Vous êtes sur la page 1sur 14

PENGENALAN

Dalam melaksanakan tugasan yang kedua ini,kami diarahkan untuk mengenalpasti etika
dan keusahawanan dalam bidang perniagaan. Kami telah mengumpul maklumat yang diperlukan
melalui internet serta beberapa buah buku untuk mendapatkan informasi berkaitan dengan etika
dan keusahawanan.

Berkaitan dengan maklumat yang diperolehi kami telah membuat analisa berkaitan
dengan definisi etika adan keusahawanan , etika keusahawanan dalam perniagaan , kepentingan
etika dan jenis etika, amalan etika dan espek keusahawanan , kepentingan keusahawanan dan
usahawan, teori-teori dan model keusahawanan, nilai dan etika usahawan berjaya serta keputusan
dan kesan inovasi teknologi.

Bagi menyiapkan tugasan ini kami saling bekerja keras dan saling bantu- membantu
antara satu sama lain untuk mendapatkan informasi berkaitan dengan tajuk tugasan yang telah
diberikan. Dalam menjalankan tugasan ini kami berharap agar maklumat yang diperolehi dapat
memberi manfaat kepada kami.

DEFINISI:

1
Etika berasal daripada perkataan bahasa Inggeris ‘ethic’ yang bermaksud sikap dan adat
yang menentukan tingkah laku manusia. Etika menurut Velasquez M.G ialah sesuatu aktiviti
yang mengkaji standard moral seseorang atau masyarakat dan persoalan bagaimana standard
tersebut diamalkan atau digunakan didalam kehidupan dan samada standard tersebut baik
atau tidak baik. Manakala dalam kebanyakan kamus mendefinisikan etika sebagai prinsip-
prinsip yang mengawal tingkah laku individu dan kumpulan.

Etika keusahawanan bermaksud piawaian perlakuan, nilai moral yang diterima umum oleh
masyarakat, negara dan agama berhubung dengan sesuatu aktiviti keusahawanan. Etika yang
digunakan untuk menilai tingkah laku sama ada wajar atau tidak wajar atau tidak wajar
dilakukan semasa perhubungan dengan pihak lain.

Kenyataan moral dan etika akan dapat menerangkan perbuatan itu betul atau salah, atau
perbuatan yang sejenis dengannya betul atau salah; ia mampu menyediakan garis perbezaan
antara kebaikan dan keburukan mengenai perbuatan atau kecenderungan seseorang; atau
sekurang-kurangnya ia dapat memajukan garis panduan yang dengannya boleh dibuat
berbagai-bagai pertimbangan moral.
J.L Mackie, 1971

Istilah etika berasal dari perkataan Greek ‘ethos’ yang bermaksud khusus kepada ‘character’
ataupun perwatakan dan keperibadian.
Gluck (1986;176) telah mendefinisikan etika sebagai ‘kajian filosofikal terhadap moraliti’.
Shea (1988;17) pula mendefinisikan etika sebagai ‘prinsip-prinsip bertingkahlaku yang
mengawal individu atau profesyen’ dan sebagai ‘satu standard tngkahlaku’.

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi
dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment)
dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan .

2
ETIKA KEUSAHAWANAN TERHADAP PELANGGAN:

i. Maksud perniagaan yang berorientasikan pelanggan ialah:


Menghasilkan produk atau memberi perkhidmatan yang berkualiti dan tidak menipu
dalam urusan jual beli
Memberi maklumat yang benar tentang sesuatu produk
Tidak memalsukan tarikh luput/menyalahgunakan tanda halal/ pengiklanan yang
mengelirukan/ menyeleweng dan sebagainya.
Mempunyai sifat amanah dalam urusan jual beli agar pembeli dapat membuat keputusan
membeli secara bebas dan tepat

ii. Perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan yang melaksanakan konsep pelanggan adalah
‘raja’ ialah:
Peka kepada kehendak pelanggan dan melayan dengan cara yang baik
Menganggap pelanggan adalah sentiasa betul
Tidak mengabaikan permintaan dan cadangan pelanggan
Memberi layanan istimewa dan menghormati pelanggan
Memberi layanan yang sama kepada semua pelanggan
Memberi layanan mesra, bersopan santun dan berbudi bahasa

MENGAMALKAN PERSAINGAN YANG SIHAT:

Bersikap positif dalam perletakan harga barang.


Berhati-hati supaya tidak menjejaskan jualan pesaing
Cth: Elakan daripada meletakan harga yang jauh lebih rendah drpd harga pesaing.
Ini kerana pesaing akan kekurangan pelanggan
Tidak boleh meletakkan harga yang mengelirukan.
Cth: Harga murah 50% utk 1 kg. barang drpd harga pesaing, tetapi untuk ½ kg.
sahaja Kesannya penjejaskan jualan pesaing.

3
Pengeluaran produk.
Tidak perlu buruk-burukkan produk pesaing
Tidak boleh keluarkan barang tiruan atau meniru produk pesaing Pelanggan akan
rasa tertipu dan menganggap itu adalah produk asal.
Kesannya pelanggan tidak akan membeli produk itu kerana ,menganggap barang
tidak berkualiti

Strategi promosi
Perlu berhati-hati supaya tidak menjejaskan keuntungan pesaing.
Mengadakan pelbagai tawaran istimewa seperti memberi hadiah/ beli satu
percuma satu.

Agihan
Tidak wajar menyekat pesaing menggunakan sesuatu saluran agihan yang sedia
ada di pasaran
Contoh: Membuat perjanjian dengan mana-mana pemborong atau peruncit untuk
jual produknya sahaja. Ini akan menyukarkan pesaing menjual produk melalui
pemborong atau peruncit berkenaan.

USAHAWAN YANG BERETIKA TERHADAP PEMBEKAL:


i. Perlu menepati janji. Contohnya memenuhi syarat perjanjian jual beli
ii. membuat pembayaran dengan segera /tak tangguh

ETIKA KEUSAHAWANAN TERHADAP ALAM SEKITAR


Memelihara alam sekitar – memastikan kegiatan perniagaan tidak
mencemarkan kebersihan dan keindahan alam sekitar
Memulihara alam sekitar – mengelak daripada berlakunya hakisan dan tanah
runtuh dengan menanam pokok dan memanfaatkan kawasan terbiar menjadi
tempat rekreasi

4
ETIKA KEUSAHAWANAN TERHADAP PEKERJA
i. Menjaga kebajikan pekerja: Surau, Kantin, Asrama Pekerja, Hari Keluarga
ii. Hak-hak pekerja yang perlu ditunaikan oleh seseorang majikan ialah:
 Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Majikan 12%, Pekerja 11%.
 Caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
 Cuti tahunan

KEPENTINGAN ETIKA
 Menentukan arah pemikiran, tindakan dan tingkahlaku anggota organisasi bagi
memenuhi tanggungjawab dan amanah mereka sebagai pekerja.
 Standard mutlak mendorong bekerja dengan ikhlas dan berkesan.
 Mewujudkan pernyataan dan penyelarasan di antara anggota perkhidmatan awam sebagai
institusi utama kepada pembangunan negara.
 Mengekalkan/Meningkatkan kepercayaan pemegang saham terhadap organisasi.
 Penghasilan produk berkualiti tinggi.
– memuaskan hati pelanggan, masyarakat dan negara.

JENIS-JENIS TINDAKAN BERETIKA


• UTILITARIAN
• INDIVIDU
• HAK MORAL
• KESAKSAMAAN/ KEADILAN

5
UTILITARIAN

Pendekatan ini memberi penekanan kepada akibat dari sesuatu tindakan yang dapat
memberi faedah terbaik kepada bilangan teramai. _ “ the greatest good for the greatest
number ”
Peraturan utilitarian bergantung kepada peraturan sedia ada untuk mendapatkan faedah
terbaik untuk bilangan yang teramai.
Contoh : Projek Pembinaan Empangan Bakun menjejaskan kedudukan masyarakat
pribumi tempatan tetapi dirasakan dapat memberi manfaat dari segi ekonomi negara.

INDIVIDU

Pendekatan yang diambil oleh seseorang individu itu dapat memberikan kebaikan
jangka panjang maka dianggap betul.
Contoh : Whistle Blowers – seseorang yang menghebahkan kepincangan organisasi
walaupun akan menjejaskan reputasi organisasi tersebut tetapi dalam jangka masa
panjang ia mungkin dapat meningkatkan kewibawaan/integriti organisasi tersebut.
Contoh : Pembuangan pekerja mungkin memberikan kesan yang buruk kepada pekerja
tetapi kepada syarikat merupakan satu kebaikan.

HAK MORAL
Pendekatan ini menyatakan bahawa manusia memiliki hak-hak yang tidak boleh
dilucutkan semata-mata oleh keputusan individu.
Selagi sesuatu tindakan atau keputusan itu dapat mengekalkan hak-hak tersebut, ia
dianggap betul.
Cth: Hak menyatakan pendapat.

6
KESAKSAMAAN
Pendekatan ini menilai keputusan dan kelakuan ahli perniagaan dalam sejauhmana
keadilan mereka membahagikan ganjaran dan perbelanjaan di antara individu, kumpulan
atau organisasi.
Keputusan dan tindakan ahli perniagaan ini dinilai dari sudut ‘faedah’ dan ‘kos’ di
kalangan peniaga dan pelanggan.
Cth:
Perniagaan Adil
Pelanggan – sukarela menerima faedah dari peluang yang ditawarkan oleh organisasi
untuk kepentingan mereka, seperti pembelian atau pinjaman oleh pelanggan dibuat secara
sukarela.

Antara masalah etika yang timbul dari amalan perniagaan ialah:


a. Rasuah
b. Memberi hadiah
c. Kualiti produk yang rendah
d. Tidak menepati janji
e. Berbelanja besar

Antara perkara yang boleh disumbang oleh etika Islam dalam pembentukan sektor
korporat ialah:
a. Peningkatan Prestasi
b. Melihat Perniagaan Sebagai Ibadah
c. Mengekalkan Kejayaan
d. Meningkatkan Kemampuan Menangani Cabaran
e. Meningkatkan Daya Tahan dan Daya Saing
f. Memantapkan Organisasi Perniagaan

7
Terdapat 5 amalan etika perniagaan yang bertanggungjawab di Malaysia.

Antaranya:

1. Golongan usahawan harus mengenal dan menerima hak-hak pengguna.


2. Tugas memastikan etika perniagaan yang jujur dan wajar adalah bertanggungjawab
utama golongan usahawan.
3. Sebarang pernyataan lisan atau tuduhan yang tidak benar, mengelirukan, menipu atau
yang memburuk-burukkan saingannya secara palsu atau tawaran jualan barangan atau
perkhidmatan yang tidak jujur dan seharusnya dikeluarkan.
4. Pernyataan yang mengelirukan atau butir-butir maklumat amat penting yang ditinggalkan
atau dikaburkan adalah tidak dibenarkan.
5. Semua amalan perniagaan hendaklah mamatuhi prinsip persaingan yang adil khususnya
dari segi syarat-syarat, pengiklanan, cara pengadaran dan penjualan.

Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan:

1) Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru. Penciptaan tersebut
mestilah mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut dibangunkan.

2) Keusahawanan memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan usaha yang


dilakukan.

3) Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang
perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.

4) Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan. Ganjaran


utama adalah kebebasan (independence), diikuti oleh kepuasan peribadi dan seterusnya
keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.

8
KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN DAN USAHAWAN

 Mengikut pemikiran pengurusan keusahawanan dan usahawan lebih menjurus kepada


sains pengurusan dan proses membuat keputusan.
 Henry Fayol memperkenalkan 5 prinsip pengurusan:
 Perancanagn
 Pengrekrutan
 Pengorganisasian
 Kepimpinan
 Kawalan
 Kerajaan memainkan peranan lebih sensetif terhadap peranan keusahawanan dalam
menjana ekonomi dan mengukuhkan industri.
 Bank Dunia mula memperkenalkan bidang keusahawanan sebagai satu galakan yang
utama bagi ekonomi negara-negara membangun.
 Kepentingan keusahawanan bukan sekadar mencipta perniagaan baru malah
meningkatkan peluang pekerjaan yang menjurus kepada sumber penciptaan penemuan
terbaru, teknologi baru serta inovasi.
 Selain itu, masyarakat merasai faedah dari segi peningkatan taraf hidup, tanggungjawap
social dan pengukuhan industry.
 Pembelajaran keusahawanan Berjaya membuahkan hasil graduan berupaya menubuhkan
perniagaan mereka sendiri.

9
TEORI-TEORI DAN MODEL KEUSAHAWANAN

i) Mengikut ahli ekonomi


 Joseph A. Schumpeter – inovasi sebagai ciri keusahawanan membawa pembaharuan.
 Alfred Marshall – 1 proses evolusi hayat sesebuah perniagaan dari peringkat awal hingga
luput.
 Israel Kirzner – soal ketidaktentuan/uncertainty. Libatkan kegiatan ekonomi.

ii) Mengikut ahli sosiologi


 Max Weber – elemen keagamaan sebagai asas untuk mencapai kejayaan.
 Percaya bahawa kejayaan kegiatan ekonomi golongan Protestant disebabkan oleh etika
agama Protestant.
 Hasilkan buku The Protestant Ethics and The Spirit of Capitalisam (1985).
 Everett Hagen – kemukakan teori bahawa proses melahirkan usahawan berlaku di
kalangan kumpulan bawahan yang tidak puas hati dalam sesebuah masyarakat.

iii) Mengikut ahli psikologi


 Model Baka
 Ahli psikologimemandang golongan usahawan sebagai seseorang yang
mempunyai identity tersendiri.
 Pendorong utama model ini Mc Clelland, Lynn dan Schrage.
 Teori kehendak pada pencapaian.
 Menurut Mc Clelland (1961), individu yang ada kehendak pencapaian yang tinggi
merupakan golongan yang lebih suka mengambil tanggungjawap kea rah
mencapai sesuatu matlamat dengan usaha sendiri.

10
Nilai Dan Etika Usahawan Berjaya
Kepentingan utama untuk menjadi usahawan adalah nilai dan etika dalam perniagaan di
mana nilai ini dilihat sebagai kepercayaan yang mendorong usahawan untuk bertindak mengikut
pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama dalam masyarakat.

Etika merupakan tanggungjawab serta akibat tingkahlaku usahawan terhadap masyarakat.


Seseorang usahawan berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku
sebagai usahawan. Nilai asas perlu ada pada diri seorang usahawan. Antaranya nilai-nilai yang
tergolong dalam kelompok ialah amanah, bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi, berkerjasama,
bersih, sederhana dan tekun. Amalan spesifik yang perlu ada pada seorang usahawan:

11
Entrepreneurs make ethical decisions
All of this research indicates that a variety of dimensions can impact the decisions and actions of
entrepreneurs with respect to notions of ethics. Ultimately, proposed theoretical models of ethical
decision making in new ventures attempt to capture many of these dimensions (e.g., Solymossy
and Masters, 2002). Furthermore, consistent with Gartner's (1985) assertion that differences
among entrepreneurs may be greater than differences between them and non-entrepreneurs (see
also Sarasvathy, 2004b), research shows that small business owners exhibit heterogeneity with
respect to both their ethical values held, and the demographic factors presumed to influence
those values (Dawson et al., 2002). In addition, entrepreneurs exhibit cognitive heterogeneity; for
example, individuals vary in their sensitivity to moral issues, or their moral awareness (e.g.,
Reynolds, 2006). Some cognitive differences among entrepreneurs may be due to socio-cultural
influences (Sommer et al., 2000). In a mixed methods study, Bryant (2009-this issue)
investigates the influence of cognitive factors on entrepreneurs' moral awareness, finding a
complex relationship between social cognitive dynamics and sensitivity to moral issues. His
theoretical framing and empirical results point the way to further research aimed at delivering
deeper understanding of the ethical cognition of entrepreneurs

Technological innovation impact entrepreneurial ethics


A related stream of inquiry involves the peculiar ethical dilemmas faced by entrepreneurs arising
from technological advancement. Because new ventures often emerge at the cutting edge of
innovation, sorting out the ethics involved can be particularly challenging, not only because
technology is of necessity always “value laden” (Martin and Freeman, 2004:356), but also
because technological advancement – as with other paradigm-shifting exogenous shocks – often
requires deep reflection in order to decide how to apply ethical standards, and can even
potentially lead to a revision of one's ethical judgments .McVea (2009-this issue) qualitatively
explores the decision making of entrepreneurs confronted with an ‘ethically pioneering’
situation, and shows that entrepreneurs reason through the attendant moral challenges in an
imaginative way. Elatedly – and turning this notion on its head – others suggest that ethical
value tensions themselves can serve as a source of innovation and entrepreneurship(e.g.,
Wimped, 2005). Clearly, the relationship between ethics and innovation is an avenue ripe for
further inquiry and analysis.

12
PENUTUP
Secara kesimpulannya boleh dikatakan etika sebagai kajian ke atas nilai dan moral yang
dilaksanakan dalam sesebuah masyarakat dan juga tentang baik atau tidak nilai tersebut. Prinsip
etika perlu dihormati, disanjungi, dan dipertahankan oleh setiap usahawan. Etika mencukupi
tanggungjawab social kerana etika memberi satu kerangka yang menyeluruh. Nilai etika
merupakan suatu yang subjektif dan bergantung kepada tanggapan masyarakat terhadapnya.

Etika perniagaan adalah penting kerana ia akan menyesuaikan perniagaan denagn nilai
dan jangkaan masyarakat. Usahawan dab perniagaan dijangka mematuhi Akta dan Undang-
Undang tempatan.

Kesimpulan kepada keusahawanan pula boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai


kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat
membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia
merupakan proses mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang diingini.

Keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta
oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau
menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia alah proses mencipta sesuatu
yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan,
psikologi dan sosial serta menerima manfaat dari segi kewangan , keputusan peribadi dan
kebebasan.

13
RUJUKAN
1. http://www.slideshare.net/wanbk/bab-1-2994262
2. http://www.find-docs.com/kesan-mengabaikan-etika-dalam-keusahawanan-doc.html
3. Mohani Abdullah, Kamarulzaman Ismail, Zainal Abidin Mohamed, Abdul Jumaat
Mahajar.(2008).Pembudayaan Usahawan.Cetakan Pertama.Selangor.Pearson Malaysia
Sdn. Bhd.

14

Vous aimerez peut-être aussi