Vous êtes sur la page 1sur 34

PENGENALAN

Kelahiran adalah merupakan pengakhiran kepada proses kehamilan. Proses kelahiran bermula
apabila rahim berkontraksi selama 15 hingga 20 minit dan serviks meregang serta mula terbuka
sekitar 14 hingga 24 jam.

Seseorang wanita yang mengandung biasanya akan menerima 1konstraksi 'palsu' selama beberapa
kali menjelang bulan-bulan terakhir kehamilannya. Kontraksi yang sebenar hanya berlaku apabila
konstraksi terjadi berulang-ulang kali dalam tempoh masa yang sama. Perubahan-perubahan
rahim dan serviks biasanya bermula kira-kira 2 minggu sebelum kelahiran.

Pada masa kehamilan, hormon Progesteron(P4) berfungsi untuk memastikan otot-otot rahim
berada dalam keadaan rehat dan otot-otot serviks dalam keadaan rapat. Menjelang waktu
kelahiran, paras hormon estrogen pula mula meningkat, dan ianya berperanan untuk mengecutkan
rahim dan menjadikan serviks lebih fleksibel. Masa kelahiran dikatakan ditentukan oleh kadar
penghasilan protein oleh plasenta yang dikenali sebagai Corticotropin-Releasing Hormone
(CRH). Kadar penghasilan CRH seawal usia 5 bulan kandungan boleh menentukan sama ada
seseorang bayi itu dilahirkan awal, tepat pada masanya atau lewat.

Pada umumnya, terdapat 3 kaedah utama kelahiran, iaitu kelahiran secara semulajadi, kaedah
Caesarean dan juga kaedah 'prepared birth'. Kaedah kelahiran semulajadi adalah terbahagi kepada
3 tahap :
1. Mengambil masa 12 jam atau lebih, di mana rahim akan berkontraksi secara tetap dan
kemudiannya menjadi semakin kerap, yang menyebabkan serviks mula terbuka.
2. Bermula apabila kepala fetus mula bergerak melalui serviks menuju ke arah saluran kelahiran
yang mengambil masa kira-kira 1 1/2 jam, dan ianya berakhir apabila fetus dapat dikeluarkan
sepenuhnya dari badan si ibu. Sekiranya berlaku sebarang komplikasi dalam proses kelahiran,
biasanya doktor akan menarik kepala bayi dengan menggunakan forsep atau sejenis vakum khas
untuk menarik kepala bayi keluar.
3. Plasenta dan tali pusat yang masih tertinggal di dalam rahim si ibu akan dikeluarkan sepenuhnya,
dan ianya mengambil masa selama kira-kira 5 hingga 30 minit.

Kaedah kelahiran Caesarean pula merupakan prosedur kelahiran melalui pembedahan untuk
mengeluarkan bayi dari rahim dengan membedah abdomen si ibu. Proses pembedahan biasanya
akan dilakukan sama ada apabila sesuatu kelahiran itu menghadapi komplikasi dan memakan
masa yang terlalu lama, apabila fetus berada dalam keadaan songsang, ataupun apabila si ibu
mengalami pendarahan yang terlalu banyak ketika melalui proses kelahiran semulajadi.

Bagi kaedah 'prepared birth' pula, prosesnya adalah lebih kurang sama dengan kaedah semulajadi,
namun pendidikan tentang kelahiran dan teknik relaksasi diterapkan kepada ibu-ibu mengandung
sejak peringkat awal proses kehamilan lagi. Ini dilakukan bagi membantu mengurangkan
kesakitan ketika proses kelahiran dengan mengajar tentang teknik pernafasan yang betul untuk
mengawal peneranan. Pendidikan psikologi juga diberikan bagi membantu mengurangkan
ketakutan dan tekanan ibu-ibu yang mengandung serta pasangan mereka menjelang tibanya
waktu kelahiran

1
Kontraksi palsu yang juga dikenali sebagai Kontraksi Braxton Hicks berlaku disebabkan pengecutan otot uterine
selama 1-2 minit yang kerap berlaku pada trimester kedua dan ketiga.Namun ia bukan semestinya terjadi kepada semua
wanita yang mengandung

1
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Mukasurat

1 Definisi kelahiran kecemasan 3

2 Anatomi organ pembiakan 4

3 Tahap kehamilan normal 5

4 Pengurusan sewaktu hamil


 Trimester I 6-12

 Trimeter II 13-20

 Trimester III 21-28

5 Piramid makanan ibu mengandung 29

6 Tindakan pengurusan kelahiran kecemasan 30

7 Kesimpulan 33

8 Rujukan 34

2
DEFINISI KELAHIRAN KECEMASAN

Definisi kelahiran anak atau bersalin adalah proses pada akhir kehamilan, iaitu janin keluar dari
rahim ibu.
• Kebanyakan wanita yang berpotensi hamil adalah sihat. Mereka dijangka dapat
mengandung dan bersalin tanpa komplikasi serta melahirkan bayi yang sihat
• Jangka masa bersalin berbeza-beza antara individu. Wanita yang hamil kali pertama
mungkin mengambil masa 13 jam untuk bersalin berbanding jangka masa 8 jam untuk
wanita yang pernah bersalin
• Proses kelahiran manusia adalah lebih sukar dan menyakitkan berbanding haiwan. Ini
kerana secara relatifnya bentuk tulang pinggul ibu dan rangka kepala janin yang lebih
besar
• Kini terdapat banyak kaedah untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

Proses kelahiran yang boleh di bahagi kepada 3


peringkat:
• Fasa pertama
• Fasa kedua
• Fasa ketiga

1. Fasa pertama kelahiran


• Kelahiran bermula dengan mulanya fasa pertama proses kelahiran
• Rahim akan mengecut setiap 10-30 minit pada mulanya dan pengecutan berlaku untuk
jangka masa 40 saat
• Kadar pengecutan rahim akan meningkat perlahan-lahan setiap 2 minit
• Setiap kali rahim mengecut, pangkal rahim akan membuka sehingga mencapai 10cm
atau (4") lebar • Biasanya pangkal rahim diselaputi lapisan mukus yang menolong mencegah
jangkitan
Lapisan tersebut akan dikeluarkan sebelum proses kelahiran bermula (show)
• Ini boleh diikuti dengan pecahnya selaput air ketuban ("water bag membrane")

2. Fasa kedua kelahiran


• Bayi / janin dikeluarkan dari rahim melalui vagina. Ianya berlaku apabila otot rahim
dan abdomen mengecut dengan kuat
• Biasanya kepala bayi dilahirkan dahulu
• Sekiranya bayi berkedudukan songsang bahagian punggungnya akan dikeluarkan
dahulu. Dalam keadaan ini kaki bayi terlipat ke atas. Kini, bagi ibu yang kali pertama
hamil, selalunya bayi akan dikeluarkan melalui pembedahan 2"Caesarean"
• Selepas dilahirkan, tali pusat bayi yang menghubungkan bayi kepada 3uri akan dikapit
dan dipotong

3. Fasa ketiga kelahiran


• Fasa ketiga kelahiran berlaku lebih kurang ¼ - ½ jam selepas bayi dilahirkan
• Uri akan dikeluarkan. Uri bersambung kepada bayi melalui tali pusat yang terdiri
daripada saluran darah dan tisu kolektif

2
Prosedur pembedahan dimana potongan dilakukan di abdomen dan uterus untuk mengeluarkan bayi dari rahim ibu
3
Uri atau plasenta ialah organ yang menghubungkan fetus dan dinding uterus untuk membolehkan pengambilan
nutrient dan pembuangan bahan kumuh

3
ANATOMI ORGAN PEMBIAKAN

Organ Pembiakan Lelaki

Organ Pembiakan Wanita


TAHAP KEHAMILAN NORMAL

4
Kehamilan normal berlaku selama 40 minggu yang dapat dibahagikan kepada3 trimester :

Trimester I
Selama trimester pertama tubuh anda mengalami banyak perubahan. Perubahan hormon
mempengaruhi hampir semua sistem organ dalam tubuh. Ini boleh menyebabkan beberapa
simptom minggu-minggu pertama kehamilan antaranya
 Cepat keletihan
 Payudara bengkak.
 Sakit perut dengan atau tanpa muntah (morning sickness)
 Mengidam atau membenci makanan tertentu
 Mood yang tidak stabil
 Konstipasi (kesulitan membuang air besar)
 Perlu untuk buang air kecil lebih kerap
 Sakit kepala
 Heart burn
 Penambahan atau pengurangan berat badan

Trimester II
Kebanyakan wanita mendapati trimester kedua kehamilan lebih mudah daripada yang pertama.
Gejala seperti mual dan keletihan akan beransur hilang dan perut anda mula membesar serta bayi
akan mula bergerak!

Simptom akan berlaku seperti :


 Badan dan bahagian pinggul dan peha akan terasa sakit
 Gelap kulit sekitar puting susu
 Tompok kulit yang lebih gelap, biasanya di atas hidung, pipi kening, atau bibir
 Kesemutan tangan, yang disebut 4carpal tunnel syndrome
 Gatal di perut, telapak tangan, dan telapak kaki.
 Pembengkakan pergelangan kaki, jari, dan wajah.

Trimester III
Beberapa perubahan baru mungkin berlaku pada trimester ketiga termasuk:
 Kesukaran bernafas
 Heartburn
 Pembengkakan pergelangan kaki, jari, dan wajah
 Cirit-birit
 Pusat menonjol
 Masalah tidur
 Kontraksi Braxton Hicks atau sebaliknya

Ketika hampir ke tarikh jangkaan kelahiran, leher rahim menjadi lebih tipis dan lebih lembut Ini
adalah normal, proses semulajadi yang membantu vagina untuk terbuka semasa proses
melahirkan.

4
patofisiologi ini tidak sepenuhnya difahami tetapi boleh dianggap mampatan saraf median yang melalui carpal tunnel

5
PENGURUSAN SEWAKTU HAMIL

 TRIMESTER PERTAMA(minggu 1-12)

TRIMESTER I

Banyak perubahan fizikal berlaku pada trimester pertama.Simptom kehamilan akan datang di
trimester kehamilan pertama ini misalnya pembesaran payudara, sering buang air kecil,
konstipasi, muntah, mudah keletihan, sakit kepala, emosional, dan peningkatan berat badan.

Minggu 1

Umur janin dihitung berdasarkan hari pertama menstruasi terakhir. Ini kerana sukar untuk
memastikan waktu sebenar bila proses ovulasi berlaku dan bila sebenarnya persenyawaan antara
sperma dan ovum berlaku.

Minggu ini adalah minggu menstruasi terakhir, meskipun pemsenyawaan belum terjadi. Perlahan-
lahan hormon 5FSH (Follicle Stimulating Hormone) dirembeskan untuk membantu pematangan
sel telur. Waktu ini merupakan saat paling tepat untuk menghentikan segala kegiatan yang kurang
baik apabila ibu ingin hamil. Hindari merokok, ubatan terlarang, dan alkohol kerana ia akan
memberi kesan kepada embrio yang akan terbentuk kelak

Menurut The Center for Disease Control (CDC), wanita yang merancang untuk hamil dianjurkan
mengambil Vitamin B dan Asid Folic sebanyak 400 mikrogram/hari agar dapat mengurangkan
risiko gangguan perkembangan otak embrio. Sumber Asid Folic dapat berasal dari hati, telur,
brokoli, kacang, dan jeruk. Bagaimanapun lebih baik mendapatkan nasihat doktor peribadi
terlebih dahulu

5
Sejenis hormon yang dirembeskan untuk mengawal tumbesaran, kematangan dan kesuburan

6
Minggu 2

Pada mulanya sperma akan memasuki ovum dan hanya satu sperma dapat memasuki sel ovum
daripada 200-300 juta sperma,300-500 sperma sampai ke tiub fallopio

Kesihatan bakal ibu yang baik merupakan salah satu faktor yang penting dalam kehamilan.
Nutrisi, senaman, dan rehat yang cukup adalah antara faktor penting suatu kehamilan. Jika berat
badan bakal ibu adalah normal sebelum kehamilan, Ibu memerlukan pengambilan kalori
sebanyak 2200 kalori setiap harinya pada 13 minggu pertama (trimester pertama). Selama
trimester kedua dan ketiga, Ibu memerlukan tambahan 300 kalori setiap hari. Kalori tambahan
dapat memberikan tenaga untuk ibu dan janin.

Minggu 3

Minggu ini Ibu akan cepat letihdan payudara mulai terasa tegang dan sakit. Ia merupakan tanda
awal kehamilan. Ibu juga dapat mengalami ketidakseimbangan emosi yang disebabkan perubahan
hormon pada Ibu hamil. Selain itu, mual atau morning sickness juga dapat terjadi. Pengambilan
nutrisi amat penting pada fasa ini, Asid Folic, protein, kalsium, dan zat besi, sangat penting bagi
pertumbuhan embrio. Protein digunakan untuk membuat jaringan baru, kalsium (1200 mg/hari)
berguna untuk pertumbuhan tulang dan gigi, dan zat besi (30 mg/hari) merupakan mineral asas
untuk meningkatkan isipadu darah embrio. Kalsium boleh didapati dari produk tenusu, zat besi
banyak terdapat di daging merah, telur, dan sayuran hijau.

7
Minggu 4

Sama seperti minggu sebelumnya, Ibu akan merasakan beberapa tanda awal kehamilan iaitu
payudara yang terasa sakit dan membesar, letih, kontraksi Braxton-Hicks, sering mual. Ibu dapat
memeriksa kehamilannya minggu ini. Apabila hasilnya masih negatif maka Ibu dapat mencuba
lagi pada minggu hadapannya.

Jangan biarkan Ibu makan tidak teratur, Ibu mungkin makan untuk dua orang tetapi Ibu tidak
harus makan dua kali ganda. Makan berlebihan tidak akan menambah kesihatan janin namun
hanya akan menambah berat badan Ibu, dan hal tersebut tidak baik. Ketika Ibu hamil, sebaiknya
Ibu mengambil snek ringan, jus segar, atau roti gandum bila sedang lapar. Susu atau produk
tenusu, sumber protein seperti daging. Bijirin, buah dan sayuran sebaiknya dimakan secara
seimbang. Hindari makanan yang terlampau berlemak dan bergula
Waktu ini juga adalah saat yang emosional bagi seorang Ibu yang sedang hamil kerana perubahan
‘mood’ dan mual

Minggu 5

Pada minggu ini Ibu tidak akan dating bulan, salah satu petanda untuk kehamilan. Apabila Ibu
melakukan ujian kehamilan, sangat besar kemungkinannya untuk positif. Ujian ini mengesan
Human chorionic gonadotropin (hCG), hormon yang meningkat pada saat kehamilan. Produksi
hormon yang masih meningkat dapat menimbulkan rasa kurang senang kepada Ibu seperti
minggu-minggu sebelumnya.

8
Hentikan pengambilan ubat Isotretinoin(INN). Isotretinoin adalah kimia yang banyak dipakai
untuk mengubati jerawat. Bahan ini dapat menyebabkan masalah sumbing, jantung dan pelbagai
lagi masalah kepada janin. Ubat ini juga dapat menyebabkan keguguran.

Minggu 6

Pendarahan ringan adalah perkara normal berlaku pada waktu ini tetapi harus dingatkan yang
ianya mungkin tanda awal keguguran. Ibu juga akan cepat letih kerana kekerapan untuk
membuang air akan bertambah, latihan fizikal seperti berjalan atau yoga amat digalakkan untuk
mengatasi masalah keletihan pada waktu ini
Pemeriksaan pertama di klinik atau hospital sudah boleh dilakukan pada minggu ini terutama jika
ini adalah kehamilan pertama. Pada sebahagian besar Ibu hamil, Ibu akan diminta untuk kembali
setiap 4 minggu selama 7 bulan pertama, kemudian setiap 2 minggu pada bulan ke-8, lalu setiap
minggu pada bulan ke-9. Apabila terdapat masalah, kemungkinan Ibu akan dijadualkan lebih
sering lagi berkunjung. Pemeriksaan Ultrasound dapat dilakukan minggu ini untuk mengesan
kehadiran janin. Kelainan seperti blighted ovum atau mola hidatidosa dapat diketahui dengan
pemeriksaan ini.

Minggu 7

Pada minggu ke-7, bentuk luar dari embrio berkembang dengan pesat. Mata yang berukuran
sebesar titik saat ini akan membentuk lensa mata Rongga jantung yang hampir sempurna sudah
mulai dialiri oleh darah. Sekat jantung mulai dibentuk mulai minggu ke-6 sampai minggu ke-8.
Sistem pencernaan dan pernafasan juga mulai terbentuk.

9
Kehamilan akan menyebabkan perubahan pada serviks (leher rahim). Mukus mulai terbentuk dan
berfungsi untuk melindungi rahim. Payudara Ibu akan membesar, hal ini terjadi kerana
peningkatan dari hormon estrogen dan progesteron. Puting akan terasa lebih sensitif dan lebih
sakit dari biasanya. Areola akan menjadi semakin gelap, semakin besar dan akan terus membesar
dalam beberapa bulan ke depan. Selain itu Ibu juga dapat melihat adanya bintik di sekitar areola.

Minggu 8

Perkembangan terbanyak minggu ini adalah perkembangan otak dan kepala embrio. Pada minggu
ke-8, otak embrio berkembang dengan kadar yang luar biasa. Wajah dari embrio juga semakin
jelas terlihat, matanya terbuka, mulut dan lidahnya berkembang, dan embrio sudah mulai
membentuk organ seperti tangan dan kaki

Ibu harus meningkatkan berat badan sekarang kerana akan berbahaya bagi janin bila Ibu
mengurangkan berat badan.

10
Minggu 9

Ibu dapat mula merasakan pergerakan janin pada waktu ini

Minggu 10

Minggu ini plasenta sudah mula berfungsi. Gejala dari mual dan muntah Ibu atau morning
sickness mulai menurun. Meskipun begitu, fluktuasi kadar hormonal di dalam tubuh masih
menyebabkan ketidakstabilan emosional atau mood yang tidak stabil pada Ibu hamil.
Senaman seperti berenang dan berjalan setiap hari selama 30 minit adalah pilihan tepat di kala
hamil. Ia dapat meningkatkan kekuatan otot, dan ketahanan tubuh yang dapat membantu Ibu
selama 9 bulan kehamilan, membantu mengurangkan kesakitan saat melahirkan, dan membuat
pembentukan semula tubuh setelah melahirkan menjadi lebih mudah.

11
Minggu 11

Minggu ini mual dan muntah akan mulai berkurang, Ibu akan merasa lebih selesa dan dapat
makan tanpa diiringi rasa mual.

Minggu 12

Kulit ibu berubah selama kehamilan. Pada sebahagian besar wanita akan muncul garis vertikal
berwarna coklat kehitaman di kulit sepanjang bahagian tengah perut yang disebut dengan linea
nigra. Garis ini akan ada selama kehamilan dan akan menghilang setelah melahirkan. Palmar
eritema (kemerahan di telapak tangan) dapt terjadi akibat pembesaran pembuluh darah dan
tingginya kadar estrogen selama kehamilan. Gejala ini hanya sementara, tidak berbahaya, dan
akan hilang setelah melahirkan.

Waktu ini juga sesuai untuk memulakan latihan Kegel 6. Kegel dapat menguatkan otot asas
pinggul, vagina, dan area perineum. Lakukan 25x/hari. Kontraksikan otot yang berada di sekitar
vagina Ibu dan tahan 8 – 10 saat.

 TRIMESTER KEDUA(minggu 13-26)


6
Dinamakan sempena Dr. Arnold Kegel, bertujuan menguatkan otot

12
TRIMESTER II

Di akhir trimester pertama rasa mual dan lemas akan berangsur hilang. Seiring dengan itu bayi
anda pun sudah mulai memberi respon kepada suara dan cahaya.Selera makan Ibu kembali
normal. Ibu juga dapat merasakan gerakan janin dan berat badan juga akan mulai bertambah

Minggu 13

Ibu memerlukan tambahan 300 kalori setiap hari. Zat besi diperlukan untuk menghindari anemia
serta kalsium untuk perkembangan gigi dan tulang janin.

Sekitar 50% wanita hamil mengalami gingivitis (radang pada gusi) pada kehamilan. Gingivitis
tersebut terjadi kerana peningkatan kadar hormon progesteron yang mengakibatkan gusi Ibu
bereaksi lebih aktif terhadap bakteria yang terdapat di plak gigi. Peningkatan bekalan darah pada
rongga mulut juga dapat meningkatkan sensitiviti gusi dan perdarahan terhadap gusi. Pencegahan
gingivitis kehamilan dilakukan dengan menjaga kebersihan rongga mulut, gosok gigi secara
teratur, dan dental floss.

Selain itu wanita hamil tetap boleh bekerja namun aktiviti yang dijalaninya tidak boleh terlalu
berat. Pekerjaan yang memerlukan aktiviti berat, berdiri dalam jangka waktu lama, atau pekerjaan
dalam industri harus dideduaikan dengan keadaan

13
Minggu 14

Pada waktu ini risiko keguguran sudah berkurang dan peningkatan berat badan sudah mulai
ketara. Kekadang berlaku kesakitan di penjuru perut kerana penjuru otot rahim telah meregang.
Kesakitan ini terjadi bila Ibu merubah posisi tiba-tiba, berdiri dari posisi duduk atau berbaring,
dan ketika batuk. Cara terbaik mengatasinya adalah berbaring dalam posisi selesa dengan kaki
diangkat lebih tinggi.Pada wanita hamil juga berlaku peningkatan kadar cairan di mata yang
menyebabkan penebalan di kornea sehingga pandangan Ibu menjadi sedikit kabur.

Minggu 15

Kenaikan berat badan Ibu sekitar 2,5 kg sekarang. Peningkatan aliran darah ke hidung serta
peningkatan pembuluh darah hidung dapat menyebabkan pengeluaran darah dari hidung. Aliran
darah yang meningkat ke wajah juga dapat menyebabkan flushing atau kemerahan di wajah.

Jantung Ibu mulai meningkatkan kadar aliran darah sebanyak 20% untuk meningkatkan bekalan
oksigen ke janin. Jumlah ini akan terus meningkat sampai mencapai 30-50% di akhir kehamilan.

14
Minggu 16

Ibu akan mulai merasakan sensasi luar biasa dari kehamilan iaitu pergerakan dari janin. Beberapa
wanita merasakan adanya quickening atau pergerakan janin antara minggu ke 16 – 20, waktunya
berbeza di antara wanita. Apabila ini adalah kehamilan pertama maka Ibu harus lebih banyak
bersabar karena beberapa Ibu baru merasakan pergerakan janin pada minggu ke-20. Gerakan
janin pertama dirasakan seperti ‘gelembung gas’ atau ‘denyut’. Bila Ibu sudah pernah hamil
sebelumnya maka Ibu akan tahu bahwa perasaan ini merupakan pergerakan janin.

Cecair dalam tubuh Ibu yang meningkat membuat kulit Ibu lebih lembut, peningkatan pembuluh
darah membuat kulit Ibu menjadi lebih bersih dan bercahaya. Nafsu makan Ibu akan mulai
meningkat trimester ini. Untuk mengatasinya, Ibu sebaiknya meningkatkan frekuensi makan
makanan kecil 3-4x/hari sebagai tambahan. Makanan kecil sebaiknya bergizi seperti salad, telur
rebus, roti gandum dengan selai kacang, keju rendah lemak, dan jus buah.

Peningkatan berat badan trimester ini antara 6-7 kg (dari total 12-18 kg) bila berat badan Ibu
sebelumnya normal. Doktor Anda akan menyarankan untuk menambah berat badan dengan
margin lebih kecil bila sebelumnya Ibu overweight dan menambah berat badan lebih banyak bila
sebelumnya Ibu termasuk kategori underweight atau Ibu mengandung bayi kembar.

Contoh makanan sihat :


Mulailah hari dengan sarapan yang bergizi, mengandung protein yang cukup, karbohidrat
kompleks, serat, dan sedikit lemak. Makan sayuran, gandum, daging, produk susu rendah lemak
Sediakan snack sehat seperti biskuit , buah segar, yoghurt, keju rendah lemak.

15
Minggu 17

Ibu sudah memiliki pembesaran yang sangat jelas di perut bawah. Seiring dengan pembesaran.
Ibu mungkin sedikit merasakan ketidakseimbangan ketika berdiri. Cuba hindari situasi yang
memudahkan Ibu untuk jatuh. Pakailah kasut tumit rendah untuk mengurangi risiko jatuh.
Apabila mata Ibu terasa kering titiskan air secara berkala

Ibu mungkin merasakan terdapatnya perubahan di payudara, ukurannya mulai membesar, puting
membesar dan areola menghitam. Perubahan ini adalah persiapan untuk menyusui. Hormon akan
mempersiapkan penghasilan susu, lebih banyak darah mengalir ke payudara, dan kelenjar yang
menghasilkan susu sudah mulai berkembang.

Bintik hitam atau disebut kloasma terkadang muncul di wajah Ibu hamil, umumnya di dahi,
hidung, dan pipi. Hal tersebut terjadi karena perubahan hormonal. Setelah melahirkan nanti,
bintik hitam tersebut akan menghilang.

Selama kehamilan, peningkatan cecair vagina atau keputihan adalah normal. Cecair ini biasanya
putih atau kuning serta agak pekat. Hindari penggunaan bahan nilon, jaga kebersihan vagina Ibu.
jangkitan pada vagina terjadi apabila terdapat cairan berwarna kuning atau hijau, berbau, gatal,
dan panas. Jika Ibu mengalaminya ia harus segera berjumpa doktor.

Minggu 18

Ibu dapat merasakan janin sekitar 2 jari di bawah pusat . Peningkatan selera makan adalah
perkara biasa pada waktu ini. Pilihlah makanan yang kaya dengan nutrisi

16
Pertumbuhan rahim yang semakin besar dapat menyebabkan punggung tertarik ke depan.
Ditambah dengan regangan ligamen, maka kesakitan punggung berlaku. Kurangkan rasa
kesakitan punggung dengan menaikkan kaki lebih tinggi di waktu rehat dan letakkan salah satu
kaki di suatu posisi pijakan rendah ketika berdiri.

Penambahan isipadu darah dapat menurunkan tekanan darah Ibu. Berdiri tiba-tiba atau
pergerakan cepat yang tiba-tiba dapat mengakibatkan pening dan berpinar. Hal ini adalah normal
dan harus diambil perhatian agar tidak berlaku sebarang kecemasan

Minggu 19

Berat badan Ibu semakin meningkat dan perut akan bertambah besar (1,3 cm di bawah pusat).
Kaki akan sedikit membengkak, kemerahan di telapak tangan juga didapatkan akibat peningkatan
hormon estrogen.

Banyak Ibu hamil bimbang hubungan seksual akan menyakiti janin mereka, sebenarnya tidak.
Hubungan seksual di semua tahapan kehamilan adalah selamat. Namun biasanya Ibu jarang
mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seksual.

Minggu 20

Berat badan Ibu sudah meningkat sebanyak 5 kg. Selama kehamilan, Ibu memerlukan tambahan
zat besi sebanyak 30 mg setiap hari kerana peningkatan isipadu darah ibu. Daging merah
merupakan sumber terbaik untuk zat besi. Bayam, kismis, kuning telur, sayuran hijau, dan tauhu

17
juga banyak mengandung zat besi. Gabungan antara makanan yang mengandung vitamin C
dengan zat besi dapat meningkatkan penyerapan zat besi lebih baik bagi tubuh.

Kesan sampingan dari kehamilan adalah pertumbuhan kuku dan rambut yang lebih cepat. Rambut
akan menjadi lebih tebal dan lebih sihat. Semua disebabkan kerana hormon kehamilan dan juga
peningkatan dari peredaran darah yang membawa nutrisi bagi rambut dan kuku. Setiap bulan Ibu
patut mengukur tekanan darahnya.

Minggu 21

Peningkatan produksi kelenjar minyak dapat menyebabkan timbulnya jerawat. Ibu harus mencuci
muka dengan sabun khusus pembersih muka yang mengandung pH neutral dan pastikan
pelembab ataupun make-up yang dipakai tidak menambah kadar minyak di muka. Jangan
menggunakan ubat antijerawat karena beberapa dari ubat tersebut berbahaya bagi kehamilan.

Minggu 22

Rahim Ibu sekarang berada 2cm di atas pusat dan akan terus membesar dari minggu ke minggu.
Stretch mark akan semakin terlihat jelas seiring dengan perubahan badan Ibu selama kehamilan.
Stretch mark ini dapat memiliki variasi warna dari merah jambu sampai coklat gelap, bergantung
kepada warna kulit. Meskipun umumnya terdapat di perut, stretch mark juga boleh berlaku di
punggung, pinggul, paha dan payudara. Selalu jaga kelembaban kulit Ibu untuk mencegah gatal
pada stretch mark menggunakan lotion.

18
Minggu 23

Rahim Ibu sekarang berukuran sekitar 3.75 cm di atas pusar dengan bentuk perut yang bulat
membesar. Penambahan berat badan Ibu berkisar 5.5 – 6.8 kg. Plasenta dan jumlah cairan
ketuban akan semakin meningkat seiring dengan pertambahan usia kehamilan. Pergerakan janin
akan lebih kerap dan lasak.

Doktor Ibu dapat melakukan palpasi(pemeriksaan menggunakan tangan) ke perut Ibu untuk
menentukan posisi janin. Doktor juga akan mengukur panjang fundus (bagian atas) rahim Ibu.
Pemeriksaan ini memberikan informasi mengenai pertumbuhan janin.

Wanita yang menghidap diabetes selama kehamilan disebut dengan diabetes gestasional. Diabetes
adalah keadaan kekurangan insulin dalam aliran darah. Insulin berguna untuk metabolisme gula
dalam darah. Gejala diabetes yang perlu Ibu waspadai adalah sering buang air kecil (lebih 5x di
kala malam/tidur), sering lapar, sering haus, pandangan kabur, gatal-gatal, keputihan, kehilangan
berat badan. Pemeriksaan gula darah puasa dan 2 jam setelah makan pada akhir trimester kedua
diperlukan untuk memantau terjadinya diabetes gestasional (terutama bagi mereka yang memiliki
riwayat keluarga dengan diabetes).

Minggu 24

Beberapa minggu terakhir, rahim Ibu berkembang sampai sekarang memiliki ukuran seperti bola
sepak. Rahim yang semakin besar akan menekan saluran pencernaan dan mengakibatkan
terjadinya heartburn. Ibu juga dapat merasa lebih sukar . Gangguan tidur juga umum dialami Ibu
hamil dan perlu diingat Ibu harus menghentikan kebiasaan tidur telentang dan telungkup. Ibu
sebaiknya mulai belajar tidur sisi.

19
Minggu 25

Lakukan pemeriksaan anemia. Bila pemeriksaan darah Ibu di laboratorium menunjukkan bahwa
Ibu mengalami anemia kekurangan zat besi (yang banyak terdapat pada wanita hamil) maka
doktor kemungkinan akan mengesyorkan supplemen zat besi.

Dalam pemeriksaan Ultrasonic di trimester kedua, doktor akan melihat posisi plasenta untuk
melihat kemungkinan terjadinya plasenta previa yang menimbulkan risiko perdarahan baik bagi
Ibu maupun janin.

Minggu 26

Jika Ibu mengikuti petunjuk nutrisi seimbang, maka kemungkinan tambahan berat badan Ibu
waktu ini sebesar 7.2 – 9.9 kg dengan rahim berada 6 cm diatas pusat. Pada waktu, orang-orang
di sekitar Ibu juga sudah dapat merasakan gerakan janin pada perut.

Gizi tetap menjadi perhatian utama untuk perkembangan janin. Setiap hari pastikan Ibu makan
satu jenis sayuran hijau, makanan atau jus yang kaya vitamin C, dan makanan yang kaya dengan
vitamin A, vitamin B6, B9, dan B12 (susu, tempe, tauhu, telur, pisang, kentang), dan vitamin E
(daging, minyak zaitun, biji gandum, bayam).

20
 TRIMESTER KETIGA(minggu 27-40)

TRIMESTER III

Trimester ini adalah trimester terakhir dari kehamilan. Janin Ibu berada di dalam tahap
penyempurnaan dan akan semakin bertambah besar sehingga memenuhi seluruh rongga rahim.
Semakin besar janin maka akan semakin terasa seluruh pergerakan yang dilakukan olehnya.
Jangan lupa untuk selalu berhati-hati dan memperhatikan tanda-tanda seperti tanda kelahiran
pramatang. Ambil nutrisi yang bergizi dan juga jaga jumlah cecair yang betul untuk janin Ibu.

Minggu 27

Rahim Ibu berada 7 cm diatas pusat atau 27 cm diatas tulang kemaluan. Oleh kerana rahim
semakin membesar maka paru-paru Ibu tidak dapat mengembang sempurna sehingga kekadang
Ibu merasakan sedikit sesak nafas.

Payudara Ibu sudah membesar sejak awal kehamilan dan semakin bertambah berat saat ini.
Ingatlah untuk selalu memeriksa payudara setiap 4- 5minggu sekali. Pembesaran rahim akan
menekan pundit kencing sehingga apabila terdapat peningkatan tekanan intraabdomen (perut)
seperti tertawa, berolahraga, batuk, perubahan posisi, atau bahkan bergerak terlalu cepat dapat
menyebabkan terkencing. Kerana itu ada latihan yang dapat dilakukan untuk memperkuat otot
dasar panggul iaitu latihan Kegel

Antara minggu 28 – 36 Ibu akan berjumpa setiap 2 minggu sekali dengan doktor. Satu bulan
sebelum masa bersalin pertemuan ini menjadi 1 minggu sekali.

Latihan Kegel sangat mudah dilakukan dimana saja. Langkah pertama, posisi duduk atau
berbaring, cuba mengkontraksikan(mengemut) otot panggul dengan cara yang sama ketika kita
menahan kencing. Apabila otot perut atau punggung juga mengeras maka anda tidak berlatih
dengan otot yang benar. Lakukan kontraksi selama 10 saat, kemudian berehat selama 10 saat.
Lakukan latihan ini berulang-ulang sampai 10-15 kali per sesi. Sebaiknya latihan ini dilakukan 3
kali sehari. Latihan kegel hanya efektif bila dilakukan secara teratur

21
Minggu 28

Rahim Ibu berada 8 cm di atas pusat dengan kenaikan berat badan saat ini adalah 7.7 – 10.8 kg.
Dari puting payudara Ibu, terkadang keluar rembesan cecair berwarna kekuningan yang dipanggil
kolostrum. Ini tidak berbahaya dan merupakan tanda payudara sedang bersedia menyusui bayi.
Dalam kunjungan doctor berikutnya, doktor dapat memberitahu posisi janin Ibu sekarang. Janin
dalam posisi songsang kemungkinan akan dilahirkan secara pembedahan Caesarian. Namun Ibu
tidak perlu khuatir apabila saat ini janin Ibu berada di posisi songsang, masih ada waktu 2 bulan
lagi bagi janin untuk merubah posisi. Kebanyakan janin akan merubah posisinya sendiri.

Ujian tahap gula dalam darah harus dilakukan secara berkala pada waktu ini

Minggu 29

Bila diukur, rahim Ibu sekitar 7.6 – 10 cm di atas pusat. Pertumbuhan rahim Ibu sekitar
1cm/minggu. Ibu akan mengalami Sindrom Hipotensi apabila berbaring telentang. Berbaring
dengan punggung di bawah dapat menyebabkan perubahan rentak jantung dan tekanan darah.

Jika Ibu memiliki asma sebelum hamil, maka di dalam kehamilan, beberapa ada yang gejalanya
semakin pulih namun beberapa wanita hamil ada yang gejalanya semakin memburuk. Umumnya
ubat asma tetap dapat diteruskan dalam kehamilan, seperti terbutalin, steroid, aminofilin, dan
teofilin. Menghindari pencetus dan mempertahankan hidrasi yang baik dengan banyak minum
dapat membantu mencegah serangan asma pada wanita hamil.

22
Ketika bayi lahir antara minggu ke 38 – 42, dipanggil dengan bayi cukup bulan (full term).
Apabila bayi lahir dibawah 38 minggu kehamilan, maka disebut dengan pramatang dan memiliki
risiko lebih tinggi. Beberapa ubat muscle relaxant, sedatif, atau narkotik dapat membantu
menghentikan gejala persalinan pramatang. Doktor Ibu yang akan menentukan apakah janin lebih
baik ditahan di dalam rahim atau boleh terus dilahirkan. Beberapa penyebab dari kelahiran
pramatang adalah janin kembar, inkompetensi serviks (leher rahim), penyakit dalam kehamilan
(toksoplasma), polihidramnion (terlalu banyak cecair ketuban), ketidaknormalan dari janin mahu
pun bentuk rahim, plasenta previa atau abruptio plasenta, ketuban pecah kerana jangkitan dan
kematian janin dalam rahim.

Minggu 30

Ibu mungkin merasa sedikit letih beberapa minggu terakhir dan terutama kerana mengalami
kesulitan tidur. Membran atau selaput yang berada di sekitar janin disebut dengan kantung
kehamilan (amniotic sac). Di dalam kantung tersebut terdapat cecair ketuban yang umumnya
tidak akan pecah atau merembes sehingga waktu bersalin. Apabila cecair ketuban merembes
sebelum waktunya maka segeralah ke hospital. Membran tersebut melindungi janin dari infeksi.
Dengan bocornya kantung maka jangkitan akan mudah terjadi.

Plasenta previa adalah plasenta yang letaknya abnormal iaitu di segmen bawah rahim sehingga
dapat menutupi sebahagian atau seluruh laluan vagina. Plasenta previa akan menjadi masalah
serius kerana dapat menyebabkan perdarahan saat kehamilan dan bersalin. Penyebabnya belum
diketahui secara pasti.

Jika ia terjadi, Ibu umumnya dianjurkan untuk baring dengan menghadap kiri, tidak melakukan
hubungan intim, dan menghindari peningkatan tekanan rongga perut (batuk). Ibu dengan plasenta
previa dapat melahirkan secara normal. Namun apabila Ibu mengalami plasenta previa totalis
(jalan lahir tertutup semua dengan plasenta), maka perlu dilakukan pembedahan Caesarian

23
Minggu 31

Rahim Ibu berada 11 cm diatas pusat. Penambahan berat badan Ibu seharusnya mencapai 9.5 – 12
kg saat ini. Ibu akan merasakan kesakitan di punggung lebih kerap kerana perut dan janin Ibu
mengakibatkan peningkatan regangan dari otot di punggung. Diet Ibu tetap harus diperhatikan,
keperluan kalsium, protein, zat besi, dan Asid Folic. Kalsium perlu lebih diperhatikan kerana
proses osifikasi atau pengerasan pada tulang sedang berlangsung dan diperlukan untuk
perkembangan tulang tersebut.

Minggu 32

Rahim Ibu berada sekitar 12 cm diatas pusat Isipadu darah Ibu akan meningkat sekitar 30 – 50%
di akhir kehamilan. Selama kunjungan doktor, dokter akan mengawasi tekanan darah, urin,
pembengkakan yang terjadi, dan tanda-tanda penyakit lain seperti eklampsia atau IUGR.

24
Minggu 33

Pengukuran dari pusat ke rahim mencapai 13 cm. Ini akan menyebabkan berlakunya heartburn,
namun ianya dapt dikurangkan dengan mengurangkan jumlah makan dan makan lebih kerap.

Minggu 34

Keutamaan pada minggu-minggu terakhir adalah nutrisi bergizi, senaman ringan, dan rehat yang
cukup. Ukuran rahim apabila diukur dari pusat sekitar 14 cm. Jangan membandingkan antara
kehamilan Ibu dengan kehamilan dari kawan atau keluarga yang lain. Yang terpenting adalah
perkembangan rahim sesuai dengan masa kehamilan yang menunjukkan pertumbuhan dan
perkembangan janin di dalam berlangsung normal.

Ramai wanita mengadu letih, cemas, dan kesakitan di bahagian punggung dalam minggu terakhir.
Dinasihatkan banyak berehat dan kurangkan aktiviti. Tidur siang teratur dan jangan mengambil
kafein. Semakin rahim bertambah besar maka kulit perut akan meregang dan meyebabkan
kemerahan,kekeringan dan kegatalan, ia boleh dikurangkan dengan menyapu pelembap sekerap
mungkin

Beberapa doktor akan mencadangkan pemeriksaan Group B streptococcus(group B strep) kerana


bakteria ini mungkin berada di rektal atau vagina Ibu dan mengakibatkan jangkitan kepada bayi.
Jika ujian didapati ini positif maka Ibu menerima antibiotik intravena (suntikan).

25
Minggu 35

Pengukuran rahim dari pusat adalah sekitar 15 cm. Ibu mungkin mulai merasakan peningkatan
dari frekuensi membuang air kecil. Hal ini dapat terjadi kerana janin yang semakin besar mulai
menekan pundit kencing. Kurangkan minum sebelum tidur dapat membantu mengurangi
frekuensi di malam hari. Mulai minggu ini, Ibu akan diminta untuk datang untuk pemeriksaan
doktor 1 minggu sekali.

Persiapkan barang-barang yang akan dibawa apabila Ibu akan bersalin nantinya dan tentukan
hospital dimana Ibu akan bersalin (lengkap dengan laluan menuju hospital tersebut). Jangan lupa
untuk selalu makan dengan frekuensi yang teratur dan mempersiapkan makanan kecil untuk
tenaga Ibu.

Minggu 36

Lightening adalah keadaan dimana hasil pengukuran pada rahim Ibu lebih kecil daripada minggu
sebelumnya akibat kepala janin yang sudah memasuki jalan lahir atau cecair ketuban yang sudah
mulai berkurang. Kejadian lightening mungkin terjadi ketika peringkat awal bersalin. Lightening
dapat memberikan lebih banyak ruang bagi Ibu untuk mengambil nafas panjang ketika meneran
kerana diafragma sudah tidak tertekan lagi. Lightening juga akan mengurangi heartburn. Namun
lightening juga menyebabkan penekanan pada pundit kencing dan rectum.

26
Minggu 37

Rahim Ibu berukuran sama dengan 1 atau 2 minggu yang lalu. Doktor Ibu akan melakukan
pemeriksaan dalam atau pemeriksaan pelvis (panggul) saat ini. Pemeriksaan ini akan membantu
untuk mengevaluasi kemajuan dari persalinan dan posisi dari bayi di jalan lahir. Serviks
sepenuhnya terbuka bila diameter bukaan serviks 10 cm

Tanda Persalinan :
Lightening (bayi jatuh)
Bloody show. Keluarnya lendir beserta darah dari vagina
Pecah ketuban. Rembesan cecair ketuban dari vagina
Peregangan, penipisan, dan pembukaan serviks (leher rahim)
Kontraksi teratur disertai sakit bersalin

Minggu 38

Ukuran mencapai 36-38 cm waktu ini. Kerana janin yang sudah cukup bulan, Ibu dapat
merasakan pergerakannya lebih kerap. Umumnya Ibu hamil pada minggu terakhir tidak akan
bertambah besar. Kontraksi palsu akan semakin sering terasa. Doktor juga akan megevaluasi
kadar zat besi pada tubuh Ibu. Jangan sampai Ibu mengalami anemia kerana kekurangan zat besi.
Ibu dengan anemia akan mengalami gejala cepat letih dan dibimbangkan tidak akan kuat waktu
bersalin nanti.

27
Minggu 39

Ibu mungkin sudah merasa sangat tidak selesa.. Jangan panik apabila bayi belum juga lahir
sampai akhir minggu ini. Hanya 4% bayi yang lahir sama dengan kadar jangkaan doktor.
Banyakkan berehat dan tenangkan pikiran.

Minggu 40

Ukuran 36 – 40 cm. Ibu sudah sedia untuk melahirkan bayi. Bila kehamilan melebihi waktu,
plasenta akan gagal memenuhi keperluan nutrisi bayi dan akibatnya bayi dapat kehilangan nutrisi.
Berdasarkan pertimbangan, doktor dapat melakukan induksi atau rangsangan agar terjadi
persalinan. Induksi akan dilakukan dengan ubat-ubatan yang diberikan meningkat secara perlahan
sehingga kontraksi bermula.

Selain induksi, digunakan juga ubat untuk memudahkan serviks meregang dan terbuka. Apabila
induksi dengan ubat-ubatan tidak Berjaya, pembedahan Caesarian mungkin diarahkan
doktor.Dalam waktu beberapa minggu, rahim Ibu akan kembali ke ukuran normal.

28
PIRAMID MAKANAN IBU MENGANDUNG

Lemak & Minyak : Ambil bila perlu atau sangat sedikit


Tenusu : 2-3 hidangan
Protein : 2-3 hidangan
Sayur : 2-4 hidangan
Buah : 3-5 hidangan
Bijirin : 6-11 hidangan

29
TINDAKAN PENGURUSAN KELAHIRAN KECEMASAN

30
 SEBELUM

Terdapat beberapa peralatan yang digalakkan ada, antaranya :


 Selimut lembut
 Plastik 1.2 meter persegi
 2 kain bersih
 2 tuala
 Tuala wanita ( pad )
 Basin
 Sarung getah.
 Tali pita 25 cm panjang.
 Gunting.

Semasa ini uterus akan mengembang dan menguncup dan dalam masa yang sama serviks akan
menipis dan terbuka secara perlahan lahan. Ibu akan mengalami rasa sakit. Kontraksi semakin
kerap dan kuat serta mengambil masa yang lama sehingga serviks habis terbuka.Biasanya masa
yang diambil 8 jam sehingga serviks terbuka hingga 4 cm . Serviks akan terus membuka sehingga
10 cm dimana masanya 5 hingga 7 jam dan kontraksi akan terus terjadi.Masa sakit ini tidak
boleh melebihi 20 jam bagi anak pertama dan 12 jam bagi multipar.

Apa yang perlu dilakukan adalah :


a) Beri sokongan emosi agar ibu tenang dan bersedia menghadapi sakit untuk bersalin.
b) Beri bantuan bagi menyediakan kelengkapan untuk bersalin seperti barang keperluan
bayi, kad antenatal.dan keperluan ibu.
c) Pakaian ibu perlu longgar dan selesa mudah untuk penyerapan peluh.
d) Tanya ibu jika ada sesuatu keluar dari farajnya samaada lendir , darah atau air dan apa
warnanya.
e) Tanya ibu kekerapan sakitnya dalam 10 minit berapa kerap sakitnya.
f) Panggil bantuan untuk membawa ibu kehospital.

31
 SEWAKTU

Apa yang perlu dilakukan adalah :


a) Beri sokongan emosi supaya ibu bertenang.
b) Baringkan ibu ditempat yang selamat dan selesa beralaskan plastik dan kain kapas.
c) Membantu proses kelahiran dengan menyambut kelahiran bayi dan lapkan muka bayi
untuk membuka salur pernafasannya.
d) Selimut bayi dengan kain untuk mengelakan dari kesejukan dan tempatkan ditempat yang
kering.
e) Dapatkan bantuan segera.

 SELEPAS

Masa uri keluar mengambil masa 15-20 min, darah dan placenta yang akan keluar.
Apa yang perlu dilakukan adalah :
a. Biarkan proses ini terjadi dengan sendirinya.
b. Beri sokongan emosi agar ibu tenang.
c. Talipusat bayi dibiarkan sehingga mendapat bantuan dari pihak kesihatan.

Komplikasi mungkin berlaku dan harus dimaklumkan kepada doctor, antaranya :


 Bayi lemas dan menyebabkan kematian bayi.
 Bayi terjatuh
 Bayi boleh patah bahu
 Jangkitan.
 Perdarahan
 Lekat uri
 Kematian ibu

32
KESIMPULAN

Fasa kehamilan terbahagi kepada 3 trimester yang membabitkan trimester I iaitu permulaan yang
membabitkan simptom seperti mual dan pitam, trimester II atau fasa pertengahan yang juga
dipanggil fasa “bulan madu” oleh sesetengah masyarakat kerana kesakitan telah berkurang dan
selera makan telah kembali, trimester III iaitu fasa terakhir dimana ibu hamil bersedia menerima
bayi.

Kelahiran merupakan suatu perkara kemuncak setelah kehamilan selama 40 minggu yang
melibatkan penjagaan rapi dan berkala untuk memastikan kandungan normal dan sihat. Pelbagai
risiko terpaksa dihadapi ibu mengandung untuk memastikan kesihatan diri dan bayi termasuk
pemeriksaan doktor, pengambilan makan seimbang, pengambilan ubat sepanjang tempoh
kehamilan.

Walaupun tempoh kelahiran telah ditetapkan pada suatu tarikh oleh doktor, kebanyakan masa
kelahiran berlaku diluar jangkaan tersebut, lebih merumitkan apabila ia berlaku di tempat yang
langsung tidak sesuai seperti kereta atau kawasan awam. Disini peranan masyarakat terutamanya
ahli Bulan Sabit Merah untuk menghulurkan bantuan dengan pengetahuan yang ada untuk
mengelakkan berlaku komplikasi atau kematian akibat kelewatan bantuan dari pihak hospital.

33
RUJUKAN

Buku :

Your Pregnancy Week by Week


Author : Curtis, Glade B.; Schuler, Judith
Publisher : Perseus Books Group

Pregnancy for Dummies


Author : Stone, Joanne; Eddleman, Keith; Duenwald, Mary
Publisher : John Wiley & Sons

Laman Web :

http://en.wikipedia.org/wiki/Unassisted_childbirth
http://en.wikipedia.org/wiki/Kehamilan
http://www.dechacare.com/Proses-Kehamilan-I127.html
http://www.kedokteran.info/tahap-perkembangan-kehamilan.html
http://www.mengandung.com/newsletter/perkembangan-bayi-dari-minggu-ke29-hingga-minggu-
ke40.html

Lain-lain :

Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan UiTM(BSMMcUiTM)

34

Vous aimerez peut-être aussi