Vous êtes sur la page 1sur 16

Latar Belakang

AIDS bermaksud (Acquired Immuno Deficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya
Tahan Melawan Penyakit..Virus HIV mula ditemui di benua Afrika. Virus ini berasal
daripada spesies monyet yang dijangkiti oleh virus yang mirip HIV. Virus ini dinamakan
simian AIDS. Pada tahun 1985, virus HIV telah ditemui pada pelacur-pelacur di Afrika
Barat dan menyerupai virus yang terdapat pada Monyet Hijau Afrika. Kemudian sejenis
virus yang dinamakan HIV-2 (Lentivirus). Dengan penemuan itu, secara tidak langsung
menimbulkan satu teori kononnya virus HIV berasal daripada monyet dan dijangkiti
manusia. Dunia perubatan moden hari ini masih belum menemui jawapan sama ada
virus ini berasal daripada binatang atau pun tidak. Tetapi virus ini menyerang manusia
di seluruh dunia yang mengamalkan gaya hidup bebas seperti hubungan seks
rambang, penagihan dadah dan perilaku sumbang.

Di Malaysia, AIDS mula dikesan pada Disember 1986. Jangkitan virus ini HIV terus
bertambah setiap hari. Jumlah anggaran sehingga September 1994 ialah seramai 10
048 orang di negara ini dijangkiti virus HIV. Pesakit AIDS meningkat menjadi 218 orang.
Kematian pula menunjukkan angka yang menakutkan iaitu 196 orang akibat penyakit
tersebut manakala seramai 18 orang bayi yang dilahirkan telah dijangkiti virus HIV.
Adalah dianggarkan seramai 30-40 ribu rakyat Malaysia dijangkiti HIV. Daripada jumlah
tersebut, golongan belia yang berusia 19-40 tahun mewakili 91% dan 95% daripada
mereka adalah lelaki. Angka-angka ini jelas menunjukkan bahawa penyakit AIDS di
negara ini telah mencapai tahap yang serius.

Definisi AIDS

Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau lebih dikenali sebagai AIDS
(bahasa Inggeris: Acquired Immune Deficiency Syndrome) (Sindrom
Kelemahan/Kekurangan Imun Perolehan atau "SKIP") ialah satu penyakit serius
disebabkan oleh virus HIV (bahasa Inggeris: Human Immunodeficiency Virus). AIDS
disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan.
Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV merosakkan sistem pertahanan
tubuh badan. Sistem pertahanan badan yang tidak berfungsi menjadikan individu
mudah dijangkiti bakteria dan virus-virus lain yang boleh menyebabkan sakit teruk.
 ‘Acquired' - bermaksud jangkitan yang dipindahkan dari seorang individu
kepada lain individu dan bukan diperolehi dari keturunan
 ‘Immunodeficiency' - Menerangkan keadaan di mana keupayaan semula jadi
badan melindungi dirinya dari penyakit-penyakit dan jangkitan telah sangat
lemah dan tidak lagi boleh melindungi dirinya dari jangkitan dan berbagai jenis
barah.
 ‘Syndrome' - Membayangkan gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala
berpunca dari sebab/keadaan atau gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala
dalam satu kombinasi tertentu sebagai gambaran klinikal satu-satu penyakit.

Bagaimana HIV Bertindak

AIDS disebabkan oleh virus HIV yang berupaya melemahkan dan memusnahkan
beberapa sel darah putih yang biasanya menolong tubuh badan menentang pelbagai
penyakit. Sekiranya sel darah putih musnah, sistem ketahanan badan tidak berupaya
lagi melindungi diri terhadap jangkitan penyakit atau mencegah beberapa penyakit
barah. Oleh itu, risiko AIDS lebih terdedah kepada serangan penyakit yang
kebiasannya tidak memudaratkan orang yang normal.

Pesakit-pesakit AIDS mungkin menghidap pelbagai penyakit yang berlainan tetapi


mereka semua mempunyai satu persamaan iaitu sistem ketahanan diri tidak berfungsi
kerana dijangkiti virus HIV. Walaupun dijangkiti virus HIV, seseorang itu tidak
mengalami kesakitan dalam tempoh masa yang panjang dan dalam tempoh itu virus
terus membiak di dalam tubuh badan mereka. Setelah lima atau enam tahun barulah
kesan kritikal kelihatan.

Tanda-Tanda Serangan HIV

Sebelum mencapai tahap kritikal, penghidap virus HIV ini dinamakan pembawa HIV.
Kemudian mereka akan mendapat pelbagai penyakit akibat jangkitan organism lain
yang akhirnya mengembangkan AIDS. Kebanyakan keadaaan yang membentuk AIDS
adalah akibat jangkitan yang bersifat opportunistic (iaitu merujuk kepada jangkitan
mikroorganisma yang biasanya tidak menyebabkan penyakit pada orang sihat) seperti:

 Jangkitan paru-paru yang dicirikan oleh batuk, sesak nafas dan sakit dada
(contohnya, pneumonia dan tuberkulosis pulmonari atau miliari akut).
 Cirit-birit yang teruk dan berterusan.
 Jangkitan pada otak atau kanser yang dicirikan oleh kekeliruan, demam, sawan,
kehilangan penglihatan, sakit kepala yang teruk dan loya.
 Berat badan menyusut dengan teruk.
 CMV (sitomegalovirus), sejenis jangkitan yang biasanya menyerang mata.
 Kandida-sejenis jangkitan fungus yang menyebabkan seriawan (lapisan
keputihan nipis dalam mulut) atau jangkitan dalam tekak atau faraj.
 Mereka yang menghidap AIDS amat cenderung mendapat pelbagai jenis kanser
seperti Sarkoma Kaposi, sejenis kanser kulit yang dicirikan oleh bintil atau
tompok-tompok ungu/merah jambu yang timbul pada kulit; atau kanser sistem
pertahanan badan yang dikenali sebagai limfoma.

Secara ringkas, apabila sistem pertahanan tubuh dilumpuhkan oleh penyakit AIDS/HIV,
tanda-tandanya termasuk:

 Terlalu lemah dan lesu


 Penurunan berat badan yang mendadak
 Demam panas yang kerap
 Peluh malam
 Kelenjar limfa membengkak
 Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
 Cirit-birit yang kronik
 Batuk kronik
 Hilang ingatan
 Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat
Adalah dianggarkan seramai 300,000 warga Malaysia akan dijangkiti HIV/AIDS
menjelang tahun 2015 sekiranya program-program pencegahan dan kawalan tidak
dilaksanakan secara komprehensif. Angka ini tentulah mengejutkan kita semua. Justeru
itu, wabak HIV/AIDS di negara kita perlu dibendung dengan seberapa segera serta
diberi keutamaan secara menyeluruh oleh semua pihak, samada oleh pihak Kerajaan,
badan-badan bukan Kerajaan (NGO), pemimpin politik, pemimpin agama dan seluruh
lapisan warga Malaysia.

Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?

HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata. HIV tidak boleh
berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selesema. HIV
tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air
atau udara.

HIV tidak boleh dijangkiti melalui

 Pendermaan darah
 Berjabat tangan dan berpelukan
 Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam
 Berkongsi makanan dan perkakas dapur
 Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi
tempat tidur
 Bersin, batuk, air peluh atau air kencing
 Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang
 Menjaga seseorang yang positif-HIV
 menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS
kerana virus AIDS tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia. Peralatan
tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus AIDS.
Cara sebaran

Cecair yang mengandungi HIV

Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan hanya
boleh dipindahkan apabila bendalir badan daripada individu yang telah dijangkiti
memasuki ke dalam tubuh individu yang belum dijangkiti.

Cecair badan manusia telah dikesan sebagai agen perumah yang sesuai untuk HIV
bertindak. HIV berjangkit melalui pemindahan sebarang bendalir dari tubuh mereka
yang telah dijangkiti kepada orang lain. Ini termasuk air mani, air liur, air mata dan
sebagainya. Kebanyakkan virus didapati daripada rahim wanita dan berkemungkinan
virus juga terdapat dalam susu ibu yang boleh mengakibatkan jangkitan kepada bayi.
Limfosit sejenis cecair yang merupakan bahan yang penting untuk pembiakan HIV.
Cecair ini akan memasuki tubuh badan melalui tubuh badan melalui hubungan seks
dengan seseorang yang telah dijangkiti AIDS.

- Darah
Contoh : Tranfusi darah, terkena darah hiv+ pada kulit yang terluka, terkena darah
menstruasi pada kulit yang terluka, jarum suntik, dsb
- Cairan Semen, Air Mani, Sperma dan Peju Pria
Contoh : Laki-laki berhubungan badan tanpa kondom atau pengaman lainnya, oral
seks, dsb.
- Cairan Vagina pada Perempuan
Contoh : Wanita berhubungan badan tanpa pengaman, pinjam-meminjam alat bantu
seks, oral seks, dll.
- Air Susu Ibu / ASI
Contoh : Bayi minum asi dari wanita hiv+, Laki-laki meminum susu asi pasangannya,
dan lain sebagainya.

Cairan Tubuh yang tidak mengandung Virus HIV pada penderita HIV+:
-Air liur / air ludah / saliva

- Feses / kotoran / tinja

- Air mata

Melalui Penyalahgunaan Dadah

Penagihan dadah di Malaysia merupakan salah satu masalah utama negara. Pelbagai
usaha pendidikan serta pencegahan telah dilaksanakan, namun, kajian yang dijalankan
oleh Kementerian Kesihatan bersama Universiti Utara Malaysia telah menganggarkan
terdapat hampir 1 juta penagih dadah pada tahun 2003 di seluruh negara, dengan 13%
(atau 130,00 orang) daripada mereka merupakan penagih dadah suntikan. Mereka
inilah apabila berkungsi jarum semasa menyuntik dadah akan terdedah kepada risiko
jangkitan HIV sebanyak

7 kali ganda berbanding dengan yang tidak menyuntik.Di Malaysia peratusan


penghidap virus HIV daripada kalangan mereka yang menyalahgunakan dadah amat
tinggi. Ini disebabkan penagih-penagih dadah menyebut dadah ke dalam siring yang
mereka gunakan dari menyuntik dadah semula ke dalam pembuluh dadah mereka.
Siring dan jarum itu kebiasaannya digunakan berulang-kali atau dikongsi bersama oleh
penagih-penagih yang lain. Virus HIV yang pada mulanya menjangkiti seorang penagih
kini menular kepada penagih lain melalui suntikan yang telah dicemari HIV. Ini akan
meninggikan lagi risiko transmisi HIV dalam kalangan penagih-penagih dadah.

Melalui Ibu Yang Mengadung

Ibu yang dijangkiti HIV ketika mengandung secara langsung menyebabkan bayi yang
dikandungnya turut dijangkiti virus yang sama. Jangkitan ini berlaku akibat
percampuran antara darah ibu dan janin semasa di dalam kandungan atau semasa
melahirkan bayi.

Kebiasaannya bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan anggota seperti kepala
yang besar, bengkak kelenjar pada bahagian leher dan pelbagai jenis penyakit yang
jarang-jarang dihidapi oleh bayi normal. Bayi tersebut tidak dapat hidup lama. Usianya
sekitar enam bulan hingga dua tahun sahaja. Oleh itu, wanita yang dijangkiti virus HIV
digalakkan tidak mengandung kerana member kesan negatif terhadap kesihatan bayi
dan diri sendiri.

Punca-punca AIDS

Gaya hidup moden

Manusia kini mempunyai gaya hidup moden yang ketepikan nilai-nilai agama dan
moral seperti melakukan hubungan seks rambang. Hubungan seks antara manusia
merupakan cara yang palinglumrah bagi transmisi virus ini.

Transmisi virus HIV antara lelaki dengan lelaki atau lelaki dengan wanita lebih berkesan
berbanding daripada wanita kepada lelaki. Ada juga berlaku kes-kes yang melibatkan
wanita dengan wanita tetapi bilanganya agak kecil. Ini boleh berlaku jika bergaul
dengan rakan-rakan yang mempunyai tahap seks yang tinggi.

2. hubungan seks dengan pesakit AIDS

Selain itu, seseorang itu akan menghidap AIDS apabila mengadakan hubungan seks
dengan seseoang yang sudah pun dijangkiti AIDS pada peringkat yang kritikal. Dengan
ini virus HIV yang ada pada penghidap AIDS akan menular ke seluruh tubuhnya dan dia
telah dijangkiti virus HIV. Virus HIV akan menular segera kepada orang lain sekiranya
dia melakukan hubungan seks dengan orang lain pula.

3. melalui kesan luka


Kesan luka atau ulser pada kemaluan atau terdapat penyakit kelamin yang lain boleh
menyebabkan seseorang ini mudah dijangkiti virus HIV. Virus ini juga boleh menular
melalui anus jika seseorang itu melalukan hubungan seks di luar tabie.

4. melalui penyalahgunaan dadah

Transmisi virus HIV dalam kalangan penagih-penagih dadah adalah sangat tinggi.
Adalah menjadi amalan penagih-penagih dadah menyedut dadah ke dalam siring yang
mereka gunakan dan menyuntik dadah semula ke dalam pembuluh darah mereka.

Siring dan jarum-jarum itu, digunakan beulang-kali dan dikongsi oleh beberapa penagih
yang lain. Ini akan meninggikan lagi risiko transmisi virus HIV dalam kalangan penagih-
penagih dadah.

5. melalui pekerjaan

Transmisi HIV dalam kalangan pekerja yang berhubung rapat dengan penggunaan
darah telah banyak dilaporkan. Pekerja-pekerja yang berkait rapat dengan penggunaan
darah seperti doktor dan jururawat mempunyai risiko yang tinggi terhadap virus HIV.

Satu penyelidikan yang dijalankan dalam kalangan 2319 pekerja perubatan di Amerika
Syarikat daripada 800 suntikan sebanyak lima suntikan telah dijangkiti virus HIV. Ini
bermakna melalui pekerjaan juga virus HIV boleh dijangkiti.

Ujian - Ujian

Bagi memastikan kewujudan kuman HIV dalam tubuh seseorang, satu ujian darah
boleh dijalankan (Ujian Antibodi HIV contohnya HIV ELISA, EIA, Aglutinasi Partikel).
Ujian-ujian ini boleh dilakukan di semua klinik dan hospital kerajaan atau swasta. 

Apabila virus telah memasuki tubuh, satu sebatian yang dikenali sebagai antibodi akan
terhasil. Antibodi inilah yang dikesan di dalam ujian-ujian darah yang dijalankan.

Keputusan Ujian HIV


Ujian HIV dapat mengenalpasti kewujudan antibodi di dalam darah, seawal 2 minggu
selepas jangkitan, tetapi tubuh mungkin mengambil masa selama 6 bulan untuk
mengeluarkan antibodi secukupnya. Purata masa yang diambil ialah 25 hari

Keputusan seropositif bagi ujian HIV ini membawa maksud antibodi HIV wujud di dalam
saluran darah seseorang dan dia adalah HIV positif. Untuk mendapat penyakit AIDS ia
mungkin mengambil masa sehingga 10 tahun atau lebih. Rawatan menggunakan dadah
untuk melambatkan perkembangan AIDS boleh didapati, tetapi tidak boleh sembuh
sepenuhnya.

Keputusan seronegatif biasanya menandakan bahawa anda tidak diijangkiti oleh HIV.
Walau bagaimanapun, anda perlu diuji semula dalam masa 6 bulan jika anda berisiko
tinggi untuk mendapat AIDS, kerana ia mengambil masa begitu panjang untuk
menghasilkan antibodi yang mencukupi.

Sesiapa yang menerima keputusan HIV perlulah mendapatkan kaunseling sebelum dan
selepas ujian ini supaya mereka dapat memahami keputusan ujian, membincangkan
kaedah pencegahan dan jika perlu, bincangkan pilihan rawatan yang ada. 

Bilakah seseorang itu disahkan sebagai pesakit AIDS?

Seseorang itu disahkan sebagai pesakit AIDS apabila mereka memiliki ciri-ciri di
bawah:

o Ujian darah mereka disahkan mengandungi antibodi AIDS


o Mereka telah mempamerkan tanda-tanda dan gejala-gejala AIDS (sila lihat
Gejala/Simptom)
o Mereka telah mendapat komplikasi dari AIDS (sila lihat Komplikasi)

Bilakah seseorang itu dianggap sebagai pembawa AIDS?

Seseorang itu dianggap sebagai pembawa AIDS apabila ujian darah mereka didapati
positif terhadap antibodi AIDS walaupun mereka belum menunjukkan sebarang gejala
AIDS.
Rawatan Farmakologi

Rawatan untuk HIV melibatkan pemusnahan kuman virus tersebut dan merawat
simptom yang dialami oleh pesakit. Dadah-dadah berikut digunakan:

Dadah antiretrovirus

Dadah antiretrovirus menyerang dan memusnahkan retrovirus, termasuklah HIV. Dalam


beberapa tahun ini, para penyelidik telah mencapai kemajuan besar dalam penghasilan
pelbagai rawatan pilihan bagi AIDS/HIV ini. Sejak akhir tahun 1980'an, para profesional
perubatan di Amerika Syarikat telah menggabungkan dadah antiretroviral ke dalam
regimen rawatan yang dipreskripsikan kepada pesakit yang dijangkiti.

Kombinasi tiga atau lebih dadah antiretroviral, yang biasanya dipanggil 'dadah koktel',
didapati berkesan dalam menurunkan paras jangkitan HIV dalam tubuh individu yang
dijangkiti, dengan cara memperlahankan perebakan HIV.

Perencat Protease

HIV akan melalui proses replikasi dan menjangkiti sel-sel yang sihat di dalam tubuh
pembawa HIV. Keseluruhan proses ini akan membawa kepada pembentukan AIDS.
HIV memerlukan sejenis enzim yang dikenali sebagai protease untuk proses replikasi.
Perencat protease menghalang enzim ini dengan berkesan dan seterusnya menyekat
replikasi daripada berlaku.

Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NRTI) dan Non-nucleoside


Transcriptase Inhibitors (NNRTI)

Untuk HIV direplikakan (digandakan), enzimnya mestilah memasuki nukleus dalam sel
seseorang pesakit. Satu enzim yang dikenali sebagai .HIV reverse transcriptase.
membantu menggandakan bahan genetik HIV dalam nukleus sel pesakit tersebut. NRTI
adalah penghalang enzim reverse transkriptase ini. Oleh itu, NRTI dapat melengahkan
tindakan enzim HIV ini.

Gabungan dadah

Perencat protease, nukleosida dan bukan nukleosida menghalang fungsi-fungsi HIV


yang berbeza. Dadah antiretrovirus jika diberi secara bersendirian, gagal untuk
menghasilkan kesan yang berpanjangan. Oleh itu, dadah-dadah ini akan diberikan
secara gabungan.

Rawatan Bukan Farmakologi

Tujuan pengurusan adalah untuk memberikan khidmat perubatan yang terbaik kepada
individu yang telah dijangkiti AIDS, bagi mengurangkan kadar kesengsaraan dan
mengelakkan diskriminasi.

 Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia terhadap individu yang


dijangkiti HIV adalah disepadukan ke dalam perkhidmatan rawatan perubatan.
Rawatan ini boleh didapati di semua hospital. Program ini dikelolakan oleh
Bahagian Perubatan dan Cawangan AIDS/STD, Jabatan Kesihatan Awam
(Public Health Department), Kementerian Kesihatan Malaysia .
 Rawatan, termasuklah kaunseling yang diberi kepada pesakit yang dijangkiti HIV
dan pesakit AIDS untuk kedua-dua pesakit luar dan pesakit dalam wad.
Kaunseling perlu diberikan sebelum dan selepas pesakit diuji untuk HIV
 Kesemua pesakit yang dijangkiti HIV akan dirawat oleh pakar di hospital yang
terdekat. Disebabkan implikasi jangkitan HIV/AIDS ini adalah serius, rujukan
kepada doktor pakar yang berpengalaman adalah perlu sebelum sebarang
diagnosis dipastikan. Tiada wad ataupun hospital yang khas untuk pesakit AIDS
ataupun mereka yang disyaki HIV positif. Pemencilan pesakit AIDS hanya
dilakukan atas sebab-sebab perubatan, contohnya sewaktu pesakit telah tenat.
 Pesakit diberi jagaan perubatan sepenuhnya (termasuklah penggunaan
Azidothymidine AZT) setelah disarankan oleh pakar yang menjalankan rawatan.
Satu garis panduan mengenai penggunaan AZT telah dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia .
 Kesemua individu yang dijangkit HIV perlu menghadiri rawatan lanjutan setiap 3
hingga 6 bulan
 Kesemua pesakit HIV akan diberikan kaunseling perubatan yang intensif oleh
doktor.
 Kesemua pesakit akan diberitahu mengenai diagnosis serta dinasihatkan
mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai.

Kesan-Kesan Penyakit AIDS

1.Kemunculan Generasi AIDS

Penghidap AIDS bukan sahaja member kesan terhadap diri tetapi turut melibatkan
sesebuah institusi kekeluargaan. AIDS yang dihidapi suami akan menjangkiti isteri dan
seterusnya anak yang dikandungnya. Jangkitan AIDS ini akan menular dan
mengakibatkan sesebuah keluarga menerima stigma daripada daripada bencana AIDS.
Jika ini berlaku generasi AIDS pasti akan menggugat kestabilan Negara kerana
ketidakupayaan generasi tersebut mentadbir Negara kelak.

2. Pembaziran Wang Negara

Penemuan virus HIV pada tahun 1985 telah memberi tamparan hebat kepada dunia
perubatan moden dan dan masyarakat umum secara keseluruhannya. Oleh itu,
masyarakat dunia khususnya masyarakat barat tidak harus mendabik dada dengan
kecanggihan peralatan kesihatan yang mereka ada. Malaysia juga tidak terkecuali
daripada diancam oleh virus tersebut.

Akibatnya, kerajaan terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membasmi


penyakit ini. Kerajaan terpaksa memalui media massa, pengikirafan para doktor ke
kawasan pedalaman, mengubati para pesakit dan pelbagai usaha lain. Sumber
kawangan yang tidak digunakan untuk menangani masalah AIDS, boleh digunakan
untuk tujuan pembangunan terutama di kawasan pedalaman yang masih mundur.
3. mengancam industri pelancongan

Malaysia merupakan pusat pelancongan di rantau Asia Tenggara memandangkan


Malaysia masih mempunyai keaslian dalam segala aspek sama ada mempunyai hutan
tropika yang berusia jutaan tahun, kepelbagaian budaya kesan masyarakat majmuk,
keramahan orang temapatan ataupun langkah kerajaan bagi memajukan industri ini
seperti mengadakan tahun melawat Malaysia 1990 dan 1994.

Namun industri ini menghadapi ancaman sejak akhir-akhir ini kerana penularan AIDS.
Ini kerana daripada kegiatan pelacuran. Kegiatan pelacuran ini menyumbang peratusan
kecil. Ini disebabkan kegiatan ini semakin menular akibat daripada kebanjiran pelacur
asing. Ini pasti akan menjejaskan industri pelancongan berasa takut untuk singgah ke
Malaysia kerana Negara ini juga turut melahirkan virus HIV. Natijahnya Malaysia akan
kehilangan satu sumber pendapatan yang utama.

4. tenaga yang tidak produktif

Sebagai sebuah Negara yang sedang menuju ke arah pemodenan daripada segala
aspek pertumbuhan, peranan golongan belia amat penting. Ini disebabkan golongan
belialah yang merupakan tunggak dalam merealisasikan Negara maju menjelang tahun
2020. Jika golongan muda kita dilanda gejala dadah dan menjadi korban AIDS, Negara
akan mengalami kekurangan tenaga kerja dari semasa ke semasa.

Langkah-langkah mengatasi ancaman AIDS

1. Cara hidup yang sihat


Masyarakat Malaysia hendaklah mengamalkan cara hidup yang sihat
untuk mencegah virus HIV daripada terus merebak. Hidup berkeluarga
digalakkan oleh semua agama. Dadah bukan jalan keluar untuk
mengatasi masalah kejiwaan kerana akan membawa keburukan.
Rawatan untuk pesakit AIDS sebenarnya bukanlah rawatan individu tetapi
rawatan untuk masyarakat keseluruhannya. Jika sesebuah masyarakat itu
mengamalkan kehidupan yang tidak sihat seperti mengamalkan cara
hidup liar dan penggunaan dadah yang dianggap sebagai bahan rekreasi,
kita tidak boleh membenarkan sikap seumpama ini menapak di Negara
kita.

2. Penguatkuasaan undang-undang
Undang-undang untuk mencegah perbuatan maksiat, penyalahgunaan
dadah, pelacuran dan jenayah telah sedia ada dan perlu dilaksanakan
dengan lebih berkesan terutama ke atas pengedar – pengedar dadah.
Hukuman yang lebih berat hendaklah dikenakan kepada pengedar dadah
merampas harta benda mereka.
Selain itu, hukuman yang berat hendaklah dikenakan kepada mereka
yang terlibat dengan perbuatan maksiat seperti pengendalian rumah-
rumah pelacuran dan penyeludup-penyeludup wanita.
Bagaimanapun, undang-undang tidak boleh membendung masalah ini
sepenuhnya. Apa yang penting ialah kesedaran dan tanggungjawab
masyarakat untuk bekerjasama dengan berkuasa.

3. Peranan Ibu bapa


Ibu bapa juga perlu bersikap peka terhadap anak-anak mereka yang
cenderung ke arah homoseksual. Para ibu bapa sentiasa menasihati
mereka supaya menjaga kesopanan tatasusila mereka. Masalah ini perlu
dilihat dan dikaji dari zaman kanak-kanak lagi dan juga semasa mereka di
alam remaja. Masalah yang paling serius ialah pengaruh persekitaran dan
pergaulan serta penerimaan masyarakat terhadapnya. Oleh itu, peranan
yang dimainkan oleh ibu bapa adalah penting bagi mencorak kehidupan
anak-anak mereka.

4. Perkukuhkan institusi keluarga


Institusi keluarga terutamanya hubungan suami isteri perlulah dikukuhkan
supaya rumah tangga idak runtuk. Kesan keruntuhan rumah tangga boleh
membawa pelbagai akibat buruk kepada anak-anak dan masyarakat.
Terdapat anak-anak iabaikan kerana musnahnya sesebuah institusi
keluarga akibat penceraian. Institusi keluarga yang kukuh merupakan
factor penting untuk melahirkan generasi yang berwawasan dan
mempunyai keyakinan diri.

5. Member maklumat yentang AIDS


Bahaya AIDS hendaklah didedahkan kepada masyarakat umum melalui pelbagai
cara supaya dapat memberi kesedaran kepada masyaakat umum dan
seterusnya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. AIDS tidak dapat
diubati dan langkah yang terbaik ialah memdidik masyarakat menghalang AIDS
daripada merebak. Pihak NGO bersama kerajaan menjalankan kempen
kesedaran bahaya AIDS. Semua pihak harus member kerjasama untuk
menyelamatkan Malaysia daripada ancaman AIDS.

Kesimpulanya AIDS merupakan penyakit yang belum ada ubatnya. ,Penyakit HIV
AIDS ini mendatangkan kesan yang amat buruk dan kesan yang berpanjagan.
Bagi golongan yang tidak berdosa seperti anak-anak yang dilahirkan oleh ibu
yang mempunyai jangkitan yang berbahaya ini akan memberi impak kepada anak
tersebut. Jadi, penyakit AIDS yang lama mengancam ketenteraman kehidupan
manusia haruslah dihapus demi kesejahteraan manusia sejagat. Gandigan antara
pelbagai pihak adalah sangat penting bagi menyelesaikan masalah AIDS yang
merupakan peragut nyawa sebelum keadaan ini bertambah serius. Jelaslah
kepada kita betapa pentingnya bagi rakyat menyedari tentang bahaya penyakit
AIDS yang bukan sahaja memudaratkan kesihatan tetapi boleh juga mengancam
nyawa seseorang.
Setiap jenis penyakit pasti ada ubatnya. Tetapi lain pula dengan AIDS. Penyakit
ini tiada ubat yang khusus untuk mengatasinya. Oleh sebab masih belum ada
penawar untuk AIDS, usaha terbaik untuk menangani penyakit ini adalah melalui
usaha pencegahan. Usaha pencegahan yang dilakukan adalah mendidik orang
ramai tentang AIDS. Mesej pendidikan AIDS perlu tertumpu kepada gaya tingkah
laku seksual seperti menggunakan kondom, melakukan hubungan seks yang
selamat, mengelakkan bertukar-tukar pasangan seks, atau mengelak daripada
mengunjungi pekerja seks. Tambahan pula, perkongsian jarum suntikan dalam
kalangan penagih dadah juga dapat dielakkan melalui pendidikan
AIDS,.Tambahan lagi, usaha pendidikan AIDS membentukan nilai keperibadian
dan kemujaraban yang akhirnya akan menjadi benteng yang kukuh untuk
menangani jangkitan wabak ini.

Vous aimerez peut-être aussi