Vous êtes sur la page 1sur 6

NATIONAL COUNCIL TEACHING MATHEMATIC(NCTM)

Presiden NCTM: Hendry Kepner

Menggalakkan pembinaan
visi, kepimpinan dan
profesionalisme dalam
kalangan guru

Saluran untuk orang ramai


menyatakan pendapat Menyumbang kepada
mengenai pendidikan suasana pembelajaran
matematik matematik yang berkualiti

MISI NCTM

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN MATEMATIK NATIONAL COUNCIL TEACHING


MATHEMATICS(NCTM)

1 – PERKONGSIAN
 Suasana perkongsian adalah bergantung kepada usaha untuk melibatkan diri
antara murid, guru, keluarga dan masyarakat.

1
 Semua anggota dalam komuniti pendidikan perlu menghormati dan menghargai
setiap sumbangan antara satu sama lain.
 Pihak sekolah perlu memupuk semua pengalaman, kepercayaan dan cara untuk
meneroka Matematik.
 Semua keperluan bahan untuk pengajaran yang optimum dan perkembangan
individu murid dan guru adalah diperlengkapkan.
 Murid didedahkan dalam suasana yang berhadapan dengan cabaran dan
pengalaman pembelajaran matematik yang bermakna.
 Elemen dalam Perkongsian
Harapan yang tinggi
Menghormati
Memahami
Sokongan moral yang tinggi kepada murid
 Semua perkara dalam elemen ini hendaklah dilaksanakan secara berterusan
dalam pengajaran Matematik bagi memaksimumkan pemerolehan pembelajaran
murid.

2 – KURIKULUM
 Kurikulum yang digubal mestilah berkaitan, berfokuskan kepentingan matematik
dan mengikut perkembangan tahap murid.
 Kurikulum perlu mempunyai perkaitan antara satu topik dan topik yang lain.
 Murid dapat membina perhubungan dan kemahiran antara topik. Maka, murid
akan lebih memahami dengan lebih mendalam dan berkembang.
 Murid perlu diberi peluang untuk meneroka dunia Matematik yang akan
meningkat mengikut tahap perkembangan mereka.

3 - PENGAJARAN
 Guru perlu memahami pengetahuan sedia ada murid dan apa yang mereka perlu
belajar.
 Guru perlu menguasai bidang Matematik yang beliau ajari dan bersikap komited
kepada murid.
2
 Guru perlu mencipta suasana pembelajaran yang menggalakkan budaya
pemikiran matematik.
 Pengajaran yang efektif dalam Matematik:
 Pilih dan guna ABM yang sesuai.
 Gunakan teknik penyampaian arahan yang sesuai.
 Menjalankan penambahbaikan yang berterusan dalam diri guru tersebut.
 Menentukan topik yang hendak difokuskan pada hari itu.
 Mengetahui bagaimana menguruskan murid untuk melakukan aktiviti.
 Menyediakan pelbagai soalan mengikut aras kesukaran.

4 - PEMBELAJARAN
 Murid perlu belajar secara aktif melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada.
 Murid memahami konsep Matematik terlebih dahulu dan kemudian mampu
menggunakannya dalam pelbagai keadaan.
 Cara terbaik dalam penguasaan Matematik ialah dengan cara penggabungan
pemahaman fakta, konsep dan prosedur.
 Pembelajaran perkara asas dalam Matematik adalah penting.
 Apabila murid mula menguasai sesuatu topik, maka dia boleh menyelesaikan
masalah yang berkaitan atau yang lebih sukar.

5 - PENAKSIRAN
 Penaksiran mestilah menyokong kepentingan pembelajaran Matematik dan
membekalkan maklumat penting kepada guru dan murid.
 Melalui penaksiran, guru dapat menentukan kaedah terbaik untuk program
pengayaan sama ada dalam bentuk pemberian bahan rujukan tambahan,
mengajar semula topik yang sukar atau menyediakan sesuatu yang berlainan
kepada murid yang memerlukan latihan tambahan.
 Guru perlu melakukan pelbagai jenis penaksiran agar memperoleh keputusan
yang lebih tepat.
 Guru perlu memastikan semua murid diberi peluang untuk
mendemonstrasikan apa yang telah mereka pelajari.

3
 Contoh penaksiran:
• Soalan
• Temu bual
• Ujian bertulis

6 - TEKNOLOGI
 Teknologi merupakan satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik, ia juga mempengaruhi pengajaran dan memperkukuh pengetahuan
murid.
 Penggunaan komputer dan kalkulator membenarkan murid mempelajari
Matematik
 secara mendalam melalui cara penggunaan yang betul.
 Teknologi juga membantu murid menyelesaikan masalah yang sukar dengan
kemudahan-kemudahan fungsi istimewa.
 Teknologi hanya membantu memudahkan pembelajaran muridtetapi bukan
sebagai guru sebenar.
 Murid perlu memahami sesuatu konsep terlebih dahulu sebelum boleh
menggunakan teknologi.
 Guru pula perlu menentukan bila murid boleh menggunakan teknologi.

NCTM (1980) telah mengemukakan beberapa peranan yang seharusnya dimainkan


oleh para pendidik matematik. Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab
untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan (competence) dalam pangajaran dan
sentiasa berusaha untuk:

o merebut sebarang peluang yang ada untuk menambah pengetahuan dan


kepakaran agar proses mendidik diri sentiasa berterusan.
o melibatkan diri dalam organisasi profesional yang boleh mengembang dan
memajukan program pendidikan, khususnya matematik.

4
o berbincang dan bertukar idea secara membina dengan rakan sejawat
melalui pelbagai media sama ada seminar, bengkel, in-house trainning,
forum, dan sebagainya.
o menjaga dan memelihara profesion perguruan agar sentiasa berada pada
tahap piawaian yang tinggi/standard.

SUMBER RUJUKAN

Jurnal

Hodges T. E.(September, 2008). Fraction Representation: The Not-So-Common


Denominator among Textbooks. Mathematics Teaching in the Middle School
Volume 14, Number 2, pg 78-83. U.S.A: The National Council of Teachers of
Mathematics Inc.

NCTM’s Advocacy for Mathematics Education. Mathematics Teaching in the Middle


School, Volume 14, Number 1, pg 18-20. U.S.A: The National Council of
Teachers of Mathematics Inc.

Internet

 http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com/2010/05/proses-piawaian-nctm-dan-

kaitan-dengan.html

 http://en.wikipedia.org/wiki/National_Council_of_Teachers_of_Mathematics

5
6

Vous aimerez peut-être aussi