Vous êtes sur la page 1sur 15

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,


Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi


yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan
keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu
terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA
KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-
iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS
IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api
neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke
duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK
MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu
telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG
IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk
berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah
MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku
seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di
sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala
HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka
tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN
TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada
mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah


menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

SABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH


PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

This Blog
Team Kebangkitan Islam

This Blog
 
 
 
 
Team Kebangkitan Islam
 
 
 

FOM Ebook- 36 Islamic Ebook Collection


Posted by warfeel-efairy Saturday, December 12, 2009 at 12:02 AM

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4
LinkWithin

2 comments Labels: FOM Ebook

Phase 3- Part 7, 8 & 9


Posted by warfeel-efairy Friday, December 11, 2009 at 10:52 PM

0 comments Labels: FOM And WUP Video Collection

Penghulu Bangsa Spiritual- Melayu VS Yahudi


Posted by warfeel-efairy Thursday, December 10, 2009 at 1:29 PM

Ini adalah koleksi artikel Mistis Organisation yang saya kira amat menarik untuk dikongsi
bersama pembaca blog saya. Artikel ini adalah temuramah Mistis Organisation dengan
salah seorang pengkaji konspirasi, Lonecypter yang membincangkan tentang keunikan dan
nilai spiritual bangsa Melayu yang amat berpotensi untuk kebangkitan akhir zaman.Selamat
Membaca!

Semakin hari semakin ganas tindakan Israel ke atas penduduk Islam Gaza.Tidak ada
perubahan yang berlaku.Statistik kematian terus meningkat.Pemimpin Arab pula berusaha
mengadakan rundingan.Tetapi Israel mahu berunding menggunakan bom berangkai
fosforus,kereta kebal dan peluru berpandu.Masyarakat dunia hanya sekadar mengepal-
ngepalkan tangan menunjukkan rasa tidak puas hati dan terus berdemontrasi.

MistisFiles telah mengambil inisiatif menemubual seorang penyumbang maklumat dan juga
seorang penyelidik konspirasi yang selama ini selalu membantu kami di MistisFiles.Beliau
adalah lulusan universiti di Timur Tengah,seorang yang mendalami subjek Social
Propaganda,Mindcontrol Subcategory Backward Message,Islamophobia
Conspiracy,911 CaseResearch,Paranormal Subcategory Dark Spirit and Alien
Camouflage dan Gothic-Victorian Subculture.

M:MistisFiles L:'Lonecryer'

M:Terimakasih kerana sudi ditemubual dalam rakaman istimewa sempena kekejaman


Israel ke atas Gaza baru-baru ini.Terlalu banyak persoalan yang timbul di sebalik
peristiwa yang menyedihkan dan mengundang kemarahan masyarakat dunia
terutamanya umat Islam ini.Persoalannya sekarang apakah objektif Israel di sebalik
serangan mereka ke atas Gaza?

L:Terimakasih

Untuk menjawab soalan ini perlulah kita mengkaji sejarah bangsa


Yahudi,perkembangannya dan tujuan mereka dalam politik dunia.Bangsa Yahudi mengikut
lagendanya terdiri daripada 12 suku utama di mana ini disebut dalam kisah Moses (Nabi
Musa) yang diberi mukjizat memancarkan mata air yang berjumlah 12 mata air untuk
keperluan suku-suku Yahudi.Bangsa Yahudi adalah satu bangsa yang amat degil,keras
kepala dan amat kuat perasaan rasis dan kauvinis mereka terhadap bangsa mereka
sendiri.

Bangsa Yahudi adalah bangsa yang bersifat mistik,suka kepada hal-hal ghaib,sihir
dan persoalan ketuhanan sebenarnya dan pada asasnya bolehlah dikatakan mereka
tergolong dalam kategori bangsa spiritual di mana bangsa Melayu juga tergolong
dalam kelompok ini dan ini adalah kes yang penuh misteri dan amat panjang
kronologi konspirasinya dan saya tidak boleh menceritakan di sini kerana ini bukan
tempat dan masanya.Dari bangsa Yahudilah orang-orang Eropah yang menganut
fahaman pagan dan animisme pada Era Kegelapan mempelajari pelbagai pengetahuan
mistik yang bagi mereka amat istimewa dan lebih advance berbanding dewa hutan,tuhan
petir,dewa matahari dan lain-lain fahaman pagan bangsa Eropah ketika
itu.Pentagram,Magic Number,Sacred Geometry,astrology dan sebagainya adalah berasal
dari fahaman sesat Kabbalah Yahudi.
Sebenarnya bangsa Yahudi telah melalui pelbagai pengalaman dan sejarah yang panjang
dengan bangsa-bangsa yang menakluk mereka seperti Assyria,Babylon,Mesir,Parsi,Rom
termasuk Arab (era Islam). Keistimewaan mereka untuk terus berhidup (survive) dan tidak
pupus dalam keganasan penaklukan demi penaklukan adalah disebabkan asas tradisi
budaya mereka yang amat kuat dan kuasa intuisi mereka yang istimewa dan ciri ini juga
dikesan pada bangsa Melayu yang misteri ini di mana mereka dapat berjuang kekal di peta
dunia walaupun dikuasai oleh pelbagai kuasa imperialis sama ada ketika mereka di
kawasan-kawasan Asia Jauh sehingga mereka menetap di Kepulauan Melayu.

Maafkan saya kerana menyelitkan bangsa Melayu walaupun tajuk kita lebih kepada
persoalan Yahudi kerana jika kita hendak mengkaji dan mengenal Yahudi dan sifat
mereka,kita hendaklah mempelajari ciri-ciri bangsa spiritual dan alter-alter yang
tersembunyi dalam diri mereka.Kita hendaklah tahu perkaitan antara mereka,susur galur
keturunan dan asal-usul mereka.Jika tidak bagaimana kita hendak memahami mengapa
bangsa Amerika dan Eropah tunduk kepada kehendak Yahudi pada hari ini manakala dunia
Arab amat takut dan berperangai seperti seorang pengecut kepada Yahudi ini padahal
bangsa Melayu secara aneh amat benci dan fobia dengan nama 'Yahudi' sekalipun
bagaikan terpegang najis anjing dan babi.

Mengapa?Tidak ada bangsa yang amat berani membenci dan menentang Yahudi
melainkan bangsa misteri yang satu ini.Ada rahsia penting di sini yang melangkaui beribu-
ribu tahun ke belakang,merentasi era Mesir Firaun,Cyrus The Great,penaklukan
Nebuchadnezzar dari Babylon,Sargon dari Akkadia termasuk kerajaan Sulaiman dan Ratu
Balqis (King Solomon and Queen Sheba).Sesungguhnya sejarah mungkin berulang.Apa
yang berlaku 2000 tahun sebelum Masehi antara bangsa Melayu dan Yahudi?

Jadi semasa hidup berjuang ditengah-tengah bangsa-bangsa yang menakluk


mereka,bangsa Yahudi telah berasimilasi dan menyesuaikan diri.Dalam pada ini mereka
telah mengambil aspek-aspek mistik dalam bangsa-bangsa 'Tuan' mereka itu.Inilah sifat
bangsa Yahudi.Mereka telah mempelajari pelbagai sihir,pengetahuan rahsia dan ajaran
suci yang dipunyai oleh bangsa-bangsa yang berbeza,menggabungkan semua
pengetahuan ini,mengubahsuai dan mencantumkan dengan kepercayaan mereka sendiri
dan akhirnya disesuaikan dengan ajaran Rasul-rasul dan Nabi-nabi yang diangkat dari
kalangan mereka.Mengapa terlalu banyak Rasul dan Nabi dari kalangan Yahudi?Terdapat
dua sebab mengapa ini terjadi.Pertamanya bangsa Yahudi adalah bangsa yang
istimewa.Istimewa tetapi bukanlah hendak mengatakan mereka BANGSA PILIHAN
TUHAN.Istimewa disebabkan ciri-ciri mereka yang tidak terdapat pada bangsa lain.Bangsa
Yahudi adalah bangsa yang genius dan suka berfikir disertai perasaan ingin tahu yang
amat kuat (inkuiri).Jika bangsa ini tidak dipimpin sebaiknya,sudah lama bumi ini musnah
hasil kerjatangan dan pemikiran mereka.

Jadi Tuhan mengangkat ramai guru suci (Rasul dan Nabi) untuk mendidik mereka supaya
bersederhana dalam tindakan dan pemikiran mereka.Kedua,bangsa ini amat teruk perangai
dan moral mereka.Jadi ramai Rasul dan Nabi dihantar kepada mereka untuk memperbaiki
akhlak mereka.Adakah Nabi Muhammad s.a.w diangkat ketika bangsa Arab amat maju dan
bertamadun?Tidak,sebab itu mereka disebut Arab Jahiliyah.
Ketika bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka mula pupus akibat pertelagahan dan
peperangan antara mereka,bangsa Yahudi tetap 'survive' bersama-sama pengetahuan
rahsia yang diambil dari bangsa-bangsa yang berbeza-beza.Jadi KELEMAHAN DAN
KESABARAN mereka serta sifat bijak berasimilasi di antara bangsa-bangsa penakluk ini
telah menyelamatkan mereka.Bangsa-bangsa yang menakluk mereka silih berganti
sehinggalah bangsa Arab yang dahulunya setaraf dengan mereka malah dipandang lekeh
oleh mereka tiba-tiba menjadi bangsa penakluk selepas dimuliakan dengan Islam,setaraf
pula dengan bangsa-bangsa penakluk yang lain di dalam sejarah pedih mereka seperti
Qibti dari Mesir,Assyria,Chaldea,Akkadia,Parsi,Rom dan sebagainya.

Untuk memahami kekuatan yang tersembunyi dalam alter mereka yang amat dalam dan
terahsia ini,kita bolehlah mengkaji satu bangsa lain juga memiliki kekuatan yang sama dan
alter yang sama tetapi cuba disembunyikan dan ditidurkan alter ini oleh 'The Hidden
Hand',iaitu bangsa Melayu yang saya sentuh tadi.Bangsa ini ditakluk dan dinaungi oleh
pelbagai bangsa yang lebih gagah dari mereka.Saya tidak mahu menyentuh era purba
tetapi cukuplah semasa bangsa ini memilih Kepulauan Melayu dan Asia Tenggara
sebagai 'rumah' mereka yang kekal.Bangsa ini lebih kuat dari bangsa hebat dalam
sejarah seperti Assyria,Media atau Babylon kerana tetap bertahan dalam pelbagai
peperangan dan pengaruh sama ada dari Tamadun India (Raja Chola sekadar
menyebutkan satu contoh),Empirium Cina,Emperialis Eropah yang bersilih ganti
sehinggalah penjajahan budaya oleh Yahudi-Amerika.Bangsa ini tidak pupus
sepenuhnya budaya dan ciri bangsa seperti mana bangsa-bangsa pribumi lain yang
dijajah seperti bangsa Qibti,Assyria,Parsi yang dijajah oleh Arab atau pun bangsa
Hawaii,pribumi Australia,pribumi Meso-Amerika (Aztek,Maya,Toltek) serta bangsa Filipina
yang dijajah Sepanyol.India jika tidak kerana ia pusat agama Hindu dan Buddha serta
memiliki penduduk yang ramai sudah tentu sudah terhapus.

Di tempat-tempat yang menjadi pusat pemerintahan British India kita boleh lihat pola
masyarakat India di sana lebih kebaratan dan menganut agama Kristian.Bangsa Mongoloid
seperti Cina yang amat ramai bilangan mereka juga menjadi mangsa percaturan Illuminati
dan 'The Hidden Hand' apabila menganut fahaman Komunis,hasil ajaran Karl Marx seorang
rahib Illuminati berpangkat tinggi dan hamba Dajal yang genius.Bangsa Melayu bijak
berasimilasi dari segi budaya dan bahasa,pandai menyesuaikan diri dan bersifat
mistik.Saya bukan nak menyamakan bangsa Melayu dengan Yahudi tetapi ini kajian ciri-ciri
bangsa spiritual dalam subjek Antropologi dan Sosiologi.

PEMBELA MELAYU SEJATI


Kami berikrar dan berjanji akan mempertahankan Hak Keistimewaan Melayu,
Ketuanan Melayu dan Kedaulatan Agama Islam sehingga ke titisan darah terakhir
Bezanya Yahudi dari sisi negatif dan Melayu dari sisi positif.Jika tidak mengapa
bangsa Melayu tetap kekal dengan budaya Islam walaupun selepas itu mereka tetap
dijajah bersilih ganti?Sesungguhnya bangsa Melayu telah lama menganut agama
Buddha lama sebelum bangsa Cina mengenal siapakah Amitabha dan Avalokitesvara
lagi.Malah ramai bikkhu dan rahib Buddha Cina belajar dari pendita-pendita Melayu
berkenaan agama Buddha dan rahsia Lapan Jalan Utama di universiti-universiti
Buddha seluruh Nusantara terutamanya di ketika era gemilang Srivijaya.Hindu?Anda
silap jika mengatakan bangsa ini tidak mengenal Brahma dan Siva.Bangsa ini lebih
faham hakikat Samadhi dan Karma dari sesetengah orang India.Lihat sahaja candi-
candi di Tanah Jawa.Jika anda tahu mendekodkan tulisan-tulisan pada dinding-
dinding candi-candi ini,anda akan faham mengapa bangsa ini amat tinggi kefahaman
spiritual mereka.

Beribu tahun bangsa ini menganut agama Hindu dan mengetahui rahsia tahap tinggi
Yoga sebelum orang-orang Barat baru terpisat-pisat hendak mempelajari kaedah
pernafasan asas dalam Yoga dan berbangga-bangga pula walaupun sekadar
menahan nafas terutamanya golongan New Age.Tetapi setelah bertemu dengan
kebenaran Islam,bangsa ini berhenti di sini setelah mengalami pengembaraan mistik
mencari hakikat spiritual yang sebenar yang berusia beribu-ribu tahun.Tidak ada lagi
pencarian mistik yang lain setelah menemui cahaya Islam.Bangsa Melayu adalah
bangsa terakhir yang memeluk Islam secara beramai-ramai.

Sejauh manakah tingginya spiritual bangsa Melayu?Sihir yang paling hebat yang dapat
mengalahkan sihir Gematria Yahudi seperti Kultus Pentagram dan Cahaya Lilin Lucifer
adalah mistik hitam Melayu seperti ilmu SANTAU tahap tinggi dan polong.Sebab itu hantu
dan syaitan dalam istilah dunia Melayu amat banyak (langsuir,pelesit,hantu bungkus dan
sebagainya) disebabkan kaedah sihir yang pelbagai dan kreatif serta teknik pemujaan yang
lebih dasyat dan sadis setaraf malah lebih merbahaya dari kultus-kultus sihir Pagan-
Kabbalah.Ilmu Aleister Crowley dan Kultus The Golden Dawn adalah di tahap budak-budak
darjah 6 jika dibandingkan dengan ilmu dukun-dukun mistik Melayu yang lebih ganas
pengorbanan dan ritual mereka.

Anda tahu, semakin tinggi tahap pemujaan manusia terhadap roh syaitan,semakin tinggi
pula daya kuasa yang diserap oleh jin dan syaitan ini.MANUSIA MENYIMPAN TENAGA
DAN KUASA TERPENDAM YANG AMAT DASYAT di dalam tubuh mereka.Inilah yang
dimahukan oleh syaitan.Iblis Laknatullah tahu hakikat ini.Sebab itu menurut seorang pakar
perubatan Islam telah memberitahu saya,syaitan yang menjadi penaung kepada dewa-dewi
Hindu amat berkuasa dan susah untuk ditewaskan kecuali melalui kefahaman yang
mendalam terhadap penggunaan ayat-ayat AlQuran,berdasarkan cara dan teknik
pemujaan sami Hindu terhadap patung-patung Hindu (deity) mereka.Semakin kuat manusia
memuja sesuatu,SEMAKIN BESAR TENAGA YANG DILEPASKAN MEREKA.Jika mereka
memuja Pencipta mereka sendiri,sudah tentu tenaga tadi tidak terbuang sia-sia dan dikutip
oleh makhluk lain seperti jin dan syaitan sebaliknya Allah Maha Pencipta akan
mengembalikan kekuatan tadi ke dalam diri manusia berkat Kasih Sayang-Nya.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini,objektif bangsa Yahudi menyerang Gaza adalah
berdasarkan KEFAHAMAN MISTIK yang mereka percaya selama beribu-ribu tahun.
Sebab-sebab politik mewakili 30 peratus sahaja.Sudah tiba masanya berdasarkan ramalan
astrologi sesat mereka bahawa peperangan mesti dimulakan.Kita pun tahu jika sesebuah
negara menjajah negara lain, atas alasan ekonomi dan hegemoni tetapi Yahudi
memberitahu penduduk Palestin bahawa mereka berhak menduduki tanah mereka sebab
Tuhan sudah janjikan tanah itu milik mereka!Ini alasan kebudak-budakan yang amat
bingung sama sekali.Apa perasaan anda jika seseorang datang mengetuk pintu rumah
anda ketika anda sedang enak menonton tv bersama keluarga.Dan apabila ditanya,orang
tadi menerangkan yang anda mesti meninggalkan tanah yang anda duduki sebab Tuhan
sudah janjikan orang tadi sebagai pemilik sebenar tanah anda.Sudah tentu anda ketawa
terbahak-bahak dan menuduh orang itu sebagai gila kalau tak pun anda akan menghalau
orang tadi dengan penyapu atau parang.

Yahudi tidak ada undang-undang jika mahu mencapai matlamat mereka.Cuma yang ada
adalah peraturan ilmu hitam mereka berdasarkan perkiraan astrologi berdasarkan angka
bertuah dan zodiak,pergerakan jasad samawi dilangit dan ramalan pada kitab-kitab tua
(Holy Scriptures).Jika ianya menepati semua kehendak dan keperluan ramalan serta
hitungan,maka matlamat mesti dilaksanakan tanpa mengira sama ada sasaran adalah Arab
atau Caucasian Eropah,di mana semua manusia selain Yahudi adalah Goyyim iaitu haiwan
ternakan yang halal dibunuh mengikut fahaman mereka.BANGSA PILIHAN TUHAN MESTI
MENGUASAI DUNIA TEPAT PADA MASANYA.

M:Jadi mengapa rakyat Paletin yang menjadi sasaran,tidakkah Amerika Syarikat


sudah cukup menjadi hamba mereka?Tidak cukupkah lagi PBB menjadi kuda
tunggangan mereka?Mengapa mahu berkeras menguasai dunia di atas penderitaan
Palestin?

L:Hmm...sebab itu saya katakan tadi bahawa Yahudi bertindak berdasarkan kepercayaan
mistik mereka yang aneh.Sebab itu pakar strategi politik dan ketenteraan antarabangsa
juga sukar hendak meramalkan tindakan Yahudi dan proksi mereka seterusnya.Kita tidak
akan tahu jika kita tidak belajar ciri-ciri spiritual mereka dan sejarah bangsa
mereka.BELAJAR MEMAHAMI SEJARAH adalah teramat penting,lebih penting dari belajar
matematik dan sains berjam-jam sampai menjadikan kita dan anak-anak kita robot dan
mesin kepada Yahudi yang amat menghargai sejarah bangsa mereka.Orang yang pakar
dalam sejarah kemanusian adalah pemimpin dan bos kepada para saintis,jurutera dan
doktor,anda sedarkah hakikat ini?Illuminati sebagai jenama komersil 'The Hidden Hand'
amat menghargai sejarah sebab sejarah mereka pun merentasi beribu-ribu tahun!Jika anda
belajar tentang kronologi sejarah mistik mereka,anda mungkin berasa janggal dengan kisah
mereka yang diselubungi dunia sihir seperti dalam kisah Harry Porter dan kisah-kisah epik
seperti The Lord of The Rings (Hollywood adalah tempat mereka meluahkan perasaan dan
kisah hidup mereka).

Sungguh!Jika anda terjebak lebih jauh dalam masalah ini anda akan sampai kepada
kenyataan bahawa keturunan Raja-raja Eropah dipilih berdasarkan Darah Naga dan tradisi
ini diteruskan kepada pemilihan Presiden Amerika.Sesiapa yang tidak memiliki darah ini
adalah tidak layak menduduki takhta pemerintahan.Masalah Darah Naga ini penuh dengan
mitos dan dongeng,kuasa mistik dan Iblis,makhluk-makhluk purba seperti naga,garuda
berkepala dua atau kuda bertanduk (unicorn).Semua perkara yang tidak masuk akal ini
anehnya dianuti oleh kerabat diraja Eropah terutamanya Diraja England,ahli-ahli politik
mereka serta pemimpin-pemimpin industri mereka.Ritual-ritual misteri sering dijalankan dan
orang-orang terpilih adalah dari keturunan ini kerana darah mereka yang istimewa dan
menjadikan sesuatu sihir terlaksana dengan sempurna.DI TAHAP LEBIH TINGGI KITA
TIDAK BERMUSUHAN DENGAN PENGANUT YAHUDI DAN KRISTIAN yang dungu
tetapi dengan pengikut AGAMA MENYEMBAH SYAITAN.Sebab itu Allah terus terang
melarang manusia menyembah syaitan di dalam surah Yasin ayat 60

"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak
menyembah syaitan?Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi
kamu"

Allah tidak mengatakan jangan menyembah Kristian atau Yahudi atau lain-lain kerana
persoalannya adalah amat kecil dan lekeh jika dibandingkan hakikat bahawa sejarah dunia
dicatur secara sistematik oleh para pengikut penyembah Iblis Syaitan.Oleh itu jika ada
orang Islam murtad kepada agama Kristian,Hindu atau yang lain-lain teramatlah bodoh
mereka itu padahal semua agama tersebut juga adalah sesat dan kesesatan mereka
adalah teramat lekeh jika dibandingkan dengan pengikut agama menyembah Iblis yang
berusaha BELAJAR MEMAHAMI ZAT ALLAH RABBUL IZZATI yang mencipta mereka dan
berusaha memadamkan CAHAYA TUHAN sebagaimana yang telah diyakinkan oleh IBLIS
bahawa mereka boleh mengalahkan Allah.Inilah pembohongan tahap elit ke atas manusia
yang lemah dan bodoh ini.

M:Tidakkah seluruh umat Islam berdoa dan berdoa akan keselamatan penduduk
Palestin?Mengapa Israel dan Amerika semakin hebat dan kuat manakala umat Islam
Palestin semakin menderita?

L:Jangan terpedaya dengan situasi.Sesungguhnya tidak sia-sia doa yang dipanjatkan.Allah


Maha Penyayang menerima semua doa dan dimakbulkan cuma cepat atau lambat sahaja
atau ganjaran doa tadi akan diberikan ketika di akhirat nanti.Ini lebih bermakna
memandangkan penderitaan dunia hanyalah sementara dan nilai dunia ini hanyalah tidak
lebih dari sebelah kepak lalat pada pandangan Tuhan.Tuhan mahu menguji kita.Adakah
kita benar-benar menyembah Dia?Sudah terlampau banyak maksiat dan kemungkaran
yang kita lakukan.Lihatlah negara-negara Arab yang semakin hari semakin leka dan lemah
dalam keseronokan dan tipu daya Yahudi-Amerika-Illuminati.
Mereka kaya dan berkuasa tetapi pengecut dengan Yahudi,nak bersuara membenci Yahudi
pun berkias-kias tidak seperti Tun Mahathir dahulu (saya bersangka baik dengan beliau di
mana tidak timbul soal adakah beliau juga proksi Yahudi yang dibenarkan memprovok
Yahudi) yang berani menyatakan kebenaran tipu muslihat Yahudi di hadapan pak-pak Arab
yang bingung lagi pengecut.Jika Nabi Muhammad yang dirindui masih hidup,baginda
sudah tentu berasa malu dan marah dengan sikap bangsanya sendiri yang dayus dan
bodoh pada hari ini.Bayangkan,saya tidak hairan jika Iran dan Iraq berperang suatu ketika
dulu sebab sikap orang Arab yang suka berpuak-puak dan berperang sesama sendiri tetapi
saya tidak dapat terima di dalam masyarakat Palestin sendiri yang sudah teruk,kekurangan
makanan,dibunuh setiap hari,dipenjara,didera dan ditindas oleh Yahudi Zionis pun masih
gemar berpuak-puak dan bergaduh (Hamas dan Fatah).

Ini satu kebodohan yang mengelikan hati anjing kurap di tepi-tepi jalan!Satu dunia pun tahu
bahawa ahli kabinet PLO di zaman Yasser Arafat (Allahyarham) yang dirasuah oleh ejen
Mossad malah isteri Yasser Arafat sendiri adalah berketurunan Yahudi.Betapa peliknya
orang Arab zaman ini.Bangsa Arab mulia disebabkan Islam.Tanpa Islam jangan mimpi
bangsa Arab dicatat namanya dalam sejarah pernah mempunyai empayar satu pertiga
dunia.Bangsa Arab akan menjadi bangsa belasahan dan pengemis dan mungkin tidak
bernegara pada hari ini selepas dihalau oleh Yahudi dan bangsa Amerika-Eropah.Islamlah
yang memuliakan mereka sehingga bangsa Qibti dan Parsi yang hebat dan menjadi 'tuan'
kepada bangsa Arab ketika dulu lenyap dan bertukar menjadi 'kearaban' disebabkan
karisma bangsa Arab yang gemilang di bawah payung Islam.Jadi mengapa umat Islam
khasnya umat Arab menjadi teramat lemah?Tidakkah anda membaca hadis nabi yang
mengatakan pada akhir zaman nanti umat Islam sekadar seolah-olah BUIH-BUIH DI
LAUTAN,JUMLAH MEREKA RAMAI TETAPI TIDAK BERGUNA.Inilah jawapannya.

M:Apakah ada konspirasi disebalik serangan ke atas Gaza?Apakah peranan umat


Islam khasnya Melayu Nusantara terhadap masalah ini?

L:Konspirasi?Perkataan itu belum kuat lagi,tetapi ini ADALAH PERANCANGAN YANG


AMAT RAPI selama beratus tahun.Setiap perkara yang lengkap dengan segala
persediannya,dirancang dengan teliti akan membuahkan hasil walaupun ia adalah
kejahatan.Perkara kebaikan yang tidak dirancang dengan baik,kurang persediaannya dan
tidak lengkap peralatannya akan gagal.Allah tidak MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM
SELAGI KAUM ITU TIDAK MENGUBAH NASIB MEREKA.Ini adalah asas kepada Hukum
Tarik-Menarik (Law of Attraction).Di dalam satu hadis Qudsi,Allah Rabbul Izzati ada
menyatakan "Aku adalah mengikut SANGKAAN hambaku".Selagi kita berusaha ke arah
positif,Tuhan akan membantu kita.Masalahnya di dalam dunia yang dikuasai Iblis melalui
syaitan-syaitan manusia sebagai proksi mereka,umat Islam dilekakan dan segala fikiran
mereka yang sepatutnya ditujukan kepada harapan yang lebih baik dilalaikan dengan
cinta,gaya hidup hippies dan hiburan yang memabukkan.Akibatnya umat Islam semakin
tertekan dan tertindas manakala orang-orang kafir terutamanya Yahudi dan penyembah
syaitan semakin yakin diri dan positif dengan matlamat mereka.Tetapi semua itu
HANYALAH PERANCANGAN MEREKA.Sebenarnya ALLAH LAH YANG MERANCANG
DAN MENENTUKAN SEMUANYA.Perancangan Allah lebih sistematik dari perancangan
mereka.Satu hari sikap tenang dan yakin diri mereka itu akan bertukar menjadi teramat
serabut dan keliru apabila JANJI ALLAH TIBA.
Di dalam dunia yang penuh konflik hari ini,para pengikut penyembah syaitan mahu
menguasai dunia dan mengalahkan Allah.Mereka berusaha siang dan malam selama
beribu tahun.Mereka berusaha dari segi spiritual dan material.Secara kerohanian dan sains
teknologi.Dan hasilnya seperti hari ini,di mana bola bumi seakan dalam genggaman
mereka.Tetapi Iblis masih tidak berpuashati.Iblis mahu penyembah-penyembah mereka
menghapuskan satu musuh yang amat degil.PADA PERINGKAT TERTINGGI musuh
mereka bukanlah Cina Komunis,Korea Utara atau rangkaian pengganas antarabangsa
TETAPI ISLAM SUCI YANG DIANUT OLEH MUKMIN BERIMAN.

Siapakah pendukung agama Tuhan yang tunggal ini?Jika anda sedar hakikat misteri
ini,terdapat DUA BANGSA TERBESAR YANG MENDUKUNG AGAMA TUHAN INI secara
konsisten dan bersungguh-sungguh pada hari ini.Saya katakan dua bangsa ini kerana
mereka masih ada kekuatan,negara dan kedaulatan manakala bangsa lain walaupun ada
yang memeluk Islam adalah minoriti dan menumpang di negara lain atau tinggal dalam
negara mereka yang bermajoritikan agama kafir.Terdapat juga bangsa yang pernah
mendaulatkan Islam tetapi hari ini kukunya sudah dicabut dan teramat lemah malah
menentang Islam kembali seperti yang terjadi kepada bangsa Turki.Jika dua bangsa utama
ini terhapus dari kamus Islam maka 99 peratus dunia di tangan Iblis mengikut perancangan
mereka.Ya,sudah pasti yang pertama bangsa Arab yang masih mendominasi sumber-
sumber Islam dan memiliki segala relik dan tempat suci Islam.Maka bangsa inilah yang
menjadi sasaran hari demi hari para Satanik ini sehingga hari ini gigi-gigi geraham mereka
bagaikan mahu tercabut habis dek penangan Yahudi-Amerika.Selepas target
pertama,bersedialah target yang kedua.Siapakah bangsa kedua terbesar yang masih
mendukung agama Tuhan ini?

Ia adalah BANGSA MELAYU.Bangsa pemalu yang amat bersopan-santun,jujur dan


misteri sikap mereka.Para pengikut Satanik sudah lama memerhatikan bangsa
misteri ini.Rantau Nusantara termasuklah Kepulauan Melayu di mana termasuk di
dalamnya Indonesia,Malaysia,Brunei,Singapura,Filipina dan juga negara-negara
Indochina adalah target terbesar mereka ketika ini tetapi dijalankan secara teramat
senyap dan rapi,tidak seperti perancangan mereka terhadap bangsa Arab.

Lain karakter sesuatu bangsa,maka lainlah pelan tindakan mereka.Tidak boleh sama
kerana jika dibuat secara membuta-tuli,alter rahsia bangsa ini akan bangkit secara tiba-tiba
dan Empayar Emperialis sekuat British pun tidak dapat menahan gelombangnya seperti
yang terjadi ketika Malayan Union.Sebab itu konsep Divide and Rule amat penting di
wilayah ini.Orang Melayu tidak menghalau British keluar dari Tanah Melayu dengan
senapang dan parang tetapi dengan alter terahsia ini.Illuminati amat berjaga-jaga dengan
rantau ini.Anda tahu,setiap hari Jabatan Rahsia Amerika Syarikat mencari alasan untuk
mencucuk jarumnya di Malaysia untuk membenarkan tentera proksinya menjajah Malaysia
sebagaimana yang terjadi di Iraq dan Afghanistan tetapi ada saja masalah yang timbul dan
melambatkan perancangan mereka.Karakter bangsa Arab yang tidak mampu mengawal
emosi,panas baran,berpuak-puak dan sukakan harta kekayaan amat senang dijinakkan
oleh Illuminati(mewakili kaum penyembah Iblis) dan Yahudi.Pisahkan mereka dari
Islam,dan mereka kembali menjadi bangsa hina zaman Jahiliyah dahulu.Amat senang
formula ini.Tetapi formula ini tidak boleh semudahnya dipakai terhadap bangsa Melayu
yang misteri ini.

Bangsa Melayu bersifat pendiam,sensitif,jujur,menghormati orang luar (sehingga jika


nak bercakap dengan Cina atau India pun terpaksa di'slang'kan bahasanya
sendiri),banyak memendam rasa,amat kuat kefahaman kerohanian mereka dan
mereka juga kreatif.Anda boleh membaca buku The Malay Dilemma karya Tun Dr.
Mahathir Mohamad sebagai asas untuk mempelajari karakter bangsa misteri
ini.Pakar-pakar strategi Illuminati pun sukar hendak membaca karakter bangsa
spiritual ini sama seperti bangsa Yahudi.

Saya bukan hendak melebih-lebihkan bangsa ini sebagai sasaran Illuminati tetapi hanya
bangsa ini serta bangsa Arablah yang diharap mempertahankan agama Islam di muka
bumi ini.Anda boleh fikirkan sendiri.Jika perkara semudah ini pun kita tidak nampak,apatah
lagi perancangan tahap sulit Commitee 300 atau Pelan Tindakan Rahsia yang saban tahun
dibincangkan di Bohemian Groove dapat difahami?Fikir...fikir.

Jadi jaga-jaga bangsa MELAYU ISLAM!Perancangan Illuminati terhadap anda amat


rahsia dan sulit sama seperti sifat anda yang pendiam dan pemalu.Tidak terbuka
seperti bangsa-bangsa lain termasuk bangsa Arab yang semakin tidak memahami
Islam yang dibawa oleh satu-satunya Nabi dari kalangan mereka,Muhammad yang
mulia.

M:Ini adalah amat menarik,tetapi apakah yang terjadi terhadap bangsa lain yang
hebat dan berkuasa seperti Cina,Jepun atau bangsa Amerika serta Eropah?Apakah
ada perancangan juga terhadap mereka berdasarkan karakter seperti yang dikatakan
tadi?

L:Hehehe...('Lonecryer' kelihatan lucu sekali dengan soalan yang diutarakan).Bangsa


Cina?Amerika?Mereka semuanya adalah 'Pawn of The Game' Iblis dan "The Hidden
Hand'.Semuanya menjadi bahan mentah dan hamba tanpa disedari oleh mereka.Memang
mereka hebat,rajin dan tangkas mencari kesenangan dunia,tetapi ingat!Wang dan
kekayaan dunia adalah dicelah-celah jari kaki para penyembah agama Iblis.Sekatan
Ekonomi adalah 'codename' bagi salah satu senjata 'The Hidden Hand' ini.Tanpa disedari
bangsa-bangsa ini menjadi bahan mentah dan bekerja sebagai mesin-mesin penjana wang
bagi 'The Hidden Hand'.Mengapa Negara Cina dapat ditakluk oleh faham Komunis?
Siapakah pemimpin-pemimpin Komunis Cina?Mereka adalah pengikut Illuminati yang
TEGAR.Mereka sudah di'mindcontrol' secara terancang.Mereka sanggup membunuh
rakyat mereka sendiri yang menentang fahaman mereka.

Apakah komunis?Komunis adalah ideologi ciptaan 'The Hidden Hand' sama seperti
Liberalisme,Fasisme dan Nazisme.Kitab ajaran komunis 'Das Kapital' dan 'The Communist
Manifesto' sarat dengan perancangan Illuminati dan Freemasonry.Dan 'patsies' dan
mangsanya yang menjadi bahan ujikaji adalah rakyat Rusia dan Cina yang
berjiran.Mengapa?Kerana mereka mempunyai bilangan penduduk teramai sekali di
dunia.Dua bangsa ini,Cina dan Caucasian Eropah berkongsi sifat yang sama;rajin,kuat
usahanya,pandai mencari wang (tapi bukan menguasai wang sebagaimana Yahudi),pandai
membuat kerja dan barangan serta berminat mempelajari kerohanian (bukan pandai
memahami dan mendalaminya seperti bangsa Melayu).Kita boleh lihat pola ini berdasarkan
sejarah,bangsa Cina sebelum menganut agama Buddha adalah kaum yang bersifat
animisme seperti kaum Eropah Pagan.Ada yang menganut agama Hindu tetapi agama ini
kurang popular.

Terdapat juga cendekiawan Cina yang mencari-cari Tuhan seperti Lao Tse.Tao adalah kata
yang diwakilkan oleh beliau sebagai Tuhan.Tetapi apabila agama Buddha tersebar dari
India,maka penambahan rakyat Cina yang memeluk agama ini meningkat begitu drastik
sekali.Buddha menjadi agama yang dominan di Tanah Besar Cina.Cina tidak pernah
menjadi bangsa yang ditakluki keseluruhannya kecuali serangan-serangan dari Monggol
dan pengaruh Imperalisme Barat.Sama seperti Caucasian Eropah,sebelum agama Kristian
muncul mereka menganut dewa-dewi masing-masing,malah ada yang mengambil dewa-
dewi bangsa Mesir dan Sumeria untuk diubahsuaikan dan disesuaikan dengan budaya
mereka.Tetapi apabila agama Kristian muncul mereka pun beramai-ramai memeluk agama
tersebut di mana kerajaan Rom selaku kuasa besar ketika itu amat memainkan
peranan.Caucasian Eropah sebenarnya adalah patsies yang paling malang sekali dalam
sejarah dominasi para pengikut penyembah syaitan.

Mungkin juga faktor geografi di mana lokasi kaum Kabbalah Yahudi adalah berdekatan
dengan Mediteranean Eropah,dan hubungan perdagangan,penaklukan serta peperangan
antara mereka memungkinkan patsies-patsies caucasian Eropah ini di'mindcontrol' tanpa
disedari atau disedari tapi suka pula di'mindcontrol' oleh para guru pengajar silibus
penyembahan syaitan ini.Lain pula halnya dengan bangsa Melayu.Mereka menganut
ajaran agama dan mistik yang berlegar di seluruh dunia secara bersilih ganti.Pada asasnya
mereka telah menganut agama Hindu,Buddha dan akhirnya Islam.Saya berani katakan jika
Kristian telah datang awal sebelum agama Islam,orang Melayu di Malaysia dan Indonesia
mungkin menganut Kristian beramai-ramai sebelum memilih Islam,seperti yang berlaku di
Filipina (orang Melayu yang mempertahankan agama Islam telah terhalau ke wilayah lebih
selatan seperti Selatan Mindanao).Yang anehnya selepas Islam,tiada lagi agama yang
dianut oleh bangsa ini secara beramai-ramai dan drastik.Bangsa Melayu gemarkan
agama dan spiritual melebihi wang dan harta.Mereka tahu mana yang terbaik dan
sesuai.Bangsa Arab menganut Islam kerana seorang Rasul Agung diangkat dari kalangan
mereka.Jika tidak,saya tidak dapat membayangkan apa yang berlaku pada bangsa Arab
pada hari ini.Mungkin mereka sudah lenyap dari peta dunia atau menjadi penganut Kristian.

Illuminati mempergunakan mereka sama seperti bangsa Cina,Jepun dan lain-


lain.Perancangan dan strategi ke atas mereka amatlah terbuka dan drastik,tidak seperti
bangsa Melayu Islam yang sedang disuntik racun perlahan-lahan.Bangsa Korea adalah
paling malang dalam kelompok ras Mongoloid.Karakter bangsa Korea berlainan dari
bangsa Cina yang bersatu padu.Karakter bangsa ini berpuak-puak sama seperti bangsa
Arab.Sebab itu mereka berjaya dipisahkan menjadi Korea Utara dan Korea Selatan ketika
konsep dua negara satu bangsa sudah tidak relevan dan ketinggalan zaman pada hari ini
apabila Tembok Berlin runtuh dan Vietnam telah pun bersatu.Tetapi rakyat Korea masih
terpecah-belah.

Saya yakin jika bangsa Korea bersatu,maka Naga Cina pun teramat gerun malah Samurai
Jepun patah pedangnya lantas melarikan diri jika melihat bangsa Korea yang dua kali lebih
hebat dari mereka dari segi teknologi dan ekonomi.Bangsa Amerika pula adalah haiwan
ternakan paling jinak milik kaum penyembah syaitan.Mereka sangat berguna.Mereka
adalah senang di'mindcontrol',rupa paras yang menarik dan boleh diharap.Kenapa saya
katakan 'haiwan ternakan'.Kerana bila-bila masa sahaja mereka akan disembelih mengikut
kehendak perancangan Illuminati penyembah Iblis seperti yang terjadi di dalam peristiwa
911.

Nyawa rakyat Yahudi lebih berharga dari nyawa rakyat Amerika yang menangis teresak-
esak melambai-lambaikan tangan meminta pertolongan dari orang ramai yang hanya
mampu memerhatikan mereka tertanam hidup-hidup selepas sisa bangunan WTC runtuh
buat kali terakhir.Rakyat Yahudi?Mereka awal-awal lagi meninggalkan bangunan WTC
selepas diberitahu ketika 'The Dumb Blonde' masih leka mengira keuntungan perniagaan
dan saham dalam bangunan WTC.Sebab itu bangsa Amerika yang malang ini perlu
diberitahu masalah SEBENAR mereka.Amat bertuahlah orang Amerika yang menemui
cahaya Islam dan keluar dari bencana yang dasyat ini.

Penjara 'Syaitan Besar' yang mengurung mereka selama ini amat dasyat dan kejam.Askar
Amerika adalah kambing-kambing paling malang di antara mereka,dipergunakan dengan
kejam tanpa disedari mereka dan mati dengan sia-sia sahaja dalam peperangan yang
mereka sendiri pun tidak faham.Bak kata Henry Kissinger

"Military men are just DUMB STUPID ANIMALS to be used as pawns in foreign
policy."

Bukan saya hendak mengatakan mereka adalah 'innocent' (tidak bersalah) dalam konflik
dengan umat Islam,tetapi mereka sendiri adalah terlampau hina dan diperbodohkan hidup-
hidup oleh 'The Hidden Hand'.Sebab itu dalam hadis akhir zaman ada menyebutkan pada
akhir zaman nanti umat Islam akan bergabung dengan BANGSA ROM, dalam siri
peperangan mereka.Siapakah bangsa Rom pada hari ini?Tidak lain adalah bangsa
Amerika-Eropah yang ketika itu mungkin sudah pulih dari 'Demam Besar' mereka.Namun
yang salah tetap salah.Tuhan akan mengadili siapa yang benci akan agamanya di muka
bumi ini.Di akhirat tiada alasan "aku diperbodohkan oleh Dajal" atau "aku pun tak tahu,aku
kena mindcontrol".Dalam dunia yang penuh muslihat ini GUNAKAN OTAK
ANDA.Maklumat semakin mudah didapati dan DI HUJUNG JARI ANDA.Anda bukan hidup
di zaman Paleolitik.Fikir...fikir...Ini KUNCINYA.

M:Jadi apakah penyelesaiannya dan apakah tindakan kita terhadap keganasan Israel
ini?

L:Kita mungkin beralasan bahawa kita tidak mungkin berperang jihad dengan
Israel.Pelikkan?Saudara kita dibunuh tetapi kita masih mencari-cari alasan dan sebab
mengapa kita tidak dapat membantu mereka.Jika kita di zaman Khalifah Islam,kita mungkin
akan segera menghantar tentera Islam menyerang Yahudi Israel itu serta-merta.SEBAB
KITA HIDUP SECARA TERPECAH-BELAH BERDASARKAN GEOGRAFI DAN
NEGARA.Cara hidup sekular juga melemahkan lagi pemikiran dan semangat kita.Hasilnya
kita duduk berdiam diri atau paling hebat menjerit mengepalkan tangan
berdemonstrasi.Ada yang memboikot barangan Yahudi-Amerika.Ini cara yang mungkin
sedikit sebanyak berhasil dan saya setuju dengannya.

INGAT!DI AKHIRAT NANTI,SEMUA UMAT ISLAM AKAN DIPERTANGUNGJAWABKAN


ATAS PENDERITAAN PALESTIN DAN TEMPAT SUCI KETIGA ISLAM.Jika anda tidak
dapat berjihad,buatlah sesuatu seperti menderma atau memboikot barangan Yahudi-
Amerika.Ataupun panjatkanlah doa kepada Tuhan Yang Maha Belas Kasihan.Sebutlah
nama-NYa yang Maha Agung dan katakan "Ya Tuhan Yang Maha Penyayang,Kasihanilah
Mereka...Kasihanilah Mereka..." sekurang-kurangnya,ya...sekurang-kurangnya.Seperti
kisah burung yang membawa titisan air untuk dijatuhkan ke dalam api besar yang marak
membakar Nabi Ibrahim.Apabila burung itu ditanya berbaloikah usahanya itu,dia
menjawab,

"Setidak-tidaknya,di akhirat kelak aku dapat berhujah di hadapan Allah bahawa aku
turut membantu semampuku memadamkan api yang membakar Nabi-Nya"

Jadi bantulah semampu anda,JANGAN BERPELUK TUBUH DENGAN SANTAI


MENONTON TV DAN MEMBACA AKHBAR berisi kisah-kisah penderitaan Gaza tanpa
sedikit simpati pun.Setelah membaca berita tentang kekejaman Israel,boleh pula membeli
rokok Dunhill cap Israel buat menghantar wang membeli peluru untuk membunuh seorang
kanak-kanak Islam Gaza.Ataupun berkepit-kepit dengan bukan mahram berjoget berdansa
di disko-disko atau konsert.Tunggulah jika Israel menghantar peluru berpandunya ke sini
maka barulah sibuk hendak sembahyang dan terketar-ketar memegang AlQuran.Peluru
Israel tidak mengenal sama ada anda Melayu Pas,Melayu Umno,Melayu Liberal,Melayu
Sekular,Melayu Indon,Melayu Malaysia,Melayu Jawa,Melayu Kedah,Melayu Kaki
Masjid/Surau tidak...tidak sama sekali.Tepat perhitungan,tepat kiraan astrologi
mereka,maka peperangan akan dilancarkan tanpa kompromi.Kita berada di akhir zaman.

Sampai masa segala harta,kereta,rumah dan perempuan tidak berguna.Masing-masing


akan menyelamatkan diri masing-masing.JIKA ANDA TIDAK DAPAT MEMBANTU
MEREKA,MAKA BANTULAH DIRI SENDIRI sebelum bala Allah tiba ke atas anda.Dirikan
solat lima waktu,bacalah AlQuran dan ingatlah Allah sentiasa.Itulah cara kita berjihad
menyelamatkan diri kita.JIKA ALLAH MAHU,PADA SAAT INI SUDAH HANCUR ISRAEL
ZIONIS LAKNAT ITU tetapi adakah kita tahan diuji?Tanya diri sendiri mengapa ini
terjadi.Setiap seorang tidak akan terlepas.Allah Maha Bijaksana adalah amat rapi
perhitungannya.
4 comments Labels: Alter Terahsia Bangsa Melayu

Vous aimerez peut-être aussi