoh tidak
melebihi 15 saat.
 Pertandingan akan bermula daripada penanda bendera putih sehingga kumpulan
perbarisan meninggalkan padang.

Keceriaan Khemah
 Rumah Sukan boleh menggunakan sebarang hiasan selagi tidak mengganggu
khemah-khemah yang lain atau pandangan penonton.

PERATURAN PERBARISAN
Keutamaan pemilihan individu seperti berikut :
 Ketua Rumah Sukan dan Penolong Ketua Rumah Sukan adalah peserta Rumah
Sukan.

3
 Ketua Pelajar bukan Ketua Rumah Sukan atau Penolong Ketua Rumah Sukan
adalah peserta Ketua Pelajar.
 Pengawas Pusat Sumber bukan Ketua Rumah Sukan atau Penolong Ketua Rumah
Sukan adalah peserta Pengawas Pusat Sumber.
 Peserta pilihan pasukan Rumah Sukan adalah peserta Rumah Sukan.
 Peserta-peserta lain adalah peserta badan beruniform.

HAL-HAL LAIN
 Semua peserta dikehendaki melaporkan diri kepada penyelia peserta 30 minit
sebelum acara bermula.
 Bantahan boleh dibuat dalam masa 15 minit selepas keputusan rasmi dengan
cagaran bantahan sebanyak RM100.00 (tidak dikembalikan jika ditolak) kepada
Pengerusi Jawatankuasa Juri Rayuan.

KANDUNGAN UMUM BUKU ATUR CARA

 Kata-kata Aluan (Kementerian / Jabatan / PPD)


 Kata-kata Aluan Pengetua
 Kata-kata Aluan YDP PIBG
 Jawatan Kuasa Pengelola / Induk
 Jawatan Kuasa Kecil Kejohanan
 Jawatan Kuasa Pertandingan
 Senarai Kepegawaian
 Atur Cara Perasmian / Penutupan
 Atur Cara Kejohanan
 Undang-undang Pertandingan
 Senarai Pemegang Rekod dan Catatan Rekod
 Penghargaan

4
BAHAGIAN 4
PENGURUSAN KEJOHANAN LARIAN SEKOLAH

PENDAHULUAN

Secara umum, aspek persediaan dan kepegawaian adalah hampir menyamai Pengurusan
Kejohanan Olahraga. Perkara-perkara yang dinyatakan berikut adalah aspek-aspek yang
dianggap khusus untuk Pengurusan Kejohanan Larian Sekolah.

PERATURAN AM

 Pengurus Pasukan mesti memastikan semua peserta berada dalam keadaan sihat
dan memuaskan untuk bertanding.
 Hanya pelajar yang mendapat pengesahan masalah kesihatan daripada pegawai
perubatan dan yang terlibat dalam kepegawaian sahaja dibenarkan untuk tidak
mengambil bahagian.
 Peserta hendaklah mempunyai tanda pengenalan khusus kategori seperti warna
kain pelekat yang berbeza bagi kategori umur dan jantina yang berbeza.
 Pemberian mata boleh mengikut sama ada kedudukan sahaja atau kedudukan dan
had masa. Contoh kedudukan : Tempat Pertama = 20 mata ..... Tempat Kesepuluh =
3 mata. Contoh had masa : Peserta-peserta yang mendapat tempat sebelas ke atas
dan menamatkan larian dalam masa 1 jam akan diberi 2 mata.

JARAK PERTANDINGAN

 Jarak yang digunakan Peringkat Daerah dan Negeri


Lelaki Bawah 12 Tahun : 5 km

 Jarak yang dicadangkan (dan telah digunakan) di SJK North mengikut kesesuaian
trek larian.
Lelaki : 5 km
Perempuan : 3 km

KEPEGAWAIAN

Pegawai-pegawai berikut adalah tambahan khusus untuk Acara Larian.

Pegawai Tunjuk Arah


 Mengiringi peserta pertama mengikut arah larian.
 Menunjuk arah kepada peserta-peserta di simpang atau tempat yang boleh
mengelirukan peserta larian.
Pegawai Semakan Check Point
 Membuat semakan nombor pelekat peserta bagi memastikan peserta mematuhi
arah larian, atau
 Mengagihkan kad semakan kepada peserta di check point terpilih yang tertentu.

5
Pegawai Kawalan Trafik
 Memastikan keselamatan dan membuat kawalan lalu lintas laluan peserta.
 Perlu dapatkan kerjasama daripada pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa
tempatan (Perbadanan Putrajaya)

Pegawai Rondaan Pertolongan Cemas


 Bersedia dengan sebarang kemungkinan kes-kes kecemasan sepanjang trek larian.
 Perlu dapatkan kerjasama daripada pihak hospital atau agensi bantuan kecemasan
seperti PBSMM, St. John Ambulans atau Pertahanan Awam.

Pegawai Lorong-lorong Penamat


 Menjaga serta mengagihkan kad nombor kedudukan pada lorong penamat mengikut
kategori.
 Bertugas bersama-sama pencatat dan penjaga masa.

HAL-HAL LAIN

Latihan
 Latihan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua kali bagi setiap kategori. Contoh :
Latihan 1 untuk Peserta Lelaki sahaja. Latihan 1 untuk Peserta Perempuan sahaja.
Latihan 2 untuk semua secara serentak. Latihan serentak penting bagi menguji
keberkesanan Pengurusan Pegawai Pertandingan dan Kawalan Trafik.

Langkah Keselamatan
 Peserta yang terakhir mesti diiringi oleh seorang pegawai bagi memastikan semua
peserta telah selamat tiba di garisan penamat.
Pegawai Kawalan Trafik hanya boleh meninggalkan tempat bertugas apabila peserta akhir
telah melintasi tempat kawalannya. Pegawai Kawalan Trafik mesti dimaklumkan pegawai
yang mengiringi peserta terakhir.

Kebajikan Petugas
 Perlu ada satu jawatan kuasa yang akan memastikan kebajikan pegawai khasnya
yang bertugas di sepanjang trek seperti penyediaan minuman dan payung besar
bagi tempat yang terlalu terdedah dengan pancaran matahari.

Peta Larian
 Mesti disediakan dengan petunjuk-petunjuk yang jelas.

6
BAHAGIAN 5
SELIAAN & LAPORAN

ASPEK SELIAAN

Perkara-perkara berikut akan diaudit semasa penyeliaan dilakukan oleh pihak-pihak Pejabat
Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pnedidikan Malaysia
atau Jemaah Nazir Sekolah :

 Pengurusan dan Pentadbiran Am


 Misi Sukan Sekolah
 Carta Organisasi Sukan Sekolah
 Data dan Maklumat Guru
 Majlis Sukan Sekolah
 Sistem Pengurusan Sukan
 Pekeliling-pekeliling Iktisas Sukan
 Pengurusan Kewangan Sukan
 Pengurusan Kewangan SUWA
 Rancangan Tahunan Sukan
 Agihan Tugas Guru-guru Sukan
 Mesyuarat Pengurusan Sukan (sekurang-kurangnya 4 kali setahun)
 Peraturan Am Kegiatan Sukan di Sekolah

Sistem Fail
 Fail Induk
 Fail Pekeliling Am Perkhidmatan / Arahan KPM, JPS, PPD.
 Fail Maklumat Permainan
 Fail Analisis Keputusan Prestasi Sukan
 Fail Rancangan Perkembangan Staf / Kursus
 Fail Aktiviti Rancangan Sukan

Pengurusan Sukan
 Perancangan Sukan
 Takwin Aktiviti Sukan
 Jawatankuasa Sukan Sekolah
 Jawatankuasa Kerja Sukan Sekolah
 Pengurusan Sukan Untuk Semua
 Pengurusan Sukan Untuk Elit
 Buku Teks dan Rujukan Guru
 Buku Laporan Sukan
 Program Peningkatan Prestasi Sukan
 Projek Khas Sukan
 Pengurusan Stor Sukan
 Pengurusan Bilik Persalinan Pakaian

7
 Pengurusan Bilik Darjah
 Pengurusan Bilik Sumber Sukan
 Pengurusan Rekod Kesihatan / Fizikal Pelajar (Atlet)
 Papan Kenyataan Sukan Sekolah
 Program Permuafakatan Sukan
 Penyelidikan dan Pembangunan
 Program Perkembangan Staf
 Pengurusan Bilik Gerakan

Penilaian
 Analisis Keputusan Sukan Sekolah
 Post Mortem Sukan Sekolah
 Rekod Pencapaian Prestasi Pelajar
 Program Perkembangan Staf
 Papan Kenyataan Sukan
 Alatan dan Inventori

Pusat Sumber / Penyelia Sekolah


 Carta Organisasi
 Perancangan dan Jadual Aktiviti
 Pelaksanaan Perancangan
 Rekod Stor Sukan
 Rekod Penggunaan
 Pengurusan Bahan
 Pengurusan Bilik Tayang
 Keceriaan
 Buku Rekod Bacaan
 Instrumen Pencerapan / Penyeliaan
 Rekod Pencerapan / Penyeliaan
 Laporan Jemaah Nazir
 Maklum Balas Guru
 Perkembangan Staf
 Takwin Penyeliaan Sekolah

Vous aimerez peut-être aussi