Vous êtes sur la page 1sur 2

Bilangan Jurnal : 9/12

Minggu Praktikum : Kesembilan


Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 15 – 18 April 2019
Tajuk Jurnal : Masalah Disiplin Dalam Kelas

1. Masalah dan Peristiwa

Penulisan masalah saya pada minggu ini adalah berkaitan dengan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Semasa
sesi pengajaran dan pemudahcara (PdPC) dilaksanakan, terdapat beberapa orang pelajar yang bercakap dan tidak
memberi tumpuan di dalam bilik darjah. Hal yang sedemikian mengakibatkan pelajar tidak menumpukan perhatian
dalam pelajaran. Selain itu, pelajar juga terlalu kerap keluar masuk ke kelas dengan alasan mereka ingin ke tandas.
Hal yang sedemikian menyebabkan keadaan sesi PdPC agak terganggu.

Pada masa yang sama, saya dapati masalah disiplin ini mempengaruhi kawalan kelas semasa proses PdPC.
Implikasi masalah displin di dalam bilik darjah juga akan menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan. Setiap masalah disiplin yang kecil jika tidak ditangani dengan baik akan membawa kepada
masalah displin yang lebih besar.

Berdasarkan kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah, menunjukkan terdapat perubahan tumpuan
daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik darjah secara proaktif atau preventif. Kedua-
dua strategi mengambil pendekatan bersifat untuk mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini daripada berlaku
Berdasarkan pemerhatian, pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah mereka yang mengamalkan strategi preventif.
Menurut Levin dan Nolan (2004), memberi tumpuan merupakan salah satu aspek keberkesanan dalam pengurusan
bilik darjah itu sendiri. Sekiranya pelajar memberi tumpuan dalam proses PdPC, mereka akan dapat ilmu tentang apa
yang dipelajari berbanding sekiranya mereka tidak memberi tumpuan dalam pelajaran

2. Analisis Masalah

Bagi mengetahui punca berlakunya masalah pelajar lewat masuk ke kelas, saya telah membuat analisis berdasarkan
persoalan berikut:

a. Adakah pengurusan bilik darjah kurang berkesan?


b. Adakah pelajar yang saya ajar kurang berdisiplin?
c. Adakah cara saya mengajar membosankan sehingga pelajar keluar masuk ke kelas?
d. Adakah saya tidak tegas kepada pelajar di dalam kelas sehingga pelajar keluar masuk ke kelas?

Setelah membuat analisis berkaitan dengan permasalahan tersebut, saya dapati keadaan kelas yang kurang kondusif
telah menyebabkan pelajar kurang selesa untuk belajar. Keadaan kelas yang kotor juga mempengaruhi tumpuan para
pelajar dalam pelajaran. Pengurusan bilik darjah penting dalam memastikan pelajar dapat belajar dengan selesa dan
dapat memberi tumpuan semasa guru mengajar.

Selain itu, saya dapati terdapat beberapa orang pelajar yang agak kurang berdisiplin di mana beberapa orang guru
yang mengajar telah memberi teguran kepada pelajar tersebut kerana sikap yang suka keluar masuk ke kelas dan
membuat bising semasa guru mengajar.

Seterusnya pelajar sering menyatakan bahawa saya tidak tegas kepada pelajar yang bermasalah sehingga mereka
kurang mendengar arahan saya supaya tumpukan perhatian dan tidak keluar kelas terlalu kerap.

1
3. Cadangan

Langkah-langkah yang perlu saya usahakan adalah seperti berikut:

a. Menasihati pelajar agar lebih berdisiplin dalam kelas

b. Memastikan keadaan kelas yang selesa dan bersih agar pelajar dalam belajar dalam keadaan baik.

c. Lebih tegas kepada pelajar yang keluar kelas dengan memberi soalan kepada mereka sebelum keluar dari
kelas.

4. Tempoh Masa dan Tindakan Susulan

Tempoh : 23 April hingga 3 Mei 2019

Pada sesi PdPC seterusnya, saya akan memberi nasihat kepada pelajar agar lebih berdisiplin di dalam kelas kerana
disiplin adalah elemen yang penting sekiranya seseorang pelajar ingin berjaya dalam kehidupan. Hal yang sedemikian
kerana tana disiplin pelajar akan terus hanyut dengan gejala negatif dan tumpuan terhadap pelajaran akan terganggu.

Bagi memastikan pelajar dapat memberikan tumpuan dalam kelas, saya juga perlu memberi tumpuan terhadap
keadaan kelas. Keadaan kelas yang selesa dan bersih akan membolehkan pelajar seronok untuk belajar. Keadaan kelas
yang terurus dan baik juga dapat meninggkatkan minat pelajar dalam sesuatu matapelajaran di samping perlunya
komunikasi dua hala antara guru dan pelajar bagi memastikan keadaan kelas lebih kondusif untuk dijadikan tempat
menuntut ilmu.

Seterusnya, saya perlu lebih tegas kepada pelajar agar mereka dapat mematuhi arahan saya dan saya juga perlu
memberikan soalan berkaitan dengan isi pelajaran sekiranya pelajar ingin keluar ke tandas. Sekiranya pelajar dapat
menjawab soalan dengan baik, pelajar dibenarkan untuk keluar namun sekiranya mereka gagal menjawab soalan guru,
mereka tidak dibenarkan keluar

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

Vous aimerez peut-être aussi