Vous êtes sur la page 1sur 1

ANIMASI KREATIF

Animasi?
Animasi (animation) berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud “dihidupkan”
ataupun “bring to life”. Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula, animasi
merujuk kepada perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup. Oleh itu
kita dapat simpulkan bahawa animasi adalah satu proses menghidupkan atau memberikan
gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik.

Kreatif?
Kreatif ataupun kreativiti pula ialah penjanaan idea baru yang unik dan tidak pernah
wujud sebelum itu. Kreatif bukanlah lahir secara semula jadi, tetapi boleh dilatih dan
dibentuk asalkan seseorang itu mahu berusaha. Persoalan yang harus ditanya bukanlah
“Adakah anda seorang yang kreatif?” tetapi sebenarnya “Bagaimanakah (dari sudut
mana) anda kreatif?”. Ada tujuh jenis kreativiti manusia yang lazim seperti kreativiti
visual, kreativiti muzik, kreativiti percakapan, kreativiti bergaul dengan orang lain,
kreativiti mengenali diri sendiri, kreativiti alam persekitaran, dan kreativiti gerak tubuh.

Multimedia?
Multimedia merujuk kepada penyepaduan (gabungan) beberapa bentuk media seperti
teks, bunyi, gambar, video, dan animasi bagi menghasilkan suatu bentuk persembahan
yang menarik dan kreatif.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan multimedia berasal daripada dua
perkataan Inggeris yang terbit dari dua perkataan iaitu Multi dan Media. Multi
bermaksud bermacam-macam atau berjenis-jenis manakala Media pula merupakan alat-
alat yang digunakan sebagai saluran untuk berkomunikasi seperti akhbar, radio,
televisyen dan sebagainya yang berperanan menyebarkan maklumat serta berita kepada
orang ramai.

Multimedia Dan Animasi


Dalam aspek multimedia, animasi merupakan salah satu elemen yang mampu
meningkatkan lagi daya tarikan sesebuah persembahan ataupun program multimedia.
Animasi yang dahulu bermula sebagai siri kartun hitam putih “Mickey Mouse” oleh Walt
Disney, kini telah meluas digunakan terutama dalam projek komputer berasaskan
multimedia.

Vous aimerez peut-être aussi