Vous êtes sur la page 1sur 2

JURNAL PRKTIKUM

Minggu Praktikum : 2

Tarikh : 10 Ogos 2018

Tajuk Jurnal : Jurang Pergaulan Antara Kaum

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya telah melaksanakan tugas mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut beberapa
buah kelas di SK Sungai Penchala sepanjang minggu kedua ini dan apa yang saya dapati sikap
murid di sekolah ini terutamanya murid di sekolah ini suka bergaul mengikut bangsa masing-
masing dan kurang bergaul dengan bangsa yang berlainan selain daripada bangsa mereka
sendiri. Hal ini kerana mungkin perkara sedemikian telah didik oleh ibu bapa mereka sejak dari
kecil atau juga mungkin mereka kurang didedahkan dengan pergaulan berlainan bangsa dalam
kalangan mereka. Masalah penggunaan bahasa ibunda masing-masing merupakan salah satu
sebab mengapa wujudnya jurang antara kaum di sekolah ini. Masalah ini sedikit sebanyak
menganggu guru untuk menjlaksanakan aktiviti di sekolah dan juga di bilik darjah.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Punca timbulnya masalah jurang pergaulan antara kaum ini adalah kerana apa yang saya
dapat lihat, ia berkemungkinan besar disebabkan oleh kedudukan murid-murid semasa di
dalam kelas tersebut yang mana secara majoritinya murid-murid di dalam kelas tersebut telah
memilih untuk duduk bersama-sama dengan rakan mereka yang juga berasal daripada kaum
yang sama. Kesan yang berlaku terhadap isu ini ialah ia secara tidak langsung telah
mewujudkan suasana yang kurang menyenangkan semasa di dalam kerana hal ini
menyebabkan berlakunya sekatan jurang pergaulan antara mereka

3. Kajian Lampu (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut kajian Abdullah Taib (1984) menyatakan bahawa kebanyakan kajian hubungan etnik
menunjukkan faktor interaksi berkait rapat dengan kadar integrasi. Kadar integrasi dalam satu-
satu komuniti ditentukan oleh faktor sama ada ahli-ahli komuniti itu berpeluang untuk berinteraksi
dengan ahli-ahli kaum lain.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya adalah
:-

i) Menetapkan kedudukan murid yang berlainan kaum di dalam kelas.


ii) Menggalakkan interaksi dalam kalangan murid yang berlainan kaum di dalam
kelas.
iii) Mewajidkan penggunaan Bahasa kebangsaan semasa melakukan pergaulan dan
interaksi semasa di dalam kelas.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Dalam mengatasi isu ini saya akan mengambil tindakan seperti menetapkan kedudukan
murid yang berlainan kaum di dalam kelas, menggalakkan interaksi dalam kalangan murid yang
berlainan kaum di dalam kelas dan mewajidkan penggunaan Bahasa kebangsaan semasa
melakukan pergaulan dan interaksi semasa di dalam kelas terutamanya semasa di dalam kelas.

Vous aimerez peut-être aussi