Vous êtes sur la page 1sur 23

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana kerja kursus bahasa melayu telah siap dilakukan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Wong Hsia Ho atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau. Segala bimbingan dan tunjuk ajar beliau di dalam bilik kuliah amatlah saya hargai. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya atas modal yang diberikan kepada saya selama ini. Mereka juga memberikan sokongan moral kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa kepada rakan sekelas saya atas pengkongsian maklumat bahasa melayu.

SOALAN 1. CATATKAN DUA PERENGGAN PETIKAN DAN HURAIKAN BENTUK KATA PADA SETIAP BENTUK KATA
2

BENTUK KATA
Tatabahasa Dewan telah menyatakan bahawa beberapa cara dalam pembentukan kata iaitu bahasa melayu mempunyai

perkataan yang bersifat tunggal,

contohnya tinggal. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih melepak dan contoh perkataan yang dibentuk melalui penggandaan ialah putih -putih

Kata Tunggal
Kata tunggal bermaksud perkataan yang tidak boleh menerima sebarang jenis imbuhan atau mengalami proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan. Kata tunggal terdapat dua jenis iaitu kata tunggal yang terdiri daripada satu suku kata atau kata tunggal yang terdiri daripada dua atau lebih suku kata.
Contoh kata tunggal:

Kata tunggal terdiri daripada satu suku kata Yu Wang Roh

Kata tunggal terdiri daripada dua atau lebih suku kata Apa Duri Bakul

Kata akronim juga tergolong dalam kata tunggal kerana kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serya dilafazkan sebagai kata yan g wajar. Contohnya, ABIM adalah singkatan Angkatan
Belia Islam Malaysia.

KATA TERBITAN
Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan pada kata dasar. Empat jenis imbuhan ialah imbuhan awalan, yang hadir sebelum kata dasar, contohnya, ber-, di-, imbuhan akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, misalnya, -an,-kan, imbuhan apitan yang mengapit kata dasar atau yang hadir di awal dan akhir kata dasar, contohnya, ke-....-an, di-...-i dan imbuhan sisipan yang hadir di celah-celah kata dasar, misalnya el-.
Contoh kata terbitan : Awalan Akhiran Apitan Sisipan

Berjalan Diuji

Jalankan Ikuti

Keindahan Mengambilkan

Telunjuk Sinambung

KATA MAJMUK
Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan membawa makna yang tertentu. Lazimnya kata majmuk ini dieja terpisah contohnya terima kasih, bandar raya dan biru laut. Kata majmuk juga digolongkan dalam tiga kategori iaitu kata majmuk yang terd iri daripada rangkaian kata bebas, kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dan kata majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa.
Contoh tiga kata majmuk: Kata terdiri bebas majmuk daripada yang Kata majmuk daripada yang Kata majmuk yang maksud

kata terdiri khusus

istilah membawa kiasan

Hujau daun Guru besar Bom tangan

Deria rasa Segi tiga Duta besar

Kaki ayam Rabun ayam Pilih kasih

KATA GANDA
Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar. Kata ganda mempunyai tiga bentuk kata ganda iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa dan kata ganda berentak. Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara ke seluruhan sama ada terdiri daripada kata dasar atau terdiri daripada kata ganda berimbuhan. Kata ganda separa ialah perkataan yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Seterusnya, kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami pengulangan kata dasar mengikut bunyi tertentu dalam kata dasar.
Contoh kata ganda: Kata ganda penuh Kata ganda separa Kata ganda berentak

Rumah-rumah Buku-buku Pelajar-pelajar

Lelaki Lelabi Berlari-lari

Gunung-ganang Saki-baki Mundar-mandir

Bentuk-bentuk kata ini dapat dilihat dalam petikan yang diambil melalui petikan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka.

PETIKAN MAJALAH
Kajian Intonasi di Malaysia bermula pada tahun 1971. Kajian ini dipelopori oleh Hashim Musa dengan penulisan latihan ilmiahnya di Jabatan Pengajian Melayu, Falkulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), bagi mendapatkan ijazah sarjana muda sastera. Kajian ini berfokus pada penggunaan dialek Kelatan di Pasir Mas, dengan tajuk Penghantar Chiri-Chiri Prosodi Sendi dan Intonasi serta Pewujudan Chiri-Chiri Itu di dalam Dialek Kelantar yang Dituturkan di Pasir Mas. Selepas itu, kehangatan kajian i ntonasi seakan-akan terhenti sehingga tahun 1981 apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengorak langkah dengan menganjurkan Bengkel Inyonasi Bahasa Malaysia Bahagian Pembinaan Bahasa. Yang menyusul kemudian ialah penerbitan buku Tatabahasa Dewan pada tahun 1986 yang mengambil input ilmiah daripada bengkel tersebut yang memuatkan aspek intonasi dalam bahagian penghuraian sintaksisnya. Asraf pula mengambil inisiatif dengan menerbitkan kertas kerjanya dalam bengkel tersebut, Intonasi dalam Hubungannya denga n Sintaksis Bahasa Melayu, sebagai buku kecil. Tatabahasa Dewan seterusnya diterbitkan semula dalam bentuk edisi baharu, menggabungkan dua jilid, pada tahun 1995. Kandungan bahagian sintaksis yang menyentuh aspek intonasi tetap sama. Selepas tahun 1981, t anpa mengambil kira buku kecil Asraf dan Tatabahasa Dewan, kajian intonasi tidak berkembang sama sekali. Kajian di peringkat yang lebih tinggi hanya kembali bermula pada tahun 1994 apabila selesainya kajian Eric Wong yang bertajuk A Systematic Phonolog ical Study of Penampang Kadazan

Contoh Kata Tunggal daripada petikan majalah :

Intonasi Ini Jabatan Sains

Di Oleh Melayu Sosial

Malaysia Hashim Musa Fakulti Universiti

Pada Dengan Sastera Malaya

Tahun Ilmiahnya Dan UM

Bagi Kelantan Sendi Selepas DBP Malaysia Ilmiah Inisiatif Seterusnya Jilid Sekali Kembali

Ijazah Pasir Serta Sehingga Selesainya Kemudian Aspek Kertas Semula Tetap Peringkat

Sarjana Mas Itu Dewan Eric Wong Ialah Sintaksisnya Kerjanya Edisi Sama Lebih

Muda Tajuk Dalam Tatabahasa Bengkel Buku Asraf Sebagai Baharu Tanpa Tinggi

Dialek Prosodi Yang Pustaka Bahasa Input Pula Kecil Dua Tidak Hanya

Contoh kata terbitan dalam petikan majalah:

Bermula Pengajian Pewujudan Bahagian Tersebut Diterbitkan Bertajuk

Kajian Mendapatkan Dituturkan Pembinaan Memuatkan

Dipelopori Berfokus Kehangatan Menyusul Penghuraian

Penulisan Penggunaan Terhenti Penerbitan Menerbitkan Menyentuh

Latihan Penghantar Menganjurkan Mengambil Hubungannya Berkembang

Menggabungkan Kandungan

Contoh kata majmuk dalam petikan majalah:

Apabila

Mengorak langkah

Daripada

Mengambil kira

Contoh kata ganda dalam petikan majalah:

Chiri-chiri

Seakan-akan

KONKLUSI
Soalan 1:

Secara keseluruhan dalam soalan 1, dalam menyalin semula petikan perenggan, ia dapat memperkenalkan kita kepada bentuk -bentuk kata. Tugasan ini mampu membuatkan kita lebih memahami bentuk -bentuk kata yang terkandung dalam petikan. Kita mampu mengenal pasti semua bentuk kata dalam petikan satu demi satu. Antara bentuk kata yang berjaya dikenal pasti ialah kata tunggal, kata majmuk, kata ganda dan kata ganda. Dalam petikan majalah, kita dapat melihat bahawa t idak banyak mengandungi kata majmuk dan kata ganda yang diselitkan. Penulis banyak menerapkan bentuk kata tunggal dan kata terbitan. Tugasan soalan 1 juga dapat memperkenalkan kita kepada definisi dan bagaimana pembentukan sesuatu perkataan tersebut. Tanpa bentuk-bentuk kata ini maka ia dapat diiktiraf sebagai sebuah perkataaan.

SOALAN 2. DEFINISI, JENIS DAN FUNGSI BAHASA MELAYU SERTA BINAAN 15 AYAT.

FRASA BAHASA MELAYU


Frasa Bahasa Melayu ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan yang berpotensi untuk

diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih. Subjek dan prediket merupakan elemen dalam frasa. Frasa Melayu mempunyai empat frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

AYAT DASAR
Setiap bahasa dan komunikasi yang dituturkan oleh manusia memerlukan bilangan ayat yang digunakan tidak terhingga jumlahnya. Setiap ayat yang dituturkan sama ada panjang, pendek, majmuk namun kesemuanya adalah berasal daripada ayat dasar. Ayat dasar ialah pola ayat yang menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua ayat yang lain dalam sesuatu bahasa itu. Kesemua ayat yang dimajmukkan, diterbitan atau diso ngsangkan pasti akan dapat kembali ke bentuk asalnya iaitu empat pola ayat dasar.

Pola Pola 1

Subjek Frasa Nama Ali

Predikat Frasa Nama guru Frasa kerja sedang tidur Frasa Adjektif amat rajin Frasa Sendi Nama di Kampung Cempaka

Pola 2

Frasa Nama Adikku

Pola 3

Frasa Nama Pegawai itu

Pola 4

Frasa Nama Rumahnya

10

FRASA NAMA
Frasa nama ialah binaan dari sudut nahu yang boleh terdiri daripada perkataan yang boleh berfungsi sebagai konstituen di dalam binaan ayat. Subjek dan prediket merupakan dua konstituen utama ayat-ayat Bahasa Melayu dan dibentuk melalui pola ayat seperti Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif dan Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Pola Pola 1 Subjek Frasa Nama Elly Pola 2 Frasa Nama Saya Pola 3 Frasa Nama Pengawas itu Pola 4 Frasa Nama Pusat tusyen itu Predikat Frasa Nama pelajar Frasa kerja menulis Frasa Adjektif amat tegas Frasa Sendi Nama di Jalan Brooke

Dalam pola ayat, frasa nama berfungsi sebagai subjek dan hanya berfungsi sebagai prediket dalam pola ayat Frasa Nama + Frasa Nama. Frasa nama ialah frasa yang kata intinya terdiri daripada kata nama nama, kata terbitan dan kata ganti nama. Frasa nama boleh terdiri daripada kata inti yang didahului oleh beberapa unsur lain seperti kata bilangan, penjodoh bilangan dan gelaran. Terdapat dua jenis hubungan antara deretan kata nama yang hadir sebagai unsur inti frasa nama iaitu inti + penerang dan inti + inti. Unsur inti + penerang ialah kata nama inti yang diikuti oleh unsur penerang. Contohnya, guru sekolah. Guru merupakan inti dan sekolah menerangkan guru iaitu tempat dia menjadi guru. Penerang juga ada dua jenis iaitu penerang nama dan penerang bukan nama.

11

Contohnya : Frasa Nama Inti Orang Harimau Askar Penerang Nama Melayu Bintang India

Frasa nama Inti Penerang Bukan Nama ( penerang belakang) Orang Calon Pemenang itu ini itu

Jenis yang kedua ialah inti + inti yang mana kedua -dua kata nama sama-sama mendukung makna. Contohnya, tubuh badan. Frasa nama juga ada hukumnya yang tersendiri iaitu hukum D -M. D bermaksud diterangkan dan M bermaksud menerangkan. Dalam hukum ini unsur yang diterangkan ( D ) merupakan inti yang hadir dalam kedudukan pertama dan unsur menerangkan ( M ) ialah unsur penerang yang hadir pada kedudukan kedua. Contohnya: Frasa Nama Penerang ( M ) Perdana Askar Sahar Yang Diterangkan (D) Menteri Lelaki Pemain bola sepak

12

FRASA KERJA
Frasa kerja ialah frasa yang terdiri daripada satu perkataan sahaja iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Frasa kerja juga binaan yang terdiri daripada kata utamanya iaitu kata kerja. Kata kerja tak transitif ialah frasa kerja yang tida k mengandungi objek, iaitu kata kerjanya yang tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Contohnya, kanak-kanak itu menangis. Frasa kerja tak transitif mempunyai 3 jenis iaitu:

Frasa kerja tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap. Contohnya:

Frasa kerja tak transitif yang menerima pelengkap sesudahnya. Contohnya:

Semua penonton bersorak. Mereka tinggal di Kudat. Frasa kerja tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang. Contohnya: Lelaki itu berseluar jean.

Frasa kerja transitif pula frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif sebagai intinya dan kata nama atau frasa nama yang mengikutinya sebagai objek atau penyambutnya. Ayat-ayat yang mengandungi frasa kerja transitif boleh dipasifkan. Contohnya: Mereka sedang makan nasi goreng. nasi goreng sedang dimakan oleh mereka . Frasa kerja juga boleh disertai unsur keterangan yang menerangkan dengan lebih lanjut tentang kata kerja. Dalam frasa kerja tak transitif, unsur keterangan hadir selepas objek. Misalnya, Sungai itu mengalir dengan lesunya.

13

Frasa kerja mengandungi dua frasa nama iaitu frasa nama yang mengandungi satu objek dan frasa nama yang mengandungi dua objek. Dalam frasa nama yang mengandungi satu obje k terdapat perkataan yang membawa makna adjektif dan perkataan ini boleh menerima kata penguat. Frasa nama yang mengikutinya boleh digugurkan. Contohnya, filem itu sungguh menyeramkan ( kami ). ( frasa nama kami boleh digugurkan ) Frasa nama dalam dua objek ialah kata kerja transitif yang mengandungi dua frasa nama yang menjadi objek kata kerja itu. Objek -objek ini mempunyai fungsi yang berbeza-beza dan boleh disebut sebagai objek tepat dan objek sipi.
contohnya: Ahmad menghadiahkan pen kepada Noel. Noel dihadiahi pen oleh Ahmad

Ali dan buku berfungsi sebagai frasa nama dan perkataan ini boleh dipasifkan. Jadi, frasa nama akan menjadi objek tepat yang akan mengalami penjudulan iaitu subjek yang diterangkan. Frasa kerja juga boleh me nerima ayat komplemen apabila ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk.contohnya: Orang itu menafikan bahawa barangbarangnya telah hilang.

14

FRASA ADJEKTIF
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat sebagai kata intinya. Frasa adjektif yang dibincangkan berfungsi sebagai prediket dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam prediket. Contohnya: Subjek Adiknya Orang muda itu Sekolahnya Predikat sangat comel tinggi sangat jauh dari situ.

Dalam binaan frasa adjektif dapat dilihat dari pelbagai sudut seperti jumlah perkataan dalam frasa, kata penguat dan kata bantu. Sudut yang pertama ialah jumlah perkataan dalam frasa adjektif dan bahagian ini terdapat dua jenis iaitu binaan satu perkataan dan binaan dua perkataan. Binaan satu perkataan ini terdiri daripada satu kata adjektif dan terbentuk dalam kata terbitan dan kata ganda. Contohnya: Pada malam itu bulan sungguh terang. Mukanya pucat. Binaan dua perkataan pula terdapat dua jenis iaitu binaan kata adjektif + kata adjektif dan binaan kata adjektif + kata nama. Contohnya: 1) Kata adjektif + kata adjektif Riang gembira 2) Kata adjektif + kata nama Merah jambu
15

Dalam binaan kata adjektif + kata adjektif terdapat tiga jenis iaitu dua kata adjektif yang menekan unsur keserasian makna ( letih lesu ), dua kata adjektif yang maknanya berlawanan ( tinggi rendah ) dan deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur ritma ( tinggi lampai ). Dalam binaan kata adjektif + kata nama terdapat maksud kiasan ( besar kepala ). Kata penguat dalam frasa adjektif boleh terdiri daripada kata inti yang disertai kata penguat. Kata penguat ini terdiri daripada kata penguat hadapan ( terlalu besar ), kata penguat belakang ( cantik sekali ) dan kata penguat be bas ( amat segar ). Kata bantu dalam frasa adjektif boleh hadir sebelum atau sesudah kata penguat. Misalnya, sudah besar dan belum lama. dua jenis iaitu frasa adjektif yang

membawa maksud keserupaan ( muda remaja ) dan frasa adjektif yang membawa

16

FRASA SENDI NAMA


Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu sendi nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama. Frasa ini merupakan salah satu daripada empat frasa yang menjadi prediket ayat. Frasa sendi nama ini berbeza dengan frasa -frasa lain kerana frasa ini bersifat eksosentrik. Antara sendi nama yang sering digunakan ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, dan sebagainya. Frasa eksosentrik ialah frasa yang tidak mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya seperti frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif . Frasa sendi nama mengandungi dua unsur wajib iaitu kata sendi nama diikuti frasa nama. Binaan frasa sendi nama terdiri daripada empat bentuk iaitu: 1) kata sendi nama + frasa nama Contoh: di / Jambatan KSN / FN 2) kata sendi nama + kata arah + frasa nama Contoh: di / belakang / rumah KSN / KA / FN

3) kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa keterangan Contoh: ke / negeri Jepun / pada tahun lalu KSN / KA / FT

4) kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa keterangan Contoh : ke / selatan / negeri Jerman / pada musim panas KSN/ KA / FN / FT

17

BINAAN AYAT
1. Bapa budak / itu guru. Frasa nama / ( frasa nama )

2. Ustaz Amiruddin / sedang mengajar. ( frasa nama ) /


frasa kerja

3. Mereka / pelajar Institut Pendidikan Batu Lintang . Frasa nama / ( frasa nama )

4. Mereka / sedang berbincang di bilik mesyuarat. Frasa nama / ( frasa kerja )

5. Dia / tersenyum. Frasa nama / ( frasa kerja)

6. Ibu / menghidangkan secawan teh . Frasa nama / ( frasa kerja )

7. Kakak / menjahitkan adik sehelai baju.

Frasa nama / ( frasa kerja )

8. Pelajar itu / sangat pandai . Frasa nama / ( frasa adjektif )

9. Langit / kemerah-merahan pada waktu senja.

18

Frasa nama / ( frasa adjektif )

10. Rumah itu / sangat besar . Frasa nama / ( frasa adjektif )

11. Danny / ke pejabat setiap hari . Frasa nama / ( frasa sendi nama )
12. Panggilan telefon itu / daripada ibunya di kampung. Frasa nama /

( frasa sendi nama )

13. Mereka mendengar ceramah / di Dewan Brooke. Frasa kerja ( frasa sendi nama )

14. Datuk Seri Najib Tun Razak ialah / Perdana Menteri Malaysia keenam . Frasa nama / ( frasa nama )

15. Pemburu itu / menembak harimau dengan senapangnya.

Frasa nama / ( frasa kerja )

19

KESIMPULAN
Soalan 2:

Secara konklusinya dalam soalan 2, kita dapat mengenal pasti definisi, jenis dan fungsi frasa Bahasa Melayu. Tugasan soalan 2 ini juga dapat memperkenalkan kita kepada pembentukan frasa -frasa ayat. Frasa-frasa yang terdapat dalam Baha sa Melayu ialah Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama. Setiap frasa ini memainkan fungsinmya yang tersendiri dalam membentuk ayat. Selain mencari penerangan tentang frasa, ki ta berpeluang membina ayat sendiri berdasarkan frasa-frasa yang telah kita cari. Dalam pembinaan ayat, kita harus berhati-hati agar tidak tersasar daripada frasa apa yang kita mahukan.

20

REFLEKSI
Secara konklusinya, kerja kursus yang diberikan memberi cabaran kepada saya dalam menyelesaikannya. Saya mempunyai pelbagai kekangan dalam menyiapkan kerja kursus ini lebih-lebih lagi kekangan masa, kekangan maklumat dan sebagainya. Saya terpaksa berebut -rebut dengan rakan-rakan yang lain sama ada guru pelatih kelas saya dan kelas lain dalam mendapatkan buku Dewan Tatabahasa. Buku ini adalah sangat bagus kerana kesumua informasi kerja kursus Bahasa Melayu terdapat di sini. Namun, kesemua masalah ini dapat saya selesaikan apabila kami saling bantu membantu dalam melaksanakannya. Kerja kursus ini mempunyai dua soalan dan soalan satu menginginkan kami mengelaskan bentuk-bentuk kata. Dalam soalan satu, saya lebih memahami cara pembentukan ayat. Dalam pembentukan ayat, ia mempunyai empat bentuk kata iaitu kata tunggal, kata adjektif, kata majmuk dan kata terbitan. S aya berjaya mengenal pasti bentuk-bentuk kata ini melalui aktiviti pengelasan bentuk kata dalam petikan majalah. Setiap bentuk kata ini mempunyai fungsinya yang tersendiri. Contohnya, dalam kata terbitan. Perkataan ini terbit melalui perkataan ber -, ter-, meng..-..an dan sebagainya. Rakan-rakan juga telah banyak membantu dalam saya menyiapkan kerja kursus ini. Dalam soalan yang kedua pula, kami dikehendaki untuk mengenal pasti frasa-frasa dalam Bahasa Melayu. Sebelum ini, saya tidak begitu mengambil kisah t entang cara pembentukan ayat. Namun, setelah mengenal pasti frasa -frasa Bahasa Melayu, barulah saya tahu bahawa ada empat frasa Bahasa Melayu. Frasa tersebut ialah frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Frasa nama boleh dibentuk lagi menggunakan frasa nama dan ia boleh berdiri sendiri. Namun frasa frasa lain harus menggunakan frasa nama sebelum memulakan ayat. Kami juga diberi peluang untuk membina ayat kami sendiri dan kami berjaya untuk mengenal frasa apakah yang kami gunakan.

21

BIBLIOGRAFI:
Majalah

Dewan Bahasa memperkaya wawasan pembaca. Suara baharu Warga Jagat?Mac 2004.
Buku

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj.Musa, Abdul Hamid Mahmood. 1987. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsudin. 2008. Bahasa Malaysia Kertas 1 dan 2. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar ACE AHEAD.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj.Musa, Abdul Hamid Mahmood. 2008. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internet

http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/Sintaksis.htm

22

LAMPIRAN

23

Vous aimerez peut-être aussi