Vous êtes sur la page 1sur 15

Tajuk: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Poitik dan Pentadbiran Nama: Amir Ashraf Bin Izam ID: 56267209095

Kelas: BNS 0902A Nama Pensyarah: En. Muhammad Zaki Bin Zakaria

Pengenalan Assalamulaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah dengan rahmatnya saya dapat menyiapkan tugasan yang telah di berikan kepada saya. Walaupu menghadapi pelbagai kesukaran termasuk ketiadaan computer riba, namun berkat jasa baik kawan-kawan dapat juga saya menyiapkannya. Selain itu, saya juga berasa amat puas hati kerana dapat membahagikan masa yangcukup untuk menyiapkan tugasan ini walaupun banyak lagi tugasan lain yang perlu di siapkan. Ribuaan terima kasih kepada ustaz yang telah member sedikit tunjuk ajar semasa di kelas bagi memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada sahabat saya, Ahmad Romi Marzuki Bin Abdullah yang sudi member pinjam komputernya keada saya. Selain itu, terima kasih juga kepada Pearl Ezzaty Binti Shobri kerana sanggup berkorban demi saya. Akhir kata ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya menyiapkan tugasan ini.

Isi kandungan Pengenalan Bab 1: Sumbangan Tamadun Islam dalam politik Kerajaan Islam Madinah Kerajaan Bani Umaiyah

Bab 2: Sumbangan Tamadun Islam dalam bidang pentadbiran Kerajaan Islam Madinah Kerajaan Bani Umaiyyah Kerajaan Bani Abbasiyyah

Penutup Rujukan

Bab 1 Politik merupakan salah satu aspek kehidupan. Manusia tidak dapat memenuhi keperluan kecuali dengan kerjasama. Peranan Pemimpin untuk mewujudkan kestabilan negara. Jujur laksanakan tanggungjawab diamanahkan untuk mendapat keredaan Allah. Setiap tugas dilaksanakan mesti sampai ke sasarannya dan memberi kesan baik 1. Kerajaan Islam Madinah Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul. Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahliahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

Antara sumbangan Kerajaan Islam Madinah dalam politik ialah melalui Saidina Umar Al-Khattab. Antara pembaharuan ialah dengan memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelabtikan pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan. Selain itu, beliau juga menubuhkan majlis syura yang di anggotai oleh Muhajjirin dan Ansar selain membahagikan jajahan takluk kepada beberapa wilayah. Antara sumbangan terbesar ialah Tubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Polis, Percukaian, dan Perbendaharaan. Negara. Diketuai Khatib atau setiausaha. Kebijaksanaan beliau di lihat apabila memisahkan Jabatan kehakiman daripada jabatan lain untuk elak salah laku oleh hakim dan dibayar gaji bulanan 500dirham.

2. Kerajaan Bani Umaiyah Kerajaan Bani Ummaiyyah ialah kerajaan khalifah Islam berasaskan perwarisan pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan ini terdiri daripada keluarga di dalam kaum Quraish Makkah. Kerajaan Bani Ummaiyyah ini berkuasa dari tahun 661 masihi sehingga tahun 750 masihi. Ironiknya kaum Bani Ummaiyyah sebelum ini pernah menjadi musuh ketat Islam sebelum mereka memeluk Islam.Asal nama kerajaan Bani Umaiyyah adalah mengambil nama sempena nama datuk Muawiyah,pengasas kerajaan ini iaitu Umaiyyah bin Abdul Syams,seorang pemimpin kaum Quraish yang kaya dan berpengaruh. Kerajaan Islam ini banyak member sumbangan dalam bidang politik. Antara yang terpenting adalah 4 aspek utama semasa pentadbiran iaitu sistem khalifah, sistem wazarah, sistem urus setia dan sistem hijabah. Sistem khalifah ialah pelantikan khalifah sebagai pengganti Nabi. Manakala . Sistem wazarah ialah pelantikan wazir bagi mengetuai sistem pentadbiran di bahagian kerajaan pusat, dan gabenor dilantik bagi mengetuai pentadbiran wilayah. Selain itu beberapa pegawai dilantik bagi mengumpul rekod, mengurus surat, Bahagian yang diwujudkan antaranya Surat menyurat,cukai, ketenteraan, polis, dan kehakiman di namakan sistem urus setia. Sistem terakhir ialah sistem hijabah iaitu seoang pegawai ditugaskan menjaga keselamatan khalifah. 4 sistem diatas diperkukuhkan dengan penubuhan Jabatan cukai, Jabatan Surat menyurat, Jabatan Urusan Am, dan Jabatan Cap Mohor Pemerintaha( diasaskan oleh Muawiyah).

Bab 2 Pentadbiran dapat di difiniikan sebagai Menunaikan tanggungjawab dengan


memberi khidmat terbaik berlandaskan al Quran dan as Sunnah serta meneruskan sistem pemerintahan seperti Rasulullah dengan pelantikan khalifah melalui syura.

1. Kerajaan Islam Madinah Struktur Pemerintahan Negara Islam Madinah pada zaman RasuluLlah SAW, telah sampai kepada kita secara mutawatir dalam bentuk umum, dan diperincikan melalui riwayat. Telah diketahui secara mutawatir, bahawa Rasulullah SAW sendiri telah mendirikan struktur Negara Islam, melengkapkannya semasa baginda masih hidup dan meninggalkan bentuk pemerintahan yang diketahui umum dan dapat dikaji sepanjang masa.Nabi SAW telah menguruskan semua urusan negara, mulai dari urusan pemerintahan, perundangan, politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Adapun struktur tsb ringkasnya seperti berikut: 1. Ketua Negara Semasa kaum Ansar melakukan baiah Aqabah Pertama, mereka telah berjanji kepada Rasulullah SAW untuk membentuk kekuatan yang perlu untuk memastikan diperolehinya kekuasaan di Madinah untuk baginda. Rasulullah tidak berhijrah ke Madinah sehingga benar-benar ada jaminan tentang pembentukan Negara Islam di Madinah. Apabila ini telah wujud, baginda S.A.W sendiri memimpin pengurusan urusan kaum muslimin dan penerapan hukum Islam.

2. Naib Ketua Negara Ketika Rasulullah SAW keluar dari Madinah untuk berperang, menunaikan ibadah haji ataupun umrah, baginda s.a.w sentiasa melantik seseorang yang akan menggantikan kedudukan baginda dalam menguruskan urusan ummat Islam di Madinah.
7

3. Muawin/Wazir Nabi SAW telah melantik pembantu untuk membantu baginda dalam hal ihwal pemerintahan. Pada zaman Nabi, mereka ini dikenali sebagi wazir. Rasulullah SAW telah meminta pandangan mereka dan menyerahkan hal ehwal pemerintahan, mahkmah, peperangan dan urusan umum yang lain kepada mereka. Dari Abi Said al-Khudri berkata, Rasulullah saw. bersabda: Adapun dua orang wazirku dari penduduk bumi adalah Abu Bakar dan Umar. [An-Nasa'i, Sunan, hadith. no. 4133]

4. Setiusaha (Bitanah) Bitanah merupakan setiusaha dan penasihat Nabi SAW. Abi Said al-Khudri berkata, bahawa Nabi saw. bersabda: Allah tidak pernah mengutus seorang Nabipun dan tidak pernah menggantikan seorang khalifahpun, kecuali ia mempunyai dua bitanah (setiausaha). Setiausaha yang memerintahkannya kepada kemakrufan dan mendorongnya untuk melakukannya, serta setiausaha yang memerintahkannya kepada keburukan dan mendorongnya. Adapun orang yang terjaga, adalah siapa sahaja yang dijaga oleh Allah SWT. [Al-Bukhari, Sahih, hadith no. 6659]

5. Angkatan Bersenjata Angkatan bersenjata Negara Islam adalah satu, iaitu askar, yang terdiri dari batalion-batalion, pengawal dan perajurit perbatasan. Rasulullah saw. sejak mula-mula menjadi ketua negara telah menyiapkan angkatan bersenjata. Bagindalah yang secara langsung menjadi Panglima Perang. Baginda juga melantik para ketua pasukan yang keluar untuk berperang, tanpa kehadiran baginda di sisinya. Mereka ini adalah detachment (pasukan gerak khas). Baginda juga telah melantik batalion dan menyerahkan panji batalion kepada

mereka. Rasulullah SAW menguruskan hal ihwal pentadbiran ketenteraan, seperti persediaan logistik, pelatihan, persenjataan, panji dan bendera pasukan.

6. Wali dan Para Amil Apabila Negara Islam telah meluas dan berkembang, maka Nabi SAW membagibagikan Negara Islam Madinah menjadi beberapa wilatah dan daerah, kemudian setiap wilayah dilantik seorang wali dan setiap daerah dilantik seorang amil (ketua daerah). Masing-masing bandar: Makkah, Taif, Yaman, Bahrain, Oman dan Yamamah merupakan wilayah, kemudian Yaman dibagi oleh baginda menjadi dua wilayah, iaitu Sana sebagai satu wilayah dan Hadramaut sebagai wilayah yang lain. Kemudian Yaman dijadikan menjadi lima wilayah.

7. Kehakiman Rasulullah SAW sendiri telah mengepalai urusan kehakiman, samada berkenaan dengan persengketaan, mazhalim (kezalim pihak berkuasa) ataupun untuk mencegah daripada apa-apa yang boleh memudaratkan hak-hak masyarakat. Baginda juga melantik seseorang yang memutuskan persengketaan secara sementara.

8. Jabatan Pentadbiran (management) Awam Negara Rasulullah SAW telah melaksanakan pentadbiran untuk menguruskan urusan kaum muslimin, menerapkan hukum-hukum Allah dan mentadbir kemaslahatan rakyat, sementara untuk membantu aktivitas seorang pentadbir, maka baginda SAW melantik seorang penulis untuk setiap urusan berkenaan. 9. Majlis al-Ummah Rasulullah saw. telah mengkhususkan 14 orang lelaki iaitu tokoh-tokoh yang memawakili kaum mereka, untuk bermusyawarah, 7 orang dari mereka berasal
9

kalangan Ansar, dan 7 orang lagi dari Muhajirin. Rasulullah senantiasa merujuk kepada mereka dalam urusan pemerintahan, pentadbiran dan perlantikan para wali dan pegawai pentadbiran. 10. Diwan Ada bagian Diwan yang bertanggungjawab untuk mencatat wahyu, surat-surat kepada raja-raja dan regim yang ada, teks perjanjian, dokumen hutangmenghutang, dan akad-akad yang lain. Ada pula bagian yang bertanggungjawab dalam hal mencatat ghanimah, hasil perolehan pertanian, harta sedekah, bilangan tanah yang diagihkan, dan sebagainya. Dalam realitasya, ini merupakan pendapatan Negara, semuanya catatan tsb disimpan dalam file. Diwan yang mencatat pendapatan negara ini kemudian disempurnakan pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab dan dikenal sebagai sebutan Diwan alKharaj. Sistem pentadbiran Diwan ini mengalami perkembangan pada zaman Khulafa al-Rasyidun. Adalah Khalifah Umar yang memperluaskannya lagi penyusunan pentadbiran ini, dan tercetuslah sistem Diwan. Ini diperkembang terus pada zaman Khilafah selanjutnya dengan Qaidah: Adapun perkara muamalaat semua boleh kecuali yang dilarang oleh Nash. Ini akan dibicarakan dalam Seri yang akan datang. WaLlahu alamu bisshawab. Saidina Abu Bakar merupakan khalifah pertama selepas kewafatan Nabi.

Semasa memegang tersebu, banyak erubahan yang beliau lakukan dalam bidang pentadbiran antaranya ialah membahagikan tanah jajahan kepada 10 wilayah. Walaubagaimanapun, beliau masih lagi meneruskan sistem pentadbiran Rasullah. Beliau menjadikan Madinah sebagai pusat pemerintahan dan semua jabatan ditadbir pegawai yang dilantik khalifah. Beliau juga menjadikan majlis syura sebagai pusat merancang dan mentadbir negara serta sebagai pusat pentadbiran wilayah. Beliau juga memerangi org murtad, nabi palsu dan yang enggan membayar zakat serta menggerakakan semula tentera Usamah b Zaid untuk memerangi tentera Ghassan yg membunuh utusan Rasulullah. Akhir sekali, beliau melantik khalifah selepasnya bertujuan memelihara perpaduan umat islam supaya tidak timbul perselisihan untuk melantik khalifah selepasnya
10

Semasa Zaman Umar, kerajaan Islam bertambah luas dan gabenor diberi tanggungjawab ketuai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan. Selain itu, beliau banyak membahagikan negeri kepada beberapa bahagian Jabatan. Antaranya Kehakiman, Setiausaha, Baitul Mal, Persuratan, Cukai, Juruaudit Negara, Ketenteraan, dan Pengurusan Tanah. Khlifah Umar juga telah menyusun semula pentadbiran tanah yang dikuasai oleh tentera Islam apabila tidak membahagikan tanah yg dikuasai tentera dlm peperangan sebagai harta al-Ghanimah. Selai itu, tentera Islam tidak boleh membeli tanah atau dibeli atau dimiliki dan tanah dimasukkan sebagai harta negara. Khalifah Uthman Affan ialah khalifah ketiga dalam khulafah Ar-Rasyidin. Beliau telah memberi peluang terbuka kepada sesiapa yang ingin berjihad demi penyebaran agama dan memperluaskan pengaruh Islam. Semasa pentadbirannya, sahabat tidak dilarang meninggalkan kota Madinah dan melonggarkan syarat penggunaan harta Baitul Mal. Beliau telah menetapkan Al-Quran dibaca hanya menggunakan lahjah Quraisy. Semasa pemerintahan beliau juga, wujud segolongan masyarakat yang tidak puas hati dengan beliau kerana ramai gabenor yang dilantik terdiri daripada kalangan Bani Umayyah tetapi masih mengambil kira kepada kelayakan dan kepimpinan mereka Khalifah Ali Bin Abi Talib tidak banyak mengubah sistem pentadbiran Khulafah Ar-Rasyidin. Beliau hanya melakukan dua perubahan sahaja iaitu . menukarkan pegawai yang berketurunan Umayyah, yg dilantik di zaman Khalifah Uthman Affan dgn pegawai yg baru termasuk Muawiyah b Abi Suffian, gabenor Syam. Walaupun mendapat pelbagai bantahan, beliau masih meneruskan Majlis Tahkim walaupun mendapat tentangan daripada golongan khawarij

2. Kerajaan Bani Umaiyah Kerajaan Bani Umaiyyah diperintah mengikut system autokrasi iaitu pemerintah mempunyai kuasa penuh. Amir ini bertindak sebagai ketua tentera dan kehakiman.
11

Sejak institusi Khalifah ditubuhkan pada tahun 929M, kuasa dan imej pemerintah lebih ditonjolkan. Di bawah Amir terdapat seorang Perdana Menteri ( Hajib ) sama fungsinya dengan wazir di kawasan di kawasan timur Empayar Islam. Bawah Hajib pula terdapat menteri-menteri yang tugasnya mengendalikan kerja-kerja pentadbiran yang berpusat di Istana Cordova. Di bawah menteri terdapat gabenor ( wali ) yang bertugas sebagai pentadbir wilayah ( kura ). Orang bukan Islam mempunyai kuasa autonomi di mana mereka mempunyai ketua sendiri tetapi mereka terpaksa membayar jizyah ( cukai perlindungan ) dan setelah itu diserahkan kepada kerajaan. Mereka juga mempunyai mahkamah dan hakim mereka sendiri. Ulama pula menjadi penasihat kepada Khalifah yang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Amir, khususnya dalam bidang agama. Oleh itu system pemerintahan Bani Umaiyyah adalah berlandaskan undang-undang Syariah. Di dalam kerajaan ini juga, wujud seorang tokoh yang bernama Umar Abdul Aziz. Beliau merupakan khalifah ke lapan dan di anggap khalifah ke lima dalam khalifah arRasyidin. Beliau telah memecat pegawai yang kurang cekap untuk memastikan pentadbiran berjalan lancer. Bagi melicinkan lagi pentadbiran, beliau telah melaksanakan hukuman dengan adil dan memberhentikan penguasaan wilayah dan menggantikan dengan Kerajaan Islam.

3. Kerajaan Bani Abbasiyyah Kerajaan ini mewarisi system khalifah secara warisan seperti juga Kerajaan Bani Umaiyyah. System pentadbiran kerajaan ini banyak diadaptasi dari system pentadbiran kerajaan parsi kerana ramai orang parsi memeluk Islam dan menjawat jawatan penting
12

di dalam kerajaan ini. Tetapi terdapat sedikit sumbangan dari kerajaan ini kepada dunia. Iaitu dengan wujudnya system pemerintahan beurutan. Mengikut system ini, khalifah mengetuainya. Hal ini kerana khalifah merupakan ketua negara yang bertindak sebagai pemimpin tertinggi dalam wilayah Islam. Khalifah akan di bantu oleh Al-wazir yang bermakssud perdana menteri yang bertindak sebagai ketua pentadbiran yang di bantu oleh menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan. Di dalam pentadbiran kerajaan Bani Abbasiyyah, kerajaan di kenali sebagai Ad-dawawin. Al-Kuttab ataupun setiausaha akan mengawasi jabatan-jabatan kerajaan. Semasa pemerintahan Khalifah Harun ArRasyid, beliau telah mewujudkan jawatan qahdi al-qudha ( ketua hakim ).

Penutup Tamadun Islam merupakan antara tamadu yang maju dalam sejarah dunia. Hal ini kerana wujud cendikiawan-cendikiawan islam yang banyaj mengeluarkan idea-idea yang bernas dan dapat meningkatkan mutu pentadbira kerajaan-kerajaan Islam. Khalifah Umar Abdul Aziz adalah antara khlaifah yang di sanjung tinggi kerana dengan
13

kebijaksanaannya kerajaan Bani Umaiyyah dapat mencapai zaman kegemilangan. Selain itu, budi bahasa serta akhlak yang di perlihatkan oleh Rasulallah s.a.w juga member impak dalam pemimpin-pemimpin selepas baginda berpolitik bagi mengeratkan hubungn sesame negara. Oleh yang demikian, Malaysia sebagai sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi hendaklah mengamalkan system pentadbiran yang di amalkan oleh Rasulallah s.a.w

Rujukan www.google.com www.scribd.com www.wikipedia.com


14

www.blogspot.com www.alislam.com www.sejarahislam.com

15

Vous aimerez peut-être aussi