Vous êtes sur la page 1sur 2

PRAKTIKUM FASA

2010
2

PERNYATAAN PROFESIONAL

SEBELUM PRAKTIKUM
NAMA: MOHD WAKIYUDDIN BIN ROSNAN

NO. KAD PENGENALAN: 880303-10-5087

Program praktikum fasa 3 saya kali ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bota
Kanan. Sekolah ini merupakan sekolah berstatus luar bandar dan in merupakan praktikum
pertama saya di kawasan luar bandar. Walaupun mengalami sedikit masalah dari segi
kewangan dan penempatan, saya menganggap perkara ini sebagai satu peluang untuk saya
menimba ilmu. Sudah pasti suasana pengajaran dan pembelajaran akan berubah.

Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi
taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat yang sepatutnya berlangsung sepanjang hari
terpaksa ditunda kepada dua sesi pada hari yang berlainan. Ini disebabkan kekangan masa
dan jadual penceramah yang bertugas. Untuk taklimat praktikum kali ini, penekanan
penceramah yang lebih kepada pembentukan insane guru. Tidak seperti taklimat-taklimat
sebelum ini, penceramah lebih menekankan tentang kepentingan untuk mendalami jiwa
keguruan dan kepentingan guru masa kini dan masa hadapan. Saya sendiri berasa terkesan
dengan penyampaian penceramah yang telah dijemput.

Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan
sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persedian dari segi mental dan fizikal.
Pengalaman praktikum fasa dua yang lalu, sedikit sebanyak membantu saya dalam
persediaan mental untuk menempuh kehidupan sebagai seorang guru praktikum. Perasaan
takut dan kekok bukan lagi masalah tapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah
merupakan aspek yang ingin saya tekankan kelak. Saya juga berharap sepanjang tempoh
praktikum fasa 3 ini, saya akan dapat menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga
Sekolah Kebangsaan Bota Kanan. Untuk persediaan dari segi fizikal pula, saya perlulah
bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari sepanjang tempoh
praktikum. Walaupun jarak antara sekolah dan rumah sewa tidak begitu jauh, saya akan
pastikan kehadiran sepanjang tempoh praktikum adalah konsisten awal.
PRAKTIKUM FASA
2010
2

Untuk praktikum kali ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini
portfolio praktikum setiap minggu tanpa bertangguh. Perkara ini penting agar selepas tamat
praktikum kelak, beban tugasan praktikum tidaklah begitu banyak seperti praktikum
sebelum ini. untuk buku persediaan mengajar pula, dengan bimbingan yang jelas dari unit
praktikum, saya kira tiada masalah dari segi kekeliruan akan timbul dan saya berharap agar
segala perancangan pengajaran yang telah saya rancang akan datang dapat diterima oleh
murid dan objektif pengajaran sepanjang tempoh praktikum ini akan tercapai.

Vous aimerez peut-être aussi