Vous êtes sur la page 1sur 7

PENGENALAN

Aristotle adalah seorang ahli falsafah yang sangat terkenal dengan hasil-hasil

karya kajiannya yang berkaitan dengan pelbagai bidang.Aristotle dikatakan berasal

dari keluarga kaya.Beliau dikatakan agak suka bersolek, memakai cincin di jari dan

menyimpan rambut pendek mengikut fesyen. Beliau adalah seorang pemidato yang

baikkerana syarahan-syarahannya yang terang iaitu cakap-cakapnya yang menawan

dan menemplak tajam. Musuh-musuhnya menggambarkan beliau adalah seorang yang

penyombong, tetapi masih ada wasiatnya yang menunjukkan kemurahan hati beliau

dengan fikiran yang panjang.Beliau meninggal dunia pada musim bunga tahun 322

S.M ketika beliau berusia 62 tahun.

FALSAFAH BELIAU

Aristotle adalah seorang fahaman yang sangat berpegang kepada aliran emperisisme.

Emperisisme adalah satu aliran falsafah yang telah muncul akibat daripada perbezaan

oleh sudut pandangan semesta dan nilai-nilai kepercayaan yang berbeza-beza di

kalangan pendukungnya. Emperisisme yang dikaitkan dengan Aristotle ialah kerana

beliau menerangkan proses yang di anggapnya berkaitan dengan aliran dan fahaman

beliau terhadap emperisisme.

Proses tersebut adalah seperti di bawah:


Semua haiwan … mempunyai kebolehan semula jadi untuk membezakan, dan ini di

panggil pengamatan; jika pengamatan wujud di dalam diri mereka bagi sesetengah

haiwan benda itu di simpan, manakala yang lainnya tidak. Bagi mereka yang tidak

menyimpannya … tidak ada sebarang pengetahuan di luar pengamatan. Tetapi

sesetengah pengamatan dapat menyimpan idea itu di dalam fikirannya; dan apabila

lebih banyak perkara demikian terjadi, maka wujud satu pembezaan lagi, dan

sesetengahnya, kerana menyimpan perkara-perkara demikian, akan membentuk suatu

huraian am, seemntara yang lain tidak. Demikian, dari pengamatan timbul ingatan,

dan dari ngatan (apabila ia kerap berlaku berkaitan dengan perkara yang sama)

timbul pengalaman – kerana ingatan yang banyak akan membentuk pengalaman.Dan

dari pengalaman, atau dari seluruh benda universal yang masak ke dalam fikirannya

… akan timbul asas kemahiran dan pengetahuan.

Pada pandangan Aristotle, pengamatam melalui pancaindera adalah satu sumber

yang muktamad sesuatu ilmu pengetuan. Hal ini demikian kerana, beliau adalah

seorang emperis yang sejati yang dapat dilihat dari 2 segi. Pertama, beliau percaya

bahawa semua pandapat yang kita gunakan untuk mencari hakikat tentang sesuatu

akan diperoleh dari pengamatan dan jika kita tidak mengamati sesuatu, maka kita

tidak akan belajar apa-apa pun dan apabila kita memikir tentang sesuatu pendapat,

pada ketika itu juga kita akan dapat memikirkan idea.

Kedua, beliau berpendapat bahawa, sains atau segala ilmu yang mengandungi

tanggapan kita tentang hakikat sesuatu akhirnya akan di tujukan kepada pemerhatian

deria. Oleh itu, Aristotle telah meletakkan perkara-perkara khusus yang ketara di

tengah-tengah pentas perbincangan dan mengambil pengamatan deria sebagai


penyuluhnya.Hal ini demikian kerana, Arostotle menegaskan bahawa pengamatan itu

adalah sumber pengetahuan tetapi ia bukan pengetahuan itu sendiri.

Hal ini bermaksud, pengamatan yang kita peroleh melalui pancaindera adalah

ilmu pengetahuan yang penting dalam menilai sesuatu perkara yang hendak di kaji

atau perkara yang hendak dihuraikan.Pengamatan amat penting bagi kita menilai

sesuatu perkara itu bagi memperoleh maklumat daripada apa yang boleh dikaji yang

akan di jadikan ilmu pengetahuan. Pengamatan melalui pancaindera sama ada melalui

penglihatan, pendengaran, dan rasa boleh digunakan dalam membuat sesuatu

penilaian dalam sesuatu kajian.

Ilmu pengetahuan yang diperoleh dari pengamatan pancaindera adalah sangat

penting bagi seseorang. Hal ini demikian kerana, ilmu secara umumnya,boleh

ditakrifkan sebagai keadaan, sifat ingin mengetahui, mengenali, mengecami,

memahami, memgingati dan mengerti sesuatu perkara, benda, suasana, kejadian, dan

kelakuan serta himpunan dari apa yang diketahui dan ditemui itu. Manakala,

pengetahuan pula ditakrifkan sebagai himpunan dari apa yang diilmui dan

diketahuiyang dikelas dan di golongkan ke dalam pelbagai bidang.

Hal ini telah memberi makna bahawa, ilmu pengetahuan itu adalah sangat penting

dalam kehidupan manusia dan menghuraikan sesuatu dalam kajian . Aristotle juga

menekankan tentang pengamatan yang menurut Kamus Dewan Edisi ketiga

bermaksud pengawasan dan penelitian. Ini telah membuktikan bahawa pengawasan

dan penelitian yang di buat dalam kehidupan sehari-harian kita ini akan memberi kita

ilmu pengetahuan yang akan mengajar kita erti kehidupan.


Selain itu, menurut Aristotle, pengamatan yang wujud dalam diri sesetengah

haiwan atau manusia itu jika disimpan,ianya akan mendapat pengetahuan

daripadanya, dan jika pengamatan yang tidak disimpan, maka tiada ilmu pengetahuan

yang akan diperolehnya.Hal ini demikian kerana, menurut beliau, tidak ada sebarang

pengetahuan di luar pengamatan.Ini bermakna, tiada satu ilmu pun yang boleh hadir

dan datang sendiri kepada seseorang itu tanpa pengamatan yang dilakukan seseorang

itu yang akan dijadikan pengalaman kepada seseorang itu.

Di samping itu, Aristotle juga menekankan tentang pengalaman.Bagi beliau,

pengamatan yang dilakukan oleh seseorang itu akan memberi pengetahuan yang akan

menimbulkan ingatan, dan dari ingatan akan menimbulkan pengalaman kepada

seseorang itu jika perkara yang berlaku itu acap kali berlaku dan sentiasa berkaitan

dengan apa yang berlaku.Hal ini kerana, dari ingatan yang banyak akan menimbulkan

pengalaman. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, ingatan bermaksud sesuatu yang

diingat dan sesuatu yang timbul dalam fikiran, atau kuasa untuk mengingati sesuatu

yang dipelajari,dilihat. Dibaca, dan didengar serta fikiran, kesedaran dan sesuatu yang

terbit dalam fikiran dan perhatian.Manakala pengalaman pula bermaksud, apa yang

telah dialaminya atau seseorang itu.

Hal ini telah menunjukkan bahawa ingatan dan pengalaman itu saling berkaitan

antara satu sama lain kerana, tanpa ingatan atau apa yang telah diingat dari apa yang

dilihatdidengar serta dipelajarinya, pengalaman tidak akan dapat diperolehnya. Hal ini

disebabkan oleh sifat atau maksud pengalaman itu sendiri yang bermakna sesuatu atau

apa yang telah dialami,dirasai dan ditempuhi itu telah menghubung kaitkan
pengalaman dengan ingatan seperti yang telah diterangkan oleh Aristotle dalam

penjelasan beliau tentang emperisisme. (aliran falsafah beliau)

Sebagai contohnya,seperti kita belajar matematik dengan menenal angka dari 0

hingga 9. Dari pengamatan yang diperolehnya,kita akan mengetahui nilai-nilai yang

ada terhadap nombor-nombor itu, dari pengamatan juga akan melahirkan ingatan

kepada seseorang itu dalam kehidupan harian tentang penggunaan angka dalam

keadaan jual beli misalnya, Hal ini kerana, dari pengamatan terhadap nombor itu

sering diulang-ulang dalam kehidupan mereka yang akhirnya telah menimbulkan

ingatan seperti nombor 1 yang sering diulang-ulang dalam setiap angka misalnya 21,

17,dan 100. Ini telah menunjukkan bahawa dari ingatan akan menimbulkan

pengalaman kerana, dari angka-angka yang diketahui itu akan mengajar mereka

tentang nilai-nilai yang ada pada sesuatu nombor atau angka itu.

Selain itu,lilin yang sedang menyala dan akan terpadam jika apinya ditutup

dengan bekas juga boleh dijadikan contoh. Hal ini demikian kerana, melalui

pengamatan yang diperoleh menunjukkan bahawa lilin itu akan terpadam jika apinya

ditutup dengan bekas di atasnya, ini akan menimbulkan ingatan kepada seseorang itu

bahawa lilin itu akan terpadam apinya jika ditutup dengan bekas oleh itu dari

pengamatan dan ingatan tadi akan menimbulkan pengalaman kepada seseorang itu

tentang keadaan lilin tersebut. Hal ini kerana, menurut aliran emperisisme yang

dihuraikan Aristotle menurut pandangan beliau pengamatan itu sangat penting dengan

menyangkal ilmu-ilmu yang datang secara sendiri dan wahyu kerana tiada sebarang

pengamatan yang dilakukan untuk memperoleh ilmu tersebut. Maka secara


ringkasnya, pengetahuan itu dilahirkan dengan membuat keputusan umum kepada

pengamatan.

Hal ini kerana, pengamatan memainkan peranan yang sangat penting dalam

mengkaji sesuatu dan memperoleh sesuatu ilmu itu kerana tanpa pengamatan yang

jelas, sesuatu kajian atau ilmu itu akan sukar untuk dikaji dan diperoleh. Fungsi

pengamatan amat jelas apabila sesuatu kajian itu telah dapat dihurai dan diungkapkan

dengan baik sehingga memperoleh ilmu pengetahuan untuk sesuatu bidang ilmu yang

dikaji. Pengamatan melalui pancaindera adalah seperti penglihatan, iaitu melihat

matahari dan mengatakan bahawa matahari itu adalah bulat dan kecil, sedangkan

adakah benar bahawa matahari itu kecil dan bulat? Maka pengamatan yang diperoleh

melalui pancaindera itu boleh dinafikan kesahihannya. Tetapi melalui pengamatan

yang diperoleh tadi telah menimbulkan ingatan bahawa matahari itu adalah kecil dan

bulat dan akhirnya akan menimbulkan pengalaman darinya.

KESIMPULAN

Secara tuntasnya, Aristotle telah menekankan pengamatan pancaindera adalah

sangat penting dalam mendapat dan memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan tanpa

mengambil berat dan mengambil kira terhadap pengamatan yang diperoleh serta

beliau tidak memberi sebarang perhatian terhadap keraguan terhadap kesimpulan

umum melalui pengamatan dan pengalaman dalam mendapat dan memperoleh

sesuatu ilmu pengetahuan.


BIBLIOGRAFI

1. Kassim Ahmad

1991. Aristotle Jonathan Barnes.

Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Hashim Hj Musa

2001. Falsafah, Teori, Logik, Nilai, dan Etika Melayu.Suatu Pengenalan.

Universiti Malaya.

Penerbit Akademi Pengajian Melayu

3. Awang Sariyan

Falsafah dan Logika Melayu / Awang Sariyan

Synergymate Sdn Bhd.

Vous aimerez peut-être aussi