Vous êtes sur la page 1sur 20

TS20303

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM SAINS SUKAN


Tajuk: Kaedah latihan 5-5-5 Squat Jump Mampu Meningkatkan Kuasa Lompatan Pemain bola Keranjang Universiti Malaysia Sabah.
Disediakan Oleh: SHAZNI SHAHRIZAN ABDULLAH @ PETER

No Matrik: BT08110139

NAMA PENSYARAH : PROF.MADYA DR. SALLEH BIN ABDUL RASHID

KANDUNGAN
Bab 1. Pengenalan
1.1 Pendahuluan 1.2 Latar belakang kajian 1.3 Kerangka konseptual kajian 1.3 Soalan kajian 1.4 Tujuan kajian 1.5 Objektif kajian 1.6 Hipotesis kajian 1.7 Definisi operasional 1.8 Kepertingan kajian 1.9 Limitasi batasan kajian

Bab II. Sorotan kajian


2.1 Pengenalan 2.2 Definisi konseptual 2.3 Teori kajian 2.4 Model pembelajaran

2.5 Kajian lepas 2.6 Kerangka kajian 2.7 Kesimpulan

Bab III. Metodologi


3.1 Pengenalan 3.2 Pendekatan kajian 3.3 Populasi dan pemsempelan 3.4 Istrument kajian 3.5 Prosedur kajian 3.6 Analisis kajian 3.7 kesimpulan

BAB 1

1.1

Pengenalan Di dalam kecergasan berasaskan kesihatan, terdapat beberapa komponen yang terdapat

di dalamnya seperti daya tahan kardiovaskular, komposisi tubuh badan, fleksibiliti, kekuatan otot ketahanan otot. Komponen kekuatan otot penting bagi seseorang dalam melakukan sesuatu kerja. Kecergasan berasaskan kemahiran pula melibatkan kelenturan, kuasa, ketangkasan, kelajuan, keseimbangan, masa reaksi dan korrdinasi. Kekuatan otot bermaksud jumlah kuasa yang otot boleh keluarkan dalam satu percubaan yang maksimum(medical review article). Otot terdiri daripada fiber yang bertanggungjawab dalam menghasilkan kuasa. Setiap fiber mengandungi filament protein yang tebal yang dipanggil miyosin dan filament protein yang nipis yang dipanggil aktin. Kedua-dua ini dihubungkan dengan satu jambatan di tengah-tengah. Sliding action aktin dan myosin disebabkan oleh elektrik, kimia dan interaksi mekanikal. Rangsangan elektrik dari system saraf pusat akan sampai ke fiber otot dengan kadar yang sama dan ini menyebabkan otot kontrak dengan kuasa maksimum (Wayne Wescott 1996). Dengan kekuatan otot kita dapat melakukan sesuatu pergerakan yang berat dengan lebih mudah dan berkesan sebagai contoh melompat. Apabila kita mempunyai kekuatan otot kaki yang kuat, daya lompatan kita akan menjadi lebih tinggi. Kesan daripada latihan kekuatan otot kepada individu ialah ia dapat meningkatkan fungsi tubuh badan seperti kelenturan sendi, komposisi tubuh, kadar metabolisma asas dan

kapasiti fizikal. Ini dapat membantu kita untuk melakukan sesuatu lakuan dengan lebih sempurna. 1.2 Latar Belakang Sukan bola keranjang ialah antara salah satu sukan yang popular di dunia. Ia dimainkan samada indoor ataupun outdoor. Dalam sesuatu pertandingan terdapat lima orang pemain bagi setiap pasukan dan terdapat juga pertandingan bola keranjang 3 sebelah. Pasukan akan membuat lontaran 3mata, lontaran percuma, lay-up dan dunk untuk mendapatkan mata. Di Malaysia sukan ini menjadi sukan yang popular di kalangan remaja. Di Universiti Malaysia Sabah misalnya pemain-pemain yang mewakili Universiti Malaysia sabah bertaraf amatur dan kelemahan dari segi daya lompatan yang penting dalam melontar, merebut bola(rebound) dan menghantar bola. latar belakang kajian ini adalah bertujuan untuk menguji keberkesanan latihan yang dipanggil 5-5-5 squat jump atau lompatan squat 5-5-5 terhadap kekuatan otot kaki pemain bola keranjang universiti Malaysia Sabah dan seterusnya meningkatkan kuasa lompatan pemain. 1.3 Penyataan Masalah Sukan bola keranjang di Universiti Malaysia semakin diminati oleh para mahasiswa. Perlbagai pertandingan dan kejohanan diadakan di peringkat universiti dan peringkat IPTA. Bakat-bakat baru dapat dicungkil dari sini sekaligus meningkatkan mutu persatuan bola keranjang universiti di samping mempopularkan sukan ini di kalangan mahasiswa. Namun begitu pemain-pemain ini lemah dari segi lompatan sehingga menyebabkan mereka sukar untuk melakukan gerakan seperti merebut bola tinggi (rebound), melontar bola

tiga mata dan melakukan lay-up dan ini menimbulkan satu masalah dalam meningkatkan mutu prestasi pemain. Ini menyebabkan pemain-pemain mempersembahkan permainan yang hambar semasa pertandingan. Bagaimanakan cara untuk meningkatkan kuasa lompatan pemain-pemain bola keranjang ini? Di dalam kajian ini satu latihan yang dibuat khas yang dinamakan 5-5-5 squat jump atau lompatan squat 5-5-5 dijalankan ke atas pemain-pemain ini untuk melihat hasilnya ke atas daya lompatan pemain-pemain ini. 1.4 Soalan Kajian Di dalam kajian ini terdapat beberapa persoalan yang diajukan sperti: 1. Adakah pemain-pemain bola keranjang UMS mempunyai kuasa lompatan yang tinggi? 2. Adakah terdapat perbezaan yang ketara terhadap daya lompatan pemain selepas melakukan kaedah ini? 3. Sejauh manakah perbezaan kaedah latihan 5-5-5 squat jump ini dengan latihanlatihan lain? 4. Apakah prestasi pemain bol keranjang dipengaruhi oleh daya lompatan yang kuat?

1.5

Tujuan Kajian kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh manakah daya lompatan sebelum latihan dan penggunaan kaedah latihan ini terhadap kekuatan kaki pemain seterusnya peningkatan daya lompatan pemain. Ia juga bertujuan untuk melihat samada keadah latihan 5-5-5 squat jump ini boleh digunapakai ke atas pemain-pemain bola keranjang

pada masa hadapan. Tujuan kajian membolahkan pengkaji dapat mencari alternatif yang terbaik untuk meningkatkan daya lompatan pemain-pemain ini dan seterusnya meningkatkan prestasi semasa bertanding. 1.6 Objektif Kajian 1. Menentukan keberkesanan kaedah latihan 5-5-5 squat jump dalam meningkatkan daya lompatan. 2. Dengan berpandukan latihan yang direka dan disusun khas ini, apakah kekuatan otot kaki dapat ditingkatkan. 3. Membolehkan kaedah ini digunakan pada masa hadapan ke atas pemain-pemain bola keranjang.

1.7

hipotesis kajian

terdapat beberapa hipotesis yang boleh dinyatakan terhadap persoalan kajian ini: 1. terdapat perbezaan yang ketara akan berlaku pada daya lompatan pemain bola keranjang UMS selepas melalui kaedah kaedah ini. 2. Latihan ini berbeza dari latihan lain yang meningkatkan kuasa lompatan.

1.8

Definisi operasional

Program latihan 5-5-5 Squat Jump Satu program kaedah latihan yang direka khas untuk meningkatkan kuasa lompatan. Tempoh latihan

Empat kali seminggu selama empat minggu. Kekuatan otot jumlah kuasa yang otot boleh keluarkan dalam satu percubaan yang maksimum. Latihan Adalah merupakan program senaman khas untuk aktiviti tertentu, melibatkan pembentukan kemahiran tertentu serta bekalan tenaga yang ada kaitan dengan jenis latihan. Bentuk kaedah latihan Menggunakan medicine ball enam paun, subjek dari posisi berdiri akan melakukan squat yang dikawal sehingga paras kaki berada dalam kedudukan 90 darjah sebanyak 5 kali dan selepas itu turun lagi sehingga ke posisi squat sebanyak 5 kali seterusnya dari posisi squat lompat setinggi yang boleh sebanyak 5 kali. Otot kaki Terdiri daripada otot-otot gastrocnemius, soleus, hamstrings dan quadriceps. 1.9 kepentingan kajian kajian ini penting kerana ia dapat member informasi dan pengetahuan mengenai bagaimana kekuatan kaki penting dalam meningkatkan kuasa lompatan seseorang pemain bola keranjang. Ini memberikan peluang kepada pemain Universiti Malaysia Sabah untuk memperbaiki prestasi mereka dalam mencapai kejayaan. Namun begitu kajian ini tidak hanya tertakluk kepada permainan bola keranjang sahaja, ia juga dapat diaplikasikan ke sukan-sukan yang menggunakan daya lompatan sebagai pergarakan utama seperti bola tampar, badminton dan sebagainya.

1.10

Batasan Kajian

Kajian ini hanya dijalankan pada pemain-pemain Universiti Malaysia Sabah sahaja. 10 orang pemain dipilih di dalam kajian ini yang mana mereka mewakili universiti dalam pertandingan MASUM. Kaedah latihan ini dipantau oleh pengkaji dan jurulatih setiap kali sesi latihan empat kali seminggu selama empat minggu. Latihan ini dijalankan di gelanggang bola keranjang Universiti Malaysia Sabah. Segala keputusan ujian dapat dilihat bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan pemain semasa latihan ini dijalankan. Malalui data tersebut kita dapat menilai samada latihan ini berkesan atau tidak. Kesimpulan Kesimpulannya dalam melakukan lompatan yang tinggi, kekuatan otot kaki sangatlah penting terutamanya dalam sukan sukan spesifik. Kekuatan otot yang baik akan membolehkan seseorang itu dapat membuat lompatan yang tinggi. kuasa lompatan yang tinggi ni bergantung dengan latihan yang dijalankan.

BAB 2
Sorotan Kajian 2.1 Pengenalan Di dalam bab dua ini, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan dengan sorotan literatur. Bab ini akan menghuraikan dengan lebih lanjut kerangka teoritikal berserta penerangannya. Perlaksanaan kajian ini juga dilaksanakan dengan berpandukan kajian-kajian yang lepas yang dilihat mempunyai aspek-aspek yang sama dan berkaitan dengan kajian-kajian yang dilakukan sekarang. Pengkaji terdahulu telah memberikan maklumat tentang kajian-kajian mereka. Ini membolehkan kajian kajian kini dilakukan dengan menggunakan kajian-kajian terdahulu dan boleh juga dijadikan sebagai rujukan untuk menjalankan kajian yang lebih baik. 2.2 Teori Kajian Kekuatan dan kuasa otot merupakan komponen kecergasan fizikal yang sangat penting bagi setiap pemain bola keranjang tidak kira di peringkat prorfesional ataupun amatur. Terdapat dua kaedah yang mampu untuk meningkatkan kuasa eksplosif otot iaitu latihan pliometrik dan latihan bebanan. Pengetahuan jurulatih dan atlet terhadap kaedah latihan yang sesuai dapat meningkat prestasi pemain bola keranjang khususnya kuasa lompatan. Kaedah latihan yang berkesan hendaklah melalui suatu proses perancangan latihan yang sistematik bagi mendapatkan kesan latihan yang maksimum (Zatsiorsky, 1995). Penggunaan otot terlibat dalam setiap pergerakan yang kita lakukan. Lebih tinggi daya untuk bergerak, lebih banyak kuasa yang kita perlukan. Di dalam pergerakan mekanik otot terdapat beberapa aspek penting seperti Kontraksi otot: otot yang diaktifkan akan menghasilkan kuasa untuk mengangkat, menekan dan menahan bebanan. Semasa kontraksi

positif (contraction), otot akan memendek dan melawan ringtangan. Sebagai contoh semasa mengangkat dumbell. Semasa kontraksi negatif (eccentrik), otot akan memanjang dan mengeluarkan kuasa untuk melawan rintangan sebagai contoh melompat (Wayne Westcott 1996) Periodisasi latihan merupakan perancangan latihan yang memudahkan jurulatih dan atlet menjalani latihan dengan lebih teratur dan bersistematik dalam mencapai matlamat latihan. Menurut Rhea dan Alderman (2004), periodisasi adalah pembahagian plan latihan yang diolah dari pembolehubah latihan seperti intensiti, volume dan frekuansi. Matlamat utama periodisasi ialah untuk mencapai tahap puncak prestasi yang optimum kepada atlet. Bagi tujuan untuk meningkatkan kemampuan fizikal dalam sukan yang bersifat kompetetif, periodisasi adalah salah satu cara yang terbaik untuk meningkatkan tahap fizikal secara optimum. Model periodisasi non-linear ini merupakan salah satu model perancangan latihan yang digunakan untuk meningkatkan kekuatan dan kuasa otot (Fleck & Kreamer, 2004).

2.3

Kajian Lepas Luar Negara Menurut Johnson (1986), Terdapat kajian yang diuji secara dinamik, melalui

latihan dengan bebanan yang dikira sebahagian dari kekuatan maksimum isotonic.kajian daya tahan yang diuji secara isometrik, samada dengan pengecutan maksimum atau sparamaksimum yang diulang pada kadar kelajuan yang sama selama upaya ( D.H. Clarke 1973 ; Grose 1958 rich 1960). ( Hansen 1963 ; Mathews dan Kruse 1957 ; Walters dan rakan-rakan 1960 ) atau sebahagian dari kekuatan maksimum isometrik (Baer dan rakan-rakan 1955 ; Clarke dan rakan-rakan 1954 ; Nelson 1962, 1978). Terdapat juga kajian yang menggunakan bebanan yang relatif dengan kekuatan isometrik maksimum yang dapat ditahan secara statik

selama boleh ( hansen 1963 ; Martens dan Sharkey 1966 ; Start dan Holmes 1963 ; Start dan Graham 1964 ). Dapatlah dikatakan konflik dari segi dapatan terhasil kerana cara dan kaedah yang digunakan adalah berbagai. Watson dan O`Donovan (1977) telah membuat kajian ke atas remaja lelaki berumur di antara 17 tahun dan 18 tahun.Beliau melihat perkaitan antara aktiviti fizikal harian dengan pencapaian kebolehan dan kekuatan motor. Beliau mendapati bahawa beban aktiviti yang selalu dilakukan diperingkat awal pertumbuhan kanak-kanak akan mempengaruhi kebolehan jumlah tekanan kerja (pressure work of capacity), faktor ini disokong oleh Larson (1973) yang mendapati bahawa tekanan kerja di peringkat kanak-kanak membantu pertumbuhan tulang. Larson menekankan bahawa tekanan kerja yang kurang boleh membantutkan pertumbuhan tulang. Sungguhpun begitu tekanan kerja itu berbeza mengikut kesesuaian individu. 2.4 Model Kajian Di dalam kajian ini, model non linear digunakan . model ini merujuk kepada perubahan secara dramatic dalam penambahan intensiti dan volume. Intensiti dan volume ditingkatkan secara berkadar terus pada ktaran minggu pertama dan pada minggu kedua intensity dan volume ditingkatkan. Menurut Fleck dan Kraemer (2004), model periodisasi non linear

40 30 20 10 0 1 minggu

intensiti

intensiti 2 minggu 3 minggu 4 minggu

Merujuk Rajah di atas, program latihan latihan 5-5-5 squat jump dengan menggunakan model secara non-linear adalah merujuk kepada perubahan secara dramatik dalam penambahan intensiti dan volume latihan. Peningkatan intensiti dan volume latihan berkadar lurus pada kitaran mikro minggu pertama, kemudian ditingkatkan pada minggu kedua dan beban diturunkan pada minggu ketiga dengan mengekalkan kadar beban yang sama dengan minggu pertama. Berdasarkan prinsip tambah beban dan prinsip penambahan beban secara ansurmaju, intensiti pada minggu kedua, ketiga ditingkatkan.

2.5

Kerangka Teoritikal

Kerangka teoritikal berdasarkan model konseptual yang menunjukkan perkaitan antara kaedah latihan yang menyumbang kepada tugasan yang dilakukan.

Latihan 5-5-5 squat jump

kekuatan otot kaki

Kuasa lompatan pemain

Dari kaedah latihan 5-5-5 squat jump ia akan memberi kesan kepada kuasa lompatan pemain melalui peningkatan kekuatan otot kaki pemain bola keranjang UMS. 2.6 kesimpulan Bab ini secara keseluruhan telah menerangkan berkaitan teori kajian, kajian-kajian terdahulu, model kajian dan kerangka teoritikal. Penting bagi pengkaji untuk mengetahui komponen-komponen ini kerana segala garis panduan dapat difahami dengan lebih mudah tentang perlaksaan kaedah. Hubungkait antara kekuatan otot dan kuasa lompatan

membolehkan ia boleh difahami dengan mudah Ini seterusnya membantu dalam kajian ini dan semua ini akan diaplikasikan di dalam kajian yang akan dilakukan.

BAB 3 Metodologi
3.1 Pengenalan Di dalam bab ini, ia meliputi pendekatan kajian, instrumen kajian, populasi dan sempel kajian, prosedur kajian dan juga analisis kajian, dan analisis kajian.pengkaji akan mengenalpasti dan menjelaskan kaedah terbaik bagi mengukur dan mendapatkan keputusan dan hasil yang tepat. Kegagalan pengkaji dalam menggunakan kaedah pengumpulan data yang tidak tepat akan menyebabkan pengkaji mendapat maklumat yang tidak tepat dan ini akan membebankan pangkaji dalam bab yang seterusnya. 3.2 Pendekatan kajian

Di dalam kajian ini, pendekatan kajian yang digunakan ialah: The one group( pre-test-post-test design). Ini dapat dilihat melalui: 01 x 02 Kumpulan subjek akan menjalani ujian pra (01) dan seterusnya melalui proses kaedah latihan yang disediakan oleh jurulatih dan pengkaji. Seterusnya kumpulan tersebut akan menjalani ujian pos yang kedua (02) selepas tiga minggu proses latihan. 3.3 Populasi dan Pensampelan Pensampelan merupakan strategi penyelidik apabila penyelidik boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang menganggotai populasi tersebut (Mohd Majid, 2000).

Di dalam kajian ini populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah yang terdiri daripada 10 orang pemain yang mewakili pasukan bola keranjang universiti Malaysia Sabah. Mereka ini berumur dalam lingkungan 20 ke 24 tahun. Pemilihan populasi kajian ini amat sesuai berdasarkan kriteria yang mereka miliki. 3.4 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian sebagai instrumen kajian. Pengkaji akan memerhati kumpulan subjek ini melalui kaedah latihan yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Pengkaji akan membuat penilaian selepas empat minggu kaedah ini dilakukan ke atas subjek. 3.5 prosedur kajian

Terdapat tiga prosedur yang dijalankan di dalam ujian ini iaitu: 1. Peringkat persediaan. 2. Peringkat pengujian. 3. Peringkat pengumpulan data.

3.5.1

peringkat persediaan.

Pengkaji akan member taklimat kepada semua subjek dan juga jurulatih bagaimana, bila, dan berapa lamakah latihan ini akan dijalankan. Dengan cara ini, subjek dan jurulatih akan mendapat gambaran yang jelas mengenai aspek-aspek yang dijalankan. Pengkaji akan memberikan tarikh bagi ujian pra dan ujian pos dan di mana ia akan dijalankan. Pemilihan tempat ialah di gelanggang bola keranjang.

Tedapat beberapa perkara yang perlu diikuti dalam menjalankan kaedah latihan ini seperti: 1. penyedian peralatan: medicine ball seberat 6 paun. 2. Permulaan lakuan: berdiri tegak dengan beban dipegang di belakang leher. 3. Aksi: dengan menggunakan medicine ball enam paun, subjek dari posisi berdiri akan melakukan squat yang dikawal sehingga paras kaki berada dalam kedudukan 90 darjah sebanyak 5 kali dan selepas itu turun lagi sehingga ke posisi squat

sebanyak 5 kali seterusnya dari posisi squat lompat setinggi yang boleh sebanyak 5 kali. 4. Tempoh: empat kali setiap minggu selama empat minggu. Pengkaji akan menunjukkan demonstrasi kepada pemain dan memastikan pemain faham tentang kaedah ini. Segala kesalahan dan kesilapan yang dijalankan yang mungkin berlaku diterangkan kepada yang terlibat dan ini akan memastikan segala kesilapan tersebut dapat diminimumkan dengan sebaik yang mungkin.

3.5.2

Peringkat pengujian

Ujian dijalankan pada sebelah petang semasa sesi latihan sedang dijalankan. Penyelidik mengambil alih tugas disepanjang pengujian ini dijalankan. Sebelum ujian dijalankan, satu lagi taklimat tentang tujuan dan kepentingan ujian akan diadakan. Pelajar-pelajar diberitahu tentang kepentingan mereka dalam ujian dan perkara-perkara yang diharapkan dari mereka. Selepas taklimat pelajar-pelajar diberi peluang menyoal dan mengemukakan sebarang masalah. Ini diikuti dengan satu demonstrasi melakukan ujian dengan betul dan

mendapatkan skor yang baik sebelum pelajar-pelajar melakukan aktiviti memanaskan badan. Ujian dijalankan secara bergilir-gilir. Penguji sendiri menentukan jumlah skor-skor yang diperolehi oleh setiap subjek. Setiap subjek diberi satu percubaan sahaja. Jumlah skor hanya dikira sekiranya pelaku dapat membuat ujian dengan betul seperti mana dalam arahan ujian. 3.5.3 Peringkat pengumpulan data Segala maklumat mengenai ujian kekuatan otot akan dimasukkan ke dalam judual yang disediakan oleh pengkaji. Ini meliputi ketinggian sebelum latihan ini dibuat iaitu pada ujian pra (01) dan selepas kaedah 5-5-5 squat jump ini siap dijalankan selepas empat miggu iaitu pada ujian pos ke dua (02).

3.6

Analisis Kajian

Berdasarkan kajian yang dijalankan ini, ujian berbentuk latihan pliometrik. Jenis ujian yang dilakukan ialah ujian ialah standing jump-and-reach yang diperkenalkan oleh Donald A. Chu(1992)

Ujian Standing Jump-and-Reach Objektif Pengkaji dapat mengukur kuasa lompatan pemain melalui ketinggian lompatan.

keesahan

Keesahan boleh diterima

Kebolehpercayaan Dijalankan oleh Donald A.Chu kaedah 1. satu tiang yang mempunyai tanda ukuran disediakan. 2. subjek akan berdiri di tepi tiang dan bersedia untuk melompat. 3. apabila diberi arahan untuk melompat subjek akan melompat setinggi yang boleh dengan kedua belah tangan diangkat. pengukuran Pengkaji akan melihat setinggi mana lompatan subjek berdasarkan ukuran di tiang tersebut.

3.7

Kesimpulan

Secara keseluruhanya bab 3 telah menerangkan bagaimana kaedah dan perlaksanaan kajian ini dijalankan. Disamping itu juga bab 3 ini menerangkan bagaimana prosedur dijalankan bagi mendapatkan data yang boleh dianalisis. Data ini akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Dengan perisian ini ia akan menjawab persoalan kajian bagi mencapai objektif kajian. Dari sini ia menjadi satu titik tolak dalam mendapatkan jawapan bagi permasalah yang dituju. Segala kerjasama dan perancangan yang berkesan oleh jurulatih, pemain dan pengkaji boleh membantu dalam kajian ini.

Rujukan Morgan Wootten. 1992. Coaching Basketball Successfully. Leisure Press. Illinois. Hal Wissel. 1994. Basketball Steps to Success. Human Kinetics Publisher. USA. Bruno Pauletto. 1991. Strength Training For Coaches. Leisure Press. Illinois. Wayne Westcott. 1996. Building Strength And Stamina. New nautilus training for total fitness. Human Kinetics. USA John Little. 2003. Max Contraction Training, the scientifically proven program for building muscle mass in minimum time. The McGrow-Hill companies. New York. Donald A. Chu. 1998. Jumping into Plyometrics, Second edition. 100 exercise for power and strength. Human Kinetics. USA. Measure Physical Working Capacity - Strength and Motor Ablitity - Journal of Applied Physiology.

Vous aimerez peut-être aussi