Vous êtes sur la page 1sur 6

..Penghargaan..

Saya menghadapi cabaran untuk melaksanakan kajian ini dengan baik. Namun demikian,
saya dapat melaksanakannya dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama daripada
beberapa pihak.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru geografi
saya, iaitu Encik Sahar bin Mohammad kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan
kepada saya untuk menyiapkan Kerja Khusus Geografi ini.

Ucapan terima kasih juga saya tunjukkan kepada Puan Hajah Norizan binti Ismail,
pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent, yang telah memberikan
kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada ibu bapa saya, Abdul Razak bin Abdul
Majid dan Zaliah binti Mehardin yang banyak memberi sokongan moral dan tidak
teragak-agak untuk memberi saya sedikit kewangan untuk mendapatkan bahan-bahan bagi
kerja khusus ini.

Tidak saya lupakan juga kepada rakan-rakan saya yang telah memberikan idea yang
bernas dalam membantu saya menyiapkan kajian ini.

Oleh itu, saya ingin merakamkan rasa terima kasih kepada mereka.

Yang benar,
..Pendahuluan..
Saya, Razana Aqila Binti Abdul Razak dari kelas 3 Jingga , Sekolah Menengah

Kebangsaan Infant Jesus Convent, Melaka telah mengambil keputusan untuk memilih

Banda Hilir di daerah Melaka Tengah sabagai kawasan kajian saya. Saya memilih

kawasan ini kerana kawasan ini dapat memenuhi tema kajian.

Selain itu, sekolah saya terletak berdekatan dengan kawasan tersebut dan ini

memudahkan kajian ini dijalankan. Lebih-lebih lagi, saya mempunyai banyak maklumat

tentang Banda Hilir daripada pembacaan buku dan pencarian maklumat di internet. Saya

telah mengambil masa 9 minggu untuk menyiapkan folio ini dengan baik dan sempurna.
Objektif
Kajian
Kerja khusus Geografi dihasilkan oleh semua pelajar Tingkatan 3 untuk memenuhi

syarat-syarat KBSM Tingkatan 3. Kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi objektif-

objektif yang berikut:

a)    Mendefinisikan konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas

b)    Menyatakan pola migrasi penduduk di kawasan kajian

c)    Menyatakan faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.

d)    Menyatakan kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.

e)    Menghuraikan dan mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi kesan migrasi

yang berlaku di kawasan kajian.

f)    Menerapkan nilai dan unsure patriotisme terhadap penduduk  di kawasan Banda Hilir
mengenai kepentingan migrasi.

Kawasan
Kajian
Saya membuat kajian di kawasan Banda Hilir yang terletak di daerah Melaka Tengah.

Kawasan ini merupakan kawasan tanah pamah. Kawasan ini merupakan kawasan tanah

pamah yang terletak di bahagian barat daya daerah melak tengah yang merupakan

kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka.

Kajian ini dibuat dalam lingkuan lima kilometer dari sekolah dan jaraknya juga lebih

kurang 5 kilometer ke Melaka Sentral. Kawasan Banda Hilir merupakan kawasan yang

padat penduduk dalam daerah Melaka Tengah.


Kaedah Kajian..
Bagi melaksanakan Kajian Geografi Tempatan ini, saya telah menggunakan pelbagai

kaedah untuk menghasilkan kajian yang lebuh menarik. Antaranya ialah:

a) Pemerhatian
Saya telah memerhatikan kawasan Banda Hilir. Saya memerhatikan kawasan sekitar

untuk melukis peta lakar. Kemudian, saya mengumpulkan data-data tentang jenis dan pola

petempatan penduduk.

b) Soal selidik
Seramai 20 orang dijadikan responden saya. Sebelum itu, saya telah berbincang

dengan guru saya tentang soalan yang harus dikemukakan. Saya mengajukan satu set

borang soal selidik kepada mereka dan meminta mereka mengisikannya.

c) Rujukan
Saya telah membuat rujukan daripada internet, buku teks Tingkatan 2 dan buku

rujukan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat tentang Banda Hilir. Segala
maklumat yang diperoleh dianalisis dan ditafsir terlebih dahulu sebelum dijadikan bahan

penulisan.

Vous aimerez peut-être aussi