Vous êtes sur la page 1sur 7

KUMPULAN 1

KONSTRUK 1 : Membunyikan dan menulis huruf vokal dan konsonan.

TAJUK: Membunyi dan Menulis huruf vokal

OBJEKTIF: Pada akhir pelajaran murid dapat:

i. Mengenal huruf vokal ( a,e,i,o,u )


ii. Membunyikan huruf vokal (a,e,i,o,u ) dengan sebutan yang betul.

INDUKSI SET

1. Mendengar lagu huruf vokal ( a,e,i,o,u,)


2. Menyanyi lagu huruf vokal (2x)
 Kali pertama ‘e’ bunyi ‘e’ pepet.
 Kali kedua ‘e’ bunyi ‘e’ taling.

LANGKAH 1

1. Lihat power point huruf dan bunyi vokal


2. Lihat gambar dan huruf vokal
3. Guru membuat latih-tubi menyebut dan membunyikan huruf vokal
4. Latihan interaktif menggunakan power point

LANGKAH 2

1. Guru menjalankan aktiviti kepada murid:


i. Guru sebut huruf dan bunyi.
ii. Murid angkat kad huruf
 Latih –tubi

LANGKAH 3

AKTIVITI MENULIS

1. Murid menulis huruf:


- di udara
- di belakang kawan ( cara berpasangan atau keretapi)
- di atas meja
2. Murid menulis huruf mengikut kad tebuk di atas manikad yang disediakan.
( boleh guna pensel/pensel warna/warna air)
3. Murid menulis huruf dalam buku garis 3

LANGKAH 4

Murid membuat latihan ( mudah ke susah )

Latihan 1 ( mudah ) : Suaikan huruf dengan gambar

Latihan 2 ( sederhana ) : warnakan huruf mengikut gambar

Latihan 3 ( susah ): Tulis huruf vokal berdasarkan gambar

PENUTUP

Murid menyanyikan lagu huruf vokal sambil mengangkat kad huruf

KUMPULAN 1

KONSTRUK 1 : Membunyikan dan menulis huruf vokal dan konsonan.

TAJUK: Menyebut dan Menulis huruf konsonan


OBJEKTIF: Pada akhir pelajaran murid dapat:

i. Mengenal huruf konsonan ( b,g,k,l,m )


ii. Menyebut huruf konsonan (b,g,k,l,m) dengan sebutan yang betul.

INDUKSI SET

1. Murid mengambil 1 kad huruf dan kad gambar yang terdapat di dalam bakul.
2. Murid melekatkan kad pada baju.
3. Murid mencari pasangan kad huruf dan kad gambar
 Jika murid salah memilih pasangan guru akan memberi penerangan pada langkah
berikutnya.

LANGKAH 1

1.Guru memberitahu pasangan huruf dan gambar yang betul.

2 .Guru menayangkan power point .

3.Guru mengajar murid menggunakan ‘power point’

konsonan ( b,g,k,l,m)

4. Murid menyebut huruf konsonan (latih-tubi)

LANGKAH 2

1.Guru menjalankan aktiviti kepada murid:

(beberapa kad huruf dan kad gambar diletakkan di atas meja)

i. Guru sebut huruf – murid angkat kad gambar

ii.Guru angkat kad gambar murid angkat kad huruf dan menyebutnya.

2. Aktiviti permainan dijalankan.

(Murid mengulangi langkah diatas bersama rakan)


LANGKAH 3

AKTIVITI MENULIS
4. Murid menulis huruf:
- di udara
- di belakang kawan ( cara berpasangan atau keretapi)
- di atas meja
5. Murid menulis huruf mengikut kad tebuk di atas kad manila yang disediakan.
( boleh guna pensel/pensel warna/warna air)
6. Murid menulis huruf dalam buku garis 3.

LANGKAH 4

Murid membuat latihan ( mudah ke susah )

Latihan 1 ( mudah ) : Suaikan huruf dengan gambar

Latihan 2 ( sederhana ) : warnakan huruf mengikut gambar

Latihan 3 ( susah ): Tulis huruf konsonan berdasarkan gambar

PENUTUP

Guru menjalankan kuiz. Murid yang menjawab soalan dengan betul akan diberi
ganjaran.

Contoh :

i. Guru menunjukkan kad murid sebut huruf


ii. Guru tunjuk kad gambar murid tunjuk kad huruf.
iii. Guru meminta murid menulis huruf yang disebut di papan hitam.
KUMPULAN 1

KONSTRUK 1 :KEBOLEHAN MENGENAL ANGKA SECARA LISAN


DAN PENULISAN

TAJUK: MENGENAL ANGKA SECARA LISAN DAN PENULISAN

OBjEKTIF: Pada akhir pelajaran murid dapat:

i.Mengenal nombor secara lisan

Ii. Menulis nombor dengan betul


INDUKSI SET

1. Murid menyanyikan lagu ‘satu-satu saya sayang ibu’


2. Guru menunjukkan kad nombor (1,2,3 )
3. Murid menyanyi sekali lagi sambil memegang kad nombor

LANGKAH 1

1.Murid melihat power point nombor 1- 5

2 .Murid mengikut guru menyebut nombor

LANGKAH 2

1.Guru menjalankan aktiviti kepada murid:

(beberapa kad nombor diletakkan di atas meja)

i. Guru sebut nombor – murid angkat kad nombor

ii.Guru angkat kad nombor murid sebut nombor

2.Aktiviti permainan dijalankan.

(Murid mengulangi langkah diatas bersama rakan)

3.Permainan dadu:

Murid membaling dan menyebut nombor yang tertera

LANGKAH 3

AKTIVITI MENULIS
1. Murid menulis nombor :
- di udara
- di belakang kawan ( cara berpasangan atau keretapi)
- di atas meja
2. Murid menulis nombor mengikut kad tebuk di atas kad manila yang disediakan.
( boleh guna pensel/pensel warna/warna air)
3. Murid menulis nombor dalam buku.

LANGKAH 4

Murid membuat latihan:

Latihan 1: Mewarnakan nombor yang sama

Latihan 2 :Memadankan nombor yang sama

Latihan 3 : Menulis nombor mengikut titik-titik

PENUTUP

Murid menyanyi lagu ‘satu-satu saya sayang ibu’ sambil memegang kad nombor yang
betul:

Satu-satu saya sayang ibu

Dua-dua saya sayang ayah

Tiga,empat saya sayang kakak

1,2,3,4,5 sayang semuanya

Vous aimerez peut-être aussi