Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Amira semasa cuti persekolahan. Amira
telah mengajak kawannya Jacinta untuk menemaninya ke Bukit Mat Raya di kawasan ibunya.
Prof. Zaidah sedang menjalankan kerja lapangan bersama pelajar tahun akhir. Di hutan
tersebut Amira telah berkenalan dengan Itai iaitu penduduk orang Asli yang telah
menyelamatkannya semasa dia hanyut di sungai. Amira juga telah berkenalan dengan
Malique.
Pengembaraan Amira bermula apabila Itai sudi berkongsi tentang rahsia lubuk emas di
hutan tersebut. Tindakan Itai telah mengundang kemarahan penduduk orang Asli di kawasan
tersebut kerana jika orang bandar mengetahui tentang lubuk emas itu, kawasan mereka akan
diterokai.
Salah seorang pekerja baru O’Hara hilang, Malique, Roslan dan yang lain cuba mencari
pekerja tersebut tetapi pacuan empat roda yang mereka naiki terbenam dalam lumpur dan
akhirnya kenderaan tersebut tergelincir ke dalam gaung.
Dalam masa yang sama, Tau telah mengubah fikiran untuk menolong Prof. Zaidah
mencari bukti bahawa kawasan Bukit Mat Raya adalah kawasan petempatan awal manusia.
Seterusnya Tau bersetuju untuk menunjukkan Gunung Gua Gajah kepada kumpulan Prof.
Zaidah. Hasilnya mereka menemui kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik
dan tulisan purba di dinding gua. Di dalam gua tersebut juga, Amira telah menjumpai mobile
disk milik Malique. Amira mengagak bahawa mungkin Malique berada berhampiran kawasan
tersebut.
Amira nekad mencari Malique di kawasan Gunung Gua Gajah dan terbongkarlah segala
rahsia. Rupa-rupanya Malique telah disorokkan oleh Tau yang menyamar sebagai lembaga
berbulu. Jennifer akhirnya berterus-terang bahawa Tau adalah adalah bapa kandung kepada
Malique (Sabi). Kemudian, Ludin menggemparkan lagi suasana apabila turut menjelaskan
bahawa Itai adalah adik Malique.
Akhirnya Amira telah melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa. Jacinta pula
melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di Paris. Itai melanjutkan pelajaran dalam bidang
perubatan manakala Malique menetap di Bukit Mat Raya untuk membangunkan projek ITnya.
Tema
Persoalan
1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini digambarkan
melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari
Amira di Gunung Gua Gajah.
2. Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara
ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat
menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu
kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa
dengan keluarganya.
3. Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat dibuktikan
melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan
khazanah hutan untuk mencari emas.
4. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui sikap
dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau
kawasan tersebut akan musnah.
5. Persoalan konflik keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam
keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah
meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya
menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga.
6. Persoalan ilmu perubatan tradisional. Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang
menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang
mengalami keretakan tulang tangannya.
7. Persoalan integrasi kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang
berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.
Plot
Pembinaan Plot
(i) Permulaan
Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat Raya
untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia.
(ii) Perkembangan
Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan
oleh Itai.
Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari
salah seorang pekerja O’Hara yang hilang.
Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan
tamadun awal manusia.
Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan O’Hara.
(iii) Klimaks
Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah yang
mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga
untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus
mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan tersebut.
(iv) Peleraian
Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala
Malique dan Itai adalah anak-anak Tau.
Teknik Penceritaan
1. Pemerian
Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof. Zaidah,
khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling hujung adalah
khemah dapur.
2. Dialog
“ tentu tiket tu dah sampai, ” Amira bersuara antara dengar dengan tidak
“ Apa? ” Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.
3. Imbas kembali
Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah
ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya. Ketika itu
Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.
4. Kejutan
Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak
kepada Tau.
5. Suspens
Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan
untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang. Tetapi siapakah
manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya? Kenapa
manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang.
Apa benda itu?” Jacinta turut tidak sabar. Hatinya berdebar-debar kencang dan
setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka akan
melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu berlaku.
Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang sedang asyik
merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan
rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai. Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu
yang berharga dalam kajian mereka.
Ingatannya kembali pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di Melaka entah
kenapa emaknya terlalu beria-ria menyuruhnya mengikut O’Hara ke dalam hutan
itu. Apakah ada satu hubungan yang misteri antara emaknya dan O’Hara?
Emaknya yang berambut keperangan dan bermata biru bagai ada kaitan dengan
O’Hara yang berkulit putih.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Amira
WATAK SAMPINGAN
1. Jacinta
Berkulit cerah.
Berbangsa Cina.
Rakan sebilik Amira di sekolah swasta.
Anak seorang jutawan.
Telah kematian ibunya empat tahun lalu.
Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya
yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang.
Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya
diungkit.
Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama dan menemani
Amira dalam apa-apa jua keadaan.
2. Itai
Berkulit gelap.
Berbadan tegap.
Anak orang asli yang bersekolah di bandar.
Anak kepada Tau.
Bakal ketua kampung.
Seorang yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada Tau, akhirnya
Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya menyelamatkan
Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.
Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu
Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas untuk
dijadikan loket.
Seorang yang berani. Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu
yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.
Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. Contohnya Itai dianugerahkan
kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan
tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.
3. Profesor Zaidah
Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani
dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga
terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.
4. Tau
5. Malique (Sabi)
Berkulit gelap.
Berambut kasar.
Anak Tau dengan Ipah.
Abang kepada Itai.
Seorang yang mahir dalam bidang IT. Contohnya, O’hara menyuruh Malique
menyiapkan laporan menggunakan kemahiran IT yang dimilikinya.
Seorang yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus
sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari
emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
Gaya Bahasa
1. Simile
Contoh:
Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah.
2. Personifikasi
Contoh:
Ketika itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam bertalu-talu ke arah dada
haiwan itu menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan tersedar dari tidurnya.
3. Hiperbola
Contoh:
“Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia.
Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu”
4. Sinkope
Contoh:
“Oi... kau tak teringin benda ni?” Amira bersuara dengan kuat untuk menarik
perhatian Jacinta
5. Inversi
Contoh:
Kita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di sana kamu nanti semua
boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan.
6. Kata Ganda
Contoh:
Jidin menyelak daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat adalah mata biru
Samantha.
7. Peribahasa
Contoh:
Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang takdir.
Nilai
1. Nilai bekerjasama
Contoh:
Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan
projek yang dijalankan berjaya.
6. Nilai kesopanan
Contoh:
Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah
menambat hati Prof. Zaidah.
7. Nilai ketaatan
Contoh:
Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang luar ke
kawasan lubuk emas.
8. Nilai amanah
Contoh:
Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak kepada Tau
bertahun-tahun lamanya.
9. Nilai keikhlasan
Contoh:
Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di Bukit Mat
Raya.
Pengajaran
2. Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh
Tuhan. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang
disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang
boleh memusnahkan hutan tersebut.
Latihan
1. Jelaskan tiga persoalan yang digarap oleh pengarang dalam novel Kembara Amira.
2. Jelaskan tiga perwatakan Prof. Zaidah.
Jawapan
1. Persoalan yang digarap oleh pengarang dalam novel Kembara Amira ialah persoalan
kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini digambarkan melalui
sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di
Gunung Gua Gajah. Persoalan kedua ialah persoalan perkahwinan kedua
menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara ini dipaparkan melalui
konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya
yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah
menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.
Persoalan ketiga pula ialah persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam
sekitar. Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan
pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.
2. Prof. Zaidah ialah watak sampingan novel Kembara Amira. Perwatakan beliau ialah
beliau seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan
memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang
mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. Beliau juga seorang yang tegas.
Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi
arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan. Selai itu beliau juga seorang
yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan
pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas,
namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.