Vous êtes sur la page 1sur 58

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

SEKOLAH RENDAH (PGSR)


MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

MODUL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

RBT 3105

KAEDAH MENGAJAR
KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berkuat kuasa pada Jun 2010


MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR
YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2010


Bahagian Pendidikan Guru
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan


saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Pertama 2010


Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak


ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

i
KANDUNGAN
MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

Falsafah Pendidikan Guru i

Kandungan ii

Kata Alu-aluan iv

Panduan Pelajar v
Pengenalan vii
Agihan Tajuk ix

Tajuk 1 Perancangan pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah


1

Sinopsis 1
Hasil Pembelajaran 1
Kerangka Konsep 1
1.1 Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester 2
1.2 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian 4
1.3 Penyediaan Rancangan Tahunan dan Semester 6
1.4 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian 11
- Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Berdasarkan Sukatan
11
Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
- Penulisan Objektif Pembelajaran 17
- Pemilihan Isi Pelajaran 18
- Pemilihan Strategi, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan
19
Pembelajaran
- Aplikasi Kemahiran Generik 20
- Penerapan Nilai 22
Aktiviti 1 28

Tajuk 2 Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi 29


Sinopsis 29
Hasil Pembelajaran 29

i
Kerangka Konsep 29
2.1 Jenis dan Contoh Bahan Bantu Mengajar 30
2.2 Bahan Bantu Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 34
2.3 Penggunaan dan Penyimpanan Bahan Bantu Mengajar 35
Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
2.4 36
(TMK)
Aktiviti 2 41

Rujukan 42
Panel Penulis Modul 43
Panel Pemurnian Modul 44

ii
iv
PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar
anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk
belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin
tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang
kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber
pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang


pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih
membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi
bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk
dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah,
tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul
ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar
pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan
kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri


pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.

v
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami


pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

vi
RBT 3105 Kaedah Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Pengenalan :

Modul ini memberi penekanan kepada tajuk-tajuk dalam Kursus RBT3105


Kaedah Mengajar Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Ia
meliputi tajuk Perancangan Pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah; dan
Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi. Tajuk ini diambil daripada Pro
Forma Kursus RBT3105 iaitu Tajuk 3, dan Tajuk 4.

Rangka Isi Pelajaran:

Modul ini terbahagi kepada dua tajuk berikut;

Tajuk 1: Perancangan Pengajaran Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah


Rendah; dan
Tajuk 2: Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi.

SINOPSIS

Tajuk 1: Menjelaskan perancangan perancangan Kemahiran Hidup Sekolah


Rendah yang meliputi rancangan pengajaran tahunan/semester; rancangan
pengajaran dan pembelajaran harian; penyediaan rancangan tahunan dan
semester; dan penyediaan rancangan pengajaran harian. Seterusnya,
menyediakan perancangan pengajaran berasaskan kepada sukatan pelajaran.

Tajuk 2: Menghuraikan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran


termasuk sumber berasaskan ICT dan bagaimana mengintegrasikannya ke
dalam pengajaran. Huraian adalah meliputi jenis dan contoh bahan bantu

vii
mengajar; bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;
penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar; dan bahan bantu
mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

viii
AGIHAN TAJUK
Panduan kepada pengguna

Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima
belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk
untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)

Interaksi
Bil. Tajuk/Topik Modul Jum.
Bersemuka
(jam) Jam
(jam)
1 Teori 6 6
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
• Pendekatan objektivisme
- Konsep pendekatan objektivisme
- Objektivisme dalam Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah

• Pendekatan konstruktivisme
- Konsep pendekatan
konstruktivisme
- Konstruktivisme dalam Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah

• Pendekatan pembelajaran secara


kontekstual
• Pendekatan pembelajaran
berasaskan projek
• Perubahan konsep dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
• Kajian Masa Depan
• Pembelajaran berasaskan
ketrampilan (Competency Based
Learning (CBL))
• Pembelajaran psikomotor dalam
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

ix
Interaksi
Bil. Tajuk/Topik Modul Jum.
Bersemuka
(jam) Jam
(jam)
2 Strategi, kaedah dan teknik pengajaran 12 12
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
• Definisi strategi, kaedah dan teknik
• Strategi pengajaran dan pembelajaran
- Berpusatkan guru
- Berpusatkan murid
- Berpusatkan bahan/aktiviti
• Kaedah dan teknik pengajaran
pemusatan murid
- Simulasi
- Lawatan
- Projek
- Permainan
- Pembelajaran aktif/perbincangan
- Pembelajaran secara kooperatif
- Pembelajaran Masteri
• Kaedah dan teknik pengajaran
pemusatan guru
- Syarahan/kuliah
- Demonstrasi/tunjuk cara
- Bercerita

• Kaedah dan teknik pengajaran


pemusatan bahan
- Modul
- Carta
- Slaid
- Pita rakaman
- Perisian kursus pembelajaran
(courseware)
- Laman Web/Internet
- Peralatan/bahan

• Kemahiran menyoal dalam


pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah
- Teknik-teknik menyoal
- Aras-aras soalan

x
Interaksi
Bil. Tajuk/Topik Modul Jum.
Bersemuka
(jam) Jam
(jam)
3 Perancangan pengajaran Kemahiran 7 7
Hidup Sekolah Rendah
• Rancangan pengajaran
tahunan/semester
• Rancangan pengajaran dan
pembelajaran harian
• Penyediaan rancangan tahunan dan
semester
- Menyediakan rancangan
tahunan
- Menyediakan rancangan
semester
• Penyediaan rancangan pengajaran
harian
- Menyediakan rancangan
pengajaran harian berdasarkan
sukatan pelajaran Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah
- Penulisan objektif pembelajaran
- Pemilihan isi pelajaran
- Pemilihan strategi,kaedah,
teknik dan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran
- Aplikasi kemahiran generik
- Penerapan nilai

4 Bahan bantu mengajar berasaskan 8 8


teknologi
• Jenis dan contoh bahan bantu
mengajar
• Bahan bantu mengajar Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah
• Penggunaan dan penyimpanan bahan
bantu mengajar
• Bahan bantu mengajar berasaskan
teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK)

xi
Interaksi
Bil. Tajuk/Topik Modul Jum.
Bersemuka
(jam) Jam
(jam)
5 Pengajaran mikro 6 6

• Perlaksanaan kemahiran-
kemahiran mengajar tertentu bagi
mata pelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah:
- Kemahiran set induksi
- Kemahiran menggunakan
papan tulis
- Variasi rangsangan
- Kemahiran penyoalan
- Kemahiran pengukuhan
- Kemahiran menerangkan
- Kemahiran penggunaan
sumber
- Kemahiran penutup

6 Pengajaran makro 6 6

• Perlaksanaan semua kemahiran


mengajar bermula dari set induksi
hingga kepada penutup bagi mata
pelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah.

JUMLAH 30 15 45

xii
TAJUK 1 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
SEKOLAH RENDAH

Sinopsis

Menghuraikan penyediaan pengajaran tahunan/semester, rancangan pengajaran dan


pembelajaran harian, penyediaan rancangan tahunan dan semester, dan penyediaan
rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
Membincangkan bagaimana mengaplikasikan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dalam
perancangan dan penyediaan rancangan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah

Hasil Pembelajaran:

1. Mengaplikasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran bagi mata


pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dengan cekap dan berkesan;
2. Menyediakan perancangan pengajaran berasaskan kepada sukatan pelajaran.
3. Memindahkan kemahiran mengajar dalam pelbagai situasi sebenar.

Kerangka Konsep

Rancangan pengajaran tahunan/semester

Perancangan Rancangan pengajaran dan pembelajaran


Pengajaran harian
Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah
Penyediaan rancangan tahunan dan
semester

Penyediaan rancangan pengajaran harian

 
1.1 Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester

Seseorang guru perlu peka terhadap kehendak kurikulum bagi Matapelajaran


Kemahiran hidup. Oleh itu anda sebagai seorang guru perlu merancang pengajaran untuk
memastikan kehendak kurikulum dipenuhi. Setiap guru sama ada berpengalaman ataupun tidak,
perlu membuat perancangan yang teliti untuk mencapai kejayaaan dalam pengajarannya.

Bincangkan bersama rakan, perancangan pengajaran yang baik membantu dalam


pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan dengan


menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran serta mengaitkan pengalaman murid
dengan apa yang diajar, menggabungjalinkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah,
menggunakan pelbagai bahan bantuan mengajar dalam media alam semula jadi, bahan
maujud, media cetak dan media elektronik.

Rancangan Tahunan/Semester adalah berdasarkan takwin minggu persekolah. Guru


perlu menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi setiap sesi
persekolahan sebagai panduan bagi pelaksanaan P&P. Rancangan Pengajaran
Semester/Tahunan perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum satu-satu
sesi persekolahan bermula.

Rancangan pengajaran tahunan merupakan perancangan yang dibuat untuk tempoh satu tahun
atau satu semester bagi satu-satu mata pelajaran. Rancangan tahunan merangkumi :

• Skop kemahiran bagi setahun yang disenaraikan dalam Huraian Sukatan keluaran
Unit Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Senarai kemahiran-kemahiran.
• Skop pelajaran yang perlu untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.
• Rujukan sukatan pelajaran.

 
Rancangan ini penting untuk:

• Panduan guru.
• Pencegahan pemesongan topik.
• Memastikan susunan topik-topik teratur.
• Memudahkan guru pengganti mengambil alih tugas.
• Penyelarasan untuk ujian bulanan dan semester.
• Semakan topik lalu dan akan datang adalah mudah.

Proses penyediaan perancangan mengajar adalah sepertimana ditunjukkan dalam Rajah 1.1

Sukatan Kemahiran Hidup


Sekolah Rendah

Takwim Sekolah Huraian Sukatan


+ Kemahiran Hidup Sekolah

Rancangan Tahunan/ Semester

Rancangan Pengajaran Harian

Rajah 1.1 Aliran proses penyediaan rancangan mengajar

 
1.2 Rancangan pengajaran dan pembelajaran harian

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran-


pembelajaran yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum merancang dan
melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:

• Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam


• Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
• Merancang pengajarannya
• Menentukan strategi P&P
• Menyediakan bahan bantu pengajaran
• Menyediakan penilaian

Antara kepentingan-kepentingan RPH ialah

• Menentukan objektif pengajaran tercapai.


• Menyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
• Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar.
• Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa yang diperuntukkan.
• Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.
• Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang yang sesuai.
• Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian.
• Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersususn
dan bersistem.

 
Komponen-komponen dalam RPH dapat diringkaskan seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

Rancangan Pengajaran Harian

Butiran Am Set Induksi Penyampaian Penutup

• Tarikh, masa, • Langkah- • Jenis-jenis


darjah, tahun, langkah penutupan
bilangan murid • Isi Pelajaran • Rumusan
• Topik • Strategi • Aktiviti
• Objektif P&P • Penerapan Nilai susulan
• Pengetahuan • KBSB • Penilaian
Sedia Ada • Penggunaan Objektif
• Sumber P&P Sumber
• KBSB (ABM/BBM)
• KMD

Rajah 1.2 Komponen-komponen dalam RPH dapat diringkaskan seperti ditunjukkan


dalam

 
1.3 Penyediaan rancangan tahunan dan semester

Contoh format rancangan pengajaran tahunan/semester adalah sepertimana


ditunjukkan dalam Jadual 1.1a dan Jadual 1.1b:

Jadual 1.1a
Contoh Rancangan Tahunan/Semester Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4

Semester Minggu Topik Hasil Masa (jam)


Pembelajaran
1 Keselamatan dan Mengamalkan 1
Organisasi langkah
Bengkel keselamatan
semasa
menjalankan tugas.
Menyediakan
struktur organisasi
tempat kerja.
2 Kreativiti Mengenal pasti 1
bentuk asas reka
bentuk
3 Kreativiti Melakar bentuk 1
asas
4 Kreativiti Membina bentuk 1
asas secara 3D
5 Reka Cipta Menghubungkaitkan 1
bentuk dengan
fungsi produk
SATU
6 Reka Cipta Memasang model 1
yang lebih

 
Semester Minggu Topik Hasil Masa (jam)
Pembelajaran
kompleks
berpandukan
manual

7 Reka Cipta Mengenal pasti 1


jenis dan fungsi
pengikat dan
penyantum
8 Pendokumentasian Mengumpul dan 1
merekod maklumat
SATU 9 Mempersembahkan 1
Pendokumentasian pendokumentasian

10 Reka bentuk dan Menentukan projek 1


Penghasilan berpandukan kad
Projek kerja

11 Reka bentuk dan Menentukan jenis 1


Penghasilan bahan dan kuantiti
Projek

12 Reka bentuk dan Mengukur, 1


Penghasilan menanda dan
Projek memotong
bahan projek

13 Reka bentuk dan Memasang 1


Penghasilan komponen projek
Projek

 
Semester Minggu Topik Hasil Masa (jam)
Pembelajaran
14 Reka bentuk dan Mereka bentuk dan 1
Penghasilan membuat projek
Projek berdasarkan minat
murid
15 Pengenalan Mengenal pasti 1
Elektrik nama, fungsi dan
simbol komponen
16 Pengenalan Membezakan di 1
Elektrik antara litar siri dan
litar
selari
17 Pengenalan Membaca dan 1
Elektronik menterjemah
lukisan
litar
18 Pengenalan Memintal dan 1
Elektronik mengikat wayar
pada
tamatan komponen

Jadual 1.1b
Contoh Rancangan Tahunan/Semester Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4
(Semester Dua)

Semester Minggu Topik Hasil Masa (jam)


Pembelajaran
1 Baik Pulih dan Mengenal pasti 1
Penyenggaraan bahan dan agen
pembersih

 
Semester Minggu Topik Hasil Masa (jam)
Pembelajaran
Meminyak untuk
tujuan
perlindungan
dan perlinciran
2 Pengenalan Mengenal 2
Tanaman Hiasan beberapa jenis
tanaman
hiasan
3 Pemilihan Biji Menyemai biji 2
Benih benih pokok
bunga
semusim
DUA
4 Penanaman Menyediakan 2
bekas
penanaman

5 Penjagaan Menjaga 2
tanaman hiasan
dalam bekas

6 Barang Jualan Mengkelas 1


barang
mengikut
keperluan,
kesukaan dan
yang mampu
dibeli oleh
murid dan guru

 
Semester Minggu Topik Hasil Masa (jam)
Pembelajaran
7 Sumber Jualan Mengumpul 1
maklumat cara
mendapatkan
bekalan

8 Membuat Mengenal pasti 1


Rancangan cara
Jualan mendapatkan
modal
9 Menyediakan Menentukan 1
barang jualan tujuan
membungkus
dan
melabel barang
jualan
10 Mempromosi Membungkus 1
Jualan barang untuk
tujuan
promosi barang
jualan
11 Mengurus Jualan Menunjukkan 1
cara layanan
yang baik
dan cekap
12 Merekod Jualan Merekod barang 1
jualan
13 Mengira untung Menyediakan 1
dan rugi rekod
pendapatan dan
perbelanjaan
jualan

10 

 
Semester Minggu Topik Hasil Masa (jam)
Pembelajaran
14 Minggu Jualan Menjual barang- 1 hari
barang yang
dikenal
pasti

1.4 Penyediaan rancangan pengajaran harian

a) Menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran


Hidup Sekolah Rendah

Penyediaan rancangan pengajaran harian oleh guru-guru dilakukan mengikut sukatan


pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Sehubungan itu, contoh format rancangan
pengajaran harian adalah seperti berikut:

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup


Kelas : 5 Bestari
Tarikh : 6 Jun 2010
Masa : 9.00 – 10.00 pagi
Bilangan Murid : 24 orang
Topik/Tajuk : Ikan Hiasan
Sub Topik : Penyediaan Bekas/ Akuarium
Kemahiran : Murid dapat memilih bekas/akuarium dan aksesori yang
sesuai dan menyedia serta menghias akuarium. Murid juga
dapat mereka letak dan menyusun aksesori untuk mendapatkan
pemandangan yang cantik.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat jenis-jenis ikan hiasan


dan memelihara ikan hiasan.

11 

 
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat:

1. Menyebut 6 daripada 9 aksesori bekas akuarium


dengan betul.
2. Menyatakan 6 daripada 9 langkah-langkah menyedia
dan menghias bekas akuarium dengan betul.
3. Menyusun dengan tepat 3 urutan teknik memasukkan
ikan hiasan ke dalam bekas/akuarium.
4. Melakukan amali penyediaan bekas/akuarium ikan
hiasan dangan aksesori yang dibekalkan dengan
sekurang-kurangnya 80% pencapaian lengkap dengan
betul.

Niali-nilai Murni : Kerjasama, bersih, bertanggungjawab, jimatkan air,


menyayangi haiwan peliharaan dan estetika.

Kemahiran Berfikir : Menjana idea, Membuat Inferens, Membuat


gambaran mental, Mengingat kembali,
Menyusun mengikut keutamaan urutan yang betul.

Bahan Bantu Mengajar : Video, power point, akuarium, pam, penapis, batu, pasir,
tumbuhan akuatik asli dan tiruan, arang diaktifkan,
gegelang bio, kayu buruk, poster, model, lampu
akuarium, ikan hiasan, kad nama, papan tulis, marker pen,
pemadam.

Pendidikan Alam Sekitar : Tumpahan minyak dan pencemaran air yang


sering berlaku.

Kajian Masa Depan : Komersialkan pemeliharaan ikan hiasan sebagai punca


pendapatan sampingan

12 

 
Contoh rancangan pengajaran harian (RPH) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah adalah sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 1.2

Jadual 1.2
Contoh rancangan pengajaran harian (RPH)

Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan


Masa
Set Induksi Pengenalan kepada 1. Murid melihat rakaman BBM:
(5 minit) topik penyediaan video mengenai situasi dalam Pemain video
bekas/akuarium sebuah akuarium yang
dipenuhi dengan batu karang Kemahiran Berfikir:
dan ikan hiasan yang Membuat inferens,
berwarna-warni. menjana idea
2. Rakaman mengandungi
muzik dan dialog antara dua Nilai-nilai murni:
ekor ikan . Menyayangi haiwan
3. Ikan-ikan tersebut peliharaan
menceritakan tentang PAS:
terseselamatnya mereka dari Tumpahan minyak
situasi air laut yang tercemar dan pencemaran
oleh tumpahan minyak. yang sering berlaku
4. Guru memperkenalkan menakibatkan
tajuk pengajaran hari ini: hidupan air mati

Penyediaan bekas/akuarium

Langkah1 Memilih aksesori 1. Murid melihat tayangan BBM:


(10 minit) bekas/akuarium power point sambil mendengar Power point,
1. Aksesori penerangan guru mengenai tayangan video, pam,
akuarium asas: langkah-langkah penyediaan batu, pasir,
i) pam bekas/akuarium ikan hiasan. tumbuhan akuatik
ii) penapis 2.Murid melihat tayangan asli dan tiruan, kayu

13 

 
Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Masa
2. Aksesori video mengenai penyediaan buruk, poster, model,
tambahan: bekas/akuarium yang lengkap lampu akuarium
i) batu dengan aksessori tambahan
ii) pasir berserta dengan muzik dan Kemahiran Berfikir:
iv) tumbuhan suara latar. Membuat gambaran
akuatik asli dan mental, mengingat
palsu kembali
v) kayu buruk
vi) poster
vii) model
viii) lampu
akuarium

Langkah 2 Langkah-langkah 1.Wakil kumpulan akan BBM:


(15 minit) menyedia dan mengambil segala peralatan Ikan hiasan, kad
menghias bekas dan aksesori akaurium yang nama, bekas
akuarium. akan dipasang di meja kerja akuarium, tumbuhan
i) Letakkan akaurium di mereka . akuatik.
lokasi pilihan, pastikan 2. Murid mengikut langkah
ada pendawaian penyediaan bekas akuarium Kemahiran Berfikir:
elektrik dan bekalan secara amali dalam kumpulan Menyusun mengikut
air. setelah di terangkan oleh guru. keutamaan,
ii) Membersihkan dan 3. Murid diingatkan tentang membuat gambaran
bilas bahan hiasan keselamatan dan kerjasama mental
seperti batu, pasir dan berkumpulan.
kayu. Nilai-nilai Murni:
iii) Letakkan arang Keselamatan,
diaktifkan dan kerjasama, jimatkan
gegelang bio di dasar air, estetika, bersih,
akuarium. bertanggungjawab.
iv) Masukkan batu,
pasir dan kayu buruk.

14 

 
Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Masa
v) Tanamkan
tumbuhan akuatik
vi) Masukkan penapis
dalaman dan letakkan
pada dinding akaurium.
vii) Masukkan air yang
telah dinyah klorin ke
dalam akuarium.
viii) Hidupkan
penapisan dalaman
dan nyalakan lampu
ix) Masukkan ikan.

Pemilihan aksesori
bergantung kepada
spesis ikan yang
hendak dipelihara.

Langkah 3 Teknik memasukkan 1.Murid melihat tayangan


(15 minit) ikan hiasan ke dalam video dan melaksanakan kerja
bekas/akuarium amali selepas tayangan
i) Letakkan beg ikan berkenan.
hiasan ke dalam 2. Murid memasukkan ikan ke
akuarium selama 20 dalam akuarium dan
hingga 30 minit. melabelkannya dengan kad
ii) Masukkan sedikit air kumpulan.
akuarium ke dalam beg
plastik.
iii) Biarkan ikan keluar
bersama air daripada
beg plastik.

15 

 
Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Masa
Penilaian Kuiz Berkumpulan 1.Setiap kumpulan diberi Nilai-nilai Murni:
(10 minit) papan tulis, marker pen dan Kerjasama
pemadam. BBM:
2. Murid diberi taklimat Papan tulis, marker
mengenai syarat pen, pemadam, gula-
pertandingan. gula, pensil.
3. Murid dikehendaki
menjawab secara bertulis
dengan memaparkan jawapan
pada papan tulis.
4. Murid yang menjawab
dengan betul akan diberi gula-
gula.
5. Kumpulan yang menang
akan diberi hadiah pensil.

Penutup Rumusan: 1. Murid dibimbing untuk Kemahiran Berfikir:


(5 minit) 1. Penyediaan membuat rumusan. Membuat rumusan.
bekas/akuarium. 2. Murid menonton tayangan
a) Memilih aksesori video ikan hiasan sambil Kajian Masa Depan:
yang sesuai untuk bersoal-jawab dengan guru. Komersialkan
bekas /akuarium. Tugasan susulan peliharaan ikan
b) Langkah-langkah Murid dikehendaki melakar hiasan sebagai
penyediaan ajuarium yang canggih untuk punca pendapatan
bekas/akuarium. tahun 2020. sampingan.
c) Teknik memasukkan
ikan hiasan ke dalam
bekas, akuarium.

16 

 
b) Penulisan objektif pembelajaran

Objektif pembelajaran perlulah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat
murid-murid. Objektif pelajaran sepatutnya merangkumi ketiga-tiga aspek, iaitu situasi, tingkah
laku murid dan tingkat pencapaian murid.

Objektif boleh dalam bentuk:

• Objektif implisit
¾ Melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti:-
- memahami
- mengetahui
- atau menghargai sesuatu yang telah diajar

• Objektif eksplisit
¾ Melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti:-
- menyeranaikan
- menjelaskan
- memberikan contoh
- menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan

Menurut Mager, tiga kriteria yang perlu diikuti semasa menulis objektif eksplisit iaitu:

1. Menggunakan kata kerja tindakan yang khusus yang menerangkan niat guru.
2. Menggunakan bahasa yang menghuraikan tingkah laku yang boleh dilihat.
3. Menggunakan bahasa yang boleh menghuraikan tingkahlaku yang boleh dinilai.

Pilih satu topik dalam sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
Bincangkan objektif pembelajaran yang baik dan senaraikan.

17 

 
c) Pemilihan isi pelajaran

Isi pelajaran merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau maklumat yang
disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Di peringkat mata pelajaran, isi pelajaran
diperingkatkan oleh Jawatankuasa Sukatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia
manakala di peringkat topik, pemeringkatan isi pelajaran dilakukan oleh pihak guru.

Ketika melakukan pemeringkatan isi, guru hendaklah menyeranaikan semua topik yang
hendak diajar. Kemudian guru harus memikirkan topik dan isi yang perlu diawalkan dan yang
boleh diajar kemudiannya. Pemeringkatan isi pelajaran lazimnya dibuat mengikut prinsip-prinsip
tertentu seperti bermula daripada yang mudah kepada yang kompleks, daripada yang konkrit
kepada yang abstrak dan daripada fakta kepada teori. Guru perlu menyatakan segala isi
pelajaran yang akan disampaikan , selaras dengan objektif pengajaran. Isi pelajaran yang
disediakan perlu sesuai dengan topik dan disusun mengikut tertib perkembangan pelajaran. Isi
pelajaran yang sesuai juga perlu dirancang untuk pendidikan pemulihan dan pengayaan.

Dalam pemilihan isi pelajaran, guru seharusnya pertimbangkan perkara-perkara berikut :

1. Penyusunan isi adalah relevan dengan objektif-objektif pelajaran.


2. Penyusunan isi pelajaran hendaklah mengikut urutan yang teratur,
mudah difahami serta membantu ingatan yang lebih kekal.
3. Isi pelajaran hendaklah bermula dengan pengalaman sedia ada
murid kepada pengalaman baru murid.
4. Bahasa yang sesuai serta istilah yang tepat digunakan
5. Isi pelajaran mencakupi masa yang diperuntukkan.
6. Kemaskini dan mengikut perkembangan semasa

Berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah, bincangkan


bagaimana anda memilih isi pelajaran.

18 

 
d) Pemilihan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan


merancang kaedah dan teknik-teknik untuk mencapai objektif-objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan. Pemilihan strategi yang baik menjamin keberkesanan P&P.

Berikut ialah garis panduan yang boleh digunakan ketika memilih strategi pengajaran,
iaitu:
• dapat meningkatkan lagi keberkesanan P&P.
• dipelbagaikan agar dapat mengekalkan minat murid-murid.
• berpusatkan murid-murid dari segi minat, keperluan dan aktiviti.
• berupaya menimbulkan suasana P&P yang bermakna, mendorong dan
menyeronokkan.
• mengambil kira penggabungjalinan kemahiran-kemahiran seperti membaca,
mengira, menulis dan melukis.
• berupaya mencakupi unsur penyerapan isi daripada beberapa bidang pelajaran dan
penerapan nilai-nilai murni.

Kaedah ialah suatu tindakan guru yang sistematik dan berurutan serta bertujuan
mencapai objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran. Kaedah mengajar juga bererti
cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun atau teratur.

Contoh-contoh Kaedah :

1. Simulasi
Merupakan situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan
sama dengan situasi sebenar. Jenis simulasi adalah:

a) sosiodrama
b) main peranan

19 

 
2. Tunjuk Cara (Demonstrasi)

Tunjuk cara merupakan situasi pembelajaran dengan guru menunjukkan cara


melakukan cara melakukan sesuatu aktiviti atau memilih seorang murid yang
berpengalaman untuk melakukan aktiviti yang dikehendaki.

Teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah.
Teknik merangkumi aktiviti perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran.
Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Guru hendaklah
menggunakan teknik yang dapat menimbulkan minat atau memotivasikan murid-murid dalam
P&P. Contohnya dalam kaedah Tunjuk Cara membuat tanggam kayu, guru boleh
menggunakan pelbagai teknik seperti menyoal tentang jenis tanggam, teknik mencari
pemasangan tanggam yang ada pada bahagian-bahagian perabot dan meneka jenis tanggam
yang digunakan pada cantuman bahagian perabot. untuk menjadikan tunjuk caranya menarik
dan memotivasikan murid.

Dengan melayari internet atau buku rujukan dapatkan maklumat berkaitan


Strategi, Kaedah dan Teknik pengajaran dan aplikasi dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup sekolah Rendah

e) Aplikasi kemahiran generik

Kemahiran generik adalah kemahiran am, kualiti, pengetahuan dan sikap yang dipunyai
oleh seseorang untuk berjaya dalam pembelajaran dan kerjayanya. Kemahiran generik
berunsurkan kemahiran, kecekapan dan ketrampilan. Kemahiran boleh didefinisikan sebagai
kecekapan dan kepandaian untuk mengerjakan sesuatu. Kecekapan boleh didefinisikan
sebagai kemampuan atau kebolehan melakukan sesuatu dengan cepat dan sempurna,
berkemahiran, kepandaian dan kepantasan membuat sesuatu. Ketrampilan pula dijelaskan
sebagai kecekapan dan kemampuan yang tinggi dalam menyelesaikan masalah.

Guru yang berkualiti adalah guru yang mempunyai kemahiran-kemahiran generik dan
dapat membimbing murid-muridnya ke arah kecemerlangan dalam pendidikan, kerjajaya dan
hidup mereka nanti.

20 

 
Secara umumnya kemahiran generik mempunyai elemen-elemen seperti :

a. Kemahiran hidup tertentu dan diperlukan untuk kejayaan kerjaya dan personal.

b. Kemahiran utama penting untuk penglibatan diri dalam dunia pekerjaaan dan
organisasi kerja. Ia berfokuskan kepada keupayaan
menyepadukan kemahiran dan pengetahuan di alam pekerjaan.

c. Kemahiran yang boleh digunakan atau dipindahkan secara am di tempat kerja


dan bukannya kemahiran teknikal dan khusus.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia kemahiran generik adalah kemahiran utama yang
perlu ada di kalangan pelajar sebagai persediaan dalam melaksanakan tugas dengan
sempurna dalam pelbagai situasi alam pekerjaan dan kehidupan seharian.

Dalam konteks sistem persekolahan di Malaysia, kemahiran generik yang dikenal pasti
perlu untuk pelajar meneroka ruang-ruang ilmu adalah seperti berikut:

• KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Bertutur - fasih, perbendaharaan kata luas, intonasi sesuai, bahasa badan, guna
pengetahuan, guna istilah sesuai, bahasa tepat dan jelas, kemuka soalan dan
menjawab jelas dan tepat.

Mendengar - dengar idea dan pandangan, faham idea yang disampaikan, menakkul,
menolak atau menerima idea.

Menulis - menulis jelas dan tepat, guna tanda baca, buat catatan, buat laporan,
intepretasi maklumat, buat rumusan, isitilah tepat, laras bahasa sesuai dan mengalih
idea ke bahasa lain.

Membaca - menganalisis, bertindakbalas tepat dan berkesan, aplikasi teknik baca,


faham dan intepretasi dengan tepat.

Bertertib & Sopan - guna bahasa ikut suasana, kata panggilan yang sesuai.

Penggunaan Teknologi - mengendali alat teknologi (OHP, komputer, alat siaraya),


menyediakan alat (slaid poster, gambarajah), penyampaian dengan bantuan alat.

21 

 
• KEMAHIRAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI

Menggunakan alat ikut prosedur dan proses - memahami arahan buku manual,
faham cara operasi dan kendali alat, mengenali bahagian dan fungsi, memahami simbol,
kendali ikut prosedur.

Mengendali, menyelenggara dan baiki alat teknologi - kenal pasti bahagian dan
fungsi, selenggara dengan sempurna dan yakin, peka terhadap peralatan baik pulih,
baiki kerosakan kecil dan mudah.

Menggunakan sumber dengan cekap – boleh mengimbang jumlah pengeluaran


dengan kos, menghasilkan keluaran menepati masa, menepati jumlah pengeluaran ikut
sasaran, mengawal kualiti produk.

Memahami isu dan tren dalam teknologi - mengenalpasti teknologi baru, berupaya
memilih teknologi mengikut tren semasa, terjemah keperluan berdasarkan teknologi
baru, peka terhadap isu semasa.

Mereka bentuk dan mencipta teknologi baru - mengubahsuai teknologi sedia ada
supaya lebih cekap, meneroka dan menghasilkan teknologi baru.

• KEMAHIRAN MERANCANG DAN MENGELOLA AKTIVITI

Kebolehan membuat persediaan dalam merancang aktiviti - mengenalpasti


matlamat dan objektif, membuat anggaran kos, menentukan kumpulan sasaran dan
bilangannya, membuat jadual tugasan induk.

Melaksanakan program/aktiviti - menyediakan senarai tugasan, membuat pelan


tindakan, carta tugasan (carta Gantt), merancang alternatif sekiranya berlaku halangan,
memilih strategi ikut keutamaan, berpengetahuan mengenai aktiviti dan prosedur,
membuat penyesuaian, memisah dan memilih keutamaan.

Cekap dalam pengurusan masa - bekerja ikut spesifikasi masa yang ditentukan,
bekerja secara sistematik, menyelesaikan masalah dalam jangka masa terhad.

Keberkesanan penggunaan sumber - menentukan sumber berkaitan aktiviti,


mengurus sumber, berupaya memaksimum output dengan sumber terhad, pengelolaan

22 

 
sistematik, penilaian, membuat refleksi, menggunakan maklumbalas sebagai rujukan
aktiviti akan datang dan bertindak positif.

• KEMAHIRAN BEKERJA DENGAN ORANG LAIN DAN DALAM KUMPULAN

Berkomunikasi dengan orang lain dan dalam kumpulan - mendengar dengan baik,
memberi perhatian, memahami bahasa, gaya dan intonasi pertuturan, menggunakan
‘body language’ yang sesuai, memahami maksud yang tersurat dan tersirat, menulis
arahan dengan baik, memahami persekitaran.

Berbincang secara kumpulan - mengetahui peranan dalam kumpulan, mengetahui


halangan dalam komunikasi dan cara terbaik mengatasinya, menggunakan bahasa yang
sesuai dengan situasi, berpengetahuan mengenai topik yang dibincangkan, membuat
persediaan maklumat yang cukup, menggunakan santun bahasa semasa
berkomunikasi.

Menerima ahli kumpulan lain - memahami sahsiah setiap ahli kumpulan, bersikap
toleransi, menyesuaikan diri mengikut konteks dan situasi, memberi dan menerima
teguran dan tunjuk ajar, bersikap terbuka dan menghormati idea ahli.

Mempunyai semangat kekitaan - sanggup berkorban, bertanggungjawab atas


tindakan/keputusan yang dibuat, bekerja sebagai satu pasukan, menghormati hak orang
lain, memberi kerjasama dalam melaksanakan tugas, mengetahui dan menjalankan
peranan, tolong menolong dan muafakat, menghasilkan keputusan yang sepakat.

Memahami objektif bekerja secara kumpulan - mentafsir dan mengenalpasti objektif


kumpulan, boleh menjelaskan tujuan bekerja secara kumpulan, membuat pertimbangan
atas cadangan dan pendapat, memberi pendapat dan cadangan, menyusun prosedur
dan jangka masa untuk mencapai objektif.

• KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH

Mengenalpasti masalah - meneroka masalah/menceritakan masalah, menyelidik


masalah untuk mendapatkan maklumat lengkap.

Menganalisis punca masalah - diri sendiri (sikap, sifat diri, keyakinan, ketabahan,
proaktif dan reaktif), keadaan persekitaran (masyarakat, rakan sebaya dan keluarga),
Fizikal (ruang, wang, prasarana dan masa), sosio ekonomi (latar belakang, keluarga,

23 

 
keseimbangan pendapatan dengan keperluan, pengurusan sumber) budaya (nilai-nilai
masyarakat norma dan amalan hidup tren masyarakat).

Memperolehi maklumat - mengenalpasti dan memperoleh sumber maklumat (diri


sendiri, rakan sebaya, masyarakat, bahan rujukan, menilai dan memilih maklumat yang
relevan (tapis maklumat).

Membuat alternatif/pilihan - menyenaraikan tindakan yang boleh menyelesaikan


masalah, menilai tindakan melalui kriteria yang telah ditetapkan.

Membuat keputusan - mengkaji semula matlamat, memilih dan membuat keputusan,


mengkaji keberkesanan keputusan.

Membuat penilaian semula - menilai semula keputusan yang telah dibuat, memilih
alternatif lain, semua masalah dikaji.

• KEMAHIRAN MENGURUS, MEMILIH DAN MENGANALISIS MAKLUMAT

Mancari maklumat - mengenalpasti sumber (buku, orang, alam sekitar, internet, iklan),
membaca dan mengakses maklumat (memahami wacana, menguasai perbendaharaan
kata, membaca, menterjemah, mentafsir, mencatat).

Memilih maklumat - mengenalpasti kegunaan/keperluan (membuat rujukan,


mencerakin, membuat pengkelasan), mencatat (mencari isi penting, meringkas,
merumus, membuat kesimpulan).

Menganalisis maklumat - memeriksa maklumat untuk ketepatan dan kesempurnaan,


menilai kualiti dan kebolehpercayaan, mengkategorikan maklumat, menyusun
maklumat.

Menyusun maklumat/penulisan - merangka format (membuat jadual, graf, carta,


laporan bertulis, memo, kertas kerja/cadangan), menyunting laporan.

Menyimpan maklumat - kaedah menyimpan maklumat dalam bentuk fail (klasifikasi,


katalog, nombor fail, bilangan surat, kaedah menyimpan dalam perisian komputer
(disket, hard disk), menyimpan maklumat dalam buku log, diari, kad dan lain-lain.

Mengguna dan menyebar maklumat - mengenalpasti pelbagai kaedah sebaran


maklumat (poster, memo, buletin, media masa/cetak, multimedia).

24 

 
• KEMAHIRAN MENGGUNAKAN IDEA DAN TEKNIK MATEMATIK

Mengukur kuantiti dengan menggunakan unit ukuran - melakukan 4 operasi asas,


mengenal pasti unit ukuran, tahu teknik mengukur, boleh menukar unit ukuran,
menyelesaikan masalah secara congak, membuat anggaran.

Menyusun dan menggunakan nombor untuk menghurai kuantiti dan kualiti -


menyusun nombor ikut urutan, menyatakan perkaitan nombor dengan abjad, menyusun
data.

Menggunakan unit matematik dalam mengintepretasikan jawapan untuk


menyelesaikan masalah - menggunakan penukaran unit ukuran dan harga, membaca
papan tanda (senarai harga barang, pasaran saham dan lain-lain), membaca meter,
menggunakan data untuk menyelesaikan masalah.

Menggunakan carta dan menterjemah carta, graf - membaca dan memahami


maklumat dalam graf/carta, membuat pengiraan, membuat analisis, membuat ramalan
merangka strategi.

Membuat penilaian menggunakan teknik matematik - menggunakan teknik


pengiraan dalam membuat penilaian, membanding dan membezakan untuk membuat
pemilihan.

• KEMAHIRAN MEMAHAMI BUDAYA

Menghayati nilai murni - memahami nilai asas untuk berinteraksi dengan masyarakat
(memperkenalkan diri secara bersopan, bergaul dengan mesra dalam pelbagai situasi
dan konteks, penggunaan laras bahasa yang tepat mengikut status dan situasi),
menghormati pelanggan, mewujudkan sikap prihatin dan gigih terhadap pekerjaan,
mengamal sikap jujur, berterus terang dan amanah.

Menghayati dan sentiasa mewujudkan kemesraan dengan rakan, jiran dan


masyarakat - ambil berat terhadap kebajikan orang lain, memberi layanan, menghargai
orang lain, memupuk sikap penyayang.

Menghayati norma dan tren masyarakat - memahami perbezaan nilai masyarakat


merentasi agama dan kaum, menghormati semua lapisan masyarakat, mewujudkan
persekitaran yang kondusif.

25 

 
Memahami profil organisasi - mewujudkan rasa setia kawan, mematuhi peraturan,
undang-undang dan perlembagaan, mengalamlkan prinsip/nilai-nilai hidup masyarakat.

Mempunyai semangat patriotik - melahirkan rasa bangga dengan sumbangan yang


diberi, mengenang jasa, mencintai negara.

Pada umumnya kemahiran-kemahiran generik yang dikenalpasti memang sudah


terdapat dalam kurikulum persekolahan yang sedia ada. Penekanan dan fokus yang lebih jitu
bagi kemahiran-kemahiran ini perlu diberi keutamaan. Ini boleh dilakukan seperti berikut :

• Proses pengajaran dan pembelajaran mesti berfokuskan kepada penglibatan aktif


semua pelajar. Mereka digalakkan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah
dengan menggunakan pelbagai sumber maklumat.
• Pengajaran dan pembelajaran tidak sahaja berfokus kepada subjek sebaliknya perlu
dikembangkan dan diberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran seperti
asas komunikasi, interpersonal, membuat keputusan dan etika.
• Pengajaran dan pembelajaran perlu menitikberatkan amalan praktis dalam kumpulan
dan pembinaan semangat pasukan.
• Proses pengajaran dan pembelajaran perlu menitikberatkan kaedah-kaedah seperti
penyelidikan dan penemuan. Pelajar perlu dilatih untuk menyelidik dan mengkaji
sesuatu masalah sama ada secara individu atau dalam kumpulan.

26 

 
f) Penerapan Nilai

Pengajaran Kemahiran Hidup juga menekankan penerapan nilai-nilai murni yang di


tegaskan oleh FPN. Justeru itu, dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perlu
masukkan aspek nilai-nilai murni tersebut. Malah aspek Keselamatan adalah antara kaitan nilai
murni kasih sayang yang perlu diperhatian oleh semua guru Kemahiran Hidup terutama sekali
dalam waktu pengajaran yang melibatkan aktiviti-aktivi amali. Keutamaan keselamatan ini
merupakan salah satu ciri Bengkel Kemahiran Hidup yang penting supaya bengkel menjadi
tempat yang sesuai dan kodusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

Satu papan tanda yang mesti dipamerkan di dalam


UTAMAKAN KESELAMATAN Bengkel Kemahiran Hidup

27 

 
Aktiviti 1

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki


menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

1. Anda telah mempelajari beberapa strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran. Berdasarkan kepada kaedah tersebut ada diminta menyediakan satu
kaedah/teknik pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan di dalam kelas. Kriteria
adalah seperti berikut:

a. Kerja dilakukan dalam kumpulan


b. Berdasarkan topik Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
c. Masa 10-15 min
d. Bincangkan kelebihan mengapa anda memilih kaedah tersebut

2. Berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran KHSR, rancangkan:

a. Satu rancangan kerja tahunan bagi tahun 4 atau tahun 5 atau 6 berdasarkan
takwim sekolah. Rancangan kerja hendaklah merangkumi rancangan semester.

b. Berpandukan rancangan kerja tahunan dan semester yang anda bina,


rancangkan satu rancangan pengajaran harian (Pilih tajuk mengikut bidang
dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah)

28 

 
BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN
TAJUK 2
TEKNOLOGI

Sinopsis

Menghuraikan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran termasuk sumber berasaskan


ICT dan bagaimana mengintegrasikannya ke dalam pengajaran. Huraian adalah meliputi jenis
dan contoh bahan bantu mengajar; bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;
penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar; dan bahan bantu mengajar berasaskan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Hasil Pembelajaran:

4. Mengaplikasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran bagi mata


pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dengan cekap dan berkesan;
5. Menghuraikan pelbagai sumber termasuk sumber berasaskan ICT dan
mengintegrasikannya ke dalam pengajaran.

Kerangka Konsep Tajuk

Jenis dan contoh bahan bantu mengajar

Bahan bantu Bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup


mengajar Sekolah Rendah
berasaskan
teknologi
Penggunaan dan penyimpanan bahan
bantu mengajar

Bahan bantu mengajar berasaskan


teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

29 

 
2.1 Jenis dan contoh Bahan Bantu Mengajar

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan Bahan Bantu Mengajar?

Bahan bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
menyampaikan pengajaran. Peralatan mengajar adalah tidak terhad kepada buku-buku teks,
papan hitam, kapur dan gambar-gambar malah turut meliputi sebarang benda yang digunakan
dalam pengajaran yang melibatkan semua panca indera iaitu melihat, mendengar, rasa, hidu
dan sebagainya.

Atan Long (1982) mengatakan bahawa bahan bantu mengajar merupakan alat yang
menyokong penyampaian dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar terdiri daripada bentuk
buku, carta atau slaid yang dipancarkan kepada layar. Ringkasnya di sini , bahan bantu
mengajar itu boleh juga dikategorikan kepada media elektronik dan media bukan elektronik.

Bahan bantu mengajar merupakan alat yang digunakan oleh guru, fasilitator atau tutor bagi
tujuan berikut:

• Membantu pelajar memperbaiki kemahiran membaca dan kemahiran-kemahiran lain

• Ilustrasi atau mengukuhkan kemahiran, fakta atau idea; dan

• Mengurangkan kebimbangan, kerisauan atau kebosanan pelajar.

Berdasarkan beberapa definisi bahan bantu mengajar, cuba anda rumuskan definisi
bahan bantu mengajar dari perspektif pengajaran dan pembelajaran Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah.

30 

 
Apakah kaitan antara bahan bantu mengajar dan media pengajaran?

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut perkaitan antara bahan bantu mengajar
dan media pengajaran, mari kita fikirkan tentang media pengajaran. Ada dua elemen utama
bagi media pengajaran iaitu “media” dan “pengajaran”.

Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan
Latin yang bermaksud perantara. Media digunakan untuk membantu proses komunikasi
(Heinich, 2002) Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai
kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar
foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar.

Definisi asal tentang media menekankan bentuk atau cara fizikal yang membolehkan
mesej pengajaran disampaikan. Ini bermakna yang menjadi fokus ialah peralatan yang
membawa mesej dan mengenepikan peranan mesej itu sendiri. Sedangkan yang
menggerakkan dan memberi kesan kepada manusia ialah mesej.

Dari segi pengajaran, Heinich (2002) berpendapat bahawa jika media membawa mesej
tentang pengajaran, maka media itu merupakan media pengajaran. Ringkasnya, media
pengajaran ialah bahan-bahan audio visual dan bahan-bahan berkaitan dengannya yang
berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran. Oleh itu, media pengajaran adalah segala
sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada
penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian
pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

Nyatakan kelebihan menggunakan media dalam pengajaran. Apakah contoh media


pengajaran yang akan anda gunakan untuk mengajar Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah ?

31 

 
a) Pengkelasan jenis bahan bantu mengajar

Pada asasnya, pengkelasan jenis bahan bantu mengajar berdasarkan Rajah 2.1. Nilai
bahan bantu mengajar bergantung kepada tahap realisme bahan itu. Semakin tinggi tahap
realismenya maka semakin tinggi nilai bahan tersebut. (Hoban dan Zissman, 1937) Oleh itu,
para pengkaji telah mencipta konsep penyusunan hirarki kaedah pengajaran berasaskan
tahap realisme. Salah satu usaha dilakukan oleh Edgar Dale (1946) dan dikenali sebagai Kon
Pengalaman Dale.

Rajah 2.1 Kon Pengalaman Dale

Kon Pengelaman Dale menekankan pengalaman konkrit pelajar berlaku apabila mereka
terlibat secara langsung dalam aktiviti itu. Pengalaman konkrit akan semakin berkurangan

32 

 
apabila pelajar menjadi pemerhati. Pengalaman abstrak akan berlaku jika simbol visual dan
verbal digunakan untuk mewakili peristiwa. Oleh itu, kon ini menyusun media bermula daripada
media yang konkrit di tapak. Semakin ke atas ialah media visual dan di mercu kon ialah media-
media yang abstrak.

Brunner (1966) menafsirkan Kon Pengalaman Dale kepada tiga jenis pengalaman iaitu
pengalaman enaktif, pengalaman ikonik dan pengamalan simbolik. Pengalaman enaktif
merupakan pengalaman secara langsung atau pengelaman sebenar. Pengalaman ikonik
menggunakan simbol-simbol visual untuk mewakili satu perkara. Pengalaman simbolik atau
digital menggunakan perkataan semata-mata. Oleh itu, Brunner mencadangkan pengajaran
harus bermula daripada pengalaman enaktif. Ini disebabkan pelajar tidak dapat belajar jika
media yang digunakan tidak sesuai. Jadi, jika pelajar tidak faham akan konsep yang abstrak
maka mereka cuma menghafal sahaja tanpa memahami konsep.

Bahan bantu mengajar juga dikelaskan kepada (a) Bahan Maujud; (b) Bahan
Separa Maujud; dan (c) Bahan Abstrak. Nyatakan contoh-contoh dan bincangkan
perbezaannya!

Jika kita amati kefahaman tentang perkataan “bahan bantu mengajar” dan “media
pengajaran”, didapati istilah “media pengajaran” lebih meluas penggunaannya pada
masa kini. Mengapa? Bincangkan !

Bincangkan kriteria pemilihan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan


pembelajaran Kkemahiran Hidup Sekolah Rendah.

33 

 
2.2 Bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Bahan bantu mengajar boleh direka bentuk dan dibangunkan secara khusus untuk
pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Walau bagaimanapun, bahan bantu mengajar
perlulah bersesuaian dengan topik yang diajar. Antara topik yang boleh disokong dengan
bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
ialah sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 2.1

Jadual 2.1
Bidang Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Bidang Reka Bentuk & Teknologi


Keselamatan dan organisasi bengkel
Kreativiti dan reka cipta
Reka bentuk dan penghasilan projek
Elektrik dan elektronik
Baik pulih dan penyenggaraan
Tanaman Hiasan

Bidang Perniagaan dan Keusahawanan


Barang jualan
Merancang dan menyediakan jualan
Mempromosi jualan
Mengurus jualan
Merekod jualan

Fikirkan bahan bantu mengajar bagi bidang dan topik untuk mata pelajaran
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

34 

 
2.3 Penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar

Tujuan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pelaksanaan pengajaran dan


pembelajaran ialah :

• Menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran;


• Mengukuhkan sesuatu konsep yang dipelajari oleh murid-murid;
• Menunjukkan peringkat atau proses yang tidak boleh diperhatikan secara terus;
• Meneguhkan ingatan pelajar terhadap pengajaran guru;
• Menghasilkan pembelajaran yang lebih konkrit;
• Memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar;
• Memudahkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran guru;

Bincangkan kepentingan bahan bantu mengajar dalam pelaksanaan pengajaran dan


pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar bukanlah berlaku secara automatik.


Oleh itu, seseorang guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar mengikut garis panduan
penggunaan bahan bantu mengajar. Secara umumnya, panduan penggunaan bahan bantu
mengajar adalah sepertimana berikut:
• Bahan bantu mengajar perlu diletakkan pada tempat yang sesuai;
• Bahan bantu mengajar hanya ditunjukkan pada masa yang perlu sahaja;
• Arahan yang jelas perlu diberikan sebelum bahan bantu mengajar digunakan;
• Bimbingan diberikan kepada murid-murid dalam membincangkan perkara, fakta
atau konsep yang berkaitan dengan bahan bantu mengajar yang digunakan;
• Bahan bantu mengajar perlu disimpan dengan baik di tempat yang khusus
setelah selesai digunakan; dan
• Bahan bantu mengajar hanyalah berperanan memudahkan pembelajaran pelajar
dan bukannya menggantikan peranan guru.

35 

 
Bagi membolehkan bahan bantu mengajar boleh digunakan secara optimum, ianya
perlu diurus dengan baik. Selepas digunakan ianya perlu disimpan di tempat yang sesuai.
Kaedah penyimpanan bahan bantu mengajar ialah sepertimana berikut:

• Menggunakan almari khas – Bahan 2D dan 3D


• Menggunakan Fail-fail Khas.
• Gambar-gambar disimpan dalam album plastic
• Bahan-bahan 3D boleh disimpan di dalam kotak
• Bahan 2D boleh disimpan dalam Rak Gantungan

Bincangkan tiga kaedah penyimpanan bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup


Sekolah Rendah.

2.4 Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

Penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi khususnya teknologi


maklumat dan komunikasi perlu dipertimbangkan dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Pengunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) telah berkembang dengan pantas. Dalam dunia industri dan pembuatan,
TMK telah menukar cara sesuatu produk itu direkabentuk dan dihasilkan. Dalam pengajaran
dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi, penggunaan TMK meliputi:

• Reka bentuk perisian, 2D dan 3D


• Lukisan dan seni pembungkusan
• Perisian grafik
• Perisian CAD/CAM
• Pangkalan data
• Hamparan kerja
• Pemprosesan perkataan

36 

 
• Penerbitan meja
• Perisian kawalan dan sistem

Melalui penggunaan pelbagai program dan aplikasi, TMK boleh membantu


meningkatkan pengajaran dan pembelajaran melalui :
• Memberikan akses kepada maklumat untuk penyelidikan
• Membantu kreativiti dalam reka bentuk
• Mempercepatkan aspek proses pembuatan
• Memperbaiki kualiti kerja
• Membantu murid memahami urusan dan kegunaan industri

a) Perancangan untuk menggunakan TMK

Perancangan menggunakan TMK adalah bergantung kepada :


• Bilangan komputer
• Lokasi komputer dan sumber TMK lain
• Sambungan komputer kepada peralatan lain
• Rangkaian komputer

Menurut Owen-Jackson dan Davies (2002), guru perlu memastikan murid telah tahun
dan boleh menggunakan TMK sebelum bahan bantu mengajar berasaskan TMK digunakan.
Guru perlu mengambilkira tahap perbezaan kemahiran dan kebolehan murid-murid. Walau
bagaimanapun, guru harus mencuba merancang bagi meningkatkan kemajuan bagi setiap
pelajar dalam pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah khususnya bidang reka bentuk
dan teknologi dan penggunaan TMK.

Penggunaan internet juga boleh dipraktikkan dalam pembelajaran reka bentuk dan
teknologi. Antara kelebihan dan kekurangan penggunaan internet ialah sepertimana jadual 2.1
di bawah:

37 

 
Jadual 2.2
Penggunaan TMK: Kelebihan dan Kekurangan

Kaedah Kelebihan Kekurangan

Guru mencari maklumat, Guru membuat keputusan Bahan tidak direka bentuk
mencetak, membuat salinan tentang apa yang dilihat oleh untuk setiap individu murid.
dan mengedarkan kepada murid, tidak perlu menunggu Murid tidak membangunkan
murid. di komputer dan kos yang kemahiran mengendalikan
rendah. maklumat. Kurang menarik
bagi murid-murid.

Guru mencari maklumat dan Maklumat berpadanan Bahan tidak direka bentuk
memuat turun bahan ke dengan keperluan kumpulan untuk setiap individu murid.
komputer, menyunting dan murid-murid. Boleh Murid tidak membangunkan
mengedarkan kepada murid. menyediakan bahan yang kemahiran mengendalikan
terkini. maklumat. Kurang menarik
bagi murid-murid.

Guru memuat turun laman Murid-murid mula mempelajari Murid-murid memiliki capaian
web dan memberikan murid sendiri bagaimana yang terbatas dan tidak b oleh
mencapai laman web mengakses maklumat. Tiada menghubungkannya dengan
tersebut. kos dalam talian. sebarang lamanyang
ditunjukkan.

Guru menyediakan senarai Murid-murid mula mempelajari Kerja murid-murid akan


laman web memastikan murid bagaimana mencari terbatas kepada laman web
hanya mencapai laman web maklumat. yang dipilih oleh guru sahaja
tersebut sahaja.

Guru menyediakan senarai Murid-murid mempunyai Kerja murid-murid akan


laman web yang lebih banyak kebebasan mencari maklumat terbatas kepada laman web
dan membenarkan murid yang dipilih oleh guru sahaja
memilih untuk mengaksesnya.

Murid diajar menggunakan Murid-murid boleh mengakses Perlu mengawasi pelajar


enjin carian dan mendapatkan jumlah maklumat yang supaya fokus kepada kerja
maklumat yang dikehendaki. banyak, boleh mereka (tidak terpesong).
membangunkan kemahiran Juga melibatkan kos
mengendalikan maklumat dan penggunaan internet dalam
membuat keputusan. talian.

38 

 
b) TMK dan Reka bentuk
Reka bentuk boleh dihasilkan oleh murid-murid menggunakan Computer-Aided Design
(CAD) dan pakej-pakej lukisan. Kelebihannya ialah reka bentuk boleh diubahsuai tanpa
melukis semula atau melakar semula. Murid-murid juga boleh meneroka dan membuat
eksperimen berkaitan idea reka bentuk. Ini dapat membantu murid-murid yang tidak mempunyai
kemahiran melukis. Selain itu, CAD juga menyediakan murid-murid peluang menghasilkan imej,
lebih memahami produk dan bagaimana produk itu dihasilkan.

c) TMK dan pemodelan


Pemodelan merupakan proses kreatif pada peringkat paling penting reka bentuk dan
pembuatan (Davies, 1999). Pemodelan membolehkan murid-murid :

• Mencuba idea sama ada ianya berfungsi atau sebaliknya


• Berfikir tentang cara memperbaiki idea
• Visualisasi idea
• Membangunkan idea sebelum membuat keputusan akhir.

Pemodelan menggunakan TMK menyediakan peluang kepada murid-murid peluang


menganalisis bahan, prosedur, struktur dan proses dalam usaha mendapatkan kefahaman
konseptual yang lebih baik (Owen-Jackson & Davies, 2002).

c) TMK dan pembuatan


Secara tradisionalnya, reka bentuk dan teknologi melibatkan murid-murid menghasilkan
sesuatu produk secara ”hand-made’ dan berbentuk ”one-off” dengan jumlah yang
sedikit. ”One-off” merujuk kepada penghasilan prototip. Dengan adanya TMK, proses
penghasilan produk oleh pelajar boleh dilakukan dalam kuantiti yang lebih besar. Perisian
Computer Aided Drafting (CAD) boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran reka
bentuk dan teknologi. Selain itu, terdapat program atas meja dan grafik yang boleh membantu
murid-murid menghasilkan pembungkusan dan promosi bahan untuk produk yang dihasilkan
oleh mereka. Manakala penerbitan atas meja dan program pemprosesan perkataan juga boleh
digunakan untuk menghasilkan lembaran arahan yang disertakan bersama produk.

39 

 
d) TMK, penilaian dan persembahan
Penilaian boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang murid-murid melakukan aktiviti
mereka bentuk dan menghasilkan produk. Ianya melibatkan pengujian bahan, pengumpulan
data, modifikasi reka bentuk, perancangan atau produk. TMK boleh digunakan dalam proses ini.
Sebagai contoh, melaksanakan ujian pada komputer, merekod keputusan ujian, dan
menganalisis data. Penggunaan pakej penerbitan meja dan program pemprosesan perkataan
membolehkan murid-murid memuatkan rajah, jadual dan gambar dalam laporan mereka.
Persembahan merupakan aktiviti yang sukar bagi murid-murid. Kebiasaannya, murid-murid
akan menulis apa yang ingin diperkatakan di atas kertas dan membacanya kepada rakan-rakan
dalam kelas. Penggunaan TMK, daripada yang paling mudah iaitu Projektor OHP sehingga
kepada alat persembahan multimedia yang canggih seperti Powerpointmembolehkan murid-
murid menghasilkan persembahan dengan jadual, rajah, model dan gambar yang boleh
menyokong teks.

e) TMK dan pembelajaran murid-murid


Penggunaan TMK seharusnya memberikan impak kepada pembelajaran murid-murid.
Ini merupakan tugas guru mempastikan apa yang telah dipelajari oleh murid-murid. Ini
bermakna, guru perlu mempertimbangkan semula cara pengajaran mereka apabila
menggunakan TMK. Apabila murid-murid menggunakan komputer secara kumpulan atau
berpasangan, guru perlu melihat sumbangan setiap murid dan bagaimana mereka berinteraksi.
Kemajuan pembelajaran murid-murid boleh dikenalpasti oleh guru-guru melalui cetakan hasil
kerja mereka.

Penggunaan TMK boleh membantu guru membezakan kerja murid-murid. Sebagai


contoh, pelajar kemampuan tinggi akan bergerak lebih pantas sepanjang program dan meminta
lebih tugasan untuk dilakukan. Komputer boleh membantu ramai murid-murid mengambil
bahagian dalam reka bentuk dan aktiviti-aktiviti teknologi. Selain itu, murid-murid boleh
dimotivasikan melalui penggunaan TMK yang lebih menarik dan menyeronokkan.

40 

 
Aktiviti 2

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki


menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

1. Terangkan kriteria Pemilihan Bahan Bantu Mengajar KHSR

2. Nyatakan fungsi bahan bantu mengajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah

3. Dengan bantuan grafik, buat perbandingan antara bahan bantu mengajar bercetak
dan bahan bantu mengajar tidak bercetak?

4. Berikan garis panduan menggunakan BBM/ABM dalam aktiviti pengajaran-


pembelajaran KHSR

5. Sebagai guru terangkan ciri-ciri umum yang boleh dijadikan panduan dalam menilai
sesuatu sumber dari internet.

6. Berikan peranan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

41 

 
Rujukan

Davies, D., & Howe, A. (2003). Teaching science and design and technology in
the early years , London: David Fulton Publisher.

Grabe, M., & Grabe, C. (2006). Integrating technology for meaningful learning.
New York: Houghton Mifflin Co.

Jonassen, D., Peck, K., & Wilson, B. (1999). Learning with technology: A
constructivist perspective. Upper Saddle River: Prentice Hall.

Hope, G. (2004). Teaching Design and Technology 3 – 11: The essential guide
for teachers. Great Britain: Antony Rowe Ltd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan:


Matlamat Dan Misi. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran


Hidup Sekolah Rendah Tahun 4. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran


Hidup Sekolah Rendah Tahun 5. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran


Hidup Sekolah Rendah Tahun 6. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.

Owen-Jackson, G., & Davies, L. (2002). ICT in design and technology. In


Gwyneth, O – J. (ed.). Aspects of teaching secondary design and technology,
London: Routledge Falmer.

Ritchie, R. (2001). Primary design and technology: A process for learning (2nd
Edition), London: David Fulton Publishers.

Roblyer, M. D., & Edwards, J. (2000). Integrating educational technology into


teaching (2nd Edition). NJ: Prentice Hall.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad (2006).


Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan, Kuala Lumpur:
PTS Professional.

Schunk, D. H. (2000). Learning theories: A educational perspective. New Jersey:


Prentice-Hall.

42
PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

Dr NORIATI BINTI A. RASHID Kelulusan:


PhD.(Sosiolinguistik), UM
Ketua Penolong Pengarah Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM
Unit Kurikulum B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM
Bahagian Pendidikan Guru Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM
Kementerian Pelajaran Malaysia

Hj Rosehan b. Hashim Kelulusan:


M Ed (Tech. & Voc. Edu.), UTM
Penolong Pengarah B.Tech with Educ. Hons (Civil), UTM,
Unit Kurikulum, Diploma BTEC Civil Engineering (UK),
Bahagian Pendidikan Guru, Sijil Perguruan (Binaan Bangunan), MPTKL
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengalaman:
rbh14@hotmail.com.my Penolong Pengarah, Unit Dasar, BPG.
Penolong Pengarah, Unit Kurikulum BPG.

Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi Kelulusan:


Ph.D (Multimedia Education & IT), USM
Pensyarah, M.Ed (Curriculum Studies), USM
Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, B.Tech. with Educ. Hons (Mechanical Engineering), UTM
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan. Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan,
haditun@gmail.com IPG Kampus Ipoh, Perak (3 Tahun)
drhadi@ipip.edu.my Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan,
Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur (3 Tahun),
Penolong Kanan HEM (1 Tahun)
Guru Kanan Teknik & Vokasional (2 Tahun)
Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan (2 Tahun)
Guru Sekolah Menengah Teknik (10 Tahun)

En. Tan Beng Tiam Kelulusan:


M.Sc.(IT), USM
Pensyarah, B.A. Hons (Geografi/Ekonomi), USM
Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Sijil Guru MPI (B)
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan. Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Sains Sosial,
tanbt@ipip.edu.my IPG Kampus Ipoh (3 tahun)
Guru Sekolah Menengah (16 tahun)
Ketua Panitia Kemahiran Hidup (12 Tahun)
Guru Sekolah Rendah (13 Tahun)

43 

 
PANEL PEMURNIAN MODUL

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH


(KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi Kelulusan:


Ph.D (Multimedia Education & IT), USM
Pensyarah, M.Ed (Curriculum Studies), USM
Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, B.Tech. with Educ. Hons (Mechanical Engineering), UTM
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan. Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan,
haditun@gmail.com IPG Kampus Ipoh, Perak (3 Tahun)
drhadi@ipip.edu.my Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan,
Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur (3 Tahun),
Penolong Kanan HEM (1 Tahun)
Guru Kanan Teknik & Vokasional (2 Tahun)
Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan (2 Tahun)
Guru Sekolah Menengah Teknik (10 Tahun)

En. Tan Beng Tiam Kelulusan:


M.Sc.(IT), USM
Pensyarah, B.A. Hons (Geografi/Ekonomi), USM
Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Sijil Guru MPI (B)
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan. Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Sains Sosial,
tanbt@ipip.edu.my IPG Kampus Ipoh (3 tahun)
Guru Sekolah Menengah (16 tahun)
Ketua Panitia Kemahiran Hidup (12 Tahun)
Guru Sekolah Rendah (13 Tahun)

44 

Vous aimerez peut-être aussi