Vous êtes sur la page 1sur 13

Kemahiran

Belajar
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk


menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam
peperiksaan dan kehidupan.

Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti:

Mendengar
dengan berkesan

Membaca
x  Luncuran (Skimming)
x  Imbasan (Scanning)
x  Intensif
x  Laju

Mencatat Nota

Menulis
x  Laporan
x  Cepat

Mengingat

11
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

a. Kemahiran Mendengar Dengan Cekap

Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses


komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif
dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan
kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.

Kemahiran mendengar melibatkan:

Apa yang didengar Pelbagai teks seperti

puisi
arahan muzik

ucapan
lakonan

lagu
pengumuman
berita
syarahan

x Untuk mendapatkan maklumat, fakta,


Mengapa mendengar data, pengetahuan

x Untuk menghayati keindahan bahasa


dan muzik

x Untuk mengetahui perkembangan


semasa

x Untuk mendengar penjelasan guru


tentang sesuatu

12
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

Sesiapa sahaja yang:


Siapa yang didengar x Memberikan maklumat

x Memberikan penjelasan

x membuat pertanyaan

x memberikan pendapat

Bagaimana
mendengar
x Dengan teliti dan penuh
dengan berkesan perhatian

x Dalam suasana yang tenang


dan selesa

Bagaimana x Motivasikan diri untuk memberikan


meningkatkan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada
kemahiran pembelajaran hari itu
mendengar
x Memandang ke arah guru

x Menumpukan perhatian kepada apa


yang diperkatakan, ditunjuk dan ditulis

13
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

b. Kemahiran
. Membaca

Kemahiran membaca ialah penting untuk mendapatkan maklumat,


pengetahuan, dan fakta mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah
proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca
dengan penulis melalui tulisan yang dibaca. Biasanya terdapat empat
jenis gaya bacaan, iaitu:

i. Skimming (Luncuran)

Skimming ialah kemahiran membaca untuk


mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai
sesuatu bahan atau maklumat.
Tujuannya untuk mendapatkan:
™ maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan
atau dokumen
™ pandangan umum mengenai dokumen dengan segera

Bagaimanakah membuat skimming:

™ membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan


atau dokumen

™ membaca dengan menggunakan pergerakan mata


yang cepat

™ memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang


dibaca

ii. Imbasan (Scanning)


Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat
yang lebih mendalam daripada skimming.

Tujuannya adalah untuk :


™  mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan
kepada sesuatu persoalan.

Bagaimana membuat imbasan:

™ Membaca pendahuluan dan rumusan teks


secara mendalam
™ Membaca kandungan bab dengan pantas
sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang
dinyatakan
™ Memberikan perhatian kepada rajah dan grafik
yang ada

14
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

iii. Bacaan Intensif


Bacaan Intensif ialah kemahiran membaca
untuk mendapatkan maklumat terperinci.

Bacaan Intensif memerlukan:

™  tumpuan

™  ketekunan

™  masa yang lebih panjang untuk


mendapat makna

Tujuannya adalah untuk :


™ mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan
perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut.

iv. Bacaan Laju

Memerlukan:

™  kebolehan laju membaca

™  kefahaman serentak membaca

Tujuannya adalah untuk :

™ menggunakan masa terhad dengan lebih


produktif

™ menjimatkan masa

™ memperoleh maklumat tambahan pada


kadar
yang cepat

15
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

Tip Bacaan Laju (Speed Reading)

Bagaimanakah membaca laju

i. Menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama.


Ini boleh dibuat dengan:
x  membaca cepat seluruh buku
x  membaca cepat senarai bab
x  membaca cepat semua bahagian
x  membaca cepat semua perenggan

ii. Pembaca laju boleh mengesan penjelasan isi utama dengan melihat tanda-
tanda perbezaan seperti:
x  tulisan condong
x  tulisan bergaris
x  tulisan tebal
x  fakta yang bersiri atau bernombor (1,2,3, …)
x  fakta yang bersiri abjad (a, b, c, …)

iii. Penjelasan isi utama boleh didapati daripada perkataan atau rangkai kata
awalan ayat seperti:
x  Pertama…,Kedua…., Ketiga…..
x  Sebaliknya…
x  Contohnya….
x  Dengan itu ….
x  Selanjutnya….

iv. Penjelasan isi utama boleh didapati daripada bentuk grafik seperti:
x  Graf
x  Jadual
x  Gambar rajah

v. Mengingat sebanyak mungkin maklumat yang dibaca:


x  mengingat isi yang senang dahulu daripada isi yang sukar
x  membaca laju diikuti dengan catatan nota kerana catatan nota
memaksa pembaca berfikir
x  berfikir dengan cergas untuk memahami dan mengingat isi utama
bahan yang dibaca.

vi. Mengaplikasikan atau mengaitkan


bacaan dengan pengalaman pembaca.

16
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

c. Kemahiran Mencatat Nota

x Mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta,


maklumat dan isi penting daripada bahan yang
dibaca, dilihat atau didengar.

x Mencatat nota berlaku dalam semua situasi


belajar seperti semasa kuliah, ceramah,
penerangan, temuduga, membaca buku atau
bahan lain.

Mengapakah x Mencatat isi utama penting sebagai


perlu mencatat rujukan.
nota ?
x Daripada isi penting boleh
dikembangkan kepada fakta asas.

x Catatan nota dikumpulkan untuk


keperluan rujukan tambahan masa
depan.

17
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

Ciri nota yang baik

x Mengandungi rangka kasar sahaja.

x Terdiri daripada idea utama.

x Dicatat dalam buku atau kertas catatan yang khas.

x Catatan terang dan mudah dibaca.

x Menggunakan kata kunci, simbol (contoh: sama


dengan =) dan singkatan perkataan (contoh:yang =
yg, dengan = dgn).

x Ada lakaran dan grafik yang menyokong teks.

x Catatan di sebelah kiri dan kanan NOTA sebagai


nota dan maklumat tambahan.

x Tanda bulatan dan garisan dibuat pada isi penting.

x Nota disemak semula supaya tidak tertinggal


idea penting.

Bagaimanakah mencatat catatan

x Berikan perhatian pada maklumat yang


didengar, dibaca dan dilihat.

x Maklumat tersebut dipilih atau ditafsirkan


sebelum dicatat.

x Hanya fakta baru sahaja yang dicatatkan


kerana ini merupakan pembelajaran baru.

x Baca dan susun semula catatan.

x Catatan nota boleh dibuat dalam bentuk


grafik seperti anak panah, garisan,
bulatan, dan sebagainya.

18
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

d. Kemahiran Menulis

i. Menulis Laporan

Panduan umum untuk menyediakan laporan adalah


seperti yang berikut:

x Memiilih topik sekiranya topik tidak diberikan

x Mendapatkan maklumat daripada pelbagai


sumber

x Meneliti dan memilih maklumat yang relevan


dengan topik

x Membuat nota

x Menyediakan kerangka laporan

x Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber


yang dipetik

x Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan


bahan grafik yang lain yang sesuai

x Menyemak draf

x Membuat pemurniaan dan menulis draf kedua

x Menerbitkan laporan

19
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

ii. Kemahiran Menulis Cepat

Menulis cepat ditafsirkan sebagai


kemahiran menulis dengan kepantasan
yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca
oleh orang lain. Oleh itu, menulis cepat
memerlukan unsur:
x Kelajuan menulis
x Tulisan yang boleh dibaca.
x Kandungannya difahami.

Mengapakah
perlu menulis
cepat?
cepat? ‰ Banyak maklumat yang boleh dicatat.

‰ Dalam peperiksaan masa terhad tetapi


memerlukan banyak isi jawapan yang boleh
ditulis.

‰ Menjimatkan masa.

Apakah pra-
pra-
syarat menulis
cepat ?
‰ Murid mempunyai banyak maklumat atau
fakta dalam ingatannya semasa menjawab
soalan peperiksaan.

‰ Murid boleh mengingat kembali fakta atau


maklumat dengan cepat.

‰ Murid menyediakan alat tulis yang sesuai seperti


pen yang sempurna dan pensel yang tajam.

20
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

Latihan untuk menulis cepat

x Pilih satu topik untuk dikarang.


x Peruntukkan masa untuk mengarang
topik.
x Tulis karangan itu dalam masa yang
ditentukan.
x Minta rakan membaca karangan dan
memberikan maklum balas dari segi
tulisan dan isi karangan.
x Ulang latihan dengan mempercepat
masa menulis.

e. Kemahiran Mengingat

x Mengingat ialah proses pembelajaran yang


berkaitan dengan kefahaman dan
penggunaan deria dengar dan deria lihat
yang baik.

x Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk


mengingat kembali dengan menyebut atau
menulis fakta dan kejadian yang telah
berlaku selepas beberapa lama.

Jenis Ingatan

x  Ingatan jangka pendek maklumat tersimpan sebentar


sahaja.

x  Ingatan jangka panjang maklumat yang kekal dalam


ingatan.

21
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

Proses Ingatan
Proses ingatan terbahagi kepada tiga langkah, iaitu:

Mendaftar maklumat hingga boleh


dikekalkan dalam ingantan (encoding )

Menyimpan maklumat

Mengingat kembali maklumat


(decoding)

Cara Mengingat

x Mereka cerita
x Mencipta irama atau lagu
x Membuat catatan
x Membuat lakonan
x Membuat senarai semak
x Mencipta akronim –
contoh: HKL (Hospital Kuala Lumpur)
x Mencipta akrostik - contoh: MAGERAN
(Majlis Gerakan Negara)
x Membuat rantaian atau berlawan
contoh: piring - cawan
x Melakar grafik dan ilustrasi - peta, graf dan
peta minda
x Mengingat secara kumpulan - terutama
nombor – contoh: nombor telefon: 795 88 345
x Mengulang
x Melatih tubi

22

Vous aimerez peut-être aussi