Vous êtes sur la page 1sur 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR

PENGANTAR PENDIDIKAN PN 3311D1

Nama Pelajar : Pu Mei Ling

No. Kda Pengenalan : 911111-05-5440

Unit dan Semester : PPISMP BC/PJ/KS 2 (SEM 3)

Tarikh Soalan Kerja Kursus Diedarkan : 17/8/2010

Tarikh Kerja Kursus Dihantar : 3/9/2010


Nama Pensyarah : Dr. Cheng Fun Keoh
Isi Kandungan

Bil. Perkara Muka Surat

1. Pengenalan 1-2

2. Modal Konseptual Pendidikan Guru

2.1 Tiga Paksi Pendidikan Guru

2.1.1 Ketuhanan

2.1.2 Kendiri

2.1.3 Kemasyarakatan 3-5

2.2 Tiga Domain Asas Modal Konseptual Pendidikan


Guru

2.2.1 Pengetahuan

2.2.2 Kemahiran

2.2.3 Nilai

3. Lima Ciri Guru Berkualiti dalam Pembentukan


Pembangunan Modal Insan Yang Seimbang

3.1 Memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik

3.2 Perlu bergerak pantas sepantas perkembangan dan


kehendak dunia masa kini
6-10
3.3 Memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan
nilai, norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang

3.4 Bersedia menjunjung aspirasi negara dan


menyanjung warisan kebudayaan negara

3.5 Bertanggungjawab terhadap Tugas Mengajar

4. Penutup 11

5. Refleksi 12-13

6. Rujukan 14
7. Lampiran 15-16

1.0 Pengenalan

Pendidikan atau Education berasal daripada perkataan Latin educare


yang bermaksud mengasuh, memelihara serta membimbing murid-murid
supaya mereka dapat mengembangkan JERIS ( Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek dan Sosial) dengan baik. Pendidikan juga merupakan aktiviti-aktiviti
yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-
murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan
menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam
masyarakatnya pada masa depan.

Profesion guru ialah satu jawatan yang professional. Sebagai guru


yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati,
bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion
ini. Guru juga perlu sentiasa berfikiran positif dan menjadi lebih baik daripada
sebelumnya supaya dijadikan teladan yang baik kepada murid-murid. Selain
itu, dia dia mesti mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah
penyampaian yang cekap seta mempunyai sahsiah yang elok dan bersikap
dedikasi. Hai ini demikian kerana guru ialah ahli masyarakat yang mempunyai
perhubungan sosial yang saling berkait dengan masyarakat yang berstatus.
Selain

Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah


Pendidikan Guru (FPG) . Falsafah ini menjadi suluh yang memberi pedoman
dan hala tuju kepada segara usaha pendidikan. Menurut Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Falsafah ini menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala tuju
kepada segara usaha pendidikan.

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang dinyatakan berikut akan


menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan
pendidikan guru: “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung aspirasi
Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.” Matlamatnya adalah untuk
menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, social dan
amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai
keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk
pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.
2.0 Model Konseptual Pendidikan Guru

Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berdasarkan dasar-


dasar Negara, rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Model ini merangkumi akauntabiliti guru di
bawah tiga dimensi utama, iaitu ketuhanan,kendiri dan kemasyarakatan. Di
bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini
merangkumi tiga domain asas, iaitu pengetahuan, nilai dan kemahiran. Di
samping itu, Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat
mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi
rohani, emosi, intelek dan jasmani

2.1 Tiga Paksi Model Pendidikan


Falsafah pendidikan guru berkonsepkan tiga paksi utama iaitu
ketuhanan,kemasyarakatan dan Kendiri. Ketiga-tiga paksi ini
menggambarkan suatu usaha untuk membina kekuatan dan ketahanan diri
guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan
bermasyarakat.

2.1.1 Ketuhanan
Konsep ketuhanan dalam Model Konseptual Pendidikan Guru ialah
menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu
sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama. Seseorang
guru haruslah sentiasa meningkatkan kepercayaan agamanya dan
mengamalkan ajaran agamanya supaya tidak melakukan kesalahan
seterusnya menyebarkan ilmu serta ajaran agama kepada murid-murid.
Ini membolehkan murid-murid menghayati nilai-nilai murni yang terdapat
dalam ajaran agama.
2.1.2 Kendiri
Konsep kendiri menjurus kepada pembinaan daya ketahanan,
patriotisme, pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah dan
berpekerti mulia. Sebagai seorang guru yang professional, ia perlu
memiliki, memahami dan mengamalkan nilai, norma serta etika
perkhidmatan yang cemerlang.

2.1.3 Kemasyarakatan
Konsep kemasyarakatan menekankan peranan guru sebagai
pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan. Seseorang guru wajib
menyedari peranan mereka sebagai pendidik dan tanggungjawab mereka
untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi JERIS.

2.2 Tiga Domain Asas Model Konseptual Pendidikan Guru


Model Konseptual Guru yang menekankan kepentingan tiga aspek asas
iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan merentasi semua
disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan serta merangkumi
perkembangan seimbang dari segi JERIS.

2.2.1 Pengetahuan
Pengetahuan merangkumi pengetahuan am dan pengetahuan dalam
mata pelajaran dalam KBSM serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Oleh
itu, guru mestilah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku
rujukan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar untuk
menyiapkan diri sendiri dengan pelbagai ilmu. Denan itu, guru boleh
menjana idea yang baru dan menarik bagi murid-murid berfikir
mengenainya.
2.2.2 Kemahiran
Kemahiran merangkumi kemahiran ikhtisas yang menjurus kepada
kemahiran berkomunikasi, kemahiran belajar, kemahiran berfikir, literasi
komputer dan pedagogi dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran. Guru juga perlu memberi tumpuan kepada
pengintegrasian teknologi maklumat dalam pelaksanaan kurikulum.
Secara konklusi, saya berbendapat bahawa seseorang guru perlu
berusaha untuk menjadi komunikator yang cemerlang dan mampu
memudahkan idea-idea yang kompleks supaya difahami oleh semua
orang .

2.2.3 Nilai
Nilai merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai
murni keguruan yang menampilkan sahsiah dan perlakuan sebagai guru
yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif,
kreatif, berketrampilan dan berwibawa serta patuh kepada profesion
perguruan. Sehubungan dengan itu, guru haruslah sentiasa menyemai
dan memupuk amalan nilai-nilai murni sekaligus mematuhi etika keguruan
yang dijadikan panduan kepada setiap guru. Sebagai hasilnya, seseorang
guru itu akan lebih bersikap adil terhadap setiap muridnya dan boleh
bekerjasama dengan semua orang seterusya mempunyai hubungan yang
baik dengan semua pihak.
3.0 Lima Ciri Guru Berkualiti dalam Pembentukan

Pembangunan Modal Insan yang Seimbang

“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran,


dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi
dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
cemerlang secara berterusan.” – Buku Terma Rujukan konsep Guru
Cemerlang. Mantan perdana menteri , Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad
Badawi telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap
usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan
generasi hadapan. Modal insan merupakan individu yang berilmu,
berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi
pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat,
bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing.

3.1 Memiliki Ketrampilan Diri sebagai Pendidik

Guru merupakan insan yang mengajar ilmu kepada murid-murid dan


membentuk seseorang murid itu. Oeh itu, guru juga boleh dikenali sebagai
orang yang menentukan hala tuju Negara pada masa hadapan. Langkah
pertama untuk membentuk ketrampilan guru ialah setiap guru perlu
mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan sama ada ilmu tradisional atau ilmu
moden. Hal ini adalah kerana guru penyebarkan ilmu kepada para pelajar
untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan menjadi warganegara
yang berilmu. Guru juga boleh menyemai budaya membaca dalam kalangan
murid.
Seseorang guru yang berkualiti juga mempunyai kefahaman dasar dan
aspirasi negara yang jelas dan mantap. Dengan itu, ia boleh dijadikan
panduan kepada mereka ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran
( p&p). Mereka juga ada hala tuju yang jelas untuk mengajar. Selain itu, guru
perlu mempunyai pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta
kaedah pengurusan terkini. Hal ini demikian kerana kemahiran pengajaran
dan penyampaian yang menarik dapat menarik perhatian murid-murid
selanjutnya menambah ingatan mereka terhadap apa yang guru tersebut
sampaikan.

Guru yang berketrampilan diri merupakan guru yang bersahsiah tinggi


dan beretika cemerlang. Ini bermakna guru tersebut perlu memiliki peribadi
dan personaliti yang terpuji malah boleh mengawal sifat mementingkan diri
sendiri. Sifat ini mendorong guru menjalankan kewajipan dengan lebih adil,
saksama, waras, dan bertimbang rasa. Guru berkeupayaan menjadikan nilai
ini sebagai amalan dan mewujudkan budaya saling menghormati.Guru harus
sentiasa tabah, bersemangat, cekal,berpandangan jauh, tenang, dan lapang
dada dalam urusan menjalankan kewajipan. Ia dapat mengelakkan guru
daripada cepat berputus asa, menyalahkan orang lain, lemah daya tahan dan
berpandangan sempit.

3.2 Perlu Bergerak Pantas Sepantas Perkembangan dan Kehendak


Dunia Masa Kini

Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang


profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang
terkini. Di samping itu, Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah
melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet
untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan
pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid
menggunakan internet sebagai p&p. Kata-kata kedua-dua tokoh telah
menunjukkan kita tentang kepentingan seorang guru itu dapat bergerak
sepantas perkembangan dunia masa kini.

Ini juga dapat dilihat pada pendidikan di Malaysia, kerajaan telah memberi
kemudahan teknologi yang canggih seperti komputer kepada pihak sekolah.
Kebanyakkan guru juga telah mengajarkan murid-murid Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) dan menggunakan kaedah Powerpoint untuk mengajar
murid-murid. Kaedah-kaedah ini sangat efektif untuk memudahkan
pengajaran kepada murid-murid malah murid-murid tersebut juga mudah
untuk menguasai ilmu yang disampaikan oleh murid-murid.

Walau bagaimanapun, kemahiran berfikir dan pemikiran yang konstruktif


perlu ditekankan. Murid-murid mestilah dididik dengan menggunakan daya
fikir tinggi untuk melahirkan murid-murid untuk belajar sepanjang hayat dan
mempunyai modal intelektual tinggi bagi menghadapi era globalisasi. Bukan
itu sahaja, guru tidak harus ketinggalan zaman kerana dunia hanya akan
bertambah maju dan bukannya bertambah mundur. Permintaan ibu bapa dan
masyarakat terhadap guru juga lebih tegas. Oleh itu, guru harus bergerak
sepantas perkembangan dunia masa kini kerana ini adalah salah satu cara
untuk melahirkan modal insan yang pandai ICT dan mampu berdaya saing
pada peringkat antarabangsa.

3.3 Memiliki, Memahami, Menghayati dan Mengamalkan Nilai, Norma dan


Etika Perkhidmatan yang Cemerlang

Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda.


Menurut Ragbir Kour (2007), guru harus membentuk murid-murid untuk
memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi
dengan menjadi teladan kepada murid-murid. Bak kata pepatah, bagaimana
acuan bagaimana kuihnya. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti
peribadi baik supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan
sempurna kerana tindakan guru itu akan diterapkan dalam jiwa murid-murid.

Sebagai guru yang mengamalkan etika perkhidmatan yang cemerlang,


guru perlu menjalankan tugasnya dengan amanah. Mereka harus menjiwai
nilai ini agar membina gaya kerja yang lebih cekap, cepat, berkesanan dan
sempurna. Selain itu, guru perlu menambah ilmu dan kemahiran sekali gus
meningkatkan mutu kerja. Amalan ini berupaya mengelakkan guru bekerja
sambil lewa, malas, ingkar perintah, dan menyalah gunakan harta kerajaan.
Tabiat berhemat, sabar, bersopan santun juga merupakan amalan mulia yang
perlu diamalkan oleh setiap guru bagi melahirkan modal insan yang seimbang
dari segi JERIS.

3.4 Bersedia Menjunjung Aspirasi Negara dan Menyanjung Warisan


Kebudayaan Negara

Guru perlu menyedari tugas dan tanggungjawab mereka terhadap


Negara. Mereka diberi tugas untuk mendidik para murid agar menjadi
seorang yang cinta akan negara dan boleh hidup dalam satu masyarakat
yang berbilang kaum. Hal ini adalah kerana budaya mewakili integriti rakyat
Malaysia. Guru harus menjalankan tugasnya dengan menyebarkan dasar dan
matlamat negara. Mereka juga tidak boleh menyebarkan ajaran yang tidak
tepat yang akan merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat dan negara.

Selain itu, guru perlu menghargai dan berusaha mengekalkan warisan


kebudayaan negara yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita. Hal ini
demikian kerana budaya adalah warisan yang amat penting dan patut
dihargai oleh setiap rakyat Malaysia. Oleh itu, guru perlu memainkan
peranannya untuk mengajar murid-murid supaya bersama-sama melindungi
dan mengamalkan warisan kebudayaan negara. Ini dapat mengekalkan
kesejahteraan dan perpaduan kaum bagi mewujudkan suasana yang lebih
selesa yang dapat melahirkan modal insan yang dapat bertolak ansur dan
beretika.

3.5 Bertanggungjawab terhadap Tugas Mengajar

Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran


bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses
dan objektif pembelajaran. Oleh itu, guru harus mempunyai kemahiran dalam
memilih strategi yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Ini adalah kerana penggunaan kaedah dan teknik mengajar
yang tepat dapat menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan.

Di samping itu, guru perlu sentiasa mengukur kemajuan dengan


mengadakan kuiz dan memberikan maklum balas kepada murid-murid. Guru
juga boleh menggalakkan murid-murid untuk bertanyakan soalan mengenai
isi pelajaran yang telah disampaikan untuk menambah ingatan murid-murid.
Bukan itu sahaja, guru harus merancang pengajaran terlebih dahulu kerana ia
memerlukan masa untuk menganalisis objektif dan isi kandungannya,
menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan
kemahiran mengajar, penyediaan bahan-bahan pelajaran, dan merancang
serta melaksanakan pengajaran. Ini membolehkan p&p guru itu berjalan
dengan lancar dan lebih berkualiti. Ia dapat membina modal insan yang
berilmu, berkeyakinan, bermoral dan berdaya saing.
4.0 Penutup

Pendek kata, pendidikan dapat dirumuskan sebagai suatu proses atau


aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan aspek JERIS seseorang serta
menambahkan aspek kognitif, afektif dan psikomotor mereka supaya dapat
memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupan mereka, serta
masyarakat, bangsa dan negara. Justeru itu, pendidikan merupakan proses
yang dapat mengubah tingkah laku manusia ke arah pencapaian tingkah laku
positif.

Pendidikan adalah amat penting kerana ia dapat melahirkan individu yang


boleh memberi sumbangan terhadap pembentukan semula masyarakat,
mengawal persekitarannya dan memelihara tradisi hidup. Selain itu, individu
yang berpendidikan boleh menentukan objektif-objektifnya sendiri,
memperkaya serta menghalusi kebudayaan dan juga bertanggungjawab
terhadap kebajikan masyarakat. Pendidikan juga membolehkan seseorang itu
untuk memahami asas hidup bermasyarakat.

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK) , pendidikan ialah


usaha bagi melahirkan rakyat Malaysia yang boleh memperkembangkan
potensinya dari segi intelek, rohani, sosial, emosi dan jasmani secara
menyeluruh dan bersepadu. Sehubungan dengan itu, insan yang seimbang
dan harrmonis dapat dilahirkan. Mereka amat teguh dalam agama, berakhlak
mulia dan boleh menghayati ilmu pengetahuan. Bukan itu sahaja, mereka
juga mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram serta ketahanan diri yang
kuat.

Secara keseluruhannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK) dan


Falsafah Pendidikan Guru (FPG) perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap
orang. Selain itu, pendidikan harus dititikberat oleh semua pihak terutamanya
pihak kerajaan dan kementerian pelajaran keranam pendidikan boleh
menghasilkan individu yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek,
jasmani dan emosi.

PU MEI LING

911111-05-5440

Refleksi
Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus
ini dalam masa yang pendek ini. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr.Cheng yang telah banyak
membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Semasa saya
menghadapi masalah ketika membuat kerja kursus ini, saya telah mendapat
bantuan daripada pensyarah. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi sokongan dan pendapat
kepada saya.

Setelah mendapat tugasan, saya berasa amat bimbang dan tertekan


kerana saya tidak faham tentang kehendakan tugasan yang diberikan.
Mujurlah, Dr. Cheng telah memberi penerangan yang teliti kepada kami.
Selepas itu, saya pun bermula mencari maklumat yang berkaitan dengan
melayari internet atau mencari buku rujukan di perpustakaan. Walaupun ini
tugasan secara individu, tetapi saya juga mengadakan perbincangan dengan
rakan-rakan sekiranya terdapat ketidakfahaman. Saya juga menghadapi
kesuntukan masa kerana saya perlu menyertai latihan koir dan grafik manusia
untuk sambutan merdeka. Sehubungan itu, saya pun membuat kerja kursus
ini tanpa berlengah-lengah.

Melalui kerja kursus ini, saya telah mempelajari banyak perkara yang
berguna. Yang primer ialah definisi konsep pendidikan dari segi barat, islam,
dan timur serta matlamatnya. Saya juga telah mempelajari tentang Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Walau
bagaimanapun, pengajaran yang terpenting telah saya peroleh dalam
menyiapkan kerja kursus ini ialah peranan penting seorang guru. Guru
seharusnya bertanggungjawab, bersifat penyayang , sabar dan menepati
masa. Di samping itu, guru perlu mempunyai sikap terbuka dan fikiran yang
positif. Guru juga harus berfikiran kreatif kerana ia boleh menjana idea-idea
yang baru dan menarik. Jika tanpa kemahiran pengajaran yang menarik,
murid-murid akan mula berasa bosan dan benci tentang mata pelajaran yang
diajar itu. Saya juga sedar bahawa adalah sangat sukar untuk menjadi
seorang guru yang berkualiti kerana perlu menyiapkan diri sendiri dengan
segala ilmu pengetahuan.

Akhir sekali, saya berasa gembira kerana dapat menyiapkan kerja


kursus ini dalam masa yang ditetapkan. Saya mengucapkan terima kasih
sekali lagi kepada pensyarah dan rakan-rakan kerana sudi memberi tunjuk
ajar dan penjelasan dengan sabar kepada saya ketika saya menghadapi
masalah dalam proses menyiapkan kerja kursus.
Rujukan

1) Ee Ah Meng (2003), Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan


Ikhtisas, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Selangor.
2) Mok Soon Sang (2010), Penghantar Pendidikan Teras. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd, Subang Jaya.
3) Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007), Panduan Ulangkaji
Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd , Kuala Lumpur.
4) Ee Ah Meng (1995), Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2.
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Selangor.
5) Dr Ismail Zain (24/02/2008), Pendidikan Bertaraf Dunia Ke Arah
Pembestarian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.
http://www.tutor.com.my/ (17/8/10)

6) http://wanipintar.blogspot.com/2009/07/definisi-pendidikan-secara-
umum.html (17/8/10)

7) http://www.pmo.gov.my/modalinsan/index.html (18/8/10)

8) http://foonyew2.wordpress.com/2010/01/11/apa-itu-guru-cemerlang/
(18/8/10)

9) http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan (18/8/10)
10) http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php (18/8/10)

11) http://www.scribd.com/doc/3828278/Falsafah-Pendidikan-Guru (18/8/10)

12) http://www.scribd.com/doc/3294487/ciri-guru- (18/8/10)

13) http://permatapemulihan.blogspot.com/2010/03/ciri-ciri-yang-perlu-dimiliki-

oleh.html (18/8/10)
Lampiran

1. http://www.pmo.gov.my/modalinsan/index.html

PENGENALAN
Y.A.B. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah
mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha
membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi
hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling
penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara
Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang
WAWASAN 2020.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha


menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan
dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan
merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan
moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin,
dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal
dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul.
Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.

Petikan: Buku Rasmi Tahunan Malaysia 2006 oleh Jabatan Penerangan


Malaysia.

2. http://foonyew2.wordpress.com/2010/01/11/apa-itu-guru-cemerlang/

“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan

kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang


pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi
dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
cemerlang secara berterusan.” – Buku Terma Rujukan konsep Guru
Cemerlang.

Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang


tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan
cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam
pengajaran di bilik darjah.

Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar


dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan
pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan


mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru
gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang:

 Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata


pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
 Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
 Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
 Meningkatkan motivasi guru.
 Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman
dan kemahiran Guru Cemerlang.
 Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan
pelajaran.
 Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas
mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
 Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih
tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

Vous aimerez peut-être aussi