Vous êtes sur la page 1sur 9

1 Instrumentasi Dalam Sains Sukan:

A.

Definisi Terminalogi

a. Instrumentasi (instrumentation) Merupakan sejenis alat (tool) yang digunakan untuk mengukur dan mendapatkan data secara saintifik dan sistematik. Data yang dikumpulkan berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperolehi oleh pengkaji digunakan untuk dianalisis bagi

menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan. Ahmad Hashim ( 2004) menyatakan instrumen merupakan alat ujian yang digunakan untuk mengukur dan menilai maklumat. Insrtumen yang digunakan mestilah dan mempunyai kesahan. komponen Penggunaan

kebolehpercayaan,

objektiviti

instrumen yang piawai secara berterusan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Jika instrumen yang

digunakan tidak mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan keobjektifan yang lemah ia akan memberi dapatan dan keputusan ujian yang boleh dipertikaikan. Mengikut Johnson dan Nelson (1986) secara umumnya terdapat 4 aspek penting dalam pemilihan dan pembinaan instrumen iaitu: i. ii. iii. iv. Kesahan Kebolehpercayaan Objektif Norma

b. Alatan (Pengukuran) Alatan yang digunakan untuk menguji dan mendapatkan keputusan yang tepat dan jitu. Alatan hendaklah sesuai dan betul dengan apa yang hendak diuji. Contoh alatan ialah pita pengukur digunakan untuk mennyukat tinggi atau panjang sesuatu barang atau bahan. Setiap alatan yang hendak digunakan untuk

penyelidikan dan ujian mestilah mempunyai kesahan yang tinggi. Mohd Majid (1990). Alatan atau alat ukur penting untuk mencapai objektif sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Alat ukuran yang digunakan akan menentukan sama ada data yang dikehendaki dapat diperolehi atau tidak. Penggunaan alatan yang tepat dan betul dapat mengukur sesuatu tepat. Pengunaan alatan yang tepat dan menarik akan memberi kelebihan kepada subjek untuk memberi respon yang baik ke atas ujian yang diberikan. Jika perkara sebaliknya berlaku, keputusan diperolehi boleh

dipertikaikan kesahannya.

Alat ukur ini dapat dikategorikan kepada 3 kategori utama : i. Alat ukur untuk mengukur prestasi dan potensi subjek merangkumi ujian kecerdasan, ujian pencapaian dan ujian bakat. ii. Alat ukur yang digunakan untuk mengukur minat subjek terhadap sesuatu pekerjaan atau aktiviti tertentu.

3 iii. Alat ukur yang diaplikasikan untuk mengukur status persekitaran individu dan prestasi. Setiap alat pengukuran yang digunakan di dalam sesuatu ujian mestilah mempunyai kesahan manufacturer, kesahan piawai, kesahan penyelidikan, kesahan X-study dan kesahan buat sendiri.

c. Ujian Makmal (Laboratory Testing) Ujian yang dijalankan secara terkawal. Semua subjek yang diuji dikawal sepenuhnya. Ia dapat dibahagikan kepada empat iaitu : Pre Experimental Designs, True Experimental Designs, Quarsi Experimental Designs, Ex Post Facto Designs dan Factorial Designs. Pemilihan subjek ditentukan secara rawak kepada dua atau lebih keadaan rawatan. Pembolehubah-pembolehubah adalah dimanipulasi. Paling baik dalam mengkaji perhubungan sebabakibat. Data adalah dalam bentuk nombor dan dikumpul melalui ujian, pentaksiran prestasi, pemerhatian dan soalselidik. Terdapat beberapa rekabentuk mengikut bilangan dan keadaan rawatan, kumpulan (eksperimen/kawalan).

d. Ujian Lapangan (field Testing) Kajian ini dijalankan sekiranya kajian eksperimen sebenar tidak dapat dilaksanakan atas sebab beberapa pembolehubah tidak dapat dikawal. Untuk mengagak keadaan dan menentukan

4 kebenaran kajian yang tidak membenarkan kawalan atau

manipulasi semua pembolehubah yang sepatutnya.

Testing a product in the actual context in which it will be used, as opposed to laboratory testing, or testing the product in its development environment. Field testing can be useful for spotting a wide range of interaction problems such as problems with software being incompatible with other software on the target systems, odd lighting conditions, users with inadequate training, and users whose tasks differ from the idealized task analysis

e.

Bateri Ujian (Test Battery) Satu jenis atau set ujian yang dijalankan ke atas subjek untuk menguji dan mendapatkan data yang berbentuk

kualitatif dan kuantitatif. Setiap bateri ujian yang digunakan hendaklah mempunyai kesahan dan keboleh percayaaan yang telah ditetapkan.Kegunaan bateri ujian ini ialah untuk

pengujian sesuatu perkara atau permasalahan. Data yang dihasilkan daripada ujian tersebut berbentuk data kuatitatif dan kualitatif. Tahap kecergasan individu juga dapat diuji dengan menggunakan bateri ujian yang meliputi ujian daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kepantasan, koodinasi,

fleksibiliti, kuasa, komposisi lemak badan, keseimbangan dan agility.

5 Untuk membina atau membentuk sesuatu bateri ujian

yang melibatkan kecergasan fizikal ia mestilah merangkumi sekurang-kurangnya 3 komponen kecergasan yang dinyatakan di atas. Contoh bateri ujian yang popular di kalangan jurulatih sukan dan permainan serta guru pendidikan sains sukan ialah : AAHPERD Sit-and-Reach Test (AAHPERD 1980), Sit-ups (Bent Knees) (Johnson 1967), AAHPERD Shuttle Run (AAHPERD 1976), Nelson Choice-Response Movement Test (Nelson 1967).

f.

Pemerhatian Sistematik (Systematic Obsservation) Merupakan salah satu daripada kaedah penyelidikan yang boleh dijalankan untuk mendapatkan maklumat data. Pengumpulan maklumat dijalankan secara pemerhatian.

Pemerhatian yang dijalankan menggunakan kaedah-kaedah sistematik yang telah disahkan. Mohd Majid (1990), menyatakan pemerhatian sistematik merupakan salah satu kaedah penyelidikan dalam pendidikan yang boleh diterimapakai. Kaedah ini mengamati perubahan tingkahlaku subjek berdasarkan kepada pembolehubah-

pembolehubah yang dkenalpasti dan ditetapkan. Selepas aplikasi rawatan, penyelidik hendaklah

memerhatikan terdapatnya kesan manipulasi pembolehubah bebas ke atas pembolehubah bersandar. Contoh umum kaedah

6 pemerhatian sistematik ini ialah berlaku perubahan tingkahlaku ke atas subjek setelah diberikan beberapa treatment

berbanding sebelum diberikan sebarang treatmen. Instrumen yang sering digunakan untuk kaedah ini ialah senarai semak, skala, ujian klinikal, ujian projektif dan laporan kendiri.

g.

Instrumen Untuk Tinjauan (survey Instruments) Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang popular dan sering digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan data dan membuat kesimpulan dari data yang diperolehi. Maklumat dikumpul untuk membuat inferen dan atau menjelaskan ciri-ciri kelompok dengan bertanyakan soalan berdasarkan set soalan yang telah direkabentuk oleh penyelidik. Kaedah tinjauan ini biasanya digunakan di dalam bidang psikologi sukan yang berkaitan dengan minat, kepimpinan, motivati, persepsi dan tanggapan subjek terhadap sesuatu kajian yang dijalankan. Kaedah ini dijalankan untuk

mendapatkan maklumbalas dari subjek untuk memperbaiki sesuatu program yang dijalankan. Kaedah ini sering jika ia melibatkan kumpulan sasaran yang besar . Alat pengumpulan data termasuk soalan aneka pilihan, senarai semak, skala, ranking, soal selidik dan temubual. Beberapa rekabentuk tinjauan yang kerap dijalankan

7 adalah seperti Kajian Cross-Sectional, Kajian Longitud dan Kajian Trend.

Rujukan Ahmad Hashim. (2004). Quantum Books. Pengukuran kecergasan motor. Tanjong Malim:

Anshel , M. H. (1994). Sport psychology: from theory to practice (2nd ed.) Scottsdale, Arizona: Gorsuch Sacarisbrick Publishers. Martens, R. Vealey, R. S., & Burton, D. (1990). Competitive anxiety, in sport. Champaign, IL: Human Kinetics McPherson, B. D., Curtis, J. E., Loy, J. W., (1989). The social significance of sport. Champaign, IL: Human Kinetics. Mohd Majid Konting. (1994). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: DBP. Morris, T., & Summers, J. (1995). Sport Psychology: Theory, Applications And Issues. Melbourne: Wiley Shaharudin Abd. Aziz. (2001). Mengaplikasikan teori psikologi dalam sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Cox, R. H. (1995). Sports Physchology: Concepts and applications (2nd ed). Iowa: W m.c. Brown Publishing.

Ahmad Hashim. (2004). Pengukuran kecergasan motor. Tanjong Malim: Quantum Books. Baumgartner, T. A., & Jackson, A. S. (1982). Measurement for evaluation in physical education and exercise science (6th ed). Dubuque, IA: Wm.C. Brown Johnson, B. L., Nelson, J. K. (1986). Practical mesurements for evaluation in physical education(4th ed). New York: Macmillan publishing. Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

LAMPIRAN

Vous aimerez peut-être aussi