Vous êtes sur la page 1sur 10

BAHAGIAN LATIHAN DAN PERANCANGAN TENAGA MANUSIA,

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.


BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BANDAR SERI JEMPOL

CARA-CARA MENYELAMAT MANGSA

1. PENGENALAN

Menyelamat adalah satu tugas yang baik di sisi masyarakat dasar berperikemanusian seorang
individu mahupun kumpulan, tidak kira yang beruniform ataupun awam tidak kira tempat , masa
atau semasa berehat adalah wajib bagi seseorang insan membantu insan yang lain dalam apa jua
bentuk kesusahan.

Penyelamat perlu kesabaran dan hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas dari segi praktikal
mahupun teori tanpa pengetahuan boleh membahayakan mangsa ataupun diri sendiri. Untuk
menjamin perbuatan yang berkesan latihan perlu diadakan selalu.

2. MATLAMAT

- Untuk memberi pendedahan kepada orang awam kerja-kerja menyelamat dengan betul dan
selamat.
- Supaya dapat menyelamat mangsa tanpa menghadapi sebarang masalah dari tempat yang
merbahaya.
- Supaya dapat menenangkan keadaan mangsa.
- Supaya dapat menjalankan kerja2 menyelamat dengan teratur, licin dan berkesan.
- Dapat menghindarkan bahaya yang akan diterima oleh mangsa-mangsa.
- Mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh mangsa.

3. HALANGAN SEMASA MENYELAMAT

- Keadaan tempat
- Keadaan mangsa
- Masa
- Pemandangan yang kurang jelas
- Bahang api yang panas
- Perabut yang sedia ada menjadi penghalang.
- Karen elektrik yang hidup
- Gas-gas yang beracun
- Kaca-kaca yang pecah
- Alat bantuan menyelamat yang kurang / tidak bersesuaian .
- Dan lain-lain.

Sebelum melakukan kerja-kerja menyelamat, penyelamat hendaklah mengetahui istilah DRABC.


D = Danger - Pastikan keadaan persekitaran selamat untuk penyelamat
menyelamatkan mangsa.

R = Response - Tindakbalas mangsa, kenal pasti kecederaan pada mangsa.

A = Airways - Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersekat.

B = Breathing - Dengar dengan telinga pernafasan di hidung dan mulut serta


tengok dengan mata pergerakan dada. Sekiranya tiada pernafasan
mangsa hendaklah diberi rawatan CPR.

C = Circulation - Ikut pusingan untuk memulihkan pernafasan mangsa.

4. KAEDAH-KAEDAH MENYELAMAT TERBAHAGI KEPADA 2 IAITU:-

a) Tanpa menggunakan peralatan


b) Dengan menggunakan peralatan

a) Tanpa Menggunakan Peralatan

Teknik ini dijalankan tanpa bantuan peralatan lain ianya hanya menggunakan daya usaha
penyelamat sahaja dan terbahagi kepada beberapa kaedah;

i) 1 orang penyelamat
ii) 2 orang penyelamat
iii) 3 orang penyelamat
iv) 4 orang penyelamat

i) 1 orang penyelamat

Teknik ini hanya memerlukan seorang penyelamat sahaja dalam melaksanakan tugas menyelmat
dan teknik-tekniknya adalah seperti berikut:-

i) One rescuer assist


ii) Piggy-back carry
iii) Front piggy-back carry
iv) Cradle carry / Darling carry
v) Fireman’s lift / Fireman’s carry
vi) Pack-strap carry
vii) Shoulder-drag
viii) Fireman’s drag
ix) Clothes drag
x) Foot drag
xi) Inclined drag dawn-stairs removal

II) 2 orang penyelamat


Teknik ini memerlukan 2 orang penyelamat di dalam menjalankan tugas-tugas menyelamat dan
teknik-tekniknya adalah seperti berikut:-

i) Two-man assist
ii) Two-handed seats
iii) Four-handed seats
iv) Two-Extremities carry
v) Chair method / carry

III) 3 Orang penyelamat

Teknik-tekniknya ialah seperti berikut:-

i) Three-man hammock carry


ii) Three-man lift

IV) 6 orang penyelamat

i) Six man lift and carry

b) Menggunakan peralatan

Menyelamat menggunakan peralatan adalah adalah satu kaedah di mana penyelamat mendapat /
menggunakan bantuan peralatan untuk memindahkan mangsa dari tempat kejadian atau
kemalangan ke tempat yang selamat. Antara peralatan yang digunakan untuk membantu
penyelaamat ialah:-

i) Stretcher
ii) Kerusi
iii) Blanket
iv) Cadar
v) Bed trolley
vi) Hose
vii) Tali

Semua kaedah ini memerlukan kreativiti anggota penyelamat untuk memilih kaedah yang sesuai
semasa membuat kerja-kerja menyelamat.

Ia juga bergantung kepada tempat kejadian, keadaan mangsa, masa dan jumlah anggota
penyelamat yang ada.
i) One Rescuer Assist

Cara membawa mangsa mengalami kecederaan


di sebelah kaki kiri atau kanan . Tetapi prinsip
ini kurang baik kerana pembimbing mangsa
akan menanggung keberataan mangsa semasa
bergerak.

ii) Piggy Back Carry

Satu cara mendukung mangsa dan mangsa mesti sedar serta


mampu untuk berdiri semasa anda hendak mengankatnya. Ia
mestilah tidak mengalami kecederaan yang teruk.

i) Bantu mangsa berdiri dan anda berdiri


dihadapannya.
iii) Front Piggy-Back Carry ii) Pusingkan badan anda membelakangkannya dan
letak kedua-dua lengan mangsa di atas bahu anda.
Mangsa diperlakukan seperti Piggy Back Selepas itu silangkan tangan mangsa di atas bahu
Carry dan mangsaa mestilah sedar dan anda,.
tidak mengalami kecederaan patah tulang iii) Bengkokkan badan anda ke hadapan dan angkat
yang teruk. mangsa.
iv) Suruh mangsa menggengam pergelangan tangan
i) Menghadap kepada mangsa dengan dan kepit kedua-dua peha di bawah ketiak anda.
kedudukan berdiri. v) Pastikan mangsa selesa di belakang anda.
ii) Masukkan tapak tangan anda di vi) Pegang kedua-dua pergelangan tangan mangsa
bawah ketiaknya. dengan tangan anda dan bergerak.
iii) Arahkan mangsa untuk naik serta
mengepit dan menyilangkan Mangsa-mangsanya adalah seperti berikut:-
kakinya di pinggang anda.
- Budak kecil, lumpuh di bahagian kaki,
Oleh kerana kaki dan tangan anda bebas cedera di bahagian kaki, buta, orang tua yang
dari sebarang bahan, anda boleh bergerak tak boleh berjalan.
membawa mangsa turun dari tangga. Jika
anda berasa penat semasa turun, anda
hanya perlu merapatkan badan anda ke
hadapan dengan tangan berlandaskan pada
tangga.
v) Fireman’s Lift / Carry

Teknik ini digunakan dengan meluas, melainkan


kepada kecemasan yang terlalu teruk. Mangsa
mestilah boleh dipikul oleh Penyelamat di bahunya
keseimbangan daan kerjasama memainkan peranan
penting di dalam penggunaan teknik ini. Teknik ini
juga sesuai untuk mangsa yang pengsan.
iv) Darling Carry / Cradle Carry
i) Baring/terlentangkan mangsa dengan lutut
menegak. Semasa menggunakan teknik ini mangsa yang
ii) Pegang pergelangan tangan mangsa dan sedar ataupun pengsan. Mangsa boleh diangkat
tentukan tapak tangannya menghala ke bawah. atau diampu oleh tangan anda. Ia boleh diampu
iii) Sendalkan hujung kaki anda kepada hujung di dalam keadaan baring terlentang ataupun
kaki mangsa dan tariknya ke atas menghala duduk.
anda dalam masa yang sama (jika mangsa
pengsan masukkan kedua tangan anda di i) Ampu satu tangan anda di belakang
bawah ketiaknya , peluk dan angkat mangsa mangsa dan memeluk ketiaknya.
sehingga anda berdiri) ii) Tangan anda yang satu lagi ampu di
iv) Masukkan kepala dan belakang anda di bawah bawah pelipat lututnya.
dada dan badannya, angkat dan terus berdiri. iii) Jika mangsa sedar arahkan mangsa
v) Masukkan tangan di mana bahu anda memeluk atau memaut leher anda.
menanggung beban mangsa dicelah iv) Jika mangsa pengsan semasa anda
kelangkang mangsa dan kepit kaki mangsa mengankatnya, kepala mangsa akan
serta pegang pergelangan tangannya satu atau terlentuk ke belakang atau ke bawah.
kedua-duanya sekali. Teknik ini tidak boleh digunakan bila
mangsa berkemungkinan mengalami
kecederaan pada tulang belakang.
vi) Arm Lift / Back Strap Carry

Untuk mengangkat mangsa:-

- Cedera di bahagian kaki, lemah bahagian kaki,


pengsan.

Cara-cara Mengangkat mangsa

i) Terlentangkan mangsa dan anda juga


baring terlentang di atasnya. Perlu
diingatkan, kawal keberatan badan anda
semasa dalam keadaan ini.
ii) Pegang kedua-dua pergelangan
vii) Shoulder Drag tangannya dan masukkan tangan anda
diantara kedua-dua lengannya.
Kaedah yang paling mudah sekali iii) Anda bergolek bersama-sama mangsa
dan meniarap, mangsa akan meniarap
Cara-cara melakukannya. di belakang anda.
iv) Pegang pergelangan tangan mangsa
Masukkan tapak tangan anda di ketiak dengan satu tangan anda yang satu lagi
mangsa dan anda melutut di kepala
mangsa. Kaedah ini memerlukan anda
menarik mangsa dengan cara
mengundur ke belakang. Adalah perlu
diingatkan jika sekiranya lantai kasar
kaedah ini tidak boleh digunakan.
viii) Crawl Method / Fireman’s Drag

Satu teknik mengheret mangsa dari tempat


yang penuh dengan asap atau tempat yang
rendah atau tempat yng sempit. Cara ini tidak
sesuai sekiranya lantai kasar.

Cara-cara melakukannya

Terlentangkan mangsa dan ikat kedua


pergelangan tangannya dengan tali yang sesuai
ataupun dengan saputangan. Masukkan kepala
anda di celah ke dua lengan mangsa dan tangan
anda menongkat pada lantai. Heret mangsa
perlahan-lahan ke hadapan dengan cara anda
merangkak.

ix) Clothe Drag

Jika mangsa tidak dapat dibawa


kerana sesuatau sebab (berat dan
sebagainya) alihkan dengan cara
mengheret dengan memegang
leher bajunya. Sekiranya mangsa
memakai baju yang berbutang,
buka dua butang atas/ikut
kesesuaian baju yang dipakai.
Cara ini tidak sesuai sekiranya
permukaan lantai kasar.
x) Foot Drag

Tarik mangsa dari kaki dengan cara


mengundur ke belakang (sesuai untuk
mangsa yang kurus). Jangan ditarik
mangsa pada tempat yang kasar atau pada
tempt-tempat yang boleh menambahkan
kecederaan mangsa.

xi) Down Stairs Method / Inclined Drag Down

Teknik ini digunakan untuk menyelamatkan mangsa di bangunan


yang tinggi ke bawah melalui tangga.

Cara-cara melakukannya.

1. Terlentangkan
II) mangsa, PENYELAMAT
DUA ORANG kepala lutut anda menahan
kepalanya supaya berkedudukan duduk.
2. Pelukkan tangan anda di bawah lengan mangsa dan
pegang kedua-dua pergelangan tangannya. i) Two Man Assist
Teknik-tekniknya ialah:-
3. Heret mangsa dengan cara anda mengundur ke
belakang. Kedua-dua tangan mangsa diletakkan ke atas bahu
dua orang penyelamat. Penyelamat pula akan
memegang satu tangan mangsa setiap seorang.
Manakala tangan penyelamat yang terdekat akan
memeluk pinggang mangsa.
ii) Two Handle Seat

Cara-cara melakukannya

Dua orang penyelamat duduk di sebelah


menyebelah mangsa, menghulurkan
tangan masing-masing di belakang
mangsa. Satu tangan diletakkan di
bahagian bawah bahunya dan
meretangkan tangan yang satu lagi ke
bawah bahagian tengah peha mangsa.
Jari-jari hendaklah dicengkamkan untuk
mengelak daripada terasa sakit dan
berjalan keluar. iii) Four And Half Method / Two Extremities
Carry

Cara ini diguna untuk mengalihkan mangsa


melalui laluan yang sempit.

Cara-cara melakukannya.

1. Terlentangkan mangsa dengan lutut


dibengkokkan menegak dan kaki terbuka.
2. Seorang penyelamat berada di bahagian kaki
mangsa memegang pergelangan kaki mangsa
dan tarik sehingga mangsa berkeadaan
duduk.
3. Sebaik sahaja mangsa duduk, penyelamat
yang berada di bahagian kepala memeluk
mangsa di bawah ketiak dan dada mangsa
diangkat naik ke atas.
4. Penyelamat yang berada di celah kelangkang
mangsa. Kepit dengan tangan di bawah lutut,
angkat mangsa serentak dengan penyelamat
yang dibahagian kepala.

Vous aimerez peut-être aussi