Vous êtes sur la page 1sur 9

BAB IV

KAJIAN MAKMAL

4.1

PENGENALAN

Kajian makmal akan dilakukan untuk mendapatkan maklumat dan data bagi kajian yang dijalankan. Ianya meliputi banyak aspek yang akan dilakukan seperti merekabentuk campuran konkrit berdasarkan gred yang ditetapkan, penghasilan kiub konkrit, membuat ujian-ujian makmal (musnah dan tanpa musnah), penentuan kebolehkerjaan dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu salah satu metodologi kajian ialah kajian makmal yang mana secara khasnya merupakan kaedah kajian yang paling penting berbanding dengan kaedah yang lain. Kajian makmal ini dilakukan adalah untuk mendapatkan bukti saintifik mengenai pengaruh mortar terhadap kekuatan konkrit dengan mendapatkan nilai kekuatan konkrit berdasarkan ujian mampatan, ujian tukul pantulan Schmidt dan ujian halaju denyutan ultrasonik.

34

4.2

PROSES REKABENTUK CAMPURAN KONKRIT

Sebelum proses merekabentuk dimulakan, beberapa faktor dan perkara pokok perlu diketahui terlebih dahulu. Maklumat-maklumat awal ini termasuklah spesifikasi projek dan faktor-faktor keadaan setempat. Sekiranya maklumat atau data-data ini merupakan faktor penentu, maka ia perlu ditetapkan mengikut masalah yang hendak diselesaikan. Proses merekabentuk ini boleh dibahagikan kepada lima peringkat utama di mana tiap-tiap peringkat menghasilkan parameter rekabentuk. Bagi mendapat gambaran lebih jelas sila rujuk Rajah 4.1 : Rajah 4.1 : Proses merekabentuk campuran konkrit Peringkat 1 : Penentuan nisbah air(bebas)-simen dengan menggunakan kekuatan yang ditetapkan. Peringkat 2 : Penentuan kandungan air(bebas) dengan menggunakan kesenangan kerja yang diperlukan Peringkat 3 : Penentuan kandungan simen dengan menggunakan keputusan di peringkat 1 dan peringkat 2 Peringkat 4 : Penentuan jumlah kandungan batu baur Peringkat 5 : Penetapan kandungan pasir dan batu untuk campuran

35

4.3

PENGHASILAN KIUB KONKRIT

Terdapat dua jenis acuan besi yang akan digunakan untuk menghasilkan kiub konkrit bagi kajian ini iaitu yang bersaiz 150mm dan 100mm. Kepingan-kepingan acuan besi tadi akan dipasangkan dengan sambungan skru dan nut membentuk kiub di mana pada bahagian atas kiub terbuka untuk kerja-kerja memasukkan konkrit. Selepas itu minyak pelincir (minyak hitam) akan disapukan pada bahagian dalam kiub untuk mengelakkan konkrit melekat pada bahagian dalam kiub. Kemudian konkrit yang telah siap di bancuh akan dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam acuan (3 lapisan) dan dilejang sebanyak 35 kali bagi kiub besar (150mm) dan 25 kali bagi kiub kecil (100mm) untuk setiap lapisan dengan menggunakan batang keluli 25mm x 25mm. Acuan berisi konkrit dibiarkan mengeras dan diletakkan ditempat yang terlindung dan lembap selama 24 jam. Selepas itu kiub konkrit dikeluarkan dari acuan, ditandakan tarikh ianya dibuat dan maklumat penting lain seperti gred konkrit, pihak bertanggungjawab dan kemudian dimasukkan ke dalam tangki atau kolam air untuk proses pengawetan (mengekalkan kelembapan). Sila rujuk Jadual 4.1 untuk mengetahui jumlah sampel yang telah disediakan untuk tujuan kajian dan juga Jadual 4.2 iaitu penandaan jenis sampel.

Jadual 4.1 : Penyediaan sampel Mampatan, Mampatan, Sampel UPV & SH UPV & SH (tanpa (6.4 mm mortar) mortar) G20-100 2 2 G30-100 2 2 G20-150 2 2 G30-150 2 2 Jumlah 8 8
Nota:

Mampatan, UPV & SH (12.7mm mortar) 2 2 2 2 8

Mampatan, UPV & SH (25.4 mm mortar) 2 2 2 2 8

36
UPV Halaju Denyutan Ultrasonik SH Tukul Pantulan Schmidt

Jadual 4.2: Penandaan jenis sampel Jenis Sampel


1G20TM 2G20TM 1G20M(1/4) 2G20M(1/4) 1G20M(1/2) 2G20M(1/2) 1G20M(1) 2G20M(1) 1G30TM 2G30TM 1G30M(1/4) 2G30M(1/4) 1G30M(1/2) 2G30M(1/2) 1G30M(1) 2G30M(1)

Maklumat Sampel
Gred20 Tanpa mortar sampel 1 Gred20 Tanpa mortar sampel 2 Gred20 6.4mm mortar sampel 1 Gred20 6.4mm mortar sampel 2 Gred20 12.7mm mortar sampel 1 Gred20 12.7mm mortar sampel 2 Gred20 25.4mm mortar sampel 1 Gred20 25.4mm mortar sampel 2 Gred30 Tanpa mortar sampel 1 Gred30 Tanpa mortar sampel 2 Gred30 6.4mm mortar sampel 1 Gred30 6.4mm mortar sampel 2 Gred30 12.7mm mortar sampel 1 Gred30 12.7mm mortar sampel 2 Gred30 25.4mm mortar sampel 1 Gred30 25.4mm mortar sampel 2

4.4

KERJA-KERJA MELEPA KIUB

Kerja-kerja melepa kiub akan dilakukan pada hari ke 21 selepas kiub dihasilkan. Semua permukaan luar kiub akan dilepa dengan mortar yang mempunyai ketebalan masing-masing iaitu 6.4mm, 12.7mm dan 25.4mm. Nisbah bancuhan mortar yang akan digunakan ialah 1 : 3 (simen : pasir halus) dan saiz pasir halus yang digunakan ialah 0.6mm dan ke bawah. Kiub-kiub ini akan dilepa secara berperingkat-peringkat iaitu selepas permukaan yang dilepa kering barulah kiub itu dialihkan untuk dilepa pada permukaan yang seterusnya. Satu permukaan sahaja yang dapat dilepa pada kiub untuk kerja-kerja melepa kerana memerlukan tempoh satu hari bagi lapisan mortar mengering dan kuat sebelum boleh dialihkan untuk dilepa pada permukaan yang seterusnya. Selepas selesai permukaan terakhir kiub dilepa, kiub akan dibiarkan kering selama 24 jam dan kemudian kiub akan direndamkan semula ke dalam takungan air atau ditutup dengan guni basah sebelum ujian dijalankan pada hari ke 28. Bagi memudahkan kajian, kerja melepa dilakukan dengan menggunakan papan lapis (plywood) yang

37 dipotong mengikut saiz kiub dan ketebalan mortar yang dikehendaki dan kemudiannya kiub (4 kiub) dilepa sekaligus yang mana ianya memudahkan proses melepa kerana mana mungkin dapat melengkapkan kesemua permukaan dengan sekali lepa.

4.5

UJIAN MAKMAL

Ujian makmal ialah kaedah menterjemahkan keadaan teori kepada keadaan yang sebenarnya berlaku. Ujian makmal ini bertujuan untuk membuktikan kebenaran bagi sesuatu teori dan dengan itu perbandingan dapat dibuat. Bagi kajian ini, ujian makmal yang akan dilakukan ialah ujian musnah (ujian mampatan) dan ujian tanpa musnah iaitu halaju denyutan ultrasonik dan tukul pantulan Schmidt. Ujian makmal ini perlu dilakukan untuk mendapatkan data bagi kekuatan kiub konkrit yang diuji agar penilaian dapat dilakukan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan di awal kajian.

4.5.1

UJIAN RUNTUHAN KON

Terdapat pelbagai jenis ujian untuk menguji konkrit yang baru dihasilkan (basah) seperti ujian runtuhan, ujian jangka konsistensi vibi, ujian angkadar kepadatan dan lainlain lagi. Kesemua ujian ini dilakukan atas satu sebab iaitu untuk menguji kebolehkerjaan terhadap konkrit yang dihasilkan. Bagi kajian ini, ujian yang dilakukan ialah ujian runtuhan kon atau juga dikenali sebagai ujian penurunan.. Ujian penurunan dilakukan untuk menguji, secara kasar keseragaman (konsistensi) bancuhan konkrit, yakni untuk menentukan bancuhan itu tidak terlalu cair atau terlalu kering bagi bancuhan-bancuhan yang berlainan, dan seterusnya dengan ujian

38 ini kekuatan konkrit dapat dikawal. Ujian ini biasanya dilakukan ditempat kerja bagi konkrit yang baru dibancuh.(7)

Terdapat beberapa langkah penting untuk menjalankan ujian runtuhan kon ini. Bagi memudahkan penerangan, langkah-langkah tersebut telah disenaraikan seperti di bawah : 1. Acuan akan dibasahkan dengan air keseluruh bahagian untuk membersihkan acuan daripada sebarang bendasing atau kekotoran, 2. Letakkan acuan berbentuk kon di atas satu permukaan yang licin dan bersih dengan bahagian terbukanya yang kecil di sebelah atas, 3. Konkrit akan dimasukkan ke dalam acuan sebanyak 3 lapisan, 4. Untuk lapisan pertama, bancuhan konkrit dimasukkan ke dalam acuan kon setinggi 1/3 dari ketinggian kon, 5. Kemudian konkrit akan dipadatkan dengan menggunakan rod keluli piawai bergarispusat 16mm sebanyak 25 kali hentakan, 6. Langkah 2 dan 3 diulangi untuk lapisan kedua dan ketiga, 7. Selepas kun penuh diisi, permukaan konkrit di bahagian atas lapisan ketiga diratakan, 8. Acuan kun diangkat perlahan-lahan dalam keadaan tegak. Biarkan konkrit runtuh dengan berat sendiri, 9. Ketinggian runtuhan yang berlaku diukur kepada 5mm yang terdekat, 10. Berdasarkan ketinggian runtuhan, jenis runtuhan dikelaskan. Terdapat 3 jenis runtuhan, iaitu runtuhan benar, ricih dan roboh.

Kebolehkerjaan yang dikehendaki bagi kerja konkrit adalah berlainan antara satu kerja dengan kerja konkrit yang lain. Seperti yang telah diterangkan di atas, kebolehkerjaan mempengaruhi kekuatan konkrit yang dihasilkan disebabkan itu perlu

39 pengawalan kandungan air. Penurunan yang dikehendaki bagi jenis kerja konkrit yang berlainan adalah seperti berikut : Bagi konkrit biasa yang tidak bertetulang : 25 hingga 50mm Bagi tembok penahan, tiang dan lain-lain : 75 hingga 125mm Bagi rasuk dan papak : 50 hingga 100mm Bagi konkrit bagi kerja jalan dan lantai : 25 hingga 100mm

4.5.2

HALAJU DENYUTAN ULTRASONIK

Ujian halaju denyutan ultrasonik merupakan alatan yang pertama digunakan untuk menilai kekuatan konkrit bagi kajian ini. Ini kerana ianya tidak memberi kesan kerosakan sedikit pun terhadap kiub konkrit kerana hanya gelombang halaju akan biarkan melalui ruang-ruang dalaman konkrit. Berlainan pula sekiranya tukul pantulan yang pertama digunakan kerana sedikit sebanyak akan menyebabkan permukaan konkrit rosak akibat hentaman tukul. Berikut merupakan langkah-langkah bagi penggunaan alatan ini : 1. Gris disapukan pada permukaan kedua-dua belah transduser (penghantar), 2. Laraskan alat ujian pundit dengan melekapkan kedua-dua alat penghantar pada selinder pelaras dan bacaan kalibrasi yang seharusnya didapati ialah dalam lingkungan 51 mikrosaat, 3. lakukan ujian pundit pada kiub iaitu di dalam kawasan yang telah ditandakan dengan marker, 4. sapukan gris pada kawasan permukaan kiub yang akan diuji, 5. lekapkan kedua-dua alat penghantar (transmitter) dan penerima (receiver) pada kedudukan bertentangan pada kedua-dua sisi permukaan kiub. Pastikan supaya kedua-dua alat penghantar dan penerima adalah selari pada kawasan yang diuji,

40 6. Catitkan bacaan masa yang diambil untuk denyutan ultrasonik bergerak daripada alat penghantar ke alat penerima (iaitu masa yang diperlukan untuk denyutan ultrasonik bergerak merentasi kiub konkrit). Halaju denyutan dapat ditentukan menggunakan formula, v = s/t , di mana : s = lebar, t = masa denyutan ultrasonik merentasi kiub konkrit.

4.5.3

TUKUL PANTULAN SCHMIDT

Semasa penulis ingin melakukan ujikaji menggunakan alat tukul pantulan, penulis sering memikirkan bagaimana cara terbaik untuk mendapatkan bacaan yang tepat kerana dikhuatiri bacaannya tidak tepat. Setelah melakukan perbincangan dengan penyelia dan juruteknik penulis merasakan bahawa cara yang baik ialah dengan meletakkan kiub pada alat ujian mampatan dan dikenakan daya sebanyak 3.0 kN dan 7.0 kN bagi kiub 100mm dan kiub 150mm. Daya yang dikenakan ini bertujuan untuk memastikan kiub tetap statik semasa tukul diuji pada permukaan kiub. Penulis mengambil bacaan asas sebanyak 4 bacaan pada setiap permukaan kiub dimana 4 bacaan asas ini pun diambil pada bahagian yang berbeza-beza bagi satu permukaan kiub untuk mendapatkan bacaan purata dan kaedah bacaan diambil ialah dengan menekan tukul pantulan pada permukaan kiub konkrit dalam keadaan mengufuk

4.5.4

UJIAN KEKUATAN MAMPATAN

41 Ujian kekuatan mampatan akan dilakukan di akhir ujikaji kerana ianya merupakan ujian yang akan memusnahkan kiub konkrit. Bagi mengelakkan sebarang kesilapan seharusnya dipastikan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini iaitu dengan memastikan data untuk ujian tanpa musnah telah lengkap diambil sebelum ujian kekuatan mampatan dilakukan. Sekiranya berlaku kesilapan pada data untuk ujian tanpa musnah, maka kiub konkrit tadi masih boleh diuji dan diambil bacaannya. Disebabkan itu ujian musnah ini dianggap sebagai ujian terakhir kerana kiub konkrit tadi akan dimusnahkan dan bacaan kekuatan mampatan akan diambil. Cara penggunaan alat mampatan ini mudah sahaja iaitu dengan meletakkan kiub konkrit tadi ke dalam mesin tekanan dan dihidupkan suis dengan membiarkan kiub dimampat perlahan-lahan sehingga konkrit itu hancur. Kekuatan maksimum kiub dicatatkan berdasarkan bacaan pada mesin mampatan. Biasanya tiga buah kiub konkrit digunakan untuk ujian ini bagi mendapatkan bacaan purata namun bagi kajian ini dua kiub konkrit sudah mencukupi. Mesin mampatan ini dapat menentukan kekuatan konkrit sehingga 300 kN.

Vous aimerez peut-être aussi