Vous êtes sur la page 1sur 5

Warkah buat hawa,

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai
engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau
masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan
kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah
pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan
pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui
keseksiannnya, lelaki yang warak tdak menilai wanita melalui keayuannya,
kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik
akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan
agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang
bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk
mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa
matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,


Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah
memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu
bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta
adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada
insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi
keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia
selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga
yang mengoncang iman lelaki.

Beritahu pada muslimah itu


dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu


jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu


jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu


jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu


simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

.::Akhlak Pergaulan Menurut Islam::.

Melakukan Perkenalan~

Langkah pertama dalam pergaulan adalah perkenalan.Inilah tujuan Allah menjadikan mansia
bersuku-suku,berbangsa-bangsa, terdiri daripada lelaki dan perempuan.Perkenalan harus segera
dilakukan dengan orang yang belum dikenali,kerana hal itu lebih cepat dapat menguatkan tali
persaudaraan dan membuka perbualan.Dengan itu,kita boleh bertanyakan mcm2 hal.Rasulullah
S.A.W bersabda :

"Apabila seseorang menjadikan org lain sebagai saudara,maka hendaklah ia menanyakan


namanya,nama ayahnya dan berasal dari mana.Kerana hal itu lebih dapat menguatkan
hubungan kasih sayang."

(HR.At-Tirmidzi)

~Memanggil dengan nama yang baik~

Sesudah itu,kita boleh memanggilnya dengan nama pangilan yang paling ia sukai,seperti yang
disabdkan Rasulullah S.A.W :

"3 hal dapat memurnikan bagimu kecintaan saudaramu:


Engkau mengucapkan salam kepadanya apabila engkau bertemu dengan dirinya,engkau
memperluas baginya dalam majlis dan engkau memanggil dengan nama yang paling ia sukai."

(HR.Ath-Thabrani)

inilah cara untuk menjaga perasaan sesama wanita muslimah,termasuk bagaimana cara
memanggil sesuai dengan sebutan atau panggilan yang disenangi org yang disebut.Dan bila
seseorang senang dengan suatu sebutan,maka hendaklah is memberitahukannya kepada org lain.
Wanita perindu Allah dapat mengawal rindunya pada dunia, kekayaan, kemewahan,
pembaziran, kecantikan dan segala isi dunia. Wanita ‘abidah perindu Allah dapat
mengubah nafsunya daripada nafsu-nafsu jahat kepada nafsu-nafsu yang baik melalui
mujahadah. Yakni daripada nafsu marah kepada memaafkan, dengki kepada kasih
sayang dan. Maka jadilah wanita ‘abidah itu bagaikan tiang negara yang menyangga
sesebuah negara daripada runtuh.

Sebab itu Rasulullah bersabda :


Untuk menjadi wanita ‘abidah, perindu Allah, tidak semudah menjadi wanita berkerjaya
yang cuma dilatih akalnya. Sedangkan wanita ‘abidah perlukan didikan fizikal, mental
dan jiwanya sekaligus. Mereka bukan sahaja diperkenalkan dengan dunia, tetapi juga
dengan alam barzakh dan alam akhirat. Bahkan juga dikenalkan dengan Allah swt.

Dunia amat perlukan wanita yang tidak lagi menurutkan nafsunya tapi memusatkan
perhatian dan rindunya kepada Zat yang paling hampir dengannya dan terus-menerus
mengawasi hidupnya, Yakni Zat Allah SWT
Sembahyang yang dilakukan merupakan pertemuan dan penyerahan dirinya secara
total kepada Allah. Ia dirasakan terlalu indah dan amat bermakna. Setiap ucapan
dihayati dan dilafazkan dengan penuh kusyuk. Rukun-rukun fi’li dikerjakan dengan
komitmen jiwa yang penuh kehambaan. Dan perilakunya sewatu mengadap Allah,
seolah-olah takut dan hormat sekali. Maka hasil daripada ucapan dan perbuatan dalam
sembahyang, wanita ‘abidah mendapat rasa tawadhuk, tawakkal, rendah diri, takut,
cinta, yakin, rindu dan kagum kepada Allah kekasihnya. Itulah iman dan taqwa.

Orang yang berakhlak sahaja yang boleh bahagia tatkala ditimpa ujian. Tanpa akhlak,
tidak akan ada seorang pun manusia yang dapat merasa bahagia hidup di dunia.
Kerana, hidup ini memang tidak akan lepas daripada ujian. Siapa yang tidak bahagia
dunia nescaya tiada harapan untuk bahagia di akhirat.

Gabungan rasa-rasa itu mencetuskan akhlak yang sangat agung; sabar, redha,
penyayang, pemaaf pemurah, rendah diri dan lain-lain lagi. Akhlak-akhlak yang mulia
ini lebih mahal daripada sijil dan harta-harta duniawi, sebab ia dapat mncegah daripada
perbuatan keji dan mungkar .

Bila seseorang itu kenal akhirat dan Allah, dunia ini menjadi kecil baginya. Hidupnya
tidak lagi untuk memburu dunia tetapi memburu syurga di akhirat. Mereka tidak lagi
merindukan kenikmatan sementara tetapi mengalihkan rindunya kepada Allah swt.
Umur dihabiskan untuk beribadat kepada Allah. Apa juga kerja yang dibuat, semuanya
untuk dan kerana Allah. Dan itulah yang Allah minta untuk kita lakukan. Firman Nya:
“Dunia ialah perhiasan. Sebaik-baik hiasan ialah wanita solehah.”

“ Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah, Tuhan


seru sekalian alam. ”