Vous êtes sur la page 1sur 10

Page |1

1. Matrik SPACE

Matrik ini adalah singkatan daripada perkataan Strategic Position and Action Evaluation atau
dalam Bahasa Melayu Penilaian Kedudukan Strategik dan Tindakan. Matrik ini menggunakan
empat kuadran untuk membantu memilih strategi agresif, konservatif, defensif atau kompetitif
(Gambar Rajah 1.1).

Gambar Rajah 1.1: Bentuk Matrik SPACE

-6 ES

Konservatif Aggresif
Matrik ini terbahagi kepada dua dimensi iaitu dalaman dan luaran. Dimensi dalamannya
merujuk kepada faktor Kekuatan Kewangan, Financial Strength (FS) dan Kelebihan Kompetitif,
Competitive Advantage (CA). Dimensi luarannya pula merujuk kepada faktor Kestabilan
Persekitaran, Environmental Stability (ES) dan Kekuatan Industri, Industry Strength (IS). Empat
faktor ini di samping subfaktor masing-masing menjadi asas kepada penentuan kedudukan
strategik syarikat dalam pasaran. Jadual 1.1 menunjukkan huraian
Defensif untuk contoh matrik ini.
Kompetitif

Jadual 1.1: Contoh Faktor dan Subfaktor dalam Matrik SPACE

KEDUDUKAN STRATEGIK: DALAMAN KEDUDUKAN STRATEGIK: LUARAN


KEKUATAN KEWANGAN (FS) KESTABILAN PERSEKITARAN (ES)
 Pulangan atas pelaburan  Perubahan teknologi
 Hutang  Kadar inflasi
 Kecairan  Kepelbagaian permintaan
 Modal kerja  Jurang harga barang saingan
 Tunai  Halangan memasuki pasaran
 Mudah untuk keluar pasaran  Tekanan pesaing
 Risiko yang terdapat dalam industri  Keanjalan antara harga dan penawaran
KELEBIHAN KOMPETITIF (CA) KEKUATAN INDUSTRI (IS)
 Penguasaan pasaran  Potensi untuk berkembang
Page |2

 Kualiti produk  Potensi untuk membuat keuntungan


 Jangka hayat produk  Kestabilan kewangan
 Kesetiaan pelanggan  Pengetahuan tentang teknologi
 Penggunaan kekuatan dalam bersaing  Penggunaan sumber
 Pengetahuan tentang teknologi  Kadar kitaran modal
 Kawal pembekal dan pengedar  Pengeluaran dan penggunaan kapasiti

Asas sumbangan matrik ini terhadap syarikat adalah bergantung kepada ketepatan perancang
strategi menilai setiap faktor dan subfaktor di atas ataupun faktor-faktor lain yang dirasakan
relevan. Keadaan ini jelas sekali menunjukkan akan keperluan memilih ilmu pengetahuan yang
tinggi tentang industri yang diceburi itu.

Berikut adalah cara melaksanakan matrik SPACE:

1. Kenal pasti sekumpulan pemboleh ubah yang mengandungi faktor Kekuatan Kewangan
(FS), Kelebihan Kompetitif (CA), Kestabilan Persekitaran (ES) dan Kekuatan Industri
(IS).
2. Letakkan nilai untuk setiap pemboleh ubah tersebut. Nilaikan setiap pemboleh ubah
untuk faktor FS dan IS dari +1 (terburuk) hingga +6 (terbaik). Manakala faktor ES dan
CA dari -1 (terbaik) dan -6 (terburuk).
3. Campurkan skor purata untuk FS, IS, ES dan CA dengan menjumlahkan nilai yang
diberikan ke atas setiap pemboleh ubah di setiap bahagian tersebut dan selepas itu
dibahagikan dengan jumlah pemboleh ubah yang terdapat di dalam dimensi yang
berkenaan.
4. Letakkan skor purata untuk FS, IS, ES dan CA di paksi yang sebaiknya di Matrik SPACE.
5. Lakar satu garisan yang bermula dari pusat Matrik SPACE ke titik pertemuan baru.
Garisan baru inilah yang menerangkan jenis strategi yang harus diamalkan oleh syarikat.
Berikut adalah jenis-jenis strategi yang boleh dipilih oleh syarikat apabila garisannya
berada di salah satu kuadran tersebut (Jadual 1.2).

Jadual 1.2: Jenis-jenis Strategi dan Kuadran dalam Matrik SPACE

KUADRAN KONSERVATIF KUADRAN AGGRESIF


1. Strategi penembusan pasaran 1. Strategi penembusan pasaran
Page |3

2. Strategi perkembangan pasaran 2. Strategi perkembangan pasaran


3. Strategi pembangunan produk 3. Strategi pembangunan produk
4. Strategi pelbagaian konsentrik 4. Strategi integrasi ke belakang
5. Strategi integrasi ke hadapan
6. Strategi integrasi mendatar
7. Strategi pelbagaian konglomerat
8. Strategi pelbagaian konsentrik
9. Strategi pelbagaian mendatar
KUADRAN DEFENSIF KUADRAN KOMPETITIF
1. Strategi pembuangan pekerja 1. Strategi integrasi ke belakang
2. Strategi pelbagaian konsentrik 2. Strategi integrasi ke hadapan
3. Strategi pelupusan 3. Strategi integrasi mendatar
4. Strategi pembubaran 4. Strategi penembusan pasaran
5. Strategi pembangunan pasaran
6. Strategi pembangunan produk
7. Strategi usahasama

Berikut adalah huraian untuk garisan di setiap kuadran:

1. Garisan di kuadran aggresif


Syarikat yang terletak di kuadran ini diklasifikasikan sebagai berada dalam kedudukan
yang paling baik untuk memaksimumkan kelebihan kekuatan dalamannya. Pada
kedudukan ini syarikat mempunyai keupayaan paling tinggi untuk mengeksploitasi
peluang, mengekang ancaman dan di masa yang sama mengatasi kelemahan yang ada.

2. Garisan di kuadran konservatif


Syarikat yang berada di kuadran ini boleh diklasifikasikan sebagai masih berada daam
kedudukan yang baik walaupun ia banyak bergantung kepada kelebihan asasnya.
Sekiranya syarikat berasa selesa pada kedudukan ini maka ia boleh dikategorikan
sebagai syarikat yang tidak berani mengambil risiko.
Page |4

3. Garisan di kuadran defensif


Syarikat yang berada di kuadran ini pula boleh diklasifikasikan sebagai berada dalam
keadaan tertekan di mana ia harus berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki
kelemahan dalamnya dan di samping itu berusaha menghindarkan diri dari ancaman
yang terdapat di persekitaran luarannya.

4. Garisan di kuadran kompetitif


Syarikat yang terletak di kuadran ini pula dikenali sebagai syarikat yang berada pada
kedudukan kompetitif. Ia patut mengeksploitasi kekuatan yang dimiliki untuk merebut
segala peluang yang wujud di persekitarannya.

Secara keseluruhannya pilihan-pilihan yang dinyatakan di atas adalah sebahagian


daripada jenis-jenis strategi yang boleh dilaksanakan oleh syarikat-syarikat. Di samping itu
strategi yang sama boleh juga diguna pakai di kuadran lain. Pertindihan sebegini tidak menjadi
masalah selagi syarikat mempunyai asas yang jelas untuk menggunakan strategi tersebut di
satu-satu kuadran itu. Jadual 1.3 adalah contoh Matrik SPACE untuk sebuah syarikat
pembinaan.

Jadual 1.3: Contoh Matrik SPACE untuk Sebuah Syarikat Pembinaan

Kekuatan Kewangan (FS) Kadar


1. Nisbah modal asas ialah 8% di mana lebih 2% dari nisbah yang dikehendaki 4.0
iaitu 6%. 1.0
2. Pulangan atas harta ialah -1, berbanding dengan nisbah purata sektor
pembinaan di mana nisbahnya ialah +1. 4.0
3. Pendapatan bersih syarikat ialah RM200 juta, naik 4% dari tahun sebelumnya. 4.0
4. Jualan syarikat meningkat sebanyak 5% kepada RM1 billion. 13.0
Kekuatan Industri (IS)
1. Pelupusan peraturan memberikan kebebasan dari segi perkembangan 4.0
barangan. 3.0
2. Pelupusan meningkatkan persaingan dalam industri. 4.0
3. Kerajaan menggalakkan penggabungan. 11.0
Kestabilan Persekitaran (ES)
1. Negara membangun sedang menghadapi kadar inflasi yang tinggi di samping -4.0
Page |5

politik yang tidak stabil.


2. Syarikat induk terlalu bergantung kepada sektor perladangan dan sektor ini -4.0
sekarang dalam keadaan amat tertekan.
3. Pelupusan peraturan telah menyebabkan ketidakstabilan dalam industri -4.0
-12.0
Kelebihan Kompetitif (CA)
1. Syarikat mempunyai 11 projek di 11 bandar utama di Malaysia. -2.0
2. Syarikat pembinaan yang lebih besar semakin rancak membina projek baru. -4.0
3. Syarikat mempunyai jumlah pelanggan yang besar. -3.0
-9.0
Kesimpulan
Purata ES ialah: -12/3 = -4.0 Purata IS ialah: +11/3 = +3.66
Purata CA ialah: -9/3 = -3.0 Purata FS ialah: +13/4 = +3.23 0.66

Titik pertemuan di paksi x ialah: -3.00 + (+3.66) = 0.66 -0.75


Titik pertemuan di paksi y ialah: +3.25 + (-4.00) = -0.75
Kompetitif
Syarikat berada dalam kuadran kompetitif.

Kekuatan Matrik SPACE

o Mengkategorikan jenis-jenis strateginya dengan jelas.


o Mampu membantu syarikat mengenal pasti jenis strategi terbaik yang boleh
dilaksanakan.
o Landasan pembinaan strategi lebih khusus kerana ia hanya mengambil kira faktor
kekuatan kewangan, kestabilan persekitaran, kelebihan kompetitif dan kekuatan
industri. Keadaan seperti ini mampu mempercepatkan proses pembinaan strategi.
o Pendekatan menggunakan pemberat mampu membantu syarikat membuat keputusan
dengan lebih spesifik.
o Mudah dan boleh digunakan oleh semua jenis syarikat.

Kelemahan Matrik SPACE

o Terlalu memfokus kepada faktor seperti kekuatan kewangan, kestabilan persekitaran,


kelebihan kompetitif dan kekuatan industri sahaja. Pendekatan ini menghalang
Page |6

perancang strategi daripada melihat persekitaran dalaman dan mluaran dari konteks
yang lebih luas.
o Pendekatan menggunakan pemberat untuk setiap faktor boleh menyebabkan berlaku
ketidakadilan dalam menilai sesuatu faktor itu. Kecuaian pada peringkat ini boleh
member kesan kepada jenis strategi yang sepatutnya dilaksanakan dan di masa yang
sama ia boleh menjejaskan prestasi keseluruhan syarikat.

2. The Grand Strategy Matrix

Matrik ini merupakan satu daripada matrik-matrik yang popular di kalangan perancang
strategi. Matrik ini mempunyai empat kuadran dan setiap kuadran tersebut terdapat
beberapa jebnis strategi yang boleh dijadikan pilihan oleh syarikat dalam merealisasikan
objektif, misi dan visinya. Asas pembentukaan kuadran-kuadran ini terbahagi kepada
dua faktor iaitu kedudukan kompetitif dan perkembangan pasaran.

Secara amnya Kuadran I merupakan kuadran paling baik kerana di kedudukan ini
syarikat mempunyai kekuatan dalaman yang boleh digunakan untuk mengeksploitasi
peluang yang wujud di pasaran. Antara strategi-strategi yang boleh digunakan ialah
pembangunan produk, integrasi ke hadapan, integrasi ke belakang, pengembangan
pasaran di samping yang lain-lain iaitu seperti yang telah dinyatakan di atas.

Untuk Kuadran II pula menunjukkan syarikat berada di kedudukan yang kurang


baik atau dengan kata lain syarikat tidak mendapat faedah yang banyak dari
Page |7

pertumbuhan yang berlaku dalam pasaran. Satu kajian komprehensif mengenai sebab-
sebab sebenar syarikat berada dalam keadaan sedemikian perlu dilakukan. Selepas
kajian itu dibuat maka barulah syarikat boleh mempertimbangkan strategi-strategi
terbaik untuknya. Selalunya strategi-strategi seperti pembubaran, integrasi mendatar,
dan pembangunan produk sering menjadi pilihan syarikat.

Manakala untuk Kuadran III pula menunjukkan bahawa unit perniagaan itu
berada dalam persekitaran yang rendah pertumbuhan pasarannya dan di masa yang
sama ia turut berada dalam kedudukan yang tidak cukup kompetitif. Untuk
mendapatkan gambaran yang jelas memerlukan kajian komprehensif tentang sebab-
sebab mengapa ia menjadi tidak kompetitif. Antara strategi yang boleh dilaksanakan
selepas kajian dilakukan ialah pembubaran, pembuangan pekerja, diversifikasi dan lain-
lain strategi yang dianggap wajar.

Akhir sekali ialah Kuadran IV iaitu kuadran yang menunjukkan syarikat yang
berada dalamnya mempunyai kekuatan dan daya saing yang baik tetapi kadar
pertumbuhan pasaran produk adalah rendah. Dengan kata lain kuadran ini adalah
kuadran menuai. Syarikat tidak perlu membuat banyak aktiviti promosi untuk produk
yang dihasilkan oleh unit perniagaannya kerana produk itu boleh terjual dengan
sendirinya. Namun begitu syarikat perlu segera membangunkan produk baru ataupun
menceburi industri baru sekiranya industri tersebut memang tidak mempunyai masa
depan lagi. Strategi-strategi seperti integrasi mendatar, kerjasama, pakatan strategik
disamping yang lain-lain wajar diberi pertimbangan.

Secara keseluruhannya keberkesanan strategi-strategi ini bergantung kepada


kemampuan syarikat mengenal pasti dua faktor utama itu disamping subfaktor untuk
setiap satunya secara komprehensif tetapi tidaklah sehingga terperangkap dengan
dilema paralysis by analysis. Gambar Rajah 2.1 menunjukkan strategi-strategi yang
sesuai mengikut kuadran.
Gambar Rajah 2.1: The Grand Strategy Matrix

Pertumbuhan Pasaran Cergas


Page |8

Kuadran II Kuadran I
1. Pembangunan pasaran 1. Pembangunan pasaran
2. Penembusan pasaran 2. Penembusan pasaran
3. Pembangunan produk 3. Pembangunan produk
4. Integrasi mendatar 4. Integrasi ke hadapan
5. Diversifikasi 5. Integrasi ke belakang
6. Pembubaran 6. Integrasi mendatar
Kedudukan 7. Diversifikasi konsentrik Kedudukan
Kompetitif Kuadran III Kuadran IV Kompetitif
Lemah Kuat
1. Pembuangan pekerja 1. Diversifikasi konsentrik
2. Diversifikasi konsentrik 2. Diversifikasi mendatar
3. Diversifikasi mendatar 3. Diversifikasi konglomerat
4. Diversifikasi konglomerat 4. Usahasama
5. Pembubaran

Pertumbuhan Pasaran Perlahan


Gambar Rajah 2.2: Contoh The Grand Strategy Matrix bagi Syarikat Coca-cola
Page |9

Pertumbuhan Pasaran Cergas

Kuadran II Kuadran I

Kedudukan Kompetitif Lemah Kedudukan Kompetitif Kuat

Kuadran III Kuadran IV

Pertumbuhan Pasaran Perlahan

Syarikat Coca-Cola dikenal pasti mempunyai angka-angka yang meletakkannya di kedudukan


Kuadran I (Gambar Rajah 2.2). Pihak pengurusan syarikat harus focus kepada pasaran semasa
dan mencapai perkembangan dengan mengaplikasikan strategi pembangunan produk,
pembangunan pasaran dan penembusan pasaran. Syarikat Coca-Cola mempunyai sumber-
sumber yang banyak dan mempunyai kelebihan persaingan yang membolehkan mereka
mencapai pertumbuhan dengan megaplikasikan strategi integrasi ke hadapan dan integrasi ke
belakang. Syarikat ini juga boleh mengaplikasikan strategi-strategi diversifikasi berkaitan untuk
mengurangkan risiko dengan portfolio atau barisan produk yang luas.  Syarikat Coca-Cola boleh
mengambil faedah terhadap peluang-peluang luaran yang terdapat dalam pelbagai bidang. Ia
juga boleh mengambil risiko untuk menjadi aggresif jika perlu.

Kekuatan The Grand Strategy Matrix


P a g e | 10

o Mampu membantu perancang strategi menilai medudukan sebenar unit perniagaan itu
dengan mudah kerana pendekatannya yang ringkas dan jelas.
o Cadangan strategi yang terdapat dalam setiap kuadran mampu membantu perancang
strategi membuat keputusan pemilihan strategi dengan lebih pantas.
o Lebih mudah berbanding beberapa matrik lain kerana ia tidak menggunakan pemberat
dalam menilai kepentingan sesuatu faktor itu.

Kelemahan The Grand Strategy Matrix

o Terlalu meringkaskan faktor-faktor yang dinilai.


o Menggunakan faktor kadar pertumbuhan industri dan kelebihan kompetitif sahaja
sebagai asas pembinaan strategi mungkin tidak dapat member gambaran tentang
konteks sebenar persekitaran dunia perniagaan hari ini.

Rujukan

Abdullah, H. H. (2006). Pengurusan Strategik: Konsep dan Kes Edisi Kedua . McGraw-Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd.

Grand Strategy Matrix of Coca-Cola. (November, 2010). Retrieved February 4 th, 2011 from,
http://mba-lectures.com/management/strategic-management/1106/grand-strategy-
matrix-of-coca-cola.html

Vous aimerez peut-être aussi